Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 26 May 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 2)

BAB 2

Bila tiga lawan satu. Macam ni la jadinya. Akhirnya aku kalah. Kemenangan mutlak jadi hak milik mama. Hish, tak puas hati betul aku dengan semua orang. Abang terutamanya. Boleh dia jadi pendakwa raya mama. Bukannya nak jadi peguam bela aku. Belot betul. Dua hari aku tak cakap dengan dia. Geram. Papa pulak boleh pulak sebelahkan mama. Tahulah sayang mama. Kata majistret. Patutnya dia dok tengah-tengah. Neutral. Akhirnya, aku yang teraniaya. Huhu..

     “Habis tu, Sya nak kena tinggal kat rumah kawan mama ke? Jadi orang gaji sepenuh masa kat sana?” Aku tanya dengan muncung yang panjang tiga depa.

     “Sampai hati mama, kan? Orang balik cuti sem nak rehat, nak luangkan masa dengan mama, papa ngan abang. Tapi kena paksa pulak keluar rumah. Cakap je la taknak Sya balik, kan senang? Kecik hati Sya.” Aku buat-buat sedih. Drama Queen dah muncul dah! Kalau tengah hiris bawang merah sekarang ni, memang dah real dah drama aku.

     “Sepak berjoget karang. Mengada betul. Tok sah nak jadi Rani Mukherjee sangat la pagi-pagi hari ni. Nak terberak abang yang tengok ni, tahu tak?” Abang tayang muka menyampah.

     Aku jeling maut. Kacau aa abang ni! Tengah ambik feeling nak raih simpati mama ni. Potong stim betulla.

     “Ada ke patut cakap macam tu. Rumah kawan mama bukannya jauh sangat. Lepas habis kerja, bailkla,” balas mama.

     “Tapi, ma.. macam mana Sya nak pergi? Sya bukannya ada lesen kereta. Kereta sorong tu adalah. Tapi masalahnya keretanya pulak takde.”

     “Takpe.. kereta sorong abang boleh beli. Nanti senanglah Sya kalau nak drive pergi rumah kawan mama,” selamba abang jawab. Abang ni.. layan je loyar buruk aku.

     “Abang ni.. orang cakap serius ni!”

    “Abang pun cakap serius ni. Even Sya takde lesen kereta, abangkan ada. Abang boleh hantar dan ambik. Kalau demi adik kesayangan abang ni, abang sanggup jadi driver part time.” Cepat je abang Qairul menjawab. Benci betul aku. Kalau bab-bab macam ni, nak pulak aku jadi adik kesayangan dia!

     Memang aku takde lesen kereta. Pengangkutan tak jadi masalah pun sebenarnya. Memang tak payah nak susahkan abang sebab driver kami dah ada. Aku sengaja je nak putar belitkan fakta. Tak tahu ke aku ni memang sengaja cari alasan tak nak ikut cakap mama? Dengki apalah agaknya dia dengan aku. Hish!

     “Tu la.. Orang soh buat lesen taknak. Perangai berlagak taiko tapi hati penakut tahap gaban.” Seronok abang gelakkan aku. Pap! Sedas aku pukul belakang abang. Nak cari gaduh ni!

     “Tolong je la kawan mama tu, Qisya. Sya dapat pahala.Masa ni kita tolong dia. Esok lusa dia pulak tolong kita.” Papa yang tengah baca surat khabar menyampuk. Sudah… big boss dah keluarkan titah! Nasib baik la papa tak keluarkan akta undang-undang negara nak sokong hujah dia. Jenuh pulak aku nak google kalau rasa malas nak belek buku yang bertimbun-timbun dalam library papa.

     Aku terdiam. Ni bukan nak mintak tolong dah ni. Tapi dah memaksa menolong ni. Susahnya nak senangkan hati orang ni!

     “Tengoklah dulu. Sya tak reti la. Kalau Sya tak boleh nak teruskan nanti, jangan marahkan Sya, ya?” aku dah macam mengalah. Macam dah takde guna kalaupun aku beria-ia nak mempertahankan diri.

     Mama tersenyum puas.

     “Takpe.. at least cuba!”

