BAB
15
“Kurang
ajar. Tak guna punya jantan! Kalau aku dengan kau semalam, memang aku sunatkan
dia untuk kali kedua. Cis! Berani dia buat macam tu kat kawan baik aku? Jantan
tu memang nak kena dengan aku! Hih.. geramnya aku!” Tinggi suara Sabiha
membebel. Nasib baik kami cuma berdua.
Dengan lagak macam seorang warden tengah lawat
banduan dia berkawad depan aku. Ke kiri dan ke kanan. Aku cuma diam. Aci tak
kalau rasa nak tergelak dengan perangai Sabiha ni?
“Geramnya aku! Geram. Geram.” Kali ini Sabiha tumbuk
tapak tangan kirinya beberapa kali. Dah macam ketua gangster tengah minta
hutang daripada lawannya. Tengah bayang muka Iwan untuk dilanyak-lanyak
agaknya.
Aku cuma memerhati. Dah tak lalu nak bercakap.
Semalam, balik je ke rumah sewaku, sekali lagi air mataku tumpah. Tinggal
bersendirian di rumah sewa, memang jiwa jadi sensitif. Terbayang je tangan Iwan
dan Safura bersatu, mengalahkan air terjun Victoria air mataku. Sampai sembab
mataku. Sampai pusing kepalaku hari ni.
Dan hari ni, Sabiha datang melawat kawasan. Katanya
dia mahu tahu apa masalahku sehingga aku dan Dr. Hilman tak menonton wayang
bersama mereka semalam. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dah berlaku sebab muka
aku macam tengah sedih. Sebaik sahaja aku jujur tentang apa yang dah jadi,
inilah jadinya. Nasib baik tak disumpah si Iwan tu dengan segala spesis haiwan.
“Kau ni, Hazel… kalau aku kat tempat kau semalam,
memang tak teragak-agak aku bersemuka dengan Iwan tu. Biar sepupu tak sedar
diuntung kau tu kira berapa batang gigi buah hati dia aku terbangkan. Yang dia
tu satu hal. Tertelan ulat bulu masak kicap ke apa? Tunang orang jugak yang dia
nak! Merenyam. Gatalitis.” Keras
suara Sabiha naik angin.
Aku ketawa. Walaupun agak hambar bunyinya, tapi aku
rasa kelakar dengan kata-kata Sabiha itu. Cuma Sabiha yang mampu menggeletek
hatiku ketika aku tengah sedih.
“Kau gelak? Kau tak patut gelak, tahu?”
“Habis, kau nak tengok aku menangis sekarang ni?”
Sabiha diam.
“Okey… aku lebih rela dengar kau mengilai daripada
kau menangis. Please.. gelak
kuat-kuat sekarang.”
Aku terus ketawa. Sabiha memang kawan sejati aku.
Kawan baik yang paling aku sayang. Seorang kawan akan hulurkan tisu apabila
kawannya menangis. Tapi, seorang kawan baik sanggup memperbodohkan diri sendiri
semata-mata untuk mendengar ketawa kawan baiknya itu. Kerana dia tahu air mata
kawan baiknya itu terlalu mahal untuk terus tumpah.
“Hazel.. kalau aku jadi kau, aku memang dah batalkan
pertunangan ni,” bicara Sabiha sebaik keadaan semakin tenang.
Dia cakap macam apa yang Dr. Hilman cakap semalam.
Malah, kalau semua orang tahu apa dah jadi semalam, aku yakin semua pasti akan
cadangkan benda yang sama. Percayalah, itu memang dalam kepala aku sejak
semalam lagi.
Putus. Tunang.
Tapi.. bila semuanya masih baru, dan aku pula masih
dalam proses untuk mengumpul bukti, berdiam diri adalah jalan terbaik. Kita
tunggu keadaan reda dulu. Aku akan cuba jelaskan kepada umi dan abi apabila aku
dah bersedia.
“Aku belum bincang dengan Iwan lagi.”
And
to be selfish, I need courage!
“Bincang apa bendanya lagi? Kau WhatsApp je cakap, ‘Hoi..
jantan keparat! Aku nak putus tunang dengan kau ni. Sebab kau memang gatal main
mata dengan sepupu aku belakang aku. Amboi.. kau ingat aku bodoh? Boleh
jalanlah weh. Kau ingat aku hadap sangat nak kahwin dengan kau?’ Lepas tu letak
emoji pisau banyak-banyak.”
Aku berdekah ketawa sekali lagi. Sabiha kalau dah
naik angin, bahasanya boleh tahan! Macam mana anak buah dia tak kecut perut?
Sabar je la. Nasib baiklah aku dah faham. Aku haraplah si Hariz tu akan faham
kelemahan Sabiha yang satu itu. Senang saja cara penyelesaiannya, jangan bagi
Sabiha marah.
“Entahlah weh. Hati aku dah tawar. Buat masa
sekarang, status aku tunang tak bertali.” Sesuka hati aku je buat bahasa
sendiri.
“Jangan risau, aku takkan kahwin dengan dia. Aku nak
tengok sejauh mana mereka berdua memperbodohkan diri sendiri, buat-buat
berlakon sebab taknak orang syak hubungan mereka. Seronok tengok orang cuba
sorok sesuatu yang kita dah tahu ni. Aku nak diam dulu. Diam bukan bererti
kalah. Diam itu memerhati. Diam itu lebih bahaya dari segala aksi.”
“Waa.. meremang bulu roma aku weh bila kau cakap
macam tu.” Sabiha gosok-gosok lengannya.
Aku tak beri komen apa-apa. Aku memang maksudkan apa
yang aku kata.
“Tapi kau.. dah okey ke?” Suara Sabiha berubah
lembut. Menunjukkan yang dia selalu ada untukku. Kalau aku menangis, dia akan
menangis denganku. Kalau aku gembira, dia akan gelak bersamaku.
“Nak taknak kena okey, Biha. Baru tunang,” kataku
mendatar. Hakikatnya hati rasa bagai disiat. Bohonglah kalau aku cakap aku dah
tak sayangkan dia. Aku masih sayangkan dia. Dah hampir setahun kami bertunang.
“Someone has
told me. Don’t cry for something that’s not meant to be yours. Mungkin dia
bukan jodoh aku.” Aku mengeluh perlahan.
“Betul tu. He’s
not worth it. Kau patut bersyukur dia dah lepaskan kau kepada lelaki yang
jauh lebih baik. The best always comes latter.”
“Tu la.. Iwan bukannya handsome sangat. Aku boleh cari yang jauh lebih handsome, kan?” gurauku. Mahu ceriakan
hati sendiri.
“Betul. Jauh lebih senonoh daripada jantan tak guna
tu. Jauh lebih handsome. Tak pun
nanti aku kenenkan kau dengan kawan-kawan Hariz. Handsome-handsome. Sado-sado”
Aku ketawa. Aku belum pun putus tunang, Sabiha dah
bersemangat nak jodohkan aku dengan lelaki lain.
Kemudian Sabiha senyum nakal.
“Kalau tak pun, dengan abang Hariz pun okey juga. Super duper handsome. Hot. Sexy. Hunky. Luscious.
Gred A. Lagipun.. dia bukannya tua sangat untuk kau.”
Mati terus gelak aku.
“Biha! Kau jangan nak mengada. Jangan buat gila
pulak nak kenenkan aku dengan Dr. Alpha Male tu!” marahku serius. Tak suka bila
libatkan Dr. Hilman. Aku tak bergurau.
Tapi Sabiha cuma gelak bebas.
“One question.
Kalaulah Iwan tu tiba-tiba sedar salah dia, datang balik dan minta maaf dengan
kau, kau sudi tak terima dia balik? Kau akan bagi peluang kedua?”
Soalan Sabiha buatkan aku terdiam. Sudikah aku
terima dia balik? Sungguh.. aku tak ada jawapan. Bibir mungkin berkata tidak. Hati
pula sebaliknya. Tapi, sejauh mana sesuatu hubungan kalau cuma berlandaskan
sayang, kalau kepercayaanku kepadanya dah berkecai semuanya?
------------
Malam
itu, telefon pintarku berdering minta diangkat. Sebaik sahaja melihat nama si
pemanggil, ibu jari terus mengeras. Tak jadi nak gesek ikon hijau itu.
Iwan.
Apa dia nak ni? Kenapa di telefon aku? Dia dah tahu
aku dah tahu ke? Atau dia nak berterus terang tentang hubungannya dengan
Safura?
Dada tiba-tiba berdebar laju. Sibuk berfikir,
sampai-sampai tak perasan satu panggilan dah tak dijawab. Beberapa saat
kemudian, sekali lagi nada dering Growl bergema.
Dalam-dalam nafas ditarik sebelum skrin besar itu
digesek.
“Helo, assalamualaikum, sayang.”
Aku genggam kejap telefonku itu. Tak kena gaya mahu
merekah skrin.
Sayang kaki kau!
Sekali lagi nafas ditarik.
“Waalaikumussalam, Iwan.” Suara kucuba tenangkan
setenang mungkin. Cuma biasa-biasa. Tak terlebih gembira, tak juga menunjukkan
rasa marah atau curiga.
“Tengah buat apa?”
“Fikir
tentang Iwan.” Tak menipu. Tengah fikir macam mana nak humban dia masuk loji
kumbahan!
“Rindu saya ya?”
Aku gelak. Sedikit sinis.
“A’aa.. rindu sangat-sangat. Sampai rasa macam baru semalam
je kita jumpa.” Aku harap dia tak dapat tangkap betapa sarkastikusnya nada suaraku.
“Saya pun rindu tunang saya ni.” Lembut suaranya.
Acah nak beromantik denganku.
Kalau dua hari lepas, memang aku tersenyum-senyum
lepas dia cakap macam tu. Tapi kali ni, aku rasa macam nak muntah hijau.
“Macam mana keluar semalam? Seronok tak?”
Dia sebut pulak pasal semalam! Rasa macam darah
sampai ke otak. Cepat-cepat aku gigit bibir bawah. Hampir sahaja menghamburkan
segala amarah. Ada jugak aku berjangkit dengan Sabiha karang! Tak pasal-pasal
segala jenis spesis monyet aku panggil si Iwan ni.
“Seronok. Tapi ada benda tak dijangka jadi. Kawan
saya, dia nampak tunang kepada jiran dia
keluar dengan perempuan lain. Siap pegang-pegang tangan lagi jalan dalam Mid..
Pavillion tu. Dia cakap perempuan tu sepupu jiran dia. Kesian kawan saya tu,
tak tahu nak buat apa.” Nyaris-nyaris nak terlepas perkataan Mid Valley tadi.
“Adoi.. macam-macam la sekarang ni. Tunang jiran dia
ada skandal dengan sepupu jiran dia. Kesian betullah dengan jiran kepada kawan
saya tu, kan?” Ya.. kesian untuk diri sendiri.
Dia diam. Aku teringin nak tengok muka dia masa ni.
Macam lepas tertelan cicak? Atau macam tengah tahan sembelit? Aku yakin punggung
dia tengah tak senang duduk sekarang ini. Kalau dia rasa nak syak yang aku tahu
sesuatu pun, aku dah tak kisah.
“Nasib baiklah tunang saya tak macam tu. Dia seorang
yang setia. Untung saya, kan?” Tajam soalanku. Kalau dia di depan mata sekarang
ni, memang aku akan tenung dia sampai dia rasa nak gali kubur sendiri.
Iwan ketawa. Tapi jelas dibuat-buat pada telingaku.
Aku senyum sinis. Rasa macam dahi baru lepas kena lastik ke?
“Sebab… saya memang sayang awak seorang je.
Takkanlah Iwan berani nak duakan Hazel.” Kata-katanya itu buatkan tekanan
darahku melepasi paras normal. Aku cuba bersabar.
Ketawa kecil dilepaskan. Pretender vs pretender. Kalau ini adalah hidden camera, aku yakin orang yang tengah tengok ni mesti gelak
guling-guling.
Game
on, sweetheart. Game on!
“Betul tu. Kalau Iwan nak duakan saya, dari dulu
lagi dah boleh buat. Tapi buktinya Iwan tetap setia dengan saya.” Suara penuh
menganjing. Aku cuma berdoa yang telinga Iwan ni tersumbat sampai tak boleh nak
bezakan kelainan setiap nada suaraku.
“You should
always trust me, sayang.”
“Of course I
trust you, sayang,” sinisku lagi.
“Wah.. Hazel cakap dia sayang saya.” Dia teruja.
Aku gelak sinis. Kalau aku maksudkannya, tak
sesenang itu perkataan sayang tu keluar.
“Mestilah. Saya sayang tunang saya. Sangat-sangat.”
Suara sekali lagi penuh manjastik.
Maksud aku, manja campur sarkastik. Dah rasa macam seorang playgirl pun ada! Mudahnya aku berkata tanpa maksudkannya.
Tak peduli dengan ketawa kuat Iwan di hujung talian.
Benar-benar suka nampaknya.
“Iwan tu.. macam mana kerja? Semalam pun kerja,
kan?” Aku buat-buat bertanya.
“A’aa.. kerja. Penat sangat. Tapi kena kerja kuat.
Maklumlah.. kena kumpul duit nak kahwin.” Suara nak raih simpati aku.
Aku buat muka. Kumpul duit nak kahwin ke, atau sebab
nak beli cincin untuk yang lagi sorang? Entah betul, entah tak yang dia kata
sebelum ni. Selalu katanya dia bekerja lebih masa tiap kali hujung minggu. Auta
rupanya! Sebab taknak aku syak yang dia dah buat hal dengan sepupu aku.
Kenapalah aku ni naif sangat percayakan semuanya?
Bodoh kau, Hazel!
“Bagus betul tunang saya ni. Rajin dan gigih.
Kumpullah duit banyak-banyak. Boleh buat majlis kahwin grand. Hazel rasa nak buat majlis kahwin besar-besaran la. Kita
tempah hotel ke? Kalau tengok gaya Iwan yang boleh dikatakan selalu overtime, mesti Iwan dah banyak duit,
kan? So, bolehlah kita buat kat
hotel, kan?”
Aku terdengar Iwan terbatuk-batuk.
“Duit saya tak sebanyak tu, Hazel. Sayakan baru
kerja.”
“Eh.. overtime
biasanya bayar double per hour.
Setiap kali hujung minggu, Iwan cakap Iwan OT. Lebih kurang dua bulan. Sabtu
dan ahad, dah jadi enam belas hari. Setiap hari paling minimum lima jam. Enam
belas hari darab lima jam, lapan puluh jam. Lapan puluh jam darab seratus lima
puluh ringgit jadinya dua belas ribu ringgit, wow…” kataku setelah membuat kira-kira dalam kepala.
Terkedu sangat agaknya sampai gelak dia pun
kedengaran sumbang di telingaku.
“Bolehlah kita bersanding kat hotel, kan?” Aku
buat-buat teruja.
Sekali lagi Iwan terbatuk.
“Boleh, sayang. Kita tengok bajet dulu. Takut tak
cukup.” Suara tak ikhlas!
Aku mencebik lagi.
“Mesti cukup punya. Kita kahwin lebih kurang lapan
bulan lagi. Kalau Iwan selalu OT sabtu ahad MACAM SEKARANG, kita ada enam puluh
empat hari. Anggap enam puluh hari la. Enam puluh darab lima…”
“Eh, Hazel! Mama tengah call la. Saya jawab dulu ya? Bye,
sayang. Assalamualaikum.” Dia memotong kira-kiraku. Kemudian talian terus
dimatikan tanpa mendengar jawapanku.
Aku tenung telefonku sebelum tergelak kecil. Alasan
nak lari la tu! Tu la.. lain kali fikir dua kali dulu sebelum nak auta budak
matematik!
Mama tengah telefon konon. Mama ke, sepupu aku?
Huh.. benci! Lantas telefon besar yang tak bersalah itu dihempas ke atas tilam.
Nasib baik tilam, bukan dinding.
Sekarang.. lagi sekali aku rasa nak menangis!
Waa..makin menariklah.
ReplyDeleteOMGGG KAK LEENA LAHHHH
Deletewowww.....mkin-mkin menarik nii....x sabar nk thu bila akn dibongkarkn prangai iwan tuuu....mnyamph btol lelaki mcm tuu...plastik..!!!!sorryyy...tibe2 emo...terpgaruh sgt niii.. :):):)
ReplyDeleteX sabo nak tunggu next n3...makin menarik..
ReplyDeleteX sabar nak tunggu next entry...boleh sabar pulak Hazel dgn Iwan
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم