“Aku terima nikahnya, Qisya
Iris bt Khalid dengan mas kahwinnya sebanyak RM80.00 tunai..”
Air mataku hampir menitik mendengar pengakuan
suara garau itu. Bukan sebab gembira jauh sekali bersyukur kerana semuanya
berjalan dengan lancar. Tapi sebab aku benci! Aku sangat benci mendengar pengakuan
dia. Sama macam aku benci ketika dia mengakui perkara yang membawa kepada
pernikahan kami ini. Aku dah jadi isteri kepada lelaki bernama Izz Haikal. Dalam
masa yang cukup pendek, semuanya dah bertukar. Berputar 360 darjah macam roda. Daripada
teman yang boleh bergelak ketawa terus bertukar menjadi seteru. Aku tak pernah
benci orang macam aku benci dia sekarang ni.
Ruang tamu ni rasa panas membahang je. Pukul
10.00 majlis akad nikah ni diadakan. Bukan sepuluh pagi tapi sepuluh malam. Tok
kadi pulak bukannya reti nak tidur. Malam-malam pun nak nikahkan orang lagi ke?
Baju kurung yang melekat di tubuhku aku semacam nak tanggalkan terus je. Nasib
je aku tak pakai geans sebagai tanda protes. Kalau bukan sebab dia, perkahwinan
bodoh ni takkan terjadi. Aku memang panas punggung sedari tadi lagi. Tengok muka
dia makin benci aku. Rasa macam nak sepak-sepak je biar patah hidung mancung
dia tu.
Semua meraup muka bila tok kadi sudah
menghabiskan doa. Aku separuh ikhlas mengikut. Majlis akad nikah dilakukan
seringkas mungkin. Buat apa nak gempak-gempak kalau nikah pun atas sebab
terpaksa. Tak semua orang hadir. Hanya keluarga aku dan keluarga dia sahaja.
Aku lagi suka kalau orang tak tahu.
Belum sempat apa-apa, aku terus bangun.
Nak blah cepat-cepat. Majlis dah habis, buat apa nak bazirkan masa duduk
bertapa kat sini? Semata-mata nak tatap muka mamat tu? Huh! Tak hingiin aku!
“Sya.. nak pergi mana tu?” mamaku sempat
memanggil.
“Dah habiskan? Sya ngantuk. Nak tidur.” Aku
membalas pendek.
“Kut ya pun tunggu la lepas sarung
cincin,” mama cuba pujuk aku. Tak payah pujuk la mama, hati Sya sakit sangat.
Sya tak lari rumah dah kira bagus, mama.
Aku sempat pandang wajah Izz. Riak wajahnya
hanya tenang macam takde apa-apa yang berlaku. Sempat juga aku pandang cincin
platinum dalam genggamannya Heran betul aku. Kahwin cam ni pun sempat beli
cincin ke? Platinum pulak tu. Entah siapa punya dia rembat. Entah-entah cincin
untuk makwe sengal dia tu. Huh! Tak sudi aku disentuh dia.
“Orang ngantuk la. Dah sah dah jadi isteri
dia sekalipun tak pakai cincin. Takde pulak rasanya dalam syarat sah nikah kena
pakai cincin. So, takpela kalau tak sarung cincin, kan?” jawabku selamba
sebelum melangkah pergi. Tak peduli dah dengan tetamu yang ada. Panggilan mama
aku buat pekak je. Tak pernah aku sekurang ajar itu apabila tetamu bertandang.
Apatah lagi tetamu itu dah sah jadi keluarga mentuaku.
Cepat-cepat aku panjat tangga.
“Mummy..”
Kakiku berhenti melangkah pada anak tangga
kedua. Aku berpaling ke arah suara itu. Pandangan jernih dan suci daripada
seorang kanak-kanak berusia lima tahun tepat ke dalam anak mataku. Hati yang menggelegak terus sejuk.
Tapi, sebab ego, aku tayang muka bengang.
“Saper mummy kau? Aku bukan mummy kau la!”
balasku kasar sebelum lari menaiki tangga. Tak sanggup aku melihat wajah Hafiy
yang dah berair matanya. Tak pasal-pasal aku pun turut lembut.
Maafkan kakak, Hafiy. Semuanya sebab daddy
Hafiy. Sampai hati dia buat kakak macam ni. Kakak benci daddy Hafiy. Sebab dia
kakak jadi macam ni. Tapi kakak tetap sayang Hafiy.
Ketika kaki berlari, air mataku menitis
akhirnya. Sebak memikirkan nasib diri pada hari yang mendatang.
kawen paksa?
ReplyDeleteanak sape tuh?
~Jazmeen
Hafiy tu anak izz haikal ke? Alaaa.. Cm sedey jer.. Pape ponn, interesting intro! ;)
ReplyDeleteKahwin paksa ke???
ReplyDeleteHarap cite ni lain dari yang lain....
good starting.....
ReplyDeletegood intro..
ReplyDeleteerm.. mcm best jer.... hope lepas ni ok...
ReplyDeletemembe suggest..
ReplyDelete1st baca menarik...
Novel ni dah jual ke
ReplyDeletebaru baca prolog terus suka , belum bab lain lagi . good job writer :)
ReplyDeleteintro yang menarik,kena baca niii
ReplyDeletegood.. it was my first impression..
ReplyDeletehope this novels will be different from the others author..
may god give u a lot of idea to make different genre of novel with awesome emotions...
Oh no wonder la why hafiy menyorok bila jumpa mummy sya dekat rumah hafiy tu.. best! :)
ReplyDeleteDaebak.
ReplyDeleteyang cerita ni sama macam dalam novel ye?
ReplyDelete