BAB
18
“Qisya
Iris!” Panggilannya buatkan aku tersedar daripada rasa tergamam. Lembut tapi
tegas. Aku pandang dia lagi. Tak percaya dia berdiri di depanku.
“Izz..” Aku sebut nama itu perlahan.
Empunya badan dah berada depan mataku. Dah dua minggu kami tak jumpa. Aku tak
tahu perasaan aku sekarang ni. Masih marah lagi ke aku padanya? Entahlah.. Tapi,
sekurang-kurangnya aku tak rasa benci menghadap dia sekarang ni.
“Oh, ya! Maaf ya, main redah je. Saya Izz
Haikal. Suami Qisya.” Izz perkenalkan diri kepada Kak Hanum. Dia senyum kepada
Kak Hanum sebagai tanda perkenalan.
“Hanum.” Aku nampak Kak Hanum pun macam
tergamam habis. Kalau Kak Hanum tak kenal Izz sebelum ni, macam mana Izz boleh
tahu aku duduk sini. Jadi, tak mungkin Kak Hanum yang cakap. Atau Kak Hanum
pernah cakap kat abang, lepas tu abang cakap kat Izz?
Aku pandang Kak Hanum.
“Kak Hanum tak tahu. Kak Hanum tak pernah
cakap apa-apa kat Q.” Kak Hanum bersumpah. Macam tahu-tahu apa dalam kepala
aku.
“Abang nak Qisya balik rumah kita
sekarang.” Entah kali yang ke berapa dia mengeluarkan arahan lagi. Aku masih
terkelu.
Aku pandang Izz. Izz pandang aku. Aku
nampak wajah Izz agak cengkung. Hai.. baru dua minggu tak jumpa pun boleh jadi
macam tu ke? Stress sangat ke kena
kahwin dengan aku? Tengah kecewa agaknya sampai tak cukup makan?
Mata kami berlaga. Cepat-cepat aku larikan
anak mataku memandang tingkap. Canggung entah kenapa.
“Saya taknak balik.” Aku berkeras. Dah
hilang dah aku kau. Aku kembali menggunakan bahasa seperti yang biasa aku
gunakan padanya sebelum ni.
“It’s
my order. Abang rasa abang dah bagi masa yang cukup untuk Sya terima
semuanya. Dah sampai masanya untuk kita fikirkan hubungan kita,” katanya.
Tiba-tiba terngiang-ngiang ceramah ustaz
petang tadi. Ceramah tentang tanggungjawab isteri dan hormati suami. Bila
terpandangkan tampang Izz, aku mengalah akhirnya. Bersetuju untuk balik bersama
Izz. Lagipun aku taknak susahkan Kak Hanum lagi.
Betul kata Izz. Dah tiba masanya untuk
kami bincang pasal hubungan kami.
“Kak Hanum jangan cakap apa-apa kat abang
pasal malam ni, ya?” Aku sempat merayu kepada Kak Hanum supaya rahsiakan benda
ni. Aku taknak keluarga aku atau siapa-siapa tahu. Aku berterima kasih kepada
Kak Hanum sebab sudi tumpangkan aku dua minggu ni. Aku juga meminta maaf sebab
dah susahkan dia.
Kak Hanum memang baik. Patutlah abang
sayang dia.
--------
Sebelum
Izz bawa aku ke balai polis, dia terlebih dahulu menghantar aku ke klinik. Pada
mulanya, aku taknak pergi klinik sebab bagi aku, cukuplah Kak Hanum yang rawat.
Tapi Kak Hanum pulak yang nak aku pergi klinik sebab dia takut aku ada masalah
dalaman pulak. Bimbang jugak dia bila aku cakap perompak sengal tadi sepak aku
di perut. Dan aku pun agak bimbang sebab perut aku masih rasa sakit.
Tapi, Alhamdulillah takde apa-apa
kecederaan yang teruk. Teruk tak teruk, kedua-dua tapak tanganku dah berbalut.
Dah macam tangan doraemon pun ada. Kaki kanan dah biru membengkak gara-gara
sepakan percuma perompak itu. Perut aku pun rasa masih senak. Nak luruskan
badan pun tak boleh. Jalan pun kena bongkok. Malang sungguh nasib aku. Nasib
baik tak kena pisau je tadi.
Sakitnya seluruh tubuh. Dapat dua hari MC.
Lepas MC dah hari Sabtu dan Ahad. Makin seronok aku cuti. Cuti lagi… tertinggal
lagi aku kali ni. Asyik ponteng kelas je. Kena usaha gigih aku rasa sem ni. Membebel
lagi Syuk aku rasa bila tahu aku tak datang kuliah. Nak cakap pada Syuk pun tak
boleh, sebab harta aku semuanya dah dibawak lari oleh penyangak tu. Dompetku
dibawa lari. I/C, kad ATM, kad kredit semuanya ada dalam tu. Handset aku pun kena kebas. Memang
sehelai sepinggang dah aku rasa.
Macam ni la roda hidup. Bila Allah nak
tarik nikmat, tak sampai lima minit. Sebab tu kena selalu bersyukur.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Izz
bertanya kepadaku, menghilangkan semua kebisuaan antara kami. Dia yang sedang
memandu pandang aku di sebelah. Pasti pasal macam mana aku kena rompak.
Aku tengok muka dia. Rileks je macam tak
kisah apa yang jadi dekat aku hari ni. Pemanduaan pun statik je 80 km/jam. Macam
dalam hatinya cakap, ‘Alah.. kena rompak je. Bukannya kena bunuh!’.
“Entahlah.. Dah nasib saya,” jawabku
lemah. Malas nak cerita panjang. Semua dah jadi. Lagi pun aku dah cerita
semuanya kat balai polis tadi. Takkan tak dengar kot? Nak cakap pun takde mood.
Balasan derhaka kepada suami agaknya.
Hati aku sempat berdesis. Boleh jadi juga. Huhu.. bila jadi macam ni, tae kwon
do aku belajar dah takde guna. Apa pasal la orang yang belajar tae kwon do pun
tak boleh nak pertahankan diri? Geram pulak aku rasa.
“Sya memang selalu balik lambat ke?”
selidiknya lagi.
“Takdelah selalu. Kadang-kadang je kalau
ada kerja nak settle dengan Syuk.”
Dia diam. Langsung tak terkejut bila aku
keluarkan nama Syuk. Lagaknya macam dah kenal Syuk. Biasanya kalau aku
keluarkan nama Syuk, mesti orang ingat Syuk lelaki. Tapi dia ni, rileks je..
Agaknya dia tak kisah kalau aku cakap Syuk tu pakwe aku. Betullah dia tak
kisahkan aku.
Tapi.. aku musykilkan sesuatu.
“Macam mana awak tahu saya ada kat rumah
Kak Hanum? Macam mana awak tahu apa jadi pada saya hari ni?” soalku. Dan aku
yakin semuanya bukan kebetulan.
“Sya isteri abang. Mestilah abang tahu Sya
kat mana sebelum ni,” jawabnya selamba.
“Apa maksud awak?” Aku jeling dia.
“Sya nak tenangkan hati Sya yang
berserabut, so abang ikut apa yang
Sya nak. Abang tak cari Sya tapi tak bermakna abang lupa tanggungjawab abang
pada Sya. Abang perlu jaga isteri abang no
matter what. Abang tak boleh nak selalu tengokkan Sya jadi abang upah orang
untuk tengokkan Sya. Within these two weeks,
I know every single thing you did.”
“Abang mintak maaf. Mungkin cara abang ni
Sya akan anggap tak hormat privasi Sya. Tapi abang kena jaga isteri abang.
Abang ikut apa yang Sya nak. Tapi tak bermaksud abang tak boleh tengok Sya dari
jauh, kan?”
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terharu?
Huh.. memang tak la. Dia buat semua tu sebab tanggungjawab je. Tak lebih
daripada itu. Dalam hati rasa geram jugak. Dia pasang spy ya dalam diam? Nasib baiklah aku tak joli sana-sini. Tapi..
bila fikir-fikir balik kata-katanya, ada betulnya jugak. Aku tak cakap pun
dalam surat tu yang dia tak boleh tengok aku dari jauh. Kalau aku cakap pun,
aku mana tahu kalau dia tengok aku dari jauh kan? Dan kalau tak kantoi hari ni,
sampai bila-bila pun aku tak tahu yang dia pasang orang untuk perhatikan
gerak-geri aku.
“Tak payah la awak bimbang. Pandai la saya
nak jaga diri. Sikit je ni,” balasku malas. Banyak la aku punya sikit. Silap
langkah tadi, dah jadi arwah aku kalau aku tak campak pisau perompak tu. Oo..
baru aku tahu! Kat sini rupanya aku guna self-defense
yang aku belajar dalam tae kwon do.
“Sikit Sya cakap? Macam nak putus nyawa
abang bila Zikri call abang tadi,
tahu tak? Nasib baik tak pengsan je bila dengar apa jadi kat Sya. I won’t forgive myself if anything happens
to you tonight.”
“Zikri?” Aku pandang dia. Tak peduli dah ayat
berbunga-bunga dia bila dengar nama lelaki yang selamatkan aku tu.
Aku nampak macam dia serba-salah. Kantoi
la tu.
“Dia orang abang.”
Hmm… patutlah. Dah tahu dah macam mana
Izz dapat tahu mana rumah aku. Dah tahu dah macam mana Izz tahu apa terjadi
padaku. Kerja Zikri rupanya. Patutlah masa kat rumah Kak Hanum tadi Izz hanya
perkenalkan dirinya pada Kak Hanum je. Patutlah aku nampak Izz dan Zikri
bercakap tadi macam orang dah kenal lama.
“Oo.. babysitter
saya la tu?” Aku menjawab dalam nada menyindir. Sejak bila Zikri perhatikan
aku, aku pun tak tahu.
Tapi aku bersyukur. Kalau bukan kerana
Zikri ada tadi, tak tahulah nasib aku.
“Hmm.. Sya dah makan?” Dia lari daripada
topik.
Aku pandang jam di dashboard. Dah lebih dua belas tengah malam. Kerja gila betul kalau
nak makan masa ni. Tapi.. aku lapar. Semuanya sebab perompak kurang asam tadi.
Makanan yang aku beli habis tumpah. Lagi pun mana ada kedai bukak masa ni. Tak
bagus makan malam-malam. Err.. ya ke? Bukan ke kalau aku dok kolej dulu,
tengah-tengah malam masak maggi
dengan Syuk?
“Sya.. dah makan ke belum?” Dia tanya lagi
bila tiada respon daripadaku. Aku geleng kepala.
“Kita makan dulu.”
“Takpe la. Mana ada kedai bukak masa ni.”
Tambah pulak dengan kaki tak berapa nak betul, memang malas la aku nak masuk
kedai. Tangan pulak berbalut, macam mana la aku nak suap? Nak pegang sudu pun
macam tak boleh.
Dia senyum.
“Siapa cakap kita nak makan kat kedai?”
Habis? Nak suruh aku masak? Memang tak la.
Rajin sangat aku nak masak dengan keadaan darurat macam ni. Huh!
“Habis, makan maggi kat rumah?” soalku. Dia tak jawab apa-apa.
Kemudian senyap antara kami sehingga
sampai ke rumahnya. Tapi.. ni bukan rumah Aunty Fatmah. Arghh.. apa aunty-aunty
ni? Dia dah jadi mentua aku la. Aku patut panggil dia ibu, macam yang Izz
selalu panggil. Jarak rumah ni pun takde la jauh sangat dengan tempat aku
belajar.
“Rumah saper ni?” soalku.
Manalah tahu dia dah kahwin dengan Maya
dalam dua minggu aku menghilang ni. Lepas tu dorang dok rumah dorang. Siapa
tahu, kan? Bimbang jugak aku kalau betul andaianku. Tak sanggup aku menumpang
rumah Izz kalau macam ni. Aku rela balik rumah Kak Hanum. Boleh menangis aku
kalau betul dia dah kahwin dengan Maya. Err.. menangis? Tapi kenapa, ya? Huhu..
Musykil aku.
Aku dah mula fikir macam-macam. Yang
mengarut-ngarut pulak tu!
“Rumah Hafiy.”
Rumah Hafiy? Kenapa tak cakap rumah dia je
tadi? Pelik betul. Aku keluar daripada kereta. Rumah banglo dua tingkat tu aku
pandang. Cantik.. hati aku memuji. Meski pun hanya dikelilingi lampu jalan. Aku
dapat nampak rumah tu cantik. Rekaannya unik. Tak macam rekaan-rekaan rumah
yang biasa. Bukan calang-calang orang yang boleh hasilkan rekaan rumah yang
macam tu. Sebagai bakal engineer, aku
tahu yang bukan senang untuk menghasilkan rumah tu. Mesti arkitek hebat yang
berjaya fikirkan idea rumah tu.
Tapi.. kenapa aku rasa rumah tu macam
suram dan muram? Ahh.. pandai la kau, Qisya! Tak payah nak KOMSAS sangat la.
Kau bukannya ambik sastera. Berlagak seni konon!
Aku rasa macam dah jatuh cinta pandang
pertama dengan rumah itu. Gila betul!
“Buat apa tercegat kat situ. Jomlah
masuk,” ajaknya.
Aku berjalan selangkah. Sakit kakiku.
Perutku juga rasa sakit, buatkan aku berjalan terbongkok-bongkok.
“Saya boleh jalan sendiri,” kataku tegas
ketika dia cuba membantuku. Aku mengelak bila dia macam nak sentuh aku.
Aku taknak dia tolong aku! Pandailah aku
nak jalan sendiri. Bukannya aku lumpuh.
Izz mengalah dengan kedegilanku.
------------
“Dah
siap..” Izz senyum ke arahku sambil menghulurkan satu pinggan.
Aku pandang pinggan berisi nasi goreng itu.
Nasi goreng buatan Izz. Masih berasap. Baunya pun menusuk hidung. Rasanya aku
tak tahulah macam apa. Nampak sedap. Yang lapar rasa makin lapar. Aku pandang
Izz. Masih tak percaya dia masak untuk aku. Ternganga aku bila tengok dia
campak barang-barang masakan ke dalam kuali tadi. Tanpa gunakan perencah nasi
goreng. Nampak macam dah pro. Lelaki seperti Izz pandai masak? Aku masih tak
percaya. Ni rupanya maksudnya bila dia cakap taknak masuk kedai?
“Makanlah.. kalau dibiarkan sejuk nanti
tak sedap. Maaflah kalau rasa dia tak sedap. Abang ni bukannya star sangat kalau bab-bab memasak ni.”
Dia
duduk di tepiku. Menanti aku untuk rasa masakannya.
Dengan susah payahnya aku cuba menyuap
sesudu. Jangankan nak suap, nak pegang sudu pun tak boleh. Aku terkejut bila
Izz sentuh tanganku. Terus terlepas sudu yang cuba dipegang. Involuntary reaction. Aku ni memang anti
kalau kena pegang.
Aku pandang dia. Membara rasa hati bila
tiba-tiba dia ambil kesempatan.
“Abang bukannya nak buat apa-apa. Abang cuma
nak tolong Sya.” Dia menerangkan niatnya. Aku mencebik dalam hati. Yalah tu!
Fikiran negatif aku tak habis-habis lagi.
Izz ambil sudu dalam pinggan. Kemudian,
dia menyudukan sesudu nasi sebelum disuakan ke depan mulutku. Aku pandang dia.
Nak suap aku ke? Ingat aku ni Hafiy ke?
“Apa awak buat ni?” Aku rasa mukaku dah
merah. Malu yang datang entah dari mana-mana.
“Sya nampak abang buat apa?” Dia tanya aku
balik.
“Tak payahlah. Reti la saya nak makan
sendiri.” Aku berdegil. Tang mana entah aku boleh makan sendiri dengan tangan
macam ni.
“Dan abang pun kejam sangat la kan nak
percaya cakap Sya?” Dia pandang aku.
Eh, dia ni! Suka sangat balas kata-kataku
dengan soalan. Berguru dengan abang Qairul agaknya cara-cara nak patahkan hujah
aku.
“Okay..
macam ni la. Anggapla abang ni nak suap Sya atas dasar kemanusiaan,” putus Izz.
Cuba memujuk aku pun ada.
“Dasar kemanusiaan, ya?” Aku berfikir
sejenak. Boleh diterima akal ke tak? Kalau tak, macam mana aku nak makan dengan
tangan macam ni? Bolehla kot.. Tapi aku masih ragu-ragu.
Teragak-agak aku terima suapannya. Rasa macam
muka tengah letak dalam microwave. Panas
je. Malunya! Aku berlagak selamba. Semaksima mungkin aku control malu. Langsung aku tak pandang wajahnya. Sejak bila pulak
aku jenis yang tahu malu ni?
“Sedap tak?” soalnya.
Aku kunyah nasi goreng buatannya. Bapak
sedap wei! Kalah aku masak. Err.. aku pernah masak nasi goreng ke? Kalau jadi assistant terhebat tu memang pernahlah.
Ah.. losernya aku rasa untuk seorang
perempuan. Sebagai seorang perempuan yang rasa rendah diri, memang aku tabik Izz.
“Hmm.. sedap,” pujiku. Mulut menjawab
soalannya tapi mata menghadap kabinet dapur. Apa pasal la mamat ni pandai
masak? Kalau tiap-tiap hari boleh masak sedap macam ni untuk aku, tak ke best? Hari ni baru aku tahu bakat
terpendam Izz.
Canggungnya! Rasa yang sama ketika kami
berdua-duaan di dapur rumahnya suatu ketika dahulu. Tapi, masa tu aku belum
kenal dekat dengannya. Dan kerana malam itu jugalah kami jadi agak rapat lepas
tu.
Ini kali kedua kami berdua-duaan di
dapur. Rasa macam sejarah berulang. Bezanya kali ini dia yang masak untuk aku.
Kalau hari tu, aku yang buatkan air untuknya. Dan sekarang, lepas apa yang
terjadi, sekurang-kurangnya aku boleh bercakap baik-baik dengannya.
Aku pandang Izz. Mataku sempat menangkap
bibirnya yang mengorak senyum. Entah apa yang dia rasa kelakar. Mengata aku la
tu! Panasnya rasa hati.
“Apa
senyum-senyum?” marahku geram.
Dia cuma geleng kepala. Tapi bibir masih
senyum.
“Abang cuma gembira tengok Sya. Sekurang-kurangnya
Sya dah tak benci menghadap abnag,” katanya. Ayat tak boleh nak blah. Ya la tu!
“Can
you please stop calling yourself, abang?” tanyaku. Rasa macam awkward semacam.
Dia geleng kepala.
“Abang takkan berhenti bahasakan diri
abang, abang dengan Sya sebab abang suami Sya.” Aku terus terdiam bila dia
cakap pasal suami.
Err.. kalau suami, tak kena panggil abang
tak boleh ke? Nak je aku tanya, tapi aku tak berani. Sejak bila pulak aku jadi
penakut? Atau aku dah mula nak jaga percakapanku sebab dia suami aku? Aku tak
pernah lupa yang dia suami aku, tapi, nak terima dia tu semacam susah sikit.
Kena jalani ujian saringan berperingkat-peringkat dulu la.
“Dan abang akan terus tunggu sampai
masanya Sya panggil abang, abang.” Dia pandang aku. Buat aku rasa segan nak
mati. Apa pasal mata mamat ni killer
semacam? Nak bertentang mata tiga saat pun tak sanggup. Mata kau lawa wei!
Tolonglah jangan bagi pandangan membunuh macam tu!
“Err.. apa yang jadi malam ni, awak tolong
jangan cakap kat keluarga saya atau keluarga awak, boleh tak?” Aku cari jalan
selamat. Lari topik.
“Taknak orang lain tahu ya? Boleh abang
tahu kenapa?”
“Sya taknak orang lain risau pasal saya.”
“Hmm.. boleh kalau taknak orang lain tahu.
Tapi semuanya bergantung kepada degree
kepatuhan Sya kepada arahan abang.”
Aku telan liur bila dia main tarik tali. Rasa
macam tak sedap hati pulak bila dia cakap macam tu. Arahan apa yag dia cakap? Suruh
aku terjun lombong? Atau izinkan dia kahwin dengan Maya? Waklu.. kalau betul tu
arahannya, memang tahulah dia macam mana nak hidup lepas kena belasah. Manyak
cantik!
“Arahan apa?” soalku.
“Mudah je arahan abang. Sya terus tinggal
dengan abang dan Hafiy kat rumah ni, then
abang takkan cakap apa-apa kat keluarga kita. Not even a word out.”
“Kiranya saya menumpang rumah awak la ni?”
Aku mintak kepastian.
“Bukan menumpang, Sya. Tinggal di rumah kita untuk
selama-lamanya. Abang tak suka bila Sya cakap Sya menumpang.” Suaranya sedikit
tegas.
Tak pasal-pasal kena marah. “Tinggal
terus?” soalku lagi. Dia angguk.
Hai.. berat arahan tu! Sanggup ke aku
hidup dengan dia kat rumah ni? Selama-lamanya pulak tu. Selama-lamanya tu
maksudnya selagi kami ada jodoh la kan?
Dia suami kau, Sya.. Aku dengar suara
hatiku berdesis. Buatkan hatiku sedikit lembut. Aku fikirkan jugak perkara
lain. Aku pun takde tempat tinggal sekarang ni. Lagi pun rumah ni dengan
universiti aku pun tak berapa nak jauh. Dalam sepuluh minit perjalanan. Tapi..
aku nak pergi macam mana?
“Kalau saya dok sini, macam mana saya nak
ke kuliah?” soalku.
“Don’t
worry. Abang dah fikirkan caranya. Sya tak payah nak bimbang. Driver abang boleh hantar ke mana je Sya
nak.”
Aku fikir lagi. Akhirnya aku setuju.
“Boleh.. tapi saya ada syarat.”
“Syarat apa?”
“I
really need time to accept you, Izz. Sepanjang saya duduk sini nanti,
jangan desak saya lakukan benda yang saya tak suka.”
“Abang tak kisah,” jawabnya pendek.
“Jangan sebut langsung pasal apa yang
terjadi kat hotel hari tu. Saya tak suka dan saya taknak dengar,” kataku tegas.
Aku takut hati aku kembali sakit mengenangkan perstiwa tu. Tak pasal-pasal aku
lari rumah sekali lagi.
“Okay.”
Dia setuju.
“We
are strangers.”
“Yang ni abang tak setuju. Abang takkan
jadi stranger dalam hidup Sya. Sya
isteri abang dan abang takkan sesekali anggap Sya stranger. Sya boleh anggap abang siapa-siapa je yang Sya nak. I can be your brother, your friend, your
housemate and perhaps I can be your shoulder to cry on. Sometimes I need to
show you that I’m also your husband. But not a stranger. No point kalau Sya cakap kita stranger.” Izz berkata tegas.
Terus diam aku yang mendengar. Dia marah
ke? Atau aku yang keterlaluan sangat?
“Suka hati awaklah. Tapi saya taknak orang
tahu saya dah bersuami kat luar. Not
until I finish my study.” Aku harap dia faham.
“Okay..
abang akan rahsiakan perkahwinan kita sampai Sya habis belajar. Tapi, before that abang pun ada syarat jugak.”
Terangkat kening aku bila dengar. Dia pun
ada? Hai.. sistem barter nampak?
“Apa dia?”
“Syarat abang mudah je. Mana Sya nak pergi
selain daripada pergi kuliah, Sya mesti minta izin daripada abang dulu.”
Mudah dia cakap? Lecehnya nak report semuanya padanya. Mengalahkan
warden penjara pulak. Tapi.. bukan tu pun tanggungjawab seorang isteri jugak
ke? Minta izin daripada suami bila nak keluar rumah.
Hmm.. boleh la. Aku angguk.
“Dan jangan pernah pertikaikan
tanggungjawab abang sebagai suami,” sambung Izz lagi. Aku angguk lagi. Takde
masa aku nak fikirkan atau kaji tanggungjawab dia.
“My
last request.”
“Ada lagi?” tanyaku. Banyak pulak
songehnya malam ni!
“Sekali pun Sya marahkan abang, jangan
lepaskan marah Sya pada Hafiy. Dia tak salah.”
Aku terdiam bila nama Hafiy disebut.
Rindunya aku padanya. Pasti dia dah tidur. Aku rasa bersalah bila mengenangkan
sikap aku pada Hafiy. Sebab marahkan daddynya,
Hafiy pun kena tempiasnya.
“Hari tu dia demam sebab nak jumpa Sya. He really misses you, Sya. And I hope that
you can treat him well.” Izz bersuara lagi. Nadanya seperti mengharap.
Buatkan aku rasa makin bersalah.
Aku pandang Izz. Kepala diangguk. Setuju.
------------
Lepas
makan, mata dah rasa mengantuk. Penat dengan semua yang terjadi hari ni. Aku
rasa aku nak rehat secukupnya malam ni. Tapi, persoalannya aku nak tidur mana
malam ni? Ni bukan rumah aku. Nak tanya Izz pun rasa macam segan semacam.
“Bilik Sya kat tingkat atas. Abang dah
letak semua barang-barang Sya kat bilik. Jom abang tunjukkan bilik Sya.” Izz
bagaikan mengerti kebingunganku ketika aku berdiri di depan anak tangga yang
menghubungkan tingkat atas dengan tingkat bawah.
Aku pegang susur tangga dengan tangan
kanan sebelum panjat tangga.
“Aouch..” Kaki kananku rasa teramat sakit
bila mencecah anak tangga pertama. Hampir saja aku rebah kalau bukan ada tangan
yang menghalangku daripada jatuh.
Dadaku terus berdegup pantas dengan
keadaan aku dan Izz sekarang. Sangat dekat buatkan aku kurang selesa. Apatah
lagi aku tak pernah sedekat ini dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Tangan Izz
mendarat di pinggangku, merapatkan tubuhku dengan tubuhnya untuk menghalangku
daripada jatuh.
Muka dah rasa merah. Malu!
Aku terjerit kecil bila tiba-tiba
kedua-dua kakiku tak menyentuh lantai. Izz mendukungku. Terus aku peluk
lehernya kerana takut jatuh. Tergamam habis aku dengan tindakannya yang luar
jangkaan tu. Dan aku juga tergamam dengan tindakan spontanku. Trus aku lepaskan
tangan yang melingkar di lehernya.
“Apa awak buat ni? Turunkan saya la,”
marahku. Marah sebab nak tutup malu yang
rasa macam lebih tinggi daripada gunung Everest.
Izz hanya selamba. Dia pandang wajahku.
Bila matanya tepat pada mataku, aku larikan anak mata. Aku pun tak tahu kenapa
aku tak sanggup menatap matanya. Malu wei!
“Let
me help you this time. Abang tak sanggup nak tengok Sya tergolek jatuh.”
“Saya boleh jalan sendiri la,” jawabku
sambil pandang tempat lain.
“Oh, ya ke? But I don’t believe it,” jawabnya pula.
Aku nak menjawab, tapi idea aku dah mati.
Sebab apa yang dikatanya memang betul. Aku memang tak boleh nak panjat tangga
sendiri. Jalan pun tak berapa nak betul, inikan pula naik tangga.
“And,
this is one of the.. ‘jangan pernah pertikaikan tanggungjawab abang sebagai
suami’. Dalam kes ni, untuk menjaga Sya.”
Akhirnya aku mengalah. Lantak kau la!
Segan tak segan, malu tak malu, aku hanya biarkan dia mendukungku ke tingkat
atas. Lamanya nak sampai ke bilikku. Muka aku rasa macam dah nak terbakar. Tak
pernah aku kena dukung dengan lelaki sebelum ni.
Satu je terlintas dalam kepala aku. Berat
ke tak aku? Malunya aku kalau Izz cakap aku berat. Kena diet ni! Arghh.. Memang otak aku dah tak berapa nak betul dah.
Sempat pulak aku fikir macam tu. Curi-curi aku pandang wajah Izz. Tenang je
macam dah biasa.
Izz meletakkan aku di atas sebuah katil
empuk. Aku pandang sekeliling bilik yang berwarna pink tu. Cantik. Barang-barang aku pun ada semuanya.
“Sya dah makin ringan. Tak makan, ya?”
Aku terkejut mendengar kata-kata
selambanya lepas dia letakkan aku atas katil. Oo.. nak kata aku berat la
sebelum ni? Geram pulak rasa hati. Bila masa pulak dia tahu aku makin ringan?
Dia pernah angkat aku sebelum ni?
“Mana awak tahu saya ringan sekarang?
Pandai-pandai je. Nak cakap saya gemuk sebelum ni la tu,” kataku geram. Muka
dah masam. Kalau abang ni, memang aku dah bagi sebijik.
Dia tergelak. Terpana sekejap aku. Lama aku
tak tengok dia ketawa ikhlas macam tu.
“Syakan pernah jatuh atas abang dulu. Masa
nak ajar Hafiy panjat pokok. Sya tak gemuk la.”
Aku rasa makin malu. Macam mana aku boleh
lupa yang aku jatuh atas Izz? Itulah kali pertama kami berkenalan. Dulu dah
terseliuh kaki. Tak sampai tiga bulan, sekarang ni bengkak kaki pulak. Apa
malang la nasib aku.
Aku menguap. Ngantuk.
“Bilik awak mana?” soalku dalam mata yang
kuyu.
“Ni la bilik abang.” Terus bulat mataku.
Hah??
Izz ketawa lagi.
“Gurau je. Mine is next to yours,” katanya sambil mengisyaratkan ke sebelah
kanan bilikku.
Hish… nak main-main pulak! Terkejut aku.
Memang aku cabut keluar kalau kena sebilik dengan mamat ni. Hati aku
tertanya-tanya sesuatu. Dia tak kisah ke kalau aku tak sebilik dengannya?
Arghh.. kau tak payah fikir, Qisya. Kalau
Izz tak kisah, kau jangan mengada nak tanya pulak. Kira nasib baiklah Izz
faham.
“Dan depan bilik Sya, bilik Hafiy,”
jelasnya lagi.
“Awak tinggal berdua je dengan Hafiy?” Aku
ingin tahu.
“Bertiga dengan Sya.” Dia sengih. Hih..
geramnya aku! Loyar buruk pulak dia ni. Sejak bila pulak dia jadi macam ni? Aku
rasa memang dia berguru dengan abang la.
“I
mean, siapa lagi ada atas rumah ni selain kita bertiga?” tanyaku lagi.
“Ada Mak Mah. Dia jaga Hafiy.”
Oo.. ada Mak Mah rupanya.
Aku menguap lagi.
“Sya tidurlah dulu. Abang nampak Sya dah
penat sangat.” Izz berlalu daripada bilikku.
“Kalau nak apa-apa, panggil abang kat
sebelah. Jangan nak turun sorang diri ke tingkat bawah.”
Dia sempat mengeluarkan arahan sebelum
menutup pintuku dari luar. Aku pun apa lagi, mata dah ngantuk. Badan dah penat.
Aku terus terlena.
ohhh suamiku ! Izz mmg sweettttt ! glad they are back together again. haaa.. pasni plot pasti makin menarik sbb they are staying together2.. yess.. thanks cik anjell, looking forward for new n3.. SPS mmg best, mmg sweet... <3
ReplyDeletesambung lagi .. :)
ReplyDeletebest3..
ReplyDeleteBest gila!!!!
ReplyDeleteBest....:-):-)
ReplyDeleteSweet gila izz ni....
Sweetnya diaaaa
ReplyDeletewah... nk lagi..... sweetttttttttt!!!! izz..... muah <3
ReplyDelete-Jae-
Cpt2 nxt n3....x sabonyer! ;p
ReplyDeleteNak sambungan...... Best
ReplyDeletebest sgt sabarlah hati nak tunggu next n3
ReplyDeletebestttt...:)
ReplyDeletebestttt sangatttt...
ReplyDeletesweeetnyeeeeee suami Sya....nie y bikin jeles...
msti melompt sakan Hafiy jupe Mom Sya...
cpt smbng cik pnuls...
ara
best..best..best..caring betul izz..saya suka..saya suka..lepas ni sya mesti lembut hati..nak..nak ada hafiy jadi org tengah..hehehe
ReplyDeleteeila
wah...best sangat3....sambung lagi please....
ReplyDeleteLove it so much! Thanks ya..waiting for the next chapter..:-D
ReplyDeleteLove it so much! Thanks ya..waiting for the next chapter..:-D
ReplyDeleteala sweetnyer izz, bila da next entry cik writer? tak sabar nie!!!
ReplyDeletesambung..sambung..sambung....please sambung lagi....hehehe..
ReplyDeletebest sgt2....lambat lagi k novel nk kuar??xsabar nk beli
ReplyDeleteSo sweet... Bila la sya nk lembut ht
ReplyDeletesweet sgt, Sya ni pun satu. Izz dah cukup baik utk dia, masih lagi nak jual mahal. Harap-2 lepas tggal serumah ni Sya akan lembut hati terima Izz dlm hidup dia. Next n3 please...
ReplyDeletebest...nak lg...hehehe
ReplyDeleteSweetnyaaa..x sbr nak tgk sya terima izz...
ReplyDeleteasal la izz ni sweet sgt...bestnya dapat layanan mcm ni hikhikhik.....
ReplyDeleteNak suami mcm izz jgk!!!
ReplyDeletesukanya citer ni...ternanti2 n3 baru.
ReplyDelete~kak min~
seronok nye ada bab 18.. bestnye.. dah terserlah sikit2 ke'sweet'an si iz.. best... tq anjell, don't take too long for new n3 ye... rindu kat sya & iz + hafiy.
ReplyDeleteSUamiku mmg plg sweet.. Ha ha ha.. Cik anjell blh x cpt up dt nxt n3?? Crita ni best!!! Tq..
ReplyDeletealahaiii...sweetnye izz.dah cair dah nih. sya bile nak cair??sya ni juai mahai sgt. nanti melepas sya....hehehehee...keep it up writer!!!
ReplyDeletealaaa sweetnyer si izz ni.. sangat suke entry ni.. hehehe
ReplyDeleteizz.. yg handsome and sweet
ReplyDeletesya.. yg degil and loving
hafiy.. yg nakal and cheerful
a very nice family combination
waiting for the next n3 unpatiently.. he he he
tq..but always waiting ec...ec...ec....ec...say yes to ec....
ReplyDeleteBestnya..... Nak lagiiiiii!!!!!!
ReplyDeletesukanya kt izz... sweet sgt.. tq
ReplyDeletewahhhh so sweet...nk lagi.. dah jatuh hati dgn izz & qisya sngat2
ReplyDeleteso sweet and sgt sgt best! bila novel ni di publish kan? tak sabar nk beli. :D
ReplyDeleteYes! pasni izz akan menunjukan keromantisanye smpi sya cair..oh nx n3 plisss
ReplyDeletesssssssssssweeetnya.. suka2.. next n3 pleasss...
ReplyDeletebest la .... bila nak sambung lagi
ReplyDeletetak sabar nak tgk qisha tergoda dan dapat menerima izz sepenuhnya...
best....tengkiu angel
ReplyDeletetq tq tq... best sgt Izz dah jumpa Qisya.... :)
ReplyDeleteyezzzaaaa!! sweet! rindu kat hafiy sangat2.. bila nx ada n3 hafiy ney..?
ReplyDeletebesttt....nk lg cik pnulis...
ReplyDeletebezzzz2..nk lg!!thnkz anjel..
ReplyDeletebezzz2....sweet jew!!nk lg...
ReplyDeletesuke sgt2 diorg dh bersama semula...best2...
ReplyDeletehuaaa....sweet gler....nak lagi...
ReplyDeletebessssttttttttt..........so sweet izz n qisya...but i miss aaron n damia too.....
ReplyDeleteawwwww. sweet nyeeeee. yea, kitorang rindu aaron and damia jugak.
ReplyDeletebest,,,,nk lg..=)
ReplyDeletesweet nya izz melayan qisya.terbaik utk qisya jatuh cinta pd izz.nk lg......
ReplyDelete~saza~
wahh...sweeeeet bangat nih!!!! alahai bsabar sungguh si Izz ngn Qisya.Tu la Qisya, Diam si Izz x bmakna x ingat & x kisah kan awak. errmm.. siap upah org lg utk isteri yg da lama dia cintakan tp keras kepala..huhuhu.... Nak lg cik Anjell!!! x sabarrr nyerrrrrr.....
ReplyDeleteyes sgt best citer ni hrp cptlah sambung
ReplyDeleteada 1 soalan nk tnye writer nie....
ReplyDeletesi Izz ni keje apa nyer?
siap driver bagai,..umah banglo..tu pun special edition pnyer...huhu
ke ada bgtau dlm n3 sblm nie? knapa xperasan yer???
blm ad dlm entries sblm ni.....
DeleteSo sweet Izz ni... Sya jangan terlalu ikut perasaan ok.... kata nak jadi isteri terbaik.... cuba buka hati terima kebaikan yang Izz tunjukan... entah-entah si Izz dan abang Q tu kawan baik kot.... hehehe
ReplyDeletewahhh <3
ReplyDeleteanjell... mana n3 baru sayang... dah rindu kat hubby ku yg sweet tu...
ReplyDeleteMmg la suamkku yg sweet..
ReplyDeleteSuamiku mmg sweet gila la.. the best
ReplyDelete_ arynn _
Best.
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteJalan cerita novel lg best dr drama..yelah sbb ada scrne yg kite terbatas nk buat dlm drama..anyway inlove both novel n drama..love it!!!
ReplyDelete