Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 July 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 10)

BAB 10

“Aunty mintak maaf dengan sikap Deena yang agak melampau tadi.”

     Ketika tu aku berdua dengan Aunty Fatmah di dapur. Aku sedang mencuci pinggan mangkuk lepas breakfast tadi. Aku senyum pandang Aunty Fatmah.

     “Dia memang macam tu ke? A bit spoiler?” Aku soal Aunty Fatmah dengan selambanya. Direct.

     “Macam tu la, Qisya. Deena memang macam tu kat mana sekali pun. Aunty tak berani nak marah dia sebab mama dia sendiri pun tak pernah berani angkat suara dengan dia. Selagi boleh mengalah, seagi tulah terpaksa mengalah.”

     Aunty Fatmah mengeluh panjang. Aku yang mendengar hanya diam. Aku tutup pili air. Tangan dilap pada tuala yang tergantung di tepi cabinet dapur. Kemudian, aku ambil tempat di sisi Aunty Fatmah. Patutlah minah tu perangai menjadi-jadi. Ditatang bagai minyak yang penuh dari kecik lagi rupanya. Ni bukan penuh dah. Tapi dah melimpah ruah dah! Kalau mak sendiri tak boleh nak tegur, macam mana la orang lain nak tegur?

     “Sya tak ambik hati pun, Aunty. Sya tak layanlah perangai immature macam tu,” kataku.

     Aunty Fatmah genggam tanganku.

     “Aunty lega dengar Sya cakap macam tu.”

     Aku sengih. Memang aku tak ambik hati dengan minah tak cukup sifat tu. Tapi, tak bermakna aku terima dengan redanya apa yang dia buat. Macam heroin Malaya yang berlagak baik, dan berpegang pada prinsip biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang? Wei.. Zaman dah berubah la! Prinsip aku pulak, kalau orang buat kita, kita kena banyak bersabar. Tapi, ada masa kena buat jugak dia tahu yang Bumi dia hidup ni bukan untuk dia sorang je! Ni bukan bawang merah yang pasrah je kena buli. Ni lengkuas la! Cukup masa, tahulah apa aku buat nanti. Memang aku tadikakan dia balik. Meh sini Cikgu Qisya ajar kelas tatatertib sikit. Hehe.. aku sengih jahat.

     Aunty Fatmah tak perlu tahu niatku. Tak penting pun. Orang lain mungkin tak berani cari pasal dengan Deena. Tapi bukan aku. Aku bukannya kaum kerabat dia yang takut terputus hubungan kekeluargaan. Kalau aku cari pasal pun, Aunty Fatmah nak marah aku ke? Aku rasa tak. Orang lain selain keluarga aku berani marah aku ke? Aku rasa tak. Sekali pun minah tu nak hantar pasukan serang aku, aku ada abang dan papa sebaggai benteng pertahanan. Saper berani cari pasal dengan majistret? Hehe.. baru rasa bangga jadi anak majistret. Jadi, kadang-kadang kena jugak buatkan sepupu kesayangan Izz tu berpijak di bumi yang nyata. Heh! Tunggu jela. Strategi dah macam-macam dah dalam kepala ni. Tunggu nak dilancarkan je.

     Maaf ek aunty kalau menangis-nangis anak sedara kesayangan aunty gara-gara Sya. Heh!

     --------

“Kakak…” Panggilan Hafiy yang berlari-lari ke dapur membuatkan rancangan jahat dalam kepala terbang entah ke mana. Aku senyum pada Hafiy.

     “Jomlah keluar jalan. Jomlah.. jomlah..” Hafiy melompat-lompat sambil menarik tanganku. Adoi.. nasib baik la otot bahu aku ni agak kuat jugak. Kalau tak boleh dislocate bahu aku.

     “Dah nak pergi ke?” Aunty Fatmah bertanya pada cucunya.

     “Iya.. daddy dah panggil. Daddy cakap nak tengok ikan kat KLCC. Hoorey.. jomla kakak.” Hafiy seronok menarikku.

     “Ya.. ya.. kakak datang.”

     Hafiy menarik tanganku. Aku hanya mengikut arah tanganku ditarik. Nasib baiklah aku memang dah siap dari pagi tadi lagi. Aku salam Aunty Fatmah.

     “Kita ke bilik kakak dulu. Nak ambik handbag.”

     Lepas ke bilik aku, Hafiy heret aku ke ruang tamu. Aku nampak Izz sedang bercakap-cakap dengan Deena.

     “Jomlah daddy. Kakak dah siap. We’re ready.” Hafiy lepaskan tanganku. Kini, tangan daddynya pula yang menjadi mangsa.

     “Eh, dah siap ke?” soal Izz padaku. Mungkin maksudnya aku kena make up dulu sebelum keluar kot. Malaslah. Aku ni pun bermekap ikut mood. Haha.. Aku sengih.

     “Dah.. tak perlu tampal cat sebab nak putihkan muka. Natural sudah.” Aku jawab senang.

     “Wait.. wait.. you all nak ke mana?” Deena menyampuk.

     “Dating dengan abang Haikal la. Apa lagi?” Aku jawab selamba. Sengaja aku sabdu cukup-cukup pada perkataan Abang Haikal tu. Tersenyum Izz mendengar kata-kataku. Apa senyum-senyum. Nak makan penampar ke?

     “What.. Is this true?” suara Deena dah high pitch.

     “Hmm.. Keluar jalan-jalan ronda KL. Lama tak bawa Hafiy keluar,” jawab Izz. Macam mengiakan yang kitorang pergi dating walaupun bawak Hafiy.

     “Deena nak ikut boleh?” Deena menggoda manja. Lengan sasa Izz dipaut kemas.

     Eee.. bengang pulak hati tengok filem free depan mata. Sikit-sikit nak pegang. Sikit-sikit nak paut minah ni. Ingat tengah peluk tiang lampu ke? Menyampah betul! Hish.. menyemak je la minah ni! Sibuk je la. Nak je aku cakap tak boleh tapi siapalah aku?

     “Jangan nak pegang-pegang abang boleh tak?” Izz rungkaikan pautan tangan Deena padanya. Sedepa muncung ditarik buat aku nak gelak. Aku tahan. Adoi.. kesian betul. Peluk pada orang tak sudi, macam tulah! Cuba peluk pokok jambu air kat depan rumah sana. Mesti tak jadi macam tu. Haha..

     “Deena nak ikut boleh tak?” Deena tanya lagi.

     “Nak ikut, ikut je la. Abang kata tak boleh pun mesti Deena ikut jugak, kan?” mendatar Izz berkata.

     “Yes.. sayang abang.”

     “Don’t do that please. I don’t like it.” Izz sempat mengelak bila Deena cuba memeluknya. Nampaknya macam Izz dah boleh baca dah dengan perangai Deena.

     “Hafiy, mind if Kak Deena comes with us?” Izz tunduk memandang anaknya. Muka Hafiy aku tengok dah masam.

     “Cannot. I don’t like her. I only want kakak to come with us. I like kakak.” Hafiy menjawab dalam muka masamnya. Kali ni aku tengok muka Deena pulak yang berubah jadi jeruk. Mencerun mata pandang Hafiy. Pandangan yang macam bawa maksud, Hish, budak ni! Kalau takde abang Haikal, memang aku terajang sampai Afrika!

     Dalam hati aku simpan senyum. Gembira sebab Hafiy suka aku. Haha.. Sekarang ni, aku tak tahu sama ada Izz nak pujuk Hafiy atau Deena. Ke aku pulak yang kena merajuk? Ahaks!

     “Hafiy, janganlah macam ni. Be a nice boy?” Hafiy masih masam muka.

     “Abang, Deena nak ikut,” rengek Deena tak habis-habis lagi. Geli betul aku tengok. Eee…

     “Hafiy, jangan merajuk lagi, okay? Daddy janji nanti daddy beli toys baru kat Hafiy.”

     Dah macam-macam janji Izz taburkan pada Hafiy yang masih lagi merajuk. Lama sangat la negotiation ni terjadi. Lenguh lutut aku nak berdiri. Si minah gedik ni pulak, tahu Hafiy taknak dia ikut tapi tetap mengedik-gedik nak ikut. Apalah.. Kalau aku, dah tahu orang taknak memang aku takkan terhegeh-hegeh. Nampak gayanya aku pulak la kena pujuk Hafiy.

     “Lelaki macho tak kuat merajuk. Nanti awek tengok, lari,” kataku selamba. Hafiy pandang aku. Dia terus senyum.

     “Mana ada Hafiy merajuk la, kakak. Jom.. Hafiy dah tak sabar nak tengok ikan.” Hafiy heret tangan aku.

     Aku sengih pada Hafiy yang sedang menarik aku ke kereta daddynya. Sempat aku nampak Izz pandang aku tak percaya sebab dengan satu ayat je aku dah dapat pujuk anak dia. Haha.. tengok mulut aa! Terror tak aku? So, kalau nak pujuk Hafiy, memang biasanya aku guna ayat tu.

     Aku hanya dengar mulut Hafiy yang becok bercerita tentang itu dan ini. Gembira sakan dapat keluar. Aku hanya senyum. Lain betul layanan Hafiy untuk aku dan orang lain. Baru rasa bertuah sebab dah berjaya tawan hati Hafiy. Kalau tengok gaya Hafiy layan aku, tak nampak langsung dia seorang budak yang nakal.

     Izz datang ke arah kami.

     “Hafiy dah salam dengan nenek dan atuk ke?” soal Izz. Hafiy sengih sebelum tepuk dahi. Comel betul dengan snow cap dia tu.

     “Alamak.. lupalah!”

     “Haa.. pergi salam dengan nenek dan atuk dulu.”

     “Okeh, bebeh!” Hafiy tabik pada Izz.

     Izz semacam terkejut dengan kata-kata Hafiy. Manakala aku pula cuba sorok senyuman. Nak tahu macam mana Hafiy boleh tahu nak buat macam tu? Akulah sifunya. Trademark aku tu.. Haha!

     “Macam-macam budak ni.” Izz geleng kepala melihat kerenah Hafiy yang terkocoh-kocoh berlari meninggalkan kami. Maka, tinggallah berdua aku dengan Izz.

     “Mana Deena?” soalku pelik bila Deena yang selalu bertempek dengan Izz tiada bersama Izz.

     “Tengah mekap. Nampak gaya macam kena tunggu sejam lagi la kot.” Izz mengeluh. Aku ketawa. Izz cuma senyum melihat aku yang ketawa.

     “Sorry dengan apa yang terjadi kat meja makan tadi. Tak patut Deena buat awak macam tu.” Izz minta maaf.

     Tadi, Aunty Fatmah dah minta maaf. Sekarang ni Izz pulak. Adoi.. kalaulah tuan punya badan yang minta maaf mesti ada faedahnya jugak. Aku hanya senyum.

     “Sepupu awak tu memang..” Aku pusingkan jari telunjuk pada tepi kepalaku.

     “Apa maksud awak?”

     “Otak tak berapa centre?” selamba aku cakap. Izz ketawa.

     Eh.. eh dia ni! Aku kutuk sepupu alias makwe dia tapi dia boleh ketawa?

     “Apa yang kelakar?”

     “Awak la yang kelakar. Selalu buat saya nak gelak je dengan perangai awak. Now, saya tahu kenapa Hafiy sayang sangat dengan awak.”

     Berkerut kening aku. Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak. So, apa yang kelakar? Apa pulak kaitannya kelakar dengan Hafiy sayang aku?

     “Awak ketawa je bila saya kutuk girlfriend awak tu?” soalku pelik.

     “She’s not my girlfriend, okay. Just cousin.” Dia betulkan kata-kataku.

     “Dia beria-ia cakap awak bakal suami dia. Aunty Fatmah pun tak bantah. Ya la tu kot.” Aku teka. Aku nampak dia senyum pahit.

     “Dia je yang rasa macam tu. Saya tak pernah setuju pun. Beri harapan jauh sekali. Lagipun saya tak cintakan dia.”

     Isu Deena terus dilupakan bila tuan punya badan dah datang. Uih… bulat mataku tengok minah tu. Oit.. ingat nak pergi tengok American Idol? Mak oi pakaian.. aku boleh kira berapa banyak percentage yang tertutup dengan yang tak tertutup. Sekilometer dah bau minyak wangi dia. Nak terbatuk-batuk aku. Nasib baiklah aku takde asma. Kalau tak dah wassalam aku. Aku tengok Izz geleng kepala melihat perangai sepupunya.

     “Sorry.. I’m late,” sapa Deena manja pada abang Haikalnya. Dia pandang aku.

     “Kau pakai macam ni je? Huh.. buat malu abang Haikal je. Tak up to date langsung.” Deena mencebik. Aku tahan geram.

     Hih.. minah ni! Nak kena sepak agaknya mulut tu. Nak menghina orang pulak! Habis tu nak aku pakai macam dia? Kita dok Malaysia la kakak. Suhu panas. Iklim khatulistiwa. Kalau nak tahu, iklim khatulistiwa tu suhu panas dan lembab sepanjang tahun. Maksudnya, matahari atas kepala kalau dah tengah hari. Tak belajar Geografi ke? Kalau dah panas, nanti kulit senang terbakar. Kalau pakai macam kau, alamaknya jadi BBQ la kulit aku. Aku sayang kulit la wei. Kalau kulit putih aku ni gelap macam mana? Tak fikir langsung minah ni!

     “At least takdelah kulit terdedah panas lepas tu jadi macam tahi cicak. Tangan hitam, muka putih,” kataku selamba. Jahat betul mulut aku hari ni.

     “Kau kutuk aku ke?” Deena dah terangkat.

     Aku tetap tenang. Bahu diangkat. Eh, terasa ke?

     “Kau ni..” Deena dah macam nak tampar aku. Ingat aku takut ke? Aku ni blackbelt tae kwon do, tahu tak? Karang menyesal pulak kau kena dengan aku!

     “Izz..” panggilku.

     “What did you call him?” kuat suara Deena marah aku.

     Aku garu kepala yang tak gatal. Apa pulak perempuan ni? Aku panggil Izz pun nak mengamuk ke? Bukannya aku panggil sayang atau honey pun. Tak faham la aku dengan sepupu Izz sorang ni.

     “Abang.. Kenapa dia panggil Izz. Dulu Deena nak panggil abang Izz, abang cakap panggilan tu hanya untuk orang-orang yang special dekat abang je. Sebab tu abang suruh Deena panggil abang Haikal.”

     Aku pandang Izz. Terus tak jadi apa yang aku nak cakap dekat Izz tadi. Apa pulak ni? Isu nama pun dibesar-besarkan ke? Apa salahnya Izz atau Haikal? Dua-dua nama dia. Lainlah kalau aku panggil Cristiano Ronaldo. Ada betulnya jugak kalau nak mengamuk. Aku pelik betullah!

     “Enough, please! Deena, behave yourself. Kalau cari pasal lagi, abang tak bagi Deena ikut!” Izz jadi orang tengah. Pening kepala agaknya dengan perangai sepupu dia tu.

     “Kenapa Deena pulak? Dialah yang tak payah ikut.” Deena tak puas hati.

     “Sebab, asal-asalnya abang memang janji nak keluar dengan Hafiy dan Qisya. And now, kalau Deena nak ikut, please..” Izz bertegas. Aku bersorak dalam hati. Tak sangka pulak dibela Izz. Makin panas hati minah depan ni.

     “Huh.. benci la abang ni! Report kat Mak Long la macam ni!” masam muka Deena. Kaki report stand rupanya minah ni.

     Izz angkat kening tanda tak kisah dengan kata-kata Deena.

     “Yala.. yala..” Deena mengalah.

     “Daddy.. dah salam dengan atuk dan nenek. Jom pergi tengok ikan!” Hafiy kembali muncul. Tangan Izz dipegang.

     “Jom..” Izz layan Hafiy.

     “Kakak, let’s go.” Hafiy tarik tangan aku pula.

     “Ya.. let’s go.”

     Muka Deena dah masam sebab dia macam tak wujud je dalam suasana harmoni antara aku, Izz dan Hafiy.

     “Hish.. tepilah!” Deena tolak aku yang berdiri depan pintu kereta penumpang bahagian depan. Kurang asam kau, perempuan! Nasib baik tak terguling aku jatuh sebab kena tolak. Nasib baiklah aku sempat seimbangkan badan. Kalau aku jatuh, memang sujud ke bumi jugak minah tu nanti.

     Deena ingin membuka pintu kereta penumpang bahagian depan. Ek ena.. ingat aku nak rebut sangat dengan dia. Boleh blah la!

     “Tak boleh! Kak Deena tak boleh duduk sini.”

     “Pasal apa pulak tak boleh?”

     Aku dengar Hafiy dan Deena bergaduh. Hafiy mendepakan tangannya di depan pintu kereta. Menghalang Deena yang nak masuk. Oo.. Hafiy nak duduk depan rupanya!

     “Sebab kakak kena duduk depan dengan daddy.” Nak ternganga aku dengar. Kakak tu aku ke? Aku?

     “Pedulilah.. tepilah, budak!” Deena berdegil. Dia cuba tolak Hafiy.

     “Tak bolehla!” marah Hafiy. Hafiy lawan.

     Hafiy sepak kaki Deena. Auch.. aku tengok pulak yang rasa sakit. Aku tahu rasanya macam mana. Sakit tu! Haa.. kan dah kena satu! Nak bergegar satu taman perumahan ni dengan jeritan Deena. Nasib baik ada Izz. Kalau tak rasanya dah mati Hafiy kena cekik dengan perempuan tu.

     “Hafiy! Jangan buat macam tu lagi. Kalau tak, daddy cancel nak keluar hari ni!” suara Izz bagaikan beri amaran. Tegas!

     “Dia ni. Rebut tempat kakak!” Hafiy mengadu.

     “Dah Hafiy. Biar je Kak Deena duduk depan, okay. Kakak nak duduk belakang. Duduk belakang dengan kakak jom. Boleh kita main, kan?” aku bersuara akhirnya. Kesian Hafiy kena marah. Memang aku taknak duduk depan. Macam budak kecik je la nak rebut-rebut ni. Aku tak kisah dah dengan Deena yang terkinja-kinja macam beruk menang loteri bila kemenangan jadi miliknya. Dia masuk dalam kereta.

     “Hafiy…” panggil Izz. Kali ni suaranya lembut bagaikan ingin memujuk.

     Hafiy datang peluk kakiku.

     “Daddy marah Hafiy. Daddy tak sayang Hafiy dah. Hafiy nak kawan dengan kakak je.”

     Aku pandang Izz. Dia dengar apa yang Hafiy cakap tapi hanya menggeleng-geleng kepala. Hafiy merajuk. Adoi.. penat pulak aku nak pujuk budak ni. Tak pasal-pasal rosak mood baik budak ni.

     “Dah.. jom pergi. Kakak tak sabar la nak tengok ikan. Jom. Dah senyum. Tak handsomela buat muka macam tu.” Aku pujuk Hafiy. Tangannya aku tarik masuk kereta. Dah sepuluh minit perjalanan tapi Hafiy masih senyap. Sah merajuk tak hilang-hilang lagi!

    ----------------

Aku pandang jam di tangan. Mana pulak la si Izz ni pergi? Tinggalkan aku, Hafiy dan Deena. Si minah tu terkipas-kipas mukanya dengan tangannya. Aku tak tahu apa yang panasnya sedangkan aircond dah terpasang. Hafiy pulak marahnya pada Izz tak hilang-hilang lagi. Kenapalah si Izz ni tak pujuk-pujuk anak dia ni? Hish.. tak faham aku.

     “Sorry..” Izz dah datang.

     “Mana pergi?” soalku.

     “Mana abang pergi ni? Deena tak suka la berdiri kat sini. Macam nak mintak sedekah je..”

     Aku jeling Deena. Aku rasa dia ni, kalau Allah takdirkan bisu ada baiknya jugak! Keluar  suara asyik nak sakitkan hati orang je. Orang tengok handbag Coach kau tu, orang pun taknak bagi sedekah la. Aku geleng kepala.

    “Sorry.. rasa laparlah pulak. Ada yang nak cheese cake tak?” Izz tayang satu kotak kek di depan kami.

     Aku senyum. Cheese cake.. Aku tahu yang Izz nak pujuk Hafiy.

     “Erghh.. takkan nak makan tengah-tengah ni kot? At least cari la food court.” Deena menjulingkan matanya ke atas.

     “Hmm.. macam sedap je cheese cake. Kan Hafiy? Yummy.” Aku umpan Hafiy. Aku dan Izz langsung tak endahkan Deena.

     Hafiy pandang kotak cheese cake. Nampak gayanya umpan macam dah nak kena.

     “Hafy nak?” soal Izz. Hafiy senyap. Tapi mata pandang kotak kek.

     “Kalau taknak, daddy habiskan,” ugut Izz.

     “Hafiy naklah!” dalam muka masam Hafiy jawab. Aku senyum sendiri. Merajuk-merajuk pun tetap comel.

     “Kalau nak, kena cium pipi daddy dulu.” Izz tundukkan mukanya.

     “Cepatlah Hafiy, kakak lapar ni,” gesaku.

     Hafiy cium pipi Izz lambat-lambat. Izz ambil peluang untuk peluk Hafiy. Dia geletek Hafiy. Terkial-kial Hafiy cuba untuk lepaskan diri daripada Izz.

     “Janganlah, daddy. Gelilah..” Dalam marah, Hafiy ketawa. Izz lepaskan Hafiy.

     “Jomlah makan..” ajak Hafiy. Nampak macam dah tak merajuk dah. Aku senyum lagi. Okey.. cara lain untuk pujuk Hafiy adalah guna cheese cake.

     “You guys seriously wanna eat here?”

     Oh.. lupa! Ada makhluk lain rupanya bersama kami. Deena bersuara bila tak puas hati dengan kami yang dah duduk di kaki lima.

     “Yup.. any problem?” soal Izz.

     Deena buat muka. Apa ke hal perempuan ni? Apa nak malu makan di kaki lima macam ni? Bukannya kami je yang buat. Lagi.. bukannya makan tengah-tengah jalan raya. Kami tak pedulikan Deenaa, terus makan dan terus layan mulut Hafiy yang makin becok bercerita.

     --------

“Kakak.. that’s shark. That’s shark, kakak. So big..” Hafiy menunjukkan rasa gembiranya bila melihat seekor jerung yang berenang melepasi kepala kami. Aku turut teruja. Waa.. sepanjang hidupku, tak pernah pulak terlintas nak datang sini. Papa ada ajak, tapi aku dan abang buat bodoh je. Bagi kitorang, apa yang seronoknya tengok ikan? Akuarium rumah pun ada.

     Tapi aku salah. Datang sini umpama berada dalam dasar lautan. Aku patut ajak abang datang sini. Dia taknak, nantilah aku heret. Dalam aku tengah excited, ada sorang tu ha yang tak pernah-pernah nak gembira sepanjang masuk tempat ni.

      Aku jeling Deena. Entah apa yang dia membebel. Aku pun tak larat nak ambil tahu.

     “Daddy, shark eats people, right? I saw in a movie,” soal Hafiy pada daddynya pulak.

     “A’aa.. tahu kenapa shark makan orang?” Izz tanya balik.

     “Because it is a carnivore?”

     “Clever boy.”

     “Daddy, ikan besar yang macam kipas tu apa?”

    “Tu ikan pari.”

     Aku hanya pandang sesi pembelajaran tu.

     “Waa.. sini ada macam-macam ikan la. Kan, kakak?”

     “A’a..”

     “Tapi, Hafiy tak nampak pun ikan duyung?” Hafiy pandang aku.

     Nak rebah aku dengar. Terkejut. Adoi… dah terpengaruh dengan filem apa pulak dah budak ni? Apa aku nak jawab ni.

     “Daddy, is there any mermaid here?” Hafiy pandang daddynya pulak.

     Aku nampak dua orang gadis di sebelah tersenyum. Lucu dengan pertanyaan luar alam Hafiy kot.

     “Mana ada duyung dalam dunia ni, Hafiy,” jawab Izz.

     “Habis kakak cantik yang jadi duyung tu tak ada la?” Hafiy tanya lagi dengan polosnya. Aku tersenyum sendiri. Kakak cantik.. Cerita apa pulak dah.

     “Yup, Hafiy. Mermaids don’t exist.”

     “Comel betul budak tu. Geram aku tengok.”

     “Tengok bapak dia la. Handsome kot. Entah-entah memang anak mat salleh.”

     Aku sempat dengar perbualan dua gadis itu. Bila aku berpaling, mereka senyum. Aku hanya balas senyuman mereka. Dalam hati, memang aku mengiakan kata-kata mereka.

     “Abang.. lambat lagi ke dalam ni?” soal Deena. Dia tayang muka bosan.

     “Hafiy still nak tengok ikan. Kejap lagi kita keluarla,” jawab Izz.

     “Abang, lepas ni kita masuk shopping mall nak? Deena nak shopping la.”

     “Iya.. nanti kita masuk kejap.”

     --------

Huh! Bukan kejap. Dah nak dekat sejam kami ronda dalam Suria KLCC ni. Hantu shopping betul minah ni! Lenguh dah kaki aku jalan ikut minah tu. Nasib baik aku tak pakai heels. Kalau tak, memang aku ketuk dah kepala dia. Satu pun dia tak beli lagi. Nak sepak je aku rasa minah ni. Habis kedai dia masuk, keluar tangan kosong. Apa pulak la dia cari?

     “Deena. Could you please faster?” soal Izz. Mungkin dah tak tahan jadi dayang tak bergaji Deena.

     “Ala.. kejaplah, abang. Deena tak cari lagi apa yang Deena nak.”

     “Daddy.. Hafiy penatlah. My legs are hurt.” Hafiy mengadu. Jangankan budak. Yang mak budak ni pun dah nak longgar dah skru. Aku memang kalahla kalau bab shopping dengan minah ni.

     “Come to daddy, Hafiy. Let me carry you.” Izz dukung Hafiy.

     Kami ikut Deena lagi. Kali ini dia masuk dalam satu butik. Huh.. sekali lagi? Deena belek blouse tak cukup kain bersama pelayan kedai tu. Aku hembus-hembus sikit biar apa yang dicarinya jumpa.

     “Abang, cantik tak?” Deena tayang blouse merah pada Izz.

     “Cepatlah, Deena. Hafiy dah penat ni.” Aku nampak Hafiy dah layu di bahu Izz. Manakala aku pulak senang jadi pemerhati dari tempat dudukku.

     “Ala.. cakaplah. Cantik tak?”

     “Ya.. cantik.” Izz nampak dah bosan hanya iakan sahaja.

     Deena capai pulak baju oren di sebelahnya.

     “Mana yang lebih cantik? Yang ni ke, yang ni?” soal Deena lagi.

     Ya Allah.. aku yang tengok pulak rasa sakit hati. Aku campak dalam tasik Titiwangsa baru tahu. Minah ni… sabarkan hati aku, ya Allah!

     “Take both. Senang cerita.”

     “Okey..” Deena nampak gembira. Dia serahkan baju-baju tu pada Izz.

     “Pay.” Izz angkat kening.

     “Baju Deena, bayar sendiri la.” Izz tak puas hati.

     “Abang ni. Dengan Deena pun nak berkira ke?”

     “Yalah.. kira.” Putus Izz. Dah malas nak layan Deena agaknya.

     “That’s why I love you, abang Haikal.” Deena seronok.

     “You have a very gentlemen husband,” kata salesgirl tu tiba-tiba. Berpandangan seketika Izz dengan Deena. Deena senyum malu. Aku yang dengar turut terangkat kening. Apa buta ke salesgirl tu? Apa yang gentlemennya kalau Izz taknak bayar pada mulanya? Huh.. dasar nak bodek pelanggan.

     “Thanks. You memang pandai beri pandangan,” puji Deena. Mesti dah kembang hidung empat inci bila orang ingat dia isteri Izz.

     “Whatever it is, this si my son. But, sorry to dissapoint you. She’s not my wife. Not even my girlfriend. Just my cousin,” tegas Izz.

     “Oh, sir. I’m sorry.”

     “Apa abang ni. Malukan Deena pulak.” Muka Deena dah masam.

     “Sekarang, abang nak bayar. Sya, can you please carry Hafiy for couple of minutes?” Izz panggil aku.

     Aku bangun sebelum merapatinya. Hafiy bertukar dukungan.

     “Okey tak ni? Boleh dukung ke?” soal Izz.

     “Boleh je. Kejap je kan?” jawabku. InsyaAllah aku larat dukung Hafiy. Berat kot.

     “Don’t stand. I know Hafiy is heavy for you. Duduk dulu. Nanti saya datang balik.” Aku angguk. Izz ambil wallet dari poket belakang seluar geansnya. Mastercard dikeluarkan.

     “Guess this is your wife?” Salesgirl tu sekali lagi buat andaian. Aku heran betullah! Tugas salesgirl ni memang jaga tepi kain orang ke?

     “I’m 22. Do you think that I’m a mom of a five year old kid?” soalku balik.

     “What a surprise. Both of you look so sweet. I think you’re his girlfriend at least.”

     “Tu bibik la. Banyak tanya pulak. Tadi cakap lain. Sekarang cakap lain. Cepatlah. Orang nak bayar tu!” Deena bengang. Nak tergelak aku tengok. Memang betul pun kata-kata Deena tu. Tapi hati aku membara jugak bila dia cakap aku bibik. Wei.. aku ni bakal engineer, tahu? Ingat aku ni memang orang gaji sepenuh masa ke?

     “Err.. sorry. Sorry.”

     Salesgirl itu berlalu. Deena pandang aku.

     “Apa tengok-tengok? Kalau bibik tu, buatlah cara bibik.” Dia marah aku.

     “Bising la kau ni!” balasku geram. Kesian Hafiy yang penat.

     “Kau cakap apa?” suara Deena naik.

     “Please keep your mouth shut? Hafiy is sleeping.” kataku. Sabarlah hati aku.

     “If not? What?” Deena senyum sinis.

     “If not, I’ll find my own ways to shut your mouth up!” Aku berkata tegas sebelum menjeling maut padanya. Aku memang tak main-main. Dia larikan matanya.

    “Whatever..”

     Dia blah. Aku dah agak dah. Tiada siapa berani ingkar dengan jelingan mautku. Haha..

     -----------

Akhirnya.. dapat jugak balik rumah. Kaki lenguh. Badan pun dah sakit sebab dukung Hafiy yang besar tu. Nak dekat pukul Sembilan malam baru balik rumah. Semuanya Deena punya pasal. Kalau guna duit sendiri tu takpe jugak. Ni tak. Nak mengikis harta orang.

     Suasana dalam kereta senyap. Hanya bunyi lagu je dimainkan. Semunya penat. Energy dah habis dah. Deena dan Hafiy pulak tidur. Aku nak tidur. Tapi mata macam taknak lelap. Aku memang takkan lelap kalau dalam kereta. Izz? Kalau yang tu terlelap, memang sampai syurgalah semua. Haha..

     Aku tutup mulut yang menguap dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi memegang Hafiy yang lena atas paha aku. Aku sandar kepala pada kerusi kereta sebelum pejam mata. Cuba lelapkan mata. Tapi, kereta yang bergegar, mana mungkin aku boleh tidur? Sakit leher aku. Kejap kiri, kejap kanan.

     Akhirnya aku buka mata. Pandanganku terus pada cermin pandang belakang. Ketika itulah mataku dan mata Izz bersabung. Terus aku pandang tingkap. Entah kenapa aku rasa malu. Lain macam pulak pandangan dia malam ni. Sejak bila lagi dia tenung aku? Dia tengok aku tidur ke?

     “Tak tidur ke?” Izz memecahkan kebisuan antara kami.

      “Tak.. Tak boleh nak lelap kalau dalam kereta,” kataku. Cuba selamba.

     “Awak tak tidur ke?” Bodoh jugak aku tanya. Aku pun tak tahu kenapa boleh terkeluar soalan macam tu. Izz semestinya dah gelak sakan. Okey.. aku mengaku. Memang kelakar.

     “Thanks to your joke. I’m refreshed.” Aku angkat bahu.

     “No biggie,” kataku selamba.

     “Anyway, kalau saya nak tidur, Sya nak drive ke?” soalnya.

     Aku geleng. Selain sebab Izz tidur, tu pun salah satu faktor kalau nak cepat ke syurga.

     “I have no license.” Aku mengaku. Argh.. losernya rasa. Izz nampak terkejut.

     “You don’t?” Aku angguk.

     “Kenapa?” soalnya pelik.

     “Entah. Saja-saja. Maybe coming soon kot. Mama paksa buat.”

     “Yalah.. nanti senang nak pergi mana-mana. Takdelah nak susahkan sesiapa. Kalau jadi apa-apa pun, senang.”

      “Lecehla nak belajar benda tu.” Pening kepala aku ingat benda tu.

     “Takde yang lecehla. Just imagine you are driving your dream car. What’s your dream car?” soal Izz.

     “Hmm.. apa ek?  Audi punya model. Semua cantik-cantik. Bestnya kalau ada Audi.” Aku pasang angan-angan.

     “Cita-cita tinggi. Tapi lesen takde.”Izz ketawa.

     Aku mencebik. Kurang asam betul. Suka hatilah. Nanti aku kerja nanti, kumpul duit banyak-banyak, aku nak cari Audi. Nak mintak dengan papa macam melampau sangat walaupun aku tahu memang papa bagi kalau aku mintak.

     “Thanks for today.” Kata-kata Izz buat perancangan sepuluh tahun aku terbang entah ke mana.

     “For?”

     “Everything. You brighten up Hafiy’s day.”

     “I’m not the sun.” Dia gelak.

     “Then, you light up Hafiy’s life.”

    “I’m not a candle.”

     Dia gelak lagi sebelum geleng kepala.

     “Awak ni kelakarla.” Untuk hari ni, dah berapa kali dia cakap aku ni kelakar. Aku pun tak tahu apa yang kelakar.

     “Izz, kenapa Deena marah saya panggil awak Izz?” soalku. Nak jugak aku tahu kebenaran kata-kata Deena.

     “Yang panggil saya Izz, only my mom, dad and brothers. You and your family. Others call me Haikal. Izz just like a family name. And I like it. Dah terbiasa macam tu,” cerita Izz.

     Ada jugak macam tu? Nak buat jugaklah macam tu, family panggil aku Qisya, orang lain panggil Iris. Haha.. bagus jugak.

     “For special people?” soalku lagi. Izz senyum.

     “Then I should call you Haikal?” soalku lagi. Macam pelik je sebab aku dah biasa dengan Izz. Dan aku lebih selesa panggil Izz. Sebab Izz lagi pendek.

    “No. I’m okay with that.”

     “But I’m not your family. Or even special people.” Aku dengar Izz cakap sesuatu perlahan. Tapi tak berapa jelas.

     “Apa dia?” soalku. Dia senyum sebelum geleng kepala.

     “Nothing. Consider it as an exceptional case.”

     Aku angkat bahu. Ya ke dia cakap macam tu tadi? Kenapa aku rasa macam bunyi bahasa Melayu tadi? Kenapa aku dengar ayatnya macam, “Sebab saya memang suka awak panggil saya Izz.”

     Entahlah.. telinga aku salah dengar kot.

30 comments:

  1. Best-best :) Cepat sambung lagi. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. pistachio atiqah1 July 2012 at 21:53

    gedik betul la deena nie.. kesian kat izz kena layan deena.. haha hafiy nie cute la... qisya kenakn deena cukup2...hhaha bia padan muka dia... :)) bestt writer nk lagi.. x puas la.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. anjell, thxn gilak-2 arr...da lama tggu new n3
    smpai mkn x lena, tdo x kenyang, mndi trlebih bsah :D

    ReplyDelete
  4. akhirnyaaaaaa!! thank you :D. keep it up the good work ok ;)

    ReplyDelete
  5. This story is awesome...... X sabar nak tau what happen next....

    ReplyDelete
  6. novel eksperimen cinta dah kuar k??xsabar nak beli
    cepat la smbung suamiku paling sweet =)

    ReplyDelete
  7. hemmm...berbaloi gak tunggu sambgn cite ni... diorg ni sgt sweet, except deena la...hehe.. jgn jemu berkarya,k?

    ReplyDelete
  8. sukeeee sangattttt citerrrr nie....he3..thumbs up to da writer..^_^

    ReplyDelete
  9. OMG ! damn sweet ... :D

    ReplyDelete
  10. citer ni bestt...watak heroin yg sempoi n main belasah je. keep it up yea

    ReplyDelete
  11. mereka btiga mmang sgat sweet n epy fmily tp deena cme pnyibuk jew,izz da mla la suka pd sya ea..amboi2 ptut la nnti dia pn redha je kena khwin nnti ek

    ReplyDelete
  12. Seriously , izz and qisya sweet sangat . Deena tu annoying gila -.-
    Mencik ! Sambung cpt k :)

    ReplyDelete
  13. bestnyeeeee cite ni! makin suweeettttt! keep it up cik writer! XD

    ReplyDelete
  14. best nyer..nk lg..nk cpt2 part dia kawen.

    ReplyDelete
  15. tetibe rasa nak bagi kaki kat deena ni.. cepat la sambung yerr.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kaki??? baguzz jugak.. tendang dia jauh2 ye... hahahaha...

      Delete
  16. Anjell, nak n3 lagi boleh...?

    ReplyDelete
  17. best nyer..nak lagi n3 terbaru!
    please... :)

    ReplyDelete
  18. Wah sweetnyr dieorg.. Hehe

    ReplyDelete
  19. wwaaaaa.... knpe sweet sgt si izzzzzzz neh?! huhu

    ReplyDelete
  20. Anjell, y lambat sgt nak kc n3 baru...???

    ReplyDelete
  21. btoiiiiiiiiiiii!!!!! knp lmbt sgt nk update???????????kecewa ahh.hri2 bkk,tp tade!

    ReplyDelete
  22. Ahaha, so cute! Good job Hafiy!! :D

    ReplyDelete
  23. maaf ye..hmm...saya ada sedikit komen dan saya rasakan, komen saya ni sangat penting. untuk makluman awak, majistret cuma di mahkamah rendah dan majistret terdiri dari kalangan pegawai undang-undang gred A yang masih muda lagi. jadi, saya cadangkan, agar awak tukar post majistret tu kepada hakim. kalau awak cuba nak tunjukkan yang sya org senang, ada driver, ada baiknya awak tukar dari majister kepada hakim. hal ini penting, bagi nak menampakkan kelogikan cerita awak. harap awak tak ambil hati ok.

    ReplyDelete
  24. Klako la bc nih

    ReplyDelete
  25. hehe, nak sengih bace part akhir tu, deena ni spoil mood betul la, ish. memang nak kena sepak la budak ni, sya, pi cepat sepak, hehe, jahat betul aku ni,

    ReplyDelete
  26. ei..sgt gediks tau deena ni..menyampah giler

    ReplyDelete
  27. bce novel time kuliah..mmg sah kjap lg classmate aku pnggil aku gila sbb trsengih sorg2..hehehe...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )