BAB
20
“Tu es toujours dans mon coeur. Tu es toujours dans mon coeur.” Berulang
kali Medina menyebut ayat itu. Seronok disebut, tapi sayang dia tak tahu
maksudnya apa.
Macam mana aku nak cari maksud dia? Google translate? Tapi masalahnya eja
pun aku tak tahu. Karang tulis ikut bahasa aku, mahu kena gelak dengan google translate. Tak pasal-pasal keluar
maksud urdu. Lagipun, google translate
bukannya boleh percaya sangat. Main hentam translate
ikut bahasa dia je!
“Apa kau ni? Munkerh.. munkerh.. Apa
benda ni?” Zuyyin yang baru keluar dari bilik air membebel. Kawannya itu, sejak
semalam lagi asyik mengulang kata-kata itu. Mentera ke?
“Bahasa
Perancis la. Kau faham tak maksudnya apa?” soal Medina. Soalan yang tak patut
ditanya.
“Pakwe
aku memang berkampung kat Paris. Hari-hari aku dengan dia cakap French. Gila
kau tak faham?” Zuyyin menyinis.
Medina
ketawa. Itu gaya jawapan versi baru ‘tak tahu’. Kenapalah Zuyyin ni tak cari
pakwe dari Perancis? Kemudian ketawa Medina mati. Baru perasan sesuatu. Luke!
“Weh,
Ying! Luke tahu cakap French, kan?” tanya Medina.
Zuyyin
yang sedang mengelap wajahnya dengan tuala putih hanya mengangkat kedua-dua
bahunya.
Medina
tahu Luke tahu cakap Perancis. Dia masih ingat lagi kali pertama mereka
berjumpa dulu. Luke ada cakap sesuatu dalam bahasa Perancis kepadanya. Medina
dah tahu siapa selayaknya yang bakal menjadi kamus bergeraknya. Tanpa perlu
tahu ejaannya.
Zuyyin
yang tengah menyapu pelembab muka itu diperhatikan. Medina sengih. Zuyyin…
------------
Medina
yang sedang membaca komik Lawak Kampus di hujung katil terasa diperhatikan.
Bila angkat muka, Zuyyin sedang memandangnya tepat. Muka nampak serius. Medina
letak komik di tepi.
“Kau
nak apa ni?” soal Medina. Pantang angkat muka, muka Zuyyin yang dia nampak.
Riak tak berubah macam tak puas hati dengan dia.
“Aku
baru lepas jumpa Luke.”
“So?”
“Aku
cakap kat dia apa yang kau ajar aku semalam.”
Mata
Medina terus bersinar.
“Dah
tahu jawapannya apa? Apa dia?” Medina dah gembira.
Tak
sabar nak bersemuka dengan Tengku Ian. Hari itu, Tengku Ian seolah-olah
mencabar dia. Seakan-akan tidak yakin dia boleh mencari jawapannya. Huh.. ni
Medina la! Dia tak kenal lagi siapa Nura Medina ni. Pantang dicabar. Tak
sabarnya nak cakap kat Tengku Ian. Biar dia terkedu kuasa dua. Lepas tu nak
tayang muka bangga. Hai.. seronoknya ramal masa depan!
Err..
tapi, Zuyyin tak cakap pun lagi yang Luke tahu ke tak sebenarnya.
“Apa
maksud dia? Luke tahu, kan?” soal Medina lagi. Kecewa kalau Luke tak tahu
jawapannya. Memang gelap masa depan nak cari jawapan kalau Luke tak tahu.
“Sebelum
aku cakap maksud dia, baik kau cakap dari mana kau dapat ayat tu.”
“Dari
seseorang la. Aku dengar dia cakap macam tu. Aku nak sangat tahu maksud dia
apa,” auta Medina. Sememangnya dia tak pernah cakap pada Zuyyin yang dia
mendapat ayat itu daripada Tengku Ian. Nanti kantoilah dia cari jawapan daripada
orang yang paling dekat dengan Tengku Ian.
“Biar
aku teka. Seseorang tu, Ian, kan?”
Medina
sedikit terkejut. Mana Zuyyin tahu? Daripada Luke ke? Manalah tahu ayat tu
sebenarnya trademark Tengku Ian? Atau
ayat penghubung antara mereka. Manalah tahu? Orang lain jumpa mungkin cakap ‘wassap bro?’. Mungkin Luke dan Tengku Ian kalau berjumpa
akan cakap ‘Tu es toujours dans mon coeur’.
Siapa tahu, kan?
“Mana
kau tahu?” Medina tak berniat nak menafikannya.
“So, betullah ni, kan?” Suara Zuyyin
teruja. Kemudian sengih lebar-lebar.
Tak
pula Medina angguk atau geleng. Biarkan Zuyyin dengan persepsinya.
“Apa
maksud dia?” Hai.. seram je aku tengok senyum minah ni! Medina tak sedap hati.
“Kau
nak dalam bahasa melayu ke English?”
“Mana-manalah.”
“Maksud
dia.. jangan terkejut pulak.” Zuyyin mengingatkan. Supaya Medina bersedia.
Karang tak pasal-pasal kena serangan jantung budak ni. Jenuh pulak nak hantar
ke hospital.
“Maksud
dia, jangan terkejut pulak?” Medina pelik.
“Bukanlah!”
Zuyyin tahan gelak. “Kau tu.. jangan terkejut pulak lepas tahu maksud apa yang
dikatakan abang Ian tu,” sambung Zuyyin. Sempat sengih mengusik. Medina buat
tak layan. Abang la sangat!
“Maksud
dia, you are always in my heart. Itu
English. Kalau bahasa melayu pulak, awak selalu dalam hati saya.”
Medina
terkedu.
“Jangan
nak main-main la.” Medina tak percaya.
“Betullah.
Memang itu maksud dia. Itu yang Luke cakap.” Zuyyin menegaskan. Terkelu Medina
dibuatnya.
“Kau
tahu tak tadi, muka aku ni dah biru lepas Luke cakap maksud dia apa. Kau
bayangkan aku cakap benda tu kat dia, tapi aku tak tahu maksud dia apa. Luke
tengok aku dalam-dalam, tanya betul ke aku maksudkannya? Unintentional confession. Malu aku tahu tak?” Zuyyin menceritakan
balik. Sampai sekarang malu tak hilang-hilang lagi.
“Dee..
apa dah jadi ni? Kau dengan dia ada apa-apa ke?” Zuyyin senyum mengusik. Mula
membayangkan Medina dan Tengku Ian.
Dulu,
ingatkan nak padankan Medina dengan Ku Zam. Maklumlah, Medina sepadan dengan
orang hebat macam Ku Zam. Tapi, apa boleh buat. Puteri memang pandai memancing
jerung dan Medina pula tak pernah nak kisah. Maka, sekarang ni peluang Puteri
untuk dapatkan Ku Zam makin cerah walaupun Ku Zam tak pernah tunjukkan minat
pada Puteri.
Tapi,
abang angkat Ku Zam pun apa kurang hebatnya? Dahlah kacak maut. Memang sesuai
dengan Medina.
“Mana
ada apa-apalah!” nafi Medina. Bukan menafikan, tapi memang kenyataannya.
“Dee,
aku rasa dia suka kau la. Kau tak rasa ke?”
Tak
rasa ke? Kalau aku rasa, namanya syok sendiri. Dan aku memang taknak rasa-rasa.
Arghh.. tak tenang hidup aku!
Menyesal pulak aku tahu maksudnya apa. Dan
memang taklah dia nak cakap kat Tengku Ian yang dia dah tahu jawapannya.
“Dia
cuma nak kenakan aku la. Sebab dia tahu aku tak tahu maksudnya apa. Kurang asam
betul mamat tu!” Medina tayang muka marah. Reaksi yang dibuat-buat untuk
mengaburi mata Zuyyin.
“Dahlah,
aku nak tidur. Petang-petang macam ni, tiba-tiba rasa mengantuk pulak.” Medina
mencari alasan untuk menamatkan segalanya. Badan direbahkan ke atas katil.
Mata
terpejam tapi kepala masih ligat berfikir. Terbayang kembali peristiwa yang
baru terjadi beberapa hari lepas. Teringat kembali renungan Tengku Ian
kepadanya. Jantungnya tak salah berdegup ketika itu.
You are always in my heart.
Itu maksud Tengku Ian.
“And again, you are always in my heart,
Medina!” Renungan Tengku Ian ketika itu…
Arghh.. damn! Tanpa
Tengku Ian di depan mata pun, cukup dengan mengingatinya, jantung Medina
kembali berdenyut laju. Cik jantung, ini sangat-sangatlah tidak patut!
-----------
“Dee,
jom kita pergi jalan-jalan kat kampung nelayan,” ajak Zuyyin. Medina yang
tengah bermain permainan Clash of Clans dalam telefon pintarnya angkat muka.
“Buat apa?” soal Medina balik.
“Jalan-jalan
la. Cari sourvenir. Kan esok dah nak
balik.”
Medina
diam sekejap. Baru perasan ada betulnya kata-kata Zuyyin itu. Esok mereka akan
pulang ke Kuala Lumpur. Sedar tak sedar, lebih sebulan mereka semua berada di
Pulau Perhentian ni. Bermacam-macam tempat dah diteroka. Sayang pula rasanya nak
tinggalkan tempat ni.
“Aku
dengan kau je ke?” soal Medina balik. Selidik sebenarnya. Takut Zuyyin bawak
anasir-anasir lain bersama nanti.
“Tak
seronoklah kalau kita berdua je. Dengan Luke dan Ian sekali.”
Ha..
kan dah cakap!
“Ku
Zam tak ikut ke?” Medina bertanya lagi. Pelik.
“Dia
dah balik la. Luke cakap dia ada kerja. Maklumlah, orang busy la katakan. Patutlah jarang-jarang dah dia datang sini.”
Macam
tu ke? Dan patutlah si Puteri tu balik KL dan tak balik-balik sini dah. Memang
dah tahu agaknya Abang Zam dia tu memang jarang-jarang singgah Pulau Perhentian
ni. Huh.. nampak bebeno motif kenapa dia
datang ke Pulau Perhentian ni.
Tapi,
bagus jugak. Takdelah mata nak sakit tengok Puteri yang sudah terang tak payah
nak suluh cuba memikat Farizzam. Kalau bukan dia percayakan Farizzam, jangan
haraplah dia nak lepas Puteri keluar berdua dengan lelaki itu. Apa yang dia
nampak, Farizzam adalah seorang yang menjaga batasan pergaulan. Kalau Puteri
tak saja nak menggatal, Farizzam takkan sentuh Puteri.
“Kalau
dah dua orang tu ikut, kenapa aku kena ikut jugak? Malas la aku.” Medina
beralasan. Dengar je nama Tengku Ian, terus berat hati nak pergi. Tak tahu
kenapa.
“Kau
ni.. tak kesian kat aku ke? Aku ni perempuan. Dua orang tu lelaki. Kalau jadi
apa-apa kat aku, siapa nak tumbuk dua orang tu?” Suara Zuyyin berbaur tak puas
hati.
Medina
ketawa. Cis, minah ni! Nak aku pergi sebab nak jadi tukang tumbuk orang
rupanya.
“Ke
kau nak mengelak dari jumpa seseorang ni?” uji Zuyyin.
“Seseorang?”
Medina buat-buat tak faham.
“Ya..
seseorang yang kacak, bergaya yang bernama I..”
Pap!
Bantal kecil di sebelah Medina dicampak ke muka Zuyyin sebelum sempat perempuan
itu menghabiskan ayatnya. Dia tahu nama siapa yang bakal diseru Zuyyin itu.
Zuyyin ni, sejak tahu maksud ayat Perancis tu, makin seronok kenakan dia.
Zuyyin terus ketawa. Boleh tahan pijar juga rasa
muka gara-gara balingan Medina. Bersyukur dia sebab bantal. Kalau jam loceng,
mahu rongak gigi tiga batang. Tapi, kalau tukang balingnya si Medina, jangankan
jam loceng, kalau bantal tidur pun, mahu berpusing tiga ratus enam puluh darjah
tulang leher dia.
“Nak
pergi tadi kan? Jom.” Medina bangun. Pedulikan Zuyyin yang tak habis-habis
ketawa.
“Kut
ya pun, kita solat zohor dulu la,” kata Zuyyin selepas ketawanya habis. Yes.. berjaya juga misi dia dan Luke nak
bawa Medina dan Ian keluar bersama. Sekurang-kurangnya kena bagi mereka berdua
peluang bersama sebelum balik besok.
------------
Mana
Zuyyin? Medina pusing belakang. Lesap. Bayang Zuyyin sudah tiada di dalam kedai
cenderahati itu. Tak sampai seminit pun rasanya Zuyyin tengah berdiri sebelah
dia.
“Cari
apa?” Medina dengar suara garau Tengku Ian menegur. Medina menoleh ke arah itu.
“Ying.
Mana dia?” soal Medina. Manalah tahu kalau Tengku Ian tahu.
Tengku
Ian turut meliarkan matanya untuk mencari. Kemudian baru perasan sesuatu.
“Eh,
Luke pun dah lesap!” komen Tengku Ian. Mencari susuk Luke. Juga tiada.
Zuyyin…
ada jugak aku tendang kau tidur luar malam ni! Geram betul hati Medina
dibuatnya. Tahu ni semua rancangan Zuyyin untuk tinggalkan dia berdua dengan
Tengku Ian. Luke pun sama! Kalau aku jumpa budak dua orang tu, dua-dua aku
pusing leher sampai pendek tiga inci!
“Kalau
dah tahu nak keluar berdua, baik tak payah ajak orang temankan,” bebel Medina
geram.
Tengku
Ian yang mendengar cuma senyum.
“Let them be. Let’s enjoy our time too,”
kata Tengku Ian.
Medina
menoleh ke arah Tengku Ian. Tiba-tiba rasa canggung. Hati enggan tapi dia masih
kaku berdiri.
“Atau
awak nak balik?” soal Tengku Ian balik. Medina nampak macam kurang senang
dengannya.
Medina
diam sekejap. Kalau dia mengelak, mesti Tengku Ian akan syak sesuatu nanti. Dia
rileks je, aku pulak yang lebih-lebih menggelabah, apa hal? Tak pasal-pasal dia
ingat aku suka dia nanti.
“Macam
awak cakap tadi, let’s enjoy our time too.
Sayang nak balik sebab dah datang jauh-jauh. Jomlah kita tengok-tengok barang
kat sini,” jawab Medina.
Medina
dan Tengku Ian beriringan berjalan di dalam kedai itu. Memerhatikan apa-apa
yang menarik untuk dibawa pulang nanti.
--------------------
“Cari
apa?” tegur Medina kepada Tengku Ian yang sedang berdiri di depan sebuah meja
yang menjual beberapa produk cenderamata yang diperbuat daripada kayu.
Dari
tadi lagi Tengku Ian tak bergerak-gerak. Mata asyik memerhati dan membelek
beberapa barangan yang comel-comel itu. Berminat.
“Ole-ole
nak dibawa pulang. Comel, kan?”
Medina
angguk. Memang comel. Kebanyakan produk di perkampungan nelayan adalah hasil seni
kreatif orang kampung di situ.
Mata
Tengku Ian menangkap sesuatu. Nampak unik di matanya. Cincin kayu.
“Tengok
ni. Cincin kayu. Cantik, kan?” soal Tengku Ian lagi. Cincin di tangannya
dibelek-belek.
Cincin
bertukar tangan. Giliran Medina membelek cincin itu. Macam yang Tengku Ian katakan
tadi, cantik. Tak pernah jumpa lagi cincin kayu. Unik. Ukiran pada cincin itu
pun cantik. Ada kelas. Kreatif betul pengukirnya.
“Cuba
awak pakai,” suruh Tengku Ian lagi.
Hah?
Pakai? Medina agak teragak-agak, tapi diikutkan juga kata-kata lelaki itu. Cincin
kayu itu disarungkan ke jari manis kanannya. Betul-betul muat.
“It fits your finger very nicely. Pandaikan
saya pilih?” Tengku Ian senyum bangga. Tak sangka cincin yang dipilih itu
betul-betul kena dengan jari Medina.
Medina
mencebik. Tidak mempedulikan kata-kata lelaki itu. Sebaliknya mata Medina bagaikan
sedang mencari-cari sesuatu. Beberapa saat kemudian, Medina mencapai sebentuk
cincin kayu. Cincin itu dihulurkan kepada Tengku Ian.
“Cuba
awak pakai yang ni,” kata Medina.
Tengku
Ian tidak membalas apa-apa. Hanya menurut kata-kata Medina itu. Tersarung cincin
kayu itu pada jari manis kirinya. Ngam-ngam.
“It fits your finger very nicely. Pandaikan
saya pilih?” Giliran Medina pula berkata. Kening diangkat beberapa kali. Dia main
pilih. Tak sangka betul-betul muat dengan jari Tengku Ian.
Tengku
Ian senyum. “Mak saya cakap, kalau ada perempuan bagi cincin kat saya, saya
kena pinang gadis tu nanti.”
Medina
mencebik. Malas nak percaya mitos Tengku Ian itu. Bab-bab mereka cerita memang
nombor satu.
“Ayah
saya pulak cakap, kalau ada lelaki bagi cincin kat saya, jangan kahwin dengan
dia. Nak-nak lagi kalau cincin kayu.” Medina tak mahu kalah. Nak jugak jadi
pereka cerita nombor dua.
Tengku
Ian terus ketawa. Cincin di jarinya ditanggalkan dan diletakkan kembali ke
tempat asalnya. Medina juga sama. Perlahan-lahan cincin itu dilurutkan daripada
jarinya. Belum sempat dia mengembalikan cincin itu, Tengku Ian merampasnya. Dengan
selamba dia menyerahkan kepada jurujual itu.
“Awak
nak beli untuk siapa?”
“Untuk
awaklah.”
“Eh,
buat apa untuk saya? Tak payahlah,” halang Medina.
“Suka
hati sayalah. Duit saya, bukan duit awak. Nak bagi hadiah, tak payah
persetujuan penerima. Penerima tugasnya menerima. Kalau taknak terima,
maksudnya tak reti bersyukur.”
Erk!
Tak reti bersyukur? Macam tu pulak?
Tak
sempat nak buat apa-apa, akhirnya kotak yang berisi cincin itu selamat dibeli Tengku
Ian. Diserahkan kotak itu kepada Medina.
“Tadi,
saya cuma nak cakap, cincin kayu je? Dahlah murah. Lain kali, nak bagi hadiah
kat saya, kena cincin emas, platinum atau berlian,” bebel Medina.
“Awak
nak ke?” soal Tengku Ian. Serius. Dia tak kisah. Sepuluh bentuk dia boleh bagi
kalau Medina nak.
“I prefer wooden ring.” Mendengus Medina dibuatnya.
Mamat ni tak reti nak beza ke orang tengah bersarkatikus
dengan dia?
Kotak
di tangan Tengku Ian dirampas. Dia taknak Tengku Ian ingat dia serius. Dia bukannya
perempuan materialistik.
Tengku
Ian berpuas hati. Wajah Medina yang agak masam itu diperhati. Marah agaknya. Tapi
kenapa? Tapi sekurang-kurangnya, dalam marahnya, Medina tetap terima cincin
itu. Risau juga kalau Medina campak ke muka dia tadi. Tiada yang mustahil kalau
Medina orangnya.
“Awak
marah ke?”
Medina
diam. Jawab ‘tak’ karang, rasa-rasanya laungan ‘tak’ dia tu boleh sampai ke
Pulau Besar.
“Awak
janganlah marah. Anggap je cincin tu hadiah persahabatan dari saya. Kenangan sepanjang
kita berada di Pulau Perhentian ni. Cincin tu sangat cantik kat jari awak tadi.
Sayang kalau dia lepaskan tuan yang dah buatkan dia nampak cantik tadi. Lagipun,
saya cuma taknak cincin yang saya pilih untuk awak ni dipakai oleh jari orang
lain.”
“Lepas
kita balik KL nanti, kita mungkin dah jarang-jarang jumpa. Saya banyak kerja,
dan awak pun nak sambung belajar. Sekurang-kurangnya cincin tu menjadi kenangan
persahabatan antara kita.” Tengku Ian seakan-akan cuba memujuk Medina.
Hati
Medina tersentuh dengan kata-kata itu. Turut mengiakan. Besok mereka akan
pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari terakhir mereka menncipta
memori. Aduh.. kenapa rasa sedih ni?
“Saya
tak marah. Anyway, thanks for this. Saya
tak janji saya akan pakai sebab pelik sangat cincin kayu ni. Tapi saya akan
jaga cincin ni,” balas Medina.
Tengku
Ian senyum. Dia pun tak mengharapkan Medina memakainya. Cuma dia mahu Medina ingat
padanya tiap kali cincin itu dipandang.
“Tak
payah pakai pun takpe. Cukup kalau awak simpan dan sayang dengan cincin tu. Awak
jangan risau, kalau kita kahwin nanti, saya bagi cincin paling mahal, paling
cantik untuk awak pakai, okey?” Tengku Ian sengih mengusik.
“Jangan
nak mengarutlah.” Medina tayang muka menyampah. Ni yang aku geram dengan mamat
ni. Elok-elok nak sejuk, ada je akalnya nak bagi darah orang naik!
Medina
membuka kotak cincin itu. Dibuka dan diambil cincin itu sebelum disarungkan ke
jarinya. Cincin persahabatan diperbuat daripada kayu. Kau ada?
“Dee,
jangan pakai cincin ni masa mandi,” pesan Tengku Ian.
“Kenapa?”
Medina pelik.
“Nanti
tumbuh daun.” Dan Tengku Ian gelak.
Sakit
hati Medina mendengar suara macho yang bergelak ketawa itu. Kelakar sangatlah
tu?
“Jangan
gelak kuat sangat depan cincin ni,” pesan Medina pula.
“Kenapa?”
“Nanti
ada orang lastik cincin ni masuk perut.” Selamba dan muka tak bersalah.
Makin
kuat Tengku Ian ketawa. Tapi kali ni agak berhati-hati. Kalau tak kena gaya,
mahu cincin tu dilastik betul-betul masuk perut dia.
so sweet dorg dua ni..
ReplyDeleteHahahah....klakar gila ian ngan medina neh....suwiet jer...
ReplyDeleteTq Anjelll..Aksk suka sgt2 entry ni! Love this so much!!
ReplyDeleteHaha luv this story so much..thx anjell!!
ReplyDeleteantara mrk mmg ada chemistry ... persahabatan insan yg tidak mengharapkan apa apa..telus dan polos
ReplyDeletebest..lawak n sweet..
ReplyDeleteBest...lawak ian ni... nmpk sweet je dorg berdua
ReplyDeleteBest...lawak ian ni... nmpk sweet je dorg berdua
ReplyDeleteHari-hari tunggu anjell update. Thanks. Luv it.😍😍👍👍
ReplyDeleteSo sweet, terlebih gulanya. Cik Anjell nak lagi.
ReplyDeletepart cincin tumbuh daun tu lawak XD
ReplyDeleteBesttt nk lagi
ReplyDeletesweet nyer~ apa la akan jd lepas ni? diorg akn jarang berjumpa..
ReplyDeletesweet nyer !! harap xde org ke3 dlm hubungn drg !!
ReplyDelete