BAB
12
Hari
Jumaat memang tiada kelas petang. Jadi aku membuat keputusan untuk pergi lepak
di bilik asrama Sabiha. Kebiasaannya, kalau tiada apa-apa aku akan terus balik
kampung sebaik sahaja tamat kelas pagi. Tapi minggu ini aku rasa macam malas
pula. Dah lama tak bersister-bonding
dengan Sabiha ni.
Petang itu, Sabiha ajak aku keluar jogging. Sambil
jogging, sambil mengelilingi kawasan kampus. Lebih kurang pukul lima petang,
kami berdua keluar berjoging. Apa rahsia seronok berjoging? Haruslah berjoging
bersama teman.
Kawasan kolej kediaman agak cantik. Ada tasik di
tengah-tengah kawasan, memisahkan bangunan asrama lelaki dan asrama perempuan.
Tasik itu agak luas juga. Ramai pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat
dengan berjoging mengelilingi tasik itu.
Sabiha pula mengajakku untuk berjoging di sekeliling
bangunan fakulti. Agak jauh tapi boleh jalan-jalan. Petang-petang macam ni,
ramai juga yang berbasikal dan melakukan aktiviti senaman yang lain.
Puas berjoging, kami melalui stadium universiti. Ada
pasukan bola sepak kampus ini sedang melakukan latihan di tengah-tengah padang.
Nampak mereka semua berlari-lari. Ada juga yang sedang menyepak bola. Di
kawasan stadium itu, ada juga pelajar yang duduk di kerusi penonton. Sama ada
memang mahu melihat atlet bola sepak membuat latihan atau sekadar suka-suka
untuk lepak bersama kawan-kawan.
Sabiha seret tanganku untuk duduk di tempat duduk
penonton paling depan. Dari sini aku dapat melihat dengan jelas wajah-wajah
atlet bola sepak. Mata Sabiha tentu saja tertancap pada kapten pasukan bola
sepak ini. Siapa lagi kalau bukan Hariz si Gorilla Kuning itu?
Aku mendengus. Patutlah beria-ia dia seret aku ke
sini. Mahu melihat Encik Candy Crush dia beraksi rupanya. Tak peliklah kalau si
Sabiha ni sengih sampai nak terkoyak mulut aku tengok.
“Weh.. handsome
tak dia?” Itu yang Sabiha tanya aku. Mata melekap pada tubuh Hariz di
tengah-tengah padang.
Aku geleng-geleng kepala. Lagi nak tanya soalan yang
dah sah-sah terang lagi bersuluh? Tanyalah seluruh orang di stadium ni, mungkin
adalah seorang dua yang rabun jauh atau busuk hati cakap Hariz itu tidak kacak.
Hariz menggelecek bola sebelum dilontarkan kepada
penyerang pasukannya. Muka serius memberi isyarat kepada anak buahnya dengan
jari. Nampak berkarisma pula si Gorilla Kuning itu apabila mukanya serius.
“Kan betul aku cakap dulu. Cool kan cara dia main?”
Aku diam je la. Cool
tak cool. Kalau dah namanya bola
sepak, tak pernah lagi aku jumpa orang sepak pakai punggung. Semua pakai kaki.
“Makin lama aku tengok dia, makin aku rasa pernah
nampak muka dia. Seseorang yang ada iras-iras dia. Siapa ya?” omel Sabiha.
Mula-mula Sabiha berkata sebegitu, aku syak Hariz
adalah salah seorang model lelaki yang pernah muncul dalam majalah Maskulin
Sabiha. Tapi, hari ini, hatiku turut mengiakan. Wajah Hariz seakan-akan
seseorang. Tapi kenapalah tak muncul-muncul juga siapa orangnya?
Tak lama kemudian, kedengaran wisel ditiupkan.
Mungkin jurulatih mengarahkan anak-anak buahnya untuk berehat sebentar. Ketika
itulah aku melihat Hariz datang berlari-lari ke luar padang. Atau lebih
spesifiknya ke arah kami.
Boleh tahan cekap juga mata Hariz. Dapat mengecam
kami di balik puluhan orang pelajar yang sedang duduk di kerusi penonton. Dia
membongkokkan sedikit tubuh tingginya supaya kedua-dua lengannya dapat
direhatkan di atas dinding batu yang memisahkan kami.
“Hai, Biha. Hai, Smurf,” tegur Hariz. Dia senyum
manis.
Bibirku automatik mendengus. Kenapalah aku pakai
biru hari ni?
“Hai juga, Gorilla Kuning,” sinisku.
Hariz tunduk pandang baju jersi tanpa lengannya yang
dah lencun dengan peluh itu. Kebetulan yang amat. Warna hitam campur kuning.
Dia ketawa bebas. Buatkan wajahnya yang dibasahi peluh itu kelihatan bersinar.
Sehingga mengundang perhatian beberapa gadis di sisi kami.
“Lama tak nampak awak, Biha,” kata Hariz lagi. Tidak
mempedulikan perhatian yang diperoleh daripada gadis-gadis di sekelilingnya.
Seolah-olah sudah biasa.
Aku pula pandang mereka berdua. Bergilir-gilir.
Soalan Hariz menunjukkan Sabiha ni boleh dikatakan selalu muncul di sesi
latihan bola sepak Hariz.
“Sebab team
awak dah tak practice dekat padang hostel. Hari ni pun saja je Hazel ajak
keluar jogging.”
Ewah.. nama aku pulak yang dipetik! Sesedap masakan
ibu je Sabiha ni. Padahal dia yang seret aku ke sini. Tapi kawan baik punya
pasal, aku cuma diamkan saja. Seronok tengok mereka berdua ni berdrama.
“Oo.. mungkin Hazel nak tengok otot-otot saya flex semasa saya bermain bola. Penuh
maskuliniti, kan?” Hariz berlagak sambil membengkokkan sikunya, buatkan
bicepsnya cantik terbentuk.
Okey.. serius sekarang ni aku nak lancarkan botol
mineral di tangan masuk ke kerongkong orang biarpun apa yang dikatakan Hariz
itu adalah realiti semata!
“Helo, katak pun mahu kena gastrik kalau dia dengar,
tahu tak? Jangan nak perasan bertingkek-tingkek boleh?” bidasku. Aku
menjulingkan mataku ke atas.
Tapi Hariz cuma ketawa macho. Belum sempat dia mahu
menjawab, bunyi wisel kembali ditiupkan sebelum kedengaran namanya diseru.
Jurulatih panggil masuk.
“Coming, coach,”
jerit Hariz ke belakangnya sebelum dia kembali memandang kami.
“Got to go.
Seronok jumpa awak berdua. Ada masa, datanglah sini lagi. I look forward to that,” katanya. Walaupun dia tujukan kepada kami
berdua, tapi aku tahu dia maksudkan Sabiha sebenarnya.
Sempat Hariz kenyit sebelah mata sebelum berlari ke
tengah padang. Aku tunggu dia menjauh sebelum menoleh ke arah Sabiha. Pipi dia
merah.
“Kau cakap dengan aku. Kau dengan si Gorilla Kuning
tu ada apa-apa ke?” siasatku.
“Mana ada apa-apalah. Kami kawan je la. Akukan cakap
dulu, aku selalu tengok soccer team berlatih di padang asrama. Selalu
juga kami berbual masa dia rehat. Macam tadi la,” cerita Sabiha.
“Kau suka dia eh…” usikku. Dah lama tak usik Sabiha.
Lagi seronok bila tengok muka Sabiha dah berubah merah.
“Akukan dah cakap dia Encik Candy Crush aku,
mestilah ada terselit rasa suka tu.” Malu-malu pun, Sabiha mengaku. Itulah
kelebihan Sabiha. Selalu jujur.
“Aku rasa dia pun suka kau la.”
Sabiha ketawa.
“Aku tahu kau kelakar, hazelnut butter. Tapi, kali ni lawak kau tu tak berapa nak menjadi.
Jadi aku bagi, kosong HA.”
“Betullah. Aku rasa dia pun suka kau.” Aku cuba
yakinkan Sabiha.
“Mengarutlah kau ni. Dia baru kenal aku.”
“Habis kau dah kenal dia setahun ke? Kau pun baru
kenal dia, tapi kau dah suka dia, kan? So,
tak peliklah kalau dia pun suka kau, kan?” hujahku. Sabiha seolah-olah sedang
berfikir.
“Kau tengoklah dia tu. Sekali melintas, kucing
betina pun toleh dua kali, tahu? Penyebar virus T.I. Takkanlah dia suka kat
aku. Aku bukannya cantik macam kau.” Sabiha merendah diri.
“Memanglah kau bukannya cantik macam aku. Kau cantik
macam kau. Kau cantik la, Biha. Kau rasa aku cantik dari aku. Tapi aku pula
rasa kau cantik dari aku. Cantik itu subjektif, Biha. Aku yakin di mata Hariz
tu, kau mungkin perempuan paling cantik yang pernah dia nampak.”
Sabiha ketawa pula.
“Kau ni.. macam dia jatuh cinta dengan aku pula.
Entah-entah dah ada makwe.”
Aku terdiam. Kali ini tidak menafikan. Kalau
ikutkan, lelaki kacak mana yang tak punya buah hati? Tapi Sabiha yang cantik
pun masih tiada teman istimewa. Tapi, Sabiha perempuan.
“Siapa tahu? Mungkin dia dah single. Sebab tu dia try
kau.”
“Dah makin mengarut pulak kau ni. Aku baru je kenal
sikit dengan dia. Entah-entah kat belakang aku, perangai entah apa-apa.
Entah-entah buaya,” cebik Sabiha.
Sabiha selalu macam ni. Bila suka lelaki,
menggeletisnya mengalahkan pacat mengensot. Lepas tu bila mula serius, mulalah
perasaan ragu-ragunya muncul. Takut sangat hatinya dipermainkan. Percaya atau
tidak, Sabiha tak pernah bercinta. Sekadar penuhkan koleksi Encik Candy Crush
dia dan miang mulut di depanku.
“Kau berkawan la dulu.”
“Sedang berkawan la ni. Aku berkawan dengan semua
orang. Taknak expect lebih.”
“Kau cakaplah apa-apa pun, Biha. Aku yakin Hariz
kalau tak banyak pun, pasti sikitlah suka kau. Buktinya, kau cakap tiap kali
kau datang tengok dia practice, mesti
dia datang tegur kau, kan?” Aku cuba membuka mata Sabiha.
“Macam tadi, kenapa dalam ramai-ramai perempuan yang
duduk kat sini, dia datang tegur kau?” kataku lagi.
“Dan kenapa, bila dia tengok kau dan aku, nama kau
yang dia sebut dulu?” tambahku lagi.
“Yang membuat aku kagum, sekali pun dia tak pernah
pandang perempuan lain sedangkan kau pun nampak macam mana dia menjadi tumpuan
semua perempuan tadi, kan? Jadi kau boleh tolak teori yang mengatakan dia
adalah kaki perempuan.” Aku memuji pula.
“Dia hebat. Kapten bola sepak universiti kut. Penuh
populariti. Semua mesti kenal dia,” puji Sabiha.
“Kau pun hebat apa? Presiden persatuan. Bekas ahli
MPP,” pujiku. Sabiha tak kurang hebatnya walaupun dia gila-gila. Walaupun
kadang-kadang blur bila kena bahan
dengan aku yang kuat loyar buruk ni.
“Lagi.. kau unik, Biha. Cuba cakap perempuan mana lagi
yang baca majalah Maskulin?”
Kali ini laju tangan Sabiha tepuk belakang bahuku.
Aku ketawa sebelum gosok-gosok bahuku. Boleh tahan pijar juga penangan Sabiha.
“Kau ni..” Suara Sabiha marah-marah manja sebelum
turut ketawa.
“Kau nak uji teori aku tak?” Aku angkat kening
beberapa kali.
Mencerun mata Sabiha pandang aku. Curiga. Bukan dia
tak tahu aku ni bukannya boleh dipercayai sangat.
“Teori apa?”
Aku sengih dulu.
“Kita duduk sini sampai Hariz habis practice. Kalau lepas habis practice dia datang tegur kita atau
lebih spesifiknya kau, maka dia sebenarnya suka kau. Kalau dia tak datang, hmm.. kau faham-fahamlah. Amacam?”
Sabiha berfikir sejenak. Muka nampak ragu-ragu.
Pasti takut kecewa kalau Hariz tidak datang menegurnya. Maklumlah.. stadium ni
luas.
“Okey ke tak? Kita borak-borak sampai dorang habis
latihan. Masa ni la nak test, Biha.
Sebelum perasaan kau padanya bertambah mekar. Sebelum kau jatuh suka lebih
dalam.” Amboi.. bahasaku!
Sabiha cuma diam. Diam tanda setuju. Aku terus
sengih. Aku berdoa sangat-sangat supaya si Hariz tu tergerak hati menoleh ke
arah kami sebelum dia balik nanti.
-------------
Pagi-pagi
lagi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Aku mendengus geram. Siapa
pula yang dengki dengan aku ni? Awal-awal pagi lagi dah kacau tidurku. Dengan
mamainya aku meraba-raba sebelahku. Mencari telefon bimbitku yang masih seronok
berkonsert.
Pertama kali aku rasa lagu Growl dari kumpulan EXO
buat aku rasa nak baling telefon keluar tingkap. Biar bergimrama dalam
mana-mana lopak air. Tapi, memandangkan telefon Sony Xperiaku bukan seringgit
dua, aku batalkan niatku itu. Tetap gigihkan hati untuk melekapkan telefon itu
ke telinga.
“Helo.”
“Helo, Hazel!! Dia ajak aku keluar dating,” jerit
pemanggil di hujung sana. Buatkan aku terus jauhkan telefon itu dari telingaku.
Aku taknak, muda-muda lagi dah jadi pekak.
“Kau, Biha. Ada apa kau jerit pagi-pagi ni? Kacau
aku nak tidur betullah.” Suaraku penuh dengan rasa tak puas hati. Aku alihkan
posisi tubuhku dari mengiring ke menelentang. Mata dah segar. Terima kasih
kepada Sabiha yang sudah menjadi penggera bergerakku pagi ini.
“Hariz ajak aku keluar dengan dia.” Gembira sungguh
suara Sabiha.
“Aku ingat apa dia la tadi? Kutlah tiba-tiba hujan
emas ke, sekarang juga aku bawa baldi keluar pergi tadah. Hariz ajak kau keluar
rupanya.” Kemudian baru tersedar.
“Wait.. Hariz
si Gorilla Kuning tu ajak kau keluar dating?”
soalku meminta kepastian. Sabiha ketawa.
“Dia tak cakap dating.
Dia cakap ajak keluar. Saja aku nak fefeeling
dating? Haha. Dia cakap semalam. Tapi aku lupa nak cakap kat kau. Tolong
aku, Hazel.”
Diam-diam aku senyum. Hariz dah mulakan langkah
untuk memikat Sabiha. Kan aku dah cakap dulu. Hariz sukakan Sabiha. Terimbas
kembali peristiwa yang semalam. Ketika aku dan Sabiha sedang menguji teoriku.
Beberapa minit sebelum pukul tujuh malam, jurulatih
pasukan bola sepak mengizinkan anak buahnya untuk bersurai. Aku nampak Hariz
bergelak ketawa dengan kawan-kawannya. Selesai bersalam sesama mereka, Hariz
kembali ke beg sukannya.
Hariz mula berkemas. Bila dah siap, dia menggalas
begnya di sebelah bahu sebelum mula berjalan. Di tempat dudukku, aku dan Sabiha
masih pegun. Diam-diam aku pandang Sabiha. Aku berdebar melihat Hariz yang mula
meninggalkan padang. Rasa menyesal pula sebab dah lontarkan teori bodohku itu.
Apatah lagi apabila melihat wajah Sabiha di sebelah bagaikan cuba menahan
kecewa.
“Dahlah.. jom balik,” ajak Sabiha. Dia mula berdiri.
Okey.. kalau tadi rasa menyesal, sekarang rasa nak hantuk kepala ke dinding sebaik
sahaja melihat Sabiha yang jelas-jelas sedang memujuk perasaan sendiri.
Aku pula masih kaku di situ. Sabiha yang mula
melangkah dipandang. Kemudian pandanganku ditala ke tengah padang. Aku nampak Hariz
turut pegun di tempatnya seolah-olah sedang fikirkan sesuatu. Dia mengeluh
sebelum perlahan-lahan kepala ditolehkan ke arah kami. Dia nampak aku sebelum
matanya cepat dilarikan untuk mencari seseorang. Terhenti pada Sabiha.
Dipendekkan cerita, Hariz datang tegur Sabiha. Dia
siap mahu berbudi dengan menghantar kami berdua balik kolej kediaman dengan
keretanya. Maka, teori aku diterimapakai dan malam itu, Sabiha tidur dengan
senyuman.
“Boleh tak, Hazel?” Suara Sabiha buatkan aku kembali
ke alam nyata. Apa yang bolehnya?
“Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar,” soalku balik.
“Kau ni. Penat aku membebel sorang-sorang tahu?”
marah Sabiha.
“Eh, helo.. siapa yang telefon siapa lepas subuh ni?
Aku ni dahlah tak boleh sembahyang. Kau dah kacau nikmat tidur aku, tahu?” Aku
pula naik angin.
Sabiha cuma ketawa.
“Okay.. sorry..
sorry. Macam ni. Hazel.. kaukan tak balik kampung minggu ni. Kau kan lagi
kawan baik kesayangan aku. Jadi.. aku nak minta tolong kau. Jomlah teman aku
keluar dengan Hariz. Bolehlah, Hazel. Bolehlah.”
“Gila kau! Kau ingat aku ni setan? Nak jadi orang ketiga
antara korang?” Tinggi suaraku. Ada ke ajak aku ikut serta dia nak dating
dengan Hariz?
“Ada ke banding dengan setan?” Sabiha ketawa.
“Bukan orang ketiga, tapi orang keempat. Hariz cakap
dia datang dengan kawan dia. Jadi, takkanlah aku nak pergi sorang-sorang.
Seganlah aku nanti, Hazel. Kau tak kesiankan aku ke? Tersepit di antara dua
jejaka terhangat nanti? Kalau jadi dorang nak apa-apakan aku, siapa nak tazkirahkan
dorang?” Sabiha mula berdrama.
“Dia datang dengan lelaki? Lagilah tak okey, Biha.
Orang tengok tak pasal-pasal cakap double
dates. Aku ni dah tunang, Biha oi. Gila kau? Tak pasal-pasal Iwan cincang
aku hidup-hidup.” Aku enggan. Aku tak mahu dituduh curang pula.
“Keluar berempat lagi elok dari berdua, Hazel.
Takdenya orang nak cakap macam tu. Kau cakaplah kau temankan aku. Nak cegah
kemungkaran. Tak elok dibiarkan keluar berdua. Tak gitu?” Pandai pulak Cik
Presiden kita ni bercakap ya?
“Please
la, Hazel. Please.. kau mintalah izin
dengan Iwan dulu. Sekurang-kurangnya dia tahu dari kau kalau-kalau ada orang
ternampak kau nanti.” Sabiha mula merayu.
Aku mengeluh. Nasib baik kawan.
“Hari ni pukul berapa? Kat mana?” Aku mengalah. Tak
pernah-pernah aku jadi chaperon orang keluar dating.
Tapi.. kira baguslah si Hariz ni sebenarnya kalau
tak mahu keluar berdua dengan Sabiha. Mungkin dia pun turut segan untuk kali
pertama mereka keluar. Kalau ramai, adalah modalnya untuk berbual.
“Yay… sayang kaulah, Hazel. Hari ni, pukul 10.00
pagi. Pavillion. Nanti kau datang ambil aku, ya?” Ceria suara Sabiha. Bertuah
punya kawan. Hari ni nak keluar, hari ni baru dia nak bagitahu aku. Nasib baik
aku tak ke mana-mana.
“Hmm.. ya la.”
“Thank you,
Hazel. Aku sayang kau. Nanti aku belanja magnum ya?”
“Aku nak sekotak.”
Sabiha gelak.
“Yalah.. yalah.. sebab kau kawan aku, jangankan
sekotak, selori magnum aku sanggup. Dengan abang-abang driver lori magnum tu aku bagi kat kau, Hazel.”
Aku ketawa.
“Gila. Driver
lori buat apa. Baik bagi aku anak CEO kompeni Walls tu.”
Giliran Sabiha pula mengekek ketawa.
“Eh, nanti si Gorilla Kuning tu bawa siapa dengan
dia?” Aku berminat untuk tahu. Aku rasa memang melekat dah panggilan Gorilla
Kuning tu pada Hariz. Haha.
“Entahlah. Gorilla Hijau kut. Manalah aku tahu.”
Berdekah aku ketawa mendengarnya.
“Agak-agak Gorilla Hijau tu handsome macam dia tak? Kalau tak, boleh aku cuci mata.” Aku gelak
gatal.
“Kau Hazel.. jangan nak buat hal. Aku repot kat Iwan
nanti,” ugut Sabiha.
Aku ketawa. Datanglah lelaki sekacak mana pun, aku
akan terus setia dengan Iwan. Selagi aku bergelar tunangnya.
Apa kah Hariz adik beradik dgn Dr Hilman ?🤔🤔🤔
ReplyDeleteI think Gorilla Kuning suke dekat Hazel. Sabiha misunderstood. Hazel pon salah tafsir. N maybe Hariz tu adik Hilman. Double date nanti ngan Hilman. Muahaha. X sbar nak bace nexttt
ReplyDeleteOmg sis!...sy pon terfikir benda yg sama mcm sis *~* mesti si hariz tu suka hazel lepastu gorilla hijau tu hilman... > < mesti si Iwan tu nanti curang ^ ^
DeleteGorilla hijau adalah dr.hilman
ReplyDeleteMcm ada bau2 hazel x lama ngan iwan je...
ReplyDeleteGorilla hijau 🤔🤔🤔🤔???
ReplyDeleteAdakah yg anjel terlanggar dulu tu hariz? Baby tuuu.. and hariz dgn hilman ni adk beradik.. curious wehh.. anjel, sambung lagi pliss.. 😍😍😍
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم