BAB
6
Hujung
minggu akhirnya berlalu. Hari Isnin. Maksudnya kuliah dah bermula. Aku duduk
sendirian di sebuah meja di kafe. Hiruk-pikuk dengan celoteh para pelajar
universiti ini sikitpun tak kupedulikan. Menunggu Sabiha.
“Sorry hazelnut butter, lambat.” Kerusi di
depanku ditarik. Tak payah angkat kepala setakat nak tahu siapa, kalau dah
panggil aku hazelnut butter macam tu.
Tercungap-cungap Sabiha sedut oksigen. Faham sangat
dengan Sabiha yang sibuk. Sibuk semedang dengan kertas kerja dan perihal anak
buahnya. Dia merupakan presiden persatuan COSMATH.
COSMATH ni adalah singkatan untuk Computational
Mathematics Student Association, persatuan rasmi untuk jurusan aku.
Sesengal-sengal kawan baik aku ni, percayalah yang dia memang seorang yang
berwibawa tinggi. Aku? Aku cuma ahli aktif. Pembetulan sikit. Ahli tak berapa
nak aktif.
“Dah settle dah?” soalku.
“Kalau dah settle,
dah lama aku letak jawatan, tahu?” bebel Sabiha. Berkerut seribu kulit
wajahnya.
Aku gelak. Maksudnya tak selesai lagi la tu. Nak
lebih spesifik, masalah itu takkan pernah selesai dan akan selalu ada walaupun
presiden dah bertukar.
“Kali ni sebab apa?” Aku berminat untuk tahu.
“Tengah argue
pasal Family Day. Nak buat kat mana? Kat luar ke, kat dalam? Paperwork tak masuk meeting lagi, tapi Encik Faizul nak cepat. Aku dah suruh
budak-budak ni buat kerja, tapi ramai main-main. Menggelegak la aku. Memang aku
mengamuk la tadi,” cerita Sabiha.
Muka dia dah merah. Tengah tahan marah lagi agaknya.
Sebab itulah aku malas nak ikut Sabiha kalau dia ada meeting persatuan. Rasa macam bukan Sabiha kalau dia naik angin.
Sebab kalau dengan aku, Sabiha ni memang miang-miang tiga suku. Mungkin sebab
berkawan dengan aku yang juga tiga suku ni.
“Huh.. bila la Annual
Grand Meeting ni? Tak sabar-sabar aku nak campak semuanya kat junior,” kata
Sabiha lagi. Dah lama dia tunggu nak lepaskan jawatan presiden persatuan itu.
“Ala.. chill
la. Berehat sebentar bersama kit kat. Kita cakap pasal benda lain.” Aku cuba
alihkan mood monsun barat daya Sabiha
itu.
“Betul tu. Kita bercakap pasal benda lain. Pasal…
haaa.. macam mana hujung minggu kau? Seronok tak habiskan masa dengan Dr.
Hottie tu? Cerita la, Hazel.” Terus bercahaya muka Sabiha. The gediks of Sabiha is back!
Aku rasa nak tepuk dahi sendiri. Menyesal pula aku
bagi cadangan tadi. Pasal Dr. Hilman itu juga yang dia nak tahu. Tapi..
sekurang-kurangnya kerutan pada wajah Sabiha dah hilang.
“Dia tu jiran aku, bukan duduk serumah dengan aku,
tahu? Seronok ke tak hujung minggu aku bukannya ada kaitan dengan dia,”
jawabku.
“Tak sangka dia jiran kau, kan? Mesti kau rasa awkward gila bila dengan dia, kan?”
Sabiha gelak.
Lagi nak tanya padahal aku dah cerita semuanya. Bila
aku bercakap pasal Dr. Hilman tayang bodi depan aku, boleh pulak dia tanya aku abs Dr. Hilman ada berapa? Memanglah aku
sempat nak kira. Gila betul budak tu!
“Dah.. tak payah bercakap pasal aku. Hujung minggu
kau macam mana?” Aku tukar topik.
Sekali lagi muka Sabiha macam disuluh spotlight.
“Weh.. kau tahu tak, aku dah jumpa Encik Candy Crush
baru.” Bersemangat Sabiha bercerita.
Siapa pulak dah? Sabiha ni memanglah. Tiap-tiap
bulan tambah koleksi Encik Candy Crush dia tu. Bersiri macam terbitan majalah.
Nasib baik cuma crush, bukan kekasih.
Kalau tak, sah aku cop dia playgugurl
berjaya.
“Siapa?” soalku ingin tahu.
“Kapten bola sepak kampus kita yang baru. Hot gila weh. Petang-petang selalu practice kat padang hostel. Tengok dia gelecek bola, perghh… cool gila!”
“Siapa nama mamat suam tu?” soalku.
“Mamat suam?” Sabiha pelik. Aku pandang dia.
“Laa.. fizik menyatakan bila hot campur cool, suam jadinya.
Tak gitu?” terangku. Dia juga yang cakap Encik Candy Crush dia tu hot, lepas tu cool.
Sebelum bahu kena tepuk dengan fail di tangannya,
aku bertanya lagi. “Siapa nama dia?”
Sabiha angkat bahu.
“Tak tahulah pulak. Tak sempat nak tanya.” Kemudian
mengeluh kecewa. “Takkanlah tiba-tiba aku nak tanya nama dia. Jatuhlah saham
aku.” Masih berpegang dengan prinsip, perigi nak merenyam sendirian takpe tapi jangan
sesekali cari timba.
“Alah.. kau ni. Kata minat Akasia. Masa ni la kau
nak berdrama. Masa dia tendang bola, kau cepat-cepatlah mencelah. Lepas tu
dengan lagak paling cool, kau lompat
ke tepi tangkap bola tu. Macam yang penjaga gol Malaysia selalu buat tu. Mesti
Encik Candy Crush kau impressed.
Lepas tu dengan senyuman paling manis, kau tendanglah balik bola tu kat dia
sebelum blah. Tendangan cinta gitu.”
“Dari mana datangnya cinta? Dari kaki naik ke hati. Mesti
lepas tu jantung dia berdegup kencang, tertanya-tanya siapakah gerangan gadis
misteri yang berpotensi mengisi posisi penjaga gol gantian pasukan dia itu?
Mesti dia tak tidur malam dan asyik termimpi-mimpikan kau sejak hari tu.” Bijak
aku punya pelan.
Sabiha terus gelak.
“OMG. Hazel is
nuts. Akal kau ni memang lain dari yang lain. Kalau orang lain, mesti suruh
aku mencelah biar kena aku. Lepas tu buat-buat pengsan. Dapat dukung free.”
“Hei.. kira bagus apa aku cadangkan benda yang tak
mendatangkan dosa. Tak klise. Buat-buat pengsan sebab nak kena dukung?
Entah-entah masa kau buat-buat pengsan tu, kain kau terselak. Tak pun kau
tersungkur atas tahi kucing. Malu weh,” bahasku.
Sekali lagi ketawa Sabiha meletus.
“Yalah.. yalah.. idea kau paling win. Tapi.. boleh jugak aku cuba.” Sabiha
sengih nakal.
-------------
“Aku
nak pergi ke Uni Mart jap. Nak beli aiskrim. Kau nak pergi tak?” soalku.
Sabiha geleng kepala. Masih duduk di meja bersama
telefon di tangan. Kerja dia la tu. Akhirnya aku bangun dan berlalu ke kedai
runcit yang terletak berdekatan dengan kafe ini. Musim mengidam Magnum dah
datang.
Mungkin sebab waktu puncak belum tiba, suasana di
dalam kedai runcit itu agak lengang. Tak perlu beratur macam kereta api
semata-mata nak bayar sepotong aiskrim. Selepas bayar, pintu kaca kedai itu
ditolak. Mula kembali ke tempat dudukku.
Baru sampai selekoh, tiba-tiba bahuku dilanggar
seseorang.
“Hey, watch
out!” Bersama-sama suara itu, Magnum aku melayang tinggi sebelum cantik
mendarat ke atas lantai konkrit itu. Bulat mata aku. Bagaikan déjà vu.
“No! Not again!
Tidakk!” jeritku spontan sambil melihat ke tanah. Terlambat.
Terus aku mencangkung di sisi arwah Magnumku. Tak
kupedulikan gerangan lelaki yang sedang menyaksikan aku berdrama dengan Magnum.
“Weirdo.” Perlahan
suara itu. Mungkin cuma untuk dirinya.
Terus aku dongak kepala pandang dia. Aku berdiri
menghadap lelaki itu. Tangannya disilang ke dada sebelum pandang aku. Sado. Kacak. Rasa peristiwa dengan Dr.
Hilman dulu kembali berulang. Apatah lagi, sekali imbas aku nampak dia iras-iras
Dr. Hilman.
Eh, tak mungkinlah! Cepat-cepat aku usir bayangan
itu.
“Lain kali jalan, tengok depan, Smurf.” Selamba dia
berkata.
Terjegil mataku. Dia. Panggil. Aku. Smurf!! Cis.
Cis. Cis!! Mentang-mentang aku tak berapa nak tinggi, pakai pulak serba biru
hari ni, dia main hentam panggil aku. Ini sangat tidak patut! Giliran aku
bercekak pinggang.
“Jangan nak sembarangan cakap, Gorilla Kuning.” Dan
aku pun turut main hentam panggil dia.
Kepala terus laju tunduk memandang baju kuningnya
yang tertera besar tulisan ‘Godzilla’. Kemudian kembali pandang aku. Bibirnya
sedang menahan senyum lucu.
“Bukan salah saya sorang, okey? Awak tu yang
berjalan sambil mata tak lepas pandang telefon. Kenapa? Tengah kejar Pikachu?”
marahku lagi. Maklumlah sekarang tengah hangat permainan Pokemon Go. Apa
kejadahlah permainan itu pun aku tak tahu. Punyalah banyak kera dan beruk liar
di dalam hutan, makhluk-makhluk menyusahkan ciptaan manusia itu jugalah dia nak
tangkap.
Dia diam. Cuma tenung aku lama-lama dengan senyuman
yang masih cuba ditahan. Terhibur sangat agaknya melihat aku naik angin.
“Okey.. macam inilah Encik Gorilla Kuning. Kita
kosong-kosong. Saya minta maaf banyak-banyak kalau saya yang salah,” kataku.
Malas nak memanjangkan isu ini. Mood
dah berkecai persis Magnum yang berkecai di atas lantai itu.
Aku tunduk mengutip sisa-sisa aiskrim yang mula
mencair itu lalu dibuangkan ke dalam tong sampah berdekatan. Terkilan tak dapat
makan aiskrim.
“Selamat jalan, Magnumku. Damailah dikau di sana.”
Bunyi ketawa yang meletus buatkan aku kembali pusing
ke belakang. Gorilla Kuning sudah menjadi penonton tunggal adegan Aku, Magnum
dan Tong Sampah. Malulah pula rasanya. Aku ingat dia dah pergi. Tapi aku cuma
berlagak selamba sebelum mula melangkah ke kafe.
“Tak pasal-pasal terbang Magnum aku. Dulu, sebab
Alpha Male. Sekarang, Gorilla Kuning.” Tak habis-habis aku membebel. Sebaik
tiba di tempat dudukku, punggung dihempas kuat ke kerusi. Nasib baik tak
terbalik.
“Kau kenapa?” Berkerut dahi Sabiha pandang aku. Mukaku
masam mengalahkan segala jenis asid. Letak kertas litmus biru di pipi, mahu
bertukar ke warna merah.
“Mana Magnum kau?” Sabiha bertanya lagi. Buatkan
kerutan seribu di wajahku menjadi sejuta.
“Tak sempat nak makan. Jatuh. Ada Gorilla Kuning
langgar aku. Geram betul aku. Dua kali dah jadi benda sama, tahu tak?” Aku tak
puas hati.
Ketawa Sabiha meledak. Aku panas hati, dia boleh
ketawa? Bertuah punya kawan.
“Lelaki?”
“Lelaki la. Kalau perempuan, aku dah panggil
Gorillalina.”
Ketawa Sabiha makin kuat.
“Gorilla Kuning mana pulak kau ni? Tak tahu pulak U
ni terima gorilla masuk belajar.” Sabiha tak habis-habis ketawa.
“Dah aku tak tahu nama dia, aku panggil la dia
Gorilla Kuning. Dah tu siapa suruh langgar aku macam gorilla keluar bandar? Lepas
tu suka hati dia je panggil aku Smurf,” aduku tak puas hati. Wajah kian
cemberut.
Ketawa Sabiha yang belum mereda kembali bergema.
Sampai-sampai aku dah musykil. Ni kawan aku ke, Pontianak?
“Smurf. Haha. Tapi.. memang betul pun, kan?” usik
Sabiha. Cis!
“Biha.. kau jangan sampai aku hempuk kepala kau
dengan buku Fundamental of Numerical Analysis ni. Pendek leher kau lima inci,
memang kau pulak yang jadi Smurf nombor dua.” Aku pegang buku berkulit keras
setebal separuh kamus dewan itu.
“Okey, ampun, buk! Saya minta maaf, buk!” Sabiha
cuba mengawal tawa. Sengih masih bersisa.
“Kelakar?” soalku sinis. Dia sengih makin lebar.
“Kelakar la
weh. Terhibur aku ada kawan macam kau ni, Hazel. Terbang segala masalah masa meeting tadi.” Dia geleng-geleng kepala
pula.
“Terima kasih atas komen tersebut. Akukan penghibur
jalanan. Lepas tak nak masuk Maharaja Lawak Mega tahun depan? Berapa HA nak
bagi?” sinisku. Tak patutlah dia bergembira atas keperitan aku.
“Kau kenal ke gorilla kuning tu? Pernah nampak dia
sebelum ni? Budak apa? Satu fakulti dengan kita ke?” soal Sabiha lagi.
Aku geleng kepala.
“Sekarang ni, aku tak puas hati. Kenapa tiap kali
aku nak makan Magnum, mesti ada orang langgar aku? Dahlah mahal aiskrim tu!”
“Bukan rezeki kau la tu. Sekurang-kurangnya dapat
kenal gorilla kuning. Mana gorilla kuning kau tu? Teringin juga aku nak
tengok.”
“Gorilla kuning ada di sini.” Suara baru yang
mencelah itu hampir-hampir membuatkan aku melompat kijang. Terus pegang dada
sebelum kepala menoleh ke belakang. Siapa yang tiba-tiba muncul di belakangku?
Ada dua lelaki sedang berdiri.
Gorilla Kuning dan… kawan Gorilla Kuning.
“Nak apa?” soalku pelik.
Dia tak terus menjawab. Sebaliknya dia meletakkan
sesuatu di depanku. Aiskrim Magnum.
“Saya nak minta maaf. I’m a gentleman. Saya nak ganti balik aiskrim awak yang dah jatuh
tadi,” katanya.
“Anyway, I’m Hariz.
IB student. Ni kawan saya, Fendi.” Dia memperkenalkan dirinya dan kawannya.
Fendi, si kawan dia cuma senyum ikhlas. Nampak
pendiam dan baik.
Aku cuma diam. Takde hati nak berhari orientasi
dengan dia. Taktik nak mengurat la tu! Tak nampak cincin di jariku ini? Dah
lama dicup orang.
“Nama dia Hazel.” Suara Sabiha. Laju kepala pandang
Sabiha. Serius rasa nak cekik minah tu. Yang muka dia bak bulan purnama penuh
ni, kenapa? Kening aku mula berkerut, tertanya-tanya. Tahulah Gorilla Kuning ni
memang kacak. Aku yang gadis normal ini pun memang mengakuinya. Tapi tak
payahlah tayang muka teruja macam melihat makhluk Tuhan paling seksi buat grand entrance.
“No wonder.
Beautiful name suits a beautiful lady with beautiful eyes.” Mulut manis
rupanya mamat ni!
Hariz pandang pula Sabiha di sebelah. Senyuman
pembunuh pembuluh darah diberikan.
“And the name
of this gorgeous lady is?” Dia tunggu Sabiha sambung.
Kali ini mulutku automatik mendengus. Bukan nak
menyampah bila dia cakap Sabiha gorgeous.
Itu memang kenyataannya. Sabiha memang cantik. Tapi aku mendengus sebab
menyampah dengan mulut dia yang mintak kena suntik insulin itu. Manis sangat.
“Sabiha.” Malu-malu Sabiha memperkenalkan diri.
Buatkan aku pandang Sabiha dengan pandangan
menakutkan. Siapa yang duduk sebelah aku ni? Sejak bila kawan baik aku tu reti
nak bermalu-maluan dengan lelaki? Maksud aku, ini kali pertama aku melihat
Sabiha seakan-akan pakai blusher
apabila memperkenalkan diri kepada lelaki.
“Hmm..
Sabiha,” sebut Hariz. Seperti sedang menguji bagaimana bunyinya kalau nama itu
keluar dari bibirnya.
Aku pandang pula Hariz. Dia senyum puas hati.
Matanya juga bercahaya seakan-akan baru mendapat sesuatu kemenangan.
Mendengar namanya keluar dari bibir Hariz, pipi
Sabiha makin merah. Buatkan aku bergilir-gilir memandang mereka berdua.
Something
is really.. really.. fishy here! Ada apa-apa ke dua
orang ni?
“Got to go,
ladies. See you again, Sabiha and… Smurf,” katanya. Sempat dihadiahkan
senyuman paling macho kepada kami sebelum dia dan Fendi berlalu pergi.
“Whatever,
Gorilla Kuning!” jawabku kuat.
Setelah susuk tubuh mereka berdua hilang dari
pandangan, aku menoleh ke arah Sabiha. Belum sempat bertanya, Sabiha dah
menjerit kecil.
“Bila kau cakap gorilla, aku ingat adalah bulu dada tebal
mengalahkan hutan Amazon. Asal kau tak cakap Gorilla Kuning kau tu handsome nak mati macam tu?” serang
Sabiha.
Belum sempat aku menjawab, dia kembali menyambung
kata.
“Kalau kau nak tahu, Gorilla Kuning kau tu la kapten
bola sepak yang aku cakap tadi. Encik Candy Crush aku!”
Kali ini aku ternganga.
“Hariz. Lawa nama dia.” Punyalah lebar sengih Sabiha
lepas tu. Kalau tadi setakat nampak gigi depan, sekarang dah siap boleh kira
tiga puluh dua batang giginya.
Aku mencebik. Kalau hati dah suka, kalau nama mamat
tu Jebon pun aku rasa Sabiha cakap lawa.
“Nasib baik kau terlanggar gorilla kuning tu. Dapat
juga aku kenal dia. Kau memang sahabat sejati aku la,” sambung Sabiha lagi.
Aku cuma diam. Kebetulan yang membawa kepada
perkenalan baru di antara Sabiha dan Hariz. Tapi, kenapa aku rasa macam Hariz
pun sebenarnya memang berminat untuk berkenalan dengan Sabiha? Apatah lagi
apabila melihat betapa bersinarnya mata Hariz selepas mendapat tahu nama
Sabiha.
Aku tunduk pandang Magnum yang diberikan oleh Hariz
itu. Ada makna rupanya bagi aiskrim kat aku. Memang taktik nak mengurat pun.
Tapi nak mengurat kawan aku. Apa-apalah. Janji dapat makan Magnum. Haha.
“So, dah tak
payahlah aku nak lompat ala-ala Apek tepis sepakan penalti depan dia, kan?”
kata Sabiha lagi.
Aku ketawa. Mungkin kedua-dua orang itu memang
ditakdirkan untuk berkenalan. Walaupun cuma kerana aku. Kalau dua orang tu
menjadi, macam menarik juga. Sila berterima kasih kepadaku. Haha.
“Tapikan, aku rasa aku macam pernah nampaklah muka
dia.” Sabiha bersuara. Kemudian nampak macam sedang berfikir.
Ah, sudah! Janganlah
cakap seorang lagi mamat dalam majalah Maskulin dia tu. Alpha Male 2.0!
interesting....i wait kak anjell....admire you
ReplyDeleteHariz ni macam adik beradik si alpha male tu je.. gaya membunuh gitu kan.. kuikui
ReplyDeleteBestttt...lawakkkk
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
Assalamualaikum,kak Anjell..saya nak tanya,novel suamiku paling sweet,tundukkan Playboy itu,eksperimen cinta dan lain lain tu kak Anjell tulis macam mana?Ajak tulis dalam apa sampai karya akak jadi sebuah novel karyaseni?Bukan apa,saya pun teringin nk jadi macam kak Anjell..boleh jadi penulis novel yang terkenal.Sungguh,saya sangat suka novel akak.Kalau boleh,saya pun nak ada novel sendiri.Kalau akal free,akak bagitahulah saya tips karya akak dibukukan ya?Saya sentiasa suka karya akak sampai bila bila..tq kak,harap akak tak rasa komen saya ni suatu yang menyampah.Akak ada buku novel sedap,saya ada?(aku ada mata biru-hijau,kau ada?)Bye kakak..assalam😀😀😄😀😘😀
ReplyDeletenice betul kak , update la lagi sampai habis 🥺 saya budak yg tak dapat nak beli novel 😭
ReplyDelete