BAB
17
Sebaik
sahaja aku mendekati kumpulan-kumpulan pelajar itu, aku rasa semua perhatian
tertumpu kepadaku. Apabila melintas di depan orang-orang yang mengenaliku,
semua bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku cuma senyum dan menjawab apa
yang patut.
Kan aku dah cakap. Sekarang ni mesti semua orang
kenal aku. Kalau sesiapa yang tak ingat aku, aku rasa cuma perlu cakap ‘Alah..
kakak yang baju koyak masa family day
tu,’ aku grenti semua boleh ingat.
Malu la pulak rasanya. Tapi aku buat selamba.
Pedulikan perhatian semua orang. Sampai masanya, semuanya akan reda dan bakal
tinggal sejarah. Nasib baik aku berjalan dengan Cik Presiden yang memang
dikenali ramai. Takdelah segan sangat jadinya.
Mata melilau sekeliling. Mencari susuk Dr. Hilman di
balik kumpulan orang ramai. Sekarang tengah rehat. Aktiviti bebas dan ramai
berkumpul di bawah khemah besar. Ramai juga sedang menjamu selera. Kumpul balik
tenaga yang habis pagi tadi dan bersedia pula untuk berperang pada petang
nanti.
Jumpa apa yang kucari. Dr. Hilman sedang duduk di
meja bulat yang dikhaskan untuk para pensyarah. Sedang berbual dengan Encik
Zaidi. Dr. Hilman masih tak berbaju. Cuma dibaluti oleh sehelai tuala coklat di
atas bahunya untuk menutup sedikit tubuhnya. Mungkin dipinjam oleh salah
seorang pelajar lelaki yang tinggal di kolej kediaman. Aku kumpul kekuatan
sebelum melangkah ke arahnya. Seharusnya aku seret Sabiha jadi peneman.
“Assalamualaikum, Dr., Sir.” Aku beri salam. Pandangan mereka berdua terarah kepadaku dan
Sabiha sebelum salam dijawab.
“Haa.. Hazel! Awak okey tak?” Encik Zaidi berkata
sebelum sempat Dr. Hilman buka mulut.
“Okay, sir. Saya pinjam baju Sabiha,” jawabku
sebelum sengih.
“Takde cedera apa-apakan masa jatuh tadi?” soal
Encik Zaidi lagi. Sebagai anak buahnya, memang aku di bawah tanggungjawabnya.
Aku geleng kepala. Setakat calar tapak tangan tu,
tak payahlah aku nak kecoh sangat. Perkara kecil sahaja walaupun nak menangis
juga aku bila kena air.
Pandanganku teralih kepada Dr. Hilman yang sedari
tadi cuma diam menjadi pemerhati. Aku hulurkan baju t-shirt kepada Dr. Hilman.
Pulangkan hak dia.
“Err..
terima kasih, Dr., sebab pinjamkan baju ni kepada saya,” ucapku. Baru
berpeluang untuk berterima kasih kepadanya.
Dia hanya senyum sebelum huluranku bersambut.
“Sama-sama.”
Tuala yang tersangkut di atas bahunya tadi
diletakkan di atas meja. Dr. Hilman terus sarungkan kembali t-shirt hitam itu
ke tubuhnya macam tiada orang di sekelilingnya yang memerhati.
“Nasib baiklah awak dah bagi balik baju dia, Hazel.
Kesian Dr. Hilman ni, tak berbaju. Budak-budak lelaki yang duduk kolej ni semua
kecik. Tak boleh nak pinjamkan baju kepada Dr. Hilman ni,” cerita Encik Zaidi.
Oh.. patutlah sedari tadi dia tak berbaju. Nasib
baiklah aku cepat-cepat bawa balik baju Dr. Hilman tadi.
“Sorry,
Dr.” Tiba-tiba rasa bersalah.
“No hal
la. Lagipun saya ni lelaki. Takkanlah saya nak biarkan awak kat tengah-tengah
gelanggang tadi. Kalau student lain
pun, saya akan buat benda yang sama,” balas Dr. Hilman pula.
Aku jeling Sabiha di sebelah. Kau dengar tu! Kan aku
dah cakap tadi. Kalau student lain
pun dia buat benda yang sama. Ada faham? Itulah. Sibuk je nak reka hikayat
cinta tak kesampaian untukku.
“Bodi dia lawa, bolehlah buat macam tu. Cuba kalau
kita, Di. Mahu sakit mata semua orang,” sampuk Encik Hamidi yang tiba-tiba
muncul. Encik Zaidi ketawa. Aku dan Sabiha di tengah-tengah ni tak tahu nak
bagi reaksi apa.
“Kita mana boleh nak tarik baju macam tu, Abang Mi.
Tak lepas kat perut. Silap-silap orang pulak carikan baju nak tutup kita,”
balas Encik Zaidi pula sebelum sibuk ketawa bersama Encik Hamidi. Aku sendiri
cuba tahan mulut dari ketawa. Geli hati dengan kata-kata Encik Zaidi itu.
“Man tak kahwin lagi, bolehlah jaga badan. Tunggulah
lepas kahwin nanti, haa.. silap-silap radius perut meningkat tiga inci. Kalau
lukis graf parabola, mahu lebar latus
rectum. Betul tak, Hazel?” kata Encik Zaidi lagi. Seronok bahan Dr. Hilman
yang cuma tersenyum lucu.
Semua mata tertumpu ke arahku. Rasa macam tercekik
lidah sendiri apabila melihat semua menunggu jawapanku. Tersepit. Kepala
dianggukkan sikit sekadar cukup syarat sebelum ketawa terpaksa dilepaskan.
Kenapa tanya aku?! Yang kawan aku kat sebelah ni,
sopan pulak dia hari ni. Diam bak gadis melayu terakhir.
“Eh, tak semestinya, Abang Di, Abang Mi! Kalau dah
pandai integrate lemak, kenalah
pandai differentiate balik.
Pandai-pandailah control supaya masih
dalam limit dan tak terlebih upper boundries,” balas Dr. Hilman
balik.
Ketiga-tiga lelaki itu ketawa. Seronok membahan Dr.
Hilman tanpa mempedulikan aku dan Sabiha.
“Err..
kami berdua pergi dulu. Terima kasih sekali lagi, Dr. sebab sudi pinjamkan baju
kepada saya.” Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Hilman.
Kali ini, dia cuma angguk. Aku pula tarik tangan
Sabiha untuk berlalu.
“Hazel.” Suara Dr. Hilman memanggilku. Aku tak jadi
untuk melangkah. Kembali pandang dia.
“Dab your wound
with disinfectant before it gets infected,” katanya sambil jeling
pergelangan tangan kananku. Pandanganku turut tertumpu ke situ. Ada kesan calar
di kawasan tapak tangan, betul-betul di bawah pergelangan tangan kananku.
“Oh, okey!” jawabku. Terus saja aku sorokkan
tanganku daripadanya. Tak sangka pula dia perasan.
Aku kembali menarik Sabiha untuk berlalu. Dr. Hilman
pula turut mengikutserta dalam perbualan Encik Zaidi dan Encik Hamidi yang
sedang berdebat tentang keputusan bola sepak Piala Malaysia semalam.
-----------
Pukul
dua petang, semua pelajar diminta kembali berkumpul di lapangan. Nasib baik
cuaca dah bertukar sedikit mendung. Tak adalah panas sangat kalau berkumpul di
tempat tak berbumbung ini.
Kemudian pertandingan futsal peringkat akhir bagi
lelaki dimulakan. Kumpulan 1 lawan Kumpulan 9 yang diketuai oleh Encik Faizul,
ketua programku. Sengit betul tengok mereka berlawan. Aku pula macam nak tercabut anak tekak menyokong.
Kumpulan mana aku sokong? Aku neutral di
tengah-tengah. Aku sokong kumpulan yang dapat bola. Kalau bola di kaki Dr.
Hilman, aku laung nama Dr. Hilman. Kalau Encik Faizul dapat rampas bola, aku
akan jerit nama Encik Faizul pula. Sabiha panggil aku lalang. Haha. Dia pula
haruslah sokong Dr. Hilman sebab dia Kumpulan 1.
Macam yang diagak oleh semua orang, sekali lagi
Kumpulan 1 mengguguli carta. Memang makin naiklah saham Dr. Hilman yang
tersedia tinggi itu selepas ini. Berjaya tawan hati wanita dengan hanya
menyepak bola.
“Kau tengok Dr. Hilman main tadi. Walaupun perfect, mana boleh nak lawan Encik
Candy Crush aku,” kata Sabiha setelah perlawanan tamat. Semua mula bersurai
untuk mencari tempat berteduh.
Aku mencebik. Dan-danlah nak memuji si Gorilla
Kuning tu. Sekarang aku tak pelik kalau Hariz adalah adik kepada Dr. Hilman.
Aku tertanya-tanya. Di sini, adakah semua orang tahu yang kapten pasukan bola
sepak kampus merupakan adik Dr. Hilman?
Kami berjalan menuju ke arah khemah besar. Lepas
tamat sukan futsal, dah takde aktiviti lain rasanya. Cuma tunggu penyampaian
hadiah dan boleh bersurai.
“Lepas ni dah penyampaian hadiah, kan?” soalku
kepada Cik Presiden di sebelah.
“Belum lagi. Ada extra
activity. Ni cadangan Naim, vice
president kita.”
“Extra activity?”
“Ini namanya Lecturer-Student
Bonding time.”
“Dah tak cukup bonding
semua aktiviti sebelum ni?” potongku. Aku rasa semua aktiviti tadi melibatkan
pensyarah dan pelajar. Semua siap boleh bergelak ketawa dan mesra. Memang
tercapailah objektif untuk hari ini.
“Kau ni.. dengarlah aku habis cakap dulu!” Sabiha
marah. Aku terus diam sebelum dahi kena lastik dengan orang sebelah.
“Ni khas untuk pelajar tahun akhir dengan pensyarah.
Kononnya nak bagi can terakhir untuk bonding
dengan lecturer. Inikan dah dikira last family day untuk kita. So, aktiviti nanti cuma melibatkan semua
pensyarah partner dengan sorang last year student. Aktiviti
santai-santai je.”
Kemudian Sabiha senyum jahat.
“Aku nak pastikan kau partner dengan Dr. Hilman.”
Terus meluas mataku.
“Weh.. kau jangan nak buat gila, Biha!” jeritku.
Risau juga. Sebab Sabiha orang kuat persatuan. Tunggu dia tunding jari, gerenti
anak buah angguk setuju.
Sabiha gelak.
“Kenapa dalam ramai-ramai kawan kita, aku juga yang
kau nak padankan dengan Dr. Hilman?” Aku tak puas hati.
“Because I
love you, but I hate you. Aku nak tengok kau sengsara dengan Dr. Hilman.
Mesti seronok.” Sekali lagi Sabiha gelak jahat sebelum mula berlari
meninggalkanku.
Kurang asam boi punya kawan! Aku dapat nanti, memang
sampai biru dia aku cekik.
------------
Aku
lega apabila aku dipadankan bersama dengan Puan Ainon. Nasib baik Sabiha tak
buat macam yang dia cakap. Kalau tak memang aku isytihar putus sahabat
mandatori. Sebut pasal Sabiha, dia cuma menjadi tukang sorak dan tukang ambil
gambar tak bertauliah dari tepi kawasan pertandingan. Namanya tak terpilih.
Dengki aku!
Kalau ikutkan hati, aku memang taknak ikut serta.
Tapi nak buat macam mana bila nama aku terpilih ketika undian dicabut.
Memandangkan pensyarahku cuma dua puluh satu orang, maka cuma dua puluh satu
pelajar tahun akhir yang terpilih. Nasib malang atau bertuah yang patut aku
panggil bila namaku terpilih?
Sebelum aktiviti dimulakan, semua peserta
dikehendaki beratur dengan pasangan masing-masing. Hampir terngangaku apabila
tiba-tiba Dr. Hilman muncul di sebelahku.
“Kak Ainon tak cakap ke yang saya ganti dia?” soal
Dr. Hilman. Mesti wajah terkejutku jelas kelihatan.
Aku geleng kepala. Puan Ainon cuma mengadu kurang
sedap badan dan dia minta aku masuk ke padang dulu. Aku memang tahu dia sedang
mengandung tiga bulan. Ikut serta aktiviti ini pun kerana aktiviti ini tak
agresif.
“Dia kurang sihat. Terpaksa tarik diri. Dafi, partner saya pula tiba-tiba sakit perut.
Dia mintak excuse balik awal. So, Kak Ainon yang cadang supaya saya partner dengan partner dia,” cerita Dr. Hilman.
Aku cuma mendengar. Alahai.. tak payah tunggu Sabiha
buat jahat, akhirnya berpartner juga
aku dengan Dr. Hilman. Aku pandang sekeliling kawasan. Mata berlaga dengan
Sabiha yang tersenyum sinis. Seakan-akan mahu berkata, ‘Kalau dah jodoh, takkan
ke mana.’
“Awak tak kisah, kan?” Suara Dr. Hilman buatkan
perhatianku kembali tertumpu kepadanya.
“Eh, tak! Saya okey je. Cuma tak sangka, tiba-tiba
pulak partner kita sama-sama forfeit,” balasku. Kebetulan atau takdir?
“Saya tak pernah kalah, tahu? Bersedia ke?” Suara
Dr. Hilman berbaur amaran. Maksud lainnya, ‘Kalau kita kalah, siap awak!’
Teguk liur. Aku kalau dengan dia ni, memang selalu buat
senaman kerongkong!
“InsyaAllah saya cuba yang terbaik, Dr.,” jawabku.
Kenapa aku berpasangan dengan orang yang tak tahu
makna kalah ni? Stres la!
Semua peserta kemudiannya mendengar taklimat kecil
sebelum aktiviti ini diteruskan. Permainan dibahagikan kepada dua bahagian.
Kumpul dua puluh gula-gula dari dalam tepung dengan mulut dan kemudiannya
habiskan satu bekas aiskrim Nestle 1.5L. Dan apabila peserta dah habis
mengumpul dua puluh gula-gula, dia boleh turut sama menghabiskan aiskrim
bersama pasangannya. Siapa yang tak larat habiskan boleh mengalah. Senang. Pemenangnya
akan mendapat sepasang anak patung katak yang sangat comel.
“Alah.. buat apa dapat anak patung tu? Kami ni
lelaki.” Encik Zaidi bersuara dalam nada gurauan. Kena pula memang pasangan
Encik Zaidi adalah Muiz, juga lelaki.
“Alah, Di! Kau bagilah kat bini kau. Kau Muiz, bagi
dekat awek kau. Haa.. memang kenalah ada I
love you kat tengah-tengah tu,” sampuk Encik Faizul pula.
Muiz pandang aku. Eh.. eh.. dah kenapa pandang aku
ni?
“Eh.. dah.. dah.. jangan nak buang masa pulak. Main
je la. Kalau taknak hadiah, tak payah menang. Kami nak,” kata Dr. Awliya yang
berpasangan dengan Adira.
“Eh, mana boleh! Hadiah-hadiah la. Menang tetap kena
menang,” kata Encik Zaidi pula.
Setelah itu, kami berlalu ke tempat permainan. Semua
pasangan memikirkan strategi untuk menang.
“Seriously
tambah kalori semata-mata nak dapat katak hodoh tu? Kalau cium jadi tuan puteri
cantik takpelah jugak.” Dr. Hilman pandang tub
aiskrim yang berada di depan kami. Tak puas hati.
“Dr., saya nak katak tu. Comel.”
“Katak pun boleh comel? Disgusting.” Penuh jijik muka Dr. Hilman.
“Comellah. Kita kena menang, Dr. Dr. kumpul
gula-gula, saya habiskan aiskrim.” Berkobar-kobar semangatku nak menang.
Semuanya sebab nak anak patung katak.
“Larat ke nak habiskan satu tub aiskrim tu?” Atas bawah, atas bawah dia pandang aku. Mesti
musykil mengenangkan saiz tubuhku.
“Selera saya besar, Dr. Gerenti beres punya.” Aku
berkata yakin.
“Awak betul-betul nak katak hodoh tu?” Serius
suaranya.
Aku angguk. “Deadly
serious.”
Dia pula angguk.
“Okay, good
luck,” pesannya sebelum berlalu ke meja untuk permainan ambil gula-gula
dalam tepung dengan mulut itu.
“Dr. pun, all
the best,” laungku sedikit kuat supaya dia dengar. Aku turut berlalu ke
meja yang terletak satu bekas aiskrim yang masih belum dibuka. Kebanyakan
peserta yang makan aiskrim adalah dari golongan pelajar atau perempuan.
Cuaca makin redup. Sangat kena dengan aktiviti kami
ini. Aku juga turut serius. Semua penonton pun turut bersemangat untuk menyaksikan
permainan yang lain daripada aktiviti pagi tadi. Tak pernah aku seserius ini
untuk makan aiskrim. Patung katak punya pasal!
Bunyi wisel ditiupkan. Penutup aiskrim dibuka. Telan
liur dulu. Mampu ke aku nak habiskan satu tub
aiskrim ni? Tanpa melengahkan masa, terus aku capai sudu dan aiskrim perisa
jagung itu disuap ke dalam mulut. Kena sangatlah cuaca macam ni untuk makan
aiskrim. Sedap bila rasa sejuk lepas tekak.
Bunyi sorakan para penonton tak kupedulikan. Sekilas
aku angkat muka untuk melihat apa yang pasanganku sedang lakukan. Aku tak dapat
nak cam gara-gara semuanya sibuk benamkan muka dalam tepung. Bila kepala
diangkat, nasib baik aiskrim dalam mulut tak tersembur melihat wajah-wajah yang
putih itu. Kesemuanya boleh dikatakan adalah pensyarahku.
Lima suapan, aku berhenti sekejap. Rehat sebentar.
Lidah rasa macam nak lumpuh. Sejuk gila. Aku pandang peserta lain. Semuanya
lebih kurang aku dan semuanya masih sendirian. Maksudnya pasangan masing-masing
masih belum habis bertempur di medan tepung.
Aku teruskan suapan. Seketika kemudian, aku
mendengar sorakan para penonton lebih kuat daripada biasa. Terusku angkat muka
untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dr. Hilman angkat tangan menandakan dia
telah habis mengumpul dua puluh gula-gula. Setelah disahkan, terus dia berlari
ke arahku.
Hmm..
patutlah sorakannya lain macam! Dr. Hilman bak Majnun sedang berlari ke meja
Lailanya.
“Seriously
dah lebih lima minit berlalu, baru ni yang awak habiskan? Tadi bukan main
berlagak cakap mampu makan semua.” Dia membebel sambil menunjukkan bekas
aiskrim yang tak sampai suku aku habiskan.
“Sejuklah. Mana boleh makan banyak-banyak. Brain freeze,” jawabku sambil
memandangnya. Kalau tak kenangkan aiskrim yang perlu dihabiskan itu, mesti aku
gelak dengan wajahnya yang comot dengan tepung. Sekeliling mulut dan jambangnya
dihiasi oleh tepung. Sampai melekat ke bawah mata. Baju hitamnya tak payah
cakaplah. Memang jelas kena tepung.
“Dr., tolonglah saya habiskan aiskrim ni.” Aku
tayang muka comel, minta belas ihsan daripadanya. Kalau aku tayang pada Sabiha,
biasanya menjadi. Haraplah Dr. Hilman ini masih belum imun lagi dengan virus
yang kupanggil Hazelcomelism ni.
Dia pandangku bergilir-gilir dengan aiskrim. Mukanya
masih enggan.
“Pleaseee,”
rayuku. Kedua-dua tangan disatukan di dada, menunjukkan aku betul-betul mahu
dia menolongku. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aiskrim ni masuk ke dalam
mulutnya.
“Urghh.. I
hate sweet stuff.”
Dia capai satu lagi sudu sebelum dibenamkan ke dalam
aiskrim jagung itu. Lalu satu scoop
besar aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya. Luas mataku melihat kuantiti aiskrim
yang disumbat ke dalam mulutnya itu.
Aku senyum
menang. Gembira.
“Aw.. em..
arh.. erkk..”
“Shh.. Dr.! Masa makan jangan bercakap,” kataku.
“Aw.. em..
arh.. erkk..” ulangnya lagi tanpa mempedulikanku.
“Apa dia Dr.? Saya sepatutnya kena makan banyak?”
tanyaku. Dia angguk.
“Saya tengah cuba la ni. Bagilah rest kejap. Lidah saya dah macam nak
putus.”
“An.. eee..
akk.. app..”
“Saya tahu kalau cair tak sedap. Kejap lagi saya
sambung,” balasku.
“Ergh.. en..
izz.. eed..err..” Dia pegang dahi.
“Dr. brain
freeze? You need water?”
Dia angguk laju-laju sebelum mencapai air yang
kuhulurkan kepadanya. Laju sahaja air mineral itu diteguk melepasi tekak. Ada
sisa lebihan air yang mengalir dari celah bibirnya turun ke lehernya, lalu betul-betul
di atas halkumnya. Buatkan putih tepung di kawasan bibirnya kelihatan
melekit-lekit.
Terus aku capai tisu merah jambu yang turut
disediakan di atas meja itu. Tangan terus dibawa ke bibir Dr. Hilman. Tindakan
yang spontan. Serius aku tak sedar dengan tindakanku. Dalam kepalaku, aku cuma
tak suka melihat dia yang terlebih comot itu. Nampak menjengkelkan.
Sehinggalah aku rasa tubuhnya sedikit mengeras dan
mata kami berlaga, barulah aku sedar dengan ketelanjuranku. Dia sendiri
jelas-jelas nampak terkejut dengan tindakan beraniku. Bagaikan terkena renjatan
eletrik, terus tangan dilarikan.
“Err.. sorry.
Ada kesan tepung kena air. Nampak comot.” Aku meminta maaf. Dalam kepala kutuk
diri sendiri. Kenapa aku boleh bertindak gila macam tu? Brain freeze tak hilang-hilang lagi ke?
“Oh, ya ke?” Cuma itu jawapannya. Tisu dari tanganku
ditarik sebelum disapu pada tempat yang baru kusapu tadi. Dia cuma berlagak
seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Takde masa nak take
care of hygiene, kita kena habiskan aiskrim ni dulu,” bicaranya serius. Aku
cuma angguk.
Kemudian sekali lagi aiskrim disua ke mulutnya.
Wajahnya jelas-jelas menunjukkan betapa tak sukanya dia dengan aiskrim tapi
tetap juga dipaksa tekak demi pertandingan ini. Dulu pun dia memang pernah
cakap yang dia tak suka benda manis.
Akhirnya aku turut sama meneruskan tugasku. Tinggal
sikit je lagi nak habis. Dan terima kasih kepada Dr. Hilman, akhirnya kami
berjaya habiskan sebekas aiskrim itu dan disiyhtiharkan sebagai pemenang.
Sumpah.. aku akan muntah kalau aku tengok aiskrim
lepas ni!
----------
Acara
penyampaian hadiah diteruskan. Kesemua hadiah disponsor oleh pelbagai sumber.
Terima kasih kepada kegigihan ahli jawatankuasa, hadiah yang diterima agak
lumayan juga. Macam yang diagak, majoriti permainan dijuarai oleh Kumpulan 1.
Kumpulanku cuma menang tiga hadiah untuk tempat pertama dan satu tempat ketiga.
Ketika hadiah untuk aktiviti terakhir diumumkan, lebar
sengihku ketika aku dan Dr. Hilman mengambil hadiah anak patung katak yang
masih berbungkus hamper itu.
“Macam mana dia tak menang? Kau tengok macam mana dia
rempuh aku masa rebut gula-gula tadi? Nasib baik aku tak terjunam dalam bekas
tepung.” Dah mula dah Encik Zaidi and the
gang membahan Dr. Hilman.
“Tak sangka
kau ya, Man. Diam-diam nak anak patung. Nak bagi awek kau ke? Romantik jugak
kau ya, Man?” tambah Encik Hamidi pula.
“Mana ada. Saya darah muda. Memang competitive,” jawab Dr. Hilman sebelum
turut ketawa.
“Untung awak Hazel sebab partner dengan Dr. Hilman. Dapat hadiah anak patung.”
Aku sengih. Dalam hati mengiakan.
Setelah itu semua orang berlalu meninggalkan aku berdua
dengan Dr. Hilman. Itu pun sebab aku masih punya urusan dengan Dr. Hilman. Dr.
Hilman mengoyak plastik hamper itu. Di dalamnya ada dua anak patung katak yang
berbeza saiznya. Satu besar, satu kecil. Dah macam mak dengan anak.
“Anak patung
apa kebenda besar macam ni. Ni dah bapak patung,” bebel Dr. Hilman. Aku yang
mendengar cuma menahan gelak sebab kami berfikiran agak serupa.
“Dr., saya nak yang besar.” Bukan main teruja
suaraku.
“Awak nak dua-dua pun saya kasi, Hazel.” Dr. Hilman
berkata bosan.
“Eh, mana boleh, Dr. Kita gigih sama-sama, hadiah
pun kena share sama-sama. Dr.
ambiklah yang kecik. Saya nak Cik Froggy ni,” kataku sambil jari tunjuk patung
besar. Sedap dibuat peluk. Babailah Olaf malam ni. Haha.
“Cik Froggy?” Dia seakan-akan mahu tergelak.
“Yalah. Nama dia Cik Froggy. Dr. ambik yang kecik ni
ya? Nanti boleh letak dalam kereta.”
“Yalah. Yalah. Saya ambik Cik Froggious ni.”
“Cik Froggious?”
“Ingat katak awak je ada nama?” Sinis suaranya.
Aku terus ketawa. Amboi.. nama taknak kalah! Sempat
saja dia kenakan aku.
“Nah.. ambik patung ni.” Anak patung katak yang
besar itu dihulurkan kepadaku.
“Dr. jangan buang tau Cik Froggious tu. Letak dalam
kereta.” Risau betul aku kalau dia buang. Maklumlah, diakan lelaki.
“Iya.. saya tak buang. Saya letak dalam kereta saya.”
Suara bosan.
“Betul ni?” Masih tak percaya.
“Ya. I’m a man
of words. Saya tak buang, saya letak dalam kereta. Dahlah.. Cepat ambik ni.
Saya nak balik ni.” Suaranya sedikit berang apabila anak patung besar itu masih
dalam tangannya.
“Okey. Thank
you, Dr.” Sempat kusengih sebelum menyambut anak patung itu. Kemudian aku
melihat Dr. Hilman berlalu bersama anak patung kecil. Rasa nak tergelak pun ada
melihat anak patung kecil itu dikepit dibalik tangan sado itu.
“Amboi.. bukan main kau, ya?” Sabiha tiba-tiba
muncul di sebelahku.
Keningku terus bertaut.
“Apa maksud kau?”
“Kalaulah aku ni tak tahu kau dan Dr. Hilman tu
pelajar dan pensyarah, memang aku dah ingat kau orang bercinta, tahu? Dah macam
gaya pakwe bagi hadiah pada makwenya pun ada.”
Aku tayang muka bosan. Dia dah mula dah! Sabiha dan
teori cinta tak kesampaiannya itu.
“Masa bertanding tadi, bukan main kau lap-lap mulut
dia, ya?” kata Sabiha lagi. Bibir mengorak senyuman mengusik.
Aku terus ternganga. Lupa ramai yang memerhati.
“Weh.. aku cuma lap sebab nampak kotor sangat. Mesti
semua orang salah sangka, kan? Mesti semua ingat aku sengaja gatal, ambil
peluang, kan?” Aku sedikit cemas. Wajah dibenam pada Cik Froggy. Geram dengan
diri sendiri.
“Chill la,
Hazel. Takde yang pelik punya. Sebab tindakan kau tadi memang spontan. Nampak
macam kau cuma nak bagi tisu kat Dr. Hilman. Tu je.” Sabiha cuba menenangkanku.
Aku haraplah Sabiha betul. Aku taknak kumpul musuh
dari gerakan peminat-peminat Dr. Hilman. Tak pasal-pasal timbul fitnah nanti.
Itulah, Hazel! Lain kali jaga tangan. Jangan nak
gatal sangat nak pergi sapu muka orang!
mmg timing sy.....tepat kul 11.00 lyan alpha male nii...klau bkak tadaa...dh ade :):)btw...mmg terbaik lh....jln ceriter die mmg winnn!!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCik froggy and cik froggious - sweetnya mereka 😘😘😘
ReplyDeleteSweet as alwaysss ♡♡♡
ReplyDeleteSweet as alwaysss ♡♡♡
ReplyDeleteSweet as alwaysss ♡♡♡
ReplyDeleteLove you anjell.. terdetik nak bkak blog ni.. ttiba ada ep 17.. muahh2 😘😘 always terbaikkm
ReplyDeleteSo sweet
ReplyDeleteSo sweet
ReplyDeletehi sis... sy ni silent reader... first time comment ni... good job sis... semua novel sis dah ada dlm genggaman.. dah khatam beberapa kali.. now Alpha Male pun x pernah miss.. tiap2 hari sharp 11pm mesti layan blog sis.. all your novel is superb... congrats sis..
ReplyDelete🐸🐸🐸🐸🐸 😍😍😍😍😍😘😘😘😘😘
ReplyDeletex sabar nak tunggu novel.....best cite niiii
ReplyDeletex sabar nak tunggu novel.....best cite niiii
ReplyDeleteTq banyak2...sambil baca tak habis gelak sorang2
ReplyDeleteSayavpun tak sabar nak tunggu novel ni keluar.
ReplyDeleteTak sabar nak baca bab seterusnya ������������
ReplyDeleteAssalamualaikum sis. Can't wait for the next chapter! So sweet as always <3
ReplyDeleteMalam ni akak langkah kanan, tersenyum sendirian dapat baca..Hazel tetap di hati Hilman..huihhh tak sabar nak baca next entry. So sweetttttt.....
ReplyDeleteNak lagi plisssss...❤️❤️❤️
ReplyDeletei'm a man of *my* word ~ aku bukan kaki sembang/aku bukan jenis cakap tak serupa bikin
ReplyDelete...sori sebab jadi grammar nazi ;P
Anjell mane bab 18???. smlam x update ponn :( :( :(
ReplyDeleteAnjell...bila nak update bab 18...x sabar...😎😎
ReplyDeletenever miss your novels..seriously cant wait for this one
ReplyDeleteI am waiting for the next update. Everyday bukak blog anjell sbb nak baca
ReplyDeleteBut then, kenapa dah 3 hari tak update? 😭😭
Samalah.. setiap malam bukak mengharapkan ada kelainan.. huhu tak apa.. faham je.. nakkan yabg terbaik kena ambil masa.. do the best anjell.. 😘
ReplyDeleteAlways a fan! Keep on writing, Anjell!
ReplyDeleteNak lagiii kak anjell 😆
ReplyDeleteBesttt sangat in love sgt dgn gaya penulisn akk😍😍😍 cpt2 smbung
ReplyDeleteNext epsode please sis anjell..so in love with all your novels 😘😘😘
ReplyDeleteSweet sgt..baca ulang ulang pun ttp sweet..goodjob anjell..
ReplyDeleteSo sweet 😭😭😭😭❤️
ReplyDelete