BAB
21
Ketukan
pada pintu bilik tidurnya itu betul-betul membuatkan Tengku Ian panas hati. Tak
lain tak bukan, mestilah kerja si Luke. Apa dia nak ni? Pagi-pagi lagi dah
kacau hidup orang!
“Ku
Zam!” laung Luke lagi. Boleh tercabut anak tekak kalau memanggil anak raja
sorang ni.
“Hish,
bising betullah Luke ni!” bebel Tengku Ian. Dengan mata yang separuh terbuka,
tangannya menggapai-gapai telefon pintarnya di sebelah. Pukul sepuluh pagi.
Tengku
Ian terus bangun. Pencemaran bunyi betul! Malas-malas kaki melangkah ke arah
pintu. Luas-luas pintu bilik dikuak.
“Nak
apa?” Serak-serak basah suara Tengku Ian menegur. Pagi-pagi dah garang.
Nampak
Luke berdiri di depannya. Segak berjeans dan berbaju t-shirt biru. Wangi. Nak
ke mana mamat ni? Pagi-pagi dah melaram.
“Kau
nak pergi mana ni?” Tengku Ian pelik. Dah tak garang macam tadi.
Luke
sengih takut-takut.
“Bukan
nak pergi mana, Ku Zam. Baru balik dari mana ni? Tu baru soalan betul.”
Lagi
Tengku Ian pelik.
“Dari
mana?” Berkerut kening melihat Luke di depannya. Macam baru lepas buat jenayah
besar.
“Dari
airport, Ku Zam.”
“Airport? Buat apa?”
“Long time no see, son!” Belum sempat
Luke menjawab, Tengku Ian mendengar suara itu. Terus pandang belakang Luke.
Bulat
mata Tengku Ian sebab tak percaya. Biar betul ayahnya di depan mata. Dipejam
celikkan mata beberapa kali. Mimpi ke?
“Ayah?”
“Ya,
Ian! Kalau segak bergaya macam ni, mestilah ayah,” jawab Tengku Ismadi sebelum
ketawa. Lega bertemu dengan anak tunggalnya itu.
“Ayah!”
Suara Tengku Ian bertukar ceria. Gembira semestinya bila ayah yang dirinduinya ada
di depan mata.
Tengku
Ian bersalam dengan ayahnya itu sebelum mereka berpelukan. Melepaskan rindu
masing-masing.
“Mana
bonda?”
“Bonda
kena tinggal.”
Tengku
Ian ketawa. Pagi-pagi dah buat kelakar ayahnya ni. Bonda kena tinggal. Haha.
“Takdelah.
Bonda tak ikut. Ayah datang sini kejap je. Atas urusan business. Dalam empat hari. Lepas tu kena balik balik,” cerita
Tengku Ismadi serba-sedikit.
“Urusan?
Urusan apa?” Tengku Ian pelik. Kenapa dia tak tahu apa-apa ni?
“Eh,
kamu tak tahu apa-apa ke?” Giliran Tengku Ismadi pula yang pelik.
“Kamu
tak cakap ke, Luke?” Luke pula ditanya.
Kedua-dua
lelaki itu menoleh ke arah Luke. Sekali lagi Luke sengih takut-takut. Seramnya
pandangan yang sebelah kanan tu! Matilah dia lepas ni.
“I
baru nak cakap la ni, Ku Is.”
---------------
“Perasmian
the heck, Luke?” Kuat suara Tengku
Ian. Boleh bergema banglo besar itu.
“Kenapa
kau tak cakap awal-awal?” Tengku Ian mengawal suaranya. Takut ayahnya yang
sedang berehat di dalam bilik terdengar. Jauh-jauh dia seret si Luke ni sebab
dia tahu memang dia bakal mengamuk dengan Luke.
Mengikut
kata Luke, kedatangan ayahnya kali ini adalah untuk merasmikan satu projek
besar di Malaysia. Itu dia tak kisah sangat. Pada masa yang sama ayahnya mahu menyerahkan
syarikat di Malaysia ini secara rasmi kepadanya semasa perasmian tu nanti. Itu
yang dia kisahkan. Masalah besar tu! Habislah nanti.
“Sorry, Ku Zam! I baru buka e-mel dari Ku
Is subuh tadi.” Luke minta maaf.
Huru-hara
hidupnya awal pagi tadi. Lepas je solat subuh, dia buka emel syarikat macam
biasa. Bagai nak gila dia bersiap lepas terbaca waktu ketibaan penerbangan
Tengku Ismadi. Sibuk berkejar nak menjemput Tengku Ismadi, manalah sempat nak
bagitahu Tengku Ian.
“Subuh
tadi baru kau bukak tapi pagi ni ayah dah sampai. Kenapa kau tak bukak
awal-awal?” Tengku Ian marah lagi.
“Tapi
Ku Is hantar e-mel tu baru semalam,” jawab Luke lagi.
Tengku
Ian mendengus geram. Ayah ni pun satu. Bukan nak cakap awal-awal. Nak datang,
main datang je. Bukannya nak ambil tahu orang dah baca ke belum. Kalau Luke tak
baca emel tu tadi, macam mana? Menunggu la jawabnya di KLIA tu.
“Macam
Ku Zam la. Bila buat keputusan, bukannya nak tanya orang.”
“Kau
cakap apa?” Mencerun mata Tengku Ian ke arah Luke. Nak kena budak tak sayang
mulut ni!
Tersengih-sengih
Luke bila sedar ketelanjuran kata-katanya. Tapi memang betul pun. Ayah borek,
anak rintik! Perangai dua beranak tu memang saling tak tumpah.
“Apa
aku nak buat ni?” Soalan itu Tengku Ian sendiri tak tahu nak ajukan kepada siapa.
Diri sendiri atau Luke?
“I
rasakan, dah tiba masanya Ku Zam jadi Ku Zam yang sebenar,” komen Luke.
Tengku
Ian diam. Dia pun rasa benda yang sama. Habislah kali ni. Grenti pecah
semuanya. Dia bukan apa. Bila semua datang mengejut macam ni, dia jadi tak
bersedia. Dia tahu suatu hari nanti semuanya akan terburai, tapi kenapa kena di
khalayak umum?
-------------
“Zam..
matilah aku!”
Apa
kena dengan mamat ni? Datang rumah orang terus cakap pasal mati. Farizzam
pelik.
“Kenapa
kau ni? Ada masalah ke?” soal Farizzam balik. Sedia mendengar sebarang masalah
abang angkatnya itu.
“Ayah
datang.”
“Eh,
ya ke? Rindunya aku dengan ayah.” Farizzam teruja.
“Ya,
kau gembira. Aku tahu. Tapi, Zam, matilah aku kalau ayah tahu apa aku buat.”
Buat masa sekarang, rahsianya masih selamat lagi. Tapi bila-bila masa boleh
pecah. Macam bom jangka.
“Kenapa?”
“Malam
lusa ada perasmian projek di Hotel Ritz-Carlton. Kau fahamkan maksud aku?
Maksudnya aku ni kena berdiri sebelah dia sebagai anak dia. Dia nak perkenalkan
aku sebagai peneraju baru syarikat di Malaysia ni. Kau pun tahu kan semua orang
kenal kau sebagai Ku Zam, bukan aku.
Mesti ayah marah aku nanti.”
“Kenapa
pulak nak marah? Just cakap je la
depan khalayak umum, kau tu Ku Zam. Maaf sebab menipu selama ini. Habis.”
Senang Farizzam berbicara.
“Bukan
tu maksud aku. Maksud aku, ayah aku mesti marah sebab dah libatkan kau. Kaukan
tahu ayah memang pantang kalau aku huru-harakan hidup kau.”
Farizzam
ketawa. Entah kenapa dia rasa kelakar dengan ayat Tengku Ian yang terakhir.
Huru-harakan hidup dia? Memang pun kerja mamat tu sejak dari hari pertama dia
datang Malaysia ni adalah huru-harakan hidup dia. Tapi dia tak pernah nak
kisah.
“Bagus
juga ayah datang. Tak payahlah aku jadi Ku Zam lagi, kan? Tak payahlah aku nak
pergi pejabat tu, berlagak macam kau tapi sepatah haram aku tak faham. Kalau
takde Luke, memang menjunam jatuh syarikat kau tu.”
Farizzam
geleng kepala. Sebulan. Dah sebulan dia duduk di kerusi gah milik Tengku Ian.
Bila dia tengah bercuti, dia temankan Ian ke pejabat sebagai Ku Zam. Hanya bila
dia cuti baru Encik CEO tu nak tunjuk muka. Tapi tu pun sekejap-sekejap. Hanya
bila ada hal penting yang memerlukan kehadirannya. Selebihnya Luke yang ambil
alih.
Tak
faham betul dengan kepala Tengku Ian ni. Apa yang dia nak sebenarnya? Seronok
sangat agaknya hidup jadi orang lain ni. Seronok jadi pemerhati? Seronok
komplekskan hidup sendiri dan hidup orang lain?
“Ayah
ni pun, tersalah makan apa entah sampaikan boleh terfikir nak buat semua ni.
Aku tak kisahlah kalau dia tak officially
bagi syarikat tu kat aku,” bebel Tengku Ian.
“Bagus
jugak ayah buat macam tu. Takdelah ofis tu macam ber-CEOkan hantu. Status CEO
diragui. Aku rasa dah tiba masanya kau jadi diri kau yang sebenar, Ian. Balik
kepada asal, siapa Ku Zam yang sebenarnya.” Farizzam berkata seperti Luke.
“Aku
memang nak dedahkan semuanya. Tapi bukan
depan ayah. Tapi, sekarang ni memang tak dapat dielakkan. Memang kenalah aku
dengan ayah lepas ni.” Tengku Ian dah boleh ramal masa depan.
Alahai..
kenapalah ayah datang pada masa yang sangat-sangat tak tepat? Sekarang ni hanya
mampu berdoa semoga ayahnya tak tahu sehingga majlis tu nanti.
Sekurang-kurangnya dia sendiri akan mendedahkan dirinya yang sebenar.
----------
“Explain this, Ian!” Tegas suara Tengku
Ismadi di tengah-tengah ruang tamu banglo besar itu.
Tengku
Ian garu kepala. Entah kali ke berapa. Cukup sepuluh kali, boleh hilang kulit
kepala dia. Adoi.. kan dah cakap! Kalau ayah tahu, memang kenalah dia.
Sebenarnya
dah boleh agak hari ni ayahnya akan tahu semuanya. Bila ayahnya mengajak dia
berjumpa dengan Datuk Azizan untuk membincangkan tentang usaha sama antara
mereka, Tengku Ian dah tahu dia bakal berdepan dengan hukuman nanti.
“Hai,
Ku Is! Eh, Ian pun ada sekali? Mana Ku Zam?” sapa Datuk Azizan ketika mereka
berjumpa tadi.
Dan
dia pulak rasa macam dahi lepas kena lastik. Taknak pandang sebelah sebab dah
rasa aura ayahnya yang dah jeling dia tajam-tajam.
“Ku
Zam dan Ian, ya?”
Dan
hanya mampu telan liur lepas dengar suara itu. Kemudian senyum manis, buat-buat
tak tahu.
“Hari
ni biar Ian yang temankan I. Biarkan Zam berehat.”
And fortunately, ayah played the
game too! Kalau tak, depan Datuk Azizan kau kena berus, Ian!
“Apa yang Ian dah buat sepanjang tiga bulan
kat Malaysia ni? Kenapa ada Ian, ada Ku Zam? Oo.. patutlah beria-ia suruh
batalkan sesi pengalihan kuasa tu. Dah buat masalah rupanya.”
Tengku
Ian kembali ke alam nyata. Nampak muka ayahnya yang serius di depan mata. Sekarang
ni, tibalah masa untuk dia jelaskan segala-galanya.
“Zam
dah pura-pura jadi Ian, ayah. Ian yang suruh.” Tengku Ian menjelaskan.
“Tapi
kenapa?” Ayahnya tak faham.
Adoi..
Tengku Ian pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Apa alasan dia? Sebenarnya
semua idea ni muncul selepas secara tak sengaja menjadi saksi layanan ibu tiri
Medina pada Medina. Gara-gara mahu tahu hidup Medina yang sebenar, dia harus
mendekati Medina sebagai orang lain. Dia dapat rasakan akan ada jurang yang
memisahkan kalau dia muncul dengan status ‘Ku Zam’ nya.
“Susahlah
Ian nak cakap, ayah. Macam mana ya?” Tengku Ian masih tak jumpa ayat nak mula.
Susah.
“Hish,
budak ni! Lain yang ayah suruh, lain yang dia buat.” Tengku Ismadi membebel.
“Mana
ada. Ian buat apa yang ayah suruh. Dengan menjadi Ku Zam, pada masa yang sama
Ian dapat rapatkan Izzam dengan uncle
Azizan,” jawab Tengku Ian. Memang itu pun salah satu daripada rancangannya
untuk merapatkan hubungan di antara mereka.
“So, berjaya ke?” soal Tengku Ismadi.
Berminat.
“Mestilah
berjaya. Inikan anak ayah. Mereka rapat sekarang ni. Dah macam minat nak
jadikan si Zam tu menantu pun ada.”
“Kamu
ni gila ke apa? Yang tu la yang ayah takut. Takkanlah nak kahwinkan si Izzam tu
dengan adik kandung dia?” Tengku Ismadi naik angin.
“Rileks
la, ayah. Ian tahu la pasal tu. Yang berkenan kat Izzam tu anak tiri uncle, bukan Medina. Ian buat semua ni
sebab Medina, ayah. Ian nak cuba dekat dengan dia. Ian tak boleh nak dekat
dengan dia kalau Ian adalah Ku Zam,” cerita Tengku Ian.
Kalau
dia Ku Zam, semua akan berbuat baik padanya. Semua layan dia macam putera raja.
Macam apa yang orang layan Farizzam ketika ini. Dan semestinya Puteri akan
kejar dia. Rimas dia nanti. Farizzam je yang mampu melayan spesis macam tu.
Kalau
dia jadi Ku Zam, susahlah dia nanti nak rapat dengan Medina. Ingat senang ke
nak rapat dengan Medina macam sekarang. Kena terseliuh kaki dulu baru Medina nampak
keikhlasannya nak berkawan.
“Sebab
Medina?” Suara Tengku Ismadi berbaur curiga. Tampang anaknya itu dipandang
sekilas. Lain macam dah anak aku ni!
“Tell me, Ian. Do you like Medina?”
selidik Tengku Ismadi.
Erk..
rasa macam esophagus kena gumpal. Hilang kata-kata. Cuma mampu ukir sengih.
Kalau dia mengaku, apa reaksi ayahnya nanti?
“Kalau
ya?” Kerana dia sangat rapat dengan ayahnya, Tengku Ian tidak malu untuk
mengaku. Ya.. dia memang sukakan Medina. Sejak bila? Dia sendiri tak perasan.
Makin hari, makin kuat.
“Kalau
ya, then take a good care of her.
Jangan main-main dengan anak dara orang. Ajak kahwin terus. Ayah okey je.”
Hulamak..
bapak aku memang sporting! Tengku Ian
sengih lagi. Ajak kahwin? Baru tiga bulan dah nak ajak kahwin? Ngeri tu! Dia
sendiri belum terfikir sejauh itu. Lagipun, Medina bukannya tahu. Medina cuma
menganggapnya sahabat. Takpelah.. masih terlalu awal lagi.
“Kamu
ni macam-macam la, Ian. Yang ayah marah, kenapa libatkan Izzam tu? Dia tu baik.
Kamu suruh apa je, mesti dia ikut sebab Izzam tu patuh budaknya. Sengaja kamu
ambil kesempatan dekat dia, kan?”
Tengku
Ian sengih. Kan dah cakap. Ayah marah beria-ia ni bukan apa. Mesti sebab dia
dah kacau hidup Farizzam, libatkan Farizzam dalam hal ni. Sayang betul ayah
dengan Izzam. Dengki aku!
“Sorry, okay. I’ll fix everything. Zam
tak salah. Ian akan pastikan semua takkan salahkan Zam. Ian akan
bertanggungjawab sepenuhnya.” Tengku Ian menjawab. Berani dan penuh yakin.
Lelaki sejati.. berani buat, berani tanggung!
“That’s good. Tak baik hidup menipu orang
ni. Sebelum melarat-larat hal ni, baik berterus-terang. Minta maaf dengan semua
orang. Entah apa orang akan cakap lepas tahu benda ni. Memalukan ayah betul.
Anak siapa la ni?” bebel Tengku Ismadi.
Tengku
Ismadi hanya geleng kepala beberapa kali. Kalau tak buat masalah, bukan Tengku
Ian Uzzam namanya. Macam manalah anak bujang dia ni boleh terlebih cerdik
fikirkan semua ni? Bukan seorang dua yang dia tipu. Semua percayakan dia. Kalau
Tengku Ismadi tak pulang ke Malaysia, agaknya sampai ke sudah Farizzam terbeban
dengan lakonan ciptaan anaknya itu.
Tengku
Ian pula cuma mampu mengeluh. Hai.. selamat datang, Ku Zam! Hilanglah semua
ketenangan kau lepas ni. Dah bersedia nak dihujani dengan macam-macam persepsi
manusia?
-------------
“Ada
apa nak jumpa ni?” Medina bertanya kepada Tengku Ian yang baru duduk di tepinya.
Tengah hari tadi, dia mendapat mesej daripada Tengku Ian. Lelaki itu mahu
berjumpanya di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya pada waktu petang.
“Rindu.”
“Kalau
rindu, ubatnya, sneakers kat dahi.
Pernah dengar tak?” Dia tak berjalan penat-penat ke taman rekreasi ni
semata-mata nak dengar Tengku Ian ni mengarut.
Tengku
Ian ketawa. Nak bergurau pun tak boleh Medina ni. Sebulan tak jumpa, masih tak
berubah-ubah. Macam yang dia kata, dia memang rindukan gadis itu. Sungguh.
Macam manalah nak buat Medina percaya yang dia betul-betul rindukan gadis itu?
“Saya
nak bagi sesuatu kat awak,” kata Tengku Ian. Satu beg kertas diserahkan
kepada Medina.
“Apa
ni?”
“Satu
perisa cinta.” Kemudian Tengku Ian ketawa.
“Cakaplah
betul-betul.” Ya Allah.. boleh sakit jiwa aku bercakap dengan mamat ni!
“Hadiah.
Bukalah.”
“Sempena
apa?” Medina pelik. Tiba-tiba dapat hadiah.
“Sempena
hari ke seratus persahabatan kita.”
Hah?
Ya ke? Medina blur.
Tengku
Ian ketawa.
“Mana
adalah. Dah.. tak payah kira. Saya cuma nak bagi hadiah.” Tengku Ian macam
tahu-tahu Medina sedang mengira dalam kepala.
Naik
geram Medina dibuatnya. Ada je akal Tengku Ian nak mengusik dia. Tanpa
mempedulikan Tengku Ian yang masih sengih itu, beg kertas di tangan Medina
dibuka. Ada satu blouse putih, skirt
berwarna biru laut dan juga selendang biru. Lawa.
“Motif?”
Medina tak faham.
“Motifnya,
saya nak awak pakai. Nampak cantik di mata saya. Kalau awak pakai, mesti lagi
cantik,” jawab Tengku Ian.
“Mana
tahu cantik?”
“Because beauty lies in the eyes of the
beholder.” Senyum gula.
“Huh.. flirty!” bidas Medina balik.
Lelaki itu memang hebat berkata-kata.
“Flirting is the gentle art of making a man
feel pleased with himself.” Tengku Ian menjawab sebelum sebelah matanya
dikenyitkan kepada Medina.
Malas
nak layan!
“Dee,
kalau saya lakukan kesalahan pada awak, maafkan saya. Tolong jangan marah
saya,” pinta Tengku Ian.
Pelik.
Kenapa tiba-tiba ni?
“Awak
buat salah apa? Oo.. ni nak rasuah la ni? Taknak bagi orang marah?” Medina
tunjukkan hadiah Tengku Ian.
Tengku
Ian cuma ketawa.
“Awak
datang malam besok?” Soalan lain ditanya. Tak berniat untuk menjawab soalan
Medina tadi.
Tengku
Ian tahu Datuk Azizan turut tersenarai dalam tetamu VIP untuk majlis perasmian
besok. Sebab itu dia tahu Medina mungkin akan datang.
“Hmm.. entah. Rasa macam malas.”
“Saya
harap awak datang. Saya lamar awak untuk datang ke majlis tu.”
“Kenapa?”
“At least you can be my company.”
“Kenapa
tak ajak girlfriend awak?” duga
Medina.
“Kalau
saya ada girlfriend, saya dah tak
ajak awak, Dee..”
Ya
ke? Kurang percaya Medina dengan pengakuan lelaki itu. Mana mungkin lelaki
sekacak lelaki itu tak punya teman istimewa.
“..
Saya cuma nak seseorang temankan saya.” Dan bila saya ajak seseorang tu, pasti
seseorang tu istimewa dalam hati saya.
“But why me?” Medina pelik. Macam takde
kawan lain je mamat ni!
“Because tomorrow, I need you more than anyone.”
Boleh
bikin jantung Medina melompat dengan ayat itu. Terdiam Medina sebentar. Sempat mata
bersabung dengan mata cantik Tengku Ian. Seakan-akan mengharapkan sesuatu
daripadanya. Serba-salah Medina dibuatnya.
“Tak
janji. Sebab besok mungkin saya balik kampus. Lusa saya ada lecture.”
Agak
kecewa Tengku Ian mendengarnya. Jika Medina tak datang besok, bila lagi peluang
untuk dia jelaskan perkara sebenar. Sekurang-kurangnya besok kalau Medina
marahkannya, dia boleh terus beri penjelasan dan minta maaf dengan Medina. Sempat
nak kejar kalau Medina lari.
Kalau
Medina dengar daripada orang lain, mungkin marah Medina akan berganda.
Silap-silap boleh putus kawan. Tak sanggup dia hilang Medina.
“I hope you come. Because I’ll be waiting for you, Medina.”
sweet~~~~~~~
ReplyDeleteALOLO...
ReplyDeleteBerdebar untuk bab seterusnya. Cik Anjell thank you so much sebab update bab baru.
ReplyDeleteAduhaiii...jgn lah medina marah nnti...
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeleteBest . Sweet 😍😍
ReplyDeleteHSC story so far so good. Can't wait for next chapter. Keep up the good writing Anjell. Saya suka semua karya Anjell.
ReplyDeleteWah best nye...sambunglah lagi...plszzz..!!
ReplyDeleteAnjell...... Nak lagi nak lagi , sweet sgt medina dgn Ian
ReplyDeletebest..sweet
ReplyDeletewah best seperti selalu... medina jangan marah Ian.. nak lagi tq....
ReplyDeleteSweetnnya....Dee jgn mengamuk yer Dee.......sian Ian
ReplyDeleteBest as always. 😊
ReplyDeletesweetnya tenku ian,kl saya jadi madina dah cair dah boleh2 meleleh kene masuk kulkas balek :)
ReplyDelete😘
ReplyDeleteseterusnya....
ReplyDeleteWaa..best..sweet..karya anjell mmg trbaeq..
ReplyDeleteHarap Medina lembut hati x mengamuk.. Kesian Tengku Ian nanti
ReplyDeletejgn la putus sahabat.. harap2 diorg still kwn.. sweet nyer Ian~
ReplyDeleteBesttt
ReplyDelete