Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 5 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 19)

BAB 19

Bunyi ketukan pintu serta loceng ditekan beberapa kali membuatkan Adam yang sedang sakan tergelak turut terhenti. Siapa pulak yang kacau tengah-tengah syok layan Maharaja Lawak semi-final ni? Adam bangun dari sofa empuk kondominiumnya. Pintu solid kayu jati rumahnya dibuka. Terjengul muka Tengku Aaron sambil bersandarkan sebelah tangan pada dinding. Laa.. ingatkan siapa tadi.
     

     “Tengku Aaron Shah rupanya yang takde adab mengganggu ketenangan orang pada malam minggu yang hening ni. Masuklah,” jemput Adam sambil meluaskan pintu rumahnya. Membenarkan Tengku Aaron untuk menjejakkan kaki atas lantai rumahnya.

     Tengku Aaron hanya mengikut. Adam mengekori Tengku Aaron selepas merapatkan daun pintu rumahnya.

     “Kau tengah buat apa tadi?” soal Tengku Aaron.

     “Layan Maharaja Lawak. Sakit perut aku dengan kumpulan Sepah ni.” Adam tak habis ketawa.

     “Tak keluar ke? Makan maggi je? Gaya hidup tak sihat la kau ni,” tegur Tengku Aaron bila melihat cawan maggi perisa kari yang terletak di atas meja kopi. Sudah separuh terusik.

     Adam senyum. Sejak bila pulak ambil course dietetic and nutrition ni?

     “Malas aa nak keluar. Takpela.. lagi pun, lama gila aku tak makan maggi. Rasanya kali terakhir aku layan masa kat Kolej Generasi Bitara la. Perghh.. dah lebih sepuluh tahun.”

     Tengku Aaron turut tergelak. Rindunya zaman sekolah. Betapa nakalnya mereka dulu. Dia dan Adam sama-sama lulusan Kolej Generasi Bitara, kolej swasta berasrama penuh yang dibangunkan beberapa tahun dahulu. Yang hanya menempatkan lulusan lepasan PMR yang cemerlang dan kebanyakannya dari golongan berada. Di situlah juga dia mengenali Adam Hariz yang juga merupakan anak pemilik kolej itu. Banyak kenangan indah terlakar. Semuanya disinari dengan keindahan makna persahabatan. Di situlah dia kenal Faris Rezza dan Taufiq Hakim. Termasuk Tengku Andrean, mereka semua memang rapat dulu.

     “Tiba-tiba rasa rindu dengan GB. Boleh aku rasa sikit?” soal Tengku Aaron. Belum pun Adam mengizinkan, Tengku Aaron dah sambar cawan maggi Adam.

     “Tadi senang je bagi lecture free kat aku, kan?” sindir Adam. Tengku Aaron tersengih. Gara-gara bangkitkan nama Kolej Generasi Bitara, dia jadi rindu dengan semuanya. Makan maggi sebab stay up sampai malam gara-gara nak SPM masih terasa lagi. Kenangan yang sangat manis.

     “Anyway, apa hajatnya kau lepak sini? Jangan cakap kau tersalah drive sini sudah,” soal Adam.

     “Boringla aku dok rumah tu. Suzy ajak aku pergi clubbing. Tapi, malaslah.”

     “Kenapa tak pergi?” Adam ingin tahu.

     “Bawak-bawakla insaf sikit. Aku dah nak jadi suami orang dah esok.”

     Adam tergelak.

     “Alhamdulillah kau masih sedar lagi.”

     Ya.. Tengku Aaron sedar yang dia akan berkahwin esok. Esok.. tiba-tiba dia tergelak sendiri. Kelakar betul. Sedar tak sedar, orang macam dia akan berkahwin juga. Dengan seseorang yang bukan pilihan hatinya. Jadi, tak pelik jika dia tak rasa gembira untuk bergelar suami orang.

     “Besok..” Tengku Aaron megulang perlahan.

     “Dam..”

     “Hmm..” Adam yang tengah menyuap maggi menyahut.

     “Kalau aku nak cancel wedding masih sempat, kan?” soal Tengku Aaron selamba.

     Soalan selamba itu hampir membuatkan Adam tercekik maggi. Terbatuk-batuk Adam mencari air. Pedih gila rasa tekaknya. Berasap sampai ke telinga.

     “Jangan buat gila, Aaron.” Adam letak cawan maggi atas meja.

     “Mesti kau terkejut, kan? Aku masih waras la.” tengku Aaorn sengih.

     Adam menarik nafas lega. Aaron ni buat adrenaline aku kerja overtime la. buat terkejutkan orang je dia ni! Kepala Tengku Aaron bukan boleh dikut sangat. Kalau itu keputusannya, memang itulah keputusannya. Takkan dapat siapa mengubah. Keputusan pulak selalu dibuat secara drastik dan mengejut.

     “Mesti la aku terkejut. Bukannya aku tak kenal kau. Keputusan dibuat tak pernah fikirkan orang lain,” selamba Adam mengutuk.

