BAB
15
Perlahan-lahan
aku buka mata. Kepalaku rasa berat semacam tapi aku gagahkan juga mata agar
terbuka. Persoalan pertama terlintas dalam kepala. Kat mana aku sekarang? Aku
terbaring di atas sebuah katil empuk. Bilik aku ke? Bukan.. Aku perhati bilik
ni. Sangat asing.
Apa dah jadi padaku? Aku kembali
mengingat. Aku tunggu abang, lepas tu tiba-tiba ada orang tarik aku dan tutup
mulut dan hidung aku. Lepas tu aku tak ingat apa-apa dah. Macam mana aku boleh ada
kat sini? Kenapa aku dibawa ke sini? Apa orang tu nak? Aku kena culik ke?
Macam-macam dalam kepalaku. Buatkan aku cemas dan takut.
Macam mana kalau ada orang cuba nak rogol
aku? Aku pandang tubuhku. Nasib baik lengkap berpakaian. Tudung pun ada lagi
atas kepala meskipun aku tak tahu dah macam mana bentuknya. Kat tepi aku pun
ada handbagku. Aku tarik nafas lega.
“Awak dah sedar, Qisya?”
Aku terus terduduk daripada baring bila
dengar suara garau itu. Suara seakan-akan familiar denganku. Aku pandang ke
arah suara itu. Izz!! Aku terkejut sebaik sahaja melihat wajah tenang Izz yang
sedang duduk di sofa berdekatan dengan katil aku baring.
Kenapa Izz ada kat sini? Hanya satu
perkara yang terlintas dalam kepala aku. Entah-entah ni semua kerja Izz?
Entah-entah yang pengsankan aku tadi adalah Izz? Kalau tak, mana dia tahu aku
ada kat sini? Kenapa dia bawak aku ke bilik hotel? Aku pandang curiga pada Izz.
Apa dia nak sebenarnya ni? Jangan-jangan dia ada niat tak baik padaku.
“Izz?”
“Lama awak pengsan, Qisya. You make me
worry,” ujarnya selamba. Dia bangun dan melangkah ke arahku.
Makin curiga aku dengannya. Makin aku
yakin dengan firasatku. Gaya dia cakap macam dah lama dia tengok aku pengsan.
Selamba. Macam dia tahu semuanya!
“You.. the one who did that, right?”
soalku sambil pandang dia dengan pandangan yang tajam. Tak peduli dengan ayat
prihatin tiga puluh sen dia tu. Aku langsung tak terharu la!
“Did what?” soalnya balik. Muka macam tak
bersalah. Arghh.. pandai betul dia berlakon. Tak boleh dipercayai.
Aku senyum sinis.
“You took me here but then you ask me you
did what?” Aku pandang dia. Wajahnya tak berubah. Tetap tenang.
“Where
the hell is this place? What do you want from me?” Aku lepaskan marahku pada
Izz. Bilik ni diperhatikan. Agak sepah. Permaidani nampak macam dah lari
kedudukannya. Lampu bilik tidur pecah. Macam kena pecah masuk je aku tengok.
Arghh.. pedulilah. Tak penting keadaan bilik ni. Yang penting sekarang adalah
kenapa aku kat sini?
Dia senyap. Buat aku rasa makin berang.
“Saya nak balik.”
Aku tarik handbag aku yang berada di atas
katil. Aku tak tahu aku berada di mana sekarang ni. Tapi aku tetap nak keluar.
Aku berjalan ke arah pintu. Tapi, belum sempat aku pulas tombol pintu, tanganku
ditarik oleh Izz. Aku kembali terdorong ke belakang sehingga tubuhku berlaga
dengan dada Izz.
Aku
bengang.
“Apa awak buat ni?” marahku. Bagiku
tindakan Izz tadi sangat melampau.
“I’m sorry,” ucapnya seraya melepaskan
tanganku.
Aku mengundur jauh ke belakang. Cuba
jarakkan diri daripada Izz. Izz di depanku bukan macam yang aku kenal. Aku
takut dia cuba mengapa-apakan aku. Kami cuma berdua dalam bilik ni. Apa-apa
boleh jadi. Aku cuma perempuan. Tenaga Izz lebih sepuluh kali ganda daripada
kudrat perempuanku.
“Awak nak apa daripada saya?” Untuk
kesekian kalinya aku bertanya. Aku masih tak tahu motifnya membawaku ke sini.
Perlu ke dia culik aku? Entah pukul berapa sekarang ni aku pun tak tahu. Entah
berapa jam aku pengsan.
“Abang Ngah nak yang mana, mana awak tahu?
Dia tu sanggup buat apa-apa demi Hafiy. Bercinta sakan tapi kalau Hafiy tak
suka perempuan tu, abang Ngah sanggup putus dengan perempuan tu. Awak pun tahu
Hafiy sayang awak, kan?..”
“I promised Hafiy to have you as his
forever mummy and I won’t break it. I’ll do anything to take you as wife, Qisya
Iris..”
“Anything!”
Entah kenapa tiba-tiba ayat Hakimi dan
janji Izz beberapa hari lepas terngiang-ngiang di telingaku. Lutut rasa macam
terketar-ketar. Gerun. Takkan sebab tu dia sanggup culik aku dan paksa aku
kahwin dengan dia? Lepas tu kalau aku taknak, dia nak rogol aku ke? Aku takut dengan
pemikiranku sendiri. Boleh jadi jugak! Dalam bilik ni macam-macam boleh jadi.
Belum lagi ditambah dengan hasutan setan yang jadi penyokong tambahan.
Tapi takkan sampai macam tu sekali kot?
Aku tak percayalah Izz sanggup buat macam tu. Dia tu bukannya yang jenis takde
iman. Separuh hatiku cuba membela Izz. Aghh.. apa aku nak buat ni?
“Saya bukannya nak apa-apakan awak,
Qisya.” Izz bersuara. Mungkin dia taknak aku rasa takut padanya. Tapi,
hakikatnya aku dah mula rasa takut padanya. Takut apa yang dalam kepalaku jadi
nyata.
“Then get me out of here, Izz. Saya nak
balik.” Aku cuba merayu pula.
“Hafiy really wants to see you,” kata Izz
tiba-tiba. Langsung dia tak endahkan permintaanku. Dia keluarkan nama Hafiy
pulak dah.
“If you took me here for ‘that’ reason,
I’m sorry, Izz. I can’t help.” Aku tahu Izz faham maksud ‘that’ yang cuba
sampaikan. Sudah tentulah tentang permintaanya tempoh hari. Permintaan yang
menuntut aku menjadi mummy Hafiy dalam erti sebenar-benarnya.
“I love you, Qisya..”
Aku pandang Izz. Ikhlas ke tak? Aku tak
tahu nak mentafsirnya. Tapi, bila ingatkan hubungannya dengan Maya, aku baru
sedar. Perlahan-lahan aku gelak sinis. Jangan mentang-mentang dia cakap macam
tu, aku akan perasan dia cintakan aku? Aku tak buta, Izz.
“Tolonglah, Izz. Tolong jangan ucapkannya
kalau you didn’t mean it. Poor Maya.” Aku cuba ingatkan dia tentang Maya.
“I..”
“Three reasons why I can’t be Hafiy’s
mummy. First, I don’t love you. Second, you do love Maya. And third, Maya is
gonna be a good wife for you and good mummy for Hafiy.” Aku balas yakin.
Izz pandang aku.
“Enough chatting, Izz. Saya nak balik.”
Aku dah tak peduli dengan Izz. Jangan
sebab nak bahagiakan orang lain, kebahagian sendiri kena korbankan? Aku tak
sebaik itu lagi. Aku masih muda. Takkan nak kahwin dah kot? Nak jadi mak orang?
Diri sendiri pun tak terurus lagi macam mana nak urus anak orang? Hafiy anggap
aku mummy tapi hakikatnya bukan aku yang uruskan Hafiy. Aku cuma penjaganya dan
juga tempat dia mencurahkan kasih sayang. Hanya itu.
“Wait Qisya..”
Izz tarik tangan kiriku. Cuba untuk
menghalangku daripada buka pintu. Sekali lagi kakiku terundur ke belakang bila
direntap Izz. Aku jatuh dalam pelukan Izz. Tapi aku sempat tarik tombol pintu
menggunakan tangan kanan sebelum aku jatuh tadi. Pintu bilik sedikit terbuka.
“Assalamualaikum..” Aku dan Izz tergamam
bila melihat ke muka pintu.
Rasa macam nak pengsan bila melihat
beberapa orang lelaki berserban putih berdiri tegak di depan pintu bilik hotel
ni. Terus aku tolak dada Izz. Namun, semuanya bagaikan terlambat. Hakikatnya
mereka dah nampak keadaan aku dan Izz macam mana. Keadaan yang menambahkan lagi
prasangka mereka meskipun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
“Walaikummussalam. Ya.. ada apa ya,
Encik?” Izz cuba berdiplomasi. Tenang dia berbicara. Dadaku dah berdebar. Dapat
aku rasakan aura negative yang memenuhi bilik ni.
“Kami dari Jabatan Agama…”
Tak sanggup dah aku dengar apa yang dia
cakap lepas tu. Aku pejam mata. Rasa macam dah nak nangis. Ya Allah.. matilah
aku! Matilah aku..
--------
Papa
mengamuk. Uncle Manaf geleng kepala. Mama dan Aunty Fatmah berpelukan. Abang
Qairul dan Hakimi lebih senang berdiri sambil berpeluk tubuh tanpa mengeluarkan
apa-apa komen. Aku dan Izz pula bagaikan pesalah yang bakal menjalani hukuman
gantung sampai mati di tengah-tengah ruang tamu rumahku tu. Entah berapa liter
dah air mataku keluar. Kalau tadah, dah cukup satu baldi agaknya.
“Apa yang Qisya buat ni? Qisya dah malukan
papa, tahu tak?” marah papa lagi. Seumur hidupku, aku tak pernah tengok papa
sebegini marah. Merah muka papa sampai-sampai nampak habis urat di muka. Macam
mana papa tak marah? Bila tiba-tiba anak daranya ditangkap khalwat di hotel.
Dan aku masih tak percaya. Aku kena
tangkap khalwat?
“Nak tercabut jantung papa masa orang
pejabat agama call papa tadi. Tak sangka Qisya sanggup buat papa begini. Mana
papa nak letak muka?” amuk papa. Aku faham kenapa papa mengamuk. Aku dah
menconteng arang ke muka papa. Apa orang akan cakap nanti? Anak majistret
terhormat kena tangkap basah?
“Papa.. kan Qisya dah cakap tadi. Kitorang
bukannya buat apa-apa. Papa kenal Qisya, kan?” Aku cuba bela diri.
“Takde apa-apa ke sampai-sampai Ustaz
Zainal cakap siap berpelukan lagi?” sindir papa.
Arghh.. tensionnya aku rasa! Sedihnya rasa
bila orang tak percaya kata-kata kita sedangkan kita betul! Bila masa aku
berpeluk dengan Izz? Uztaz tu bijak punya timing datang depan bilik hotel.
Kenapa dia tiba-tiba muncul depan bilik hotel tadi? Siapa yang buat aduan. Izz?
Kalau Izz, kenapa dia sendiri nampak terkelu habis. Tak tahulah kalau Izz cuma
berlakon. Huh! Sakit kepala aku fikir benda yang memang takde jawapan ni!
Masa kat pejabat agama tadi pun pedih
telingaku kena bebel. Kena sindir dengan semua orang kat situ. Diorang cakap
takde guna kalau pakai tudung tapi buat maksiat. Malah, aku ingat lagi
kata-kata Ustaz Zainal kepada papa tadi.
“Masa saya tangkap, anak Tan Sri
berdua-duaan dengan anak Datuk Manaf ni. Tengah berpeluk. Kalau berpeluk tu
macam dah biasa, yang lebih-lebih tu saya tak tahu la. Wallahualam..”
Masa tu jugak aku rasa nak terajang mulut
ustaz tu! Kurang ajar sangat. Suka hati moyang dia je cakap aku berpelukan tu macam
biasa je. Ingat aku ni takde agama ke? Nak je aku tanya dia. Tak tahu ke kalau cakap
tanpa bukti sahih tu dah jatuh hukum fitnah dan hukum orang menfitnah tu macam
mana? Nama je ustaz tapi mulut boleh tahan. Nasib baik ada papa. Kalau tak,
memang dah keluar dah aura lawyer aku tadi. Tak peduli dah ustaz ke perdana
menteri ke apa. Yang penting aku tak salah!
“Kitorang tak buat, papa.” Aku berkata
lemah. Rasa macam tak guna nak tegakkan benang yang kering sekali pun. Semua
dah nampak aku jahat. Maruah aku dah tercalar. Selama ni aku hanya tengok dalam
TV kena tangkap basah. Bila betul-betul terjadi padaku, baru aku tahu macam
mana rasa. Teraniaya!
“Habis macam mana Sya boleh ada berdua
dengan Izz dalam bilik hotel tu?” Papa pandang curiga.
Aku terdiam. Kalau aku jawab Izz culik aku
dan bawak aku ke situ, papa percaya ke? Kalau aku cakap Izz pengsankan aku guna
chloroform, papa terima tak alasan aku? Semua orang takkan percaya. Aku yakin.
Sia-sia kalau aku cakap sekali pun. Yang ada malah aku kena bebel dengan papa
sebab karang cerita novel baru. Silap-silap kena lempang dengan Aunty Fatmah
sebab dah burukkan anak lelaki kesayangan dia tu.
“Papa tak faham dengan kamu ni Sya.” Papa
geleng kepala kesal.
