BAB
10
Majlis
tahlil diadakan pada waktu malam. Ruang tamu sudah dipenuhi dengan ramai lelaki.
Majoritinya adalah yang datang terus dari masjid. Aku pula bersama beberapa
orang wanita berkumpul di bahagian dapur. Menyiapkan hidangan untuk dihidangkan
kepada semua orang nanti.
Aku cuma berbaju kurung melayu tak berapa nak moden,
berwarna coklat tua dikenakan dengan tudung bawal kosong berwarna pic.
Biasa-biasa je. Buat apa nak pakai lawa-lawa? Beberapa jiran aku turut ada.
Tapi takdelah seramai pagi tadi. Ramai yang dah balik selepas juadah siap
dimasak.
Seketika kemudian Dr. Hilman muncul di dapur.
Menandakan hidangan sudah sedia untuk diangkat kepada tetamu. Beberapa orang
lelaki turut muncul di dapur untuk membantu mengangkat talam yang berat berisi
pelbagai jenis lauk-pauk itu.
Tugas aku pada malam itu adalah tukang cuci pinggan
mangkuk. Kata umi, kesian Mak Cik Lyn takde anak perempuan sebab Nana tak balik.
Makin menyedapkan cerita, cuma aku anak dara kat situ. Seharusnya aku berkorban
dan merelakan bajuku terkena percikan air Sunlight nanti. Kan aku dah cakap
tadi. Buat apa pakai lawa-lawa? Last-last
berdiri depan singki jugak.
Lengan baju disinsing separas bawah siku. Nasib baik
ada seorang jiran aku yang turut menolong. Kami berbual-bual sambil melakukan
kerja untuk menghabiskan masa. Tak sedar masa berlalu, tengok-tengok dah dah
hampir habis pinggan mangkuk kami basuh. Berpeluh juga dahi.
Yang tinggal tak berbasuh cuma beberapa periuk dan
kuali yang besar. Mak Cik Lyn dah tegah aku daripada membasuh. Katanya, itu
tugas Dr. Hilman pagi besok. Dalam hati aku gelak. Cuba bayangkan pensyarah aku
yang bermuka ego tu tengah berus kuali. Mesti kelakar, kan? Pukul berapa
agaknya dia basuh besok? Nak juga aku ambil gambar sekeping dua. Buat bahan
gelak bila tengah stres. Haha.
Rumah Mak Cik Lyn dah makin sepi. Ramai yang dah
balik ke rumah masing-masing. Aku jeling jam di dinding. Beberapa minit lagi hari
hampir menginjak. Patutlah dah rasa macam ada ungka tengah bertenggek di atas
kelopak mata. Berat.
Pinggan-pinggan yang dibasuh diatur mengikut saiz.
Mahu mengangkat ke kabinet supaya ruangan dapur menjadi sedikit kemas. Saja aku
angkat awal-awal sebab mahu menyenangkan tuan rumah nanti.
Boleh tahan berat juga. Tengah gigih mengangkat
pinggan-pinggan itu, tiba-tiba ada suara mencelah.
“Need help?”
Kepalaku dipusingkan ke arah itu. Tak payah pusing
sebenarnya sebab suara itu sudah sebati di gegendang telingaku. Dr. Hilman. Tak
puas hati. Kenapa suara dia sedap?
“Takpe. Tulang saya ni masih cukup kalsium. Mithocondria pun masih banyak
berenang-renang dalam otot saya ni. Jadi, saya banyak tenaga dan tak perlukan
pertolongan Dr.,” jawabku angkuh. Dah kenapa aku bercakap macam Pasha ni?
Dr. Hilman ni pula ternyata tak faham bahasa Melayu.
Buat pekak dan kemudiannya dengan selamba mengangkat pinggan-pinggan itu. Tenaga
lelakinya buatkan wajahnya tak beriak. Angkat pinggan yang berkilo-kilo tu
macam angkat kapas. Eleh.. nak cakap otot dia lebih banyak mitochondria daripada aku la tu!
Aku cuma diam. Nak angkat sangat, kau angkatlah
semua. Biar aku sekarang ni angkat kaki pula. Adios! Tanpa buang masa, aku tinggalkan dia di dapur. Agak biadap.
Tapi aku peduli apa! Umi dicari.
“Umi.. Kakak nak balik. Ngantuklah,” kataku sebaik
sahaja aku jumpa umi. Umi sedang berbincang dengan Mak Cik Lyn.
“Pergilah balik dulu. Umi ada benda nak bincang
dengan Lyn. Lambat lagi nak siap. Nah kunci rumah.” Umi serahkan kunci rumah.
Maksudnya cuma satu. Tiada orang di rumah! Aku memang tahu abi ada kursus di Alor
Setar. Pasha? Haa.. mana budak bertuah tu?
“Pasha mana, umi?” soalku.
“Tadi ada lepak dengan kawan-kawan dia. Ke mana
entah budak tu menghilang.”
Jadi kena balik seorang-seorang la ni? Aku telan
liur. Mata pandang ke luar rumah. Hitam pekat walaupun aku dah nampak lampu
tangga rumahku dari sini. Ketaq lutut
wei aku nak balik rumah sorang-sorang! Kalau siang takpelah juga. Kalau pukul
sepuluh ke bawah aku masih okey. Tapi sekarang dah nak tengah malam.
Tiga minit je Hazel. Kalau kau lari, mungkin tak
sampai seminit. Bila lagi nak berolahraga tengah-tengah malam? Pandang depan
je, Hazel. Jangan pandang kiri, kanan dan belakang. Jangan fikirkan pasal benda
putih yang lompat-lompat sebelah kau, atau tiba-tiba terbang depan kau. Haipp.. Hazel.. jangan fikir!!
“Hazel?” Aku terkejut.
“Apa dia, Mak Cik Lyn?” Seronok berdebat dalam
kepala, aku tak dengar apa yang Mak Cik Lyn cakap.
“Mak Cik Lyn cakap, biar Man temankan Hazel balik
rumah.”
Pandangan terus beralih ke sisi Mak Cik Lyn. Baru
perasan Dr. Hilman pun ada. Bila dia muncul?
“Eh.. tak payah la susah-susah. Hazel boleh balik
sendiri. Bukan jauh pun.” Aku menolak. Taknaklah aku berjalan dengan mamat tu!
Alergik!
“Biarlah kalau Man nak hantar. Lagipun bahaya anak
dara macam kakak ni jalan tengah-tengah malam seorang-seorang. Kalau ada Miss
Sweet lompat depan kakak pun takdelah nak takut sangat.”
“Umi!” marahku geram. Dia sebut pasal benda tu
pulak. Miss Sweet tu gelaran lain bagi pocong. Bukan dia tak tahu tahap penakut
aku ni macam mana. Terus sembilan puluh darjah bulu roma.
“Okeylah.” Rela tak rela aku bersetuju. Kira okeylah
aku jalan dengan Dr. Hilman kalau dibandingkan dengan jumpa Miss Sweet
tengah-tengah jalan. Seriau aku! Dahlah bulan mengambang penuh malam ini. Umi
dah racunkan fikiran aku.
Seminit berjalan aku rasa macam nak lari balik rumah
Mak Cik Lyn. Janggal gila! Aku dengan Dr. Hilman memang akan selalu janggal.
Bagai ada sesuatu yang menghalang untuk kami mesra. Bila benteng kejanggalan
diruntuhkan, kami boleh berbual agak mesra. Bila agak mesra, mesti akan terjadi
sesuatu dan akan buatkan benteng kejanggalan itu kembali teguh berdiri.
Begitulah kitarannya.
Dua minit berjalan, aku rasa bunyi cengkeriklah
paling sedap di telinga. Kedua-duanya masih selesa diam. Kami berjalan
sebelah-menyebelah. Takdelah rapat sangat. Tapi aku rasa, kalaulah tiba-tiba
ada benda muncul, grenti tanganku sampai untuk peluk Dr. Hilman.
Tiga minit berjalan, akhirnya kami tiba di depan
tangga rumahku. Alhamdulillah.. akhirnya! The
longest three minutes ever! Aku diam. Dia juga diam. Kemudian aku buka mangga
gril pintu rumah. Dia belum berganjak. Kemudian aku buka kunci pintu. Dia masih
juga tak bergerak.
“Err.. bye,
Dr.,” ucapku. Tak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Nak halau, tak
pasal-pasal cakap aku kacang lupakan kulit.
“Hai.. bye
je?” soalnya pula.
“Habis tu? Bye
squared.” Haa.. bye kuasa dua aku
bagi.
Dr. Hilman ketawa. Aku terpegun. Kali pertama aku
melihat dia ketawa ikhlas seperti itu. Ikhlas.. dia sangat kacak. Kalau tak
kenangkan tunang aku, mahu cair aku melihatnya sekarang.
“Kut ya pun saya handsome
sangat bila ketawa, tak payahlah tayang muka terkejut sangat.” Penuh
berkeyakinan Dr. Hilman berkata sebelum senyum sinis. Dr. Hilman tak pernah
gagal membuatkan aku terpegun dengannya. Susah untuk dijangka.
Aku cepat-cepat kawal reaksi muka. Wajah selamba
ditayang. Gila! Macam mana dia tahu? Aku dah boleh rasa mukaku merah sekarang
ini.
“Taknak ajak masuk ke?” soalnya.
“Dan kena tangkap khalwat dengan Dr.? Terima kasih
je la. Saya taknak kahwin dengan Dr.,” kataku selamba. Gaya aku cakap macamlah
dia tu nak sangat berkahwin denganku.
Dr. Hilman cuma senyum lucu.
“Kalau macam tu, saya balik dulu. Jangan lupa terus
kunci pintu. Hati-hati duduk sorang-sorang,” katanya pula.
Apa ni? Telinga salah dengar ke? Dia risaukan aku
ke? Aww… terharunya!
“Okey.” Itu jawapanku. Aku mula melangkah masuk ke
dalam rumah. Aku juga turut mendengar derap kasutnya yang berpusing untuk
berlalu.
“Err.. Dr.,” panggilku. Aku lupa sesuatu.
Dr. Hilman kembali berpusing. Kedua-dua kening
diangkat menggantikan pertanyaannya.
“Terima kasih,” ucapku ikhlas.
“Kalau saya terima kasih awak, tunang awak marah
tak?” Itu pula balasannya.
Terkedu. Tak tahu nak balas apa. Mulutku ternganga,
tapi tiada apa-apa yang keluar. Dr. Hilman pula senyum mencabar sebelum kembali
berpusing untuk berlalu. Tanpa menoleh ke belakang lagi.
Huh! Dr. Hilman suka kenakan aku! Selalu tahu macam
mana nak buat aku terkedu, terkelu dengannya. Macam yang aku cakap tadi, dia
lelaki penuh kejutan.
----------------
Pintu
bilik diketuk buatkan konsentrasiku pada komputer ribaku terganggu. Tak lama
kemudian, pintu bilik terbuka. Umi siap bertudung menjengah kepala ke dalam
bilikku.
“Ada apa, umi?” soalku.
“Mak Cik Lyn dan Hilman datang. Tolong umi buatkan
air untuk tetamu kita,” arah umi sebelum kembali keluar.
Aku mendengus kecil. Malasnya nak tukar baju lengan
panjang dan pakai tudung. Malas-malas aku tukar baju sebelum capai selendang
hitam yang agak tebal di penyangkut. Libas hujung selendang ke kiri dan kanan bahu
sebelum keluar ke dapur.
Macam yang diarahkan umi, aku membuatkan air untuk
tetamuku. Petang-petang yang hening ni, pekena air batu memang sedap tekak.
Satu jag air oren bersama dengan empat gelas diletakkan di atas dulang sebelum
diangkat kepada tetamu yang sedang duduk di kerusi batu di halaman rumah.
“Jemput minum. Umi tengah goreng keropok,” pelawaku.
Air dituang ke dalam gelas sebelum diletakkan di depan Mak Cik Lyn dan Dr.
Hilman. Buat-buat tak nampak Dr. Hilman.
Aku tak pelik kalau Mak Cik Lyn datang ke rumahku.
Sebab boleh dikatakan tiap-tiap petang dia dan umi selalu buka port lepak. Tak di rumah aku, di
rumahnya. Tapi, aku pelik bila anak dia datang sini. Semalam dia ada jatuh
lubang lepas hantar aku ke? Sejak bila jadi anak emak ni? Ikut mak ke sana
sini.
“Terima kasih, Hazel. Buat susah-susah je,” jawab
Mak Cik Lyn.
Aku cuma senyum. Kemudian kembali berdiri di depan
tangga rumah. Nak masuk rumah, tapi tak sopanlah pula kalau biarkan tetamu tak
berteman. Umi masih di dapur. Macam tahu-tahu dirinya diseru, umi muncul
bersama satu pinggan yang berisi keropok lekor dan sos pencicah sebelum mengambil
tempat di sisi Mak Cik Lyn.
Umi pandang aku. Kemudian Dr. Hilman. Punggung dah
tak sedap duduk. Mesti ada yang bakal ditegur umi.
“Kakak dengan Man ni gaduh ke?”
Haa.. kan aku dah cakap!
“Eh, mana ada gaduh! Buat apa nak gaduh?” Cepat saja
aku menjawab. Menafikan semestinya.
Tapi.. kalau ikutkan, memang betul aku dan Dr.
Hilman dalam mod perang. Walaupun aku rasa aku sedang berperang sorang-sorang.
Muka Dr. Hilman cuma selamba. Seolah-olah dah lupa apa yang jadi pada hari
Jumaat yang lepas. Seolah-olah aku tak banjir di depannya dulu.
Bersyukur juga Dr. Hilman diamkan perkara itu.
Buatnya dia bercerita tentang aku ponteng kelas dengan tunang kepada umi, mahu jadi
larian rentas desa aku dikejar umi.
“Dah tu, kenapa sorang duduk sini, sorang duduk
sana?” siasat umi lagi. Memang kenyataannya aku dan Dr. Hilman tak boleh duduk
dekat. Dia datang dekat, aku lari. Dia kat sana, aku kat sini.
Sungguh.. aku tak punya jawapan untuk soalan umi
itu.
“Eh, Mak Cik Hajar bagi ke saya duduk dekat-dekat
dengan Hazel? Saya okey je.” Berani dia tanya umi aku macam tu?
Tapi umi cuma ketawa. Bagi markah kesian dengan
lawak tak kelakar Dr. Hilman agaknya. Reti berlawak rupanya.
“Bukan apa, umi. Awkward
la. Dr. Hilman kan pensyarah Hazel.” Alasanku masih tetap sama. Status
pensyarah-pelajar juga yang disalahkan.
“Alah.. si Man ni pun manusia biasa. Kat kampus, kat
kampus la. Kat sini, kat sini la. Man ni tetap jiran Hazel. Cuba mulakan dengan
gugurkan panggilan Dr. tu. Panggil Hilman. Mesti boleh mesra punya.” Mak Cik
Lyn pula mencelah.
“Dulu pun aku dah cakap macam tu, Lyn. Penyegan
sangat agaknya si Hazel ni nak panggil pensyarah dia macam tu.”
Semua kepala
pandang Dr. Hilman.
“Eh, Man tak kisah!” Itu jawapannya. Huh.. jawapan
yang tak membantu langsung wahai Dr. Hilman.
“Tak rasa pun macam dia tu student.” Kali ini dia bagaikan menggumam sendiri. Tapi telinga
lintahku cekap menangkap. Cuma aku yang dengar.
Apa maksud dia cakap macam tu? Sebab aku ni banyak
sangat buat masalah dengan dia ke?
“Kakak?” Suara umi.
“Hah?”
“Hilman dah bagi green
light. Bolehlah gugurkan pangkat Dr. tu kalau nak panggil dia. Tapi kat
sini je. Kat kampus buat macam kat kampus.”
“Oo… okey. Kakak cuba.” Separuh hati menjawab.
Tak faham. Bumi akan berlanggar dengan Marikh ke
kalau aku panggil dia Dr.? Aku taknak mesra dengan dia. Selesa dengan status
pensyarah-pelajar.
“Hajar, si Pasha mana? Semalam janji nak temankan
Hilman keliling kampung. Anak aku ni katanya nak kenal-kenal kampung ni,” kata
Mak Cik Lyn sambil menunjukkan ke arah Dr. Hilman.
“Tak tahulah aku. Keluar ke rumah kawan dia tadi. Sampai
sekarang tak balik-balik lagi. Agaknya lupa la tu,” balas umi pula.
“Kakak. Pasha ada cakap apa-apa kat kakak ke?” Aku
pula ditanya.
“Dia kata nak pergi rumah Joe.”
“Oo.. kiranya kakak tahulah dia ada kat mana. Dah tu
senang cerita. Kakak bawaklah Man ke rumah Joe. Ingatkan Pasha dengan janji
dia. Sambil-sambil tu bolehlah kenalkan Hilman dengan kampung ni.”
Okey.. aku menyesal bagi jawapan tadi. Kenapa aku
pulak yang kena jadi pemandu pelancong mamat tu?! Dahlah rumah si Joe tu boleh
tahan jauh. Mahu sepuluh minit berjalan. Berpeluhlah ketiak aku nanti.
“Okeylah kalau macam tu.” Separuh ikhlas bersetuju.
---------------
Sekali
lagi kami berjalan beriringan. Bezanya, kali ini suasana terang-benderang.
Matahari makin condong ke barat. Memang sesuai untuk berjalan-jalan. Bila
difikirkan balik, ada hikmah juga aku menghantar Dr. Hilman ke rumah Joe. Sebab
aku sendiri pun dah lama asyik terperuk di dalam rumah.
Macam biasa, aku bila berdua dengan Dr. Hilman
memang jadi gadis melayu terakhir. Senyap tak bersuara.
“Cantik juga suasana kampung ni,” komen Dr. Hilman
sambil melihat permandangan sekeliling. Mencari modal untuk berbual.
“Dr. yang baru duduk sini memanglah rasa cantik.
Saya yang sejak lahir duduk sini rasa biasa-biasa je.”
“Hmm.. what
happens to dropping formality?” Dia angkat kening bertanya kepadaku.
“Saya cakap tadi ‘saya cuba’. Sekarang ni saya malas
cuba lagi,” jawabku selamba. Dia senyum. Entah apa yang kelakar.
“Ya.. dan akan selalu malas,” sindirnya.
Tahu takpe!
“Dr. tiap-tiap minggu memang akan balik rumah Mak
Cik Lyn ke?” soalku. Aku memutuskan untuk berice-breaking
dengannya sepanjang sepuluh minit perjalanan ni. Kalau tak mesti bosan gila.
Haraplah dia tak rasa aku ni suka jaga tepi kain
orang apabila bertanyakan tentang hal keluarga dia.
“Tengok mood.
Sekarang lebih suka balik rumah mummy.
Sebelum ni dah selalu duduk rumah daddy,
jadi sekarang ni kena selalu habiskan masa dengan mummy,” ceritanya.
Kalau ikutkan ceritanya, aku tahu Mak Cik Lyn dan daddy Dr. Hilman dah lama bercerai. Dr.
Hilman duduk di rumah daddynya, sebab
itulah aku tak pernah nampak Dr. Hilman sebelum ini. Tambah pula dia memang
belajar di luar negara sebelum ini. Nak bertanya lebih lanjut, bukan hal aku.
Dan masih terlalu awal untuk aku mengorek semuanya. Aku tak suka dicap
penyibuk.
Nak-nak pula oleh orang macam Dr. Hilman ni. Kalau ikut
pengalamanku yang lepas-lepas, Dr. Hilman jenis yang berkata ikut sedap kotak
suara dia. Kalau dia rasa aku ni penyibuk, memang dikatanya depan-depan. Baik tegah
sebelum terjadi. Tak pasal-pasal bersendu tak berbunyi aku nanti.
“I’m thirsty.
Jom singgah kedai tu kejap.” Dr. Hilman tunjuk kedai runcit Pak Mail. Hai.. dua
gelas minum air di rumahku tadi, masih dahaga lagi? Metabolisma tinggi betul.
Tengok badan lawa dia la, Hazel…
Aku cuma mengikut. Dr. Hilman hilang di balik
rak-rak kedai runcit itu. Aku cuma menggeleng apabila Dr. Hilman mahu
membelikanku air. Cuma selesa berdiri di sebelah Dr. Hilman dan menegur tuan
kedai. Pak Mail memang rapat dengan abi aku. Sempat aku memperkenalkan Dr.
Hilman kepada Pak Mail.
Bila Dr. Hilman sedang membayar di kaunter bayaran,
aku terus berjalan keluar. Mahu tunggu di luar. Baru beberapa langkah keluar
dari pintu kedai itu, tiba-tiba bahuku dirempuh. Aku menjerit kecil sebab takut
terjatuh. Namun orang yang aku rempuh itu memegang tanganku untuk menghalang
aku daripada cium lantai.
Aku ni kecik-kecik dulu kena sumpahan ke apa? Kenapa
tiap kali aku keluar kedai, mesti kena rempuh? Aku cuba menstabilkan diri
sebelum mengatur ayat untuk meminta maaf. Tapi semuanya tersekat di kerongkong
bila rasa bulu roma tiba-tiba berdiri. Terasa tangannya yang sedang memegangku
sedang mengusap-usap lembut tanganku. Seram!
Aku baru berura-ura untuk menarik tanganku apabila
terasa tiba-tiba ada tangan lain yang meleraikan tanganku daripada genggaman
lelaki itu. Dr. Hilman dah ala-ala ninja menarik tanganku supaya bersembunyi di
belakangnya. Tak sempat aku melihat wajah lelaki itu gara-gara dia memakai hoodie dan terselindung di balik tubuh
Dr. Hilman yang tinggi itu.
Aku angkat kepala. Nampak muka Dr. Hilman serius
merenung lelaki berhoodie itu.
Mungkin gerun dengan Dr. Hilman, lelaki itu akhirnya terus berlalu. Aku turut
lega. Sebab serius rasa seram dengan lelaki itu. Tegak bulu roma bila teringat
balik dia mengusap-usap tanganku walaupun semuanya terjadi tanpa sengaja.
“Something is
off with him.”
Terangkat keningku apabila mendengar komennya itu.
Aku kembali berdiri di sisinya. Amboi.. senangnya dia nilai orang. Jumpa pun
baru sekali.
“Kenapa cakap macam tu? Dr. bukannya kenal dia pun,”
bahasku walaupun aku bersetuju dengannya. Memang bagaikan ada sesuatu yang tak
kena dengan lelaki itu.
“Sebab dia pegang, usap-usap tangan awak. Like a pervert,” jawab Dr. Hilman penuh
dengan rasa jijik.
“So, kalau
pegang tangan perempuan tu kira pervert
la ya?” sinis suaraku. Sekali dengar seakan-akan cuba membela lelaki itu.
“Yang nak bela dia ni, kenapa? Suka dia usap-usap
macam tu?” Dr. Hilman kasi aku satu jelingan maut.
“Bukan nak bela. Cuma seingat saya, dulu pun Dr. ada
pegang tangan dengan darling. Tadi
pun Dr. pegang tangan saya. So, saya
cuma nak cakap yang, Dr. pun pervert,”
kataku selamba.
Dia ternganga. Aku terus berjalan. Biarlah dia
fikirkan apa yang aku cakap tadi. Sekarang ni, teruskan misi menjejaki
adindaku, Azfahsya.
Sape la si hoodie tu?
ReplyDeletebestttttttttttt . Dah nampak dah ada scene sweet si alpha male
ReplyDeleteLawak btolla Hazel ni. Hilman so protective. I'm craving for moree ♡♡♡
ReplyDeleteLamanya masa berlalu.. nak tggu n3 baruu.. best best best.. baca cite ni gelak golek2
ReplyDeleteBest double triple super duper kali!!!!
ReplyDeleterase macm dr tu minat hazel lh....my thought only.....anyway karya k.anjell pling winn..among the best...
ReplyDeletePervert...haha
ReplyDeleteCemburu ka Dr hilman..?
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - Øكمة اليوم