Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 8 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 22)

BAB 22

Alamak! 7.00 pagi. Terus meluas mata Damia. Dah lambat nak masuk office! Tak sangka pula dia boleh terlajak tidur lepas Subuh tadi. Adoi.. kan dah lambat! Tahulah office masuk pukul 9.00 pagi. Tapi dia harus cepat. Nak cari teksi lagi. sudahlah bus stop tak tahu di mana kat sini. Entah senang entah tidak nak dapatkan teksi atau bas. Kalau di rumah lamanya bersama Suraya dahulu, takpelah. Senang nak dapat. Tapi di kawasan perumahan elite dengan rumah banglo yang besar-besar macam ni, rasanya pemandu teksi pun segan nak lalu.

     Cepat-cepat Damia bersiap. Cepat punya pasal sampaikan tak perasan gosok gigi guna pencuci muka. Pahit gila! Nak dekat seliter air dia berkumur. Menghilangkan rasa pencuci muka. Ee.. boleh hilang deria rasa lidah dia. Damia mandi ala kadar.

     Ala… baju pun tak bergosok lagi. eh, mana pulak letak iron ni? susahnya kalau dah masuk rumah orang ni! belum sepenuhnya rumah in diterokai. Dah tak sempat dah nak cari mana letaknya sterika. Entah ada, entah tak. Kalau nak cari agaknya sampai petang baru jumpa! Terpaksalah pakai baju yang tak payah bergosok.

     Damia memakai baju kurung hijau muda yang bercorak abstrak. Baju yang digelar baju malas. Tak nampak kedutnya. Ha.. itulah gunanya baju kurung banyak corak. Pakai selendang pula. Juga digelar selendang malas.

Hampir tercucuk jarum peniti ke dalam kepala ketika pintu biliknya dibuka kasar. Terkejut habis. Lagi terkejut melihat Tengku Aaron yang masih berpakaian baju tidur. Siap dengan rambut berserabut. Teruknya rupa lepas bangun tidur! Agaknya basuh muka pun belum. Eh, kata masuk kerja hari ni jugak. Tak siap pun lagi?

     “Woi.. pesal tak kejutkan aku bangun, hah? Terlepas Subuh aku, tahu tak!” suara lantang Tengku Aaron bergema.

     Ek? Dia pun lambat jugak ke?

     “Tak suruh pun.” Sedikit sebanyak Damia rasa bersalah. Lagi rasa bersalah bila lelaki itu terlepas solat Subuh.

     Tengku Aaron mendengus geram.

     “Tiap-tiap pagi, kau kena kejutkan aku sembahyang Subuh ngan bangun pergi kerja. Faham tak? Hii.. bibik aku lagi baguslah kalau buat kerja-kerja macam ni!” bebel Tengku Aaron.

     Cis! Dia samakan aku dengan bibik? Kurang asam! Tak reti berdikari langsung! Set la alarm! Handphone bukan main canggih takkan takde alarm kot? Damia panas hati.

     “Dah lambat dah. Kalau aku lambat, kau pun kena lambat. Sekarang ni, kau cari baju mana yang aku kena pakai, lepas tu gosok,” arah Tengku Aaron lagi.

     Baju dia pun aku kena cari ke? Dia yang nak pakai, suruh orang pulak? Dasar pemalas. Karang aku pilih baju biru seluar merah baru tahu. Manalah aku tahu taste dia macam mana. Kenapa tak suruh aku tolong pilihkan sekali seluar dalam mana yang dia nak pakai hari ni? Damia membebel dalam hati.

     “Lepas tu, sediakan breakfast. Aku ni kalau tak breakfast boleh kena gastrik. Tahu tak? Buat breakfast sedap-sedap sikit. Aku rasa macam nak makan roti dengan scrambled egg pulak. Arghh.. tak sempat. Buat half-boiled egg dah. Lepas tu air aku taknak yang ada campur dengan susu sebab aku boleh muntah kalau ada susu pagi-pagi. Make sure kurang manis sebab aku tak suka manis. Faham tak?”

     Damia yang mendengar tercengang. Amboi, siap buat order pulak? Dah tu bukan main syaratnya. Cerewet betul.

     “Arghh.. dah lambat dah. Cepat sikit buat kerja!” Tengku Aaron ingin berlalu ke biliknya.

     “Err.. Aaron.”

     “Apa lagi?!” Tengku Aaron bengang.

     “Bilik iron mana?” soal Damia sambil mengekor Tengku Aaron ke biliknya.

     “Bilik paling hujung.” Tengku Aaron menghilang di balik pintu bilik air.

     “Dah tahu lambat, sempat pulak nak breakfast,” bebel Damia sambil membuka almari pakaian Tengku Aaron.

     Pergh.. banyak gila! Kalah model. Buat koleksi ke? Nak pilih yang mana, ya? Damia buntu. Manalah dia tahu selera lelaki itu. Ah.. pilih je mana-mana sebab kalau dia beli baju-baju ni, maksudnya memang dia suka, kan? Damia menarik satu baju kameja berwarna kuning cair, seluar slack hitam dan juga tali leher merah hati yang bercorak abstrak.

     Terpaksa berlari-lari anak Damia sebab nak kejar masa. ‘Order’ Tengku Aaron pun belum dibuat lagi. baju pun digosok di tempat yang berkedut je. Seluar pulak, disebabkan warna gelap, kedutannya pun tak berapa nak ada jadi kira halallah tanpa gosok. Cepat-cepat dia berlari semula ke bilik Tengku Aaron.

     “Arghh…” jerit Damia kuat.

     “Gila ke jerit pagi-pagi?” marah Tengku Aaron. Tak peduli dah dengan wajah Damia yang merah bukan main. Dan dia tahu kenapa Damia menjerit. Semuanya sebab dirinya yang hanya bertuala putih.

     “Baju aku mana?” soal Tengku Aaron.

     Damia menghulurkan pakaian Tengku Aaron. Wajah Tengku Aaron langsung tak dipandang. Segan! Tapi, masih dia ingat lagi wajah segar Tengku Aaron sesudah mandi tadi. Nampak pure. Kacak betul! Arghh.. apa aku mengarut ni!

     “Saya keluar dulu. Nak buat breakfast.”

     ---------

Tengku Aaron menoleh ke arah jam di tangan. Dah pukul 8.25 pagi. Tengku Aaron mengeluh. Rasanya kalau guna helicopter barulah boleh tiba di Triumph Air tepat pada masanya. Dah tak sempat dah kalau dia beria-ia pecut kereta sekali pun. Alang-alang lambat…

     Sementara pada masa yang sama, Damia sedang susah hati. Macam mana ni? dahlah lambat. Teksi pun belum dicari lagi. Nak telefon, entah ke mana dia hilangkan nombor telefon teksi. Takkan nak suruh Tengku Aaron hantarkan? Seganlah! Segan satu hal. Satu hal lagi, nak ke dia hantar. Dia sendiri pun dah lambat. Damia dah gelisah.

     “Kejap.. kau pergi kerja dengan apa?” soal Tengku Aaron ketika mereka berada di laman rumah.

     “Dengan apa lagi. Dengan teksi la.”

     “Teksi?” kuat suara Tengku Aaron.

     “Wei.. jangan nak malukan aku la! isteri CEO pergi kerja naik teksi? Mana aku nak letak  muka kalau orang tahu?”

     “Habis tu, Triumph Air nak sponsor kapal terbang ke?” sinis Damia geram. Dasar berlagak!

     Tengku Aaron teringat sesuatu.

     “Kau ada lesen, kan?” soal Tengku Aaron lagi. Damia angguk.

     “Belakang pintu ada penyangkut kunci kereta. Kau pilih mana satu kereta yang kau suka, aku bagi kau.”

     “Bagi?” Damia terkejut.

     “Yala.. jadi hak milik kau. Okay la.. aku dah lambat ni.” tengku Aaron bergegas ke kereta Lexus LF-S hitamnya.

     “Aaron..” Tengku Aaron berpaling.

     Damia menghulurkan tangan. Terpinga-pinga Tengku Aaron bila Damia menyalami tangannya. Berubah riak wajahnya seketika.

     “Wei.. apa salam-salam ni? Ingat pagi raya ke? Dah berlagak isteri mithali pulak ke?” sindir Tengku Aaron. Damia hanya menelan sindiran itu. Dah immune dah. Pedulilah apa nak dikata Tengku Aaron. Janji dia dah jalankan kewajipan seorang isteri.

     Damia hanya memandang kereta Tengku Aaron yang meninggalkan rumah mereka. Dia kembali teringat kata-kata suaminya sebentar tadi. Kereta? Gila.. gaya bercakap macam harga kereta dia 20sen sebuah. Kereta mana nak bawak? Matanya terpaku pada tiga buah kereta yang tinggal.

     BMW M6 mewah tahap tak ingat. Takkan nak pandu Peugeot RCZ kot? Lelaki sesuai la. Lagi.. kenapala kereta-kereta dia ni dua pintu je? Kemudian dia terpandangkan kereta Audi A6. Yang ni pun boleh tahan mewahnya. Mana nak bawak ni? Damia dalam dilemma. Takde kereta yang murah sikit ke?

     Ya Allah.. dah lambat! Damia bagaikan terlupa. Terus dia berlari ke penyangkut kunci. Kunci kereta berlambang syarikat Audi disambar.

     -------

     Tengku Aaron menekan pedal minyak lagi. Kejar masa. Nasib baik jalan dah tak berapa nak sibuk. Belum lagi nak sampai plaza tol. Lepas ni, memang sangkut dalam jam la dia. Tiba-tiba sahaja dia teringat peristiwa sebentar tadi.

     Tiba-tiba pula teringat kata-kata Damia sebelum Damia bersetuju menerimanya. Hah? Entah-entah betul perempuan tu mata duitan kot? Hmm.. kalau macam tu, habislah harta aku nanti. Hih, ngeri!!

     Kemudian, punat on radio ditekan. Lagu Misery nyanyian Maroon Five menggantikan suasana sunyi sebentar tadi. Dia turut menyanyi-nyanyi mengikuti lirik lagu itu.

     Tapi kepala kembali teringatkan Damia. Masih terasa lagi dahi dan hidung Damia yang menyentuh tangannya. Macam terasa sesuatu mengalir terus ke hatinya.

     “Gila betul perempuan tu. Ada ke patut salam tangan aku? Macam aku ni betul-betul suaminya je gayanya. Dulu nak kahwin bukan main liat. Sekarang dah redha ke?” bebel Tengku Aaron sendiri.

     Seketika kemudian, bibirnya mengulas senyuman.

     “But… I like it.”

8 comments:

  1. suka dengan sikap damia...tap kali baca mesti gelak

    ReplyDelete
  2. hav been following this aaron&damia - suke sangat ngan citer ni ... damia yg slumber je!
    hope aaron tidak akan menganaya/menyakitkan damia wlpon sekadar nk kawen experimen at least layan damia dgn baik sebab tk suke mcm citer novel lain yg merapu suke dera isteri marah tak tentu pasal - hope aaron is not like tat! because i can see aaron's character bukan jenis kasar or bodohpandai!

    aaron is actually baik kan?

    -guest setia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. to guest setia, dont worry..sy tak suka citer ada banyak klimaks ni.menyakitkan hati.sso, sy akan buat cerita yg menyenangkan ati sy.haha..

      Delete
  3. seronok.... : )

    ReplyDelete
  4. nak lagi....next please..

    ReplyDelete
  5. best2 bila nak sambung, dah tak sabar2 nak tahu cerita seterus!

    ReplyDelete
  6. bila nk sambungh???????????plz...so fascinating..

    ReplyDelete
  7. haha..dalam ati ade taman ye aaron..:))

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )