Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 24 May 2012

Suamiku Paling Sweet (PROLOG)

PROLOG

“Aku terima nikahnya, Qisya Iris bt Khalid dengan mas kahwinnya sebanyak RM80.00 tunai..”

     Air mataku hampir menitik mendengar pengakuan suara garau itu. Bukan sebab gembira jauh sekali bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tapi sebab aku benci! Aku sangat benci mendengar pengakuan dia. Sama macam aku benci ketika dia mengakui perkara yang membawa kepada pernikahan kami ini. Aku dah jadi isteri kepada lelaki bernama Izz Haikal. Dalam masa yang cukup pendek, semuanya dah bertukar. Berputar 360 darjah macam roda. Daripada teman yang boleh bergelak ketawa terus bertukar menjadi seteru. Aku tak pernah benci orang macam aku benci dia sekarang ni.

     Ruang tamu ni rasa panas membahang je. Pukul 10.00 majlis akad nikah ni diadakan. Bukan sepuluh pagi tapi sepuluh malam. Tok kadi pulak bukannya reti nak tidur. Malam-malam pun nak nikahkan orang lagi ke? Baju kurung yang melekat di tubuhku aku semacam nak tanggalkan terus je. Nasib je aku tak pakai geans sebagai tanda protes. Kalau bukan sebab dia, perkahwinan bodoh ni takkan terjadi. Aku memang panas punggung sedari tadi lagi. Tengok muka dia makin benci aku. Rasa macam nak sepak-sepak je biar patah hidung mancung dia tu.

     Semua meraup muka bila tok kadi sudah menghabiskan doa. Aku separuh ikhlas mengikut. Majlis akad nikah dilakukan seringkas mungkin. Buat apa nak gempak-gempak kalau nikah pun atas sebab terpaksa. Tak semua orang hadir. Hanya keluarga aku dan keluarga dia sahaja. Aku lagi suka kalau orang tak tahu.

     Belum sempat apa-apa, aku terus bangun. Nak blah cepat-cepat. Majlis dah habis, buat apa nak bazirkan masa duduk bertapa kat sini? Semata-mata nak tatap muka mamat tu? Huh! Tak hingiin aku!

     “Sya.. nak pergi mana tu?” mamaku sempat memanggil.

     “Dah habiskan? Sya ngantuk. Nak tidur.” Aku membalas pendek.

     “Kut ya pun tunggu la lepas sarung cincin,” mama cuba pujuk aku. Tak payah pujuk la mama, hati Sya sakit sangat. Sya tak lari rumah dah kira bagus, mama.

     Aku sempat pandang wajah Izz. Riak wajahnya hanya tenang macam takde apa-apa yang berlaku. Sempat juga aku pandang cincin platinum dalam genggamannya Heran betul aku. Kahwin cam ni pun sempat beli cincin ke? Platinum pulak tu. Entah siapa punya dia rembat. Entah-entah cincin untuk makwe sengal dia tu. Huh! Tak sudi aku disentuh dia.

     “Orang ngantuk la. Dah sah dah jadi isteri dia sekalipun tak pakai cincin. Takde pulak rasanya dalam syarat sah nikah kena pakai cincin. So, takpela kalau tak sarung cincin, kan?” jawabku selamba sebelum melangkah pergi. Tak peduli dah dengan tetamu yang ada. Panggilan mama aku buat pekak je. Tak pernah aku sekurang ajar itu apabila tetamu bertandang. Apatah lagi tetamu itu dah sah jadi keluarga mentuaku.

     Cepat-cepat aku panjat tangga.

     “Mummy..”

     Kakiku berhenti melangkah pada anak tangga kedua. Aku berpaling ke arah suara itu. Pandangan jernih dan suci daripada seorang kanak-kanak berusia lima tahun tepat ke dalam anak  mataku. Hati yang menggelegak terus sejuk. Tapi, sebab ego, aku tayang muka bengang.

     “Saper mummy kau? Aku bukan mummy kau la!” balasku kasar sebelum lari menaiki tangga. Tak sanggup aku melihat wajah Hafiy yang dah berair matanya. Tak pasal-pasal aku pun turut lembut.

     Maafkan kakak, Hafiy. Semuanya sebab daddy Hafiy. Sampai hati dia buat kakak macam ni. Kakak benci daddy Hafiy. Sebab dia kakak jadi macam ni. Tapi kakak tetap sayang Hafiy.

     Ketika kaki berlari, air mataku menitis akhirnya. Sebak memikirkan nasib diri pada hari yang mendatang.




14 comments:

  1. kawen paksa?
    anak sape tuh?

    ~Jazmeen

    ReplyDelete
  2. Hafiy tu anak izz haikal ke? Alaaa.. Cm sedey jer.. Pape ponn, interesting intro! ;)

    ReplyDelete
  3. Kahwin paksa ke???
    Harap cite ni lain dari yang lain....

    ReplyDelete
  4. good starting.....

    ReplyDelete
  5. erm.. mcm best jer.... hope lepas ni ok...

    ReplyDelete
  6. membe suggest..
    1st baca menarik...

    ReplyDelete
  7. Novel ni dah jual ke

    ReplyDelete
  8. baru baca prolog terus suka , belum bab lain lagi . good job writer :)

    ReplyDelete
  9. intro yang menarik,kena baca niii

    ReplyDelete
  10. good.. it was my first impression..
    hope this novels will be different from the others author..
    may god give u a lot of idea to make different genre of novel with awesome emotions...

    ReplyDelete
  11. Oh no wonder la why hafiy menyorok bila jumpa mummy sya dekat rumah hafiy tu.. best! :)

    ReplyDelete
  12. yang cerita ni sama macam dalam novel ye?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )