Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 26 May 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 8)

BAB 8

“Hai, awak!” Farhan tarik kerusi dan duduk sebelah Nurin. Senyum manis sambil tenung wajah Nurin.

Terkejut Nurin yang tengok. Bila masa mamat ni datang? Terasa semacam aura pelik di sekelilingnya. Bila angkat muka, hmm.. patutlah. Semua tengah berbisik-bisik. Tak kurang juga yang jeling tajam ke arahnya.

“Eh, Farhan. Awak buat apa kat sini?” soal Nurin. Sedikit segan bila mejanya sekarang menjadi tumpuan semua mata. Tak sukanya! Mesti ada yang mengata macam-macam nanti. Hilang je bayang Farhan lepas ni, gerenti macam retis dia kena serbu. Tak percaya, tengoklah!

Ikutkan hati nak je dihalaunya Farhan. Tapi, Nurin tak sampai hati. Farhan senyum lagi.

“Saya macam biasalah. Bila datang sini, mesti nak jumpa encik bos kita tu. Alang-alang datang, saya nak jumpa awak dulu. Dah dua hari tak jumpa, rindulah.” Farhan kenyit mata pula.

Macam-macam bunyi dah keluar dari mulut masing-masing. Nurin tahan rasa. Nak makan siku agaknya si Farhan ni. Cakap macam mereka berdua sekarang ni dalam hutan. Lupa agaknya si Farhan ni yang mereka dalam pejabat.

“Okeylah.. saya taknak kacau awak kerja. Saya pergi dulu. Kita jumpa tengah hari nanti, ya?” kata Farhan lagi sebelum dia bangun.

Nurin tak angguk, tak juga geleng. Hanya mata melihat susuk Farhan yang menjauh. Nurin buat-buat khusyuk tenung kertas A4 putih depan mata walaupun tahu sekarang ni semua mata tengah pandang dia. Malas dia nak ambil tahu.

“Nurin, you rapat dengan Farhan ke?” Nura berminat untuk tahu.

Nurin cari Farhan. Haa.. kan dah cakap. Hilang je bayang Farhan, mesti ada yang sibuk.

“Rapat? Macam tu je la. Kawan,” balas Nurin. Ya.. hakikatnya Farhan je la kawan yang betul-betul dia rasa kawan. Dari mula dia kerja, sampailah dah seminggu berlalu, hanya ada Farhan yang sudi menemaninya dan memberi tunjuk ajar selain Eves.

“Untung you, Nurin. Ramai yang nak kenal dengan Farhan tu. Tapi, you baru seminggu kat sini dah boleh dekat dengan Farhan,” bicara Nura lagi. Ada baur-baur cemburu dalam ayatnya.

Nurin cuma senyum. Yang kau sibuk kenapa? Dengki? Malas Nurin nak balas balik. Dalam hati menghalau Nura balik ke tempat dia. Nak halau depan-depan, kurang ajar sangat pulak nampak. Menyemak je nak ajak orang bergosip. Sebab ni la dia rapat dengan Farhan je. Sebab dia rasa Farhan ikhlas.

“Tapi, you hati-hati, Nurin. Farhan tu lebih kurang macam big boss kita tu je. Kaki perempuan. Paling lama you bertahan dengan dia pun I rasa sebulan kut.”

Weh.. apa kes ni sampai bertahan-bertahan ni? Aku dengan Farhan bukannya ada apa-apa pun. Lantak dia la nak kaki perempuan ke, tangan perempuan ke, kalau badan perempuan sekali pun, apa kaitan dengan aku? Kami cuma kawan. Aku pun tak gila. Kenal seminggu dah terjatuh hati? Huh.. bukan Nurin Areesa namanya!

Nurin senyum lagi. Dalam hati membuku geram. Kalau bukan nak jaga hubungan baik dengan pekerja-pekerja di situ, dah disembur dah si Nura ni. Ramai betul kat sini tak kenal Nurin siapa sebab sekarang ni adalah Nurin versi perempuan melayu limited edition gitu.

“Terima kasih atas nasihat dan pesanan penaja you, Nura. InsyaAllah I akan berhati-hati,” balas Nurin.

     -----------------

Dalam lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Eves datang ke meja Nurin. Senyuman diberikan kepada Nurin.

“Ada apa, Eves?” soal Nurin pelik.

Jarang Eves turun ke tempat dia. Kalau turun mesti kerana titah si malaun tu.

“I nak sampaikan pesanan dari bos.”

Dalam hati Nurin dah mengeluh. Haa.. kan dah cakap. Tak lain dan tak bukan, mesti si Harraz Naufal punya angkara. Nak apa lagi ni?

“Apa dia nak?” soal Nurin. Nak suruh aku buat apa lagi ni? Kipas dia pakai daun pisang ke apa?

Eves cuma senyum.

“I ada berita gembira untuk you.”

Berita gembira? Apa dia? Mamat tu nak ajak aku sign perjanjian Pangkor ke? Nak berdamai? Nurin menunggu Eves menyambung kata.

“Bos pesan dekat I, dia suruh you kemas barang-barang you kat sini and then you boleh pindah naik atas,” kata Eves.

Nurin terdiam sesaat. Ni dia cakap gembira? Naik atas tu maksudnya naik ke tingkat atas ke? Tingkat berapa? Enam belas? Tujuh belas? Atau lapan belas?

“Naik ke mana, Eves?” soal Nurin. Buatnya Harraz tu gila, tak mustahil dicampaknya aku naik rooftop.

“Tingkat lapan belas. Tempat you kat sana dah dikemas. Tinggal you duduk je.”

Lapan belas? Lapan belas tu maksudnya sama aras dengan mamat rimau tu kan? Waa… taknak naik! Tak gembira langsung. Dah aman dah hidup dia di tingkat lima belas ni. Apa lagi agenda Harraz ni?

Eh, kejap! Nurin baru ingat satu benda.

“Bila dia suruh saya naik, dia takkan suruh saya turun balik kan?” Nurin inginkan kepastian.

Tak mustahil Harraz suruh dia turun balik. Macam kes buka staple lepas tu staplekan balik hari tu. Sampai hari ni tak boleh lupa. Kerja paling bodoh yang pernah dia lakukan seumur hidup. Kalau betul Harraz suruh dia turun balik, memang tak tengok bumi la mamat tu besok!

Eves cuma ketawa mendengar kata-kata Nurin.

“Takdelah. Takkan la bos nak buat macam tu pulak. Macam budak-budak je.”

Huh! Dia tak tahu yang bos dia tu, yang lebih budak-budak lagi dia dah buat.

“I rasa ni petanda bagus, Nurin. I  rasa bos dah mula terbuka hati nak terima you sebagai salah satu arkitek syarikat ni,” sambung Eves lagi.

Nurin diam lagi. Ya ke? Macam musykil je?

    ----------------

Nurin letak barang-barangnya di atas satu meja. Kemudian lepas nafas panjang-panjang. Penat betul mengangkut kotak sederhana besar tu naik atas. Nasib baik dia baru kerja. Jadi takdelah banyak sangat barangnya.

Hye, Nurin. I’m Eric. Nice to meet you. We’re teammate now.” Nurin ditegur oleh Eric. Bersama Eric, masih ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang dia tak sempat nak kenal sebelum ni.

“Ni Eddie, ni Ash dan ni Elfira.” Eric memperkenalkan kawan-kawannya kepada Nurin.

Nurin senyum lagi seraya mata memandang pemilik-pemilik nama itu. Saat terpandangkan Elfira, senyuman Nurin agak berubah sedikit. Kemudian dimaniskan balik wajah. Sempat ditangkap riak Elfira turut sama tak senang dengan kewujudan Nurin.

“Hai.. sila beri tunjuk ajar.” Nurin berbudi.

“I dengar bos tak suka you. Betul ke?” sempat Ash bertanya.

Nurin senyum pahit. Tak payah nak dijaja cerita menyakitkan hati. Baik diam. Diam-diam pun, orang tahu juga.

Don’t worry. Bos memang macam tu. Kalau you nak diterima di sini, baik you ikut apa yang bos nak. Macam El. Dulu bos tak suka. Sekarang bos sayang. Kan, El?” tambah Ash lagi.

Muka Elfira dah tak senang duduk.

“Huh.. malas nak cakap. Baik I sambung kerja.” Kemudian Elfira berlalu. Jalan penuh gaya dengan stiletto merah setinggi jari kelingkingnya. Dengan skirt pendek separas lutut dan dengan bangga menayang mahkota emas celupnya.

Nak aku jadi macam tu? Sampai kiamat pun takkan jadi la. Nurin geleng-geleng kepala. Kesal.

Nurin akan buktikan. Tanpa menjadi apa yang diinginkan Harraz, dia mampu menjadi yang terbaik. Dia akan cuba! Dan dia yakin Allah akan bersamanya.

    -------------

“Nurin!” Panggilan itu buatkan Nurin berhenti melangkah. Nak ke tandas pun tak jadi. Nurin berpusing.

Nampak Elfira berjalan ke arahnya. Elfira? Nak apa?

“Ada apa, El?” soal Nurin.

“Kau ingat aku, kan?” soal Elfira.

Nurin tengok Elfira dari atas sampai bawah. Kemudian senyum sinis. Geleng kepala lagi. Ke mana pergi baju kurung kau, El? Mana hijab kau? Terhantuk ke tiang ke apa kepala minah ni sampai-sampai boleh berubah 360 darjah macam ni?

“Tak.. aku tak ingat kau. Aku tak pernah kenal orang nama Elfira ke, El ke. El yang aku kenal cuma L Infinite kumpulan k-pop tu je,” balas Nurin. Entah apa-apa. Main hentam apa yang ada dalam kepala je. Kumpulan k-pop pun boleh, Nurin.

“Baguslah. Kalau kau ingat pun, aku nak kat sini kau buat-buat tak kenal aku.”

“Kenapa? Takut?” ejek Nurin.

“Sebab aku taknak ada apa-apa hubungan dengan kau. Sebab bos tak suka kau.”

Lagi-lagi sebab Harraz. Makin tak suka Nurin dengan Harraz.

“Sebab Harraz, kau buka semua? Kau dah tak takut dosa ke?” Nurin kesal lagi. Lagi kesal sebab Elfira pada satu ketika dahulu sangat pentingkan aurat boleh berubah hati seperti itu. Nipisnya iman seorang manusia. Astaghfirullahalazim!

“Ya.. sebab Harraz. Aku taknak sebab kau pula, dia jadi tak suka aku balik.”

Sesat dah jiwa budak ni! Nurin sedih sendiri. Besarnya dosa kau, Harraz. Sebab kau, ada orang memilih untuk lupakan Allah.

“Kau jangan risau. Aku takkan cakap aku kenal kau. Cuma satu je nasihat aku. Jangan sebab lelaki, kau sanggup lupakan Allah. Esok lusa, dia belum tentu lagi suka kau. Masa tu, kau jangan menangis pulak. Bertaubatlah, El.”

“Kau ingat aku tak tahu agama? Satu hari nanti, aku bertaubatlah. Tak payah nak ceramah bagai. Aku rasa aku yang kena berpesan dengan kau. Kalau kau rasa kau taknak jadi macam aku, baik kau berhenti dari syarikat ni. Sebab kau tak kenal Harraz. Bila dia tak suka, macam-macam dia buat. Sampai kau akan ikut juga kata-kata dia nanti. Jangan salahkan aku kalau-kalau satu hari nanti kau serahkan tubuh kau pada dia.”

Habis Elfira berkata-kata, dia berlalu pergi. Nurin mengucap dalam hati. Tak percaya dengan kata-kata terakhir Elfira. Adakah itu bermaksud mereka dah….

Astaghfirullahalazim! Nurin beristighfar.

Semua tak kena dalam syarikat ni. Sesat. Gelap. Masihkah Allah melindungi syarikat ini? Nurin jadi takut sendiri andaikata suatu hari nanti sesuatu terjadi kepada syarikat ini. Ikutkan hati, dia nak betulkan segala-galanya. Tapi, apalah kuasanya? Dalam syarikat ini, dia bersendirian. Tiada orang bersamanya. Masih mampukah dia?

   ---------

Nurin tenung Harraz yang sibuk meneliti sesuatu dalam macbook Applenya itu. Entah apa yang ditenung pun, Nurin tak tahu. Senyap lagi antara mereka. Hanya bunyi aircond yang kedengaran.

Haish.. apa motif Harraz panggil dia? Kalau setakat nak jadi mak pacak lepas tu pandang muka handsome dia tu, baik cakap awal-awal. Mesti dibawa dah popcorn tak pun air coca-cola supaya dia boleh puas tenung muka kacak Harraz sampai subuh besok.

Wajah Harraz diteliti lagi. Memanglah kacak. Kening tebal. Mata pula, boleh cair tengok. Hidung mancung. Bibir merah. Tapi, alangkah indahnya kalau peribadi dan agamanya pun cantik. Pasti tiada cacat celanya.

Teringat balik kata-kata Elfira tadi. Nurin mengeluh tanpa sedar. Keluhan itulah yang buatkan Harraz angkat muka.

“Aku panggil kau masuk ni, bukan nak suruh kau mengeluh.” Suara Harraz buatkan Nurin bangkit ke alam nyata. Dia pandang Harraz.

Dah tahu panggil aku bukan nak suruh aku mengeluh, kenapa tak cakap-cakap lagi? Bolehlah aku blah cepat-cepat dari tempat ni. Nak tunggu aku belai ala-ala dayang layan maharaja atau suap anggur ke mulut dia dulu ke baru nak cakap?

“Ada apa Encik Harraz nak jumpa saya?”

“Kau tahukan semua orang sekarang ni tengah kejar due date projek kat Setiawangsa, kan?”

Nurin angguk. Encik Yaziz ada cakap tadi. Tapi, disebabkan dia masih baru, tak semua maklumat diberitahu.

So, peranan kau dalam kes ni adalah tolong Eric. Dia ada banyak kerja. Yang mana kau rasa kau boleh buat, kau buat. Faham?” Harraz beri arahan.

Itulah alasan kenapa Harraz panggil Nurin berpindah tempat kerja. Projek Setiawangsa sangat penting. Dia nak kurangkan beban semua orang yang terlibat dalam projek itu. Memang Nurin je la calon yang terbayang dalam kepala dia sebab senang dia nak suruh Nurin macam-macam.

Tolong Eric tu, maksudnya terpaksa bersemuka hari-hari dengan Elfira ke? Huh! Tak sukanya. Yang tak suka tu la yang selalu dapat. Tapi, Nurin tak berani nak beri komen memandangkan ni tugas rasmi pertamanya.

Any doubts?” Harraz angkat kening pandang Nurin.

Nurin turut pandang Harraz. Sebab mamat ni la, aku dah tak tahu nak bersemuka macam mana dengan Elfira. Haish! Apa yang dicakap Elfira kembali terngiang-ngiang. Nak-nak lagi part yang paling last sebelum minah tu angkat kaki tadi.

Semuanya sebab Harraz la! Nurin rasa macam nak siat je daging Harraz kalau boleh.

“Aku tanya, kau ada soalan tak?” Harraz kuatkan suara.

 “No questions.” Nurin menjawab.

 “Yang kau tenung aku macam tu kenapa? Aku handsome sangat ke hari ni?” Nurin tengok dia sekarang ni macam nak dilenyek-lenyeknya jadi lepat pisang.

Nurin cuma senyum. Agak sinis. Aku tenung kau sebab kau handsome? Waklu.. dalam mimpi la! Memang kau handsome, tapi tak bermaksud aku tengok kau sebab kau handsome. Oo.. ada cita-cita nak dengar aku cakap dia handsome nampaknya. Okey..

“A’aa.. encik handsomeee sangat hari ni. Sebab tu tak puas mata saya tengok.” Hah! Ambik kau! Kau tak kenal habis Nurin Areesa lagilah, Harraz!

Puas hati Nurin tengok muka Harraz yang agak terkejut. Mesti tak sangka Nurin berani cakap macam tu. Tu baru dia cakap macam tu. Nasib baik tak kenyit mata. Kalau dia kenyit mata, mahu cardiac arrest Harraz. Tapi, itulah. Yang kena buat CPR dia juga nanti sebab cuma dia dan Harraz dalam bilik tu.

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Nurin minta izin. Sempat hadiahkan senyuman paling manis pada Harraz. Dengan niat nak menyindir sebenarnya.

Harraz melihat Nurin keluar. Gila budak tu! Tak sangka Nurin akan buat macam tu. Tindakan gila Nurin kadang-kadang buatkan dada Harraz rasa berdebar. Haish.. itu baru namanya gila!

23 comments:

  1. hehehhe.... nk lg n3 bru... ap la yg akn jd lpas nie... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Tq anjell yg baik hati... muah

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya habis la harraz kalau nurin buat keje lagi gila haha gila bayang kau..... bestt gud job anjel 👍👏💞

    ReplyDelete
  4. Lawak betullah nurin...hehhehe..bikin harraz lg pusing;)

    ReplyDelete
  5. mamahadifhafiy26 May 2014 at 07:20

    Rindu sungguh ! sy tau awk bz.. dlm kesibukkan sempat jua up kan n3 baru.. thanks a lot.

    ReplyDelete
  6. Baru jumpa buku dgn ruas...seronok2.
    Tq anjel.

    ~k.min~

    ReplyDelete
  7. tuh beru jer bedebar harraz...nk rase lak jantung mu jatuh tergolek golek...bila diri mu nan encom di reject tampa di adili olih si nurin..mase tuh siang ngan malam kot2 mu dh tk perasan....hehe...caya lh nurinnnnn....

    ReplyDelete
  8. He he... Best best.. Jgn lme sgt tau update entry bru.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Best..best..nyampah dengan elisa tu..harraz dok pandang dia pun..gud job nurin kasi jantung hararaz tu jatuh bergolek-golek..harap dapat ke versi cetak yep..

    Eila

    ReplyDelete
  10. ap ingat nurin x boleh buat ke?

    ReplyDelete
  11. Buku bertemu ruas. Ekekeke

    ReplyDelete
  12. Wahhh... Best!! Thanks sis anjell :)
    Didn't expect to get the new entry this soon... Hehe...

    *Kira soon laa kan, sebab sebelum ni ada yg lagi lama tggu ;) Dan penantian yg sgt berbaloi... *

    ReplyDelete
  13. nurin memang tak makan saman.. kan harraz dah gelabah.. haha

    ReplyDelete
  14. Ha..ha..ha..baru padan dengan harraz..selama ini dia ingat semua staff suka kat dia....anjel, next entry please...kak fadz tunggguuuuu....

    ReplyDelete
  15. kan dh kena 'Kuch Kuch Ta Hai" Harraz tue...hahaha...

    -syadysl-

    ReplyDelete
    Replies
    1. U tlupe ltk "Ho" la.. Haha

      Ies@-ro¢k

      Delete
  16. Bagus nurin..kalau si haraz tu bg satu..balas dgn dua atau tiga..biar dia reti diam..papepn thanks anjell..ai mmg layan sume cite u..infact dah ada koleksi novel u...suka cara penulisan u..dlm serius ada humor n sedih..cukup perasa gitu..terbaik ah..

    ReplyDelete
  17. Nak lagi. Tak sabar nak tengok ripe harraz kena dgn nurin....suka perkataan "waklu"....sempoi...

    ReplyDelete
  18. Best sgt..suke watak nurin yg slambe...

    ReplyDelete
  19. Nk lagi....makin mnrk la plk..nk harraz....nurin cool je..hehehe

    ReplyDelete
  20. Dah diterbitkan ke ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )