Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 15)

BAB 15

Akhirnya… akhirnya… Haa.. dah siap pun! Senyuman puas terukir pada bibirnya. Klik! Save dalam pendrive. Segala kerjanya dah siap. Berpuas hati melihat skrin computer di depannya. Tunggu nak diprintkan je esok. Gila.. tebal mengalahkan novel pun ada. Harap-harap la kertas kerjanya tidak ada apa-apa masalah lagi. Yahoo.. bolehlah dia balik agak awal hari ni meskipun memang semua pekerja lain dah pulang semuanya. Oh, katil.. Aku merinduimu.. Dah berapa hari dia tak cukup tidur gara-gara ingin siapkan kertas kerja projek Dubai ni. Tapi, sebelum tu, meja kerjanya perlu dikemas. Biar nampak macam rupa meja sikit. Kertas yang diguna sama banyak dengan kertas yang masuk ke dalam tong sampah. Damia menggeliat kecil. Sengal habis segala tubuh. Gara-gara duduk terlalu lama.

     Sedang Damia mengemas-ngemas mejanya, telefon bimbitnya berbunyi. Rasa nak campak ke bawah meja je telefon bila nama Tengku Aaron yang muncul di skrin. Waa.. dia nak apa ni? Boleh tak sehari je hidup dia ni tenang tanpa lelaki itu? Bahagianya hidup kalau Tengku Aaron tak wujud atas dunia ni. Damia mengeluh. Macam manala nanti lepas kahwin ni? Asyik kumpul dosa kutuk suami jela aku nampaknya. Senang je buka jalan nak ke neraka nanti. Nauzubillah..

     “Hello.. ” sapa Damia lesu. Nak tak nak je suaranya.

     “Kau kat mana??”soal lelaki itu mendatar.

     “Assalamualaikum.” Sempat Damia sindir.

     “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh..” siap dengung wajibal ghunnah juga sabdu dan cukup harakat Tengku Aaron jawab. “Kau masih kat office lagi ke?” soal lelaki itu.

     “Hmm… Kat office lagi…” Damia menggigit bibir bawahnya. Pesalla jujur sangat kau wahai mulut? Lempang bisu jugak kang. Eh.. tak boleh.. tak boleh.. mulut ni asset kalau nak gaduh dengan Tengku Aaron. Perisai penting kalau nak pertahankan diri. Apalah si mamat syndrome ni nak? Mesti nak cari pasal dengan aku ni..

     “Good.. maksudnya, kau takde masalahla kan kalau aku suruh kau datang office aku, kan?”

     Waa… kan dah cakap? Damia betul-betul malas.

     “Saya letihla…”

     “Aku tunggu kau…” tutt.. tut.. tutt..

     Tension!! Damia mencampak telefonnya ke atas meja. Nasib baik tak berkecai je handsetnya. Geram! Arghh.. ada je benda yang Tengku Aaron lakukan untuk sakitkan hatinya. Asyik paksa orang je kerjanya. Tak letih ke? Sabar.. sabar.. layan orang tua macam kena layan budak tiga tahun. Senang-senang je nak paksa orang temankan dia. Ingat dia tu saper? Anak Carlos Slim ke? Ke anak Sultan? Oh lupa.. Berketurunan diraja. Tahulah dia tu berketurunan diraja, tapi setahu aku, aku tak pernah apply nak jadi dayang! Huh! Sebal betullah. Kut nak upah aku seribu ringgit seminit tu boleh dikira ampun lagi.

     Damia menarik handbagnya. Nak tak nak kena jugak pergi.. Kenapa mudah sangat dia berlembut hati kalau Tengku Aaron yang perintah walaupun hatinya mati-mati taknak? Haishh.. satu kemusykilan ni! Damia geleng-geleng kepala.

     “Dia ingat senang nak pergi office dia masa ni? Aku ni dahlah bukan ada kereta sendiri. Nak suruh aku jogging ke office dia ke? Kut nak hantar soyuz kat aku tu lain cerita la..” bebel Damia. Selfish betul. Ingat jarak office mereka dua meter je? Dah berbakul-bakul sumpah-seranah kepada lelaki itu.

     Masa depan lif, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini, nada mesej masuk. Tengku Aaron. Eee.. dia nak apa ni? Aku nak pergilah ni! Tupun nak kena report ke? Yaa.. tuanku, patik nak masuk mengadap la ni! Punat ‘read’ ditekan.

     ‘Ak hntr driver daddy jmput kau..’

     Damia sempat tersengih seorang diri. Berperikemanusiaan jugak manusia itu. Agaknya entah berapa kali tersedak Tengku Aaron kat sana sebab dia asyik mengutuk. Macam tau-tau je aku tengah panas hati pasal ni. Bagus jugak hantar driver. Duit dia pun jimat.
---------
“Cik Damia?”

     Damia angkat muka. Nampak seorang pak cik separuh umur sedang tersenyum kepadanya. Damia membalas senyuman. Saper pulak pak cik ni? macam pernah nampak tapi, kat mana ek?

     “Pak cik ni…”

     “Panggil Pak Mail je.. Tengku Aaron mintak Pak Mail tolong bawa Cik Damia ke pejabat dia,” kata Pak Mail.

     Damia mengangguk. Oo.. mamat tu punya kerja ya? Tak sangka pulak secepat ini driver daddy Tengku Aaron sampai. Mantap! Pengikut Fernando Alonso ke? Damia hanya mengikut langkah Pak Mail ke arah sebuah kereta Mercedez Benz S-class berwarna maroon. Segan pulak dia bila kena layan macam tuan puteri.

     “Tak payah, Pak Mail.. Saya boleh buat sendiri..” tegur Damia bila Pak Mail buka pintu kereta tempat duduk belakang.

     “Dah jadi tugas Pak Mail..”

     “Saya nak duduk depan, boleh?” Damia sengih.

     “Eh, jangan Cik Damia! Nanti apa pulak kata Tengku kalau dia tengok.” Pak Mail cuba membantah. Damia tak peduli. Tengok-tengok punggung dia dah mendarat kat kerusi penumpang hadapan. Dan sudah selamat memakai tali pinggang keledar. Nak tak nak, Pak Mail mengalah.

     “Tak menyusahkan Pak Mail ke datang ambil saya ni?” Damia memulakan perbualan.

     “Dah jadi tugas Pak Mail, Cik Damia.. kalau tak, memang bukan driver la namanya..” ujar Pak Mail sambil ketawa kecil. Damia turut tersengih.

     “Tak yah nak bercik-cik dengan saya, Pak Mail. Saya bukan orang besar pun. Panggil Mia je dah cukup.”

     “Tapi kan Cik…”

     “Mia je..”

     “Tapi kan Mia bakal isteri Tengku.”

     Ala.. lagi-lagi mesti berkaitan dengan beruang kutub tu. Jadi isteri dia je pun. Bukannya jadi penakluk planet Pluto ke hapa! Damia mula tak puas hati. Tapi, nak kutuk Tengku Aaron depan Pak Mail memang mustahilla. Tak pasal-pasal kena turun tepi lebuhraya besar ni.

     “Saya tetap saya, Pak Mail. Sekali pun saya kahwin dengan anak sultan sekali pun, saya tetap saya yang lama..” mendatar Damia menjawab. Pesal la sayu je dengar ayatnya tu?

     “Pak Mail… Aaron ni macam mana orangnya sepanjang Pak Mail kenal dia?” Tiba-tiba Damia rasa ingin tahu sesuatu yang lebih tentang Tengku Aaron. Mengumpat orang tua tu macam best je bunyinya. Hehe..

     “Tengku Aaron macam tu lah orangnya. Macam yang Mia kenal sekarang ni la..”

     “Macam mana tu? Depan saya mungkin perangai dia lain. Depan Pak Mail lain.”

      Betul.. Betul.. Betul.. Sebab kalau perangai Tengku Aaron dengannya, memang baik sikit pada bapak iblis. Apa yang Damia pasti, hanya depan dia je perangai jin Tengku Aaron terserlah.. Apa malang la nasibnya kena buli oleh Tengku Aaron? Kesiannya.. asyik kena buli la nampaknya dia lepas ni. Kena wujudkan undang-undang dalam rumah nampaknya lepas ni.

     “Pak Mail pun jarang dah jumpa dia. Masa tingkatan empat, Tengku kena masuk ke sekolah berasrama penuh swasta. Lepas tu, sambung belajar kat luar negara. Sekarang pulak dah kerja. Tambah-tambah lagi dia dah jaga syarikat. Makin sibuk la sekarang. Pergi kerja pun dia suka pandu sendiri. Tapi, kalau jumpa Pak Mail memang banyak pulak cerita yang nak dikongsi.” Pak Mail tersenyum sendiri. Entah apa kenangan manis dengan Tengku Aaron yang diingatinya.

     “Pak Mail dah kerja lama?”

     “Pak Mail dah kerja dengan keluarga Tan Sri memang sejak Tengku Aaron ngan Tengku Andrean kecik lagi.. Dah anggap macam keluarga sendiri dah.”

     “Tengku Andrean?” soal Damia. Tak pernah dengar pun sebelum ni? Siapa?” muka Pak Mail nampak macam serba salah. Lagilah aku nak tau.

     “Kembar Tengku Aaron.”

     “Kembar?” Damia ternganga. Serius terkejut segala spesis beruk. Betul-betul tak sangka si lanun hutan tu ada kembar. Sorang pun dah menyusahkan makhluk lain di muka Bumi ni, apa lagi ada dua. Kalau perangai dua kali lima dengan Tengku Aaron, memang ranaplah dunia ni. Mintak ampun jangan.

     “A’a.. kembar seiras.”

     Kembar seiras. Jadi dia boleh bayangkan wajah Tengku Andrean walaupun tidak pernah berjumpa. Sah-sahlah kacak maut macam Tengku Aaron! Tapi.. dia masih hairan. Kenapa dia tak pernah jumpa Tengku Andrean? Tak tau pulak dia yang Tengku Aaron ada adik-beradik lain. Yang dia tahu, satu-satunya adik perempuan Tengku Aaron ialah Tengku Amelisa Shah.

     “Tak pernah jumpa pun kembar Aaron.” Damia pelik. Nak tanya ‘ hidup lagi ke Tengku Andrean tu?’ memang kejam yang teramat la.

     “Pasal hal dua orang tu, Pak Mail tak berani nak sebut. Tengku Aaron memang pantang kalau nama Tengku Andrean disebut depannya.”

     Kenapa?? Damia tertanya-tanya.
------------------
Damia menguap lagi. Waaa… bapak boring!! Dia hanya melihat Tengku Aaron yang tekun menghadap laptop di sofa sebelah sana. Senyap sunyi! Kalau dia kentut pun, grenti akan bergema! Damia mengeluh. Nyusahkan hidup dia je. Kalau dia tak datang pun, rasa-rasanya Tengku Aaron tetap boleh hidup. Sengaja nak cari gaduh. Betul dia buat macam aku ni dayang!

     Kenapala Tengku Aaron ni tahap workaholic overboard? Damia pandang jam di tangan. Dah nak dekat pukul 7.00 malam dah. Tak henti-henti lagi. Cuma sekali dia berhenti sebab nak sembahyang Asar. Aaron.. kau tak penat ke? Nak kerja sampai malam pun suka hati kaulah. Asal jangan libatkan aku dah lah.. aku ni pun letih juga. Damia membebel sendiri dalam hati sambil mata memandang sekeliling bilik Tengku Aaron. Betul-betul tiada kerja nak dibuat sampai-sampai Damia sempat kira barapa banyak model kapal terbang Triumph Air yang tersusun cantik atas meja lelaki itu.

     Arghh… tak boleh jadi ni! Damia bangun. Dalam beberapa saat, dia sudah menghilang. Tengku Aaron masih tekun membuat kerja tanpa mempedulikan orang sekeliling. Hanya sedar bila ada sebiji mug diletakkan di hadapannya. Tengku Aaron angkat muka.

     “Kerja kuat sangat pun tak baik untuk kesihatan. Badan pun kena rehat jugak walaupun kejap.” Damia dah mula berceramah.

     Tengku Aaron memandang mug biru itu. Aroma white coffie menusuk hidung. Bagai tak percaya pun ada bila Damia tolong buatkan air untuknya. Musykil dia dengan kebaikan Damia.

     “Pesal tiba-tiba jadi baik ngan aku ni? Kau letak ubat pengasih ke dalam ni?” tuduh Tengku Aaron.

     Damia bengang. Orang buat baik dituduhnya macam-macam. Geram betul! Daripada aku letak ubat pengasih, baik aku taruk racun tikus! Terus Innalillah lepas tu dah tak nyusahkan hidup aku! Ingat aku ni kebulur sangat nak kasih sayang dia? Blahlah..
     "Terserah.. nak minum, minum. Taknak sudah… Orang buat baik pun salah” jawab Damia. Sempat dia membebel kejap. Sedikit sebanyak dia kecil hati juga kalau Tengku Aaron menolak. Penat-penat dia buat. Betul-betul dia ikhlas buatkan air tu. Sebab dia tahu, Tengku Aaron tengah siapkan kerja usaha sama syarikat mereka yang akan bermula dalam masa tak sampai seminggu lagi.


     Tengku Aaron tersenyum medengar kata-kata Damia.

     “Okey.. thanks,” pendek Tengku Aaron jawab. Teruja Damia mendengarnya. Wah.. Tengku Aaron berterima kasih? First time tu.. rugi betul tak rakam kasi masuk album kenangan. Sekali seumur hidup tu!

     Kemudian, keadaan kembali macam tadi. Tengku Aaron khusyuk layan kerjanya. Damia hanya bersandar pada sofa dengan perasaan bosan tahap dewa. Sehingga memaksanya memandang wajah serius Tengku Aaron menyiapkan kerja. Sempat ditenung wajah kacak Tengku Aaron sepuas hati. Dan siap boleh tafsir setiap ekspresi muka lelaki itu bila khusyuk buat kerja. Berkarisma betul. Ciri-ciri pemimpin yang bagus. Sempat pulak Damia puji.

     “Gunalah iPad aku tu. Online facebook ke..”tiba-tiba Tengku Aaron bersuara tapi mata masih menghadap laptop.

     Cakap dengan aku ke? Damia pandang kiri kanan. Kut Tengku Aaron tengah bercakap di telefon. Tapi nampak kedua-dua tangannya ligat menekan keyboard. Kat telinga pun takde pulak Bluetooth.

     “Aku cakap dengan kau la. Ingat aku gila ke cakap sensorang?” kali ini baru Tengku Aaron angkat muka. Bagaikan mengerti apa yang ada dalam kepala Damia.

     “Awak cakap apa tadi? Ipad?” soal Damia balik.

     Tengku Aaron tak menjawab. Sebaliknya dia terus bangun menuju kearah meja kerjanya yang agak bersepah tu dan datang menghampiri Damia dengan iPad putih di tangan. Diberikan kepada Damia.

     “Ni namanya iPad. Kenal tak?” soal Tengku Aaron.

     Damia dah buat muka. Barang bukan main canggih, mestilah aku kenal. Hari-hari tengok iklan. Yang Along hadiahkan aku tu apa kalau bukan iPad? Aku pun adalah satu. Tapi Alia dah kebas. Senget betul! Ingat aku ni kampung sangat ke? Orang kampung lain pun taula apa itu iPad. Apa Tengku Aaron ni memang model Apple ke? Semua barang Apple.

     “Online la.. bukak facebook ke, tweeter ke,” cadang Tengku Aaron sambil meletakkan iPad tu di atas meja di depan Damia. Lepas tu, dia kembali ke tempat asalnya untuk menyambung balik tugasannya. Pelik dia tengok kebaikan Tengku Aaron. Nak je dia cakap, “Pesal tetiba baik dengan saya ni? Jampi ubat guna-guna kat iPad ke?” Tapi.. memandangkan itu mempunyai potensi sebanyak 99 peratus untuk berlakunya perang, dia batalkan.

     Damia memandang iPad Apple tu. Nak ambil taknak? Tapi, memandangkan tahap keboringannya dah mencecah tahap langit ketujuh dah, disambarnya jugak iPad tu. Buat mamat tu bankrupt sekali-sekala apa salahnya, kan? Bukannya selalu Tengku Aaron ni jadi baik. Macam biasa, perkara pertama yang akan dibuat bila online ialah layan facebook. Hehe..

     Khusyuk Damia merenung facebook yang memang dah jadi kegilaan ramai orang tak kira umur. Hobinya memang jadi stalker orang. Nak jugak dia tahu perkembangan kawan-kawannya. Nak cuci mata dalam facebook pun okey jugak. Tiba-tiba dia terpandangkan Tengku Aaron. Apa ek facebook dia? Jangan cakap dia takde dahla.. memang aku berani kerat jari Aaron la kalau menda mustahil ni jadi. Ceh… jari Tengku Aaon jugak yang jadi mangsa. Haha!

