Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 23 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 35)

BAB 35

Seminggu berpisah bagaikan tak beri apa-apa kesan pada Damia. Satu hubungan yang sangat hambar. Langsung tak bahagia. Macam mana nak bahagia? Dah dipaksa hatinya nak pura-pura bahagia, tapi tak boleh. Arghh.. tensionnya! Hipokrit tahu tak. Hipokrit untuk pura-pura bertahan dengan ikatan ini. Haa.. kan dah start nak touching ni!

     Tengku Aaron Shah.. Tak rasa macam aku rasa ke? Mesti pun kau rasa benda sama, kan? Damia yakin. Tulah.. perkahwinan ni bukannya main-main. Dia buat macam eksperimen je. Dahtu, diseretnya aku untuk test eksperimen kahwinnya. Tujuan: Untuk mengkaji rasa macam mana berkahwin. Pembolehubah: Damia Farisha. Hipotesis: Kita tak bahagia. So, conclusionnya? Lu carilah sendiri.

     Apatah lagi cerita Seri terngiang-ngiang di telinganya. Tengku Aaron tak percayakan cinta. Betulkah? Kalau ya memang parah. Dari mata Tengku Aaron, Damia tahu langsung tiada namanya dalam hati lelaki itu. Cinta jauh sekali. Sampai bila kita nak macam ni? Jauh di sudut hatinya, dia inginkan kebahagiaan. Cubalah reda wahai hati..

     -------

Entah kenapa Damia rasa sangat bosan berada dalam rumah besar itu. Baru petang tadi Tengku Aaron telah selamat sampai ke rumah mereka, bermakna dia juga terpaksa tinggalkan rumah uminya. Aduh.. tak sampai sehari berpisah dengan umi dah buatkan Damia betul-betul rindu. Rumah besar ni tak sebest rasa macam tinggal dengan umi walaupun memang diakui rumah ini tiga kali ganda rumah umi.

     Rumah itu masih sunyi sepi seperti biasa. Macam tiada perubahan ada tuan atau pun tak. Damia keluar dari bilik. Remote controller TV 42 inchi itu disambar sebelum melabuhkan punggungnya pada sofa. Damia menekan satu persatu siaran. Cerita apalah ada malam ni? Kalau malam selasa tu, memang dah layan Supernatural. Nak tengok wajah comel Jensen Akles punya pasal. Haha..

     Sampai satu siaran, Damia berhenti. Bulat matanya. Waa.. cerita korea You’re Beautiful la. Lama gila tak tengok cerita kesukaannya itu. Apa lagi menatap muka hero sikit punya hensem Jang Geun Suk. Kalau dulu memang dah layan cerita ni dengan Suraya. Tergelak-gelak Damia melihat cerita lawak ni. Comel betul hero dan heroinnya.

     Ketika itulah bunyi pintu bilik tertutup. Siapa itu tak perlu dipersoalkan. Sebab memang dua orang manusia je yang ada dalam rumah ni kalau bukan dari golongan jin atau bunian. Damia dah rasa tak selesa bila lihat Tengku Aaron letak laptop Apple putihnya di atas meja kopi. Adalah jarak lima meter darinya, tapi Damia tetap tak selesa.

     Arghh.. mamat ni. Pengacau jiwa betullah! Mati-mati Damia ingat lelaki itu dah tidur. Yalah.. baru balik daripada penerbangan yang panjang. Siapa yang tak penat? Dia ni orang ke besi? Tak tahu letih ke. Boleh pulak sambung kerja macam dah takde hari esok je gayanya. Lagi.. takde ke tempat lain nak buat kerja sampai-sampai kena keluar bilik ni? Bilik punyalah selesa. Nanti tak pasal-pasal jatuh sakit sebab overwork. Kalau sakit, aku jugak yang susah. Damia membebel dalam hati.

     Tengku Aaron yang khusyuk dan senyap itu dibiarkan. Damia cuba bayangkan yang berada depannya sekarang adalah seekor anak kucing yang tengah tidur. Haha.. kira comellah aku bandingkan dengan anak kucing, kan?

     “Ha..ha..” Damia ketawa lagi.

     Kelakarlah cerita ni. Dah berair matanya gelakkan lagak Jang Geun Suk yang gigit limau itu. Nak terkencing pun ada. Betul-betul lupa yang Tengku Aaron ada dekat dengannya. Tiba-tiba ketawanya berhenti. Tengku Aaron sedang memandangnya. Tepat perpendicular dengan wajahnya. Dadanya berdebar tiba-tiba.

     “Err.. sorry. Sorry. Saya ganggu awak ke?” soal Damia berani. Manalah tahu. Dia tahu pearasaan Tengku Aaron. Kalau dia sendiri pun, tiba-tiba ada orang ketawa kuat macam dia tadi tengah-tengah khusyuk buat kerja, mahu diberinya pelempang sebijik. Takut jugak kalau Tengku Aaron naik angin.

     “Takdelah.. layanlah cerita Korea tu.” Tengku Aaron senyum seraya menggeleng. Rasa tak percaya pun ada. Dia senyum? Punyalah manis! Senyuman yang sama lepas dahi Damia dulu. Dada berdebar lagi. Kepala dah berserabut. Sihat ke tak suaminya itu? Kau pergi Kanada atas urusan kerja ke atau pergi kursus mengurat perempuan?

     Tengku Aaron kembali menumpukan perhatian pada laptopnya. Kembali masuk ke dalam dunia kerjanya. Mata Damia juga kembali menatap cerita You’re Beautiful itu. Tapi jiwa dah kacau. Rasa macam dah hilang mood nak layan cerita Korea. Terasa dirinya bagaikan diperhatikan Tengku Aaron. Ahh.. apa perasaan ni? Kenapa dengan aku ni? Damia bermonolog sendiri. Seakan-akan rasa dirinya diperhatikan, Damia angkat muka.

     Sah! Tanggapan Damia salahla. Sahlah Tengku Aaron tak pandangnya. Haha.. apa kau ni, Mia. Syok sendiri pulak. Mamat tu serius bukan main tatap ‘makwe’nya itu, seriang kanak-kanak ribena je kau tuduh dia pandang kau? Hii.. come on la, Mia. Naik basikal kayuh sendiri betullah kau ni. Ingat dia takde kerja lain ke nak dibuat selain daripada tatap muka cute kau tu?

     Fuh.. Tengku Aaron cuba kawal nafas. Cepat-cepat ditundukkan wajah menatap skrin laptopnya. Nasib baik sempat. Kalau tak free je kantoi mengusha Damia. Semuanya berlaku di luar kawalan. Apa yang dia tahu, dia begitu rindu untuk menatap wajah Damia setelah seminggu berpisah.

     Eh, kejap! Aaron, kau sedar tak kau cakap kau rindu Damia? Suara hati Tengku Aaron bergema.

    Aku tak rindulah.

     Habis yang kau sanggup bersengkang mata dan korbankan masa tidur kau ni untuk pandang bini kau tu, apa kes? Bukak laptop, tapi kerja jalan tiga minit je, kenapa, bro?

     “Aku cakap bukan.. bukanlah!” tanpa sedar Tengku Aaron luahkan suara hatinya. Tergamam Tengku Aaron sejenak. Damia pulak memandang Tengku Aaron tak berkelip.

     “Hih.. betullah bukan yang ni. Huh.. Adam ni. Nak kena potong gaji agaknya,” cepat-cepat Tengku Aaron mengawal keadaan. Tak pasal-pasal nama Adam diseret sekali. Sorry, ya Adam.

     Hih.. dia ni, aku ingat apa tadi. Gila ke cakap sorang-sorang. Agaknya angin Niagara Falls dah masuk dalam tubuh dia, sebab tulah tak berapa nak betul sikit.

     Akhirya.. Damia sambung tengok drama itu. Hhmm.. Hero cerita ni memang handsome. Kalau senyum tu, perghh… lembik patella wei. Tapi, mana kacak ek dengan Tengku Aaron? Weh.. Sejak bila pulak kau rabun ni, Mia? Aaron pun termasuk senarai lelaki kacak ke? Dulu memang ya. Tapi, lepas kahwin memang aku silang pangkah la. Damia tetap menafikan reality. Confirmla Jang Geun Suk yang menang. Depan kau ni bukan Jang Geun Suk.. tapi Jang Kasut. Haha.. Damia seronok sendiri mengutuk Tengku Aaron.

     Ala.. You’re beautiful dah habislah. Cerita mexico pulak ambil alih. Huh.. Damia memang tak minat dengan cerita Mexico ni. Sexy overdose. Tapi, sebab boring yang melampau, TV tetap on. Sekali-sekala bazirkan elektrik, apa salahnya, kan? Lagipun bukan dia yang bayar. Haha..

     Boringlah pulak. Mata pulak tak ngantuk lagi. Kacau Tengku Aaron macam best je. Untung-untung dapat penampar sebijik. Hehe..

     “Projek Dubai tak settle lagi, ek?” soal Damia tiba-tiba.

     Seakan-akan dengar suara Damia, Tengku Aaron angkat muka. Damia memandangnya.

     “Cakap dengan aku ke?”

     “Eh, taklah! Saya tanya meja. Meja.. meja.. projek Dubai dah settle ke belum?” kata Damia geram sambil mengetuk-ngetuk meja kopi.

     Hih.. boleh dia tanya. Dia nampak ada orang lain ke? Ke ingat aku ni adik-beradik Harry Potter yang boleh bercakap dengan dinding. Eh, Harry Potter boleh cakap dengan dinding ke? Ahh.. pedulilah. Ada aku kisah ke?

     Tengku Aaron pulak ketawa dengan ragam Damia. Terasa kelakar melihat Damia macam tu.

     “Dalam proses. Dalam peringkat awal ni memang sibuk je la semedang. Especially bahagian financial yang uruskan keluar masuk duit.”

     Memang sibuk. Dia terlibat sama dengan projek tu tapi takdelah sepenting Tengku Aaron. Almaklumlah.. CEO syarikat. Apatah lagi daddy dah serahkan bulat-bulat Triumph Air padanya. Dia memang komited dengan kerjanya. Tapi yang herannya, dalam sibuk-sibuk pun sempat pulak main mata dengan pramugari. Salmy pun salah satu daripadanya.

     Oh, ya! Salmiang itu. Tiba-tiba pulak kembali muncul dalam kepalanya. Hidup lagi ke tak orangnya. Melaui gossip-gossip yang disebarkan, Salmy ni pun agak lama bertahan sebagai steady girlfriend Tengku Aaron sebelum segalanya terputus. Dan dialah saksi itu. Damia tertanya-tanya. Istimewa ke Salmy?

     “Kenapa awak putus dengan Salmy dulu?” tiba-tiba terpacul soalan itu. Tak terduga Damia. Ops.. memang tempah maut betullah kau ni, Damia. Dapat dirasakan Tengku Aaron akan mengamuk.

     “Kenapa tiba-tiba tanya?” soal Tengku Aaron balik. Sangka Damia lelaki tu akan mengamuk sebab dia dah campur urusan peribadinya.

     “Tiba-tiba terlintas. Takpelah.. tak payah jawab. Anggap je saya tak pernah tanya.”

     “She’s not honest in our relationship. Belum apa-apa lagi, dia dah buat hal. Aku ni memang kaki perempuan, tapi aku tahu jaga diri. Once she did me, no forgiveness at all,” mendatar Tengku Aaron jawab.

     “Apa dia buat?” dungu Damia bertanya.

     “Aku straight je la. Dia tidur dengan jantan lain. Faham tak? Kalau tak faham, aku nak jelaskan dengan lebih terperinci. Macam ni..”

     “Faham.. faham..” Damia memotong percakapan Tengku Aaron. Tahu lelaki itu sekadar menyinisnya.

     “Hmm.. awak percayakan cinta tak?” Damia inginkan jawapan Tengku Aaron.

     “Tak.. cinta mana pernah wujud dalam hidup aku. Orang bodoh je yang percaya dengan cinta. Useless and nonsense. Tu word yang paling aku benci atas bumi ni, tau tak?” keras suara Tengku Aaron berkata. Sengaja memberi gambaran pada Damia yang dia tak mudah untuk jatuh cinta.

     Eleh.. berlagak. Dulu bukan ke kau hampir tewas dengan Kak Seri? Tak percaya, konon. Patutnya Kak Seri buat kau sampai tersungkur dulu. Damia geram. Tiba-tiba hilang simpati dengan nasib cinta Tengku Aaron yang tak kesampaiaan.

     “It’s not just a word. It’s about a special feeling.”

     Tengku Aaron angkat kepala sebelum ketawa sinis.

     “Love is just a word. Nothing special,” bangkang Tengku Aaron.

     “No.. It’s not.”

     “Okey.. It’s just a word for me, but it’s a feeling for you,” putus Tengku Aaron.

     Haish.. ada pulak macam tu? Ada ke patut aku ditarik sekali? Ego betul mamat ni. Tak puas hati betul Damia dengan pendapat lelaki itu.

     “Mana boleh macam tu. Love is..”

    “I love you..”

     Terus tak jadi Damia untuk meneruskan ayat. Terkedu dengan kata-kata Tengku Aaron.

     “Damia, I love you.. I love you. Do you love me?”

     Nak tergelak Tengku Aaron dengan reaksi Damia yang jelas-jelas terkejut.

     “1-0. It’s proven. Love is just a word for me but a feeling for you.” Tengku Aaron bersorak menang. Hipotesisnya berjaya.

     Hii.. nak je Damia hempuk Tengku Aaron dengan laptop lelaki itu. Tak semena-mena jantung dia berdegup kencang tadi. Boleh Tengku Aaron main-main dengan perkataan keramat itu? Betullah dia tak percaya cinta.

     “Kenapa kahwin dengan saya? Kita tak pernah kenal pun. Kalau saya ni jahat macam mana?” soal Damia lagi. Jauh terpesong daripada isu cinta tadi. Lagipun, mood Tengku Aaron tengah baik, masa nilah nak korek segala-galanya.

     “Perempuan ni macam baju aku je la. Macam-macam jenis. Aku pun dah tahu yang mana kualiti bagus, yang mana kualiti tak bagus. Aku kahwin dengan kau sebab aku rasa nak kahwin. Orang lain tanya aku bila nak kahwin, so aku kahwin. Aku nak tunjuk yang aku pun boleh kahwin. Puas hati?”

     “Habis.. sampai bila kita nak kahwin?”

     “Sampai aku rasa aku dah boring, tak pun kalau aku rasa nak bujang balik. Ataupun kalau aku jumpa perempuan lain, then aku ceraikan kau,” selamba Tengku Aaron menjawab.

     Sedih hati Damia yang mendengar. Dia buat aku ni macam pampers pakai buang. Bila dah penuhi keinginan hati, dicampak pula. Huhu.. umi, kesian anak umi ni! Janda to be, umi. Waa..

     “Banyak tanya pulak kau malam ni. Kau layanlah cerita Mexico kau tu.” Tengku Aaron perasan wajah Damia yang dah berubah. Rasa bersalah tiba-tiba muncul namun cepat-cepat diketepikan. Dia tak mahu hatinya cair dengan Damia walaupun memang lima peratus daripadanya dah mula terpaut pada Damia.

     Damia hanya mengikut. Bila dia berpaling menghadap TV, masa tulah adegan panas sedang berlaku. Wanita dalam cerita tu tengah sakan bercium dengan lelaki. Allah.. time ni la nak ada!

     “Eee..” Damia memang tak boleh nak cover kalau bab geli-geli macam ni. Kenapalah tak dipotongnya adegan bodoh tu? Buat tambah dosa aku je la!

     “Hii.. kalau takde part bodoh ni memang tak boleh agaknya. Ee.. macamlah best sangat kalau kissing macam tu,” bebel Damia.

     Sumpah! Sumpah dia tak ingat langsung yang rupa-rupanya ada spesis homo sapien lain yang berada dengannya.

     Ternyata terpinga-pinga Tengku Aaron mendengar Damia yang dah bising mulutnya. Terus Tengku Aaron mencari puncanya. Damia melihat mata lelaki itu tertancap pada skrin TV. Dahlah 42 inci. Memang jelas lagi nyata. Cepat-cepat Damia menekan punat off. Lagilah malu sepuluh kuasa empat belas bila Tengku Aaron menyaksikannya. Damia rasa kulit mukanya dah bertukar warna arora agaknya. Tengku Aaron memandang Damia yang dah merah wajahnya. Malu atau marah. Mungkin kedua-duanya.

    “Kenapa off? Part best tu.”

    Ee.. aku terajang sampai terkambus bawah tanah jugak mamat ni. Dasar jantan miang. Malulah, senget! Kalau dah anak buah Don Juan ni memang macam tu agaknya. Asal namanya lelaki, memang tak boleh nak lari.

     “Best.. banyaklah best. Buat sakit mata je, tau tak? Geli.. geli, tau tak?ee.. Yerk!” Damia dah tunjuk terang-terangan rasa geli-gelemannya. Siap dengan aksinya lagi membayangkan betapa jijiknya dia dengan perilaku tak senonoh itu. Negara barat. Macam tulah!

     Tengku Aaron tersenyum melihatnya. Comel dan kelakar dengan gaya Damia.

     Damia panas hati. Senyum pulak dia? Tengku Aaron melipat laptopnya. Dia bangun melangkah ke arah Damia. Haa.. nak buat apa pulak ni? Damia dah tak keruan melihat Tengku Aaron yang duduk disebelahnya. Besar-besar sofa berangkai tiga ni, betul-betul tepinya jugak yang dipilih lelaki itu. Rapat sehingga paha mereka bersentuhan.

     Damia rasa nak cabut ke biliknya. Tapi tak sempat bila tangan lelaki itu dah mula bergerak. Terasa pinggangnya dipeluk kemas. Damia ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Damia makin cemas. Nak menangis rasanya. Betullah jin air terjun Niagara dah masuk dalam tubuh mamat ni.

     Terasa pelukan lelaki itu dikemaskan lagi. Kali ini tangan Damia dah terkunci pergerakannya. Wajah Tengku Aaron pula yang mendekati sehingga terasa nafas hangat lelaki itu pada wajahnya.

    “Wei.. nak buat apa ni? Lepaslah.. lep..”

     Terus mati kata-katanya. Ayatnya juga dah terbang ke mana. Kaget Damia dengan tindakan berani Tengku Aaron yang menciumnya. Tangan Damia bagaikan lumpuh untuk menepis. Damia hanya membiarkannya sehinggalah Tengku Aaron sendiri yang menjarakkan wajahnya.

     Damia terkelu tak habis-habis lagi sambil menatap wajah Tengku Aaron, masih tak percaya. Hairan.. suhu 200 darjah celcius dah merudum jatuh ke negative 30 darjah celcius.

    Tengku Aaron tersenyum manis. Sudah diagak reaksi Damia dengan tindakan berani matinya itu. Dan dia sememangnya sedar seratus peratus dengan tindakannya itu. Pipi Damia diusap lembut.

     “That’s what you will feel when kissing,” kata Tengku Aaron lagi.


“Night.. Dream of me.” Dahi Damia dikucup sekali.

     Damia terus menjadi patung cendana di ruang tamu itu. Tengku Aaron pula dah mengambil laptopnya dan berlalu ke biliknya. Maka tinggallah Damia sendirian dengan rasa terkedu yang tak hilang-hilang. Beberapa saat kemudian, dia menyentuh bibirnya sebelum turun pada dadanya. 1.. 2.. 3.. 4.. 5.. Lajunya jantungnya macam baru leps lumba pecut.

     Arghh.. tindakan Tengku Aaron memang selalu luar jangkaan. Benci.. benci..

38 comments:

  1. saya pun ikut sekali jadi patung cendana macam damia.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lawak la awk nih..sakit perut sy gelak..nyaris x menggelupur ikan keli hahahaa

      Delete
  2. perempuan...dimulut cakap benci, geli padahal suka je tengok part kissing dalam drama, movie. penulis novel pun kebanyakkannya gatal je tulis kisah-kisah miang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg awak specis ape ye? ... komen berani p x KECUT ngan identiti ..... KECUT lorrr ...
      pastinyer awak lg terlebih gatal hoping dr blog k blog bace free novel nk bayangkn free kissing scene cayo ....
      ko lelaki ..??? cakap je ... x payah semunyi ... laki ke pompuan .... kecut!

      -babygirl

      Delete
    2. hello babygirl, awak guna nick babygirl tu macam dalam ic awak ke? komen tu back to u la

      saya komen watak Damia yg kononnya benci dan geli part kissing, padahal suka... sama la macam penulis novel sekarang yg gatal merosakkan pemikiran remaja dgn plot2 yg gatal utk melariskan novel.

      wakakak kelakar tol nak tau jantina, babygirl konon....

      Delete
    3. hahaaaa ..... korang nk gaduh kat org punyer blog?

      babygirl ... klakar le ye .... KECUT! hahaaa kecut!

      -HASLINDA BINTI MD ESA

      Delete
    4. hah letak nama penuh macam HASLINDA BINTI MD ESA baru layak nak kata org kecut.

      -babyboy-

      Delete
    5. salam..tlg jgn gduh kat blog sy bleh x? sy hargai dgn semua comment. positif terima kasih, negatif pun terima kasih. hak masing2 nk bg komen n sy trima dgn hati trbuka.. terima kasih..:)

      Delete
    6. kekadang fans lebih over dari penulis. tahniah anjell awak terima dan menghargai semua komen pembaca.

      -babyboy-

      Delete
    7. cisss ... babyboy ... mengata byk penulis novel gatal!

      *miza aryan binti khalid*

      Delete
  3. NAPE Slalu pompuan yg persan lbih...
    mcm snang nk dpt jer.

    ReplyDelete
  4. 5%??

    lagi 95% dlm proses la tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Erks.. Herm, xgentleman la aaron.. Hati lain mulut lain..

    ReplyDelete
  6. Huah.... Nk LG....

    ReplyDelete
  7. citer makin menarik...
    bila la hubungan diaorg nak beromantika

    ReplyDelete
  8. Hehe klaka x pe... pk dorg dah sah dah ada lesen besar haha

    ReplyDelete
  9. syok gelak sendiri.both are so cute!jgnla marah penulis novel encik anon.kesian beliau.please update lagi!lambatnye buku nak kluar bulan nov :|

    ReplyDelete
  10. sy tak phm knp ade org nk komen psl plot2 gatal.
    tak bermaksud sy suke dgn plot2 mcm tu, tp its part of the story.watak tu dah sah kawen kn.rasa ny kalo dlm movie or drama lagi la lebih action dr novel mcm ni. hargai lah ape yg penulis dah buat utk perjlnan novel nie.
    itu cume pndangan ikhlas dari sy. maaf, harap tkde yg terasa. :)

    utk penulis, sambung lah lagi. serius nk tau dia pny 95% tu. ^_^

    ReplyDelete
  11. best....thanks anjel...suke la....
    eksperimen bermula.....
    step by step.....

    ReplyDelete
  12. tajuk sejibik sama dengan novel geena edora, ingat cerita tu tadi

    ReplyDelete
  13. suka baca cite nie. sweet je rasa

    ReplyDelete
  14. Hehe... best3 nak lagi..., panjang skit bg diorang yg komen tu jeles.. namapun novel...

    ReplyDelete
  15. citer ni best....x der ler teruk sgt...yg bc novel smua dah dewasa dan tau pk.....harap sgt penulis x putus asa....terus berkarya...next plsss....:))

    ReplyDelete
  16. anjel
    btol ke nk update smpai 40 je?
    huu~jngnla please
    nk lgi..hee~

    ReplyDelete
  17. ala...pelik betul ngan orang yang tak suka. len kali lau tak suka jgn baca. trus je blacklist.kan senang drpd cari gaduh kat blog orang.kesian cik penulis.karang tak update baru rindu nak bca.pd sy scene tu tak seteruk sesetengah nov lain..tu pandangan sy tak maksud saya suka scene tu.

    -sayahanyasaya-

    ReplyDelete
  18. cik writer teruskan usaha anda untk menulis...
    teruskan citer ni..ape2 pon saye suka eksperimen cinta..terbaik:)

    ReplyDelete
  19. cik writer cepat2 post ye...dah lama tnggu...
    hope lepas nih cik writer xlambat post selalu...
    :)

    ReplyDelete
  20. ...............................a...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    ReplyDelete
  21. .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................
    .............................................

    ReplyDelete
  22. lama la writer nak post bab2 yg sterusnya,,,,x sabo...

    ReplyDelete
  23. sebenar dia org jeles tu,semua novel mesti ada part kiss tu biasa le

    ReplyDelete
  24. bg y xske part y mcm 2, xpyh la bce,kn sng. xplu nk ktuk2. nama lg novel.. lgipun cter 2 kn mnunjukkn y mreka dh KAHWIN. so, its mean dat y halal bgnya. awk tue sbnrnya otak kolot.. btul kta kwn kita 2, pmbaca smua dh dewasa, xkn bdk 7 taun bce novel kot.. tgok nvel y lbh tbal dr bku teks mreka dh bt dorang xtgok, nie kn nk bce..

    to the writer, keep it up. dont care wat they say. orang, kalau dh jeles n xpuas hati, mcm2 nk kutuk. tgok y dh berjya cnth cm mndiang micheal jacksn, bapak ramai y kutk dia, tp y mgutuk tue berjaya n terkenal mcm dia??? think positive la kpd sesapa y ada otak negatif..hehehhee... maap ler kalau ayt nie mngancam jiwa nurani sesapa..
    kepada y mnykong writer nie, teruskn skongan anda. cter nie totally best, n make sure epi ending yer syg. *dia mengandung, alahan y teruk ker bt aron 2 makin care o something like dat.. ehheee..
    teruskan usaha yer writer.. cayok2..

    ReplyDelete
  25. Anjell lemas baca kritik negatif yang tak membina ni. Kalau tak berkenan pun cara tegur tu biarlah
    Bertemadun . Anjell anda di antara penulis novel yang paling di minati so my falasafah mudah jer
    ' Jangan mati kerana orang.Teruskan usaha , menjadi penulis itu tidak mudah.
    Teruskan usaha dan kuatkan semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the comment...takpe..sy xkisah dgn komen negatif ni...dh tlebih immune dh..i'm so simple..huhu...kta xleh nk puaskn aty semua orang.huhu..my falsafah pulak,"if you dont like it,better dont read.."HEHE..

      Delete
  26. ahak ahak best gle

    ReplyDelete
  27. tak sangka ada Harry Potter dlm ni! writer minat Harry Potter ke? sebab saya minat! hehe and aaron and Damia so sweeeeeeeet!

    ReplyDelete
  28. my compliment,biasa part2 kissing dalam ssbuah novel tu agak melampau2 digambarkan.tapi akak buat bnda tu nmpk neutral,nmpk simple tpi sbnrnya ianya tersangatlah sweet.ye la kan x smua da kawen untk fhm adegan2 romantis nie..pape pun thumbs up kak..:D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )