BAB 9
“Nurin, you dah buat apa yang I suruh,
kan?” soal Eriq. Sejak Nurin ditugaskan untuk membantunya, boleh dikatakan
hampir separuh tugasnya diserahkan kepada Nurin.
Nurin pula sangat cekap. Dia suka
berkerja dengan Nurin. Walaupun baru seminggu mereka bekerjasama, tapi semua
yang diarahkan Nurin berjalan seperti yang diinginkannya.
Nurin pula langsung tak mengeluh bila
diberi banyak tugas. Sebab dia tahu Eriq sendiri punya banyak tugas besar yang
dipikulnya. Bukan saja Eriq, kalau orang lain minta tolong daripadanya, dia
pasti akan tolong juga.
“Dah. Saya dah siapkan macam yang Eriq
suruh. Semuanya saya simpan dalam CD,” jawab Nurin. Pertama kali melukis
menggunakan 3D, agak susah juga. Nasib baik dia berjaya atas bantuan Eriq yang
lebih senior.
Eriq senyum puas hati. Senang betul
kerja dengan Nurin. Selalu patuh. Diajar sekali pun dia dah boleh ingat.
“I suka la kerja dengan you ni. Cekap,”
puji Eriq.
Nurin yang kena tegur cuma senyum nipis.
Tak payah nak kembang hati sangatlah sebab kena puji. Ni baru sikit. Masih
banyak yang dia kena belajar.
“Wow.. Eriq puji orang. Susah ni nak
dengar benda-benda macam ni dari mulut Mr. Eriq.” Eddie yang turut berada di
situ turut menyampuk.
“Betul-betul. Selain Encik Yaziz,
Eriqlah orang kedua yang susah nak puji hasil kerja orang lain. Sebab tu la
bila Encik Yaziz bersara, post Encik
Yaziz dah tahu dah jatuh kat tangan siapa. Ya tak, Eriq?” sokong Liza pula.
“Shh.. jangan cakap kuat-kuat. Dengar
dek orang tua tu, merajuk pulak dia nanti. Nanti dia ingat kita semua nak halau
dia cepat-cepat,” giat Eriq sambil menunjukkan ke arah bilik Encik Yaziz yang
cuma beberapa meter dari bilik mereka berkumpul.
Nurin senyum. Kelakar dengan karenah
mereka semua. Rasanya hati dah mula sukakan tempat ni. Karenah mereka semua ni
kadang-kadang mencuit hati. Meskipun ada yang jenis cakap lepas,
sekurang-kurangnya tak hipokrit.
“Agaknya ni la bezanya assistant yang berjawatan architect dengan assistant yang berjawatan assistant architect. Tengok macam Elfira? Dah la
pemalas. Semua kerja kena I yang buat. Tak guna punya assistant,” kata Ash. Ash salah seorang yang suka bercakap lepas.
“Eleh.. baru-baru ni, memanglah rajin.
Tunggulah sebulan dua lagi. Dua kali lima dengan I je nanti,” cebik Elfira.
Panas hati juga dengar komen ketuanya.
“You genius, Nurin. I rasa, you ada
potensi untuk jadi seorang yang hebat,” puji Eriq lagi.
“Bosanlah layan you all ni. Baik I sambung kerja.” Elfira menyampah bila dengar
Eriq yang beria-ia memuji Nurin. Tak pernah dilihat Eriq tu mesra dengan orang
secepat itu. Benci betul Elfira rasa.
“Eleh.. buat-buat rajin la tu!” Sempat
Ash sindir Elfira.
Semua turut beransur ke tempat
masing-masing. Cuma tinggal Ash yang masih pegun di tempat Nurin. Haa.. mamat
ni motifnya apa pulak ni? Nurin tunggu Ash mulakan bicara.
“Nurin, you gaduh dengan Elfira ke?”
soal Ash sebaik sahaja Elfira hilang dari mata mereka.
Nurin agak terkejut mendengarnya. Tapi
masih sempat dikawal reaksi mukanya supaya tak keterlaluan.
“Gaduh? Eh, kenapa nak gaduh pulak?”
Nurin buat-buat tak faham.
“Yalah.. I tengok macam you berdua ni
tengah gaduh. You kenal dia sebelum ni ke?” korek Ash lagi.
Sekali lagi Nurin terkejut. Mata Ash ni
memang hebatlah. Bukan mata je, teorinya pun hebat sama. Kena pulak dia tembak
kali ni. Tapi, memang tak la Nurin nak mengaku. Bukan ke dia dah janji dengan
Elfira dulu?
“Mana ada. Dia tak suka saya kut.
Sayakan masih baru lagi,” goreng Nurin lagi. Asyik menggoreng je dari tadi.
Masuk Master Chef, dah boleh menang agaknya!
“Ke you cuba nak dekat dengan bos kita?”
Hah? Nurin terlopong. Jangan cakap la
bos kita tu sama maksudnya dengan Harraz. Hii… Harraz lagi. Harraz lagi! Cuba
nak dekat? Tak pernah termasuk dalam angan-angan dialah.
“Bos kita tu, Encik Yaziz ke?” Nurin
buat-buat dungu.
“Hish.. you ni! Orang tu tu buat apa.
Tengok perut buncit dia pun takde selera. Encik Harraz la.” Seronok betul si
Ash kutuk Encik Yaziz. Dia ketawa. Nurin pun sengih sama. Kelakar dengan
kata-kata Ash.
“Yalah.. you bukan tak tahu yang Elfira
ni suka bos kita. Siapa-siapa yang cuba nak dekat dengan bos kita, memang dia
lancar perang saudara. Bukan senang nak jadi macam sekarang.” Kali ni Ash
seakan-akan berbisik. Sempat mata scan
kiri kanan nak pastikan line clear. Dengar dek Elfira, dengan parang
agaknya dikejar si Ash ni!
“You tahu tak, dulu Elfira macam you la.
Bertudung macam ni. Sebulan je, I tengok dia dah bukak semua. Sebab bos layan dia
teruk. Macam you rasa sekarang ni. Lepas dia bukak semua, baru bos layan dia
baik-baik. I dengar, dia pernah tidur sekali dengan bos.” Ash bercerita lagi.
“Oo..” Nurin tak tahu nak beri reaksi
apa. Sebab dia pun pernah dengar daripada Elfira pasal benda ni. Tapi kenapa
masih terkejut? Nurin rasa kesal dalam hati.
“You nanti, kalau bos suruh pergi rumah
dia, memang habislah.”
“Kenapa pulak?” Nurin tak faham. Tapi
tetap layan cerita Ash.
“Because
no one went out virgin from his house.”
Aloha.. kenapalah si Ash ni cakap
benda-benda ni kat aku? Memanglah aku ni geng kamcing kacip Fatimah la kan
dengan Harraz sampai-sampai nak diajak ke rumah bagai? Dia ni memang. Nak
bergosip, mesti cari Nurin sebab Nurin jenis yang melayan dan pandai menyimpan
rahsia. Takpelah.. Nurin layankan aje si Ash ni!
“You Nurin bila nak bukak tudung macam
Elfira? Mesti bos sayang you lebih nanti,” selamba Ash bertanya.
Geram jugak Nurin. Nasib baiklah si Ash
ni bukan Islam. Kalau orang Islam yang tanya dia macam tu, memang dah bagi dah
tumit kasut cecah kerongkong.
Dia ingat semua orang macam Elfira ke?
Pedulilah sekali pun Harraz nak benci dia seumur hidup ke, boikot sepanjang
tahun ke, yang pasti dia takkan buka auratnya. Dia bukan Elfira!
“Petang ni saya buka la,” jawab Nurin
selamba.
“Hah? Serius you?” Ash tak percaya.
Nurin bakal mengikut jejak langkah Elfira?
“Yalah.. lepas saya balik rumah, saya
bukalah. Apa? You ingat orang macam saya ni bertudung 24 jam ke?” bidas Nurin.
Selamba tapi padat.
Ash sedar yang Nurin kenakannya. Pandai
Nurin cari modal kenakannya. Ash ketawa.
“Hoi.. sambung kerja la. Ajak orang
bergosip je. Nurin, you jangan layan sangat budak ni. Kalau tak, semua kerja
tak menjadi.” Eriq yang muncul entah dari mana menghalau Ash.
Tersengih-sengih Ash kena tegur sebegitu.
Dia bangun dari duduknya.
“Seronok cerita dengan you, Nurin.”
Sorang cakap seronok kerja dengan aku
dan sorang lagi cakap seronok bercerita dengan aku? Hai.. memang manusia
pelbagai guna rasanya dia kat sini.
-------------
“Apa ni!” Harraz hentak tapak tangan
kanannya ke meja. Kuat bunyi terhasil sampai-sampai terangkat bahu Nurin yang
berduri semeter di depan mejanya.
Harraz mendengus marah. Tapak tangannya
sakit. Tapi hati lagi sakit. Mukanya sekarang ni rasanya sama warna kalau letakkan
cili merah kat pipi Harraz.
Nurin tunduk. Gerun juga melihat wajah
Harraz. Gila garang! Tapi sedar semua ni salahnya. Tapi, dia tak salah.
Hakikatnya dia tak tahu apa yang jadi. Tengok-tengok semua dijatuhkan ke atas
bahunya.
“Kau memang sengajakan? Sebab kau tahu
benda ni penting, kau sengaja hancurkannya, kan? Kau sengaja nak balas dendam
kat aku, kan?” tuduh Harraz.
Nurin dijeling bagai mahu dicincangnya
hidup-hidup. Tak pernah dia rasa marah macam ni dengan para pekerja. Tapi Nurin
yang baru sebulan dah berjaya buat Harraz melebihi takat didih.
Nurin turut bengang bila dituduh begitu.
Dia tak bersalah dalam hal ni! Dia turut teraniaya. Harraz sangat melampau
kalau tuduh dia macam tu. Ingat dia ni bodoh sangat ke tak dapat bezakan kerja
dengan hal peribadi?
Kalaulah dia nak balas dendam macam yang
Harraz cakap, tak payah tunggu hari ni. Dah lama dah dia boleh buat
macam-macam. Sebab dah macam-macam dokumen penting Harraz pernah dipegangnya.
“Encik, bukan salah saya. Saya tak
sentuh pun replika tu!” Garang tak garang, takut tak takut, Nurin membela diri.
Dari kecil lagi dia diajar berani kerana benar. Dan sekarang dia berani kerana
dia di pihak benar.
“Oo.. kau nak cakap replika tu runtuh
sendiri la? Kena gempa bumi, macam tu?” sinis Harraz. Huh.. kalau dah salah,
bukan nak mengaku! Dasar perempuan!
“Kalau saya yang buat, tak perlu encik
suruh, saya sendiri akan angkat tangan mengaku. Ingat saya ni apa? Pengecut je
tak berani mengaku buat salah!” balas Nurin berani.
Harraz jeling tajam. Dan Nurin turut
sama tak mengalah untuk melawan mata Harraz. Dia tak bersalah! Dia kena yakin
dan berani!
“Habis tu, kerja siapa? Takkan Eriq
pulak? Takkan la dia bodoh sangat nak rosakkan hasil kerja dia? Siapa lagi yang
aku nampak bersalah kalau bukan kau? Sebab dalam hal ni, cuma kau dan Eriq je
yang pernah sentuh replika tu!” soal Harraz lagi.
“Ya, memang kami. Tapi, tak bermaksud
saya bersalah. Yang pasti, saya tak buat!” tegas Nurin.
Harraz terdiam. Sedikit kendur tali
kemarahannya. Nurin nampak yakin. Tapi, kalau bukan Nurin, siapa? Ahh.. orang
kalau buat salah, memang akan lakukan apa pun asalkan tak nampak bersalah.
Entah-entah Nurin pun sama. Hati Harraz menghasut.
“Buktikan yang kau tak bersalah. Kalau
kau mampu siapkan replika tu dalam masa satu hari, maknanya kau tak bersalah.”
Bulat mata Nurin yang dengar. Satu hari?
Gila kau! Eriq ambil masa hampir seminggu untuk siapkan separuh replika itu,
tapi dia nak aku siapkan dalam masa satu hari?
“Kenapa? Kau tak bolehkan? Then, just take the blame. Because if not
you, whom to blame?” Senang Harraz berkata.
Nurin tarik nafas dalam-dalam. Itu tak
adil namanya. Okey.. dia akan buktikan yang dia tak bersalah. Dia Nurin Areesa.
Dia takkan izinkan semua tu berlaku.
“Okey.. saya akan siapkan dalam satu
malam. And then, you must accept that the
culprit was not me. Saya akan buat, sebab saya tak salah! ” Berkobar-kobar
semangat Nurin. Menyahut cabaran Harraz.
Dia akan buktikan Harraz salah. Mustahil
tak mustahil, dia akan cuba sehabis mungkin. Dia akan pastikan besok, replika
tu akan berada di atas meja kerja Harraz.
“Saya minta maaf atas apa yang jadi.
Kalau saya tak dapat siapkan replika tu, saya terima semua apa yang encik cakap
tu. Saya keluar dulu, encik.”
Harraz pandang Nurin yang berlalu
keluar. Semangat Nurin buatkan dia kagum sekejap. Okey.. kita tengok! Mustahil
Nurin dapat siapkan dalam masa satu malam. Harraz yakin Nurin takkan mampu.
------------
Keluar daripada bilik Harraz, Nurin
mengeluh. Hai, Nurin! Belum apa-apa lagi dah mengeluh? Tadi berkobar-kobar
semangat. Hangat-hangat tahi anjing ke apa? Huh.. kau tak boleh mengalah,
Nurin! Kau kena buktikan pada Harraz. Jangan bagi Harraz perlekehkan kau!
Semangat Nurin naik balik.
Nurin berlalu ke tempat kerjanya. Ada
satu kotak kaca sederhana besar di atas mejanya. Itu adalah replika bangunan
yang dicipta sendiri oleh Eriq. Eriq menyuruhnya untuk menjaganya sekejap. Cuma
sekejap, tapi dah cukup untuk menghancurkan separuh replika itu.
Mesti Eriq sedih. Dia kena minta maaf
dengan Eriq. Beria-ia Eriq memujinya tadi. Sekarang ni rasanya tak mustahil dia
kena caci-maki. Ah, pedulilah! Dia turut bersalah dalam hal ni. Dia kena berani
bersemuka dengan Eriq.
Nurin menatang kotak kaca itu ke tempat
Eriq. Eriq duduk di tempatnya. Nampak sedang khusuk merenung draft bangunan di atas kertas A4 putih
itu. Tapi hakikatnya Nurin tahu yang Eriq tengah sedih. Apatah lagi lepas kena
marah dengan Harraz.
“Eriq,
I’m sorry.”
Eriq mengeluh bila nampak Nurin. Tak
tahu nak marah ke nak apa. Dia turut marah dengan apa yang jadi. Tapi, dia
turut rasa Nurin tak bersalah.
“Explain,
Nurin. How could this happen?” Eriq ingin mendengar penjelasan daripada
Nurin. Dia takkan menuduh selagi tak dengar daripada mulut Nurin.
“Saya tak tahu, Eriq. Saya tak sentuh
pun replika ni. Saya rasa replika ni masih okey sebelum lunch hour tadi.” Nurin
turut buntu.
“Benda ni atas meja you, Nurin. Anything happened, you are to be blamed.
Bukan I nak menuduh you, tapi kalau jadi apa-apa kat benda ni, itu
tanggungjawab you,” kata Eriq lembut.
Nurin tunduk. Faham. Eriq betul.
“Kalau bukan you, siapa Nurin?” soal
Eriq lagi.
Nurin ingat balik. Dia pun tak berani
nak tuduh siapa-siapa. Sebab tadi ramai yang berminat dengan replika itu. Ash
ada datang. Eddie pun ada intai benda tu. Tapi, masa tu dia ada bersama.
Lunch
hour. Dia keluar
makan dengan Eves. Lepas makan, dia naik kejap ke tempatnya sebab dia
tertinggal barang sebelum turun balik untuk solat Zohor. Dia tak nampak orang
lain kat situ melainkan Elfira. Dan lepas solat itulah dia nampak replika itu
runtuh separuh.
Elfira! Eh… takkanlah dia kut! Nurin tak
berani nak menuduh.
“I
have no idea,” jawab Nurin. Tersalah teka, takut jadi fitnah pula nanti.
Biarlah dia yang tanggung dulu.
“I’m
sorry again. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang jadi hari ni.”
----------
Seorang demi seorang tinggalkan pejabat.
Pejabat makin sepi. Takut juga Nurin tapi dia kena berani. Dia nekad untuk
siapkan replika itu malam ini juga. Kalau perlu, dia takkan tidur asalkan
kerjanya semua beres.
Hari makin gelap. Dan kini dia
bersendirian di pejabat. Lampu memang sengaja dibiarkan terbuka sebab dia agak
takut. Sempat diangkut telekong untuk solat dari surau tingkat sepuluh ke meja
kerjanya sebab dia tak berani untuk turun.
Tak pernah dibuat kerja gila macam ni.
Bersendirian di tempat yang besar dan sunyi ni. Macam-macam terlintas dalam
kepala Nurin. Masa ni la terbayang macam-macam cerita hantu yang pernah
ditontonnya. Haish… kenapalah semua
nak datang masa ni? Padahal dia tak pernah takut bila tengok cerita hantu.
Nurin pandang jam. Sembilan malam. Bulu
roma tiba-tiba menegang. Rasa macam dirinya diperhatikan. Cepat-cepat Nurin
beristighar. Perasaan kau, Nurin. Perasaan kau je semua tu. Jangan takut, kau
ada al-Quran dengan kau! Nasib baiklah dia memang letak satu al-Quran di
mejanya. Pesan abahnya, selalu bawa al-Quran ke mana-mana sekali pun.
Nurin teruskan kerjanya. Dia ingat-ingat
lupa rupa replika itu tadi. Yang mana dia ingat, dia cuba bina. Macam-macam
alat di atas mejanya untuk menyenangkan kerjanya. Tapi, kalau kerja sorang
macam ni la jadinya. Huh.. Nurin menggeliat. Dah hampir lima jam dia khusyuk
membina replika itu, tapi tak sampai lima puluh peratus pun lagi.
Mampu ke nak siap ni? Nurin rasa macam
berputus asa. Tapi, bila ingatkan kata-kata sinis dan cabaran Harraz,
semangatnya naik balik. Kau boleh Nurin!
-----------
Harraz merenung permandangan malam yang
indah itu. Dari rumah tingginya itu, semuanya nampak kecil. Dengan lampu-lampu
jalan dan bangunan-bangunan tinggi itu, sangat cantik pada matanya. Kepala didongak
ke langit. Hujan renyai-renyai. Sesekali nampak cahaya putih.
“Sayang.. you buat apa kat luar? Kan
sejuk ni?” Qaseh datang memeluk Harraz dari belakang.
Harraz cuma senyum. Malam ni rasa tiada mood untuk keluar berhibur. Dengan apa
yang jadi di pejabat tadi, patah nafsu nak bersuka-ria. Sebab tu la dia ajak
Qaseh ke rumahnya. Nak lari dari kepala memikirkan masalah pejabat yang
berpunca daripada Nurin petang tadi.
Nurin. Ingatkan Nurin, Harraz jadi
tertanya-tanya. Nurin buat apa sekarang ni? Kat pejabat lagi ke? Petang tadi,
sangkanya dia orang terakhir pulang. Macam biasa. Tapi, dia nampak beg Nurin
masih di tempatnya walaupun tuannya tiada.
Kalau ikut apa yang Nurin kata tadi,
bunyinya macam nekad nak siapkan semua tu malam ni. Adakah tu bermaksud yang
Nurin masih kat pejabat sekarang ni?
“Sayang, you fikirkan apa ni?”
Pertanyaan Qaseh buatkan Nurin terbang entah ke mana.
Haish.. apa aku ni? Buat apa fikirkan budak
tu? Gila betul! Lantak dialah nak buat kerja kat mana-mana pun. Tu bukan
masalah aku.
“Apa dia? Sorry.. I tak dengar tadi,” akui Harraz. Dia turut berpaling
menghadap Qaseh.
“Jomlah kita masuk. I dah sejuk ni. You
taknak hangatkan I ke?” Qaseh menjeling manja. Dada Harraz diusap lembut.
Harraz senyum. Dah mula dah taktik Qaseh
untuk menggodanya. Harraz membiarkan dirinya yang dipeluk Qaseh itu.
“Okey.. saya akan siapkan dalam satu
malam. And then, you must accept that the
culprit was not me. Saya akan buat, sebab saya tak salah.” Tiba-tiba
terngiang-ngiang apa yang diucap Nurin. Jelas di matanya wajah Nurin yang
tegas.
Kalau dia kat pejabat lagi macam mana?
Entah kenapa hati Harraz agak runsing. Alah.. pandailah dia hidup.
Tapi, ni kan malam?
Ada lampu.
Tapi kat luar hujan.
So, apa kaitannya?
Hish.. tak boleh jadi ni! Harraz tolak
tubuh Qaseh yang makin melekat dengannya. Terkejut Qaseh bila Harraz tolak dia.
“Sorry,
Qaseh. I have to go.”
best
ReplyDeleteBest....nk lagi2
ReplyDeleteHarraz x tenang krn Nurin, perkembangan yg baik....
ReplyDelete~saza~
Best la cik writer. More pliss
ReplyDeletewaaahhh..nk harraz jgak blh?
ReplyDelete--k--
Like!!!
ReplyDeleteWahhhhh sis anjell, sambung cpt2 pelissss... Tgh best ni... Hehehe *walaupun sis dah ckp Kat fb next entry will be very late, tapi nak request jgk... Lalala~*
ReplyDeleteSis nak lg ... makin menarik
ReplyDeleteHarraz dh terpikat?
ReplyDeleteAdakah harraz...dah suke..jeng..jeng..jeng
ReplyDeletehaha yes2!! harraz nak dapatkan nurin ya? hee :D
ReplyDeletebest...ape la harraz tu...x macho langsung
ReplyDeleteYezzz...harap2 nurin jual mahal sgn harraz..
ReplyDeletego where harraz??bila hati dah pandai bikin kacau...erti nyer...tepuk dada tanyer lah diri...bila rase dihati dah mula resah so..tepuk dada tanya lh diri...n bila hati ade terdetik nama sidia so tepuk lh dada tanyer lh diri...jgn bongkak udah lh harraz kelak merana diri.....kot2 nyer u gigit jari....hehe
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteBest..nk lg..cpt2 next n3 ye writer
ReplyDeleteYeayyy
ReplyDeleteOhoo... Ade org lain ke kt opis tu? Ntah2 haraz dok perhati nurin kot... Hehe haraz2... Da pandai risau na
ReplyDeleteBesttt.. Nk entyr lg...
ReplyDeletemacam ada perkara buruk berlaku kat nurin je...
ReplyDelete~k.min~
best...jangan pula dorg di tgkap basah sdah kat pjbat..
ReplyDeleteWahhhh!!!!! Xsbar nk tggu next n3.... Hehehehehe
ReplyDeleteAyoyo......Nurin sudah buat hati Harraz jadi libang..libu
ReplyDeleteBest2.. Cpt2 update entry bru ya sis..
ReplyDeleteok best.
ReplyDeletebestttt...cepat sambung. makin suspen ni...
ReplyDeleteWoouuuuuuu.....................bestnyaa!!!!
ReplyDeletenk lagi ...x sabar nk tunggu n3 seterusnyaa....
nk tau ape yg jd dkt merekaa...
Nak tnya bile nk update entry suamiku paling romantik???
ReplyDeleteBest sangat!
ReplyDeleteBesss!!!! nk lagi plezzz
ReplyDeleteSmbng lah lgi.. Best la.. :)))))
ReplyDeletenk lagi...best sngt!!!
ReplyDeleteWaa anjell best la curiously apa jadik lepas ni? Nak lagi please x sabar tunggu entry seterusnya btw SPS bila nak publish ?still waiting n i want to grab n hug SPS novel ^^
ReplyDeleteKak Nak request special cerpen eksperimen cinta boleh? Hehehehehe
ReplyDeletePlez2...tlng la smbngnnya kluar cpt..x sbr nk tau ape jadi lepas ni...xcited giler ni...
ReplyDeleteSee,,,perasaan harraz dh tentu
ReplyDeleteThe best
ReplyDelete