Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 9 February 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 12)


BAB 12

Pagi-pagi lagi Medina dah bangun dan membersihkan diri. Lepas solat subuh, mata terus segar. Bosan juga dia sebab dalam bilik ni cuma dia sorang. Zuyyin pula sebilik dengan Puteri. Kalau ikutkan perancangan asal, memang dia nak sebilik dengan Zuyyin. Tapi Puteri pula mengadu takut untuk tidur sendirian. Nak taknak, kenalah hantar Zuyyin temankan Puteri. Baik Zuyyin daripada dia. Tak boleh bayang kalau mereka tidur sebilik.

Medina bangun dari katilnya. Tak tahu nak buat apa. Dahlah semalam seharian dia terperap dalam bilik. Malas nak keluar jalan-jalan. Saja nak berehat-rehat dulu. Bukannya takde hari lain. Dia ada lebih sebulan lagi untuk kenal pulau ni.

Kemudian Medina keluar ke balkoni biliknya. Biliknya betul-betul menghadap laut. Tapi matahari belum naik, memang tak nampak lautnya. Kalaulah dah cerah, pasti nampak air biru turquoisenya. Cantiknya, subhanallah!

Walaupun masih gelap, nampak juga ada orang yang berjalan-jalan di tepi pantai. Pasangan kekasih agaknya. Atau suami isteri? Wallahualam.

Medina pandang jam di tangannya. Sarapan pukul lapan. Ada lebih kurang sejam lebih lagi.

Dah lama tak jogging. Boleh pula terlintas pemikiran itu dalam kepalanya. Kata putus terus diambil. Buka beg pakaiannya, keluarkan sepasang kasut sukan yang selalu dibawanya tak kira tempat. Sebab dia tahu dia akan gunakannya.

   -------------

“Hai.”

Medina terkejut. Nasib baik tak lompat masuk laut. Bila pandang sebelah, nampak Tengku Ian turut berjoging di sebelahnya. Serius macam chipsmore mamat ni. Kejap ada, kejap takde. Macam hantu, tiba-tiba dia ada.

Medina berhenti jogging untuk berjalan pula. Bila Medina berhenti, Tengku Ian turut berhenti. Kedua-duanya sedang mengatur nafas.

We keep bumping to each other. Maksudnya apa tu?” Tengku Ian senyum. Pagi-pagi dah jumpa Medina. Memang betul jodoh ni! Dia sendiri pun tak sangka.

Medina senyum sinis. Lame! Nak cakap ada jodoh la tu.

“Maksudnya apa? Maksudnya memang awak tu stalker saya.” Dengan muka tak tahu malunya, Medina berkata. Padahal bukannya tak nampak baju sleveless Tengku Ian yang basah lencun  itu. Tangan berotot dia tu pun nampak berminyak. Menggambarkan yang Tengku Ian terlebih dahulu jogging daripadanya. Mungkin dah lama.

Tengku Ian gelak mendengar kata-kata selamba Medina itu. Aku stalker? Aku? Tapi, bila difikirkan balik, memang ada betulnya juga kata-kata Medina itu. Ambil tahu tentang Medina tanpa pengetahuannya. Dari jauh memerhatikan hidup Medina, macam ayah. Err.. ayah stalker juga la ya? Haha.

“Awak pun suka jogging jugak ke?” Tengku Ian bertanya Medina.

Sports are part of me. Saya memang suka jogging. Bosan duduk dalam bilik. Itu yang keluar jogging,” balas Medina.

Tengku Ian senyum lagi. Bosan dan keluar jogging? Macam dia tadi. Patutlah kaki gatal nak berjoging tadi. Nak jumpa orang rupanya. Seharian dia tak jumpa Medina semalam. Medina lebih selesa rehat dalam bilik sampai ke malam. Dan tak sangka hari ni, awal-awal lagi mereka dah bertemu.

“Macam mana semalam? Selesa ke tidur kat resort ni?” soal Medina. Pesan papa tak pernah dilupakan. Ku Zam dan abang angkatnya harus dilayan dengan baik.

“Tak lena.”

“Kenapa? Banyak nyamuk ke?” soal Medina lagi.
Pulau dan nyamuk memang kawan baik sejak azali lagi. Nyamuk-nyamuk kat sini memang ketagih darah manusia. Asyik nak mencekik je tahu.

“Bukan. Sebab tak dapat tatap wajah awak semalam.” Tengku Ian senyum kilang gula.

Hei, mamat ni! Jangan buat aku muntah hijau pagi-pagi boleh? Menggeliang usus kecil aku ni, tahu? Kau ingat muka aku ni macam pil tidur?

“Gurau je la. Saya tidur lena semalam. Sangat selesa resort ni,” jawab Tengku Ian lagi sebelum otot mulut Medina bekerja. Dia ketawa. Susah betul nak ajak bergurau budak ni!

“Mana yang lain?” tanya Tengku Ian lagi. Medina cuma sendirian.

“Entah. Tidur lagi kut.”

“Beraninya awak keluar jogging sorang-sorang. Tak takut ke?”

“Nak takut apa? Bukannya gelap,” jawab Medina selamba. Kalau pun gelap, dia bukannya jenis penakut. Dia dari kecil lagi dah biasa hidup berdikari. Ke mana-mana biasanya sendirian. Sebab itulah kut dah hilang semua rasa takutnya.

“Yalah, awak tu perempuan. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?” soal Tengku Ian. Dia pula yang rungsingkan Medina.

“Jadi apa?”

“Awak tu anak Datuk Azizan. Kalau manusia nak buat jahat, kita mana tahu?”

“Allah lindung. InsyaAllah.”

Tak tahu dah Tengku Ian nak balas apa sebab kata-kata Medina itu memang tak boleh disangkal lagi.

“Awak tu, tak takut ke keluar jogging sorang-sorang? Awakkan abang angkat Ku Zam. Kalau manusia nak buat jahat, kita mana tahu?” kata Medina pula.

Kenapa soalan tu macam nak kenakan aku balik je? Hai, budak ni! Berbisa.

I’m a man. I can look after myself and have a man’s strength to fight back. But you’re a woman. At least ask someone to be your company next time,” pesan Tengku Ian.

Medina berhenti berjalan. Kemudian pandang Tengku Ian lama.

“Kenapa?” soal Tengku Ian pelik. Dia ada salah cakap ke?

Medina cuma geleng kepala sebelum kembali berjalan.

“Ya.. ya.. nanti saya heret Zuyyin temankan saya.” Medina menjawab sekadar nak diamkan Tengku Ian. Zuyyin nak jogging? Rajin sangatlah budak tu. Dia pun malas nak memaksa.

“Kalau tak, saya pun boleh temankan awak jogging,” ayat Tengku Ian. Manis senyumannya.

Amboi? Gatal nampak? Belakang dia mintak nak kena garu dengan pelepah kelapa ni!

“Oh, ya ke? Terima kasihlah. Tapi tak boleh. Sebab mak saya pesan, jangan percaya cakap lelaki miang.” Selamba Medina berkata.

Terus lepas ketawa Tengku Ian. Lelaki miang? Haha. Lelaki miang, stalker, santa claus.. Apa lagi nama budak ni dah bagi kat aku?

“Mak tiri awak ke yang cakap?” soal Tengku Ian balik.

Huh.. mak yang tu buat apa!

“Bukanlah. Mak angkat saya. Mak Som. Mak Zuyyin. Dahlah, saya nak sambung jogging.”

Dari berjalan, Medina terus melajukan rentak kakinya dan meninggalkan Tengku Ian. Kalau dia layan Tengku Ian lagi, mahu ke laut semua jogingnya. Dapat dirasakan Tengku Ian turut mengekorinya dari belakang.

   --------------

Setelah berjoging, Medina dan Tengku Ian terus beriringan ke kafe untuk sarapan. Dari jauh sudah nampak Farizzam dan Luke tengah duduk di sebuah meja. Bergilir-gilir mata dua jejaka itu memandang Tengku Ian dan Medina. Amboi, memang dah janji nak jogging sama-sama ke apa ni?

“Dah breakfast ke belum?” soal Tengku Ian.

“Belum. Tunggu kau la,” jawab Farizzam. Bila mata berlaga dengan Medina, dia sempat senyum.

Come and join us, Medina,” pelawa Farizzam.

Medina senyum tawar. Berat hati sebenarnya nak duduk semeja dengan lelaki-lelaki ni. Lagi satu, mana dua ekor perempuan ni? Dah bangun tidur ke belum budak dua orang tu?

“Takpelah. Saya tunggu Zuyyin dan Puteri.”

“Haa.. tu mereka datang.” Farizzam bersuara seraya menunjukkan ke arah pintu masuk kafe. Nampak Puteri dan Zuyyin masuk, terus menuju ke arah mereka. Panjang umur mereka.

“Jomlah, join meja kami. Baru seronok makan ramai-ramai,” pelawa Farizzam lagi. Puteri terus angguk setuju kalau pelawaan macam tu keluar dari mulut Farizzam.

Nak taknak, Medina tarik kerusi sebelah Tengku Ian memandangkan itu satu-satunya kerusi yang kosong. Berat hati betul nak duduk dengan mereka semua ni.

“Kami ambil makan dulu, ya?”

Kemudian ketiga-tiga jejaka itu bangun untuk mengambil makanan mereka. Sarapan di sini memang buffet. Layanan khas untuk Ku Zam ada tetapi lelaki itu tolak mentah-mentah cadangan itu. Katanya dia nak makan macam orang lain. Untuk yang itu, Medina kagum dengan Ku Zam yang masih belum lupa daratan.

“Kat sini rupanya kau. Puas aku ketuk bilik kau tadi. Bukannya nak cakap dia keluar jogging.” Zuyyin terus membebel bila semua lelaki dah bangun.

Medina cuma sengih.

Sorry, lupa nak cakap.”

“Kenapalah makan kena ambil sendiri? Macam takde pelayan je. Low class betul kafe ni,” kutuk Puteri. Dia mencebik.

Pagi-pagi Medina dah rasa darah menggelegak.

“Kafe low class ni la yang buat duit untuk bapak kau, tahu? Duit yang bagi makan perut kau sejak kau kecik lagi. Lepas tu, duit yang kau senang-senang bakar dengan keluar joli sana sini, duit kafe low class ni pun ada share, kau tahu?” bidas Medina perlahan.

Sebelum tiga jejaka tu kembali duduk, ada baiknya dia cuci Puteri cukup-cukup dulu.

“Kat sini, buffet. Layan diri. Aku ulang sekali lagi, layan diri sendiri. Maksudnya, kau kena guna tenaga kaki kau tu, jalan ke sana dan guna tangan kau tu pulak untuk ambil makanan. Faham tak?”

Baru je Puteri nak bersuara, Medina cepat-cepat potong.

“Aku lupa nak cerita kat kau, Puteri. Yang Ku Zam ni pernah cakap kat aku dia tak suka perempuan mengada-ngada. Dia suka perempuan berdikari, yang hidup tak menyusahkan orang. Kalau Ku Zam yang hebat tu pun boleh ambil makanan sendiri, kau rasa dia suka kau tak kalau dia tengok kau suruh orang ambilkan makanan untuk kau?” Seronok Medina karang cerita.

Belum sempat Puteri kata apa-apa, ketiga-ketiga lelaki itu dah balik ke meja bersama makanan pilihan mereka. Giliran Medina, Zuyyin dan Puteri pula yang ambil makanan. Medina bangun, Zuyyin bangun dan bila melihat Puteri turut bangun, Medina rasa lega. Alhamdulillah dia dah selamatkan Zuyyin dari jadi hamba Puteri hari ni.

Ku Zam punya pasal. Sabar je la aku dengan Puteri ni!

   -----------

“Lepas ni apa aktiviti Ku Zam?” soal Puteri ketika mereka mula makan. Wajah kacak Farizzam yang tengah makan dipandang. Handsomenya. Pagi-pagi dah handsome. Macam mana tak jatuh hati? Patutlah semalam asyik termimpikan wajah Farizzam.

“A’aalah.. apa aktiviti kita lepas ni, Ku Zam?” Luke pula bersuara. Tengku Ian di sebelah kirinya dipandang.

“Entah, Zam. Kita nak buat apa ya?” kata Tengku Ian seraya menolak wajah Luke supaya memandang Farizzam yang duduk di sebelah kanan Luke itu. Ku Zam kat sana!

Luke ni memang nak kena luku! Dah berapa kali aku cakap, tak juga faham bahasa. Bila dia jeling Luke, Luke tayang muka tak bersalah. Nasib baik mata semua orang tertumpu pada Farizzam sekarang ni.

Hmm.. snorkeling? Ian? Luke?” soal Farizzam balik. Memandangkan mereka tak ambil pakej apa-apa, jadi mereka bebas untuk buat apa saja.

Snorkeling ya? Hmm.. not bad.” Tengku Ian angguk-angguk sendiri. Setuju. Dah lama tak bersnorkel.

“Wow, I pun dah lama tak snorkeling. Boleh.. boleh..” Luke menjawab dengan gembiranya.

“Awak semua taknak join ke? Seronok sikit kalau snorkeling dalam group,” ajak Farizzam lagi. Ikhlas.

Mendengar ajakan Farizzam, terus tegak badan Puteri. Jangan ditanya. Kalau Farizzam tak ajak pun rasanya Puteri memang akan ikut.

Bestnya. Tapi I tak reti snorkeling, Ku Zam.” Puteri tarik muncung. Kecewa.

“Boleh belajar. Bukannya susah pun. Ada life jacket. Nanti saya pun boleh ajar.”

“Ya ke? Wah, memang seronoklah. I nak ikut.” Puteri gembira.

Medina pandang je Puteri yang tengah aksi letok manja dengan Farizzam tu. Cuba jadi perempuan jangan gedik sangat, boleh tak? Memang patutlah papa hantar dia ke sini untuk ‘jaga’ Puteri. Betul sungguh tindakan papa. Macam boleh tahu perangai anak daranya yang itu macam mana. Main setuju je ikut lelaki.

“Yang lain ikut tak?” Soalan Farizzam itu buatkan Medina kembali ke alam nyata. Semua tengok dia.

Ikutkan hati memang malas. Tapi tak ikut karang entah apa jadi kat Puteri nanti. Sedangkan tugasnya di sini adalah untuk mengawal gerak-geri Puteri. Takkan nak suruh Zuyyin lagi kut? Kesian dia.

I’m in,” putus Medina. Bila dia ikut, dah tentu Zuyyin akan diseret sama. Dah lama dia tak bersnorkel. Kali terakhir di Pulau Redang dulu.

    ------------

Bersnorkel memang seronok. Dapat melihat indahnya ciptaan Allah di dalam laut. Airnya yang jernih buatkan semua dapat dilihat dengan jelas. Cuma tempat-tempat tertentu yang boleh bersnorkel. Mereka dibawa oleh Munir, lelaki yang mengemudikan bot laju. Dia salah seorang pekerja resort.

Tempat bersnorkel mereka yang pertama adalah coral points. Atau tempat untuk terumbu karang dan ikan-ikan yang cantik berada. Sampai je di tempat itu, serius Medina rasa nak terus terjun masuk laut.

Tiga lelaki itu lagi pantas. Nampak tadi masih ada dalam bot. Pandang lagi sekali, ketiga-tiga dah masuk laut. Cuma Medina, Puteri dan Zuyyin yang berada dalam bot sekarang ni.

“Kau turunlah dulu, Ying.”

Zuyyin cuma akur. Maka tinggallah Medina berdua dengan Puteri. Medina pandang Puteri. Jaket keselamatan dah tersarung kat tubuh. Kaki pun dah ada flippers. Memang dah bersedia nak bersnorkel. Cuma mulut Puteri je yang muncung tak puas hati.

“Kau taknak turun ke, Puteri?” soal Medina.

“Suka hati akulah nak turun ke taknak.” Tak pasal-pasal Medina kena marah.

Huh.. ni aku malas bercakap dengan budak ni. Baik dia layan ikan-ikan dalam laut sana. Lagi comel daripada tatap muka macam tapir kena senggugut budak ni. Kalau taknak turun, baik tak payah ikut tadi.

Melihat Medina dah turun, Farizzam merapatinya. Gogal snorkel diangkat sedikit dan diletakkan di atas kepala.

“Puteri taknak turun ke?” Farizzam bertanya Medina.

“Dia taknak, Ku Zam. Dia cakap dia takut air. Tak boleh paksa dia. Tak payahlah nak ajak dia. Apa kata kita sama-sama snorkeling kat sana.” Sengaja Medina menjawab kuat-kuat biar tuan punya badan dalam bot tu boleh dengar. Saja nak mengumpan. Dengar je suara Ku Zam, grenti kalah Pandalela minah tu terjun turun nanti.

“Bila masa I cakap I taknak turun? I tak reti la.”

“Laa.. cik Puteri tak reti ke? Saya boleh ajar,” sampuk Munir.

“I nak Ku Zam yang ajar la.” Tak pasal-pasal Munir yang tak bersalah itu dimarah Puteri.

“Ku Zam, you dah janji nak ajar I kan?” Puteri bersuara manja.

“Boleh. Apa salahnya. Tapi, kata Medina, Puteri takut air. Takpe ke?”

“Takpe. Janji Ku Zam ada, kan?” Puteri senyum lebar. Perlahan-lahan dia turun dari bot.

Turun je ke dalam laut, Puteri terus menjerit.

“I takut lemas.” Tangan Farizzam terus disauk Puteri. Erat macam taknak dilepasnya Farizzam itu.

“Relaks. Puteri okey. Relaks.” Farizzam menenangkan Puteri.

Medina yang menjadi saksi terus buat muka. Malas aku nak layan drama Puteri tu. Mencabul Ku Zam secara halus. Cis! Takut lemas konon. Bukannya takde jaket keselamatan. Kalau setahun kau duduk dalam laut pun kau takkan lemas la kalau dah pakai jaket keselamatan.

Daripada dia layan Puteri, baik dia berenang ke tempat lain. Medina terus berenang. Seronok punya berenang, tiba-tiba kepala terlanggar orang. Terus Medina angkat muka. Tengku Ian. Macam mana aku boleh berenang sampai kat mamat ni pulak?

“Tak sempat apa-apa dah accident dalam laut.” Tengku Ian berkata. Merah muka Medina. Dia bukan sengaja la! Medina buka snorkelnya.

Sorry. Tak sengaja.” Medina minta maaf.

Bunyi Puteri yang menjerit buatkan Medina dan Tengku Ian sama-sama pandang tempat itu. Nampak Puteri sedang memeluk erat Farizzam. Bulat mata Medina. Terangkat kening  Tengku Ian.

Hai, budak ni! Main peluk anak teruna orang! Medina mendengus geram.

Amboi, biar betul si Zam ni! Tengku Ian tak percaya. Bukan macam Farizzam yang dia kenal sebelum ni. Boleh tahan anak dara Datuk Azizan yang itu.

Beberapa saat kemudian, nampak Farizzam cepat-cepat leraikan pelukan Puteri. Muka dia dah merah sebab malu. Kena kejutan budaya si Zam ni gara-gara Puteri. Dari jauh Tengku Ian bersimpati.

“Nasib baik dah lepas. Kalau tak, ada jugak aku tendang si Puteri ni balik KL tak bertiket,” bebel Medina perlahan. Tapi sempat didengar oleh Tengku Ian. Tengku Ian mengorak senyum. Entah kenapa dia rasa lucu.

“Kenapa? Jealous ke?” duga Tengku Ian.

“Bukan jealous. Menyampah. Baik saya layan ikan-ikan comel ni. Awak nak roti? Bagi ikan makan. Mesti banyak yang datang.” Medina menghulurkan sekeping roti kepada Tengku Ian. Tengku Ian menyambutnya.

Roti tadi dipotong kecil-kecil dan diletakkan di dalam laut. Nampak ikan-ikan mula datang mengerumuni mereka berdua. Bila banyak ikan mula menyentuh tangan Tengku Ian, Tengku Ian ketawa.

“Kenapa?” soal Medina.

“Geli.”

Medina turut ketawa.

“Tengok, Nemo. Comelnya.” Medina menjerit sebab teruja. Tengku Ian pula senyum. Gembiranya dia.

Comel betul. Geram je nak pegang. Kalaulah boleh, memang dah ditangkap dibawa balik.

“Ikan tu mesti betina,” kata Tengku Ian.

“Mana awak tahu?”

“Sebab ikan pun tahu menilai ketampanan orang.”

Medina mencebik. Ceh! Baru je nak tayang muka kagum. Kut-kutlah Tengku Ian ni pun salah sorang yang boleh kenal ikan jantan atau betina dengan sekali pandang. Apa orang dulu-dulu kata? Sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya.

Melihat cebikan bibir Medina, Tengku Ian terus melepaskan tawanya. Tak sedar masa pun turut berlalu.

29 comments:

  1. Comel je medina ni ..... ish ish tengku ian ni perasan betui...

    ReplyDelete
  2. ha..ha... Tengku Ian dan Medina mmg seperti berjodoh pulak kan... dimana mana saja mrk mesti bertembung..tapi adakah siPuteri tu akan mendapatkan perhatian si abg angkat Tengku Ian yg dianggap nya anak jutawan...hmmm

    ReplyDelete
  3. gedik betul puteri ni.nyampas.....
    mmg ada jodoh la ian dn medina ni..sukeeee

    ReplyDelete
  4. Entertaining..gedik btl puteri! Meluat! Tapi medina n Ian mengubat hati😊

    ReplyDelete
  5. Akak plak senyum sorang2 bila baca part ian n dee. Sesuai sgt.......nak lg part deme ni.

    ReplyDelete
  6. Suka nya dgn ian dan medina....abaikan puteri tu .

    ReplyDelete
  7. puteri mencabul farizzam? kihkih serius lwk. tp kenp tiba2 rsa farizzam ni 'sweet' ya? hhaha

    ReplyDelete
  8. Hehe... sengih sesorang tengok perangai si Dee ngan Ian...

    ReplyDelete
  9. Lagi suka dapat tengok Zuyyin couple dengan Farizzam...Bestnya

    ReplyDelete
  10. Hisssh..menyampah btl nga perangai gedik puteri
    Ian ni mmg stalker sbb amanah papa dia atau diri sendiri...suka ian ngan medina

    ReplyDelete
  11. hahaha.. apa yang boleh komen adalah best.. ku tunggu next chapter kak Anjell.. bai2..

    ReplyDelete
  12. sweetnyer.......best...best...best....tendang ajer si puteri tu....jimat sikit duit x yah beli tiket tuk die...hehehehe

    ReplyDelete
  13. σнн ѕσ ѕωєєт. ιαη η ∂єє. ρυтєяι мαувє ∂gη ƒαяяιzαм. η zυууιη ωιтн ℓυкє.нαнαнα

    ReplyDelete
  14. hehe..comel je medina gan ian..best..

    ReplyDelete
  15. Bile na sambung episod seterusnya..

    ReplyDelete
  16. Mnyampah plak itew dgn puteri tu..btw, congratulations anjel!! tahniah sbb EC akn d drama kn xlma lg. alahaiii tak sbr ny nk tengok tengku aaron & damia farisha d watakkan...anjel, nk mntak belanje TPI ckettt bleh tak? hehe. truskan berkarya anjel, sy ttp sokong karya anjel! All the best!

    ReplyDelete
  17. Congratz anjell...sbb buat saya geram giler dgn puteri.....rasa nk lempang je puteri.....good job anjell..

    Penulis yg bagus adalah penulis yg boleh menjayakan watak sesorang......

    ReplyDelete
  18. Congratz anjell...sbb buat saya geram giler dgn puteri.....rasa nk lempang je puteri.....good job anjell..

    Penulis yg bagus adalah penulis yg boleh menjayakan watak sesorang......

    ReplyDelete
  19. ahhhh tak sabar tunggu sambungannya...
    tahniah anjell

    ReplyDelete
  20. Hahaha...tak sampai sejam dh abis 12 bab...bila la plak nk tunggu yg no 13 and terus keluar novel...apepun.overall it make me smile this morning...thank anjell

    ReplyDelete
  21. Hahaha...tak sampai sejam dh abis 12 bab...bila la plak nk tunggu yg no 13 and terus keluar novel...apepun.overall it make me smile this morning...thank anjell

    ReplyDelete
  22. Bestnyee.. Tahniah kak anjell !!!!

    ReplyDelete
  23. Lmbt lg ke sambungan nya..rindu na baca..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )