BAB
3
“Kau
pernah jumpa ke Datuk Azizan?” soal Farizzam. Berminat untuk tahu.
Tengku
Ian geleng kepala.
“Pernah
tengok gambar. Tapi tak pernah jumpa orangnya. Selalunya dia berurusan dengan
ayah aku. Aku rasa dia pun tak kenal aku.”
“Tak
kenal? Habis macam mana dia nak cam kau?” Farizzam tak faham.
“Aku
kenal dia. Dan sebab tu la malam ni, aku cakap aku akan pakai tuksedo putih.”
Oo..
patutlah beria-ia Tengku Ian ni heret dia ke KLCC semalam. Semata-mata nak cari
tuksedo putih untuk ke majlis penting itu. Dah macam nak pergi blind date pun ada. Tak kenal bagai. Macam-macamlah
perangai anak tunggal Tengku Ismadi ni.
Dan
yang paling dia tak faham…
“Kenapa
aku pun kena pakai tuksedo putih?”
Tengku
Ian ketawa.
“Temankan
aku la. Kau kan adik angkat aku. Two
brothers wil be coming tonight. Aku dah cakap macam tu,” jawab Tengku Ian
lepas habis ketawa.
“Kau
tahu rumah dia kat mana?”
Tengku
Ian geleng kepala.
“Not sure. Aku dah suruh Chelsea hantarkan
alamat rumah dia. Kaukan ada? Mesti kau tahu cari, kan?” bicara Tengku Ian.
Chelsea tu setiausaha dia kat Los Angeles.
Apa
susah? Zaman sekarang semua di hujung jari. Adinda GPS kan ada kalau dua-dua tak
tahu malam nanti?
“Aku
okey je. Kalau dah ada alamat, boleh try
cari. Entah-entah aku memang kenal sebenarnya tempat tu,” kata Farizzam pula.
Pandang pula muka Tengku Ian.
“And tonight, please..” Farizzam
layangkan tangan pada muka sendiri.
“Shave everything. Macam hutan Amazon dah
aku tengok. Serabut.”
Tengku
Ian ketawa. Jambang yang memang berserabut di mukanya digosok-gosok. Tak sempat
nak uruskan sebelum ni. Campur dengan malas sekali.
Agak-agak
lepas tak kalau nak dandan ala-ala Jack Sparrow? Haha.
“Rambut
pun. Potong pendek. Dah boleh ikat pony
tail dah aku rasa. Karang terkejut pulak semua orang tengok Ku Zam ni,”
komen Farizzam lagi.
“Hey.. style, man! Well.. I came from Hollywood. Tak macam ala-ala superstar ke?” Tengku Ian ketawa lagi
sambil jari bermain-main pula pada rambut coklat tuanya yang beralun lembut tu.
Macam yang Farizzam cakap tadi, dah boleh ikat pony tail dah. Dia memang baru cadang nak potong hari ni.
“Banyaklah
style superstar Hollywood kau tu. Dah
macam orang sesat baru keluar gua je aku tengok.”
Ada
ke cakap dia baru lepas keluar gua? Haha. Sejak dari dia balik lagi Farizzam
dan Ayana asyik kompelin. Cuma dia yang buat tak tahu. Semuanya adalah ikutan
masa dia di Los Angeles dulu. Tapi, sekarang dah environment baru. Gaya pun kena berubah.
“Yalah...
aku memang nak potong pun. Don’t worry.
Tonight, the most handsome of Ku Zam will
be reappearing and melting every heart and soul of innocent girls.”
“Phuii..”
Dan
Tengku Ian terus gelak.
--------------------
Jam
di dinding menunjukkan pukul lapan malam. Suasana di kediman Datuk Azizan
sekeluarga makin meriah dipenuhi dengan tetamu jemputan dan juga para pekerja
syarikat Mercu Lands and Properties.
Medina
turun ke tingkat bawah. Cuma berbaju t-shirt lengan panjang, seluar geans dan
bertudung hitam. Langsung tak melambangkan dia akan menurut-serta dalam majlis
penting itu. Dari jauh, dia dah nampak gelagat ibu dan kakak tirinya yang
sedang sibuk melayan tetamu-tetamu penting. Senyum tak lekang di bibir.
Pakaian
mereka cantik. Nampak mahal. Bukan nampak, tapi memang mahal. Sesuai dengan
status isteri dan anak kepada tuan punya majlis ni. Malas Medina nak mendekati
mereka. Nanti jadi banyak cerita pulak kalau bersemuka dengan mereka. Baik dia
cari Zuyyin.
Mana
Zuyyin ya? Kat dapur? Ke tengah uruskan makanan kat tepi kolam?
Medina
terus cari Zuyyin. Macam yang diagak, Zuyyin tengah tolong menyusun makanan di
tepi kolam. Dibantu oleh pihak katering yang diupah oleh papanya.
“Zuyyin,”
panggil Medina.
“Kau
buat apa kat sini?” soal Zuyyin sedikit kuat. Atas bawah, atas bawah pakaian
Medina dipandangnya. Budak ni nak pergi supermarket
ke apa ni?
“Aku
cari kau. Bosanlah.”
“Weh..
kenapa kau tak pakai cantik-cantik? Malam ni majlis penting. Ahli keluarga
semua kena ada. Kau jangan buat gila, Dee.” Zuyyin dah risau.
Medina
ni otak kadang-kadang tak berapa nak center.
Suka hentam undang-undang sendiri. Mencabar alam. Ni kalau Datin Mawar atau
Puteri nampak ni, mesti kena Medina.
“Alah..
bukannya orang tahu aku ni anak Datuk Azizan. Ada ke tak sama je. Kan Puteri
dah ada. Cukuplah tu, jadi anak papa aku,” balas Medina.
Tak
tahu dah Zuyyin nak cakap apa.
“Si
momster tu kan lagi suka aku macam
ni. Aku kan Cinderella.” Sinis je ayat Medina. Nak-nak lagi paling hujung tu.
“Ni
lobster nak letak kat setiap meja
kan?” Sempat Medina tanya sorang pekerja katering yang kebetulan lalu di
tepinya.
“A’aa..
semua kat sini nak letak kat semua meja. Anak Mak Jah ke? Nah.. tolong letakkan
kat meja yang kosong.” Dan dengan selambanya dia serahkan dua pinggan yang
berisi lobster besar kepada Medina.
Tak sedar yang dia tengah mengarah anak tuan rumah.
Zuyyin
yang tengok terus bulat mata. Mulut terbuka, tapi tak tahu nak cakap apa.
“Okey.”
Medina tak banyak cakap, terus bersetuju. Selamba angkat kaki dengan dua
pinggan di tangannya.
Serius
Zuyyin tak tahu nak cakap apa sekarang ni.
-------------------
“Medina!”
Medina yang tengah tuang air dalam gelas tinggi itu berhenti.
Huh..
ni lah suara yang paling aku benci dalam dunia ni!
Medina
berpusing ke belakang. Macam yang diagak, Datin Mawar tengah berdiri di
depannya. Puteri pun ada sekali. Muka Datin Mawar serius nak mati. Dan muka
Puteri pula tengah tersenyum-senyum sinis. Tanda suka melihatnya yang bakal
dimarahi oleh Datin Mawar nanti.
Datin
Mawar pandang kiri dan kanannya. Bila line
clear, baru tangan Medina ditarik kasar supaya mengikutnya. Sampai di
tempat yang agak sunyi dan terlindung dari pandangan mata manusia lain, barulah
tangan Medina dilepaskan.
Medina
gosok-gosok pergelangan tangannya yang sakit. Hai.. nasib baik mak tiri! Ada
jugak sikit perasaan hormat dia. Kalau Puteri yang buat dia macam tu, memang torticollis dah perempuan tu dia lempang.
“Kau
buat apa ni? Kau nak malukan aku ya? Yang kau pakai macam ni, lepas tu pergi
buat kerja-kerja orang gaji tu kenapa?” marah Datin Mawar.
Medina
diam. Malas nak menjawab. Dia tahu, kalau dia jawab, makin berapi orang tua
depan dia ni. Hai.. bukan dia suka apa aku ni buat kerja-kerja orang gaji macam
tu? Sebelum ni tak pernah kisah pun? Siap mengarah itu dan ini lagi macam rumah
mereka takde orang gaji.
“Kau
tahu tak malam ni, Ku Zam nak datang. Kau kenal siapa Ku Zam? Kalau kau nak
tahu, Ku Zam tu, tetamu penting papa kau. Billionaire.
Kita semua kena tunjuk imej yang baik kat dia. Kalau kau taknak join majlis ni, kau jangan turun
langsung. Tak payah nak buat kerja-kerja yang menjatuhkan maruah aku dan papa
kau. Jangan sampai Ku Zam nampak anak Datuk Azizan buat kerja-kerja ni, faham?”
“Ma,
mana boleh Cinderella ni tak join.
Nanti papa mesti cari dia jugak.” Puteri menjawab.
“Betul
jugak. Sekarang ni, sebelum aku naik angin, baik kau naik bilik kau sekarang,
cari baju cantik-cantik sikit, pakai, lepas tu turun,” arah Datin Mawar lagi.
Medina
buat tak layan.
“Mama..
dia buat tak dengar la. Mama kena buat sampai dia faham.” Seronok Puteri
menghasut.
Datin
Mawar yang dengar terus naik angin. Cepat je tangan tarik telinga kanan Medina
yang terlindung di balik tudung itu.
“Kau
faham ke tak ni?”
“Aduh..
sakit. Faham, mama!” jawab Medina sambil mengaduh kesakitan. Hati cuba disabarkan
semaksima mungkin. Dia taknak melawan. Hanya kerana wanita itu isteri kepada
papa dan ibu tirinya, Medina taknak berkurang ajar.
Seronok
Puteri tengok Medina yang kena macam tu. Puas rasa hati. Rasa dendam terbalas.
Tak mungkin dia boleh ketawa bebas sebegini kalau mama dia takde.
Ketawa
Puteri mati bila mata berlaga dengan mata beku Medina. Bagai punya bisa yang
mematikan saraf ketawa dia. Gerun tiba-tiba. Tapi dia buat-buat berani. Takpe..
mama ada!
“Kau
tengok aku pehal? Tak puas hati? Cucuk mata karang!” Puteri sembunyikan
ketakutannya.
“Kalau
dah Cinderella tu, Cinderella la jugak. Kesian.. mak dahlah mati awal. Lepas tu
ayah pulak tak sayang,” kata Puteri lagi.
Kali
ni, kata-kata Puteri buatkan Medina marah yang amat. Entah kenapa dia rasa
sedih dengan kata-kata Puteri itu.
“Kau
cakap apa tadi?” Tinggi suara Medina. Mak tiri kat sebelah dibuat tak nampak.
Rasa nak cekik je Puteri depannya sekarang.
Puteri
yang tengok Medina berubah itu terus kecut perut. Lantas menyorok belakang
mamanya.
“Dah..
kau jangan nak buat apa-apa kat anak aku. Kau pergi naik sekarang sebelum aku
mengamuk!” marah Datin Mawar.
Nasib
baik ada ibu tirinya. Kalau tak, memang kutip gigi bersepah la kakak tirinya tu
malam ni. Medina pandang Puteri. Tengah jelir lidah kepadanya.
Cepat-cepat
Medina istighfar dalam hati. Cuba tenteramkan hati sendiri.
“Pergilah,
Cinderella!” Puteri tolak Medina.
Medina
tak sempat nak seimbangkan diri bila bahunya itu ditolak kuat. Medina tergamam
bila dia terpeluk seseorang. Dan tangan orang dipeluknya pun selamba pegang
belakangnya. Menghalang Medina daripada jatuh.
Cepat
kepala Medina dongak atas. Lelaki! Dia telan liur. Mamat mana pulak ni?
“Are you okay, miss?” soal lelaki itu.
Datin
Mawar dan Puteri juga turut terkejut sama. Sejak bila lelaki itu ada di situ?
Apa lelaki tu buat kat sini? Melihat lelaki bertuksedo putih itu, Datin Mawar
teringat sesuatu. Ku Zam ke?
Kalau
Ku Zam, rasanya mati dia. Ku Zam nampak ke Puteri tolak Medina tadi? Dan yang
penting, Ku Zam dengar ke perbualan antaranya dan Medina tadi? Arghh.. pandailah dia putar belitkan
cerita nanti. Bukan tak pernah buat sebelum ni. Asalkan dia dan Puteri tak
dipersalahkan.
Medina
cepat-cepat berdiri. Macam mana boleh terpeluk lelaki yang dia tak kenal ni?
Merah rasa muka. Seumur hidup, mana pernah peluk lelaki. Tak kenal pulak tu!
“You
ni siapa?” soal Puteri. Atas bawah, atas bawah mata menilik rupa jejaka segak
di depannya sekarang ni.
“Me? Oh, I’m Cinderella’s hero,” selamba
lelaki itu jawab. Kemudian senyum.
Wajah
Datin Mawar dan Puteri dah pucat. Lelaki tu dengar sesuatu ke?
Medina
terus jeling tajam lelaki itu. Cinderella’s
hero hotak hang! Tak suka lelaki yang dia tak kenal tu tiba-tiba mengaku
yang tak patut. Entah apa-apa. Mesti lelaki tu dengar masa Puteri tolak dia
tadi.
“Kenapa
sampai tolak-tolak ni? Cakap baik-baik, tak boleh ke?” Datin Mawar terus marah
Puteri. Kemudian dia meluru ke arah Medina.
“Sayang..
kamu okey? Ada cedera tak?” Tubuh Medina pula dibelek-belek.
Medina
buat muka tak tahu. Huh! Dah mula dah bakat berlakon mama tirinya yang memang
tak payah dikorek tu. Hipokrit! Ikutkan hati, nak je dia tepis tangan orang tua
tu. Tapi nanti, orang akan nampak dia yang kurang ajar.
Kenapa
dunia ni tak adil?
-----------------
“Ian!”
Tengku
Ian berpaling ke arah suara itu. Nampak langkah bergaya Farizzam ke arahnya
yang tengah berdiri bersama tiga orang perempuan yang tak dikenalinya itu. Oh,
bukan! Dia kenal seorang.
Cinderella.
Itu yang dia sempat dengar tadi sebelum Cinderella tu tiba-tiba terpeluk dia.
Dia pun tak tahu apa yang jadi. Konflik keluarga mungkin. Tapi.. Cinderella?
Nama dia memang Cinderella ke? Entahlah.
Walaupun
cuma sekilas dia bertemu dengan Cinderella tu, tapi ingatannya masih kuat.
Cinderella aka tarzania. Orang yang
sama yang lompat pagar pagi tadi. Dan tak sangka, rumah yang sama. Dunia ni
sangat kecil. Jumpa lagi mereka. Tapi, apa hubungan Cinderella tu dengan rumah
ni? Cinderella macam cerita Cinderella ke?
“Buat
apa kat sini?” soal Farizzam pelik. Diperhatikan tiga wanita lain di sekeliling
Tengku Ian. Sempat dihadiahkan senyuman ikhlas kepada mereka. Seorang dah agak
berumur, tapi masih anggun. Dan dua orang lagi masih muda dan cantik-cantik.
“Saja,
explore rumah cantik ni,” jawab
Tengku Ian selamba. Sememangnya lesap-melesap adalah kepakaran Tengku Ian.
“Apa
semua orang buat kat sini? Majlis kat sebelah sana. Bukan sini.” Teguran itu
membuatkan semua orang beralih pandang.
“Abang..”
“Papa..”
Serentak
Datin Mawar dan Puteri berkata.
Tengku
Ian kenal lelaki separuh umur yang masih segak itu. Sama macam gambar yang
ditunjukkan ayahnya dulu. Datuk Azizan. Kalau lelaki itu Datuk Azizan,
maksudnya wanita separuh umur tu adalah isterinya dan wanita muda sebelahnya
itu adalah anaknya.
Dan
Cinderella ni siapa pulak? Baru dia perasan. Cinderella tadi dah takde. Bila
dia berlalu? Mata sempat menangkap langkah Cinderella yang tengah meninggalkan
mereka.
Baru
Datuk Azizan perasan dua jejaka kacak yang turut ada di situ. Melihat dua orang
bertuksedo putih datang bersama, kepala terus ingat sesuatu.
“Ku
Zam?”
Tengku
Ian dan Farizzam, kedua-duanya pandang Datuk Azizan.
“Is any of you, Ku Zam?” Mata Datuk
Azizan bergilir-gilir pandang Tengku Ian dan Farizzam. Meminta kepastian. Dia
sendiri tak kenal siapa gerangan Ku Zam.
Tengku
Ian pandang Farizzam.
“Hey..
nak tengok permainan dunia tak?” bisik Tengku Ian perlahan.
Farizzam
terus pandang Tengku Ian. Rasa tak sedap hati tiba-tiba. Apa lagi akal gila
mamat ni?
Tengku
Ian senyum manis.
“This is Ku Zam.” Tengku Ian tunjuk
Farizzam.
Farizzam
bulat mata bila Tengku Ian cakap macam tu.
“Dan
saya Ian. Cuma anak angkat Tengku Ismadi. Abang angkat Ku Zam.” Tengku Ian
perkenalkan dirinya pula.
--------------
“Kau
ni gila ke apa?” marah Farizzam. Dah terlanjur bicara, tak pasal-pasal semua
ingat dia Ku Zam.
Tengku
Ian ketawa. Dah agak dah. Farizzam mesti mengamuk.
“Aku
waras lagi la. Bukan saja-saja tahu aku nak swap
identity dengan kau. Aku ada sebab.”
“Sebab
apa?”
“Mana
boleh cakap. Sampai masanya kau akan tahu juga. Apa yang aku boleh cakap
sekarang ni, aku nak tengok permainan dunia. Siapa hipokrit, siapa jujur.”
“Cliché gila. Musang berjanggut ke? Nak
cari calon isteri?”
“A’aa
la.. dah lama aku tak tengok cerita tu. Jom cari cerita P. Ramlee balik nanti.”
“Tengku
Ian Uzzam!” Kuat suara Farizzam. Orang tengah serius, boleh pulak pasang
angan-angan nak tengok cerita P. Ramlee.
Tengku
Ian sengih lagi. Siap seru nama penuh dia lagi. Betul-betul marah la tu. Susah
nak tengok Farizzam marah ni.
“Betullah.
Tolonglah, Zam. Kejap je. Bukannya lama pun. Takde beza pun aku ke kau yang jadi
Ku Zam. Nanti aku cakaplah aku Ku Zam yang sebenar bila dah tiba masanya nanti.”
Tengku Ian mula merayu.
“Tapi
aku bukan Ku Zam. Macam mana nak hidup jadi kau?”
Tengku
Ian, dia tak rungsing sangat. Sebab Tengku Ian mana ada orang kenal kat
Malaysia ni. Nama penuh pun entah orang tahu, entah tidak. Orang kenal pun
panggil Ku Zam je. Cuma ahli keluarga yang panggil dia Ian.
Tapi
Farizzam ni lain. Dah lama duduk Malaysia. Kalau ada yang kenal dia macam mana?
Dan ramai yang tak tahu dia sebenarnya anak angkat Tengku Ismadi, hartawan
besar di Hollywood tu. Dia pun lebih selesa orang tak tahu.
Tapi
sekarang, balik pulak budak ni suruh dia mengaku Ku Zam. Ku Zam kut! Bukan sembarangan
jenayah ni pergi mengaku jadi anak kandung Tengku Ismadi. Kalau orang lain tahu
macam mana? Tapi Tengku Ian yang mulakannya.
“Siapa
cakap? Bukan kau pun Zam ke?”
“Tapi
sejak bila pulak nama aku ada Tengku?”
“Sejak
kau jadi anak angkat ayah aku. Kira jadi Tengku la tu. Tengku Farizzam.”
Selamba je Tengku Ian berkata. Sakit hati Farizzam yang dengar.
“Hish,
malas aku nak cakap dengan kau ni!” Bengang.
Tengku
Ian ketawa lagi.
“Kitakan
selalu bersama. Tak payah risau la.”
“Kalau
ibu aku tahu, masak aku. Kau tak takut ke ayah dengan bonda kau tahu? Ini dah
menipu.”
“Dorang
takkan tahu kalau kita tak cakap.” Tengku Ian menjawab lagi. Susah juga nak
ajak Farizzam ni buat kerja gila. Semuanya sebab Farizzam ni baik sangat.
“Dahlah..
jom. Dah lambat ni. Nanti Datuk Azizan cari kita. Ingat tahu. Kau, Ku Zam.
Kalau orang tanya nama penuh, Tengku Uzzam.” Sempat Tengku Ian berpesan.
Farizzam
mengalah. Tak pernah dia buat kerja gila macam ni kalau tak dengan Tengku Ian.
kak anjell suka guna teknik saspen dlm novel
ReplyDeletetp..i like3 it sgt2..(habis rosak bhasa daa..)
nk2 next n3 lg.(buat gaya bdk2 mntk coklat..)
Menarik permainan hero ni
ReplyDeleteSaza
Best giler la...lagi...lagi. ..
ReplyDeleteX baca lagi...tpi nk komen siap2..bestnyaaa..hahaha..poyos je...x pe..x bca lg pon dh thu mmg best
ReplyDeleteHadoi... Ian ni... buat keja gila pulak dah... tapi bagus pulak sebab dia tu...
ReplyDeleteBest !
ReplyDeleteOk..ada ala2 fairy tales.. keep writing miss writer..
ReplyDeleteYezzz..hero da bertemu ngn cinderella.. bez la kak anjell!
ReplyDeleteBesttt ^_^ nak lagi nak lagi! Haha
ReplyDeleteHi anjell..pagi ni mmg ceria after baca cinderella story..thank you so mucho!!!at 1st i tot this is another cinderella story.tp when u masukkan unsur suspen.when u swap tengku ian n farizzam's identity plot cerita jadi makin menarik..kita bakal tgk mcm mana permainan dunia bila manusia jd hipokrit dan hanya memandang harta dan pangkat.good job anjell!!smoga Allah berikan u kelapangan masa dan idea yg tak putus2 utk teruskan menulis..cant wait for the next entry..kalau bole selang 2 hari up la entry.. ;p
ReplyDeleteLove u to the moon and back..muahh2!! :D
Hi anjell..pagi ni mmg ceria after baca cinderella story..thank you so mucho!!!at 1st i tot this is another cinderella story.tp when u masukkan unsur suspen.when u swap tengku ian n farizzam's identity plot cerita jadi makin menarik..kita bakal tgk mcm mana permainan dunia bila manusia jd hipokrit dan hanya memandang harta dan pangkat.good job anjell!!smoga Allah berikan u kelapangan masa dan idea yg tak putus2 utk teruskan menulis..cant wait for the next entry..kalau bole selang 2 hari up la entry.. ;p
ReplyDeleteLove u to the moon and back..muahh2!! :D
Menarik. Betul kata Ku Zam. Sandiwara dunia.
ReplyDeleteOk next plez..huhu
ReplyDeletebest2......nk lg
ReplyDeletesemakin menarik..... best..nak lagi.
ReplyDeleteSeperti biasa Best.... Best .... Best...
ReplyDeletebest best x sabar nk tunggu next en3 :3
ReplyDeletebest sgttttttttttttt..nk lg
ReplyDeleteBest sgt.. suka sgt cerita ni selepas Suamiku Paling Sweet
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteWah,bestnye,good job kak anjell :) next entry please :D
ReplyDeleteSemakin menarik ~ Arghh , x sbr nk tngu next n3 :3
ReplyDeletearghhh suka suka suka!!!
ReplyDeletePandai Ian nak tgk perangai hipokrit org :-)
x sabar nak baca next entry
Suka sangat-sangat ceta niii!!!!
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteok nextttttttt
ReplyDeleteBest cite ni...nk lg ye anjell syg....
ReplyDeleteBaru 3 episode tapi dah rasa menyampah giler dekat puteri bunian dengan datin mawar berduri tu..
ReplyDeletenasib baik kisah rekaan je, kalau dah lama saya cari mangkuk berdua tu bagi penampar jepun.. Ahahaha, apesal sy pulak yg emo terlebih ni..
DW
Rasa dah boleh agak jln citer dia.. Best
ReplyDeleteBest sngt tentu gempaq bila ian temu cinderella gaduh2 sayang hehe
ReplyDeletebest la anjel.. :)
ReplyDeleteHmmm....menarik...
ReplyDeleteBertukar identiti... pasti seronok...
ReplyDeleteBila ye nak sambung Bab 5 ni dik?
ReplyDeleteBest nya...makin menarik ni
ReplyDeletehuhu... bakal isteri ikut musang berjanggut yer... dpt tarzania la nnt.
ReplyDeletewa... bil nak dinovelkn????
ReplyDeleteSalam... jemput semua review my enovel sblm di hantar kepada editor http://norashaisyasiah.blogspot.my/2015/01/novel-kita-orang-best-friend-lah-sengal.html