     Baru terasa tanduk tumbuh di kepala. He.. he.. Gatal je tangannya menulis nama’ Tengku Aaron’ di ruang ‘search’. Bila tekan, tak jumpa. Adoi.. apa la nick mamat tu? Damia berfikir-fikir sekejap. Sambil-sambil mata pandang Tengku Aaron. Bimbang pula Tengku Aaron tertangkap jenayah ringan dia tu. Barulah kantoi gajah.. Tengku Aaron khusyuk dengan dunianya sendiri. Line clean and clear nampaknya. Damia menyambung ‘kerjanya’. Dia cuba pulak menaip nama penuh Tengku Aaron. Tengku Aaron Shah..

     Banyak pulak result yang keluar. Masa nak buat jahat macam ni la ada je halangan yang datang. Laju jari Damia scroll ke bawah sehinggalah terjumpa satu gambar profile seorang lelaki yang sedang tersenyum manis. Nampak macam candid gambarnya. Dan apa yang lebih penting dari kerjasama ialah, itulah Tengku Aaron yang dicari-carinya. Damia tersenyum puas. Akhirnya.. Berjaya jugak misinya.

     Ooo.. dia dulu study kat Universiti of Manchester rupa-rupanya. Birthday pula 1/7.. Damia makin seronok menjadi stalker. Beralih pula pada friends Tengku Aaron. Mak oii.. dua ribu lebih! Gila betul. Dan yang lebih menarik, boleh dikatakan hampir keseluruhan rakan facebooknya tu adalah perempuan. Perghhh... buaya tahap anugerah emas ni!

     Beralih pula pada gambar-gambar Tengku Aaron. Macam-macam gambar ada. Gambar Tengku Aaron yang memakai seragam pilot Triumph Air sambil berucap mencuri pandangannya. Waa.. kacak betul! Haishh.. Damia! Kenapa boleh terpuji mamat tu ni? Demam ke? Damia pandang lagi gambar tu. Tertanya-tanya kenapa Tengku Aaron memakai pakaian seragam pilot tu. Pernah jadi pilot ke sebelum ni?

     Adoi.. pesal la aku dok serabutkan neuron dalam kepala asyik memikirkan dia ni? Buat habis neurotransmitter aku je la! Baik dia tutup cepat-cepat sebelum Tengku Aaron betul-betul melekat dalam kepalanya. Kalau tak, parah nanti!

     “Kau reti melukis, kan?”

     Ya Allah! Damia terkejut dengan sergahan Tengku Aaron. Nasib baik tak keluar habis buah silat gayung, silat baldi dia tadi. Dan nasib baik juga dia sempat selamatkan iPad Tengku Aaron yang hampir melambung tinggi ke udara. Kalau tak, memang dah jadi arwah la iPad Tengku Aaron tu. Free je makan penampar lelaki tu nanti.

     “Kau reti melukis, kan?” soal Tengku Aaron sekali lagi. Dia memandang wajah Damia sebentar sebelum sambung menyiapkan kerjanya.

     “Hah?? Melukis? Errr..” Damia tergagap-gagap. Takut dia tadi kalau-kalau Tengku Aaron tertangkap apa yang dilakukan tadi. Nasib baik dia sempat log out facebooknya. Saper yang tak terkejut kalau tiba-tiba jenayah yang dibuat hampir-hampir kantoi? Buatnya Tengku Aaron tengah berdiri belakang dia tadi, memang free je tertangkap. Memang dia terjun bangunan la kalau betul terjadi. Malu!

     “Macam mana awak boleh tau?” Damia bertanya pelik. Seakan-akan lupa sesuatu. Melukis memanglah hobinya dan juga satu kelebihannya. Cuma, bakat itu jarang digunakan.

     “Hai.. dulu bukanke kau lukis aku bukan main kacak ke?” sindir Tengku Aaron.

     Tengku Aaron melihat wajah Damia yang terpinga-pinga kejap. Dia geleng kepala dengan sikap Damia. Dia tidak tahu Damia betul-betul tak ingat atau pura-pura tak ingat, apa yang dia pasti, memang Damia pelupa tahap gaban la. Perempuan ni memang nyanyuk la. Jangan nanti dia tak ingat aku ni suami dia dahlah! Sayang betul. Muka cantik, tapi nyanyuk rupa-rupanya. Seronok Tengku Aaron mengutuk dalam hati.

     “Kenapa? Nak saya lukis menda ke?” soal Damia balik. Tak peduli dengan Tengku Aaron yang sengaja menyindirnya tu. Jangan ungkit lagi perkara yang akan buatkan dia rasa dia manusia paling kasihan atas dunia ni. Yang telah mengheretnya ke perkahwinan mereka nanti.

     “Actually.. tu sebab sebenar aku panggil kau ke sini,” kata Tengku Aaron.

     Sabo je la! Rasa nak hempuk kepala Tengku Aaron dengan laptop Apple lelaki tu. Sengal betul! Dah nak dekat sejam aku dah bertapa kat sini, pastu dengan tahap boring tahap infiniti lagi, kenapala sekarang baru dia cakap? Pesal tak tunggu je esok? Tak pun tahun depan ke kalau nak tragis sikit. Bangang betul!

     “Kenapa saya? Saya bukan pelukis?” soal Damia pelik.

     “Kau je yang aku kenal reti melukis, nak buat macam mana?” jawab Tengku Aaron sambil membelek sebuah fail berwarna kelabu tu. Adoyai.. Pehalla dia selalu je jadi satu-satunya sasaran Tengku Aaron bila lelaki tu terdesak? Ingat dia ni kotak First Aid ke yang selalu ada time kecemasan?

     “Nak saya lukis apa?” Damia malas nak berdebat lagi. Rasa air liur dah kering dah ni. Tengku Aaron tersenyum puas.

     “Simple je. Aku nak kau lukis satu pemandangan yang kau rasa cantik. Aku nak letak kat meeting room,” arah Tengku Aaron lagi.

     Lukisan satu permandangan yang cantik? Apehal bunyi macam soalan exam pendidikan Seni Visual zaman dia sekolah dulu? Damia garu-garu kepala yang tak gatal. Nak suruh aku lukis? Lukis guna apa? Air mata? Ke air liur? Tak cakap awal-awal. Bodoh betulla..

     “Kat atas meja aku tu ada kertas lukisan dan barang-barang yang kau boleh guna untuk melukis.” Kedengaran lagi suara Tengku Aaron.

     Tengku Aaron ni pakai ilmu magik ke? Ke pernah ambil subjek psikologi? Selalu je boleh baca apa yang ada dalam kepala dia. Haishh.. bahaya ni!

     Tengku Aaron pandang Damia yang baru bergerak ke meja kerjanya. Hanya memerhatikan lenggok Damia yang mengalihkan barang-barang lukisannya dari meja kerja ke sofa yang didudukinya tadi. Sempat dia tersenyum kejap. Sebenarnya, tu bukanlah alasannya memanggil Damia ke sini. Tak tau kenapa saja je dia nak menguji perempuan itu. Tak sangka pula Damia betul-betul ikut arahannya.
-----
Tengku Aaron tutup laptop. Bila pandang depan, dia nampak Damia dah lena atas sofa berangkai tiga yang bertentangan dengannya. Eh, dah tidur ke? Letih sangat agaknya. Kesian juga dia melihat Damia yang tertidur tu. Jam di tangan ditoleh sekilas. Dah nak dekat pukul lapan. Tengku Aaron merapati sofa kulit berwarna hitam tu. Sempat dijeling lukisan Damia yang dah hampir siap. Hmm.. cantik! Memang berbakat besar.

     “Wei… Wei…,” panggilTengku Aaron. Damia masih tak bergerak. Ee.. boleh tahan liat jugak perempuan ni. karang aku guna tangan, tak pasal-pasal aku pulak yang kena tangan lepas ni! Bukannya dia tak tahu Damia pantang disentuh lelaki bukan muhrim.. pegang tangan pun boleh naik hijau macam Incredible Hulk! Asyik keluar ayat, “Haramlah.. bukan muhrimlah..” Dia memang dah boleh hafal dah. Tapi.. dia sengaja buat bodoh. Usik perempuan ni memang best.

     “Wei.. bangunlah!” Tengku Aaron menguatkan suaranya.

     Damia mula menggeliat kecil. Tak lama lepas tu, dia membuka mata perlahan-lahan. Terus dia duduk dari baringnya bila nampak wajah Tengku Aaron yang begitu dekat dengannya. Allah.. macam mana boleh sampai tertidur ni? Dia cuba menenangkan debaran jantung yang dah macam nak terkeluar tadi.

     “Aku suruh lukis permandangan, bukan lukis peta atas sofa aku ni.”

     Hah? Damia cepat-cepat mengelap bibirnya. Kut-kut air liur basi tumpah seliter atas sofa mahal lelaki tu. Tengku Aaron tersenyum melihat tindakan spontan Damia. Kelakarnya! Rasa macam rusuknya digeletek. Dikawal suara agar tak terletus tawanya.

     Cis! Kurang ajar betul! Dia kenakan aku rupa-rupanya? Sakit hati Damia melihat senyuman Tengku Aaron. Nampak mug di atas meja didepannya. Ni kalau test inelastic collision kat muka orang ni, memang best! Aku test baru tau! Tak pun, kalau betul-betul ada liur basi memang ditonyoh-tonyoh dengan kot mahal lelaki tu! Baru tau.

     “Dah nak dekat pukul lapan dah ni. Kita solat dulu. Lepas tu kita pergi makan.”

     “Saya tak siapkan lagi lukisan yang awak nak ni,” lapor Damia. Mata Tengku Aaron turun pada lukisan atas meja.

     “Kau bawak balik dulu. Nanti, lepas siap, kau hantarla..”
-----
Damia hanya mengikut Tengku Aaron ke mana lelaki itu membawanya. Jam hampir menunjukkan 8.43 malam. Walaupun dia tahu perangai buaya Tengku Aaron, dia sendiri tak tahu kenapa dia tak rasa takut sikit pun kerana mengikut lelaki itu. Entahlah.. mungkin ada sesuatu sikap Tengku Aaron yang tak boleh nak didescribe dengan kata-kata. Yang buatkan dia rasa dia percayakan Tengku Aaron dan berasa selamat dengan lelaki itu.

     Restoran Seri Melayu menjadi pilihan Tengku Aaron. Damia hanya mengikut langkah Tengku Aaron. Rasa letih teramat sangat bercampur dengan rasa lapar. Dia pandang Tengku Aaron yang berdiri di sebelahnya. Segar je nampak wajahnya. Ubat apalah yang dia telan? Tak nampak langsung dia letih. Sharela sikit kat aku ni! Oh lupa.. Buaya darat mana reti letih nak ngorat perempuan. Lagi malam lagi aktif. Kan, Aaron?

     Mata Tengku Aaron melilau mencari tempat kosong. Agak ramai pulak malam ni. Bila terpandang satu meja, Tengku Aaron tersentap. Segala rasa bermain dalam hatinya.

     “Hey.. apa pegang-pegang ni? Haramlah..” Damia terkejut bila Tengku Aaron menggenggam kemas pergelangan tangan kirinya. Damia cuba menarik tapi, makin kemas pulak digenggamnya.

     “Pedulilah… sebab nanti aku akan jadi suami kau jugak. Lepas ni aku boleh pegang suka hati aku.” Keras suara Tengku Aaron. Kemudian tajam mata Tengku Aaron menjelingnya.

     Kenapa dengan Tengku Aaron ni? Damia tertanya-tanya. Pelik dengan perubahan drastik Tengku Aaron. Dapat ditangkap muka Tengku Aaron yang dah berubah jadi merah. Ni dah masuk Tengku Aaron versi serius! Dia pandang ke arah mata Tengku Aaron.

     “Aaron..” masa tu lah kedengaran serentak suara lelaki dan perempuan memanggil nama Tengku Aaron.

     Eh? Kenapa ada dua Tengku Aaron ni? Damia bingung sekejap sebelum teringat kembali cerita Pak Mail petang tadi. Tengku Andrean, kembar Tengku Aaron? Damia hanya memerhati lagak dua lelaki yang saling bertentangan itu. Pandangan lembut dari mata Tengku Andrean dan pandangan dendam dari mata Tengku Aaron. Sempat juga dipandang ada seorang wanita berambut sanggul di sisi kembar Tengku Aaron tu. Cantik dan ranggi orangnya.

     “Jom makan tempat lain. Selera aku dah berterabur dah..” keras suara Tengku Aaron. Ditarik tangan Damia keluar dari restoran mewah itu.

     Kaki Damia hanya mengikut. Ikutkan hati memang nak disemburnya Tengku Aaron pada masa tu jugak. Tapi, maruah Tengku Aaron mesti dijaga. Hanya mampu tahan geram je la.

     “Maaf..” sempat Damia senyum maaf kepada pasangan didepannya. Mewakili Tengku Aaron yang agak biadab tu. Nasib baik orang lain tak nampak adegan tu.

     Suasana sunyi di dalam kereta kalau bukan ada lagu dari CD yang dipasang Tengku Aaron. Tegang saja wajah lelaki itu. Di matanya, dia melihat Tengku Aaron sedang cuba untuk menenangkan perasaanya yang bercelaru. Makin Damia ingin tahu. Apa yang sebenarnya yang berlaku antara kembar ni? Bukan ke kembar sepatutnya rapat ke?

     “Tu kembar awak ke?” Damia bertanya. Walaupun dia tahu akan mendapat kemarahan Tengku Aaron. Berani pulak dia bersuara saat muka Tengku Aaron merah menyala tu.

     “Aku takde kembar la!” bengang suara Tengku Aaron. Dijeling tajam Damia. Dan selepas itu, lidah Damia terus terkelu. Gerun!

     Tengku Aaron pandang Damia yang dah senyap sebelum kembali focus pada pemanduannya.

     “Kita kahwin esok!”

     “Hah??”

     Apa?!! Nasib baik jantung Damia tak gugur. Terkejut semestinya! Pucat sekejap wajah Damia gara-gara kenyataan gila Tengku Aaron. Tak nak… Damia dah terkelu lidahnya. Gila! Muka Tengku Aaron pun serius maut! Jangan cakap dia betul-betul maksudkannya dahla. Tapi, bagi Tengku Aaron memang takde yang mustahil. Memang boleh tercabut jantung abahnya kalau tahu.

     “Mesti kau terkejut, kan? Aku gurau je la. Dah.. tak payah nak tayang muka cicak tertelan penadol macam tu...” Tengku Aaron ketawa. “Thanks sebab dah hiburkan aku..” Dia ketawa lagi.

     Sengal!! Damia rasa macam nak gigit je telinga Tengku Aaron. Buat dia rasa macam nak terputus nafas je. Tapi dia bersyukur. Pelik dia melihat perubahan mood lelaki tu yang begitu cepat. Betullah mood dia macam tukar speed kipas je.

     Sementara itu, di restoran Seri Melayu, di suatu sudut Tengku Andrean dan Seri hanya memandang hidangan yang terhidang di atas meja. Semuanya terasa hambar dengan pertemuan dengan Tengku Aaron yang tak dijangka sekejap tadi. Pasti perempuan ayu yang bersama Tengku Aaron itu adalah Damia yang mummy ceritakan dulu.

     Tengku Andrean meneguk jus oren di dalam gelas tinggi itu. Berfikir kembali pertemuannya dengan Tengku Aaron sekejap tadi. Betul-betul tak sangka gadis seperti itu yang akan dipilih Tengku Aaron. Begitu kontra dengan semua gadis yang didampingi lelaki tu dulu. Atau.. sebenarnya Tengku Aaron betul-betul dah berubah?

     “Abang…”

     “Abang tau… dia still marah kita.” Tengku Andrean bagaikan mengerti apa yang bermain dalam kepala isterinya itu.

     “Sampai bila, bang?”

     “Entahlah.. Aaron sekarang dah bukan Aaron yang abang kenal dulu.. Biar masa yang menentukan segalanya..”

6 comments:

  1. npe la dy mrh sgt kt kembar dy tu..x phm aq

    ReplyDelete
  2. la...tak tau ke kembar dia tu kan couple dgn ex dia...tu pasal la aaron marah sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn la...

      Delete
    2. betulla... aaron mrh sbb adrean bcinta ngan pompuan tu.. pompuan tu dulu awek aaron. kire aaron ingat adrean rmps awek dye la..

      Delete
  3. Emm, kembar?! Wow, saya nk dua dua la... Nak buat suami xD

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )