BAB
23
Rasa
macam ada sesuatu atas pinggangku. Tapi, aku hanya biarkan je sebab aku malas
nak bukak mata. Terasa sangat selesa sehinggakan aku rasa malas sangat nak
bangkit daripada katil yang empuk ni. Aku mengalih posisi tidurku. Daripada
mengiring sebelah kiri, bertukar mengiring sebelah kanan. Terus peluk bantal
peluk. Tapi.. kenapa pulak bantal peluk ni keras semacam.
Aku mula rasa pelik. Bila rasa macam ada
benda bergerak di bahagian pinggangku, terus aku bukak mata. Otak macam baru
kembali berfungsi. Baru sedar bila lihat aku sedang berbaring di atas katil
empuk bilik ni. Bila masa aku naik atas katil ni? Terus aku pandang sebelahku. Meskipun
dalam cahaya yang samar-samar, tapi aku boleh nampak dengan jelas. Nak
terkeluar biji mata aku bila nampak susuk tubuh Izz yang berbaring sebelahku.
Aku pulak? Mak oi.. chantek je kepala
landing atas lengan dia macam takde
bantal je gayanya. Tangan siap peluk dada dia pulak tu!
Aku terkejut maha hebat. Bulat mataku tak
percaya. Oh, tidak! Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa kami boleh tidur
sekatil ni? Terus aku angkat tanganku daripadanya. Kepala juga turut dijauhkan
daripada Izz. Yang mengantuk terus jadi tak mengantuk. Pergerakanku tu la yang
sebabkan Izz tersedar. Izz kat sebelah buka mata memandangku.
“Sya..”
Belum sempat Izz habiskan ayatnya, aku
tolak dia menjauhiku. Kuat. Bukk! Izz
jatuh katil. Serius aku tak sedar apa yang aku buat. Yang aku tahu, aku nak dia
duduk jauh-jauh daripada aku. Bila ingatkan macam mana dia peluk aku tadi, rasa
nak terajang dia sampai masuk almari pun ada. Malu!
“Adoi..” Aku dengar Izz mengaduh
kesakitan. Berkerut muka bila jatuh atas permaidani. Nasib je kepala tak
terhantuk kaki meja. Tapi aku tak peduli.
Aku terus terangkan lampu tidur. Bilik
yang agak malap tadi bertukar menjadi sedikit terang. Cukup untuk aku nampak
mukanya yang berkerut menahan sakit.
“Kenapa awak ada atas katil ni? Nak ambil
kesempatan ke?” bengang aku menuduh Izz. Aku pandang tubuhku. Nasib baik cukup
semuanya. Kalau tak.. tak boleh aku bayangkan. Memang teruk dia aku kerjakan.
Tengoklah kalau tak percaya!
“Apa Sya cakap ni? Abang cuma tidur atas
katil ni je. Abang tak buat apa-apa la,” suara Izz agak bengang jugak menjawab.
Tambah pulak serak-serak basah, suara baru bangun tidur. Lagilah keras
bunyinya. Yalah.. baru bangun tidur, terus tersungkur ke lantai bilik. Siapa je
yang tak bengang? Dia yang tadinya macam mengantuk terus segar matanya.
Izz
bangun daripada lantai. Tangannya mengurut-urut pinggangnya yang terhentak kuat
ke lantai tadi.
“Betul tak buat apa-apa ni?” tanyaku lagi.
Masih kurang percaya. Berjaga-jaga aku pandang Izz yang berdiri dengan tangan
mengurut pinggang di depanku. Dahlah tak berbaju. Cari nahas betul! Pergi
jauh-jauhlah!
“Betullah. Ingat abang ni apa?” tajam
matanya memandangku. Marah kut sebab aku tuduh dia macam-macam. Atau sebab
tidur dia terganggu?
Rasa bersalah jugak aku sebab dah berkasar
dengannya. Tapi, bibir macam enggan nak mengaku salah. Pedulilah! Siapa suruh cari
pasal dengan aku. Dah tahu aku ni tak suka dia, buat macam tu memang kenalah.
“Ganas betul. Tak boleh agaknya kalau jadi
perempuan sikit.” Cukup perlahan suara Izz membebel. Macam untuk dirinya je.
Tapi aku sempat dengar.
“Apa dia?” soalku. Nak dia kuatkan sikit
suaranya yang mengata aku tu. Panas jugak telinga yang mendengar. Dia ingat aku
bukan perempuan ke sebelum ni?
Hai.. pagi-pagi lagi hati dah rasa panas.
Aku… ganas? Tu bukan ganaslah. Tu refleks bila seorang gadis yang tak pernah
tidur dengan lelaki tiba-tiba tertidur dengan lelaki. Apa lagi aku nak buat
bila terkejut selain tolak dia jauh-jauh dari aku? Peluk dia? Huh! Gila
namanya.
Kalau aku ganas, aku tak tolak macam tu.
Aku tolak dia memang sampai terpelosok bawah katil. Tak pun macam aku cakap
tadi, terajang sampai masuk almari baju. Ke nak lebih tragis lagi? Terajang
sampai masuk kabinet dapur. Tu baru dia boleh cakap aku ganas. Pedulilah kaki
tengah sakit ke apa. Yang sakit sebelah je. Sebelah lagi masih normal fungsinya
termasuklah menerajang orang.
Mungkin salah aku jugak. Okay.. memang aku agak melampau bila
tolak dia tadi, tapi aku bukannya sengaja pun.
“Manalah saya tahu. Tiba-tiba je ada awak
kat sebelah saya. Mana tak terkejut?” Aku bela diri. Tak nak kalah.
“Sya tertidur masa layan Running Man
semalam. Abang angkat la Sya atas katil. Takkan abang nak biar Sya tidur atas
bahu abang je.” Izz keluarkan pulak kenyataan ekslusif.
Merah terus muka aku bila dia cakap macam
tu. Wei.. perlu ke cakap yang aku terlelap atas bahu dia semalam? Aku pun satu
hal! Kenapa boleh terlelap semalam? Nyenyak sangat sampai-sampai aku langsung
tak sedar dia dukung aku. Arghh..
jangan dia ingat aku sengaja tertidur semalam sebab nak dia angkat aku dahlah.
Buat malu je aku ni.
Tak cukup dengan tu, dia peluk aku pulak
tu. Macam aku bagi izin je gayanya. Kau jangan lupa Qisya. Kau pun peluk dia
jugak! Suara hati pulak bersuara. Masalahnya bukan setakat aku peluk dia, tapi
siap rasa selesa sampai-sampai taknak bangun daripada katil lagi. Arghh.. betul-betul buat malu kalau dia
tahu ni!
Lain kali jangan tertidur lagi, Qisya!
Tulah padahnya. Kau pulak yang lebih-lebih apa kes? Peluk lepas tu tidur atas
lengan dia lagi. Nasib je takde air liur basi meleleh. Rasa macam nak ketuk-ketuk
je kepala kat dinding mengenang kebodohan diri. Hai.. tak boleh jadi ni! Aku
akan pastikan benda ni takkan berlaku lagi.
Tiba-tiba bunyi alarm telefon Izz sebelum dia matikannya. Terus terbang apa dalam
kepalaku. Tak sampai beberapa saat kemudian, telefon aku pulak berbunyi. Bunyi alarm jugak. Aku matikannya. Maksudnya
dah pukul 6.00 pagi.
Izz menggeliat kecil.
“Abang nak solat Subuh. Terima kasihlah
sebab dah jadi alarm bergerak abang
hari ni,” kata Izz. Sindir aku satu round
tu yang tak boleh blah. Aku buat muka tak bersalah.
“Sya boleh solat?” soalnya. Aku angguk. Kalau
tak boleh solat, takde maknanya aku nak set alarm
pukul 6.00 pagi. Baik aku tidur puas-puas.
“Abang ambik wuduk dulu, lepas tu baru
Sya. Kita jemaah sama-sama,” sambungnya lagi sebelum menghilang di balik bilik
air.
Aku diam. Tak angguk dan tak jugak geleng.
Sebab aku rasa bunyinya dah macam arahan kepadaku. Nak taknak memang kena ikut.
Malasnya nak solat dengan dia.
Haish..
Qisya! Astaghfirullahalazim… Jemaah
dengan suami sendiri pun malas? Orang ajak solat berjemaah, nak tambah pahala
pun taknak ke? Kiranya aku beruntung sebab Izz ambil berat tentang ibadat
isterinya. Aku geleng kepala sendiri. Insaf kejap aku. Jahil betul aku ni.
Izz keluar dari bilik air. Aku pulak masuk
untuk mengambil wuduk. Bila aku keluar, sejadah dah siap terhampar. Untuk aku
sekali. Rasa bersalah jugak. Sebab.. bukanke tu tugas isteri jugak ke? Ah, pedulilah!
Aku capai telekong solat sebelum Izz membaca iqamat.
Kali pertama solat berjemaah dengan lelaki
bergelar suamiku. Rasa macam lain sangat. Rasa ketenangan dalam hati yang aku
sendiri tak reti nak cakap macam mana. Entahlah..