     “Aku tak teruk macam tulah!” Tengku Aaron tak berpuas hati. Sedap je si Adam ni kutuk orang.

     “Kes Damia ni contohnya?”

     “Tu kes yang tak boleh diselesaikan dalam mahkamah. Kes yang dikuarantinkan,” senang Tengku Aaron jawab.

     “Suka hati kau la, Aaron. Aku cakap dengan kau ni memang aku tak pernah betul.” Adam mengalah.

     “Aku pun reti berfikirla sebelum buat keputusan. Dah tahu risikonya,” kata Tengku Aaron lagi.

     “Hanya kau sorang je yang mampu tanggung risiko,” bidas Adam.

     “Wei.. apa buat kempen tunjuk perasan dalam diam ni?” Tengku Aaron tak puas hati. Adam tergelak.

     “Mana adalah. Aku gembira kalau kau gembira. Cuma aku nak nanti kau layan la Damia selayaknya seorang isteri. Kena fikirkan jugak perasaan dia yang memang taknak kahwin dengan kau tu.” Ikhlas Adam memberi nasihat. Dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

     “Habis, ingat aku nak sangat kahwin dengan dia?”

     “Yang kau nak kahwin jugak dengan dia kenapa?” Adam bidas balik.

     “Kau ni patutnya berguru dengan Taufiq. Kerja dekat firma guaman dia. Aku rasa dah masanya kau resign jadi aeronautic engineer.” Adam ketawa dengan kata-kata kawannya itu.

     “Aku akan pertimbangkannya.” Adam layan lawak bodoh Tengku Aaron.

     “Kahwin je pun. Akad nikah, habis,” senang Tengku Aaron berkata.

     “Senangnya hidup, kawan. Ingat takde tanggungjawab ke lepas kahwin? Lagi berat adala. Dosa isteri pun kau yang tanggung kalau isteri kau langgar hukum. Nak buat semua benda, mesti fikirkan isteri dulu. Kahwin dengan Damia maksudnya kau kahwin dengan keluarganya juga. Sebab tu lah aku nak kau jaga isteri kau nanti elok-elok. Penat-penat mak ayah Damia besarkan anak dorang jadi sampai sekarang, tiba-tiba masa depannya hancur dengan kau. Cuba kau fikir apa hati seorang mak dan ayah bila tahu nasib anaknya macam tu. Just imagine like your beloved Ammelisa is on the same boat as Damia. What will your mum and dad feel?” panjang lebar Adam berhujah.

     “Aku tengah dengar pembicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati ke ni? Betulla kau kena jadi peguam, Adam.” Tengku Aaron ketawa kuat.

     Namun nasihat Adam meresap jauh dalam hatinya. Ada betulnya kata-kata Adam. Niat sebenar dia berkahwin hanya dia saja yang tahu. Adakah terlalu kejam dia mengatakan yang dia berkahwin kerana dendam cinta yang tak kesampaian? Adakah terlalu melampaui batas jika dia mengatakan perkahwinannya adalah untuk menunjukkan dia adalah seorang lelaki yang boleh mendapat pengganti yang lebih baik dan tak terusik pun dengan kekecewaan cinta pertama? Adakah terlalu pentingkan diri sendiri jika mengatakan perkahwinannya untuk memabalas segala pengkhianatan Tengku Andrean dan Seri Husna dan menunjukkan dia tidak pernah tewas?

     “Aku serius la.”

     “Sekarang aku tau kenapa kau tak kahwin lagi sampai sekarang.” Adam gelak.

     Tengku Aaron tengok jam pada pergelangan tangan kirinya. Dah hampir pukul 1.00 pagi.

     “Kay la, Dam. Aku nak balik dulu. Nak hafal lafaz kabul masa menghadap Tok Kadi esok. Takut tergagap-gagap pulak.” Tengku Aaron bergurau. Disambut oleh senyuman nipis Adam.

     “Good luck, kawan. Rasanya tak terlalu awal kalau aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia sehingga tujuh keturunan.” Tengku Aaron tergelak lucu.

     “Hiperbola la tu. Aku dah wassaalam sebelum sampai tujuh keturunan. Anyway, thanks Adam,” ucap Tengku Aaron.

     “What for?” kening Adam berkerut.

     “For the delicious maggi.”

     “Mangkuk.. kebulur aku sebab share dengan kau.” Mereka sama-sama tergelak.

4 comments:

  1. best!! sukanya lahai dengan tengku aaron ni...saya rasa macam saya dalam dunia dorang sedang memerhati setiap langkah mereka ni!

    tahniah writer! watak mereka hidup...hihihi

    ReplyDelete
  2. Nak kawen ngan playboy mcm Tengku Aaron laa . Mesti best

    ReplyDelete
  3. Adam stylo lah! Sporting ngeh . XD

    ReplyDelete
  4. This story very very best

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )