NEVER EXPECT TEASER NI SECEPAT INI. MY FB FRENS PASTI DAH TAHU REASONNYA KENAPA. KALAU TAK TAHU, NOTHING BIG DEAL PUN. ANYWAY, HAPPY READING. SEMOGA TEASER PENDEK INI MAMPU MENGUBAT RINDU PADA HARRAZ DAN NURIN.. :)
---------------
Seperti yang dijanjikan Nurin kepada
Eves, selesai je kerjanya, Nurin ingin masuk ke dalam pejabat Harraz. Dah
dikuatkan hati supaya kuat menghadap Harraz.
Pintu bilik diketuk. Tanpa tuan dari
dalam mengizinkan, Nurin masuk. Macam yang selalu dilakukan.
Buka je pintu, Nurin nampak Harraz dan Elfira.
Kedudukan mereka agak rapat. Entah kenapa, hati Nurin rasa sakit tiba-tiba.
Entah kenapa juga, terbayang kembali apa yang berlaku depan mata dulu sedangkan
kedudukan mereka berdua tak mencurigakan.
“Sorry
kacau. Nampaknya saya masuk salah masa.” Dingin suara Nurin.
Tanpa dengar jawapan daripada Harraz
mahupun Elfira, Nurin angkat kaki. Panas hati kalau lama-lama dalam bilik tu.
Terima kasih je la kalau Harraz suruh dia tunggu. Baik dia buat kerja lain.
Nurin tak terus kembali ke tempatnya.
Kaki melangkah tanpa tujuan. Mencari tempat untuk sejukkan hati.
“Nurin!” Dengar suara Harraz. Makin
Nurin lajukan kaki.
“Nurin!” Kali ni Nurin rasa tangannya
dipegang Harraz.
“Lepaslah!” marah betul Nurin. Lagi
marah sebab Harraz berani pegang tangan dia.
“Okey.. sorry.” Harraz minta maaf. Tangan Nurin dilepaskan. Dia pun tak
sedar bila masa dia pegang tangan Nurin. Yang dia tahu, dia nak Nurin berhenti.
Nurin tenangkan jiwa. Kenapa marah
sangat ni? Astaghfirullahalazim! Nurin beristighfar dalam hati banyak-banyak.
Amarah itu syaitan. Makin dia marah, makin syaitan suka.
“Encik kenapa nak jumpa saya?” soal
Nurin. Suara berubah lembut. Tapi masih kedengaran beku di telinga Harraz.
Dia kenapa nak jumpa Nurin? Ikutkan
hati, mahu je dijawabnya, sebab aku rindukan kau.
Harraz tak segera menjawab. Sebaliknya
wajah masam Nurin itu ditenungnya. Rindunya dengan Nurin. Dekat tapi jauh. Dah
tiga hari Nurin dingin dengannya. Hari ni, walau apa pun terjadi, dia nak
jernihkan semuanya. Dia pun tak faham kenapa Nurin marah sangat dengannya.
“Kenapa
kau keluar bilik aku? Bukan ke aku nak jumpa kau tadi?”
Memang Harraz Naufal, soalan ditanya tak
pernah dijawab dengan ayat penyata. Balik-balik dia juga ditanya.
Huh! Nurin mendengus geram. Nak suruh aku
tengok dia dengan Elfira berdrama? Huh.. terima kasih je la!
“Encik kan ada tetamu. Saya taknak jadi
pengganggu,” jawab Nurin. Muka makin masam.
“Are
you jealous, Nurin?”
Muka Nurin tiba-tiba merah. Entah
kenapa, dia rasa malu. Harraz yang melihat ketawa. Tapi Nurin tetap comel bila
muka merah dan marah macam tu. Kalaulah halal, mahu je dia usap pipi Nurin tu.
“Mana adalah!” nafi Nurin.
Harraz tak lagi menjawab. Cuma bibir
menguntum senyuman. Sakit hati Nurin tengok. Rasa nak je tonyoh bibir merah
lelaki itu. Biar senget sembilan puluh darjah!
Dalam hati Harraz bagaikan ada taman.
Taman bunga, taman permainan, taman rama-rama dan segala jenis tamanlah. Entah
kenapa dia rasa gembira. Dia yakin Nurin cemburu. Kenapa Nurin cemburu? Cemburu
tanda sayang. Nurin sayang dia ke?
Kalau ya, mahu dia lompat sampai ke
Pluto.
“Kalau tak jealous, kau tak sepatutnya keluar macam tu. It’s kind of rude,” tegur Harraz.
