TEASER 1
Aku
bangun bila jam dah tunjukkan pukul lima suku petang. Lama jugak aku tidur. Aku
pandang sekeliling bilik ni. Takde
orang. Mana Izz dan Hafiy? Bila aku pandang meja tepi, aku nampak satu nota
ditinggalkan. Dari Izz.
Abang
dan Hafiy jumpa papa dan ibu kejap.
Papa dan ibu dah sampai rupanya. Kenapa
dia tak kejutkan aku? Aku pun nak jumpa dorang. Aku bangkit dari katil. Nak
solat Asar dulu. Lepas solat Asar, aku baring balik atas katil. Hmm.. bosannya. Mana dorang ni? Sampai
hati tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni. Nak cari dorang pun, manalah aku
tahu kat mana dorang sekarang ni. Nak keluar dengan Syuk pun, Syuk sekarang
tengah lepak dengan staf-staf syarikat Izz yang pernah rapat dengannya dulu.
Aku? Aku malas nak join. Bukan sebab sombong ataupun berlagak sebab jadi isteri
penolong pengarah syarikat Lawrence Lands & Properties ni. Tapi sebab aku
segan. Serius aku segan dengan status aku. Bukan segan sebab bersuamikan Izz.
Tapi segan bila orang tunduk hormat kat aku. Macam mula-mula sampai kat resort
ni tadi. Semua panggil aku Puan Qisya. Semua macam segan nak cakap dengan aku. Tak
sukanya aku!
Aku belek majalah Ujang yang aku beli
masa berhenti kat Genting Sempah tadi. Beberapa helai belek, aku mula rasa
bosan. Baca lawak antarabangsa pun dah rasa macam baca buku Geoteknik. Takde mood nak ketawa. Terus aku tutup majalah
tu. Bangun dan terus pergi ke arah balkoni yang menghadap laut biru tu.
Teringinnya nak jalan-jalan kat tepi pantai.
Aku dengar bunyi pintu tertutup. Terus
aku berpaling. Izz dah balik. Tapi cuma dia sorang. Izz jalan ke arahku.
“Mana Hafiy?” soalku.
“Dengan ibu.” Oo.. dengan nenek dia rupanya.
“Kenapa tak kejutkan Sya tadi? Sya pun
nak jumpa ibu dengan papa.”
“Abang nampak Sya lena sangat tadi. Tak
sampai hati pulak nak kejutkan. Takpe.. malam ni boleh jumpa mereka. Sekarang ni pun mereka tengah berehat.” Itu pulak
yang Izz jawab.
Aku pandang lagi laut biru. Dari
kejauhan aku nampak ramai orang tengah jalan-jalan tepi pantai. Yang mandi pun
ramai.
“Sya tak bosan ke duduk terperap je
dalam bilik?” soal Izz. Macam tahu-tahu je kebosanan kritikal dalam jiwa aku
ni.
“Bosan.”
“Kalau bosan, jom kita keluar.”
“Ke mana?” soalku balik. Izz senyum.
Bibirnya didekatkan ke telingaku.
“Dating,”
bisiknya perlahan.
Aku tergelak. Kelakar. Nak ajak aku dating la ni?
“Abang seriuslah, sayang. Betul-betul
nak dating ni.” Lagi sekali aku
tergelak. Tak tahu kenapa aku rasa lucu dengan ayat Izz tu. Macam orang tengah
gian nak dating je. Haha..
“Ajak dating macam tu je? Kut la bagi bunga ke apa, baru rasa seronok
sikit. Tak romantik langsung,” bebelku. Nampak tak aku nak dia bagi aku bunga?
Haha..
“Apa? Abang tak romantik?” Dia nampak
tercabar. Aku tersengih bila sedar dah kutuk dia depan-depan. Marah ke?
“A’aa.. memang pun. Tak romantik
langsung.” Selamba aku jawab.
“Tak langsung?” Dia renung aku
dalam-dalam.
“Dah.. jom keluar dating.” Aku jawab sambil tersengih. Malas layan dah topik ni. Dah lain
macam suaranya. Karang dia tekan suis Izz versi romantik, aku jugak yang
tanggung kesannya.
“Tunggu, sayang. Abang belum habis cakap
lagi.” Dia pegang tangan aku. Rasa dia betul-betul berada belakangku.
“Hmm..
Nak abang jadi romantik ya?”
Tu dia! Izz dah bertukar! Sangat
perlahan dan lembut suaranya betul-betul di telinga kanan aku. Tegak semua bulu
roma. Telan liur. Perlahan-lahan aku pusing menghadap dia.
“Sya rindukan abang yang romantik ke?”
soalnya lagi. Dia pandang aku dengan pandangan yang lembut. Dada terus berdegup
kencang.
Arghh..
tak sukanya aku bila Izz macam ni! Buatkan aku teringat balik apa yang jadi
beberapa minggu lepas kat taman rumah. Hari ni Izz nampak macam sama. Tolonglah
jangan!
“Err..
Sya.. Sya.. gurau je tadi.” Aku jadi takut seketika. Sampai tergagap-gagap aku.
Kan aku dah cakap. Kalau Izz bertukar versi romantik, aku jugak yang dapat
kesannya. Kesimpulannya, jangan cabar Izz!
“Apa kata kita cancel dating kita kat
luar, kita dating dalam bilik ni je,
nak? Lagipun kita cuma berdua dalam bilik ni.” Izz senyum nakal.
Ah, sudah! Nak mengarutlah tu!
“Jom.. jomlah, abang! Taknak duduk dalam
bilik ni. Kita keluar, ya. Sya nak jalan-jalan tepi pantai dengan abang.” Aku peluk
tangan kanannya. Nak pujuklah la konon-kononnya.
Izz senyum bila aku buat macam tu. Sya nak
jalan-jalan tepi pantai dengan abang? Ah, bantailah! Aku buat tak tahu sambil
tarik tangannya keluar. Bila tengok dia senyum, aku tahu sebenarnya dia sengaja
nak kenakan aku tadi. Nak tengok aku menggelabah. Huh.. bencinya! Memang aku
menggelabah habis.
----------
“Auw..
pasangan bahagia. Nak pergi mana?”
Terkejut
aku bila kena tegur lepas Izz tutup pintu. Aku pandang manusia tu. Hakimi.
Tersengih dia pandang aku dan Izz. Aku apa lagi? Terus aku rungkaikan pelukan
pada tangan Izz. Kemudian buat muka tak tahu sambil pandang pintu bilik. Taknak
tengok Hakimi! Buat sakit hati je tengok dia tayang gigi yang tersusun cantik
tu. Masa ni la nak terserempak dengan Hakimi.
“Jalan-jalan
tepi pantai. Dari mana?” Izz tanya balik Hakimi. Nampak Hakimi macam nak balik
bilik.
“Aku
baru je lepas makan-makan dengan staf. Saja nak tengok dorang yang tengah buat preparation untuk malam nanti. Nak naik
solat Asar kejap. Belum solat lagi.” Hakimi menjawab.
“Oh,
ya! Maya cari kau.”
Haish..
berbulu telinga aku dengar nama tu! Boleh tak dalam sehari dia tak kacau Izz
aku. Izz aku okay? Hakimi ni pulak,
pasal apa la sebut nama dia depan aku?
“Dia
nak apa?” soal Izz balik. Macam pasang niat nak jumpa Maya.
Hakimi
menjongket bahunya. “Manalah aku tahu. Tapi aku rasa macam tak penting je. Tak
payahlah jumpa dia.” Selamba je Hakimi menghasut abang dia.
“Takpelah..
aku masuk dulu.” Hakimi minta diri.
Tinggallah
aku berdua dengan Izz. Tak tahu kenapa rasa tiba-tiba tawar hati nak keluar
jalan-jalan. Rasa macam Izz nak pergi jumpa Maya.
“Jomlah,”
ajak Izz. Dia tarik tangan aku.
“Abang
taknak jumpa Kak Maya ke?” Aku berkata separuh ikhlas. Hai.. sejak bila pulak
aku berubah ala-ala Bawang Merah tak berapa nak merah ni? Baik je.
“Buat
apa?” tanya Izz balik.
“Kimikan
cakap dia cari abang.”
“Kimi
jugak cakap yang dia rasa macam tak penting, kan? Dah.. jom. Abang nak dating dengan Sya je hari ni. Bukannya
nak jumpa Maya. Kita bukannya kat office.
So abang tak rasa ada something
penting dia nak cakap,” balas Izz.
Tanganku
ditarik agar mengikutinya. Aku cuma mengikut.
## Pendek je..huhu.. khas untuk para pembaca yang asyik minta teaser sps. layanlah.. Anjell pun tak tahu okay ke tak yang ni. maklumlah...tengah sibuk dan baru sambung sikit je sps..
diri ini meminta maaf andai tak best.. gomennasai!! Arios.. terima kasih banyak-banyak.. :)
memang sweet...thanks anjell...lepas jugak rindu pada SPS
ReplyDeletebest ngan sweet sngt...rase tk puas lh plak...namun ilang gak rindu kat izz ngan sya...
ReplyDeletebestttttt... don't worry
ReplyDeletekembang pipi baca n3 ni... dah lama stop kan????
& i rindu them..(izz&sha+hakimi also) :)
p/s:
- dear writer, please do the best for 'suamiku paling sweet'
- more cerita ttg mereka berdua...bersama...i loikeee hihi... im their DHF ofcos:)
- can't wait 4 d next teaser (hope ada lagi kot lps ni...hihih)
- cepat2 menulis than submit than publish...hihi can't wait to hug the real SPS :)
-cayok!!!cayok!!!! (i x taw nk eja this word actualy...but fighting!!!)
Lepas jugak rindu ku ini hehehe
ReplyDeleteThanks Anjel.
ReplyDeletebest sangat...thanks anjel
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeleteMasih belum d ngap juga c sya ni kan... Lembabnya c izz.. (sigh)
ReplyDeletebestlah... dpt jugak lepaskan rindu... x sabar nk baca SPS dlm versi cetak...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih Anjel.... walaupun sikit terubat juga rindu dekat Sya dan Izz.....
ReplyDeletemasa ni lah Izz nak romantik dan berdating serta mengeratkan hubungan dengan Sya tersayang...
x payah layan Maya kkkk.... betul kata Izz disini x ada hal penting untuk keje... yg lebih penting sekarang adalah Sya isteri tersayang pada Izz ..... terbaikkk
Bila nk dibukukan? X sabar nk memiliki novel suamiku plg sweet..huhu.peminat setia sha n izz.
ReplyDeleteBest...lepas rindu kt izz n sya...nk agi bley? :p
ReplyDeleteSuke nyerr . .thanx anjel. . .
ReplyDeleteTersenyum je saya baca... ahhhhh so cute their relationship! "IZZ AKU OK!" << Ayat tuu hah! Thanks Anjell :DDD
ReplyDeleteTERHARU!!!! terubat rindu dengan izz, sya & hafiy. cepat la jd buku. Xsabar nk beli & baca. Chaiyok!!
ReplyDeletetq untuk teaser ni...
ReplyDeletehihihi... terkujat qisya bila izz nak romantik... so sweet la couple ni... & tqsm anjell for this sweet teaser ;) senyum jer baca ni....
ReplyDeletepengubat rindu
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteOMG..rndu gle kat sps..finally kuar jugak teaser..best gle
ReplyDeletebaca sambil senyum2 je nie....lama dh tggu teaser..tq cik penulis
ReplyDeletePengubat rindu izz dn sya...thnk anjell...
ReplyDeleteso swet...
ReplyDeletebiarpn lh pndek pn...
asal blh ubati rindu
Yeayyyy teaser sps. Izz dan qisya yg sgt sweet. Best2 :D
ReplyDeleteyeeayyy lepas rindu kat depa nih. sukanya.......
ReplyDeletethankx angel....novel undr publisher apa?
ReplyDeletethankx angel....novel undr publisher apa?
ReplyDeleterindu sps.. thanks angel
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... even pendek tpi best..... sbb sweet dia tu da cover suma ahahhaha :D serious x sabar nk tggu buku dia :D thanks kak anjell :D
ReplyDeleteakhirnya dpt jga mengubat rindu pd qisya n izz...
ReplyDeletehrap2 ad lg laa kisah diorang lpaz nie...
x sbar nk 2gu sps versi cetak...jgn lupe inform klau sps dah publish tau??? aja2 fighting kak...
Assalam akak klo boleh akk buat lgi.. sy ske bce SPS ni..
ReplyDeleteTak sabar nak baca romantiknya Izz layan Qisya....hihihi
ReplyDeleteKalu dibukukan ofcoz wajib beli...cepat2 ya...tahap gelojoh ni...
Best..EC ape citer anjell?? Harap2 cepat le publish..
ReplyDeletegiler kentang rindu SPS !
ReplyDeleteAlahai mak.... Mcm x puas. Rindu tak hilg lgi ni.. Haha.. Ayat nk minta teaser lgi sbrnarnya. :p
ReplyDeletelepas jugalah rindu ni sikit.... klu ada lg best gak kan :)
ReplyDeleteKak Anjell! Jangan lupa sambung teaser ni secepat mungkin tau! Haa, dah baca teaser ni terubat sikit rindu. Hehe. Keep it up. Best~
ReplyDeleteKak writer nk lg bleh x.???? Bla publish nie????
ReplyDeleteThank you Kak Anjell .. terubat sikit rindu dkt Qisya and Izz .. Hope lepas ni ada agy teaser n cpt2 lah SPS jd buku ..
ReplyDeletebestnya...harap ade lagi teaser...
ReplyDeleterindu sgt pada SPS...
HEHE
sgt best...
ReplyDelete:) Sweet :3
ReplyDeletewahh!!! sweetnyer... x sbr nk tunggu SPS... kak Anjel cptlh bukukn SPS...
ReplyDeletebuat kasi gempak....
You are the best!!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebesttt...sy minat anjel ni, ayat dia sempoi je..:-)
ReplyDeleteupload lah teaser lagi. rindu kat diorang T^T
ReplyDeleteupload lah teaser lg...best tau rindu kat diorang,,,,
ReplyDeleteSo sweet memang kene dengan tajuk dia
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesis, upload lah lgi teaser SPS... nnti novel SPS dterbitkn jgn lpa bgtahu, konfem beli punya... rindu Sya, Izz, Hafiy n Hakimi...
ok sangat... sambung la lagi. dah lama tunggu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletelama dah ikut SPS ni, cuma tak sempat nak bg komen je. Lawak gelak sorang-sorang blh buat org yg tgh resah gelisah lupa seketika resah dia kan...
salam.tak sabar menanti sambungan seterusnya.sampai termimpi mimpi dan resah macam penyakit angau.. dibuatnya.bestt...
ReplyDeleteDah lama anjel x update..tertunggu-tunggu 7 lelaki, Tundukan Playbou itu and terutamanya SPS...bila nak keluar novel SPS ni...x sabar nak nak tahu ending..
ReplyDeletecik anjell bila nak terbit sps ni....tak sabar nak baca semua..
ReplyDeleteOMG~~OMG~~OMG~~OMG~~ SO SWEET~~~~~!!
ReplyDeletesalam.. bila nak publish ni taksabar la
ReplyDeletetak boleh bersabar...nak baca yg seterusnya...
ReplyDeletebila agaknya nak sambung cite ni... dah lama tunggu la
ReplyDeleteBila nk publish cerita ni??
ReplyDeletebila nak publish cite nie ? dah x sabar nak tunggu .
ReplyDeletesalam kak anjell... pleaselh... sy merayu... buatlh lg teaser sps ni... rindu sgt ngan diorang... please please please please......
ReplyDeleteBest!!terubat rndu... Bila novel ni nk kuar??
ReplyDeleteSuka. Suka. Suka
ReplyDeleteIf dah keluar mesti meletopzzz punya.. Caya laa ! Can't wait :(
ReplyDeletesweetnya..Izz! suka suka suka..kalau lh ada lelaki mcm Izz... bila nak keluar ni?? can't wait anymore..confirm meletop punya nanti...
ReplyDeleteDear writer , Alhamdulillah it's been a long time i've been waiting for the teaser . And I'm hoping that i can have this novel in my hand very soon . Do finish this novel as soon as possible , I can't wait for it . Hihihihi. Pleaseee I feel like crazy waiting for this novel huahuahuahua
ReplyDeleteGood Luck then . LOVE YOU WRITER <3
I love the storyline and this is the most sweetest novel I've ever read <3
ReplyDeleteSPS ....novel yang sangat2 best ! pandai laa kak anjell karang novel ...keep it up ! nak tgok hasil seterusnya :)
ReplyDeleteWow ! Best giler novel ni . Bile nyer nk keluar novel yg dikarang oleh kak anjell ,
ReplyDeletenovel ni ada jual tak? sya nak beli...
ReplyDeletesya suka bca novel ni...klu blh sya nak beli...
ReplyDeletenovel ni ada jual tak? sya nak beli...
ReplyDeleteSweetnye...x sbr nk tnggu nvl ni...
ReplyDeleteHuhu lama tunggu teaser 2, bc teaser 1 byk2 kali sbb rindu sps.
ReplyDelete-fiqa-
assalamulaikum. lama dah saya nak tanya macam mana dengan perkembangan sps dah diterima oleh penerbit ke. Ataupun dalam proses penerbitan. sekiranya belum boleh tolong sambung dengan teaser 2 dah rindu sangat dengan izz dan sya.
ReplyDeleteTetap Menanti novel nie terbit. Feel like dying :(
ReplyDeleteAssalamualaikum Sweet Anjell, tak sabar nak tunggu Novel SPS awak.. awak ada terbit e-book tak?? really Can't wait.. hihihi...
ReplyDeleteHopefully SPS kluar tahun ni.. Please kak anjell, nvel2 lain sume xkne ngan jiwe sye skarang nih.. cme krya kak anjell je yg I'm looking forward to it.. Huhu
ReplyDeleteies@-ro¢k
Kak Anjell nak teaser SPS lagi ^^ rindu sangat 2 dengan cik abang izz yang suwit macam gula melaka
ReplyDeletex sabar nak tunggu novel ni kluar...
ReplyDeletenice novel!! it make me smile...
ReplyDeleteBila nk kuar novel ni?? Td siap p tanya kat kedai buku rupe2nya lom ado..ish3 malu...masuk la balik bab 29-35 tu...xsabar ni
ReplyDeleteBila nak publish buku nie.....
ReplyDeleteIm waiting :)
Tak sabar nak tunggu novel ni publish. Best, lawakkkkk ! Gelak ngekek2. Hihi
ReplyDeletebila nvl sps ini dipublishkan
ReplyDeletei dh lama tunggu2
boleh tlh bagitau
Bila nk keluar rindu kat izz dngn sya la....
ReplyDeletenovel ni da publish ke blom??sbb sy cube cari kt kdai2 buku xde pon jual,,,
ReplyDeleteharap cepat la keluar SPS ni...huhu
ReplyDeleteDah banyak kali ulang baca, bila lagilah SPS ni keluar. tak sabar tunggu.
ReplyDeleteBest gilar cerita nih...bley mengubat rindu...Awesome :) i like (Y) (Y) (Y)
ReplyDeletedah keluar buku ke belum??
ReplyDeletesps da publish ke blum ? Really in love w the story. Lama gler kott tggu jd novel.
ReplyDeleterindu sangat dengan SPS! macam nak baca novel dia sekali lagi! rindu sangat dengan Sya+Izz+Hafiy <3333
ReplyDeleteAssalamualaikum akk..takde bab 29 ke
ReplyDeleteNape best sangatt nihh
ReplyDelete