------
Aku
capai telefon bimbitku. Seronok sangat duduk rumah sampai-sampai aku lupa nak
periksa telefonku. Ada missed call
atau mesej ke? Oo.. ada satu missed call dan juga satu mesej yang
belum dibaca. Rasa macam dah boleh agak siapa. Mesti Syuk. Sebab minah tu je yang
ada nombor baru aku ni. Hmm.. bila
aku view pemanggil bertuah tu, memang
Syuk pun. Kenapa pulak minah ni telefon aku? Aku tekan inbox. Daripada Syuk jugak.
What?!
Bulat mataku seketika lepas baca mesej tu.
Sya, aku nk p
rumah hang ni. Kau dok Shah Alam skrg ni kan?
Syuk nak datang rumah aku sekarang ni?
Bila mesej ni dihantar? Aku tengok masanya.10.38 pagi. Sekarang ni dah pukul
10.45 pagi. Maksudnya mesej ni baru dihantar. Terus aku call
Syuk.
“Hello, Syuk. Aku baru baca mesej kau la.”
“Hello.. Haa, aku pun baru je nak call kau ni..”
“Kau serius nak datang rumah aku ke?” Aku
terus tanya dia. Mana la tau kot-kot dia bergurau ke apa? Syuk ni kadang-kadang
bukannya boleh dibuat kira sangat. Lagipun sini dengan Bangi bukannya dekat
sangat. Rajin pulak dia nak drive
sampai sini.
“Serius la. Aku nak tengok kawan aku yang
sakit ni. Kau cakap kau balik Shah Alam, kan?” Ah, sudah! Dia memang nak datang
sini la!
“Yalah.. kau datang sini rajin pulak? Kau
kat mana sekarang ni?” soalku.
Syuk gelak.
“Aku nak jumpa kawan lama aku kat UiTM
Shah Alam. Alang-alang dah sampai, terus je la pergi rumah kau. Lagipun memang
dekat, kan? Aku pun ada benda nak cakap. Pasal kelas Dr. Abdul Razi. Ada kerja baru.
Huh.. lecehlah!”Aku dengar Syuk mengeluh. Lain macam je, mesti ada benda berat.
Bila keluar nama Dr. Abdul Razi tu pun aku dah boleh agak dah. Sebab
pernsyarahku yang sorang tu memang tak boleh nak dijangkau pemikirannya.
“Kenapa wei?”
“Nantilah aku cakap lepas datang rumah
kau. Aku tengah jumpa kawan aku ni. Kejap-kejap lagi aku sampai. Bila dah nak
sampai, aku call kau, okay? Okaylah.. bye,
assalamualaikum.”
“Walaikumussalam.” Talian diamtikan.
OMG! Kejap lagi Syuk sampai. Izz dan Hafiy
ada kat rumah. Apa aku nak jawab kalau dia tanya pasal Izz dan Hafiy? Kawan
abang aku? Boleh tak diterima jawapan tu? Kalau Hafiy panggil aku mummy macam mana? Kalau Hafiy pecahkan
rahsia semua, macam mana? Aku nak auta apa lagi?
Tak boleh jadi ni! Kaki terus berjalan
keluar dengan laju. Aku cari mama.
“Mama..” Aku cari kat ruang tamu. Mana
pulak mama ni?
“Mama..” panggilku lebih kuat.
“Apa dia?” Mama muncul dari dapur. Lupa
pulak yang mama tengah sediakan bahan-bahan masakan untuk makan tengah hari.
“Mama.. Syuk nak datang sini. Macam mana
ni?” Aku tayang muka cuak kat mama.
“Laa..
dia nak datang, datanglah. Kenapa pulak?” balas mama selamba.
Arghh..
mama ni! Buat-buat tak ingat pulak.
“Mama.. apa Sya nak jawab kalau dia nampak
Izz dengan Hafiy?”
“Cakap je la yang Izz tu suami Sya. Habis
cerita.” Senang mama jawab. Bila pulak mama jadi macam abang ni? Simple minded!
“Mama..” Aku tak puas hati. Aku belum
bersedia lagi la nak mengaku kat Syuk yang aku ni dah kahwin. Mama ni buat-buat
tak faham pulak.
“Kan papa dah cakap biar sampai Sya habis study dulu baru nak hebohkan yang Sya
dah kahwin,” kataku. Aku pun tak tahu la, bolehke bertahan rahsia ni sampai aku
habis belajar?
“Dah tu nak buat apa? Takkan nak halau
dorang keluar pulak?” Mama tanya aku pulak. Aku diam. Mama macam tahu-tahu apa
dalam kepala aku. Aku memang nak dorang keluar pun.
“Kalau cakap kawan abang bolehkan, mama?”
Tiba-tiba idea dalam bilik tadi muncul. Bolehlah daripada takde tak tahu nak
cakap apa-apa langsung. Lagipun belum tentu Syuk perasan kewujudan Izz. Belum
tentu Syuk tanya, kan?
“Terserah.” Mama jawab senang.
Izz aku tak bimbang sangat. Kalau Hafiy tu
macam mana? Bukannya aku tak tahu. Si Hafiy tu memang nak melekat dengan aku je kalau boleh. Mati
aku kalau isu mummy pulak berbangkit.
Cakap je la yang Hafiy ni budak yang aku jaga hari tu dan dia panggil aku mummy. Lagipun Syuk memang tahu cuti
semester hari tu, aku memang tolong kawan mama.
Tapi, kalau Hafiy cerita yang pelik-pelik
macam mana? Budak tu bukan boleh percaya sangat. Arghh.. complicatednya
aku rasa. Aku lebih senang kalau dua orang tu keluar rumah sebentar. Aku kalau
boleh taknak Syuk kenal dorang sekarang. Bukan nak menghalau ke apa, tapi ni
demi kepentingan bersama. Err..
kepentingan aku sorang kut!
“Ahh,
susahnya! Si Syuk ni pun, masa ni la nak datang,” bebelku sendiri. Rambut
diraup. Kusut kejap rambut aku. Pening bila fikir yang Syuk mungkin sekarang dalam
perjalanan ke rumah aku.
“Kenapa ni?” Izz yang datang dari lubang
mana entah tiba-tiba menyampuk. Mesti dia pelik dan tertanya-tanya kenapa muka
aku macam ni.
Aku diam. Tak tahu nak cakap apa.
“Entah si Sya ni. Kawan dia nak datang.
Entah apa yang dia bimbangkan.” Mama berkata selamba. Buat-buat tak faham
pulak.
“Malas cakap dengan mama.” Tiba-tiba je
emo. Aku berjalan ke dalam bilikku.
Izz mengekoriku.
“Bila kawan Sya datang?” soal Izz.
“Sekarang.”
Hmm..
can you do me a favor? Keluar dari rumah ni kejap, boleh? Kalau boleh bawak
Hafiy sekali. Nak je aku cakap macam tu kat dia. Tapi, bunyi macam melampau
sangat. Tak berani aku!
“Sya taknak kawan Sya tahu pasal abang?”
tekanya.
Aku diam. Rasa bersalah pun ada. Nampak
sangat ke? Memang la nampak kalau aku siap marah mama tadi. Dia kecik hati ke?
“Takpe. Abang faham. Sya memang taknak
tahu yang Sya dah kahwin sampai Sya habis study,
kan?”
Aku diam lagi.
“Sya jangan bimbang. Abang nak keluar
kejap lagi. Hmm.. terpaksalah bawak
Hafiy sekali.”
Aku rasa bersalah.
“Awak marah dengan saya ke?” soalku dengan
rasa bersalah. Jangan sebab aku, dia terpaksa keluar rumah walaupun aku memang
nak dia keluar rumah.
Tapi Izz cuma senyum.
“Abang tak marah pun. Buat apa nak marah?
Kalau kawan Sya tak datang pun, memang abang nak keluar. Cuma bezanya, kalau
kawan Sya tak datang, Hafiy tak payah ikut abang.”
“Habis tu, Hafiy tak kacau kerja awak ke?”
soalku lagi.
“Tak kacau pun. Dia bukannya nakal sangat.
Abang boleh bawak Hafiy jalan-jalan jugak. Lagipun dah lama kami tak keluar
jalan-jalan.” Lega hati lepas dengar dia cakap macam tu.
“Awak nak keluar pergi mana?” tanyaku
sekadar nak tahu.
“Abang nak keluar dengan Maya.”
Zapp!
Sebaris nama tu keluar daripada bibirnya, tapi cukup buatkan hati rasa sesuatu.
Kenapa dengan aku ni? Yang pasti aku tak suka.
Muka tenang tetap aku tayang. Kononnya tak
rasa apa-apa. Aku diam.
“Hmm.. Kak Maya dah tahu yang kita dah
kahwin?” soalku.
Dia geleng kepala.
“Nobody
knows other than our families members.” Oo..
jadi Maya ingat dia bujang lagi la ni? Patutlah tak putus-putus telefon Izz.
Hati tengah mengharap agaknya.
“Awak tak takut Hafiy terlepas cakap ke
pasal kita?” Aku menduganya.
“Don’t
worry. Hafiy is under my control. Pandailah abang nak buat supaya Hafiy tak
terlepas cakap. Lagipun Mayakan memang tahu yang Hafiy panggil Sya mummy.
Memanglah dia tahu yang Hafiy panggil aku
mummy. Tapi, dia tak tahu yang aku ni
dah jadi mummy sebenar Hafiy.
“Maksudnya, kalau Hafiy tak ikut, memang
awak keluar berdua dengan Maya la kan?” Aku tak tahu kenapa sempat pulak aku
fikir pasal tu. Sebenarnya tu cuma suara hati aku, tapi tak sedar pulak yang
aku dah keluarkan suara hati.
“Abang dengan Maya keluar sebab ada benda
nak bincang. Urgent.” Dia jelaskan
lagi. Mesti taknak aku salah faham.
“Tak tanya pun.” Aku terus keluar daripada
bilik. Suka hati kau la nak bincang apa pun. Kau dengan Maya mana pernah tak urgent. Bengkak jugak hati rasanya.
Rasa macam ada hikmah jugak Syuk datang.
Kalau tak, memang Izz dating berdua dengan
Maya agaknya. Huh.. padan muka Hafiy
kacau daun hari ni. Agaknya, kalau aku korek sesuatu daripada Hafiy lepas
mereka balik nanti, boleh tak? Aku sempat fikir jahat.
---------
“Mummy.. kenapa tak ikut keluar jalan?
Tak seronok la keluar takde mummy.”
Hafiy tarik muncung. Alala.. comel betul. Geram aku tengok.
Masa tu, Izz dan Hafiy memang dah nak
keluar.
“Kawan mummy
nak datang la, Hafiy. Lain kali kita keluar sama-sama, ya?” Aku janji. Cuba
pujuk budak tu.
Hafiy angguk.
“Nanti belikan mummy cheese cake yang sedap sangat-sangat, okay? Malam nanti kita makan sama-sama.”
Hafiy angguk lagi sebelum salam tangan
aku. Dia masuk ke dalam kereta.
“Abang pergi dulu.” Aku cuma angguk. Macam
nak keluar jauh je gayanya.
Aku tak tahu nak buat apa. Salam tangan
dia ke? Tapi hati rasa macam berat. Bila aku pandang jelingan maut mama kat
sebelah, baru aku faham yang aku memang kena salam tangan Izz kalau rasa taknak
kena Clorox kaw-kaw lepas ni. Dengan
berat hati aku salam tangan dia. Mama senyum senang.
Izz cium dahi aku. Tu yang buat aku nak
melompat habis. Nasib baik sempat control.
Suka hati je nak cium dahi orang. Salam dahlah! Macam lepas solat Subuh tadi. Nasib
baik lepas solat dia cium dahi aku, takdelah aku nak mengamuk. Kali ni pulak, sebab
ada mama yang jadi tukang tonton, aku terpaksa simpan je semuanya dalam hati.
Buat muka cool macam benda tu dah
biasa terjadi.
Izz bukak pintu kereta. Masa tu la aku
nampak kereta Syuk masuk ke laman rumah. Cepatnya! Timing yang cukup menarik. Izz undur kereta dan Syuk baru keluar
dari perut kereta. Yang aku pasti, Syuk sempat nampak Izz dan dengar dengan
jelas kata-kata Hafiy.
“Bye,
mummy!” Hafiy lambai padaku. Aku turut melambai sehinggalah kereta Izz
hilang dari pandangan.
Syuk salam dengan mama sebelum dipelawa
masuk rumah. Aku ajak dia duduk di taman. Lebih seronok dan pemandangan pun
cantik. Udara pun segar.
“Siapa yang datang tadi?” Macam yang aku
agak, tu la soalan pertama yang akan ditanya Syuk.
“Kawan abang aku. Anak kawan mama aku.”
Aku rasa aku tak bohong. Izz memang kawan abang aku dan memang anak kawan mama
aku.
“Wah..
handsome! Nama apa wei?” Syuk gelak gatal. Kawan aku ni memang tak boleh
tengok orang kacak. Mulalah tu! Dia tak tahu yang dia tengah puji suami aku.
Maksudnya, memang dia nampak la muka Izz tadi.
“Nama dia Haikal. Tadi yang comel tu anak
dia.”
“Laa… dah kahwin ke? Tapi, dia panggil kau
mummy, kan?” Macam yang aku agak,
Syuk memang dengar.
“Tu la budak yang aku jaga masa cuti hari
tu. Kau ingat lagi tak yang aku pernah jadi bibik kat rumah kawan mama aku? Tu
la orangnya,” ceritaku lagi.
“Oo..
yang kau cerita si budak comel dengan jejaka baik hati yang jaga anak saudara
dia macam anak sendiri tu ya? Hmm.. so
sweet.” Syuk tayang muka kagum.
Bila masa aku ada cakap jejaka baik hati?
Memandai je la si Syuk ni!
Tiba-tiba teringatkan Izz dan Hafiy.
Dorang dah keluar dah. Ke mana ya dorang? Lupa pulak aku nak tanya mana dorang
nak pergi. Mesti seronok Hafiy keluar dengan Maya. Agaknya Hafiy boleh lupa aku
kat rumah ni.
Aku nak mereka keluar, tapi kenapa hati
rasa tak gembira. Aku rasa aku macam bagi izin je kat Izz untuk dating dengan
Maya. Apa yang dating, Qisya? Kan Izz
cakap dia nak bincang pasal kerja? Alah.. tu Izz yang cakap. Maya yang cakap
aku mana tahu. Kenapa aku rasa Maya memang ada hati kat Izz? Tiba-tiba aku rasa
macam tak senang duduk.
“Susah wei nak cari lelaki baik macam tu.
Kau tak jatuh hati ke kat dia? Dua bulan kau menghadap dia. Kalau aku la, boleh
cair meleleh kut. Tengok lelaki baik depan mata. Perempuan mana taknak buat
suami?” Soalan Syuk buatkan aku tersedar daripada lamunan.
“Tak payah cerita pasal dia la. Kau datang
sini kenapa?” Aku alih topik. Malas nak panjangkan hal Izz dan Hafiy. Dah
melarat-larat sampai isu hati dan perasaan si Syuk ni. Karang free je kantoi dengan Syuk.
“Ni.. ada kerja baru. Menyampah betul
aku.”
Syuk keluarkan sesuatu daripada begnya.
Satu fail kuning. Fail tu dibentangkan depan aku.
“Nah, kau punya.” Syuk serahkan beberapa
keping kertas A4 berwarna putih dan biru muda.
“Apa dia ni?” soalku.
Aku lihat kertas-kertas tu. Macam borang
pun ada. Borang apa pulak ni? Tahulah yang Dr. Abdul Razi tu mengajar untuk Research Project. Takkan dah ada questionnaire kut?
“Isi borang ni. Khamis ni dia nak.”
“Borang apa?” Aku belek lagi sekali borang
tu.
“Tu la kau. Banyak sangat ponteng kelas.
Masa kelas dia hari tu, Dr. Abdul Razi nak semua student dia buat visit ke
syarikat yang gunakan khidmat civil
engineers. Macam engineers firm,
syarikat hartanah or syarikat
kontraktor. Dalam seminggu, kitakan
banyak free. So dia nak masa kita free ni, kita visit company tu. At least dua kali seminggu.”
“Maksud kau, ramai-ramai adakan visit kat company yang lain-lain? Macam tu?”
“Taklah. Ada beberapa belas entah company yang Dr. Abdul Razi sempat
carikan. Setiap company tu untuk dua
orang. Hari tu dah vote siapa kena company mana. Aku dengan kau. Dah aku
sorang je datang, memang aku cabut undi sendiri la. Dapat company tu la,” kata Syuk. Dia tunjukkan ke arah kertas yang baru
aku dapat.
“Gigih gila Dr. Abdul Razi cari
syarikat-syarikat tu?”
“Diakan memang unexpected. Tak pelik la kalau Dr. Abdul Razi yang buat benda-benda
macam tu.”
Betul-betul. Setuju!
“Senior kita sebelum ni memang macam ni
ke?”
“Nope.
Kita yang first. Saja la tu. Suka
sangat buat batch kita ni experimental batch. Dia cakap, dia nak
kita semua rasa macam mana the real life
of an engineer kat tempat kerja. Macam senior-senior kita yang lepas,
selalu ada masalah bila practical.”
“Weh… tu macam dah nak pergi practical je? Kita kan belajar research. Bukanke research kena cari jurnal-jurnal bagai ke? Tak faham betul aku
dengan dia tu. Nak rasa the real life of
an engineer konon. Bukanke nanti practical pun rasa benda tu ke?”
“Dia kan pelik. Sengaja nak dera kita
tahun last ni. Tak boleh tengok orang
senang. Dia tak tahu ke yang kita ni nampak je banyak masa free. Tapi kita free
sebab kena cari banyak benda.” Syuk pulak membebel.
“Boleh pulak diluluskan dia buat macam
tu?” Aku soal Syuk. Pelik jugak. Senang pulak sampai-sampai boleh keluar dari
UKM.
“Kau macam tak tahu pulak si Abdul Razi tu
macam mana orangnya. Bila senior-senior kita ada yang tak boleh nak perform, ada masalah masa practical, memang lecturer lain setuju la. Lagipun, instructor kat company-company
tu pun setuju je nak terima kita. Memang rezeki kita la boleh tengok orang
bekerja macam mana. Ni lain daripada practical
sebab kita sedang buat research.”
Panjang lebar Syuk terangkan kepadaku.
“Macam mana nak pergi company tu? Budak-budak ni tak bising ke?”
Yalah.. semuanya dok kolej. Semuanya bukan
berkereta.
“By
hook or by crook, kena buat katanya. Maybe
ada elaun kut untuk student. Ataupun
dana. Orang lain terima dengan reda je. Lagipun, company-company tu senang nak cari transport. Dr. Abdul Razi dah fikir semua tu kot. Dia cakap lagi,
kalau tak susah sekarang, bila lagi nak susah. Ambik kau, diam terus dewan lecture tu.”
Aku angguk-angguk. Betul jugak. Kalau masa
ni tak rasa susah-senang, nanti kerja mungkin ada yang tak larat nak rasa
susah-senang sebab selalu dimanjakan. Hmm..
betul jugak pemikiran Dr. Abdul Razi ni. Futuristik betullah!
“Bila start
benda ni?”
“Bulan depan. Kejap je benda ni. Dalam
sebulan je. Sambil-sambil dok kat office
tu, bolehlah edarkan questionnaire kat
pekerja-pekerja kat situ.”
Bulan depan? Bunyi macam lama je kan?
Padahal minggu depan dah hujung bulan. Minggu depan sekali lagi dah masuk bulan
baru. Kenapa rasa macam tak ready
lagi ni?
“Kita dapat company apa? Kat mana?” Aku tanya Syuk.
“Tengoklah kertas yang aku bagi tu. Kan
ada.”
Aku tengok kertasku. Syarikat Lawrence’s
Lands & Properties (LLP)? Syarikat orang apa ni? Macam bukan Malaysia je?
"Hmm..
Lawrence’s Lands & Properties, ya?" Mulut menyebut nama syarikat tu, tapi kenapa kepala teingatkan Izz dan Hafiy? Agaknya sekarang ni mereka dah sampai dah nak jumpa Maya. Apa hubungan Izz dengan Maya yang sebenarnya, ya? Kalaulah aku ada peluang, nak je aku tengok dengan mata aku sendiri macam mana hubungan mereka. Barulah hati aku rasa tenang sikit.
Salam. Akhirnya kuar gak n3 baru. tq Anjell. Haha, Qisya jeles bila dgr Izz nak jumpa Maya. Jual mahal lagi Qisya nie . kan dah tak senang hati.
ReplyDeleteBest...best...sambung la cepattt... :-)
ReplyDeletebetul..betul.. sambung la cepattttt ;)
DeleteHahha..ade perasaan rpanye qisya ni...ingatkn kayu .tau pun jeles...jual mahal lg....ntah2 tu syarikat izz kot....klu betul apa akan jd yek..dapat la sya tgk mcm mn hubungan maya dan izz...mau berasap dan kuar api.hahaha
ReplyDeleteHahha..ade perasaan rpanye qisya ni...ingatkn kayu .tau pun jeles...jual mahal lg....ntah2 tu syarikat izz kot....klu betul apa akan jd yek..dapat la sya tgk mcm mn hubungan maya dan izz...mau berasap dan kuar api.hahaha
ReplyDeleteYeye n3 baru. Ha kan hati berkata2 qisha gak tak tenang duduk. Eh tp cerita di sebalik kejadian yg mengakibatkan perkahwinan ni tak jelas lg kan??
ReplyDeletebila lama xbace... rase belum cukup puas..hahahahaha...
ReplyDeleteala sha 2 la cemburukan... haahahahah i loike
Qisya...Qisya... She's jealous towards Maya tp ego to admit what she feels. Or may be confuse. Lawrence tu bukan family namae Izz ke? Uncle Manaf tu kan Manaf Lawrence. *cewah...mcm ayah Izz tu pakcik sy pulak,panggil uncle. Hehe
ReplyDeleteThanx to the writer, Anjel yg comel. :-)
Ada jugak rasa cemburu Sya bila Izz nak keluar dengan Maya....hehehe #^_^
ReplyDeleteHaa..tu lah.nak sgt izz keluar rumah, kan dah tak senang duduk skrg ni. Xpe qisya, hafiy blk nanti cuba korek rahsia diorg pergi mana yek.
ReplyDeletebila sya nk baik dgn izz? haha.. thanks kak anjell.. nk en3 bru ;D hehe
ReplyDeleteAlaa..xpuas lagilah baca..nak lagi..
ReplyDeletebest........... nak lagiii huhuhuk
ReplyDeleteQisya ni ego sgt la...garang semacam pulak tu...tak padam imej wanita muslimah tp mcm x blh terima hakikat hak suami isteri. Suka2 hati aje asyik nak sepak suami.....walaupun tak suka dgn apa yg berlaku smpi mereka terpaksa kahwin....suami tetap suami....jgn la smpi derhaka pada suami walau pun suami redha.....haishhhhhhh.....bila la qisya ni nak insaf...nnt izz kena rampas dgn maya baru padan muka......baru nak ngaku tu suami sendiri.... Apa masalah kalau kahwin waktu belajar????
ReplyDeleteMmg company tu izz yg ceonya kan....emmmm kita tggu bila tgk maya gedik dgn hubby dia kat ofis tu nnt....apa2 pun mmg izz tu sgt sabar dan syg sgt pd istei garang tak hengat dia tu.....plezzz nxt n3
Bila novel eksperimen cinta tu akan diterbitkan....x sabar nak tggu...
Yeayyy, ade n3 baru :D Dah lame tggu, at lasttttt ade jgk n3 baru :) . Geram dgn qisya sbb ego die tinggiiiiii gileee!!! Haishhh -,-"
ReplyDeleteeleh...Qisya jeleslah tu...hahahahaha...x pe nanti korek dengan Hafiy... tak sabar nak tau kisah selanjutnya...
ReplyDeletekuar pn entry bru...
ReplyDeletetrubat ckit rindu...
jeles jgk Qisya igat ati sekrs kelikir,jgn lupe korek dng Hafiy..
kuat jgk penangn Qisya smpai jth ktil..
dh kuar blm nvl eksperimen cnta?
ara
yes... n3 bru.... huhuhu..
ReplyDeletesweet sngt izz 2, bertuah qisya...
n3 bru......
bila expriment cinta nak kuar.. xsabar nak bca...
walawehhh... tau pulak jeles si qisya ekkk.. tu la.. jual mahal... :)
ReplyDeletejeles plak sya ek kt izz..tah2 izz kje kt cmpany yg nk visit 2,mmang tbakar je la ati tngok aksi gedik2 si maya nanti
ReplyDeletebest sngat2
ReplyDeleteYeaa..yeaaa akhirnya ada n3 baru... Hari2 check selama sebulan. Penat jg
ReplyDeletebetul 2... best sgt2...
DeleteSya cemburu tu tanda sayang.... tu lah kalau berterus terang kan senang x payah nak sibuk-sibuk Izz jumpa Maya lagi... hehehe .... so sweettt.. cepat sambungggg....
ReplyDeleteSuke sgt crita ni. Hrp Anjell dpt post slalu...hari2 dok jengok blog ni utk n3 baru
ReplyDeleteTau pun cemburu......
ReplyDeletewahahaha...sya dh naik jeles...suke2..
ReplyDeletekenapa la si sya ni x nak percaya si izz ckp dia syg sya... suka buat andaian entah apa2 ntah.. semakin sweet... so anjell tlg jgn dera kitaorg ye.. cpt2 kasi n3 lg ye..
ReplyDeletenext n3 please....
ReplyDeletesmbg la cpt2.......
ReplyDeletehehehhe tu mesti company abg izz... hahahahah mati kau sya... :D
ReplyDeletethanks akak for the entry...
-Song Hyun Sun
romantiknya... cepat2 sambung. best gile. sya ni ganas sgt la. xnk bagi peluang kt izz langsung tp jeles ngn maya.
ReplyDeleteBest novel nie...bila Nk kuar ek?? Kew da kuar ?? Best sgt...cepat smbung tau!!
ReplyDeleteala...best sgt..cpt smbg..
ReplyDeleteerr..ni sy ad tlis ckit entah ap2..nak tahu jgk respon org lain.nak publish dkt penulisan2u tak brani..hilang keyakinan tbe2..takut kne reject..hehe
http://nasiayambudu.blogspot.com/
Hahaha mesti syarikat izz.... X sbr nk tunggu entry baru
ReplyDeleteurm...xde lg.. awk xsabar ni nk baca. semoga awk dpt siapkn cerita ni.. xsabar2!
ReplyDeletebtoi btoi... asyik trtggu tggu jew...
DeleteJeles tp x nk ngaku...
ReplyDeletebest betul novel ni . update lah cepat
ReplyDelete