“Kamu pun sama Izz. I’m really
disappointed with you, son.” Bila papa senyap, Uncle Manaf pulak yang ambil
syif bebelkan Izz. Suaranya juga penuh dengan kekesalan.
Izz cuma diam. Wajahnya masih tenang. Aku
yang tengok rasa macam nak sepak-sepak je. Keadaan macam ni pun dia masih boleh
tenang ke? Entah-entah ni pun salah satu rancangan dia. Huh.. benci aku!
“Abang.. jangan salahkan Izz. Mungkin
mereka berdua cuma kebetulan ada kat situ. Kita mana tahu? You know our son,
abang. Izz bukannya jenis macam tu. Kalau Kimi yang kena tangkap macam tu
takdelah saya pelik sangat.” Aunty Fatmah bela anaknya tu.
“Apa ibu ni? Kimi pulak? Kecik hati Kimi
ibu cakap macam tu.” Hakimi yang dari tadi senyap bersuara. Kelat mukanya bila
ibunya berkata sebegitu.
“Then, Izz must explain this. Macam mana
boleh ada dalam bilik tu dengan Qisya. Son, you have words to say?”
“Izz minta maaf. Memang Izz salah. Memang
Izz berada berdua dengan Qisya. Hanya kami berdua,” kata Izz.
Makin geram aku rasa. Dia mengaku. Tak
tahu ke pengakuan dia tu buat orang tua kami makin berprasangka terhadap kami?
Atau memang dia nak semua ni terjadi? Dia nak orang tua kami fikir kami memang
kena dikahwinkan?
Kahwin? Oh, no! Itulah perkara yang
dibincangkan kat hotel tadi. Jangan disebabkan hal ni, aku kena kahwin dengan
Izz dan rancangan Izz akan berjaya. Tolonglah jangan terlintas langsung dalam
kepala papa dan Uncle Manaf. Aku rela naik turun mahkamah.
“Khalid, we can’t let people know about
this. This is our family matter. We must prevent press from spreading the news.”
Uncle Manaf berkata pada papa.
“Don’t worry, Manaf. I’ll handle it. I swear
you that nobody will know this.” Papa berkata yakin. Aku tahu papa akan gunakan
kuasanya sebagai majistret untuk halang semuanya daripada tersebar.
“But, before that, in order to clear every
mess they did, we must do something to both of them.”
Papa jeling aku dan Izz. Dadaku berdebar.
Apa maksud papa?
“Do what?” soal Uncle Manaf.
“Izz must marry Qisya.”
Oh, tidak! Perkara yang paling aku
takutkan akhirnya keluar daripada mulut papa. Bila keluar daripada mulut papa,
boleh ke aku ingkar?
“Sya taknak!” bentakku. Aku taknak kahwin.
Tolong.. aku taknak kahwin. “Mesti ada jalan keluar yang lain. Kena tangkap
basah tak semestinya kena kahwin, kan?”
“No. Sya dah malukan papa, then you should
take responsibility. Kahwin dengan Izz malam ni jugak.”
Lagi aku terkejut dengan arahan papa. Aku
telan liur. Pahit. Parah kalau macam ni!
“Papa.. papa selalu cakap kita kena
bertanggungjawab pada benda yang kita buat je. Tapi, masalahnya sekarang, Sya
tak salah dalam hal ni. Sya taknak kahwin. Sya muda lagi. Sya nak habiskan
study dulu.”
“Any objection is rejected!” putus papa.
“Mama.. Sya taknak kahwin. Sya tak salah.
Sya taknak kahwin dengan Izz.” Aku merengek pada mama pula.
“Sya jangan buat papa lagi marah,” lembut
mama berkata. Tapi bukan tu yang aku nak dengar daripada mama.
“Abang.. Sya taknak kahwin.” Aku beralih
pada Abang Q pula. Hanya abang yang aku harapkan untuk bela aku. Abang cuma
pandang aku.
“Go marry him, Sya. I trust Izz. He will
take a really good care of you, dik.”
Arghh… abang pun sama! Tak percayakan aku.
Kenapa dia percaya pada Izz tapi bukan aku? Air mata keluar lagi. Kenapa semua
orang taknak dengar cakap aku? Aku taknak kahwin. Kalau aku kahwin maknanya aku
mengiakan semuanya. Masalahnya aku tak salah.
Aku pandang Izz. Semuanya dia punya pasal.
Aku merapatinya dengan air mata laju keluar.
“Izz.. tolonglah! Saya taknak kahwin
dengan awak. Saya masih muda. Saya nak habiskan study saya dulu. Think of the
one you love, Izz.” Aku merayu pada Izz. Dia tak rasa bersalah ke dah heret aku
ke dalam masalah ni?
“How about you, Izz? Papa harap sangat Izz
bertanggungjawab pada Qisya.” Uncle Manaf tanya Izz lagi.
“Izz akan kahwin dengan Sya, papa. Izz
minta maaf sebab dah malukan keluarga kita dengan keluarga Uncle Khalid. Izz
akan bertanggungjawab atas apa yang kami dah buat,” putus Izz.
Aku rasa macam leher kena jerut.
Bertanggungjawab atas apa yang kami dah buat? Buat apa? Kitorang tak buat
apa-apa. Kenapa Izz cakap macam tu? Bencinya aku!
“What the hell are you talking about? Kita
tak buat apa-apalah. Jangan nak buat cerita la. Kalau kau tak bawak aku kat
hotel tu, semua ni takkan jadi Ni semua kau punya pasal. Dasar jantan tak
guna!” marahku.
Marahku bukan sikit. Hilang semua bahasa.
Hilang semua adabku. Nyaris-nyaris aku tendang Izz kalau bukan abang Qairul
datang tarik aku. Aku mengamuk tapi pegangan abang terlalu kuat untuk aku
lawan. Abang pun sama. Aku tendang kaki abang. Memang dah keluar semua skill
tae kwon do aku. Abang terduduk jatuh. Semua isi rumah bagaikan tergamam dengan
tingkah lakuku yang berubah ganas.
“Qisya Iris!” kuat suara papa memanggil
nama penuhku.
Aku terhenti. Aku nampak abang mengerang
kesakitan atas permaidani. Padan muka! Langsung aku tak rasa bersalah sebab dah
pukul abang.
“Sya
taknak kahwin!”
“Papa tak perlu izin Sya untuk kahwinkan
Sya. Sebagai wali, papa ada hak untuk kahwinkan Sya tanpa persetujuan Sya
sekalipun.”
Aku terkaku. Memang aku tahu kenyataan
itu. Aku pernah belajar masa sekolah menengah dulu. Wali (hanya ayah dan datuk
sahaja) dibenarkan untuk mengahwinkan anak perempuannya tanpa persetujuan anak
perempuannya dengan syarat anak perempuannya itu belum pernah dikahwinkan
sebelumnya.
“Go upstairs and prepare yourself. Now!”
Papa keluarkan arahan lagi.
Aku enggan. Berat kakiku untuk melangkah.
“Mama..” Aku nak nangis. Rasa macam
duniaku bagaikan dah kiamat.
“Go Qisya!”
“Semua orang dalam rumah ni tak sayang
Qisya!” laungku semasa kakiku berlari ke bilik.
nape izz wat gitu? kalau betul izz yg wat gitu... waaaa taktik kotor...:'( :-D ..suspen suspen..:-D
ReplyDeleteBetul ke izz yg buat ni? Huhu gila gempak
ReplyDeletecian qisya..tp pape pn best..leh hafiy dpt adik br..hehe..cpt2 update n3 br ek...
ReplyDeletenot a brilliant idea from Izz ... or is there smthing happen b4 they are in the hotel?
ReplyDeleteIf this is Izz plan - then i would say ... it's totally stupid plot!
terus terang I benci this kind of tangkap basah & kawen ... pls writer think of smthing else! from the beginning i love reading this but when it comes to tangkap basah .... lebur terus rasa teruja ku selama 13 bab ... pls tell us writer yg ini bukan Izz punyer plan sebenar - tolong le cakap ini hanya mimpi Sya!
betul tuh .. penulis ini bukan plot Izz kan???
Deletex kan Izz punye akal sgt pendik macam tu je -
i wont say yes, i wont say no..i know my own plot.hehe..may be you should read at the novel cover i made, written... "DIA YANG TERBAIK... KERANA DIA YANG TAHU.." Actually that words are specially for Izz..mestilah sy akn buat plot yg kena dgan nov sy.. SUAMIKU PALING SWEET....
DeleteNice guess everyone...hehe
thanks for reading n dropping comments
: D
did kimi plan all the incidents 2 happen? from chloroforming qisya to kidnapping her to leaving her in d hotel room with izz to contacting the pejabat agama fellas?
Deletejeng,jeng,jeng... suspicion, suspicion..
O.o nape izz buat mcm tu?? Kecuali dia plan dgn kimi atau yg lain?? Cth familly diorg dah tahu then tpaksa buat cr tu pasal nak paksa sya kawen dgn beralasan?? Ye ke?? Ke ada cerita sblm qisha kene kidnap??
ReplyDeleteSy yakin bkn izz yg buat.. Tp dia yg slmtkn sya.. Btl x ? Sbb msa sya sdr dia tngk blk hotel bersepah. Klu izz yg culik knp dia nk sepahkn blk 2??
ReplyDeleteizz pch msuk blk 2 sbb nk slmtkn sya..
DeleteRasa cmtu jgk.. Mcm bukan perangai izz jer.. Sape nama kwn baik dia tu.. Diaa tu la agaknya!
Deleterasanye la kan.. iz nmpk org culik sya, pastu dia selamatkan kat hotel tu... pastu kebetulan org jbtn agama dtg.. dah alang2 leh buat sya kawin dgn dia, so dia diamkan je.. x sabar nak tau next..
DeleteMak aii.. Xsangka izz senekad itu??? Aduhaiii.. Byk cara lg izz oiii..
ReplyDeleteSiann qisya.. Tp asal abg dia cm tenang jeer! Ptt la qisya marah sgt.. Kalo ai pon naik hantu ;p
Emmm..betul ke izz senekad tu tapi rasanya bukan izz kut yang culik qisya,maybe kebetulan izz ada berhampiran and izz yang selamatkan qisya.Lagipun izz kan memang nak kahwin dengan qisya,kira macam hajat tercapai lah walaupun bukan dengan cara baik...huhuhu..wahhh...betul ke tak..cik anjell je yang boleh jawab ek..apa pun memang best ..x saabr nak tunggu nex chap qisya da kawin dengan izz.
ReplyDelete~Eila~
Hmmm Plot yang menarik walaupun ramai yang x suka. There must me an explanation why writer wrote this type of plot. Meaning to make all readers to think what will be next and what could had happened before....Guest..guest....
ReplyDeleteWriter seolah-olah mengajak pembaca semua bersama-sama berfikir. mungkin melalui komen-komen semua menambahkan idea untuk penulis menulis plot yang lebih menarik selepas ini. caiyok..caiyok...
Kak Sue rasa bukan Izz yang buat .... tapi Izz yang selamatkan Sya.... kalau Izz hantar Sya masa pengsan tentu lagi banyak soalan yang kena jawab.... tentu Kimi dan Abang Q dah tahu Izz jumpa Sya di hotel..... sebab tu Izz terkejut masa orang pejabat agama datang .... dan Abang Q x kisah bila Izz nak bertanggungjawab.... sebab dia percaya Izz akan bahagiakan Sya...... amboi banyaknya andaian kan....hehehe
ReplyDeleteDlm firasat i, ni keja abang long dan kimi... btol tak writer? Memang idea kawin tangkap basah tak best.. dah byk dlm novel... tapi tak apelah.. Now kita tgok mcm mn writter terbitkan rasa cinta Sya dgn Iza. (klu bleh biar something diff. dr kebykkan novel tapi yg menyentuh kalbu)..Besar harapan kami pada writer.
ReplyDeletealahai keciannye kat qisya.. rase mcm izz punya rancangan, tapi...rase mcm izz yg selamatkan qisya.tapi pelik gak yg izz boleh tenang je..tak sabar nak nak tau qisya ngan izz slps berkahwin. bahagiakah? ke kuar segala taek wan do si qisya. hihihi...
ReplyDeleteArghhhh knp jadi cmni plak....nnti mesti lepas ni qisya lagi marah kt izz and xdapat trima izz....waaaaa suspen giler kot
ReplyDeleteI don't think Izz punya kerja semua ni.
ReplyDeleteKesian Qisya. Kalau aii, memang meroyan dah tengok Izz boleh steady jee.
So, itu sebabnya Qisya kena kahwin dgn Izz. Mesti Hafiy suka sbb mummy dia ialah Qisya. Dan of course yg paling gembira sgt tentulah Izz kan? lepas ni mesti perang besar antara Qisya dan Izz.. heheeee x sbr nk tggu n3 baru. Thnaks Anjell.
ReplyDeleteBest. Go on. Walau cite tangkap basah. Xsemestinya olahan seterusnya akn sama dgn cerita2 lain. X sabar tunggu next chapter. . -hasni
ReplyDeletebest... nak lagi.
ReplyDeletehadoyai ,
ReplyDeletetak sabar2-nyee nk tnggu next update ,
camner laa Izz nk tndukkn kmrhan Qisya erk ?
ble nk bab sweet niey ? xsabo2 >,<
ReplyDeletecian kat Qisya..nape jdi mcm ne..
ReplyDeletetntu Qisya lagi mrh kat Izz..
tp pa2 pn cepat2kanlah smbungan yer
Terbaek....cecepat smbg....
ReplyDeleteNak yg sesweeet je....
rasebukan macam izz la yg buat macam tu.. rase2 kan izz cume nk selamatka qisya.. xkan sampai bersepah bilik tu kan..
ReplyDeletesian dkat qisya... . anjell please smbung next n3 sblum rya ..please
ReplyDeletejiwa x tnang nk tngu smbungannye T____T
Assalamu'alaikum. Cik Anjell~~~Saspens la citer nih....Kalau boleh sambung cepat2 taw...At least satu episod b4 raya, n wktu 7 hari syawal awal tu ada post entri terbaru jugak. *Demand* lolsss :p Thumbs up!
ReplyDeletecian qisya.... izz mmg cri gdo!!!!!!!
ReplyDeletecik penulis,
ReplyDeleterasa mcm ada salah sikit.cuba check balik ye.at last paragraph.bukan ke patut mcm ni "semua orang dalam rumah ni tak sayang qisya"?..penggunaan atas rumah or dalam rumah yang betul?
Hmmmm.....xrasa izz yg culik qisya smpi guna klorofom...phsyco la sgt kl izz y buat
ReplyDeleteRasanya izz yg slamatkan qisya sbb bilik tue mcm kesan org br lps bergaduh, tumbuk etc
Tp mmg izz amik kesempatan incident nie utk kawin dgn qisya sbb kl pinang cr baik kompem qisya reject
adooi...mmg xcaya la izz yg wat cam tu..mayb dia yg selamatkan sya kot..berdebar2 bc novel ni.. ni yg xsbr nk tunggu next n3 ni..tp mmg sian la kat sya..xpasal2 kene kawin.. tak kisah la org lain xsuke n3 ni..tp sy sgt suke... god job writer..
ReplyDeletemacam abang q berkomplot je..sebab aper...dia kata nak amik qisya...qisya tunggu dia lepas tu qisya kena culik...then mesti kalau abang q betul2 nak amik qisya balik, abang q akan pi tempat bustop tu carik qisya..tapi peliknyer bila qisya kena tangkap basah then kahwin, abang q tak tanya mana qisya pi abang q carik qisya sebab nak amik qisya balik umah...
ReplyDeletefinin finin mau speculate sapa wat pengsan kat qisya..heheheeeee :)
Mesti ada orang yang cuba perangkap Izz dengan Sya ni...-_-#
ReplyDeleteSuspense level 10! Can't wait for the next entry. Whatever it is, this story is getting more interesting! Congrats to Anjell!
ReplyDeletetolong lah cepat2 sambung anjell... plsssss.. merayu tahap guling2 ni..
ReplyDeletehehehe betul2, kami ni tahap guling2 tunggu next entry..hehee
Deletetu la... eksperimen cinta x kuar lg.. so SPS jgn lambat2 tau... nnt nipis badan kitaorg ni asyik guling2 je...
Deleteohh..suspennya... kesian qisya...
ReplyDeleteplot citer yg mnarik...tp sy rase bkn izz yg buat kn???lau x nape blik hotel 2 brsepah2..msti izz yg slamatkn qisya kn??lps 2 sbb izz mmg cintakan qisya so dia diam je mse papa qisya suh diowang kawen kn??huhu...
ReplyDeletecpt2 update n3 br ye cik pnulis...xsbar nk tngu kisah selanjutnye...
waaaa.. i smell something fishy here.. permaidani beralih kedudukan, lampu tido pecah.. , nape abg Q x marah pon bila adik sampai kena tangkap khalwat.. byk clue dah ni.. neway, x sabar2 nak tggu next n3... u mmg best cik anjell..
ReplyDeletebest giler... cpt2 sambung ye... i'm really luv it
ReplyDeletecepat sambung ...best sangat..:)
ReplyDeletemesti ade kne mngene ngan Ikram kan ? rse mcm ade yg tak kne je . maybe dy yg culik and call pejabat agama sbb nk kawen ngan qisya . tpi izz nmpak and ikot dy smpai hotel pastu serang ikram , and tnggu qisya smpai sedar . qisya plak slh sngke and izz pon tak thn laa , dy trik tgn qisya pastu terpeluk . time tuh jgak laa pejabat agama tuh nk dtg , so dorg kawen laa ! bgi sy , plot cte niey sgt best ! <3 :)
ReplyDeleteOmg they r gonna get married. I wonder apa actually yg terjadi is it izz's plan or what? Sambung3
ReplyDeleteI think Ikram's doing. Sebab he's acting weird kan bak kata si Qisya...hoo..continue continue :)
ReplyDelete-Afi^^
knp lmbt sgt update??sy bukak blog nh tiap2 hri.sabar aje nh!!huish!!!(sory kalo tekasar bhase tp sy agak bengang nh!asyik2 tadee next n3 pon..)
ReplyDeletehuhu..maybe anda blom tahu.actually sy dh post kat fb sy yg next entry akn lmbt skit coz tgah busy skang ni..sy ada ckp yg maybe lpas raya..huhu
Deletedah lebih 3x baca n3 ni utk memahaminya...x mungkin Izz punya plan...sebab..:
ReplyDelete1. Bilik hotel bersepah - mungkin ada tanda2 pergelutan berlaku (btwn si penculik - dunno who la and hero penyelamat sya - Izz)
2.kenapa Izz terkejut bila org dari Jabatan Agama datang
3. bila sya tuduh izz yg buat benda tu, izz mcm x tahu menahu apa2 pun...
tapi kan...apa yg buat benda ni mcm plan izz adalah kerana:
1. izz terlalu tenang
2. jawapan dia yg nekad nak jadikan sya mummy utk anak dia tu kesayangan dia tu pun mencurigakan juga
3. izz sanggup bertanggungjwb...mcm suka jer...mengaku lagi tu...mengaku memalukan keluarga dia dan keluarga sya..mcm la "something happen"
apa2 jer la.... yg penting saya x sabar sudah ni tunggu next n3...huhuhu...
semuanya bergantung dgn angel..sebab dialah author, director, editor & owner utk cerita ni...
champion betul la angel ni....gua salut sama lu
amboi..banyak betul predictionnya..haha..terkejut ana baca komen dah ala-ala sherlock holmes nak mnyiasat.hehe..
Deletepeminat serius ni beb...hehehe...miz angel ni memang suka buat org suspen jer la...tp kite suke...ahaks..
Deletebila kakak nak share bab 16? tak sabar nak tunggu apa seterusnya.. hehe
ReplyDeletenak tanya.. novel ni dari penerbit mana? kakinovel?
ReplyDeleteyg ni blum dinovelkan..ada kat blog je.bkn under mana publisher buat masa skrg..
Deleteiya ke? waahh.. kalau dh dnovelkan pasti saya nak beli :D cayalah kakak ni dh ada karya tersendiri ;D
Deletehaha..ya ke??
Deleteiyalah.. sebab tu saya tanya dari penerbit mana mula2, kalau tak dah saya beli hehe.. tpi tetap nak jadi peminat blog ni ;D
Deletetme kasih...hehe..1st nov sy blm siap lg,sy xnk pk psal yg scond..huhu
Deletekasihnya dh saya terima ;) apa2pun semangat2 myiapkannya dsana ye kak anjell hehe.. jgn lupa beritahu orgsni bila ceta ni dh dnovelkn ;)
DeleteUghhh! Kenapa jahat sangat Izz?! Aiyarkk . ( Benci awaakk Izz , tp saya masih minat awak. LOL )
ReplyDeleteKind of common plot; tangkap basah. But then, tak habis lagi so tak boleh nak judge. Nice story btw. But then miss writer, please check your english grammar. Ada banyak yang salah. Your story will be better without those grammatical errors.
ReplyDeleteAnyway, keep it up! Cerita yang sangat fun untuk dibaca. :)
Daebak lah, Kak Anjel! :D nak lagi, nak lagi! (nn)
ReplyDeletecpt2 update next chapter !!!! x sabar ni.. :)
ReplyDeleteeeee.... terasa geram sangat2!!! sape punye angkara neh!! ustaz celup mana pulok diciloknye!! haiyaaaaa... tensionnnnnnn
ReplyDeletesaya rsa kemungkinan bsar org yg bersalah:
ReplyDelete1)deena
2)maya
3)izz
4)kimi(xmngkin sbb kimi dh ada pilihan hati
5)ikram
sian qisya...izz ni plak ambik kesempatan btul
ReplyDeletehah sudah! menangis aku bakhang! btw, to izz y u so setupid?? buduh betingkek :'( xbest ah cmni :( aku skali baca menjiwai gegiloo haa.. haha.. xpasal² mngaku diri sndiri "Qisya" haha..
ReplyDeleteNak tanya novel ni dari penerbit mana?
ReplyDeleteknape izz uh bodoh sngd,, huish,, gune taktik kotor,, x gunee
ReplyDeleteWatak dlm novel ni ada dlm novel tundukan playboy itu
ReplyDeleteIzz why you pull Qisya tu this problem??What does Izz wanted too??
ReplyDeleteSalam. Saya dah beli novel ini dua tahun lepas. Saya juga dah khatam novel ini banyak kali. Memang terbaik. Tahniah cik puan penulis Anjell. Keep it your courage. God Bless. Salam
ReplyDeleteSalam. Saya dah beli novel ini dua tahun lepas. Saya juga dah khatam novel ini banyak kali. Memang terbaik. Tahniah cik puan penulis Anjell. Keep it your courage. God Bless. Salam
ReplyDelete