     -----------------

Aku dan mama melangkah ke rumah kawan mama. Pertama kali nak jumpa hari ni. Aku panggil dia sebagai Aunty Fatmah je. Berdebar-debar jugak aku. Macam nak interview kerja je. Padahal cuma nak jadi orang gaji. Hey.. orang gaji tu pun satu karier, okey! Kira up la sebab orang gaji yang nak bekerja dalam rumah ni bakal graduan kejuruteraan awam. Haha.. Aku tetap berdebar. Kantoi tak reti buat kerja, tak ke malu nanti?

     “Masuklah, Nisah.” Aunty Fatmah ramah mempelawa masuk.

     “Ni ke anak kau, Nisah? Cantik betul,” puji Aunty Fatmah.

     Mana tak kembang hidung bila kena puji? Aku salam dia. Tengok.. Sebab puji punya pasal, cara salam pun dah macam perempuan Melayu kedua terakhir. Kalau dia ada anak bujang agaknya terus berkenan nak jadikan aku sebagai menantu. Haha..

     “Ya, Mah. Ni la anak aku yang nak kerja kat rumah kau ni. Nama dia Qisya.”

     Aunty Fatmah senyum sambil memandang aku dengan pandangan ramah. Aku hanya sengih membalas. Cantik jugak aunty ni. Awet muda.

     “Betul ke sudi nak tolong Aunty ni?”  Autny Fatmah minta kepastian.

     “Betul, aunty. Tapi Sya tak tahu sangat dalam bab-bab ilmu rumah tangga. Fail” Awal-awal lagi aku dah sound. Manala tahu kot-kot dia dah simpan niat nak suruh aku masak kari kepala ikan. Memang patik susun sepuluh jari meminta ampun.

     Aunty Fatmah ketawa.

     “Anak kau ni direct la. Sama macam kau masa muda-muda dulu.” Mama turut sama ketawa. Aku hanya sengih. Okey.. aku dah tahu dari mana datang sifatku ni.

     “Takpe, Qisya. Semua benda boleh belajar. Qisya dah sudi tolong aunty ni pun dah kira bagus. Aunty kalau boleh taknak cari orang gaji baru. Tak berbaloi rasanya sebab Mak Mah cuti dua bulan je.” Mak Mah adalah panggilan untuk orang gaji rumah dia. Tu pun mama yang cakap. Aku manalah pernah jumpa.

     “InsyaAllah, aunty.”

     Pranng!! Bunyi kaca berderai. Terkejut beruk aku. Nasib baik tak keluar habis bunga tae kwon do aku. Mana tak terkejut kalau pasu besar setinggi pinggang aku boleh terbalik sembah bumi depan mata. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana pasu tu boleh jatuh. Bagaimana tiga biji bola disepak betul-betul dituju kepada pasu itu.

     “Hafiy… Udah dibilangin jangan.. Ya Ampun..” Seorang wanita separuh umur menepuk dahi beberapa kali.

     Pranng!! Satu biji bola lagi disepak mengenai frem gambar kecil yang berada dia atas meja. Jatuh berkecai.

      “Aduh… capek.. capek..” kali ini wanita itu geleng kepala sebelum berlari ke arah kaca yang dah cantik buat corak batik atas lantai.

     “Tunggu kejap, ya.” Aunty Fatmah namapak agak cemas.

     “Apa pulak cucu aku buat ni.” Laju kaki Aunty Fatmah meninggalkan kami.

     “Ma.. kenapa?” aku bisik kat telinga mama bila Aunty Fatmah dah agak jauh dari kami.

     “Mesti cucu dia buat hal. Tu..” mama memuncungkan mulutnya ke arah pasu yang dah wassalam menyembah bumi itu. Di situ ada Aunty Fatmah bersama seorang perempuan yang cakap indon tadi.

     “Nyonya.. saya nggak tahan. Kapan saya bisa pulang? Capek.. capek.. Saya nggak pernah jumpak anak kecil kayak begini, nyonya.” Aku dengar bibik indon itu bercakap sambil tangan mengutip sisa kaca.

     “Tu orang gaji Aunty Fatmah jugak. Tapi dia dah mintak berhenti sebab budak tu. Sekarang ni dah takde orang gaji. Sebab tulah dah macam desperate sangat nak orang gaji. Nak cari dalam masa terdekat bukannya senang. Lepas tu bukannya boleh percaya sangat. Belum tentu boleh tahan dengan budak tu.” Mama masih menjadi narratornya.

