“Hoorey… boleh belajar
panjat pokok. Cepatlah, kakak.” Hafiy semakin excited.
“Kejaplah.. kakak nak ready dulu. Pertama,
nak panjat pokok, you must get ready.” Entah petua mana yang mengarut aku
turunkan pada Hafiy. Haha..
“I’m ready. I’m ready.” Hafiy dah
melompat-lompat kegembiraan. Aku membetul-betulkan tudungku, baju dan seluar.
Tak kena gayanya, mahu terselak semuanya. Nasib baik jugaklah rumah jiran takde
orang. Kalau tak, mahu dapat heart attack diorang tengok gadis betudung panjat
pokok jambu.
“Kakak.. lambat lagi ke?” Hafiy dah tak
sabar-sabar.
“Sabarla dulu. Bersabarkan separuh
daripada iman.” Aku sengaja melengah-lengahkan masa. Di samping itu, boleh
jugak aku nak berkenal mesra dengan Hafiy.
“Hafiy.. nak panjat pokok ni, daddy Hafiy
tak marah ke?” Aku cuba menggertak Hafiy. Manalah tahu kot-kot dah beralih hati
lepas dengar nama daddynya.
“Mummy kakak tak marah ke kakak panjat
pokok?” soal Hafiy balik. Nasib baik aku tak panjat pokok lagi. Kalau tak dah
sembah bumi dah aku. Tak pasal-pasal rancangan aku terlaksana belum masanya.
Aku sengih kat Hafiy. Mahu aku kena kejar
dengan parang kalau mama tahu aku panjat pokok. Tak cukup dengan tu, mungkin
mahkamah dalam rumah turut mengambil tindakan.
“Kakak dah besar. Mestilah mama kakak tak
marah. Hafiy tu kecik lagi.”
“Kakak ni bisinglah. Cepatlah kakak,” gesa
Hafiy lagi.
“Yalah.. yalah..” aku menurut. Karang
budak ni boring, lain pulak jadinya.
“Hafiy, kalau akak tanya Hafiy jawab tau.
Jangan diam pulak,” pesanku. Hafiy buat tanda okay dengan jarinya. Comel betul!
Ada sebab aku nak dia jawab semua
persoalanku. Sebab aku taknak dia diam. Bila seseorang budak diam, maknanya dia
sedang fokuskan sesuatu. Sebab aku taknak dia fokuslah aku nak dia jawab soalan
aku. Hehe.. bijak jugak rancangan aku.
“Hafiy, are you ready?” soalku gembira.
“I’m ready.”
“Ala.. excited la sikit Hafiy. Kuat lagi.
Are you ready?”
“Yeah.. I’m ready!” Hafiy melompat-lompat
gembira.
“Sure ready?” jeritku.
“Sure ready!” Hafiy jerit sama.
“Okey.. let’s go!” Aku tergelak sendiri.
Sejak bila la aku terlebih makan gula ni? Haha.. sengal betul!
Aku mula memanjat. Pokok jambu air ni
boleh tahan tingginya.
“Hafiy, cuba Hafiy tengok ada tak buah
jambu.”
Bila aku melihat mata Hafiy melilau
mencari jambu, aku terus memanjat secepat mungkin.
“Takde, kakak,” jawab Hafiy. Ketika Hafiy
kembali berpaling pada aku, aku dah hampir ke atas pokok. Memanglah takde sebab
sekarang ni bukan musim jambu. Haha.. sengaja aku nak auta Hafiy.
“Dah sampai atas. Macam tulah caranya nak
panjat pokok.” Aku sengih kat Hafiy.
“Wah.. kakak betul-betul pandailah. Hafiy
nak panjat jugak. Hafi nak panjat jugak.” Hafiy menepuk tangan beberapa kali.
Gembira benar dia.
“Nampak tak macam mana kakak panjat tadi?”
soalku. Dia diam.
“Tak ingatlah, kakak. Kakak suruh Hafiy
cari jambu tadi.” Muka Hafiy dah masam.
“Ala.. Hafiy ni. Penat kakak panjat, tahu
tak? Masa cari jambu, masa tu pun boleh tengok kakak.” Aku pura-pura marah.
“Jangan marah Hafiy. Sorry. Kakak tunjuk
sekali lagi, boleh tak? Boleh la.. boleh la..” Hafiy cuba membodekku dengan
gaya comelnya. Alahai.. comelnya budak ni! Nak cubit-cubit je rasanya pipi dia.
“Kakak tunjuk sekali lagi. Tapi, kali ni
kalau Hafiy pandang tempat lain, kakak merajuk. Taknak ajar Hafiy lagi.”
Aku turun daripada pokok. Nampak gayanya
semuanya berjalan dengan lancar kali ni. Tinggal misi last je iaitu buat-buat
jatuh dari pokok. Sebab bak kata abang,
“….Kalau kita taknak kucing kecing merata,
kita kena ajar dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar.”
Maksudnya, kalau aku taknak Hafiy panjat
pokok dan membahayakan diri sendiri, aku kena tunjukkan bagaimana panjat pokok
boleh membahayakan. Baru Hafiy boleh belajar. Kanak-kanak harus belajar
daripada pengalaman.
“Kakak start ni,” kataku. Kali ni Hafiy
betul-betul focus. Aku kena buat sesuatu yang mengganggu focus dia.
“Hafiy, Hafiy tak takut daddy marah ke
panjat pokok?” soalku balik.
“Tak. Sebab Hafiy dah call daddy.” Aku
terkejut. Boleh pakai ke kata-kata Hafiy ni? Entah-entah dia sengaja nak auta
aku. Orang cakap kanak-kanak tak reti menipu, ya ke?
“Habis, daddy tak marah?” selidikku. Gila
sporting kalau tak marah anak kecil dia nak panjat pokok.
Aku dah sampai atas sambil bertenggek atas
dahan pokok. Penat!
“Tak.. daddy cakap dia nak balik tengok
Hafiy panjat pokok. Daddy suruh tunggu dia.” Aku ketawa. Waras ke tak daddy
Hafiy ni. Entah-entah ni pun satu peperangan psikologi. Hafiy takkan panjat
pokok kalau daddy dia takde. So, selagi daddy Hafiy tak balik, selagi tulah
Hafiy takkan panjat pokok. Macam tulah agaknya. Biar Hafiy terus menunggu
sampai malam. Betul jugak. Takkanlah dia nak balik.
“Hafiy nak tunggu daddy Hafiy balik dulu
ke?” soalku.
“Mestilah. Daddykan nak tengok Hafiy
panjat pokok.”
“Kalau macam tu, kakak turun dulu. Kita
tunggu daddy Hafiy sama-sama.” Aku mula memanjat turun. Masa untuk jalankan
misi! Kenalah sampai kat tempat rendah dulu, baru buat-buat jatuh. Kalau tak,
mahu patah aku kalau tak kena gayanya. Tak pasal-pasal dikelasifikasikan
sebagai bunuh diri.
“Hafiy!”
Suara asing yang garau itu membuatkan aku
betul-betul terkejut. Malaun mana pulak yang buat aku terkejut sakan ni? Setahu
aku abang je yang selalu buat aku macam tu. Terkejut punya pasal, keseimbangan
badan aku mula hilang. Tangan yang menggenggam dahan pokok tak sempat berpaut
balik. Gravity bagaikan menarik aku.
“Mama..” aku menjerit ketika jatuh.
“Hey, watch out!” Pada masa yang sama
suara garau itu menjerit.
Terasa badan melayang-layang sebelum jatuh
ke bumi. Bukan! Ada tangan asing yang cuba menyambutku. Tapi tindakannya
sedikit terlambat sebab akhirnya kedua-duanya turut sama terjatuh. Aku jatuh
terhempap atas dada lelaki itu.
“Daddy.. kakak..” Aku mendengar Hafiy
memanggil.
“Are you alright?” soal lelaki itu.
Aku angkat muka. Perkara pertama yang aku
nampak. Matanya! Terpanah seketika dengan tusukan lembut anak mata
hijau-birunya. Cantiknya mata dia! Begitu secocok dengan raut tampannya. Aku
terus mengalihkan pandangan mata. Baru tersedar yang aku masih di atas dadanya.
Bila cuba bangun, tangannya masih memeluk pinggangku.
Ewah, sedara! Best peluk pinggang anak
dara orang? Segera aku berdehem sebelum dia cepat-cepat mengalihkam tangannya.
Aku terus duduk atas tanah.
“I’m okay.”
Dia turut bangun sambil menepuk-nepuk baju
kemeja ungu mudanya dan seluar slack hitamnya yang dah kotor.
“Kakak.. kakak okey? Kakak sakit?” Hafiy
tanya aku. Terharu aku dengan keprihatinan Hafiy.
“Kakak okey.”
Shit! Hancur ana punya program. Patutnya
aku jatuh masa nak sampai tanah dah. Lepas tu buat berkerut-kerut muka macam
menahan sakit yang melampau untuk buatkan Hafiy takut untuk panjat pokok.
Hancur.. hancur.. memang aku jatuh, tapi tak seperti yang aku rencanakan. Aku
pandang atas pokok. Gila tinggi masa aku jatuh. Nasib baik tak jadi arwah je
aku tadi. Semuanya daddy Hafiy punya pasal.
Aku cuba bangun. Arghh.. kaki aku! Aku
kembali terjatuh.
“Kakak..” Hafiy memanggilku.
“Kaki kakak sakit, Hafiy. Aduh..” aduku.
Serius sakit! Berkerut-kerut mukaku menahan sakit. Kali ni bukan lakonan drama
queen.
“Jom saya bawa awak masuk.” Daddy Hafiy
menawar budi. Dia cuba mendukungku sebelum aku mengelak.
“Takpe.. Hafiy, panggilkan Bik Santi,”
arahku. Cuba menolak budi. Ee.. taknak la aku kena dukung. Selagi ada cara
lain, selagi tulah aku takkan benarkan dia dukung aku. Dia ingat dia tu abang
aku ke?
Hafiy patuh. Terkocoh-kocoh dia berlari
memasuki rumah. Maka, tinggallah aku dan daddy Hafiy berdua. Terasa suasana
agak tegang.
“Awak ni takde kerja lain ke nak buat
selain ajar anak saya panjat pokok? Nasib baik saya cepat sampai, kalau tak
memang nasib anak saya sama macam ni.” Dia memarahi aku.
Rasa nak cekik je mamat ni. Dia yang
datang tersalah timing. Kalau tak mesti dah lancar semua rancangan aku.
“Saya tahu apa yang saya buat, sedara. And
you, spoil my plan,” balasku geram. Oleh sebab aku tak tahu nak panggil apa,
aku bahasakan dia sebagai sedara je.
“My mom gave me a very beautiful name. Izz
Haikal. My name is Izz Haikal. And not sedara. Do call me Izz. I’m Hafiy’s
daddy.” Dia memperkenalkan diri.
Aku senyum. Kalau dah daddy Hafiy begini
kacak, no wonderlah Hafiy comel sangat. Tapi, kenapa aku nampak muka Hafiy
dengan daddynya tak sama? Oo.. mungkin Hafiy ikut mummy dia. Mesti mummy Hafiy
juga cantik orangnya. Tapi aku tertanya-tanya. Mummy Hafiy ni sebenarnya masih
hidup atau dah meninggal? Kalau hidup lagi, kenapa bercerai? Suami bukan main
handsome, kalau aku jadi isteri dia, nak lepas pun sayang. Entah-entah daddy
Hafiy ni curang tak? Dah macam-macam persepsi buruk aku tanamkan dalam kepala.
“Kalau anak saya jatuh masa panjat pokok
nanti, tahulah saya nak buat apa.” Lelaki bernama Izz itu mengugutku. Rasa
gerun? Haha.. sikit pun tak. Bukan akulah wei..
“Don’t worry. Hafiy takkan panjat pokok.
Percayalah.” Aku menjawab yakin. Overconfident betul aku ni.
“Awak belum kenal macam mana sikap Hafiy.
Dua hari awak kenal dia tak cukup.” Izz membalas.
“I promise you that Hafiy will never talk
about climbing up the tree soon. Trust me.”
“Yakin sangat kenapa?” soal dia dengan
dahi berkerut.
Ketika itulah Hafiy bersama Bik Santi
datang. Lega betul rasanya. Nasib baik
ada Bik Santi. Kalau tak menangis aku kalau ada mamat tu je. Aku lebih rela
call abang daripada didukung Izz.
“Waduh.. gimana bisa jatuh, non?” Bik
Santi membebel panjang.
“Kakak.. sakit lagi ke? Mesti sakitkan kalau
jatuh?” Hafiy menyoal siasat.
“Memang sakit, Hafiy. Tiap kali panjat
pokok, memang selalu jatuh. Sakit sangat. Hafiy nak belajar panjat pokok, kan?
Daddy Hafiy dah sampai. Hafiy pulak panjat pokok, ya?” Aku makin mengaduh
kesakitan. Sengaja.
Bulat mata Izz mendengar kata-kataku.
Pastinya tak senang duduk kalau Hafiy bersetuju. Memang kena bersedia untuk
menyambut Hafiy yang konfem akan terjatuh.
“Taknak.. Hafiy taknak jatuh. Sakit. Hafiy
taknak sakit macam kakak. Kesian kakak. Taknak belajar panjat pokok dah. Nanti
jatuh.” Hafiy menggeleng-geleng kepala.
Aku senyum. Tak sia-sia aku jatuh. Penakut
jugak budak ni rupa-rupanya. Nasib baik jugak dia takut sakit. Kalau tak?
Memang matilah aku kena kapak dengan daddy Hafiy. Aku nampak wajah Izz
kelegaan.
“Memang sakit. Lain kali, jangan nak cuba
panjat pokok,” nasihatku.
Bik Santi menolongku bangun. Sebelum
melangkah pergi, sempat aku berpaling ke arah Izz.
“Because he learnt something precious,”
kataku. Hanya kami berdua yang faham.
Hahaha. comel ! :DD
ReplyDeletenak lagi....plisssss
ReplyDeleteBest3....nak lg plez....
ReplyDeleteChumelllnyerrrrr!! Pandai la kakak niii ;) tp sebok betulla izz nii
ReplyDeletecomelll.next entry please ^_^
ReplyDeleteharap citer neh abis kn kat blog - jgn smpai bab 40 henti!
ReplyDelete-hafiyah izat
terbaik...
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteAjar budak dengan orang besar memang lain caranya....#^_^
Suka2
ReplyDeletesuka sgt.... cool sya..tq
ReplyDeletebest sangat, asyik senyum sorang-sorang je ni
ReplyDeleteadik kat sebelah pun dah tengok pelik ni
best2~ hihi tak sabar nak bace next entry ^^
ReplyDeletebesttt.... suka dengan kata-kata ----- "Kalau kita taknak kucing kecing merata, kita kena ajar dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar.” ...terbaikkkk
ReplyDeletebesttt.....
ReplyDeletenk lgi....pnjg2 yer..
Bagus2 idea yg bernas hahahaha
ReplyDeleteA'salam , cik writer boleh saya nak promote blog cik ni ? HARAP MAKLUM !
ReplyDeletesalam..tak kisah pun.hehe..
Deletesuka sngt...terbaiklah...
ReplyDeletelagi.... nak baca yg seterusnya ^_^
ReplyDeletesuka..<3
ReplyDeletehaha.. best!!! terbaik la sya! idea menjadi!
ReplyDeletehandsome gile ke daddy hafiy ni, nak tengok, hehe
ReplyDeleteha, kan dh kt,,jatuh....tp nasib baik hafiy learn something
ReplyDelete