Kalau tak cemburu, aku biadab? Cis! Suka
hati dia nak tuduh aku macam tu? Oh, aku biadab ya? Okey.. aku akan tunjukkan
biadab tu macam mana.
“Yes,
I’m rude. So what? Problem, Harraz?” kata Nurin.
Terkejut Harraz yang dengar. Nurin
panggil dia tanpa Encik di depan. Panggil bos dengan nama je, itu memang
biadap. Dia tahu Nurin sengaja. Tapi Harraz tak rasa marah. Malah kedengaran
sangat mesra bila Nurin panggil dia macam tu.
Nurin mahu angkat kaki. Makin lama dia
berduaan dengan Harraz, makin sakit hati.
“Ada aku izinkan kau pergi?” Harraz
letak tangannya ke dinding. Menghalang Nurin dari melangkah.
“Hmmm?”
Satu tangan lagi diletakkan di dinding juga. Kini Nurin terperangkap di antara
Harraz dan dinding.
Dada Nurin terus berdebar kencang.
Sangat tak menduga tindakan gila Harraz. Nurin mendongakkan kepalanya memandang
Harraz. Cuma beberapa inci. Gulp!
Nurin telan liur. Kiri kanan Nurin pandang. Sunyi. Baru perasan mereka berada
di lalulan ke tandas. Memang sini sunyi.
“En.. encik nak buat apa ni?”
tergagap-gagap suara Nurin.
“Kau rasa?” Soalan Harraz makin
menakutkan Nurin. Nurin telan liur lagi. Kalau Harraz berani kurang ajar dengan
dia, memang dia nekad akan naikkan lutut ke celah kelengkang Harraz. Biar mati pucuk sekali pun, dia peduli apa?
“Ni balasannya sebab kau tak ikut arahan
aku. Sekarang ni, baik kau ikut aku. Or
else, I’ll kiss your lips.” Mata
Harraz tepat pada bibir basah Nurin. “They
look luscious.”
Nurin tergamam mendengarnya. Arghh… mamat ni memang gila! Baru je
Nurin nak balas, Harraz kembali bersuara.
“Jangan cabar aku, Nurin. Sekarang ni, once I make a move, we’ll be kissing.
Bila dah dapat, aku memang takkan lepaskan. Hobi aku memang cium perempuan.”
Terus tak jadi Nurin nak membantah.
“Okey.. I’ll follow you. Tapi, tolong duduk jauh-jauh dari saya!” Nurin
mengalah.
Harraz menjarakkan wajahnya. Senyuman
puas terukir. Gertak baru nak jalan. Tahu pun takut. Mana mungkin dia berani
berkurang ajar dengan Nurin. Dia takkan lakukan apa yang dinyatakan tadi. Tidak
selagi Nurin belum sah dengannya.
-----------------
Harraz lebih selesa diam sambil
memerhatikan tingkah Nurin. Nurin sekarang macam kucing nak beranak. Nampak
resah. Dia tahu kenapa. Mesti Nurin tak selesa dan tak sabar untuk cepat-cepat
keluar dari biliknya.
Nurin angkat muka. Tepat menusuk ke
dalam mata cantik Harraz. Jantung kembali tak normal. Kenapa nampak pandangan
Harraz lain macam kali ni?
“Err..
Encik nak suruh saya duduk sini sampai besok ke? Sebab Encik nak tenung saya
macam ni? Kalau Encik nak tenung saya macam ni, baik encik cakap awal-awal.
Saya boleh bagi gambar passport zaman tadika saya dulu kat encik. Encik boleh
tenung sampai Subuh lusa sekali pun.” Geram Nurin berkata.
Harraz ketawa. Ada je akal Nurin nak
kenakan dia.
“Kau marah aku ke, Nurin?” soal Harraz.
“Buat apa saya nak marah Encik? Encik
ada salah dengan saya ke? Salah apa?” bidas Nurin balik.
“Aku tahu kau marah pasal aku tipu kau
dulu, kan? Sebab aku bawa kau jumpa Farhan dulu.”
Nurin diam. Tahu pun! Malas la nak ingat
balik. Buat sakit hati. Kembali sedih bila kenangkan Harraz yang sanggup
menghantarnya untuk dilamar lelaki lain.
“Kau.. terima Farhan ke?” soal Harraz.
Dada kembali berdebar. Kalau Nurin
terima, sanggup ke dia terima kenyataan? Maksudnya tak lama lagi
Nurin akan jadi sepupunya. Mampu ke dia anggap Nurin sebagai sepupu?
“Mestilah terima. Dah orang lamar.
Farhan pun baik, handsome pulak tu.
Perempuan mana nak tolak?” jawab Nurin geram.
Harraz terdiam. Kecewa kerana dia sangka
Nurin betul-betul serius. Dia cuba berlagak tenang. Kononnya tak terkesan
dengan berita itu.
“Oh, kalau macam tu, congratulation. Kita nanti akan jadi
sepupu.” Dikawal suara supaya tak nampak terkesan sangat.
Sepupu hotak dia! Nurin yang dengar jadi
sakit hati. Rasa nak je hempuk kepala
Harraz dengan fail tebal atas meja ni. Biar kurang dua inci panjang
leher dia tu! Harraz
macam takde perasaan. Harraz memang suka dia dengan Farhan. Memang betullah
Harraz takde perasaan padanya pun. Hubungan mereka berdua tak lebih dari
seorang kawan. Macam dia dan Farhan.
“Saya tak terima la. Ingat saya ni apa?
Lagi pun saya tak cintakan dia. Takkan sesenang tu saya nak terima lamaran
lelaki. Lainlah kalau saya pun cintakan Farhan,” kata Nurin lagi.
Gembira! Tiba-tiba rasa sangat bahagia.
Hampir je dia tersengih kalau dia tak kawal saraf mulut tadi. Harraz berdehem.
Cuba menenteramkan jiwa yang rasa macam nak melompat kijang sekarang ni.
Peluang dirasakan kembali terbuka. Fuh..
nasib baik Nurin tolak! Bersimpati dia dengan Farhan. Tapi, dia tak boleh tipu
yang dia rasa sangat bersyukur.
“La.. kau tak suka Farhan ke?”
“Saya suka dia. Tapi saya tak cintakan
dia. Perasaan tak boleh dipaksa. Buat masa sekarang, saya tak cintakan dia.
Tapi kalau dia berusaha, mungkin hati saya akan terima dia,” jawab Nurin.
Harraz kembali tak senang duduk. Sebelum
Farhan bertindak lagi, dia kena cepat potong line. Kalau dia pun lamar Nurin macam Farhan, Nurin akan tolak dia
juga ke?
“Kau nak suami yang macam mana? Manalah
tahu aku boleh suruh Farhan jadi yang macam kau nak.” Pandai Harraz bercakap.
Padahal untuk diri sendiri.
“Lelaki yang akan jaga saya. Terima
kekurangan saya. Dan yang penting saya sayang dia dan dia pun sayang saya
sangat-sangat.” Nurin fikir lagi. Apa lagi ya?
“Lagi.. dia kena jadi seorang imam yang
hebat. Sebab dia adalah imam saya dan anak-anak saya nanti. Rupa tak penting.
Yang penting hati dan akhlaknya. Dia tahu jaga maruah saya sebagai perempuan.
Macam menjaga aurat saya sebab aurat saya hanya untuk dia.” Panjang lebar Nurin
berkata.
“Bila saya ada masalah, dia akan selalu
ada di sisi saya sebab dia hero saya. Yang penting, dia akan buatkan saya
berasa selamat dengannya.”
Teliti Harraz mendengar. Oo.. macam tu
ke yang Nurin cari?
“Hmm…
kalau macam tu, aku lepas tak nak jadi suami kau?” soal Harraz selamba.
Nurin ketawa. Harraz?
“Encik rasa?”
Sekarang ni Nurin rasa dia dah
berjangkit dengan Harraz. Suka jawab soalan orang dengan soalan.
“Aku rasa aku lepas. Sebab, aku dah
banyak kali selamatkan kau. Maksudnya, aku hero kau. Aku dah terlanjur tengok
aurat kau dulu. Lelaki lain tak pernah kan? So
maknanya memang aku la yang layak kahwin dengan kau, kan? Kau kahwin je la
dengan aku, Nurin.”
Merah muka Nurin. Malu tiba-tiba. Baru
teringat Harraz pernah lihat rambut dia dulu. Bukan lihat. Tapi TERlihat. Entah
macam mana boleh terjadi walaupun dia tahu Harraz tak sengaja. Bukannya dia
rela!
Gaya Harraz cakap macam dia dah tengok
semua aurat Nurin. Kalau orang dengar, mesti salah sangka.
“Kalau aku ajak kau kahwin, kau nak
kahwin dengan aku tak Nurin?” soal Harraz.
Laju jantung kedua-duanya rasa sekarang.
Nurin apatah lagi. Dia tengok Harraz. Tak dapat diagak sama ada Harraz bergurau
atau serius. Lamarankah ini? Akhirnya Nurin ketawa. Anggap Harraz bergurau. Feeling lebih-lebih karang, syok sendiri
namanya. Ada jugak lepas ni dia jalan nampak bunga-bunga. Baik tersedar,
sebelum tersungkur.
“Jangan nak bergurau la, Encik. Tak
lawak. Encik lupa satu benda kut. Saya ni tak cantik dan tak seksi macam
kekasih-kekasih jadian Encik tu. Saya tak layak untuk Encik,” jawab Nurin. Tahu
hakikat itu. Oo.. sebab ni la kut Harraz tak pandang dia.
Harraz terdiam. Tiba-tiba memikirkan benda
yang sama. Dan aku, dengan perangai macam ni, layakkah untuk bergandingan
dengan perempuan sebaik Nurin? Auch.. Auch.. Sebab ni ke Nurin takde perasaan
langsung padanya?
“Saya ada banyak kerja nak dibuat ni.
Saya keluar dulu, ya encik?”
Nurin bangun sebelum keluar dari bilik
Harraz.
Aummm,Harraz and nurin ! Terubat rndu ckit2,hehe...L0ve y0u lah kak anjel ! n0vel2 akak mmg best... Thumbs up (Y) x sbr nk tnggu versi cetak,nk peluk ketat2,haha... :D #Firstk0men :3
ReplyDeletebeeesssstttt cgt2... ble nk keluar versi cetak nie?? x sabar dh menanggung rindu...
ReplyDeletewooww..bestnyer...i'll waiting for full manuskryp :-D
ReplyDeleteWarghhhh demam demam demam..pleaseee cepat2 la keluar buku!!
ReplyDeleteBest ..makin menarik .:( terima kaseh ya sis
ReplyDelete#schariedah salus
I like... Bila nak keluar novel ni?
ReplyDeletetq and congrats anjell
ReplyDeletegood n3 anjell….mummy suka sgt..tak sabar nak tunggu versi cetak. hope its going to be soon
ReplyDeleteNk teaser lagi leh sis anjell
ReplyDelete👍👍👍👍👍👍👍👍👍 auwww auwwww auwwww!! lps dgr yg ciri2 nurin nak tu, kompem haraz jd imam msjd lps ni. hahaha
ReplyDeleteWow..makin menarik..terlepas rindu..baru je ulangkaji balik cerita EC sbb rindukan tulisan anjell..thanks anjell..
ReplyDeleteTrbaek!! Suke2.. gud job sis.. ^_*
ReplyDeletebest sangat...harap2 cepatlah keluar versi cetak..
ReplyDeleteoh my oh my aaa !! awesome gila !! sukanyaaa .. dh terbuai -buai dh alahaii asl la x ngaku je ..
ReplyDeleteAnjell nak ucapkan beribu-ribu tahniah..terime kasih n i luv u..hihii kbai ^.^
ReplyDeleteYeeaayy.... thanks kak...terubat rindu kat diorang berdua ni..^3^
ReplyDeleteyeaayy... ^^
ReplyDeleteAum aum aum..akak kenapa cita akak suma best2..sya yg baca senyum ja..melting.. xsbaq nk tgu novelnya..
ReplyDeleteErmmmmm....+ve...ada improvement la harraz, bla dh tau ciri2 suami idaman nurjn leh usaha tk berubah.nk teaser lg ye pasni anjel...tq...superb
ReplyDeleteKenapa xder 'button like'??? Wahhh haraz dh melamar laaa... ada lagi x teaser slps ni???
ReplyDeleteWaaaa...sedih nye xde entri lg nti huhu best2 miss haraz n nurin
ReplyDeleteAnjel, publish yg ni dulu jela..boleh tak? Hihihi
ReplyDeleteRasa dah tak boleh sabar sangat2 nak peluk Harraz ehh, TPI compare dengan SPS.. TPI ni ada aura yg terlalu kuat sampai rasa teruja gila tunggu new update tetiap hari.
Btul. Stuju sgt2. Publish TPI dlu lah. Plzzzzz
DeleteWont happen. This novel is not going to be published before SPS. Lagipun xrasa manuskrip TPI akan siap dlm masa yang cepat. Because people cant force me to write unless i write it on my own. Lagipun siap awal2 pun belum tentu publisher publish cepat2. Belajar dari pengalaman. So chill and slow down the path. Keep living... Memang nak publish novel ni tp bkn dlm msa terdekat. Jadi jangan nengharap sangat ya. Huhu
DeleteNak SPS dulu gak sebab rindu dgn izz sgt2. Wow apa2 pun semua karya tulisan dr anjell deabak le. Suke sgt. Melampau tak kalau minta bab harras n nurin sambut raya aidil adha....hahaha sebab rasa lama sgt nak tunggu versi cetak TPI ini. Thanks sgt2 anjel sbb wujud dlm dunia penulisan novel.
DeleteKalau lah akak ni org2 kerja kat publisher akak terbitkan cerita2 anjell. Cerita yg anjell karang lain dr yg lain n yg paling penting best sgt2.
DeleteHarraz being cute. Hahahahahahahahahahahaha.. Thanks Anjell. Sukaaa sangat... Cepat2 buat buku. Saya mendoakan.
ReplyDeletealahai..akan lah Harrazu Nurin cakap mcm tu.. dah give up;;kata playboy ... baek tak payah ambik gelaran tu... apa kata suruh emak dia meminang ..barulah ada akal kan... Nurin kan syg mak dan ayah dia..ambik lah peluang tu... tak salah kan...
ReplyDeletewaw bestnya. sweet gitu.
ReplyDeleteOMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!my God Kak Anjell..jgn seksa kami..cepat2 laa kuarkan novel...meroyan nanti tak bce any entry harraz n nurin...so sweet,blooming,shining, awesome, gorgeous,....
ReplyDeleteYeayy ada teaserrrr....omg sweeeetnya harraz....x sabarnya nk baca full manuskrip...
ReplyDeleteFuyooo..Cmtu gaya harraz lamar nurin..sgt straight, selamba gile!
ReplyDeleteBunga2 hati sy bce teaser ni rse tersyok sendiri..hihihi!
Tenkiu... Ingatkan teaser secoet je. Rupa²nya teaser yg panjang.... <3
ReplyDeleteSuka sangatttt.. tq
ReplyDeletetq Anjell...terubat jua hati ni sikit, teaser...teaserla....tapikan dah jadi pungguk rindukan bulan pula....sedih...oh harraz....oh nurin.....cepat muncul....
ReplyDeleteFarhan dah lamar nurin?...harraz cepatlah bertindak...nanti nurin jatuh kat farhan....terima kasih anjell...
ReplyDeleteHarraz kalau sungguh bagai dikata... bersungguh-sungguh ambil hati Nurin dan jangan putus asa... kami semua sokongggg...
ReplyDeleteso sweet
Best anjell....nak tahu...apa kesudah
ReplyDeleteAnnya....nak lagi teaser2...
ReplyDeleteBest terubat rindu .hope they get married sure indah kehidupan mereka he...
ReplyDeleteLagi satu kita plak yg feeling habis bila nurin berada dlm kurungan harraz. Woww so sweetssssss
ReplyDeleteTrubt rindu..setiap saat menanti haraz n nurin..make me crazy..plisss...cepat skit
ReplyDeleteKalau dh nanti ada versi cetakkk, kompem saya baca balik dri Bab 1. Kahkahkah takleh tinggal satu ayat pon.Chewahhhhh. tq kak anjell. The best novelist ever!
ReplyDeleteAkak... kenapa saya baru tahu kewujudan akak dalam dunia penulisan ini? Ketinggalannya.
ReplyDeleteKak Anjell cepatlah keluarkan versi cetak. Hati dah dupdapdupdap dah
ReplyDeleteEC tu pengubat rindu dengan karya Kak Anjell. Tapi ada kat kawan pulak. Heesy!
ReplyDeleteSalam miss anjell yang baik hati lagikan cantik rupawan..bila teaser 11 nak masuk..rindu dah ni dgn kisah hariz n nurin..mekasih..
ReplyDeleteDh tkde smbungan agy? Nice story. Teruja utk trus baca. Dh dinovelkan? I nk beli novel nye.
ReplyDeleteDh dilamarnyer nurin.hihi.lovely..
ReplyDeleteAnjell..terbaik lah TPI ni..akak baru habis marathon 25 bab ni..payut lah semua org nak novel ni..sgt2 aAwesome..Harraz n Nurin ni....semoga anjell dapat idea mencurah2 utk full novel TPI ni
ReplyDeletesis bile nak published novel ni. best la sis. ta sbr na baca. :)
ReplyDeleteagak2 ble nk keluar bukunya?? tak sabar nak bce...
ReplyDeleteAnjell...anjell... ada tak atau akan ada kisah yang antara anak Izz Haikal & Qisya dan anak Harraz & Nurin? Jalan cite nampak semakin menarik dan dah tentu Anjell followers mesti teruja dgn cite yg bakal keluar.... Harap2 adalah...
ReplyDeletebest.. nice story
ReplyDelete