     Aku hanya mendengar. Masa tu la budak yang dimaksudkan mama keluar. Tu dia hero kita hari ni. Baru aku nampak. Comelnya budak tu. Tapi sayang perangai ganas nak mampus. Macam tak percaya budak macam ni boleh terbalikkan pasu yang besar. Hebat betul sepakannya. Ada cita-cita nak jadi pemain bola sepak ke? Seingat aku mama cakap umur budak ni baru lima tahun. Tengok perangai budak ni, aku rasa aku tahu kenapa dia tak dihantar ke sekolah.

     “Habis tu, nak Sya jaga budak macam ni? Tak lama jugak riwayat budak ni kalau tak dengar cakap Sya.”

     “Auww..” aku menggosok tangan yang dicubit mama.

     “Ada ke patut cakap macam tu. Dengar dek Aunty Fatmah karang.” Mama beri amaran. Ala mama.. Gurau ler. Tu pun nak terangkat. Aku tengok dari jauh Aunty Fatmah cakap sesuatu dengan orang gajinya sebelum orang gajinya tu berlalu pergi.

     “Dok kat rumah orang tu, jaga sikit mulut tu,” mama bagi amaran.

     “Yes Madam!”

     “Hafiy, kan nenek dah pesan jangan buat macam tu?” Aku dengar Aunty Fatmah beri nasihat pada cucunya. Aku salute dengan Aunty Fatmah. Sikit pun aku tak nampak muka bengang Aunty Fatmah. Dalam marahnya pada cucunya, kelembutan itu tetap ada.

     “Hafiy boring la, nek. I want daddy. Where is daddy? Daddy promised to buy me toys.” Aku dengar budak tu speaking dengan Aunty Fatmah. Perghh.. boleh tahan bijak budak ni. Anak mat saleh ke dia ni? Aku nampak mata budak tu pun hijau-biru. Tapi, aku nampak Aunty Fatmah macam Melayu tulen. Ke suami Aunty Fatmah? Aku tertanya-tanya.

     “Daddy kerja, sayang. Petang nanti balik. Nenek ada bawakkan kawan untuk Hafiy. Jom jumpa dia.” Aunty Fatmah pimpin tangan cucu dia menuju ke arah aku dan mama.

     Aku hanya senyum memandang budak tu. Senyum paling manis aku tunjukkan. Sebab memang sumpah comel budak tu kalau tengok dari dekat. Nak je aku korek matanya tukar dengan aku. Cantiknya..

    “Ni Kak Sya. Nanti dia kawan dengan Hafiy. Hafiy suka tak?”

    “Hye, Hafiy..” Aku lambai Hafiy.

     “Mana Nek Mah? Hafiy nak kawan dia je. I don’t want her. I want Nek Mah.” Hafiy meronta-ronta di depanku.

     “Hafiy, kan nenek dah cakap yang Nek Mah cuti. Nanti dia balik,” jelas Aunty Fatmah berharap cucunya mengerti.

     “Nenek is a liar. Nek Mah tak balik-balik lagi. Dah lama dah.” Masam muka Hafiy. Merajuk.

     “Nenek tak tipu, sayang. Nek Mah jaga anak dia sakit sekarang ni. Lepas anak dia sihat, dia balik,” pujuk Aunty Fatmah lagi.

     “Habis saper nak jaga Hafiy?”

     “Kak Sya kan ada. Nanti dia jaga Hafiy.”

     Hafiy pandang aku. Aku hanya senyum.

     “Taknak!!” Hafiy tendang kaki aku sebelum lari.

     Grrr.. nasib baik tak terloncat aku gara-gara penangan budak tu. Sakit siot kena tendang! Boleh tahan kuat. Memang ada ciri-ciri penyerang pasukan bola sepak yang berjaya. Kurang asam punya budak! Aku cekik kau nanti. Aku tahan mulut daripada melepaskan amarah. Nasib baik sempat control.

     “Hafiy.. Ya Allah, apalah nak jadi dengan budak ni. Maafkan Hafiy, ya Sya.” Aunty Fatmah minta maaf dengan ketelanjuran cucunya itu.

     Aku sengih terpaksa.

     “Takpe, tak sakit pun,” jawabku. Punyalah menipu. Padahal terasa perit dah tulang kaki aku. Ee.. kalau adik aku ni, memang aku dah sepak berjoget ni! Memang aku dah kejar dia. Ee.. geram betul aku! Jaga kau, budak. Nanti aku jaga kau, kau tahulah saper Qisya Iris yang sebenar!

     -------

Aku hantar mama ke kereta sebab mama dah nak pulang. Maka, bermula juga tugas aku sebagai seorang orang gaji. Macam-macam dia pesan macam aku dah tak balik rumah. Padahal tak sampai dua belas jam jumpa lagi.

     “Duduk rumah orang tu jaga kelakuan, jaga mulut. Kalau mama dengar complaint daripada Aunty Fatmah, siap Sya.” Dalam berpesan, sempat diselitkan ayat untuk mengugut aku.

     “Iya.. orang tahu le. Sya dah berguru dengan Mak Su la.”

     “Banyak sabar dengan Hafiy. Kesian budak tu. Orang takde mak, macam tu la. Jangan nak garang sangat dengan dia.”

     Aku baru tahu sesuatu. Hafiy tak beribu. Tiba-tiba aku jatuh simpati. Tiba-tiba rasa bersalah. Macam-macam aku kutuk budak tu tadi. Nak sepak terajang semua ada. Astagfirullah.. jahat betul aku ni!

     “Iya.. Sya faham.”

     ----------

Apalah aku nak buat ni? Mama dah balik rumah. Canggung betul masuk rumah orang ni. Serius aku tak tahu nak buat apa. Pandang kiri kanan sambil kira lampu? Mana pulak Aunty Fatmah ni?

     “Non Sya, ayuh ikut saya,” tiba-tiba bibik indon tadi memanggilku. Aku hanya akur.

     “Mak cik ni nama apa?” soalku.

     “Panggil aja Bik Santi. Nyonya Fatmah mahu Bik Santi ajarin non gi mana caranya mahu urusin rumah ini. Apa non bersedia apa nggak?” soal Bu Santi. Mak oi.. pekat tahap apa entah bahasa indon dia. Nasib baiklah aku ni kaki sinetron jugak dulu-dulu. Faham jugaklah aku dengan bahasa ibunda dia tu. Tapi sekarang ni, orang layan Korea maa..

     “Kenapa tanya saya bersedia ke tak?” aku tanya balik.

     “Saya khawatir non nggak sedia. Apa non udah biasa dengan kerja-kerja kayak begini?”

     “Memang tak biasa. InsyaAllah saya cuba.”

   “Non.. nonkan kaya. Kenapa ya non mahu kerja kayak begini?” Aku sengih. Sebab terpaksa, Bik Santi. Tapi, tak mungkinlah aku report kat Bik Sunti. Nak kena kapak dengan mama?

     “Aunty Fatmah tu kawan baik mama saya. Masa dia susah, saya kenala tolong dia. Manalah tahu kalau family saya ada masalah nanti, dia pulak yang tolong saya.” Aku berkata. Dicitate siap dengan ayat papa. Hehe..

     “Lagipun saya tengah cuti sem. Daripada tak buat apa-apa, baik jugak saya belajar cara nak kemas rumah, jaga budak, masak. Saya kan dah besar. Kalau tak belajar sekarang, bila lagi?” Aku tambah lagi. Kali ni pulak dicitate dan diubahsuai daripada ayat mama.

     “Waa.. non baik sekali! Beruntung sekali ya punya orang kayak non. Waduh.. saya salute sekali sama non. Pastinya bakal suami non begitu beruntung sekali.” Bik Santi tayang muka kagum.

     Aku sengih cuma. Tak payah tayang muka kagum sangat, bik. Kalaulah Bik Santi tahu macam mana aku protes, mesti dah berubah persepsi dia.

     “Takdela, bik. Bik, kita kena buat apa sekarang ni?” Aku ubah topic. Kami sekarang berada di dapur Aunty Fatmah.

     “Ya.. biasanya.. mahu kemasin rumah ini pake schedulenya.”

     Aku pulak yang terlopong. Gila kelas! Ada schedule siap. Kalah Mak Su kat rumah aku. Jangan main ya orang gaji zaman sekarang. Napak gayanya balik nanti aku kena siapkan jadual untuk Mak Su ni!

     “Schedule?” aku tanya dengan penuh minat.

     “Iya, non. Pake schedule.” Bik Santi tengok jam. Pukul 10.00 pagi.

     “Jika diikutin schedulenya, harusnya ketika ini sedang berkebun.”

     “Berkebun?” Aku tanya kuat. Jawatan baru untuk aku pulak ke? Tukang kebun.

     “Maksud Bik Santi, urusin taman nyonya.” Bik Santi cuba jelaskan dengan bahasa yang aku mudah faham. Aku tergelak.

     “Oh.. macam siram pokok bunga. Macam tu ke?” soalku. Apalah Bik Santi. Kebun dengan taman. Boleh pulak dia tertukar. Lainlah kalau Aunty Fatmah ni tanam pokok durian dalam taman dia.

     “Iya non.. pintar sekali ya non.” Aku tersengih. Best jugak layan bibik indon ni. Tapi sayangnya hanya dua hari lagi dia berkhidmat sebelum dia pulang ke Bandung.

     “Bik, sebelum bik balik, nampaknya saya kena salin dulula schedule tu.”

     Tugas pertama aku hari ni. Salin jadual. Ceh.. macam nak salin notes Professor Azhar je gayanya.

15 comments:

  1. gila ganas hafiy.,.
    nax lagi

    ReplyDelete
  2. x than ciap de jdual ag kje c2..mmg nkal la bdak 2 mne la bik 2 than klo gnie..hrp2 Sya pn sbar je la ye nie bru krenah ank krenah ayh x tw ag..

    ReplyDelete
  3. suka sgt... baran jumpa ganas....kasian hafiy...

    ReplyDelete
  4. Non Sya, ayuh ikut saya ( non sya, ayo ikut saya )
    Nyonya Fatmah mahu Bik Santi ajarin non gi mana caranya mahu urusin rumah ini. Apa non bersedia apa nggak ( nyonya fatmah menyuruh bik santi ngajarin no bagaimana caranya urusin rumah. Apa non sudah siap .
    “Saya khawatir non nggak sedia. Apa non udah biasa dengan kerja-kerja kayak begini?” ( saya khawatir non nggak siap. Apa non sudah terbiasa dengan pekerjaan kayak begini)
    Pastinya bakal suami non begitu beruntung sekali ( pasti calon suami non beruntung sekali ).
    Ya.. biasanya.. mahu kemasin rumah ini pake schedulenya.” ( ya biasanya ,
    Jika beresin rumah ini pake jawdal )
    Maksud Bik Santi, urusin taman nyonya ( maksud bik santi, ngurusin taman nyonya )

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada translater.....huhu

      Delete
    2. baguih la ada translator. maklumlah.. sy bknnya orang indon. ni pun ada orang yang tolong translatekn.huhu..terima kasih bebanyak yg sudi perbetulkan..: )

      Delete
  5. Nyonya Fatmah mahu Bik Santi ajarin non gi mana caranya mahu urusin rumah ini. Apa non bersedia apa nggak ( nyonya fatmah menyuruh bik santi ngajarin non bagaimana caranya ngurusin rumah. Apa non sudah siap .

    ReplyDelete
  6. Aih Sya dah jadi orang gaji + mengasuh Hafiy lagi...hehehe...#^_^

    ReplyDelete
  7. jommmm belajar bahasa Indon !!
    tapi aku lebih suke blajar bahasa jerman yg ade kat blog satu g - top giler dan kelass gitu!

    -lilibut

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog apa tu? cecite...

      Delete
  8. Lorrrrr.. Jd org gaji ka babysitter ni?? Aihhh hafiy2 nasib la nenek haang kaya.. Pecah semua pon xpa
    N3 kali ni pon identiti hafiy xdetail lagi ek.. Anak izz ke bukan ke.. Mak dia da xde ke tinggal dia ke

    ReplyDelete
  9. wow,ganasnya Hafiy!btw,memang best!

    ReplyDelete
  10. kelakar la gaya cite ni, hehe, syok bace

    ReplyDelete
  11. bibik ajar org..giler klas ko bik

    ReplyDelete
  12. dah follow cite kat p2u since last year. sampai terlupa. I dah beli novel ni last saturday. bila start baca baru teringgat balik ..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )