BAB
13
“Weh..
Biha, aku teman je tau. Chaperon
kau.” Sejak aku ambil Sabiha di kampus, sampailah dah selamat sampai di tingkat
G pusat beli-belah Mid Valley ini, aku dah macam radio buruk mengulang ayat
yang sama. Adalah nak dekat sepuluh kali.
“Ya.. aku tahulah. Kau cuma teman aku. Kau chaperone aku. Dah.. jangan cakap lagi.”
Sabiha tayang muka menyampah.
“Kau dah beritahu Iwan ke belum? Karang tak
pasal-pasal dia tembak aku dengan senapang dinasour sebab dah ajar tunang dia
curang,” soal Sabiha pula.
Aku ketawa.
“Dah. Kesian dia. Hari ni pun kena kerja. Dia takkan
jealous punya sebab dia tahu aku
sayang dia je. Dia suruh aku enjoy
dan ingat dia.” Aku ulang apa yang dikatakan oleh Iwan sewaktu aku memberitahunya
tadi.
“Perasan betul mamat tu.” Sabiha menjulingkan matanya
ke atas. Menyampah.
“Dia tahu ke kau nak ke Mid Valley?”
Aku geleng kepala. Sama ajelah di mana-mana pun. Si Hariz
ni satu hal. Mula-mula cakap Pavilion. Alih-alih jumpa di Mid Valley. Nasib
baiklah aku memandu kereta sendiri.
“Kau janji nak jumpa dia kat mana?” soalku.
Sekelilingku dipandang. Mid Valley makin sesak. Maklumlah, hujung minggu. Penuh
dengan anak-anak muda yang keluar berhibur.
“Kejap aku tanya.”
Aku cuma diam. Klise betul. Asal nak keluar dating,
mesti di pusat beli-belah. Cuba jadi klasik sikit. Macam zaman P. Ramlee dulu.
Bila nak dating, pergi taman bunga. Lepas tu, nyanyi-nyanyi. Nak Hindustan
sikit, joget-joget.
Nak lain sikit, ke taman buaya. Buaya menjadi
pencegah maksiat. Barulah rasa macam beringat-ingat sikit sebelum nak buat maksiat.
Sebelum sempat berpegangan tangan, dah hilang kepala kena ngap dengan buaya.
Tak gitu?
“Dorang tunggu di restoran Secret Recipe. Makan
dulu.”
Aku cuma mengikut. Nasib baiklah restoran itu masih
terletak di tingkat G. Tak adalah penat sangat mahu berjalan. Beberapa minit
berjalan, akhirnya sampai juga. Kepala mula pusing ke kiri dan ke kanan untuk
mencari susuk Hariz.
Jumpa. Dari jauh aku melihat Hariz yang segak dengan
baju t-shirt hitam dan seluar jeans lusuhnya. Dia senyum apabila melihat kami.
Perhatianku beralih pula pada teman Hariz. Sedang bercakap di telefon sambil
membelakangi aku dan Sabiha. Hanya tangannya yang sedang memegang telefonnya
yang kunampak.
Makin kaki mendekati, makin jelas susuk teman Hariz.
Makin aku rasa familiar dengan gerak tubuh lelaki itu. Makin jelas juga aku
nampak model jam tangan yang melekap gah pada tangan kiri yang memegang
iPhonenya itu. Jaeger LeCoultre.
Macam pernah kulihat jam itu, tapi di mana ya?
“Ya, mummy.
Insya-Allah. Nanti Man cuba cari. Waalaikumussalam.” Suara yang cukup kukenal!
Seakan-akan tahu aku dan Sabiha sedang berdiri di
belakangnya, dia berpusing. Sah! Tak perlu kata apa-apa…
“Dr.?” Serentak aku dan Sabiha berkata. Sama-sama
tak percaya. Sama-sama ternganga.
Gorilla Hijau dah bertukar jadi Alpha Male!
“Eh, kenal ke? Ni Hilman, abang saya.”
“Abang?” Sekali lagi aku dan Sabiha bersepakat
suara.
Kemudian kami berdua bergilir-gilir memandang dua
jejaka hangat yang berada di depan kami. Aku dan Sabiha berpandangan. Bagaikan
telepati, aku tahu otak kami berkisar tentang perkara yang sama.
Orang yang wajah Hariz punya iras adalah Dr. Hilman,
abangnya sendiri. Hari ini baru jumpa jawapannya. Bila duduk
sebelah-menyebelah, baru nampak persamaannya. Bukan nak kata macam kembar atau
banyak irasnya, tapi wajah mereka ada persamaan walaupun tak banyak. Sekilas
pandang, orang dah tahu mesti adik-beradik punya.
Kan betul firasat pertama ketika aku langgar Hariz
dulu. Dia ada iras-iras Dr. Hilman. Kedua-duanya ada aura tersendiri. Tapi bagi
aku, aku rasa Dr. Hilman lebih menonjol. Mungkin wajahnya yang lebih matang
buatkan dia tampil berkarisma berbanding dengan Hariz.
“Ya.. abang saya. Satu ayah, tapi lain-lain mak,”
kata Hariz.
“Dr. Hilman ni pensyarah kami,” tutur Sabiha pula.
Tiba-tiba rasa kejanggalan mula menebal.
Hariz tepuk dahi. Seakan-akan baru sedar sesuatu.
“Oh, God. How
silly of me. Abang Man is a Math lecturer and both of you are math students.
Adoi.. macam mana boleh tak perasan ni?” Hariz tergelak sendiri.
Aku dan Sabiha pula tak tahu nak buat apa. Mahu
gelak atau mahu menangisi nasib hidup? Keluar dating dengan pensyarah sendiri
weh. Kau ada?
“Duduklah, Biha, Hazel. Abang Man tak makan orang.
Jangan risau,” pelawa Hariz. Cuba menghapuskan kecanggungan antara kami.
Abang dia memang tak makan orang. Tapi abang dia tu
suka baham orang. Kalau dah baham orang mana nak pandang kiri kanan. Risau aku!
Aku dan Sabiha terus ambil tempat duduk. Kami
sama-sama berebutkan kerusi yang bertentangan dengan Hariz. Rela menghadap Hariz
daripada menghadap Dr. Hilman. Rasa macam sedang dipantau oleh guru disiplin. Tegak
segala bulu roma.
Sabiha menang. Akhirnya aku mengalah sebelum berlalu
ke kerusi sebelah Sabiha dengan berat hati. Telan liur dulu sebelum melabuhkan
punggung betul-betul bertentangan dengan Dr. Hilman. Ini yang aku rasa nak sujud
atas meja ni! Tunduk je kepala aku ni.
Senyap.
“OMG. This is
so awkward. Abang Man la ni.” Hariz tak puas hati. Dr. Hilman dimarahnya.
“Eh, abang pulak! Siapa semalam yang merayu-rayu
mintak abang temankan?” balas Dr. Hilman balik. Sebelah keningnya diangkat
seakan-akan mencabar.
Hariz tarik muncung. Rasa macam kelakar bila tengok
lelaki merajuk. Merajuk dengan abang sendiri. Comel la pulak. Kalau homo
sapiens selain Dr. Hilman yang duduk bertentangan denganku, pasti aku akan tersenyum
lucu.
Kedengaran Dr. Hilman mengeluh.
“Macam ni la. Hazel
and you.. Sabiha,” Dr. Hilman dah bersuara.
Aku dan Sabiha terus angkat kepala. Telan liur.
Suara dia bagaikan meminta kami berdua menadah telinga. Sumpah rasa macam
tengah menghadap dia di dalam kelas.
“For the sake
of my dearest baby brother’s perfect romance life..” Suara penuh sarkastik
kenakan adiknya. Hariz dijeling sekilas.
“…Just
consider this is our first meet. And I’m not your lecturer today. You may call
me Hilman,” sambungnya lagi.
Aku dan Sabiha berpandangan. Anggap ini kali pertama
kami jumpa dia? Mampukah aku? Panggil dia Hilman? Tersekat di kerongkong semua
suara.
Kami semua senyap. Menunggu oder sampai. Ya Allah..
sumpah rasa sesak nafas sekarang ini.
“Writing
projek saya dah mula dah?” Dr. Hilman bersuara.
Soalannya buatkan aku hampir jatuh kerusi. Mana
perginya, ‘I’m not your lecturer today’
dia tu? Dia ungkit pula pasal kerja dia tengah-tengah Secret Recipe ni. Dahlah
sepatah haram aku belum mula menulis lagi.
Aku pandang Sabiha. Muka macam lepas tertelan cicak.
Kalau aku belum mula, Sabiha pasti dua kali lima denganku. Apatah lagi Sabiha sedang
sibuk dengan segala macam proposalnya.
“Abang ni, ada ke tanya pasal kerja rumah orang?
Tadi cakap anggap ni kali pertama jumpa.” Hariz seolah-olah dapat membaca
fikiran kami bersuara. Nasib baik ada Hariz.
“Okay.. fine.
Dah semua senyap, apa lagi abang nak tanya? Abang manalah tahu apa-apa pasal
budak berdua ni.”
“Tanyalah pasal nama ke, umur ke. Inikan date. Takkan abang tak pernah keluar dating kut?” bahas si adik.
“Ni date
kau, bukan abang, tahu? Abang teman je. Kau la yang tanya semua-semua tu. Abang
taknak tahu,” bidas si abang pula.
Hariz mendengus. Kalah.
Seronok tengok dua beradik ni bertikam lidah. Tak
payahlah aku dan Sabiha bersuara.
“Hari ni cuaca panas, kan?” soal Hariz.
Nasib baik air dah lepas tekak. Kalau tak, mahu bermocha-kiss aku dengan Dr. Hilman,
gara-gara air tersembur dari mulutku directly
proportional ke muka muka Dr. Hilman. Aku gigit bibir bawah, menahan tawa
yang hampir terburai. Tak tahu kenapa rasa kelakar. Kalau orang luar tengok
kami semua yang kononnya sedang ‘dating’ ni, mesti orang cakap huru-hara.
Si Hariz ni pula satu hal. Tak pernah keluar dengan
perempuan ke? Tiba-tiba tanya pasal cuaca? Tolong ingatkan aku untuk ingatkan
Sabiha supaya semak ramalan cuaca sebelum keluar dengan Hariz untuk masa yang
akan datang.
Sabiha pandang aku. Mata minta tolong daripadaku.
“Eh, ni date
kau, bukan aku. Aku teman je. Kaulah yang jawab soalan tu. Aku taknak tahu,”
jawabku. Tiru ayat Dr. Hilman.
Dari hujung mata aku melihat Dr. Hilman sedang
menahan senyum. Sabiha pula aku nampak macam nak digigitnya aku hidup-hidup
sebab dah belot dengannya. Tak pasal-pasal aku dah segeng dengan Dr. Hilman.
“Anggap kami tak wujud.”
“Just ignore us.” Aku dan Dr. Hilman
berkata serentak. Sama tapi tak serupa.
Kami berpandangan sebelum aku larikan mataku.
Bersepakat pula kami hari ini. Dahlah baju sama-sama warna putih.
Kami berdua senyap. Sama-sama rasa telefon pintarlah
yang paling menarik tika ini.
“Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya hari ni,
Biha.” Hariz berkata. Lupakan cuaca.
“Sama-sama. Terima kasih juga sebab ajak. Saya
memang takde buat apa-apa pun hujung minggu ni,” balas Sabiha.
Mereka mula berbual mesra. Sudah mula bergelak
ketawa. Amboi.. ni memang betul-betul anggap aku dan Dr. Hilman halimunan ni!
“Hmm… awak
berdua tak kisah ke kalau lepas ni kita semua pergi tengok wayang?” soal Hariz.
Sabiha pandang aku. Aku lagi seronok. Kalau ke pusat
beli-belah tak masuk panggung, tak sah. Aku memang kaki panggung. Sabiha pun
sama.
“Nak tengok cerita apa?” soal Sabiha pula.
“Kita tengok je la nanti. Rasa macam banyak cerita best baru keluar. Abang Man tak
kisahkan?”
Semua beralih ke arah Dr. Hilman.
“Horror/thriller?”
“No!”
bangkangku cepat. Memang taklah nak ajak aku tengok cerita seram. Aku paling
benci dengan cerita seram. Sebab itulah aku ni penakut nak mati.
“Why? Why not?
Best apa?” Dr. Hilman tak puas hati.
“Best apa
kebendanya kalau tiga suku cerita tu dok asyik menyorok belakang kerusi orang.
Membazirlah tiket nanti,” jawabku.
“Habis tu cerita apa? Romance?” Dr. Hilman mengejek di hujung ayat.
“No!”
Sekali lagi aku membangkang.
“Why?
Perempuankan suka cerita geli-geli macam tu,” ejeknya lagi.
“Lebih menggelikan kalau tengok dengan lelaki. Yew!” balasku tanpa beselindung. Dr.
Hilman dipandang dari atas ke bawah beberapa kali. Biar dia tahu, dia pun
termasuk dalam kategori lelaki yang ‘Yew’
itu. Peduli apa kalau dia pensyarah aku pun.
Bunyi orang berdehem buatkan aku tersedar yang kami
bukan berdua. Kami sama-sama berpaling ke arah si tukang berdehem itu. Hariz.
Kelip-kelip dia dan Sabiha pandang kami berdua berdebat.
“What say you
guys?” Dr. Hilman bertanya.
“Macam ni ya, Encik Pencadang dan Cik Pembangkang.
Apa kata kita tengok dulu movie apa
yang tengah hot sekarang ni. Lepas tu
kita sama-sama sebulat suara putuskan yang mana yang kita nak tengok. Setuju?”
Hariz bergilir-gilir memandangku dan Hilman.
“Okey.” Itu jawapan Hilman.
Manakala aku pula cuma mengangguk setuju.
------------------
Tiket
wayang adalah pada pukul 12.30 tengah hari. Ada lebih kurang empat puluh minit
lagi. Kami berempat cuma berlegar-legar di dalam pusat beli-belah itu untuk menghabiskan
masa.
Kami masuk ke dalam kedai Harvey Norman. Hariz katanya
mahu mencari aksesori untuk komputer ribanya. Sabiha pula turut lesap bersama
Hariz. Khusyuk memberi cadangan kepada Hariz untuk dipilih nanti.
Aku memberi isyarat kepada Sabiha mengatakan aku
mahu berlalu ke tandas. Sabiha cuma angguk. Selepas keluar dari tandas, hampir
sahaja aku terlanggar seseorang. Mujur kaki sempat dibrek sebelum aku terjun ke
dalam pelukan orang di depanku.
Angkat muka. Niat untuk meminta maaf dimatikan
apabila wajah kacak Dr. Hilman yang menghiasi mata.
“Eh, Dr.?” Aku senyum kaku. Bagaikan berjanji pula.
Kami sama-sama keluar dari tandas.
Aku segera berundur setapak sebelum mula berjalan.
Dia turut mengekoriku. Berjalan di sebelahku. Aku buat tak kisah. Lagipun
destinasi kami sama. Kami sama-sama senyap.
Beberapa langkah berjalan, mataku menala ke satu
arah. Kaki terus terpegun. Buatkan Dr. Hilman di sebelahku turut mati
langkahnya. Dari hujung mata, aku nampak dahinya berlapis. Aku dengar dia
bertanya, tapi aku cuma abaikannya.
Akal sekarang ini lebih cenderung untuk mengesahkan
apa yang aku lihat sebentar tadi. Laju kepala ditoleh ke arah kiri dan kanan.
Dan laju lagi mata mencari dua susuk yang cukup kukenali.
Jumpa.
Kaki mula melangkah, tapi terus mati bila terasa
tangan kananku digenggam. Bagaikan terkena renjatan eletrik, terus kutarik. Dr.
Hilman ditenung bagaikan mahu tembus. Berani dia pegang tangan aku?
“Nak pergi mana?” Dia tanpa rasa gentar dengan mata
pedangku bertanya.
Sekali lagi mata memandang ke arah dua manusia tadi.
Takut hilang jejak. Mereka masih dalam pemerhatianku.
“Dr. jalanlah dulu. Saya ada hal kejap.” Aku cipta
alasan. Niat untuk memarahinya langsung hilang. Aku punya misi yang lebih
penting sekarang ini.
Tanpa menunggu jawapannya, aku terus berjalan ke
arah mereka. Masih agak jauh daripada mereka. Dalam hati berdoa semoga ini
semua permainan mataku.
Mereka turun eskelator untuk ke tingkat satu. Aku
masih mengekori. Bagaikan stalker
pula aku rasa. Aku masih menanti mereka berdua memusingkan sedikit wajah mereka
kerana aku mahu melihat siapa mereka. Agar hati aku tenang. Agar aku dah tidak
syak wasangka.
Bagaikan dimakbulkan pula doaku. Sebaik sahaja tiba
di hujung eskelator, mereka berpusing untuk berjalan ke arah yang membelakangi
eskelator. Bergelak ketawa bagai Mid Valley ini mereka yang punya. Langsung tak
peduli dengan pandangan orang lain yang menyaksikan kebahagian mereka, termasuk
aku.
Dan ketika itulah aku rasa kebahagianku bagaikan
diragut. Jelas. Nyata. Lelaki yang sedang berpimpin tangan dengan perempuan itu
adalah tak lain dan tak bukan… Iwan. Tunangku. Dan perempuan itu? Safura.
Sepupuku.
Aku bagaikan tak percaya dengan mataku. Tunang aku
dan sepupu aku. Apa hubungan mereka? Kawan? Kawan tak akan berpegang tangan ketika
berjalan. Kawan tak akan lentok kepala ketika berjalan. Kawan juga tak akan
usap-usap rambut orang dengan penuh kasih sayang ketika berjalan.
Hati perit untuk mengakui kenyataan itu. Mereka…
bercinta ke? Habis.. aku ni macam mana?
Tekak tiba-tiba rasa macam ada pasir. Kesat.
Anehnya, kaki masih lagi gagah untuk mengikut mereka. Masih lagi dalam
peringkat menerima kenyataan. Kemudian terfikir, kalaulah aku jerit panggil
Iwan, apa akan jadi? Berbalas tamparan antara aku dan Safura? Atau wujud
gelanggang WWE antara aku dan Iwan?
Tak lama kemudian, aku melihat mereka berdua masuk
ke dalam kedai barang kemas Wah Chan. Aku dah tak mampu untuk mengikut mereka
lagi. Hanya kaku berdiri. Iwan dan Safura. Sejak bila lagi? Kenapa Iwan sanggup
buat aku macam ni?
Umi. Abi. Majlis kahwin. Maruah keluarga.
Aku mula fikirkan semuanya. Mungkin takkan ada
majlis perkahwinan antara aku dan Iwan. Apa aku nak cakap pada umi dan abi?
Saudara mara aku? Apa persepsi masyarakat nanti kalau tahu tunang aku buat
perangai dengan sepupu aku? Apa akan jadi dengan hubungan keluargaku dan
keluarga Safura?
Kepala tiba-tiba rasa berpusing. Terasa bagaikan
darah enggan mengalir ke otak. Aku pegang dahi. Cuba menstabilkan diri yang
tiba-tiba terasa mahu rebah.
Belum pun dapat menstabilkan diri, tiba-tiba bahuku
dirempuh. Aku bagaikan berada dalam dunia sendiri. Hampir tumbang kalau bukan
ada tangan yang menahan bahuku dari belakang.
“Hey.. watch
where you are going.” Suara amarah tapi protective
yang cukup kukenali dari orang di belakangku.
“Sorry.. miss.
Sorry.. I nak cepat. Tak perasankan you.” Itu pula jawapan dari orang yang
melanggarku sebelum dia berlalu.
Aku cuma diam.
“Hazel! Are
you okay?”
“Saya.. saya okey,” jawabku apabila terasa kembali
normal.
Perlahan-lahan aku tolak tangannya yang mendarat di
atas bahuku itu. Aku menoleh ke arahnya. Bila masa Dr. Hilman ada di sini? Dia
ikut aku ke?
“Awak yakin? Muka awak pucat. Jom.. duduk dulu,”
ujarnya. Wajahnya berkerut. Dia.. risau?
Aku cuma mengikut dia ke arah salah satu bangku
kosong berdekatan. Dia turut melabuhkan punggung di sebelahku. Diam. Aku lega
dia membiarkan aku bersendirian tanpa banyak soal.
“So, what
happened?” soal Dr. Hilman setelah dua minit berlalu.
“Takde apa-apa. Saya penat sangat agaknya
jalan-jalan dalam mall yang luas ni.
Tiba-tiba hypotension agaknya,”
autaku. Kira normallah rasa nak pengsan bila tertangkap tunang yang paling aku
percaya curang. Dengan sepupu sendiri pulak tu! Nasib baik tak kena serangan
jantung.
“Tak payah nak berbohong. Itu tunang awak, kan?”
tuduh Dr. Hilman.
“Macam mana Dr. tahu?” Aku agak terkejut.
“I’m a genius.
I can recognize his face very well. Sekali
jumpa, dengan jenama-jenama kasut yang dia pakai hari tu saya boleh ingat.”
“Ya.. dia tunang saya.” Aku mengaku akhirnya. Tiada
guna menafikannya kalau Dr. Hilman sendiri dah tahu.
Aku mengeluh. Mata dipejam rapat. Mahu mengusir
bayangan tadi. Tiba-tiba terasa hati bagaikan dicengkam kasar. Kenapa?
Persoalan yang sedari tadi berlegar dalam kepala. Kenapa Iwan curang?
“You should do
something. Teach him some lessons. Smack him in the face.” Cukup bersahaja
Dr. Hilman berkata.
“Apa? Ingat saya ni drama queen ke? Buat apa saya nak rendahkan martabat saya sebagai
seorang wanita? Baik bawa bincang di tempat lebih tertutup.” Ya… masa tu,
jangan cakap penampar, memang penendang, penyepak, penumbuk.. semua aku kasi
kat muka Iwan tu!
Astaghfirullahalazim.
Aku beristighfar untuk sejukkan hati sendiri. Taknak ikutkan emosi. Kalau aku
turutkan emosiku, sekarang ini juga aku pergi berperang di dalam kedai Wah Chan
itu.
“Kita tak tahu, mungkin mereka sebenarnya tak ada
apa-apa. Saya taknak fitnah mereka.” Perlahan suaraku. Aku tak tahulah
kata-kataku itu mahu meyakinkan Dr. Hilman ataupun diri sendiri.
“Awak taknak
tahu ke apa yang mereka buat dalam kedai emas tu? Supaya awak dapat bukti yang
sahih? Supaya awak tahu semuanya bukan fitnah?”
“Saya taknak menghadap dorang. Saya belum kuat. Saya
taknak dorang tahu yang saya tahu.” Aku tundukkan wajah.
Damn..
I’m so pathetic!
“Well.. easy.
They don’t have to know then.”
Dr. Hilman bangun. Lacoste aviator yang sedari tadi setia tersangkut pada leher baju t-shirt putihnya
ditarik sebelum dipakai dengan penuh gaya. Mataku membulat. Apa dia nak buat
ni? Manusia normal mana yang pakai cermin mata hitam di tengah-tengah pusat
beli-belah?
“Duduk kat sini. Jangan pergi mana-mana.” Itu
arahannya sebelum dia berlalu.
Atau lebih spesifik, berlalu ke kedai Wah Chan.
👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeleteWow!
ReplyDeleteDah agak dah dia org adik beradik.
ReplyDeleteBoleh pulak kantoi tunang Hazel curang time2 dgn Dr Alpha male...huhuhu
Makin menarik....next entry pls....😍
ReplyDeleteTq anjell x sabar nak pegang novel ni
ReplyDeleteLepas ni Hazel pilih Hilman ajela. I think... Hariz msti tanye2 pasal Hazel dkat Biha. N yg langgar bahu Hazel tu msti stalker hari tu. Next entry pleasee ♡♡
ReplyDelete😍😍😍😍😍
ReplyDeleteTak sabar nak peluk buku 📖📖📖📖😍😍😍😍
ReplyDeleteSemakin menarik....tertanya tanya....hmmm...next k.anjell...very courious right now😕
ReplyDeleteBile nk wat novel.. Tak sabarr
ReplyDeleteomggggg hilman is so damn protective . Love it <3
ReplyDeleteWah lama xbaca cereta Anjel... ni skali harung baca Dr.Alpha Male... mmg tbaik...
ReplyDeleteDr.Hilman mmg suka Hazel... see how protective him for Hazel...
Mau diajar Iwan tu... bg sebijik ja Hazel.. ;)
uish...dr nak berlakon ngorat safura ke? please don't use your fist dr.
ReplyDeleteDating berempat ni paling funnyyyyy! 😂😂Lagi-lagi part hazel & sabiha berebut kerusi!
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم