BAB
7
Hari
ini hari Khamis. Khamis terbaik dalam hidupku. Kenapa? Sebab aku tak sabar!
Bukan tak sabar nak ke kelas Dr. Hilman, tapi tak sabar nak jumpa tunang aku.
Ya.. hari ni Iwan janji nak datang ke kampusku. Alang-alang dia ada kerja di
Kuala Lumpur, cadangnya mahu berjumpa denganku dahulu.
Macam inilah kalau hubungan jarak jauh. Kena pandai
ambil peluang dalam kesempitan. Nak melepas rindu pun tak boleh lama-lama. Iwan
datang sekejap sahaja. Besok dia dah nak kena balik Johor Bharu.
“Hai, Iwan.” Ceria aku menyapa dia. Sama macam
sebulan yang lepas, dia masih segak. Iwan memang manis. Takdelah sekacak Dr.
Hilman tapi rupa dia boleh tahan.
Amboi, Hazel! Dr. Hilman jugak yang kau bandingkan
ya?
“Hello, sayang.” Dia senyum manis. Lama-lama dia
tatap aku lepas aku duduk di depan dia.
“Kenapa tengok Hazel macam tu?” soalku pelik.
“Rindu. Makin cantik tunang saya ni,” jawabnya.
Tawaku terhambur. Dia memang selalu punya modal
untuk buat aku tenggelam dalam khayalan. Suka memuji. Bermulut manis tahap kena
kencing manis. Kalau orang lain yang jadi tunang Iwan, aku rasa mahu kembang
semangkuk. Tapi, si Iwan ni macam tak kenal pulak aku macam mana.
“Tengok siapa bercakap. Dia tak tahu dia hari ni
lebih handsome dari sebelum-sebelum
ni,” balasku. Rindunya nak usik-mengusik dengan Iwan ni.
Teringat balik kali pertama kami jumpa dulu. Walaupun
satu fakulti, tapi kami berlainan jurusan. Aku mula berkenalan dengannya semasa
program Amal-Amali. Masa itu kami melawat ke kawasan perkampungan yang berada
di Cameron Highlands. Aku dan dia satu kumpulan. Adat orang bercinta. Mula-mula
berkawan. Lama-lama lebih daripada kawan la jadinya.
“Wah.. tak tidur malam saya malam ni kalau tunang
saya puji saya.” Iwan ketawa bebas buatkan aku turut tersenyum. Walaupun lama
tak jumpa, kami selalu punya modal untuk berbual. Idea tak pernah kering untuk berceloteh
dengannya.
Iwan pandang sekeliling kafe itu. Kami berjanji
untuk bertemu di kafeteria. Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
Selepas ini mesti kafe ini bakal dibanjiri para pelajar yang mahu melahap
setelah penat memerah otak. Waktu rehat rasmi semua pelajar memang dari pukul
12.00 tengah hari hingga ke 2.00 petang.
Ini pun nasib baik pensyarah aku habis awal. Sabiha
entah ke mana perginya. Dia kenal Iwan. Tapi hari ini katanya mahu membiarkan
aku berdua dengan Iwan. Taknak jadi orang ketiga katanya.
“Masih sama macam dulu. Cuma dah tambah bangunan
baru,” komen Iwan. Dibandingkan sekelilingnya sekarang dengan zaman dia belajar
dulu.
“Eleh.. tak payah nak berlagak lama sangat la. Baru
dua tahun kut,” cebikku. Acah-acah nak menggamit nostalgia pula dia ni.
“Lama la tu, dua tahun. Kalau anak kita dah lahir,
dah boleh berlari-lari dah, tahu?” Dia senyum mengusik.
Anak kita? Aku tahan otot muka daripada bekerja.
Entah kenapa rasa geli bila bercakap pasal anak. Mungkin sebab kami belum
kahwin, jadi aku rasa perkara itu terlalu jauh untuk diimpikan. Tunggu kahwin
dulu, baru kita sembang ya?
Tapi takdelah aku cakap macam itu padanya.
Sebaliknya aku ubah topik. Lagipun aku rasa dia tahu aku kurang senang dengan
topik itu. Tapi, Iwan memang kaki mengusik. Lagi aku tak suka, lagi dia
mengusik. Sampailah tahap aku mula nak keluarkan muncung, barulah dia mula
memujuk.
“Iwan dah makan ke?” soalku. Para pelajar sudah mula
memenuhi ruang makan. Ramai juga berdiri sambil menanti meja kosong. Nasib baik
sempat cup meja awal-awal tadi.
Iwan geleng kepala.
“Nak makan dengan tunang saya. Nak dia shuap.” Iwan kerdip mata beberapa kali
dengan gaya muka kesian kanak-kanak minta disuap. Aku ketawa. Mengada! Itu gaya
nak minta kena suap pakai kaki.
Tengah seronok-seronok ketawa, mata tiba-tiba
tertumpu pada sekelompok lelaki yang sedang menuju ke kafeteria. Wajahnya
serius sedang berbincang dengan teman-temannya. Namun kaki masih bergaya
melangkah. Terserlah keyakinannya. Setiap langkah dihayun, pasti ada perhatian
anak gadis yang tertumpu padanya. Termasuk aku.
Dia, bagaikan terasa dirinya diperhatikan turut menoleh
ke arahku. Mata kami cuma berlaga tak sampai sesaat sebelum dia kembali berkonsentrasi
ke arah temannya dan aku pula kembali tumpukan perhatian kepada tunang di depan
mata.
“Apa dia?” soalku kepada Iwan. Dia ada cakap
sesuatu, tapi aku terlalu asyik merenung Dr. Hilman yang dah hilang di balik
pintu masuk ke ruang makan khas untuk staf.
“Iwan tanya, petang ada kelas ke?”
“Ada. Pukul dua sampai lima. Tiga jam. Research and
Statistics,” jawabku.
“Good..
bukan core subject. Pontenglah. Kita
keluar dating, jom?” ajak Iwan.
Ponteng kelas Dr. Hilman? Aku teguk liur. Automatik
mata memandang ke arah pintu kaca ruangan makan staf. Tak sampai seminit yang
lepas aku nampak dia. Sekarang dah lancarkan misi memonteng kelas dia?
“Takutlah.” Aku serba-salah. Tak pernah aku rasa
takut untuk ponteng kelas. Tapi, kita sedang bercakap tentang Dr. Hilman, ya
anak-anak. Aku memang gerun nak cari pasal dengan dia. Cukuplah sekali dulu
walaupun aku tak tahu dia pensyarahku ketika itu.
“Alah.. pleaselah,
sayang! Esok Iwan dah nak kena balik JB. Bila lagi kita nak jumpa? saya
rindukan awak. Takkanlah awak sanggup kecewakan hati saya. Dahlah kelas habis
pukul lima. Hazel juga yang tak suka keluar malam-malam, kan? Pleaselah.” Iwan merayu.
Aku mula menimbang idea itu.
“Tak pernah ponteng lagi kan? Baru sekali. Takkan
ada orang perasan punya kalau ponteng. Mintalah tolong Biha signkan attandence.” Iwan menghasut lagi.
Iwan tayang muka comel, minta simpati aku. Berharap
sangat aku sudi keluar dengan dia. Ini yang aku lemah ni! Karang kalau dia
merajuk, aku juga yang kena pujuk.
“It’s hell if
you mess with me.” Tiba-tiba terngiang-ngiang pula suara Dr. Hilman dalam
salah satu kuliah dia dulu. Kata-kata itu boleh buatkan bulu roma semua orang
berdiri sembilan puluh darjah. Apatah lagi ketika mengucapkan kata-kata itu,
tepat dia memandang ke mataku.
Automatik aku telan liur lagi sekali. Antara kelas
dengan tunang. Mana pilihan aku?
“Alah.. lagi pun Dr. Azahar mengajar bukannya best pun. Mengantuk. Pergi kelas pun
tidur jugak,” tambah Iwan lagi. Bercakap dari pengalaman.
“Tapi sem ni lecturer
lain yang ajar. Lecturer tu lain
daripada yang lain. Takutlah nak ponteng kelas dia,” luahku. Hai.. fikir
sepuluh kali aku sebelum nak ponteng kelas Dr. Hilman ni?
“Alah.. kalau kantoi pun apalah sangat dia boleh
buat? Pukul? Sebat? Takkan nak failkan
kut? Baru sekali tak datang kelas dia.”
Ada betulnya juga kata Iwan itu. Ini kali pertama
aku ponteng kelas Dr. Hilman. Apa la yang dia boleh buat kalau aku ponteng? Lagipun,
dia mungkin takkan perasan dengan kewujudan aku di balik beratus-ratus orang
itu. Pergi kelas dia pun dengar dia membebel. Sekali ponteng, tak jadi kudis
kut.
“Okeylah.” Akhirnya aku setuju. Bibir Iwan terus
lebar tersenyum. Puas hati.
“Kalau macam tu, tunggu apa lagi? Jomlah kita terus
pergi.” Bukan main gembira Iwan.
“Kejap. Nak bagitahu Biha dulu.”
-----------
“So, petang ni aku kena menghadap Dr.
Hottie tu sorang-sorang la?” soal Sabiha. Ketika itu aku baru lepas memberitahunya
tentang pelanku pada petang itu.
“Yup. So,
please signkan untuk aku, Biha.” Aku minta tolong dia.
“Aku..” Muka Sabiha enggan semacam. Aku tak sedap
hati.
“Kau dah taknak jadi kawan aku ke, Biha? Kau dah tak
sanggup bersubahat dengan aku? Sampai hati kau Biha buat aku macam ni,” kataku.
Tapak tangan ditekup ke mulut sendiri. Tak percaya.
“Jangan nak bersinetron tengah-tengah musim el nino
ni pulak. Hempuk karang. Barulah si Iwan tu kejar aku dengan parang,” jawab
Sabiha. Aku ketawa.
“Maksud aku tadi, aku tak beranilah nak signkan
untuk kau. Kalau kena tangkap dengan Dr. Hilman tu macam mana?”
Aku terdiam. Punyalah hebat penangan Dr. Hilman itu.
Sampai Sabiha yang kaki ponteng pun jadi gerun nak buat jahat. Padahal dah
hampir lima semester kami jadi rakan bersubahat tiap kali ponteng kelas. Kalau
aku ponteng, dia sign. Kalau dia ponteng, aku sign. Tapi dalam kelas Dr.
Hilman, bergoyang semangat setiakawan-subahat kami.
“Takkanlah dia perasan. Ramai kut dalam kelas tu.”
Aku sedapkan hati sendiri.
“Kau ni.. macam tak tahu pulak. Kau tu ketua kelas.
Kalau dia panggil kau lepas kelas macam mana?”
“Hari ni tak kut. Dia pun dah jarang seru aku
melainkan betul-betul perlu jumpa. Biasanya dia suka whatsApp aku je. Kalau pun
kantoi aku ponteng kelas dia, nak buat macam mana? Dia cakap tiga kali tak
datang kelas, baru dia failkan. Aku
ni baru kali pertama. Lagipun aku tengok orang lain ponteng, dia buat tak kisah
pun.” Sedapkan hati sendiri lagi.
“Yang Iwan ni satu hal. Yang ajak kau ponteng kelas
ni hari ni, kenapa? Tunggulah besok. Petang takde kelas.” Sabiha agak marah.
“Alah.. kau pun tahu aku kat sini, dia kat JB.
Masing-masing sibuk. Dah dia datang hari ni, nak buat macam mana? Esok dia dah
kena balik. Kenalah berkorban sikit. Kalau tak, entah bilalah kami nak berjumpa
lagi. Signkan ya, Biha?” Aku karang ayat kesian.
“Okeylah. Aku cuba sign. Tapi aku sign lepas kelas
habis. Kalau dia tahu kau takde, memang sorry
morry la.” Akhirnya Sabiha bersetuju.
“Okey, faham. Thanks,
Biha. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Sayang kau la,” kataku gembira.
Doa aku, janganlah Dr. Hilman perasan yang aku dah
lesap dari kelas dia.
-------------------
Aku
hanya mengikut ke mana Iwan membawaku. Walaupun hati tak berapa sedap kerana
ponteng kelas Dr. Hilman, tapi aku cuba menepis semuanya. Macam baru pertama
kali buat jahat pula rasanya.
“Kita nak tengok cerita apa?” Ceria suara Iwan
bertanya. Mata laju mengimbas filem-filem hangat yang baru keluar pawagam.
Tempat beratur agak lengang. Maklum sajalah. Sekarang waktu kerja.
Aku cuma mengikut selera Iwan. Maka, akhirnya kami
bersetuju untuk menonton cerita Now You See Me 2. Bergenre pengembaraan dan
misteri. Baguslah. Aku memang suka filem sebegini jika dibandingkan dengan
filem cinta apabila tengok di panggung dengan Iwan. Sebab aku tak suka kalau
keluar adegan-adegan yang kononnya sweet.
Gelilah! Mesti tak senang duduk aku di sebelah Iwan.
Tiket wayang pukul dua suku petang. Ada masa lebih
kurang sejam lagi. Kami putuskan untuk mengisi perut di medan selera terlebih
dahulu sebelum solat Zohor. Kami sempat masuk ke kedai yang jual minyak wangi.
Iwan beli satu set untukku sebagai hadiah. Kemudian kami membeli popcorn dan minuman sebelum masuk ke
dalam panggung.
Cerita itu memang seronok. Rasa macam tak terasa dua
jam lebih masa yang berlalu. Tengok-tengok dah tamat. Terhibur dengan
pengembaraan dan tipu helah mereka menggunakan magis. Kadang-kadang ada juga
bahagian yang buat aku ketawa. Hilang stres aku seketika. Aku dah pernah tonton
siri yang pertama. Apabila ada sekuelnya, pasti teruja untuk tahu lebih lanjut.
“Seronokkan cerita tu? Seronok tengok dorang buat
magik. Padahal itu semua cumalah tricks
semata.” Iwan pun tak habis-habis memuji cerita itu.
Aku angguk mengiakan.
“Tapi Hazel rasa yang first lagi best,”
komenku. Bagiku untuk apa-apa cerita, siri yang pertama adalah yang paling best. Rasa lebih mengujakan, mungkin
kerana itu adalah permulaan untuk sesuatu kisah.
Macam Divergent series,
aku suka yang pertama. Iron Man, aku suka yang pertama. Harry Potter pun aku
suka yang pertama. Pendek kata yang pertama adalah kegemaranku. Tapi tak
bermaksud aku tak layan kisah-kisah yang seterusnya.
“Ya ke? Iwan rasa yang ni lebih best. Lebih adventure
dari yang first.” Iwan kurang setuju.
“Pendapat lain-lain. Bagi Hazel, yang pertama pasti
istimewa,” komenku pula.
Kemudian teringat sesuatu. Sekarang dah pukul
berapa? Dah masuk Asar ke belum? Aku seluk beg tanganku untuk mencari telefon
bimbitku. Nak tengok jam. Apabila dicapai, terasa telefon itu bergegar
menandakan ada panggilan masuk. Memang seharusnya mod telefon ditukar kepada
senyap sebelum menonton wayang tadi. Dan gara-gara terlalu asyik menonton,
sekali pun aku tak pernah pedulikan telefonku.
Panggilan tak dijawab. Dua puluh. Mahu terbeliak
mataku melihat jumlah nombor yang tertera. Panggilan dari siapa ni? Mesti
penting kalau dah tak putus-putus menelefonku. Skrin besar itu digesek sebelum
ikon telefon ditekan.
Sabiha. Anas. Adira. Ahli kumpulan aku untuk projek kelas Research and
Statistics. Dua puluh minit lagi dah pukul lima. Dada mula berdebar. Liur diteguk.
Pasti ada sesuatu yang berlaku! Tanpa melengahkan masa, terus nombor Sabiha
ditekan. Belum sempat bunyi tutt.. tutt.. lagi, panggilan berangkat.
“Hazel, kenapa tak angkat call?” Suara Sabiha hampir menjerit. Kecewa.
Bila Iwan tengok aku menelefon seseorang, dia
memberi isyarat untuk ke tandas. Aku cuma angguk.
“Kenapa? Apa jadi?” Perhatian kembali diberikan
kepada Sabiha. Berlagak tenang biarpun jantung dah tachikardia.
“Hari ni, Dr. Hilman suruh present three research papers untuk final project kita. Dia kata ada markah,” cerita Sabiha.
Aku yang mendengarnya rasa macam nak menangis.
Markah aku!
“Dia ada cakap ke ada presentation minggu ni?” soalku. Kepala cuba mengingat kelas
terakhirnya pada minggu lepas. Manalah tahu aku terlepas info penting itu.
“Takde. Semuanya mengejut. Tiba-tiba dia masuk kelas
dan cakap, ‘Today, I don’t bring any
teaching materials, hence, I want you to present three reaserch papers.’
Memang gabra habis semua orang. Lepas tu dia bagi masa sejam untuk prepare, dua jam lagi untuk presentation. Gilalah! Tak pernah aku
tengok student kelam-kabut macam ni.”
Sabiha menceritakan apa yang berlaku di dalam dewan kuliah tadi.
“Habis korang present
ke?” soalku.
“Dr. Hilman taknak dengar sebab tak cukup ahli
kumpulan. Dia cakap, group project means
work in a group that consists of all group members. Together you stand, together you fall. Good luck with your 5% bonus.” Sabiha mengajuk gaya macho
percakapan Dr. Hilman. Kalau tak kenangkan situasi yang serius, aku memang dah
gelak.
“Kiranya present
minggu depan ke?” soalku lagi.
“No. Minggu
depan ada presentation juga tapi bentang
tiga research papers yang lain. Dia
cakap untuk minggu ni group kita
dapat kosong. Sebab dia cakap bukan masalah dia kalau kau tak datang kelas dia
melainkan kau bagi surat cakap kenapa kau tak datang kelas.” Suara Sabiha
berubah sedih.
Kalau tadi aku rasa nak menangis, sekarang aku rasa
nak menjerit dan meraung. Markah kawan-kawan aku!
“Group
mana lagi yang dapat kosong?” Aku bertanya. Takkanlah aku sorang je kut yang
tak datang kelas dia.
“Unfortunately
aku rasa group kita je weh. Semua
orang datang. Yang tak datang pun semua ahli group lain cepat-cepat seru supaya datang. Kau pun, dari tadi lagi
kami call.”
Aku terkedu.
Memanglah malang tak berbau. Rasa bersalah.
“Weh.. aku minta maaf.” Suaraku betul-betul
menyesal. Kalaulah aku tak ponteng kelas. Kalaulah aku tengok telefon aku tadi.
Tapi sayangnya semua nasi dah jadi bubur.
“Hazel, kau tak sempat balik sini ke? Kalau kau
datang, aku rasa Dr. Hilman bagi kita present
kut. Asalkan cukup ahli je.” Suara Sabiha seperti mengharap.
Aku rasa macam tercekik.
“Biha.. aku rasa sekarang ni, kalau aku pakai
helikopter baru sempat sampai kut.”
Aku dengar Sabiha mengeluh. Dia pun kecewa denganku.
“Aku minta maaf sangat-sangat.” Suara penuh
kekesalan.
“Benda dah nak jadi, Hazel. Anas dan Dira boleh
tahan marah jugak dengan kau. Ni.. aku call
kau ni pun jauh-jauh dari dorang.”
Aku telan liur. Rasa bersalah. Haruslah marah.
Gara-gara aku, mereka dapat kosong untuk markah minggu ini. Aku tak kisah kalau
markah aku kosong. Tapi jangan kawan-kawanku. Aku tak sanggup bertanggungjawab
kalau kawan-kawanku tak dapat A untuk subjek ini.
“Apa aku nak buat ni?” Perlahan suara aku. Tiba-tiba
buntu. Salah sendiri semua jadi macam ni. Masih menyesal. Kalaulah aku melihat
telefonku sejam yang lepas, pasti semua ni takkan terjadi. Pasti aku sempat
berkejar pulang ke kelas Dr. Hilman.
“Aku pun tak tahulah, Hazel. Penat aku nak fikir.
Kalau tengok muka Dr. Hilman sekarang ni pun macam serius semacam. Macam bawa
putting beliung. Budak-budak yang present
pun habis tergagap-gagap semuanya.” Sabiha mengeluh.
Aku boleh bayangkan muka serius Dr. Hilman.
“Nak minta peluang kedua daripada dia hari ni memang
dah macam minta masuk mulut buaya. Ngeri. Kita doalah banyak-banyak supaya hati
Dr. Hilman tu lembut. Manalah tahu esok lusa kalau kita mintak present dia izinkan. Okeylah, Hazel. Aku
nak masuk lecture hall dulu. Assalamualaikum.” Sabiha
minta diri.
“Waalaikumussalam.” Talian mati tapi aku masih tatap
telefon itu. Termenung.
“Sayang, kenapa?” Suara Iwan. Aku pandang dia. Dia
baru muncul. Senyuman plastik diukir.
“Takde apa-apa. Biasalah, kerja rumah,” jawabku. Aku
taknak bercerita kepadanya. Aku taknak dia rasa bersalah pula.
“So, kita
nak pergi mana lepas ni?” soal Iwan.
“Kita solat asar dulu, lepas tu baliklah. Penat.”
Aku betul-betul penat.
Maka.. terbanglah semua keseronokan aku keluar
bersama tunang tersayang. Masalah baru pula yang timbul. Persoalannya, mampukah
aku menyelesaikan masalah ini? Apa aku nak buat? Nak tulis surat? Nak cakap
apa? Senggugut? Cirit-birit? Kurang sihat? Huh… itu tempah kubur sendiri namanya.
Bukan Dr. Hilman tak nampak aku duduk bergelak ketawa dengan Iwan di kafe tadi.
Masih terkilan. Kenapa dalam banyak-banyak minggu,
minggu ni juga dia nak adakan perbentangan? Kenapa masa aku tak datang kelas
dia? Kenapa?! Rasa nak aje hantuk-hantuk kepala sendiri ke tiang.
Mengeluh. Kena fikirkan cara untuk menyelesaikan
masalah ini malam ini juga.
I want moreeee pleaseeee :)
ReplyDeletetak pernah menghampakan.....terbaiklah kak anjell.....update moreee ya....
ReplyDeleteWow...best..nak lagi plsss..😊😊😊
ReplyDeleterajin2 update ye.. x sabar :))
ReplyDeletesis, keluar kn novel terus lah
ReplyDeleteLambat lgi ke bab 8
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - Øكمة اليوم