“Handsome sangat ke meja tu
sampai tak lepas mata tenung?”
Nurin terkejut bila ada orang tegur dia
macam tu. Bila angkat muka, nampak Farhan. Tersengih-sengih dia tengok Nurin. Grr… entah apa-apa. Ada ke cakap meja handsome?
Farhan duduk bertentangan dengan Nurin.
Nampak muka Farhan, Nurin kembali ingat
kejadian dua hari lepas. Farhan turut ada. Kenapa Farhan ada dalam majlis tu?
Semeja dengan VIP siap. Tak kurang segak dan kacaknya dalam sut hitam. Sangat
berbeza dengan sekarang yang bergaya santai.
Who
are you actually, Farhan?
Harraz’s driver? Too handsome. Too smart.
Mula-mula tu percayalah. Tapi, lama-lama
makin meluntur. Sebabnya dia nampak mereka berdua rapat bukan main. Lepas tu,
dia nampak Farhan ni kadang-kadang ada kat pejabat. Kadang-kadang lenyap tanpa
berita. Macam hari ni. Dah lama lelaki itu menghilang, tup-tup hari ni tunjuk
gigi depan dia. Apa sebenarnya hubungan Farhan dengan Harraz?
“Datang jumpa bos ke?” soal Nurin.
Farhan geleng kepala.
“Jumpa awaklah. Rindu.” Farhan sengih
lagi.
And
too sweet talker.
Ayat tu dah kebal pada telinga Nurin.
Tiap-tiap kali hari isnin, mesti Farhan akan cakap rindu dia sebab dah dua hari
tak jumpa. Huh.. kalau perempuan lain, rasanya melompat sampai ke pluto. Tapi,
bukan Nurin. Serius hati Nurin tak rasa apa-apa.
“Nurin, bos nak jumpa.” Eves
menyampaikan laporan.
Mengeluh lagi Nurin. Kalau sehari aku
tak masuk bilik mamat tu, tak sah. Aku rasa dah macam bilik kedua aku dah bilik
dia tu. Nak apa lagi ni?
“Bos dah seru. Saya masuk jumpa dia
dulu, ya?” beritahu Nurin kepada Farhan.
Nurin rasa, kalau ada pertandingan siapa
paling banyak masuk bilik big boss, rasanya tanpa undi dia mesti menang.
Tak pun tempat kedua lepas Eves.
Nurin ketuk pintu. Tanpa mendengar izin
dari dalam, Nurin melangkah masuk. Macam yang biasa dibuat.
“Ada apa encik nak jumpa saya?” soal
Nurin.
Kemudian pandang Harraz. Bila mata
bertentang dengan Harraz, entah kenapa adegan Harraz peluk dia boleh muncul. Arghh…
damn! Kenapalah masa ni juga nak muncul? Bila ingatkan balik macam mana
dia berada pelukan Harraz buatkan Nurin jadi geli sendiri. Cepat-cepat
beristighfar dalam hati supaya semuanya lesap. Gangguan setan je semua tu!
Harraz yang memandang Nurin tak terus
berbicara. Nurin dipandang dari atas sampai bawah. Bila nampak Nurin bertudung,
entah kenapa bayangan wanita misteri beberapa hari lepas kembali muncul. Bagaikan
sedang berdiri di depannya. Masih tertanya-tanya siapa gerangannya. Juga
bertudung seperti Nurin. Mungkin lebih tinggi daripada Nurin. Yalah.. model.
Mestilah tinggi.
Melihat Harraz yang tenung dia macam tu
buatkan Nurin sedikit segan. Dada tiba-tiba berdebar. Janganlah dia perasan.
Janganlah dia perasan. Nurin buat-buat pandang lampu.
“Err.. Encik! Mata tu, rasanya ada
baiknya pandang tempat lain,” selamba Nurin tegur. Boleh meletup jantung kalau
tengok pandangan Harraz padanya sekarang.
Harraz tersedar. Ah, sudah! Punyalah
tinggi rasa nak tahu, sampaikan budak tu pun nampak macam perempuan tu? Wake up, Harraz! That is one of the
impossibilities.
“Tu..” Harraz memuncungkan bibirnya ke
arah fail hitam yang bersusun tinggi.
“Aku nak kau susun balik ikut tarikh.
Jadikan satu fail je. Buang mana yang dah tak penting. Kau boleh tanya Eves
yang mana yang dah tak penting.” Harraz beri arahan.
Hai.. kerja macam ni pun aku ke yang
kena buat? Kalau aku bukak mulut ni, mesti satu je jawapannya. “Sebab kau je
yang takde kerja sekarang ni.”
“Okey.” Nurin patuh.
Diambilnya fail-fail itu cepat-cepat
sebab dia nak keluar dari bilik itu secepat mungkin. Tapi, tersalah langkah
bila fail paling atas tu jatuh. Habis terbang kertas-kertas di dalam fail itu.
Harraz yang tengok jadi bengang.
“Cuba kalau aku bagi kerja tu, kau buat
elok-elok. Clumsy betul!” tinggi suara Harraz.
Tak pasal-pasal clumsy dicopnya
Nurin.
“Maaf.” Nurin minta maaf. Sedar
kesalahan diri. Dalam hati sibuk kutuk diri sendiri. Masa ni la semua nak
jatuh. Tak boleh tunggu kat luar agaknya. Kenapalah semua benda nak jatuh depan
Harraz? Dulu dia, sekarang fail ni.
Ada je masalah yang dibuat Nurin.
Punyalah kemas fail tu dalam tangannya, sampai ke tangan Nurin, tak sampai
seminit dah berterabur. Harraz geleng kepala bila melihat Nurin duduk mengutip
kertas-kertas itu.
Tanpa sedar, Harraz turut bangun dan
turut mengutip kertas-kertas yang berterabur itu. Nurin tak sedar sampailah
tiba di kertas yang terakhir, dia dan Harraz sama-sama pegang hujung kertas
itu.
Nurin tergamam. Terus pandang Harraz. Dan
Harraz juga turut memandangnya.
---------------
Suasana di Harraz Holdings sedikit riuh
bila tiba-tiba Tan Sri Mukhriz muncul secara mengejut. Tergamam habis staf di
situ dan tak kurang juga yang goyang lutut bila nampak susuk Tan Sri Mukhriz
itu. Semua tunduk hormat dan semua tertanya-tanya. Jarang sekali Tan Sri
Mukhriz jejakkan kaki ke Harraz Holdings.
Sudah tentulah kehadiran Tan Sri Mukhriz
ke Harraz Holdings tak lain dan tak bukan bertujuan untuk melihat aktiviti
anaknya. Spot check! Tan Sri Mukhriz tiba di aras lapan belas. Semua
staf di situ bangun dan menyambut kedatangan Tan Sri Mukhriz.
Farhan yang berada di situ turut
terkejut.
“Eh, Pak Long. Apa khabar?” Farhan salam
tangan bapa saudaranya itu.
“Khabar baik. Kamu tu kat sini buat
apa?” soal Tan Sri Mukhriz balik. Menggeleng kepala tengok Farhan. Bilalah anak
saudara yang sorang ni nak berubah? Nak dimarah, anak saudaranya juga.
“Jumpa Harraz, Pak Long. As usual.”
Tersengih-sengih Farhan menjawab.
“Eves, mana Harraz?” PA Harraz dicarinya
terlebih dahulu.
“Dalam bilik dia. Tan Sri nak I inform
dia dulu ke?” Takut-takut Eves bersuara. Ayah bosnya ni garang mengalahkan
bosnya. Bila jerit, mahu retak tapak bangunan lapan belas tingkat ni. Ngeri!
Bukan tak pernah tengok Tan Sri Mukhriz
mengamuk bila Harraz pernah tertangkap berpelukan dengan salah seorang teman
wanitanya. Sampaikan staf yang tengok, kalau boleh nak menyorok bawah meja
sebab takut. Nasib baik kali ni Harraz bersendirian. Fuh.. nasib baik!
“Good. Tak payah. Biar I sendiri
yang masuk.”
Muka Tan Sri Mukhriz kembali serius.
Harap-harap dia tak saksikan benda pelik-pelik lagi. Cukuplah dulu nyawanya nak
putus bila tengok adegan mesra Harraz dengan kekasihnya. Nasib baik cuma
berpelukan.
Terus pintu bilik Harraz di buka dari
luar. Ketika itu, Tan Sri Mukhriz melihat Harraz dan Nurin. Kedua-duanya yang sedang
memegang sehelai kertas berpaling ke arahnya. Harraz dan Nurin cepat-cepat
bangun.
Harraz berdehem dan Nurin pula sibuk
susun kertas. Kedua-duanya buat tak tahu sambil menenangkan dada yang tiba-tiba
berdebar tanpa sebab.
“Harraz, Nurin. Kamu berdua ni dah
kenapa?” Bergilir-gilir mata Tan Sri Mukhriz pandang Harraz dan Nurin. Sorang
dari tadi dok berdehem tak henti-henti. Sorang lagi sibuk mengira kertas entah
berapa helai. Pelik.
“Eh, daddy! Kenapa tak cakap nak
datang sini?” Harraz pura-pura baru sedar kewujudan Tan Sri Mukhriz.
“Saya keluar dulu, encik.” Nurin minta
izin.
“Nurin keluar dulu, uncle.”
Sempat senyum pada Tan Sri Mukhriz. Tapi rasa macam kaku gila. Entah kenapa.
Macam orang tertangkap buat maksiat. Padahal bukannya jadi apa-apa pun tadi.
Bila Nurin dah keluar, Tan Sri Mukhriz
pandang anak terunanya. Tajam macam nak ditembusnya Harraz.
“Kamu buat apa dengan Nurin tadi? Macam
pesalah je daddy tengok?” Si daddy dah mula serkap jarang.
“Mana ada buat apa-apa, daddy.
Harraz bagi dia kerja je,” jawab Harraz. Memang itu yang terjadi.
“Ya ke? Habis merah muka kamu ni
kenapa?”
Eh, merah? Ya ke? Cepat saja Harraz
pandang cermin di atas mejanya. Tak pun. Biasa-biasa je. Tanpa sedar, perilaku
Harraz diperhatikan Tan Sri Mukhriz. Ketawa dia melihat kaletah Harraz.
Harraz baru sedar dia dikenakan oleh daddynya.
Harraz berlagak selamba macam tiada apa yang berlaku.
“Daddy datang sini ada benda
penting ke?” soal Harraz. Lari topik.
“Hai.. takkan kena ada benda penting
dulu baru boleh lawat anak daddy ni,” sindir Tan Sri Mukhriz.
Harraz sengih. Daddy ni datang
kalau tak menyindir, tak sah.
“Daddy nak ajak kamu keluar lunch.
Dah lama kita tak makan sama-sama.”
Harraz pandang jam. Dah hampir waktu
makan tengah hari. Baru sedar ada betul kata-kata daddynya itu. Dah lama
mereka tak makan bersama-sama.
“Okey, Harraz on je.” Harraz
bersetuju.
-----------------
Nurin angkat muka bila rasa ada orang
berhenti di depan mejanya. Terkejut dia bila nampak Tan Sri Mukhriz berdiri di
depan mejanya dan Harraz yang bermuka selamba.
“Nurin, kamu sibuk?” soal Tan Sri
Mukhriz.
Nurin senyum dulu. “Eh, takdelah sibuk
sangat. Kenapa, uncle?” soal Nurin balik. Manalah tahu kalau-kalau Tan
Sri Mukhriz ingin meminta pertolongan darinya. Takkanlah nak menolak pulak.
“Hmm.. good. Jom, kita lunch
bersama-sama,” pelawa Tan Sri Mukhriz.
Ajakan itu buatkan kerongkong Nurin rasa
macam bersimpul mati. Erk.. salah
skema jawapan. Dia patut jawab dia sibuk tadi!
“Err…”
Nurin tak tahu nak jawab apa. Lidah pula rasa macam kejang.
Dia taknak keluar makan bersama-sama
mereka. Nak-nak lagi ada Harraz. Tu.. mata mamat tu dah jeling lain macam bila daddy
dia ajak aku makan. Sama maksudnya dengan, “Say yes if you dare!”
Tapi, Nurin tak sanggup nak tolak
pelawaan ikhlas Tan Sri Mukhriz.
“Kenapa, Nurin? Don’t worry. Uncle
belanja hari ni. Jomlah,” ajak Tan Sri Mukhriz lagi.
Bila dilihat muka enggan Nurin, Tan Sri
Mukhriz pandang muka selamba Harraz. Amboi.. tak bersalahnya! Padahal muka ni
la punca kenapa muka Nurin macam tu. Mereka berdua ni macam magnet. Kutub utara
bertemu kutub utara, asyik nak menendang je kerjanya. Tak ngam!
Huh.. budak berdua ni kadang-kadang kena
diajar jugak. Dia tahu apa nak dibuat.
“Daddy tunggu kat bawah. Kamu
Harraz, jangan turun ke bawah tanpa Nurin.” Senang Tan Sri Mukhriz tinggalkan
arahan pada Harraz. Kemudian ditinggalkan mereka berdua.
Hish.. daddy ni! Dah tahu aku tak ngam dengan
Nurin, sengaja pula suruh aku ajak dia.
Semua mata pandang Harraz dan Nurin. Harraz
pandang Nurin. Nurin pandang Harraz.
“Kau dengar tadi, kan? So,
sekarang ni, kau nak ikut ke taknak?” soal Harraz.
“Taknak la. Saya segan,” jawab Nurin.
Segan dengan Tan Sri Mukhriz. Segan dengan semua pekerja yang dah jeling dia
lain macam. Nak-nak lagi si Elfira kat hujung sana tu. Jegil mata suku inci je
lagi, mahu tergolek ke tanah biji mata tu.
“Agaknya kau tak dengar daddy
cakap apa tadi. Biar aku ulang balik. Daddy cakap, aku kena buat kau ikut
kami. Tak kisah la apa pun aku nak buat. Kalau perlu, aku boleh dukung kau
asalkan kau turun bawah dengan aku. Faham?” Harraz seperti mengugut.
Nurin masih enggan. Segannya tak
habis-habis lagi.
“Kau nak aku dukung kau ke?” Harraz dah
mula singsing lengan baju sampai ke siku. Bemaksud dia memang sedia mengotakan
apa yang dikata.
Melihat Harraz sebegitu, macam-macam
suara keluar. Wuu.. Aaa.. Waa.. Semua tertarik dengan adegan singkat ala-ala
drama itu.
Secara automatik badan Nurin tegak
sebelum Harraz buat kerja gila.
“Ya.. ya.. saya ikut. Puas hati?”
Huh.. kena ugut dulu baru jalan! Harraz
puas hati.
“Kau ni, orang nak bagi makan. Bukannya
racun. Punyalah susah sampai kena merayu bagai. Kau ni ada darah berketurunan
Puteri Santubong ke apa?” bebel Harraz.
Nurin buat muka. Kenapa kena Puteri
Santubong?
-----------
Ketika tiba di lobi bangunan, Tan Sri
Mukhriz sedang bercakap dengan Farhan. Harraz tahu. Mesti sepupunya itu pun
akan diheret. Barulah meriah makan tengah hari mereka.
“Jomlah, Farhan. Kita makan tengah hari
bersama.” Macam yang Harraz agak, daddynya mengajak Farhan makan bersama.
Farhan yang melihat Nurin dan Harraz
melangkah ke arah mereka sedikit menggelabah. Bimbang rahsia disimpannya pecah.
“Eh, tak payahlah. Farhan tak lapar
lagi. Nak balik rumah cepat.” Farhan beralasan. Patutnya dia tak datang hari
ni!
“Buat apa nak balik rumah? Mama kamu
bukannya ada. Kamu pun bukannya ada kerja. Jom, Pak Long belanja.”
Itu dia! Itulah perkataan yang paling
ditakuti Farhan. Akhirnya keluar juga.
Pak Long? Nurin pandang Farhan yang dah
serba-salah wajahnya.
“Jomlah, Farhan. Aku dah lapar ni.”
Harraz selamatkan suasana. Leher Farhan dipaut sebelum mengeheret si sepupu
makan bersama.
----------
Nurin berasa sangat tak selesa dalam
restoran mewah itu. Makanan depan mata sangat menggiurkan. Tapi, selera Nurin
dah mati. Tersepit rasanya sekarang ni. Meja besar itu hanya mereka berempat.
Dahlah dia seorang perempuan. Sebelah
kanan, Harraz. Sebelah kiri, Farhan. Harraz tengok dia, Farhan pun tengok dia.
Buatkan dia segan gila nak suap makanan masuk mulut. Weh.. ingat aku ni kari
kambing ke apa pandang tak lepas macam tu? Nurin membebel dalam hati
memandangkan kat atas meja terhidang menu makan tengah hari mereka, kari
kambing.
“Seronok kamu kerja di tempat Harraz?”
Tan Sri Mukhriz mula mengorek rahsia. Dipandangnya wajah Nurin yang masih malu
dan segan dengannya.
Seronok? Grr.. macam dalam neraka dah rasa. Nak je Nurin jawab macam tu.
Tapi, bila angkat muka, nampak mata Harraz jeling dia. Tajam mengalahkan pedang
samurai. Kalau rasa nyawa taknak melayang, baik simpan semua tu dalam hati je.
“Okey je, uncle. Nurin masih
belajar.” Nurin bagi jawapan paling selamat.
“Hmm..
baguslah. Uncle harap Nurin akan terus kerja kat situ. Kalau Harraz ada
buat apa-apa yang tak patut kat Nurin, cakap je dekat uncle. Tahulah uncle
macam mana nak ajar si Harraz ni.”
Kata-kata Tan Sri Mukhriz buatkan Harraz
terbatuk. Dicapai air masak depan mata. Daddy ni.. cakap macam aku ni
batu nisan! Nampaknya dia dengar dengan telinganya sendiri amaran daddy.
Kalaulah Nurin buka mulut dan cerita semuanya, memang dia yang jadi kari
kambing ni!
“Kamu kenapa, Harraz? Pedas?” sindir Tan
Sri Mukhriz.
“Takdelah, daddy. Buah hati sebut
nama kut,” gurau Harraz.
Tan Sri Mukhriz geleng kepala. Yalah tu.
Kalau ikutkan teori tersedak sebab buah hati sebut nama, agaknya dua puluh
empat jam Harraz tersedak sebab entah berapa puluh buah hati yang dia ada.
“Kamu, Farhan. Senyap je. Mama dan papa
kamu sihat? Dah lama Pak Long tak jumpa mereka.” Farhan pula ditegur.
“Sihat, Pak Long,” jawab Farhan. Tak
berani nak pandang Nurin. Apalah Nurin fikir nanti? Marah ke dia sebab kena
tipu?
------------
“Nurin!”
Nurin buat tak dengar dengan panggilan
Farhan. Marah betul bila kena tipu. Dahlah kena tipu, ada hati lagi si Farhan
ni nak bercakap dengan dia?
Farhan berlari anak menuju ke arah
Nurin. Sempat disekat langkah Nurin supaya berhenti. Semput juga nafas bila
kena lari macam ni.
“Nak apa? Saya ada kerja nak dibuat.
Kalau nampak saya takde kat tempat saya, sepupu awak tu akan marah saya.”
Disabdu sesabdu-sabdunya ketika sebut perkataan sepupu itu.
Hakikatnya itulah yang paling tak boleh
diterima. Orang yang paling rapat dengannya kat sini kenyataannya orang paling
rapat dengan musuhnya, Harraz Naufal. Dahlah macam-macam dia kutuk Harraz.
Entah apa cerita dijaja oleh Farhan pada Harraz. Entah-entah semua ni memang
perancangan mereka berdua nak kenakan dia.
Dan dia, kenapa tak pernah langsung
dikorek apa hubungan mereka berdua? Kau pun bodoh Nurin. Percaya je apa yang
Farhan cakap. Malas nak bertanya. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Kalau
malas bertanya? Malas bertanya, padan muka kau!
“Awak marah saya ke?” Farhan tanya
soalan tak sepatutnya. Itu soalan mintak penampar.
“Eh, takkkk! Saya memang suka orang tipu
saya. Bila saya kena tipu, malam ni
mesti saya berjoget sebab gembira sangat-sangat,” sinis Nurin.
Farhan yang dengar hanya mampu telan
liur. Dahsyat juga Nurin naik angin, ya?
“Saya minta maaf. Saya takde niat nak
tipu awak. Saya ikhlas nak kawan dengan awak,” kata Farhan. Memang dia mula
rasa kejujuran untuk berkawan dengan Nurin.
“Saya taknak kawan dengan awak. Faham?
Boleh bagi laluan untuk saya, Farhan? Oh, should I call you Encik Farhan
from now?”
Tak perlu tunggu jawapan Farhan, Nurin dah angkat kaki. Malas nak menghadap mamat itu! Perangai tiga suku kali tiga suku dengan sepupunya. Memang eloklah!
nak lagi.....bila dorang nak berloving loving ni haha
ReplyDeleteBest.... tq...
ReplyDeletemuahahaha.... kesian dan padan muka kat farhan
ReplyDeleteBoleh sambung lagi....
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteBest...!
ReplyDeleteTapi kasihan dkat Farhan..
Nurin..Fighting..!
satu tamparan yg hebat buat si Farhan kan... seorg wanita yg begitu jelas nya seorg wanita yg polos...dan tegas..bagaimana mungkin akan buat tidak tahu saha pada lelaki yg paling rapat dgn nya akan menipu mengenai backgrd nya..tetapi Nurin kena ingat..Farhan selalu bertemu ngan wanita yg tidak ikhlas berkawan dgn nya kerana harta..berjumpa ngan NUrin adalah satu aneugerah buatnya kerana ia boleh menjadi dirinya..tak perlu utk berpura pura menjadi org lain..kan... Yg si Harraz tu akak rasa..sudah sampai masanya dia berubah..kan...
ReplyDeleteDaddy harraz yg cool!
ReplyDeleteBole pulak dok perli2 & menyakat harraz..
Jgn2 daddy ni ad agenda pape x tuk anaknya & Nurin..
Oh maiii...xdpt bygkn bila 2org sepupu yg rapat ni nk kn Nurin.
Sian kt farhan..
good n3 anjel…hahahahhaaha…pengsan si farhan tu ye..hehehehe
ReplyDeleteNak lagiiiiii.....
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteThank you anjell....
ReplyDeleteFuh seram lak tgk si Nurin ni naik angin..x hengat...
Mesti cinta bersegi segi nnt
ReplyDeleteSuka sangat2....
ReplyDeleteKelakarlah part Nurin nk berjoget tu hahaha.... best!
ReplyDeleteI like it
ReplyDeleteWuhuuuuu best cerita ni. Tq anjell
ReplyDeleteNape ntah saya lagi suka farhan dari haraz..geli seh dgn lelaki yg dah tidur dgn ramai perempuan..
ReplyDeleteEhhemm.. Blom tentu lgi si farhan ni xpnah tido ngan pempuan ye.. Kn harraz ngan farhan ni "sebulu dlm semua prkara" kcuali mlibatkn Si "Nurin" 2.. Haha
Deleteies@-gōgō
Sokong. Rasanya farhan dua kali lima dgn sepupu dia tu. Cuma anjell tak cerita detail kut. Hmm... harraz confirm akan berubah. Hero2 anjell mestilah yang sweet2 gitu. Iya dak???
DeleteSekurang2nya farhan menghormati nurin n memandang hina pada org bertudung..kira farhan sudah nampak nurin as a permata..
DeleteOopps sorry..sepatutnya dibaca tidak memandang hina pada orang yang bertudung...
DeleteNext n3 plez!!da addicted nih..hehe
ReplyDeleteNak lagi nak lagi nak lagi dan seterusnya nak lagi.....
ReplyDeletecerita seterusnya......x sabar besttt!!!!
ReplyDeleteNk lg anjell...bestnye klu ada versi cetak....
ReplyDeleteBest...kesian farhan bile nurin dh start menyinga. .
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteHahahaha x memasal je dpt tittle puteri sentubong..
ReplyDeletebesttt la anjell. bila nak smbng lgi. hehe.
ReplyDelete