Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 16 January 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 9)

BAB 9

“Hoi.. tengah buat apa?”

Tengku Ian pandang Farizzam yang baru lepas tepuk bahunya itu. Baru beberapa hari balik dari penerbangan jauhnya.

“Kau ni.. asal aku bukak laptop, tanya aku tengah buat apa. Mestilah tengah basuh baju.”

Jawapan selamba Tengku Ian buatkan Farizzam tergelak sekejap. Nak loyar buruk pulak dah mamat ni! Malas nak layan.

How were your days without me?” soal Farizzam. Dia duduk berhadapan dengan Tengku Ian yang tengah duduk menghadap laptop putihnya itu.

“Boring. Pagi jogging. Petang jogging. Tak tahu nak buat apa.”

Farizzam ketawa. Gaya hidup terlebih sihat sungguh. Adoi.. dah tahu bosan, bukannya reti nak masuk pejabat dia tu. Nak berehat sebulan dua konon.

“Hari tu aku jumpa Medina,” sambung Tengku Ian lagi.

“Medina, anak Datuk Azizan tu ke?” soal Farizzam pelik.

Hai.. lain macam je bunyi soalan mamat ni? Tengku Ian pandang muka adik angkatnya yang tengah tayang muka pelik kat dia tu.

“Yalah.. Medina tu la, Medina mana lagi? Aku kenal sepuluh Medina ke kat Malaysia ni? Anyway.. kenapa soalan kau tu, bunyi macam pelik sangat bila aku jumpa Medina?”

“Peliklah. Macam mana kau boleh terjumpa dia?”

Tengku Ian senyum dulu. Terjumpa. Terjumpa yang membawa kepada satu perjumpaan baru.

Farizzam pula dah berkerut kening bila tengok Tengku Ian senyum macam tu. Lain macam je? Ada apa-apa ke ni?

Something happened ke masa aku takde dulu?” korek Farizzam. Tengku Ian ni pun bukannya boleh percaya sangat kepalanya. Entah-entah dah dikacaunya ketenangan hidup budak tu.

“Takde apa-apa pun. Just having a friendly meeting.” Tengku Ian malas nak mengulas panjang.

“Lain macam aku tengok kau ni. Kau dah terjatuh hati kat budak tu ke?”

Kali ni Tengku Ian gelak. Terjatuh hati? Rasaya tak kut. Tersuka? Mungkin. Sebab Medina perempuan pelik yang dia pernah jumpa. Aura dia lain daripada yang lain.

“Haha.. Come on la. Baru beberapa kali aku jumpa dia. Takkanlah dah jatuh hati kut?”

“Manalah aku tahu. Kau tu ramai sangat kawan perempuan.”

“Apa ni? Bau hangit-hangit orang menyindir ni.” Kemudian Tengku Ian gelak. Tak dapat dinafikan dia memang punya ramai kawan perempuan. Memang kenyataannya perempuan suka berkawan dengan dia, nak buat macam mana? Yalah.. kawan je pun. Apa orang kata? Berkawan biar seribu, berkasih biar satu? Ecewah.. Entah betul entah tak ni. Rasa macam dah betul. Haha.

“Kalau kenyataan, orang tak panggil menyindir.” Farizzam kenakan Tengku Ian balik.

Well.. kat LA mungkin bersepah. Tapi bukan kat Malaysia. Kat Malaysia ni aku kenal Medina sorang je. Kesian kan kat aku?” Tengku Ian sengih pada Farizzam.

Tak payah nak kesian sangat. Bajet nak jadi anak angkat Tengku Ismadi siapa suruh? Kan dah terkengkang semua benda. Nak buat semua benda kena fikir masak-masak dulu sebab taknak rahsia yang tersimpannya tu pecah.

Sebut pasal rahsia ni, tiba-tiba terlintas sesuatu.

“Ian, bila kau nak cakap kau Ku Zam?”

Tengku Ian senyum. Bila?

“Bukan dalam masa terdekat. Tunggulah bila aku dah jumpa apa yang aku cari. Bila aku berjaya buktikan sesuatu.”

Farizzam tak faham.

“Jumpa apa? Buktikan apa?”

Tengku Ian senyum lagi. Tak rasa nak cakap pada Farizzam pun.

“Buktikan sesuatu yang aku nak buktikan la. Sesuatu yang akan dibuktikan bila aku bukan Ku Zam. Entah-entah kau pun nanti akan berterima kasih kat aku.”

Makin Farizzam tak faham.

“Tak faham aku. Malas aku nak tanya lagi. Kau tengah buat apa sekarang ni?” Farizzam tanya soalan yang sama macam tadi. Kemudian tarik laptop Tengku Ian sikit supaya menghadapnya.

Tengku Ian tengah melayari internet. Tengah guna khidmat kekanda google.

“Kau cari apa?” soal Farizzam lagi. Kemudian nampak sesuatu yang dibuka Tengku Ian.

“Pulau Perhentian?”

Tengku Ian senyum. Alang-alang abang pilot ni dah tanya, bagus juga dia berbincang sekarang pasal hal ni.

Hmm… minggu depan kau cuti tak?” soal Tengku Ian.

“Cuti. The whole two weeks. Kenapa?” tanya Farizzam balik. Bila dipandang wajah Tengku Ian yang sengih makin lebar tu, cepat je dalam kepala terlintas sesuatu.

Don’t say that…”

Yup.. we will be going to Perhentian Island.” Keputusan dah dibuat.

“Kenapa tiba-tiba?”

“Apa yang tiba-tiba? Saja nak bercuti sebulan dua ni.”

“Amboi.. cuti sampai dua bulan. Pantang lepas beranak ke apa ni?” Malas Farizzam nak komen panjang. Sebab syarikat Tengku Ian bekerja tu pun memang bapak dia yang punya. Jadi memang suka hati Tengku Ian la nak bercuti sepuluh tahun sekali pun.

Tengku Ian ketawa mendengar kata-kata Farizzam itu.

“Aku cuti bukan saja-saja cuti tahu? I’ll be killing two birds with one stone. Sambil menyelam, makan burger.”

“Maksud?”

Tengku Ian ketuk-ketuk papan kekunci laptopnya itu. Tak sampai seminit, dia pusingkan laptopnya menghadap Farizzam. Laju mata Farizzam baca apa yang tertulis di depan matanya itu.

Aurora Seaview Resort.

So?” soal Farizzam balik.

Tengku Ian skrol pula ke bawah.

Mercu Lands and Properties.

Mercu? Macam pernah dengar je. Kemudian kepala cepat menangkap.

“Mercu ni..”

“Bingo. Datuk Azizan punya. Dia yang pelawa aku try chalet tu sebenarnya, lepas aku cakap aku nak pergi bercuti. Kau pernah pergi Pulau Perhentian?”

“Tak pernah,” jawab Farizzam. Dia yang duduk Malaysia ni pun tak pernah jejak kaki kat Pulau Perhentian.

“Lagi seronok. Sama-sama first experience.” Tengku Ian dah seronok. Dah terbayang dia dan Farizzam bakal menginap di sebuah pulau. Lamanya tak bercuti ke pulau. Mesti seronok.

   ------------------

“Pulau Redang?” soal Zuyyin kuat. Dipandang muka selamba Medina yang tengah kunyah karipap yang baru lepas digoreng tu.

“Suara kau tu.. nak aku carikan loud speaker tak? Biar satu taman perumahan ni boleh dengar,” sindir Medina. Tersengih Zuyyin bila kena sindir macam tu.

“Hari tu kan dah pergi Pulau Redang. Kenapa sem ni kena lagi?” tanya Zuyyin. Macam tak puas hati.

“Amboi, kau! Kau ingat ni apa? Pergi posting untuk clinical practice ke?” sindir Medina lagi. Bukan main tak puas hati si Zuyyin ni.

“Kau kena pergi la?”

Correction. Kita. Ya.. kita kena pergi.”

Alamak.. lupa la pulak. Ke mana Medina pergi, Zuyyin akan ikut. Itulah syarat wajib yang Medina letakkan bila dia diarah papanya untuk bercuti ke mana-mana. Tiap-tiap kali cuti semester. Dan terima kasih pada Medina, dia dah banyak kenal tempat-tempat menarik di Malaysia ni.

Kemudian Zuyyin dengar Medina mengeluh.

“Kenapa?”

“Bosan. Dua bulan la aku kena bertapa kat pulau tu.” Medina tayang muka bosan.

Zuyyin geleng-geleng kepala. Medina ni kadang-kadang macam kena hukuman buang negeri pun ada. Tiap-tiap kali balik cuti semester, mesti kena campak ke pulau. Tak pulau, bukit. Tak bukit, hutan.

Mentang-mentanglah papa Medina ni salah seorang yang berpengaruh dalam industri perlancongan di Malaysia ni, senang-senang je Medina kena campak ke mana-mana. Alasan Datuk Azizan adalah nak Medina berjinak-jinak dengan pengurusan walaupun tak banyak. Janji ilmu tu ada walaupun Medina ni tak minat langsung dalam business. Tengoklah bidang pengajian Medina sekarang. Jauh bersimpang dengan dunia perniagaan.

“Puteri ke mana?” soal Zuyyin pula.

“Puteri lilin tu mana tahu nak keluar rumah. Nak ke mama dia lepas anak dia tu keluar pergi pulau? Takut sangat nak kena baham dengan ikan yu.”

Medina mencebik. Bila ingat balik peristiwa yang baru terjadi tadi, nak je dilenyek-lenyek kakak tiyinya tu jadi inti karipap ni. Drama entah episod berapa.

Tadi, bila papa mencadangkan supaya dia dan Puteri pergi ke Pulau Redang bersama-sama, cepat je si mama berbunyi. Alasan apa tadi ya dia guna? Oh.. cakap Puteri mabuk laut rasanya. Mabuk yang kronik, yang sampai-sampai boleh lembik satu badan kalau tak kena gayanya. Entah ya, entah tak.

Tapi bagus juga. Macamlah dia nak sangat pergi dengan Puteri. Kang tak pasal-pasal pergi berdua, balik sorang-sorang. Tak pun ada jugak yang kena tendang masuk laut nanti kalau berani cari pasal dengannya. Lagi dia rela tarik Zuyyin daripada pergi berdua dengan kakak tirinya itu.

“Seronok apa jadi kau? Tiap-tiap tahun boleh pergi melancong. Lain-lain tempat. Percuma pulak tu.”

Medina buat muka. Tak suka.

“Kau ingat aku pergi suka-suka? Aku pergi kerja tahu?” jawab Medina balik.

Memang itulah hakikatnya. Dia bukannya pergi suka-suka walaupun banyak masa adalah untuk bersuka-suka. Papa suruh dia belajar bahagian management. Kenal bagaimana hidupnya suatu pusat perlancongan. Huh.. bosan. Umur baru dua puluh dua, tapi dah kena paksa buat benda-benda macam ni.

Kenapa dia yang kena? Kenapa Puteri tak payah? Kalau bab-bab nak menyusahkan diri, masa ni la semua setuju aku je anak papa!

“Tapi.. bukan ke hari tu kau dah excited nak ke Pulau Perhentian ke?” Berhati-hati Zuyyin tanya. Takut Medina marah.

Dengar je Pulau Perhentian, terus Medina rasa kecewa. Dah takde rezeki. Nak buat macam mana? Sedih. Tapi, lain kali boleh pergi. Dah papa hantar dia ke tempat lain, nak buat macam mana?

“Dahlah.. malas aku nak cakap pasal ni. Tenangkan fikiran lagi bagus.”

    -------------

Pukul enam petang. Waktu di mana Medina suka sangat melepak di tempat kegemarannya. Tempat yang selalu dia cari bila kepala berserabut. Tak pun bila hati tengah sedih.

Taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Mata melilau tengok orang ramai yang tengah beriadah. Ada yang tengah main badminton dengan ahli keluarga. Ada yang tengah bawa anak dalam baby stroller jalan-jalan. Tak kurang juga ramai yang tengah jogging.

Jogging. Dah lama dia tak jogging. Dulu rajin. Sekarang rasa malas sikit. Tunggulah bila dia rajin nanti.

Bila sebut pasal jogging, entah kenapa boleh terbayangkan Tengku Ian. Dah hampir seminggu berlalu sejak kali terakhir mereka berdua bertemu dulu. Dan sekarang, Tengku Ian senyap tanpa berita.

Baguslah.. makbul jugak doa dia yang nak semuanya terputus. Dia tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Ku Zam dan abang angkatnya itu.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.” Entah kenapa masa ni la nak teringatkan ayat tu.

Haish… macam mana ayat tu boleh lekat dalam kepala dia? Medina geleng-geleng kepala. Kemudian kedua-dua matanya dipejamkan untuk mencari ketenangan sekejap.

“Cuma pejamkan mata, saya pasti akan muncul.” Muncul pula ayat Tengku Ian yang lain. Haipp! Apa ni?

Medina buka mata. Terkejut yang amat bila melihat Tengku Ian yang tengah tundukkan sedikit badannya supaya sama tinggi dengan Medina yang tengah duduk atas bangku itu. Wajah Tengku Ian betul-betul di depannya buatkan Medina lagi super terkejut. Terus Medina mengundur ke belakang dan..

Bukk! Medina jatuh daripada bangku itu. Melungkup dia jatuh atas rumput hijau di sebelahnya itu.

Adoi! Damn! Sakit gila tangannya sekarang ni. Malunya sebab jatuh. Tengah-tengah stabil duduk atas kerusi pun boleh tersungkur ke? Semuanya sebab terkejut gajah dengan kemunculan Tengku Ian.

Bila teringatkan Tengku Ian, Medina angkat kepala. Lagi merah muka bila nampak muka Tengku Ian yang dah jadi saksi sah dia jatuh bangku. Belum lagi pandangan semua orang sekelilingnya yang turut menjadi penonton. Malu. Malu!!

Are you okay?” soal Tengku Ian. Rasa bersalah bila Medina jatuh sebab dia. Lucu masa Medina jatuh. Tapi nak gelak tak sampai hati. Sumpah dia tak jangka sebegitu terkejutnya Medina bila nampaknya. Takkanlah nampak muka kacaknya ni dah macam mengalahkan nampak hantu?

Tengku Ian hulurkan tangan untuk tolong Medina bangun. Tapi Medina bangun sendiri tanpa menerima bantuan Tengku Ian. Medina tepuk-tepuk seluarnya. Adoi.. tangan sakit, punggung sakit. Tak pasal-pasal dapat sakit free hari ni.

“Nak suruh orang mati kejung ke apa buat macam tu? Terkejut tahu?” marah Medina. Geram bila ingatkan balik muka Tengku Ian yang berada depan mukanya tadi walaupun jaraknya takdelah dekat sangat.

Okay.. I’m sorry. Awak okey tak?” prihatin Tengku Ian bertanya. Dipandang Medina di depannya itu. Jadi apa-apa kat anak dara Datuk Azizan ni, apa nak jawab nanti? Lebih-lebih lagi kat ayahnya.

“Okey.”

Kemudian mereka bertentang mata. Mereka bertemu lagi. Kebetulankah?

And today, you fell in front of me.” Asal jumpa budak ni, mesti ada benda jatuh depan Tengku Ian.

Medina cuma diam.

And again, you’re jogging.

Anyway.. kenapa boleh sampai terkejut macam tu bila nampak saya? Atau awak memang tengah ingatkan saya?” soal Tengku Ian.

“Perasan. Daripada saya ingat awak, baik saya ingat abang handsome yang tengah jogging sana.” Medina main petik nama entah lelaki mana yang kebetulan tengah jogging melepasi mereka. Gila! Sedar tak sedar, kata-kata Tengku Ian itu ada betulnya juga.

 “Oo.. ingatkan tengah rindu nak jumpa saya. Kalau tak, memang cepat Allah kabulkan doa tu.” Tengku Ian gelak sendiri.

Apahal mamat ni? Perasan gila! Medina buat muka menyampah. Mengundang gelak sang jejaka.

Okey.. lupa! Depan budak ni, memang zon dilarang senyum gelak dan ketawa. Mood serius!

“Kenapa datang sini? Something happened again? Or again, having trouble with step sister?” Soalan yang mengundang jelingan tajam Medina.

“Kena ada masalah dulu ke baru boleh datang sini?” balas Medina balik.

Tengku Ian senyum dulu. Ya.. kalau Medina orangnya. Tapi tak pula Tengku Ian berniat untuk jawab macam tu.

“Kalau takde masalah, maksudnya memang rindukan saya la kut.” Tengku Ian gelak lagi.

“Ian.”

Gelak Tengku Ian mati. Nampak Farizzam termengah-mengah mencari nafas, berhenti di depan mereka.

“Kat sini rupanya. Dah dua round aku tawaf tasik ni, baru aku perasan aku tengah jogging sorang-sorang,” bebel Farizzam. Kemudian baru perasan Medina di depan mereka.

“Medina?” soal Farizzam. Walaupun baru sekali berjumpa dulu, dia masih ingat raut Medina.

Medina senyum tawar melihat Farizzam.

Ku Zam.

“Baru saya nampak Ku Zam. Biasanya saya nampak Ian je,” kata Medina.

Farizzam pandang Tengku Ian. Biasanya saya nampak Ian je? Bunyi macam banyak kali je dua orang ni berjumpa. Hai.. seminggu dia terbang, dah jadi macam-macam ke?

Farizzam senyum lagi.

“Saya overseas. Maklumlah, sibuk sikit. Medina buat apa kat sini?”

“Tenangkan fikiran. Kalau perasan, rumah saya dekat je dengan kawasan ni.”

“Oh, ya ke? Tak perasanlah pulak. Sebab datang sini pun, Ian yang heret.”

Farizzam gelak, Medina senyum.

Tengku Ian kat tengah-tengah hanya tengok gelagat dua orang tu. Medina bila depan Farizzam, ringan je mulut nak bercakap. Senyum pun murah. Apakah ini?

“Dah lewat ni, saya balik dululah.” Medina minta diri.

“Hati-hati.”

Take care, bye.”

Farizzam dan Tengku Ian berkata serentak. Kemudian mata mereka menghantar pemergian Medina.

Farizzam pandang Tengku Ian.

“Oo.. patutlah beria-ia heret aku ke sini. Ada janji ke apa ni?” usik Farizzam.

Tengku Ian tayang muka tak tahu.

“Janji apa? Aku pun tak sangka terjumpa Medina kat sini,” jawab Tengku Ian. Jawapan jujur. Dia sendiri terkejut tadi. Tengah-tengah jogging, tiba-tiba nampak Medina yang tengah duduk. Dia pula memang rajin nak menegur.

“Tapi kan, kenapa dia layan kau tak macam dia layan aku?” soal Tengku Ian.

Farizzam ketawa kuat.

“Apa ni? Nak tanya sikit kat tong sampah sebelah ni. Ada orang cemburu ke?” Gelak lagi.

“Bukan pasal cemburu la. Just wonder. Dia rasa selesa dengan kau. Kau tak rasa ke?” soal Tengku Ian.

“Apa nak pelik? Aku pun rasa selesa dengan dia. Macam kitorang dah kenal lama. Entahlah.”

Farizzam mula rasa dari kali pertama dia jumpa Medina lagi. Dia dan Medina bagaikan punya ikatan yang kuat.

Tengku Ian pandang Farizzam bila dia cakap macam tu. Farizzam mula perasankan sesuatu ke?

“Haha. Nonsense kan? Dahlah.. jom sambung jogging.”