Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 13)

BAB13

“Aku bagi masa setengah jam dari sekarang untuk kau bersiap. Aku on the way sekarang…” tutt..tutt..

     Damia memandang Sony Erricson di tangannya. Betul nombor Tengku Aaron. Tiada sepatah pun kata-kata yang keluar dari mulutnya, talian sudah diputuskan. Naik geram

Damia dibuatnya. Kurang asam betul! Dasar manusia kedekut kredit betulla.

     Walaupun bengang dengan sikap Tengku Aaron yang mula menunjukkan kuasa veto seorang lelaki, namun arahan Tengku Aaron tetap juga dilakukan.

     “Bersiap? Bersiap ke mana?” Damia menyoal diri sendiri. Betul-betul mati kutu melayan sikap Tengku Aaron yang macam-macam. Langsung tak boleh nak baca apa yang ada dalam kepalanya tu.

      Nak pakai apa ya? Karang nanti aku pakai geans, dibawaknya aku ke majlis tahlil arwah. Hii.. tak boleh agaknya cakap guna ayat lengkap. Fail Bahasa Melayu agaknya time SPM dulu. Agaknya kilang air liur dia tu halfday hari ni. Sebab tu tak boleh cakap banyak-banyak! Takut habis air liur!

      Hmm.. jalan yang paling selamat, baju kurung!

     Dia bersiap ala kadar. Hanya berbaju kurung biru muda dan bertudung setona dengannya. Hujung minggu yang best kalau tak perlu keluar pagi-pagi dengan Tengku Aaron. Macam Suraya yang tengah sakan membuta lepas Subuh. Damia menunggu Tengku Aaron di depan pintu pagar. Berat je hatinya nak pergi ke tempat yang tak diketahui destinasinya. Kalau orang lain, pastinya sakan seronok sebab dapat berkepit dengan tunang. Tolak kes dia je!

     PON!! PON!!

     Tengku Aaron keluar dari kereta Peugeot RCZ hitam berkilatnya itu. Dia ni… Ejen jual beli kereta ke? Kejap-kejap BMW M6, kelmarin Lexus LS-F. Lepas tu Audi A6. Tak tahula pulak kot-kot ada lagi koleksi kereta mewahnya di rumah. Huh.. nak berlagak la tu. Membazir sungguh! Alangkah baiknya kalau duit beli tiga buah kereta yang lain tu disedekahkan. Dapat jugak pahala. Bagi sebuah kat aku ke? Aku ni dah la dalam proses nak beli kereta baru! Ha.. ha..

     Damia pandang Tengku Aaron yang segak mengenakan baju kameja berwarna biru cair yang dibuka dua butang paling atas dan berseluar slack hitam. Eh, sedondon pulak mereka hari ni! Tapi… agak pelik kerana Tengku Aaron pun berpakaian skema maut.

     “Awak soh saya bersiap pagi-pagi ni nak ke mana?” soalan Damia sedikit sebanyak membuatkan darah Tengku Aaron naik satu sentimeter. Kalau bukan Damia ni anak orang, nak saja diketuk dengan botol hundred plus di tangannya itu. Pelupa tahap gaban! Ni mesti masa kecik tak minum cukup susu ni!

     “Kalau aku panggil pekak, kau marah. Tapi, kalau aku cakap kau nyanyuk pun rasanya kau tak perlu marah.. Sebab dah penat dah mulut aku cakap yang kita nak ke kursus kahwin hari Sabtu,” bebel Tengku Aaron.

     Damia cuba mengingat. Ada ke Tengku Aaron cakap?

     “Dah.. jangan nak auta aku tak bagitau kau pulak. Cepat masuk. Lambat pulak kang.”

      Tengku Aaron masuk ke dalam perut kereta. Melihat Damia yang tak bergerak langsung dari pagar rumahnya betul-betul buat Tengku Aaron panas hati.

     “Ooii.. cepat la sikit. Terhegeh-hegeh. Nak aku dukung ke?” laung Tengku Aaron.

     “Kejap la..” suara Damia tak kurang lantangnya. Tak tau ke orang ni nak tutup pagar ke? Nak kunci pagar ke? Kalau perompak masuk macam mana? Tak pasal-pasal Suraya kena culik.

     Hii.. dahla tak gentlemen langsung!
-------
Mengantuknya… hanya itu yang Damia rasakan sepanjang menunggu namanya dan Tengku Aaron dipanggil untuk mendaftar. Kursus kahwin! Riak wajah Tengku Aaron pun lebih kurang je. Entah berapa kali dah lelaki tu menguap.

     “Tak tau pulak kursus kahwin ni boring,” rungut Tengku Aaron selamba. Dahlah suara Tengku Aaron agak kuat. Berpaling pasangan selang dua di hadapan mereka mendengar rungutan lelaki itu. Sampai Damia pulak yang malu. Hanya tersengih kononnya lucu dengan kata-kata lelaki itu. Ee… Aaron ni! Agak-agak la sikit!

     “Tengku Aaron Shah bin Tengku Ahmad Shah dan Damia Farisha bt Razak,” panggil si kakak bertudung ungu itu. Giliran mereka.

     “Tengku Aaron dan pasangannya, Damia?” soal lelaki yang bersongkok hitam yang sedang duduk bersama dua lelaki lain. Damia dan Tengku Aaron hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Mereka terus duduk dan mendengar aktiviti yang akan dijalankan untuk hari itu.
--------
Serius boring! Nak menjerit rasanya Damia. Bila hati separuh ikhlas, memang inilah jadinya. Damia menjeling di sebelah. Tahan pulak Tengku Aaron mendengar ceramah yang ketiga ni. Khusyuk je Damia lihat lelaki itu mendengar. Tadi entah berapa biji chewing gum yang dikunyah lelaki itu sebab tak nak bagi mengantuk. Sekarang dah immune ke?

     “Ngantuknya…” rungut Damia perlahan. Tak sangka pula Tengku Aaron mendengarnya. Berpaling lelaki itu menghadapnya.

     “Orang kata, dalam majlis ilmu kalau mengantuk setan banyak dekat dia,” bisik Tengku Aaron.

     Kurang ajar! Terus hilang mengantuk Damia dibuatnya. Aku cekik sampai tercekik chewing gum dalam mulut tu baru tau! Sakit betul hati bila senyuman sinis terukir di bibir merah Tengku Aaron.

     Dan nak saja Damia jawab, “Memang pun.. Lebih-lebih lagi kalau raja setan dok sebelah!” Dijeling Tengku Aaron yang duduk di sebelah kanannya. Ya.. Raja segala setan!

     Apasal la aku kena pergi menda alah ni dengan dia? Damia lihat pasangan lain. Berseri-seri. Nampak seri bakal pengantin. Senyuman di bibir pun tak lekang. Berbeza betul dengannya. Sepatutnya dia datang ke sini dengan lelaki yang dicintainya. Barulah setiap masa yang berlalu nak tunggu menda ni habis tak rasa seperti sepuluh tahun lamanya.
------------------
Saat yang dinanti-nantikan Damai akhirnya tiba. Masa balik! Terus segar matanya saat Ustaz Aminullah membacakan Suratul Asr. Waa… akhirnya. Boleh jugak dia pulang. Boleh nak sambung tidur. Bahagianya.. tubuhnya rasa letih yang teramat sangat! Letih kuasa dua bila terpaksa layan kerenah Tengku Aaron yang dua suku tu.

    “Okey.. okey… I’m coming. In half an hour maybe?” Damia hanya mendengar perbualan Tengku Aaron melalui telefonnya.

     Senyuman Damia mati bila Tengku Aaron hentikan kereta di depan sebuah bangunan tinggi. Baru je Damia nak buka mulut…

     “Aku ada meeting jap. Kau tunggu aku kat kereta kalau rasa tak nak turun.”

     “Tak boleh ke hantar saya balik dulu? Saya letih la..” Damia memprotes.

     “Banyak cakap pulak. Dah sampai dah pun. Apa ingat aku ni driver kau ke?” balas Tengku Aaron.

     Damia mencebik sambil mata memandang langkah Tengku Aaron melangkah masuk ke sebuah bangunan.

      “Eee.. boring pulak!” rungut Damia. Sepatutnya petang yang hening ni dia tengah sedap landing atas katil kesayangannya. Damia pandang ke arah jalan raya. Teksi pun tak lalu. Apa malang nasib aku ni?

     Disebabkan rasa bosan yang teramat, Damia keluar dari kereta. Sempat ditarik kunci kereta. Karang hilang kereta, lain pulak jadinya. Ikutkan niat jahatnya, nak je dia pandu kereta Tengku Aaron balik. Bukannya dia takde lesen kereta. Biar lelaki itu balik sendiri. Lepas tu, nak je dia langgar sebatang dua tiang api. Biar bercorak sikit kereta cantik Tengku Aaron ni. Baru ada seni! Betul cantek la plan Damia.

     Damia pandang sekeliling syarikat yang diberi nama WeSmile tu. Terpampang wajah-wajah model dan pelakon terkenal tanah air. Macam syarikat iklan je? Kenapa Tengku Aaron datang sini? Part time jadi model pulak ke? Damia terus mengusha tempat tu. Sunyi je.. patutla. Hari Sabtu..

     “He came?..” Damia tak ambil pusing perbualan dua orang wanita yang melintasinya. Majalah yang terletak di ruangan menunggu ditarik satu.

     “Yup.. and I dah ada plan macam mana nak tackle Aaron..” perempuan berambut perang itu bersuara.

     Dengar je nama Aaron, Damia mengangkat muka. Tengku Aaron ke? Matanya tepat memandang dua wanita itu. Muka sorang tu macam model iklan ubat gigi Darlie. Model? Nama Sara rasanya. Apa kaitan dengan Tengku Aaron?

     BUKK!!!

     “Heii… really stupid!”

     Disebabkan lobi itu sunyi sepi, suara itu bergema kuat. Damia melihat model bernama Sara tu dah sujud ke Bumi. Walaupun kejam bunyinya, tapi dia berterima kasih pada mak cik cleaner yang menyebabkan Sara tu berpijak ke Bumi yang nyata.

     “Tak nampak orang lalu ke? Bodoh…” tengking Sara. Menikus mak cik itu sambil meminta maaf.

     Damia panas hati. Dasar manusia takde tatatertib. Mak cik yang tua pun nak ditengking ke? Sekali pun mak cik cleaner. Tak boleh dimaafkan ni! Mesti ajar dia macam mana nak hormat orang tua. Majalah di tangan ditutup.

     “Dasar orang tua. Tak reti buat kerja ke? Patutnya si Bad buang je dia ni.” Perempuan sorang lagi turut mencaci.

     “Apa dah jadi ni?” Damia mencelah.

     “You diam. Stay and don’t get involve!” tengking Sara lagi. Mencerun mata memandang Damia. Ewah.. aku pun ditengkingnya? Damia berpeluk tubuh.

     “Sedari, tak baik layan orang tua macam ni. Agak-agak aa sedari kalau nak menghina pun.” Damia cuba memberi nasihat.

     “You ni saper? Cleaner jugak?” soal kawannya.

     Kurang ajar betul! Mentang-mentang aku pakai baju kurung. Rendah sangat ke taraf cleaner di mata dorang? Aku bagi minum Clorox jugak dua ekor ni. Kut dapat memutihkan hati. Melunturkan segala jenis kuman yang merosakkan hati manusia ni. Damia cuba bersabar. Ikutkan setan yang menghasut, nak je baldi yang mengandungi air berwarna hitam tu dicurahkan atas dua ekor minah tu. Sebelum menda tu betul-betul terjadi, Damia mengarahkan mak cik tu cepat-cepat pergi. Sebelum banyak lagi sumpah-seranah yang dilontarkan oleh mereka.

     “Sedari, tak boleh ke sedari maafkan je apa yang mak cik ni buat? Dia bukan sengaja pun. Sedari pun salah jugak. Tak baca ke signboard tulis, ‘CLEANING IN PROGRESS’?”

     “Kurang ajar…” betul-betul Damia tak sempat mengelak bila laju tangan Sara menamparnya.

     Damia pegang pipinya. Adoi… sakitnya! Turun naik turun naik dada Damia menahan marah. Aku berlembut, jadi begini pulak! Jaga kau.. Damia merenung tajam. Baru je dia nak balas servis..

     “Apa yang bising-bising ni? Sampai tingkat lima pun dengar,” celah seorang lelaki yang datang bersama Tengku Aaron. Sempat dia bertentang mata dengan Tengku Aaron yang menghantar maksud, ‘What’s going on?’

     “You saper?” Lelaki itu bertanya kepada Damia.

     “Bad.. Aaron.. I nampak dia mencurigakan tadi. Bila I tegur, dia terus tampar I,”rengek Sara sambil memegang lengan Badrul. Damia ternganga.

     Tajam Tengku Aaron memandang Damia. Biar betul? Berani buat kecoh di pejabat client penting aku? Tapi, mata lelakinya nampak yang pipi kiri Damia agak merah sikit. Dia tetap diam. Hanya memerhatikan apa yang dah terjadi di depannya.

     “Betul..betul.. nak mencuri agaknya.” Si kawannya dah jadi tukang penambah cerita.

     Damia panas hati. Pandai betul berlakon. Kurang ajar.. Tu dah jatuh hukum menfinah!

     “Sedari.. sedari jangan nak fitnah saya tampar sedari, ya..” Damia tarik nafas.

     Sara menjulingkan mata ke atas tanda menyampah dengan kata-kata Damia dan kawannya pula tersenyum sinis.

     “…tapi… kalau sedari nak tau macam mana sakit kena tampar….” Kali ini jelingan maut diberikan kepada mereka berdua.

     “…Saya boleh bagi!”

     Sebaik saja habis Damia berkata-kata, terus dilepaskan satu das penampar. Ala-ala hantar servis bola tampar pun ada! Bulat mata Tengku Aaron yang memandangnya. Puas hati Damia melihat Sara yang berpusing 360 darjah sebelum tersungkur ke Bumi. Nah, ambik kau! Padan muka! Terasa kebas tangannya angkara penampar sulongnya. Tapi, dia jamin tak sekebas orang yang kena. Huh! Nasib baik dia bagi penampar je. Paling teruk, mulut senget sembilan puluh darjah! Kalau dia bagi penumbuk, agaknya boleh terlerai gigi dari gusi Sara tu. Barulah berhenti jadi model iklan Darlie dan lepas tu ikat kontrak jadi model Polident pulak!

     “Bad… dia tampar I!” rengek Sara sambil memegang pipi yang rasa macam nak tertanggal dari tengkorak. Sakit! Malu bila ayunya jatuh di depan Tengku Aaron. Kuat betul penangan Damia.

     “You… berani you buat kecoh dalam office I.. Memang pencuri betul agaknya. Now, get out of here,” halau Badrul sambil menolong Sara bangun.

     Pada ketika itulah seorang lelaki berseragam pegawai keselamatan datang!

     “Halau dia keluar. I taknak tengok muka orang yang dah mengasari model I. Jangan bagi I nampak dia lagi!” arah Badrul tegas kepada pengawal keselamatan.

     Dia mengangguk. Damia menepis bila pengawal keselamatan itu cuba untuk menolaknya keluar. Apa ni… nak halau orang pun, rileks la dulu. Orang ada kaki la nak jalan. Dia tak kisah dihalau. Cuma dia rasa agak terhina bila dihalau macam ni. Depan ramai orang! Dan dihalau keluar angkara fitnah yang dilemparkan perempuan dua ekor tu.

     “Enough.. Don’t touch her..” Tengku Aaron bersuara.

     Tengku Aaron yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya melangkah merapati Damia. Wajahnya bertukar serius. Tangan kanan Damia digenggam erat. Damia cuba menarik, tapi makin kemas Tengku Aaron menggenggamnya.

     “Tengku.. just ignore her.” Badrul bersuara.

     “She is my future wife. How can I just ignore her? She came with me. And.. when she is chased out, it is just same you chase me…”

     Sempat ditangkap muka terkedu mereka bertiga.

     “Tengku… I..” Badrul bersuara.

     “With that… our deal is over, Mr. Badrul…”

      Tangan Damia ditarik keluar..

7 comments:

  1. gentle dah si tengku nim.. sk2.. backup damia, mmg macho gle habis!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. like..like...like333333
    hmmmmm.....so sweet...
    dh nmpk dlm hati ada tman.. :-)

    ReplyDelete
  4. btul ker prmpuan tu dlm iklan ubat gigi darlie??konfius sy ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )