Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 12)

BAB 12

Doa yang buruk memang tak dikabul oleh Allah. Agaknya itulah sebab doa Damia tidak dikabul. Sebab dia berdoa agar segala rancangan Tengku Aaron tergendala dan musnah. Tapi, segala-galanya sia-sia apabila akhirnya kini dia sedang duduk ayu di atas katil biliknya sambil curi-curi dengar perbualan di luar. Lengkap berpakaian kurung moden berwarna peach.

     Majlis pertunangan mereka! Dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Dia hanya mampu mendengar riuh-rendah di luar sana.

     “Saya sekeluarga ni datang membawa hajat yang sangat besar,” Tan Sri Tengku Ahmad memulakan bicara.

     Tengku Aaron hanya tenang. Langsung dia tidak gembira dengan pertunangan ini. Nak kata tak gembira langsung pun bukan.

     “Apa hajatnya, Tan Sri?” abah Damia buat-buat tanya. Sekadar mengikut adat pertunangan.

     “Tak payah la nak bertan sri-tan sri dengan saya, bang. Kita pun akan berbesan tak lama lagi. Panggil je Ahmad,” ujar Tan Sri Tengku Ahmad. Encik Razak hanya ketawa sambil mengangguk setuju.

     “Macam ni la.. apa kata kita berpantun dulu..” hampir ternganga Tengku Aaron mendengarnya. Daddy reti berpantun ke? Setakat buah cempedak di luar pagar tu baik tak payah la.

     “Dah lama saya tak berpantun,” gurau Tan Sri Tengku Ahmad disambut oleh ketawa yang lain. Tengku Aaron yang sedari tadi senyap pun turut tersenyum sedikit. Membayangkan daddynya yang sering bertutur bahasa inggeris itu berpantun. Cayalah daddy! Lelaki melayu terakhir..

     “Terbang tinggi si kunang-kunang, hinggap sebentar di pokok kiambang, kami datang untuk meminang, menyunting bunga yang belum berkumbang…” Pantun daripada pihak Tengku Aaron.

       “Harum sungguh si serai wangi, ditanam elok di tepi lubang, dua bunga mekar mewangi, yang mana satu pilihan si kumbang?” Encik Razak turut membalas pantun.

      Damia menarik baju kurungnya. Panas la pulak. Sayup-sayup kedengaran gelak di luar bilik. Main balas-balas pantun pulak ke? Apa gaya kumbang bunga ni? Bilala nak habis majlis ni?

     “Dok diam-diam agaknya tak boleh kau ni,” rungut Suraya. Tak sangka pulak bertunang juga Damia dengan Tengku Aaron.

     “Tak best la bertunang ni.” Damia mencebik. Tergelak Suraya dibuatnya. Memangla tak best kalau kena paksa.

     “Anyway kawan. Kau cantik hari ni.” Suraya ikhlas memuji.

     “Melaun tu datang tak?” soal Damia perlahan. Bimbang orang di luar dengar walaupun mereka hanya berdua di bilik Damia.

     “Bawak-bawak la insaf sikit. Dah nak jadi suami kau pun. Suka hati je nak panggil melaun,” bebel Suraya.

     “Peduli la.. dia belum jadi suami aku lagi. So, time ni la aku nak kutuk dia sepuas hati.Dia datang tak?”

     “Kejap aku tengok…” Suraya mengintai-intai. Damia berharap lelaki itu tidak muncul. “Err… Dia…. Datang.”

     “Ala…. Pesal la dia ada jugak?”

     “Lawak banyak la kau ni. Mestila datang. Nikan pertunangan dia?”

     “Ada je lelaki yang tak datang time bertunang kan?” Damia tak berpuas hati.

     “Dah dia nak datang. Nak buat macam mana?” Adoi.. kenapala Damia boleh bersikap macam budak-budak ni? Ni mesti side effect kenal Tengku Aaron ni!

     Tengku Aaron menoleh ke arah jam. Pukul 2.00 petang. Pukul 4.30 petang nanti ada meeting dekat Putrajaya. Lambatnya.. Bilala nak habis ni? Menyesal pulak dia ikut tadi. Tapi, kalau tak ikut, nampak pulak yang dia tak serius dalam hal ni. Nasib baikla Tengku Andrean tak ikut serta. Bimbang pulak jadi majlis tahlil arwah kalau dia tidak dapat bersabar.

     “Pergi ke kedai membeli roti, Terjumpa pula si budak Azwan, apabila cinta bertamu di hati, Damia Farisha menjadi pilihan,” balas pihak keluarga Tengku Aaron.

     Cinta? Nak tersedak Damia dan nak terguling Tengku Aaron mendengarnya. Pantun lagi ke? Lamanya…

     “Petang-petang cari kerang, malam-malam dok bersahaja, kami yang tua tak melarang, bunga dah angguk kita go on sajala.”

     “Kalau macam tu, kita bincang pasal hantarannya. Berapa lama nak bertunang?” soal daddy Tengku Aaron lagi.

     “Kami pihak perempuan ni, terima seadanya la. Kami serahkan kepada pihak Ahmad. Yang nak kahwin anak-anak kita. Saya rasa ada eloknya kalau semuanya dibincangkan sendiri oleh anak-anak kita. Saya setuju je.,” jawab Encik Razak.

     “Kalau macam tu, Aaron dan Damia dah bersetuju nak disatukan tiga bulan dari sekarang. Abang setuju ke?”

     Bulat mata Damia mendengarnya. Tiga bulan? Bapak kejap! Kenapa bukan tiga tahun? Tiga puluh tahun ke? Hii.. Bila masa dia setuju? Ni mesti Tengku Aaron punya kerja. Haish… nanti apa pulak kata ahli keluarga yang lain? Tak pasal-pasal dituduhnya dia gila nak berlaki. Aaron.. Aaron.. apa yang ada dalam kepala awak ni sebenarnya?

     “Macam yang saya katakan tadi. Saya percayakan anak-anak kita.InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Lagipun, bertunang lama-lama banyak dugaan. Eloklah dipercepatkan daripada berlaku maksiat nanti.” Abah dah setuju.

     “Alhamdulillah… kalau macam tu, bolehla pihak lelaki teruskan sarung cincin.”

      Damia rasa segan saat berjalan melintasi semua orang untuk duduk di tempat yang berhias cantik tu. Rasa macam semua orang tengok dia je. Macam dah nak kahwin pun ada. Berdebar dada Damia saat Puan Sri Raja Haryati menyarungkan cincin pada jari manisnya. Tangan bakal ibu mentuanya dicium.

     Maka… dengan itu, sahlah dia dan Tengku Aaron bergelar tunangan. Waa..langsung dia tak gembira!

     “Okey, pasangan bertunang amek gambar bersama.” Suara Along mencecah. Tengku Aaron ditolak menghampirinya. Pertama kali Damia bertentang mata dengan Tengku Aaron pada hari ni.

     “Okey… Senyum.”

     Naik silau mata Damia dek pancaran flash dari banyak kamera. Rasa saraf mulut pun dah nak longgar sebab asyik senyum. Tambah pulak senyum tu memang tak berapa nak ikhlas.

     “I know you will..” sempat Tengku Aaron berbisik pada telinga Damia. Cukup untuk dia dan Damia yang mendengarnya.

     Damia mencebik dalam hati. Eleh… Memangla aku will, sebab kau tu yang force, tapi aku takde feel, sebab kau tu not my choice. Ceh... Aku pulak yang berpantun!

      Kedua-dua pasangan tak lekang senyuman plastik di bibir hinggalah tamat majlis.

5 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )