Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 5 November 2014

Tundukkan Playboy Itu (TEASER 3)


**These are combination of several parts in random chapters. so jangan pelik kalau takde kesinambungannya..

TEASER 3 (LAST TEASERRR)

“Abang!”

Harraz yang tengah lakukan chin up terus lompat turun. Pandang ke belakang. Baru je dia berpusing, terkejut dia bila Nurin tiba-tiba peluk dia. Nasib baik dia tak jatuh sebab Nurin main lompat ke arahnya.

Thanks,” ucap Nurin. Makin tangan melingkar erat pada pinggang Harraz.

Harraz cuma senyum. Tahu kenapa Nurin datang sini. Pasti baru lepas baca apa yang ditinggalkannya atas meja solek bilik tidur mereka itu.

“Sayang, badan abang tengah berpeluh ni.” Harraz bersuara. Sekarang ni tubuhnya memang lencun dengan peluh. Baju kelabu sleeveless dia pun dah habis basah dengan peluh.

“Takpe. Peluh abang wangi. Sekarang ni, I just want to hug you,” balas Nurin di balik dada bidang Harraz. Tak peduli kalau Harraz busuk sekali pun. Yang pasti dia nak sangat peluk Harraz sekarang ni.

Tiada apa-apa yang harus dikatakan, Harraz cuma turut memeluk Nurin erat. Lama mereka pegun sebelum Nurin merenggangkan jarak antara mereka. Kepala diangkat untuk memandang wajah Harraz.

Harraz sangat kacak sekarang ni. Dengan baju kelabu sleeveless yang mendedahkan lengan berototnya. Dengan peluh yang masih mengalir di dahinya. Dia tahu Harraz memang suka menjaga badannya sehinggakan dalam rumah mereka pun ada mini gim yang dikhaskan untuk Harraz kalau suaminya itu malas keluar. Takdelah segah gim-gim di luar, tapi cukuplah sekadar untuk membuat senaman kardiorespiratori dan menjaga kesihatan.

“Abang, terima kasih lagi sekali. Rin tak sangka abang akan buat semua ni,” ucap Nurin. Sekarang ni rasa terharu sangat.

Harraz senyum lagi.

“Apa yang abang dah buat? Abang cuma buat sesuatu yang akan membahagiakan isteri abang.” Pandai sungguh Harraz menjawab.

“Kenapa tiba-tiba?”

Harraz senyum manis dulu.

“Maafkan abang sebab dah hancurkan impian Rin dulu. Dan abang rasa abang kena tebus kesilapan tu. Since you love New Zealand wholeheartedly, I guess I should bring you there..”

I do this because I love you, Nurin. Let’s go honeymoon in New Zealand. Only both of us. In our own world. Abang nak kita cipta memori di tempat yang paling Rin suka.”

Waa.. lagi rasa terharu! 

“Terima kasih, abang. Rin tak tahu nak cakap apa lagi. I love you.” Serius tak tahu nak cakap apa lagi.


Mereka berdua berpelukan lagi.

------

Buat pertama kali dalam hidup Nurin dia lakukan bungy jump. Tak pernah terfikir dia akan lakukannya pada bulan madu dia dan Harraz. Dan memang tak pernah terlintas langsung nak terjun dari tempat yang tinggi itu sepanjang dia bernafas atas muka bumi ni.

Ini semua Harraz punya pasal. Kali ni mereka berdua berjalan-jalan keliling Queenstown. Bandar Quenstown sememangnya banyak tempat menarik. Dan bila melalui jambatan Kawarau, boleh pula idea gila Harraz datang.

“Sayang, jom kita bungy jumping.” Selamba Harraz ajak macam nak ajak dia makan nasi.

Bukan main Harraz pujuk dia, akhirnya dia mengalah. Dah nama pun jaguh pencair hati, setiap patah perkataan yang lalu bibir Harraz tu dah macam kena virus. Virus pencair sendi tulang. Pantang rayu sikit mulalah lutut Nurin nak cair. Akhirnya, kaki melangkah mengikut Harraz, bertemu dengan pengurus yang menguruskan perihal terjun bungy jump ini. Khusyuk Harraz mendengar apa yang diterangkan oleh pengurus itu dan Nurin pula rasa macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“..You’ll be jumping from a height of 43 meters off this bridge…”

Sempat yang itu masuk telinga Nurin. Nurin telan liur. 43 meter weh! Tinggi kut! Kalau jatuh, boleh mati. Konfem!

Can we jump together?” Lagi nak tercekik bila Harraz selamba bertanya.

Err.. we tu, dia dan Harraz atau Harraz ajak pengurus tu?

Weh.. Mestilah dia dengan kau, Nurin! Dalam situasi macam ni, otak Nurin rasa weng sikit. Gulp! Nurin telan liur.

Lelaki itu pandang Harraz dan dia bergilir-gilir. Nurin cuma sengih. Kaku gila.

Of course. We call it as tandem bungy jump. You can try if you want to.”

We want to try,” putus Harraz.

Harraz tarik tangan Nurin ke platform untuk mulakan terjunan. Nurin rasa muka dia dah takde darah sekarang ni. Kalau  toreh pun, rasanya mahu dekat dua jam baru darah merah bagi salam nak lalu. Nasib baiklah dia ni takde penyakit jantung. Kalau tak memang dah mati keras dah dia rasa sekarang ni.

“Abang, abang pernah terjun ke sebelum ni?” soal Nurin. Konfiden sungguh muka Harraz sekarang ni. Nampak seronok.

Nope. This is my first time. Abang dah lama teringin nak buat bungy jump.”

Nurin macam tak percaya. Sikit pun tak nampak muka cuak pada muka Harraz. Macam dah tak sabar-sabar nak lompat turun.

“Abang tak takut ke?”

“Takut kenapa? Ni exercise tahu? Adrenaline pumping and blood draining exercises.”

Nurin tak tahu nak cakap apa lagi. Banyaklah exercise dia!   Ni exercise nak mati cepat!

Pekerja di situ mempersiapkan Harraz dan Nurin. Nurin turut memperkemaskan tudungnya. Diikat ketat-ketat supaya tak terbang nanti. Karang tak pasal-pasal melayang tudung entah ke mana.

Ada satu tali panjang diikatkan pada pinggang dan kaki mereka. Kemudian, Harraz dan Nurin dirapatkan bersama.

“Abang, Rin takut!” Serius Nurin rasa takut sekarang ni. Rasa sejuk kaki dan tangan.

Don’t worry, I’m here with you.” Harraz cuba tenangkan Nurin.

Nurin pandang ke bawah. Ya Allah.. tingginya! Nampak biru air sungai kat bawah mereka.

I advise you not to look below. It’s better,” nasihat salah seorang pekerja di situ. Kemudian dia senyum pada Nurin.

Don’t worry. Just hug your husband very tightly.” Dia bagi tips free lagi. Nurin cuma senyum cuak.

“Abang, kalau kita mati macam mana?” Nurin dah tak boleh fikir terus tanya soalan tu pada Harraz.

“Hish.. ada ke fikir macam tu? InsyaAllah kita akan selamat. And if we die, then we both die together,” kata Harraz.

Terharu? Sikitlah. Tapi dia taknak mati sebab terjun benda alah ni!

Newly wed, are you both ready?” soal pekerja yang berada dekat dengan mereka.

Yup. We’re ready,” jawab Harraz.

Masanya dah tiba. Terasa tangan Harraz melingkar di pinggang dan bahunya. Nurin pun terus peluk Harraz.

Countdown..”

Dada Nurin makin berdebar.

Three..”

Nurin pejam mata erat-erat.

Two..”

Makin dia kejapkan pelukannya pada tubuh Harraz.

One..”

Dan mereka terjun!

Arghh!!” Suara Harraz dan Nurin bergabung.

Rasa macam nak luruh jantung Nurin rasa sekarang ni. Terasa Harraz makin eratkan pelukan di tubuhnya. Bagaikan takut dia terlepas jatuh. Sungguh, dia rasa Harraz sangat ingin melindunginya sekarang ni.

Cuma sekejap. Mereka dah di bawah. Beberapa kali melantun gara-gara keanjalan tali yang mengikat mereka.

Open your eyes, Nurin. Rugi kalau tak tengok keindahan ciptaan Allah ni.” Nurin dengar Harraz berkata.

Nurin takut-takut buka mata. Walaupun kedudukan mereka terbalik, tapi Nurin dapat melihat air biru di bawah mereka. Cantik! Nurin terpaku seketika. Hilang semua gundah bila melihat ciptaan Yang Maha Esa itu. Dia dapat melihat dengan luas.

Di awangan itu, mereka bebas. Perasaan apakah ini?

I love you, Nurin!” jerit Harraz kuat. Terkejut Nurin.

“Malu la abang ni!”

Harraz ketawa.

“Rasa macam dunia ni sangat luas. Sebab tu abang nak cakap kat dunia ni abang sayang sangat isteri abang ni,” jawab Harraz.

Cuma beberapa saat mereka di awangan. Kemudian, mereka disambut oleh pekerja yang sedang menunggu di bawah. Semua peralatan di badan mereka dibuka.

Having fun?” soal pekerja itu ramah.

So much fun.”

Ya.. sangat seronok. Takut tapi seronok. Terima kasih pada Harraz sebab memaksa dia. Kalau tak, mesti dia terlepas peluang indah ini.

“Seronokkan, sayang?” soal Harraz pula.

Nurin angguk. Harraz bantu dia bangun.

“Ada ke pasangan gila macam kita, bang? Honeymoon, datang buat bungy jump,” soal Nurin.

Harraz ketawa. Entahlah. Mungkin mereka je kut yang gila nak melompat terjun dari tempat tinggi masa honeymoon. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Dia takut juga tadi. Takut Nurin terlepas walaupun mereka dah diikat kemas. Yang pasti, dia belajar sesuatu. Hargai orang di depan mata. Betapa dia sangat sayangkan Nurin sekarang ni.

--------

Majlis tari-menari bermula. Apa nak hairan kalau majlis tari-menari di sini? Dah memang rata-rata bukan Islam. Apa nak pelik? Suasana dewan itu makin malap dan musik sentimental mula dimainkan. Dan sepasang demi sepasang pasangan kekasih ke tengah dewan untuk menari.

Nurin mengeluh. Ni yang aku lemah kalau bab-bab menari ni. Lemah nak menunggu sampai majlis ni habis. Hmm.. jadi pokoklah dia kat kerusi tepi dewan ni sampai habis majlis. Macam yang dia pernah jadi dulu.

Wanna dance with me?” ajak Harraz.

“Hah?” Belum sempat Nurin terlopong, Harraz dah tarik tangan dia ke tengah dewan. Menyertai pasangan-pasangan bercinta yang lain.

Kini dia dan Harraz di tengah dewan. Kedua-dua masih pegun.

“Abang, tak payahlah..”

“Kenapa? Haram ke kalau kita menari? Kita buat dosa ke?” soal Harraz.

Terus terdiam Nurin. Betul juga. Mereka suami isteri. Tak salah apa pun sebab mereka sudah sah. Tapi..

“Rin mana reti menari. Kan dah cakap dulu!” kata Nurin lagi. Takkan Harraz tak ingat kut?

Harraz ketawa.

“Nak ajar la ni. Kan dulu abang dah janji nak ajar Rin. Lupa ke?”

Erk.. memang la Harraz ada cakap. Tapi dia ingat Harraz cuma melawak tak lucu masa tu. Yalah.. mana mungkin Harraz akan ajar dia melainkan mereka dah kahwin. Dan sekarang mereka dah kahwin.

Belum pun Nurin menjawab pertanyaan Harraz, terasa tubuhnya ditarik erat ke tubuh Harraz. Terjerit kecil Nurin. Nasib baik dia tak jatuh. Rasa tangan Harraz di belakang pinggangnya.

And now, please embrace my neck or put your hands on my shoulders. I’ll teach you the simplest slow dance. Okay, sayang?” Harraz bersuara.

Nurin cuma mengikut. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya diletakkan di atas bahu Harraz. Tak bersuara lagi.

Harraz senyum puas hati. Perlahan-lahan kaki mula bergerak. Nurin nampak runsing betul. Dari tadi lagi tunduk ke bawah.

“Sayang, tengok kaki buat apa. Tengok muka abang yang handsome ni,” tegur Harraz. Rasa nak tergelak dengan keletah Nurin yang macam berjaga-jaga itu. Macam takut sangat kut-kut ada katak nak masuk dalam kain dia.

“Rin takut tersalah pijak. Tak pasal-pasal jatuh. Buat malu je.”

Haruslah tengok kaki. Tak pernah menari tiba-tiba gedik nak menari. Pakai kasut tumit tinggi tiga inci pula tu. Memang sengaja cari nahas namanya!

“Takpe, kita jatuh sama-sama. Kita malu sama-sama. Okey?”

Baru Nurin pandang wajah Harraz. Rasanya sekarang ni kaki banyak mengikut arahnya ditarik Harraz.

Harraz senyum manis bila matanya berlaga dengan Nurin. Nurin malu-malu tapi masih berani menatap matanya.

I think I’m the happiest prince in the world since I have my most gorgeous princess in my embrace now.” Penuh macho dan bergaya.

Arghh.. Harraz memang pandai bermain kata! Nurin boleh terbang ke dunia lain kalau dengan Harraz ni.

Makin lama mereka di bawah alunan musik itu, makin mereka berdua ke dunia mereka sendiri. Rasa hanya dia dan Harraz je sekarang ni. Dada dah berdebar laju. Dah lama dia tak rasa macam ni.

Apa ni? Blood draining exercise lagi ke?

Kenapa sekarang ni rasa makin sunyi? Semua bagaikan tengah hanyut dalam dunia masing-masing. Nurin pandang kiri. Tergamam Nurin yang tengok. Pandang sebelah kanan pula, pun sama. Muka meruap sebab malu. Rata-rata semua pasangan tengah bercium. Kemuncak bagi cinta pada malam ni.

“Kenapa, Rin?” soal Harraz bila nampak wajah Nurin tiba-tiba merah yang amat dan kemudian tunduk.

Harraz pandang ke arah yang dipandang Nurin tadi. Baru tahu kenapa Nurin jadi macam tu. Perkara ni memang biasa sebab ni luar Malaysia. Gadis suci macam Nurin mesti tak pernah tengok perkara-perkara macam ni. Depan mata.

“Apa nak pelik? Sini bukan Malaysia,” kata Harraz selamba. Macam memang selalu dilihatnya.

Nurin tahu. Tapi dia tetap malu.

And.. may we?”

Harraz terus tundukkan wajahnya. Sasarannya adalah bibir basah Nurin. Tergamam Nurin dengan tindakan berani Harraz. Terus terhenti rentak kakinya. Membiarkan Harraz terus mengucupnya.

Hampir dua minit rasanya bibir mereka bersatu, barulah Harraz merenggangkan jarak mereka. Dia senyum pandang Nurin. Muka Nurin sekarang usah dicakap merahnya. Dah macam warna baju dia agaknya. Tapi muka malu-malu Nurin itu sangat menarik di matanya.

To be continued,” bisik Harraz perlahan di telinga Nurin.

Gulp!

SEKIAN DULU TEASER.. TO BE CONTINUED?? HEHE.. TUNGGULAH IN PRINTED VERSION YAA....