Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 4 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 6)

BAB 6

Hujung minggu akhirnya berlalu. Hari Isnin. Maksudnya kuliah dah bermula. Aku duduk sendirian di sebuah meja di kafe. Hiruk-pikuk dengan celoteh para pelajar universiti ini sikitpun tak kupedulikan. Menunggu Sabiha.

Sorry hazelnut butter, lambat.” Kerusi di depanku ditarik. Tak payah angkat kepala setakat nak tahu siapa, kalau dah panggil aku hazelnut butter macam tu.

Tercungap-cungap Sabiha sedut oksigen. Faham sangat dengan Sabiha yang sibuk. Sibuk semedang dengan kertas kerja dan perihal anak buahnya. Dia merupakan presiden persatuan COSMATH.

COSMATH ni adalah singkatan untuk Computational Mathematics Student Association, persatuan rasmi untuk jurusan aku. Sesengal-sengal kawan baik aku ni, percayalah yang dia memang seorang yang berwibawa tinggi. Aku? Aku cuma ahli aktif. Pembetulan sikit. Ahli tak berapa nak aktif.

 “Dah settle dah?” soalku.

“Kalau dah settle, dah lama aku letak jawatan, tahu?” bebel Sabiha. Berkerut seribu kulit wajahnya.

Aku gelak. Maksudnya tak selesai lagi la tu. Nak lebih spesifik, masalah itu takkan pernah selesai dan akan selalu ada walaupun presiden dah bertukar.

“Kali ni sebab apa?” Aku berminat untuk tahu.

“Tengah argue pasal Family Day. Nak buat kat mana? Kat luar ke, kat dalam? Paperwork tak masuk meeting lagi, tapi Encik Faizul nak cepat. Aku dah suruh budak-budak ni buat kerja, tapi ramai main-main. Menggelegak la aku. Memang aku mengamuk la tadi,” cerita Sabiha.

Muka dia dah merah. Tengah tahan marah lagi agaknya. Sebab itulah aku malas nak ikut Sabiha kalau dia ada meeting persatuan. Rasa macam bukan Sabiha kalau dia naik angin. Sebab kalau dengan aku, Sabiha ni memang miang-miang tiga suku. Mungkin sebab berkawan dengan aku yang juga tiga suku ni.

“Huh.. bila la Annual Grand Meeting ni? Tak sabar-sabar aku nak campak semuanya kat junior,” kata Sabiha lagi. Dah lama dia tunggu nak lepaskan jawatan presiden persatuan itu.

“Ala.. chill la. Berehat sebentar bersama kit kat. Kita cakap pasal benda lain.” Aku cuba alihkan mood monsun barat daya Sabiha itu.

“Betul tu. Kita bercakap pasal benda lain. Pasal… haaa.. macam mana hujung minggu kau? Seronok tak habiskan masa dengan Dr. Hottie tu? Cerita la, Hazel.” Terus bercahaya muka Sabiha. The gediks of Sabiha is back!

Aku rasa nak tepuk dahi sendiri. Menyesal pula aku bagi cadangan tadi. Pasal Dr. Hilman itu juga yang dia nak tahu. Tapi.. sekurang-kurangnya kerutan pada wajah Sabiha dah hilang.

“Dia tu jiran aku, bukan duduk serumah dengan aku, tahu? Seronok ke tak hujung minggu aku bukannya ada kaitan dengan dia,” jawabku.

“Tak sangka dia jiran kau, kan? Mesti kau rasa awkward gila bila dengan dia, kan?” Sabiha gelak.  

Lagi nak tanya padahal aku dah cerita semuanya. Bila aku bercakap pasal Dr. Hilman tayang bodi depan aku, boleh pulak dia tanya aku abs Dr. Hilman ada berapa? Memanglah aku sempat nak kira. Gila betul budak tu!

“Dah.. tak payah bercakap pasal aku. Hujung minggu kau macam mana?” Aku tukar topik.

Sekali lagi muka Sabiha macam disuluh spotlight.

“Weh.. kau tahu tak, aku dah jumpa Encik Candy Crush baru.” Bersemangat Sabiha bercerita.

Siapa pulak dah? Sabiha ni memanglah. Tiap-tiap bulan tambah koleksi Encik Candy Crush dia tu. Bersiri macam terbitan majalah. Nasib baik cuma crush, bukan kekasih. Kalau tak, sah aku cop dia playgugurl berjaya.

“Siapa?” soalku ingin tahu.

“Kapten bola sepak kampus kita yang baru. Hot gila weh. Petang-petang selalu practice kat padang hostel. Tengok dia gelecek bola, perghhcool gila!”

“Siapa nama mamat suam tu?” soalku.

“Mamat suam?” Sabiha pelik. Aku pandang dia.

“Laa.. fizik menyatakan bila hot campur cool, suam jadinya. Tak gitu?” terangku. Dia juga yang cakap Encik Candy Crush dia tu hot, lepas tu cool.

Sebelum bahu kena tepuk dengan fail di tangannya, aku bertanya lagi. “Siapa nama dia?”

Sabiha angkat bahu.

“Tak tahulah pulak. Tak sempat nak tanya.” Kemudian mengeluh kecewa. “Takkanlah tiba-tiba aku nak tanya nama dia. Jatuhlah saham aku.” Masih berpegang dengan prinsip, perigi nak merenyam sendirian takpe tapi jangan sesekali cari timba.

“Alah.. kau ni. Kata minat Akasia. Masa ni la kau nak berdrama. Masa dia tendang bola, kau cepat-cepatlah mencelah. Lepas tu dengan lagak paling cool, kau lompat ke tepi tangkap bola tu. Macam yang penjaga gol Malaysia selalu buat tu. Mesti Encik Candy Crush kau impressed. Lepas tu dengan senyuman paling manis, kau tendanglah balik bola tu kat dia sebelum blah. Tendangan cinta gitu.”

“Dari mana datangnya cinta? Dari kaki naik ke hati. Mesti lepas tu jantung dia berdegup kencang, tertanya-tanya siapakah gerangan gadis misteri yang berpotensi mengisi posisi penjaga gol gantian pasukan dia itu? Mesti dia tak tidur malam dan asyik termimpi-mimpikan kau sejak hari tu.” Bijak aku punya pelan.

Sabiha terus gelak.

“OMG. Hazel is nuts. Akal kau ni memang lain dari yang lain. Kalau orang lain, mesti suruh aku mencelah biar kena aku. Lepas tu buat-buat pengsan. Dapat dukung free.”

“Hei.. kira bagus apa aku cadangkan benda yang tak mendatangkan dosa. Tak klise. Buat-buat pengsan sebab nak kena dukung? Entah-entah masa kau buat-buat pengsan tu, kain kau terselak. Tak pun kau tersungkur atas tahi kucing. Malu weh,” bahasku.

Sekali lagi ketawa Sabiha meletus.

“Yalah.. yalah.. idea kau paling win. Tapi.. boleh jugak aku cuba.” Sabiha sengih nakal.

   -------------

“Aku nak pergi ke Uni Mart jap. Nak beli aiskrim. Kau nak pergi tak?” soalku.

Sabiha geleng kepala. Masih duduk di meja bersama telefon di tangan. Kerja dia la tu. Akhirnya aku bangun dan berlalu ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan kafe ini. Musim mengidam Magnum dah datang.

Mungkin sebab waktu puncak belum tiba, suasana di dalam kedai runcit itu agak lengang. Tak perlu beratur macam kereta api semata-mata nak bayar sepotong aiskrim. Selepas bayar, pintu kaca kedai itu ditolak. Mula kembali ke tempat dudukku.

Baru sampai selekoh, tiba-tiba bahuku dilanggar seseorang.
Hey, watch out!” Bersama-sama suara itu, Magnum aku melayang tinggi sebelum cantik mendarat ke atas lantai konkrit itu. Bulat mata aku. Bagaikan déjà vu.

No! Not again! Tidakk!” jeritku spontan sambil melihat ke tanah. Terlambat.

Terus aku mencangkung di sisi arwah Magnumku. Tak kupedulikan gerangan lelaki yang sedang menyaksikan aku berdrama dengan Magnum.

Weirdo.” Perlahan suara itu. Mungkin cuma untuk dirinya.

Terus aku dongak kepala pandang dia. Aku berdiri menghadap lelaki itu. Tangannya disilang ke dada sebelum pandang aku. Sado. Kacak. Rasa peristiwa dengan Dr. Hilman dulu kembali berulang. Apatah lagi, sekali imbas aku nampak dia iras-iras Dr. Hilman.

Eh, tak mungkinlah! Cepat-cepat aku usir bayangan itu.

“Lain kali jalan, tengok depan, Smurf.” Selamba dia berkata.

Terjegil mataku. Dia. Panggil. Aku. Smurf!! Cis. Cis. Cis!! Mentang-mentang aku tak berapa nak tinggi, pakai pulak serba biru hari ni, dia main hentam panggil aku. Ini sangat tidak patut! Giliran aku bercekak pinggang.

“Jangan nak sembarangan cakap, Gorilla Kuning.” Dan aku pun turut main hentam panggil dia.

Kepala terus laju tunduk memandang baju kuningnya yang tertera besar tulisan ‘Godzilla’. Kemudian kembali pandang aku. Bibirnya sedang menahan senyum lucu.

“Bukan salah saya sorang, okey? Awak tu yang berjalan sambil mata tak lepas pandang telefon. Kenapa? Tengah kejar Pikachu?” marahku lagi. Maklumlah sekarang tengah hangat permainan Pokemon Go. Apa kejadahlah permainan itu pun aku tak tahu. Punyalah banyak kera dan beruk liar di dalam hutan, makhluk-makhluk menyusahkan ciptaan manusia itu jugalah dia nak tangkap.

Dia diam. Cuma tenung aku lama-lama dengan senyuman yang masih cuba ditahan. Terhibur sangat agaknya melihat aku naik angin.

“Okey.. macam inilah Encik Gorilla Kuning. Kita kosong-kosong. Saya minta maaf banyak-banyak kalau saya yang salah,” kataku. Malas nak memanjangkan isu ini. Mood dah berkecai persis Magnum yang berkecai di atas lantai itu.

Aku tunduk mengutip sisa-sisa aiskrim yang mula mencair itu lalu dibuangkan ke dalam tong sampah berdekatan. Terkilan tak dapat makan aiskrim.

“Selamat jalan, Magnumku. Damailah dikau di sana.”

Bunyi ketawa yang meletus buatkan aku kembali pusing ke belakang. Gorilla Kuning sudah menjadi penonton tunggal adegan Aku, Magnum dan Tong Sampah. Malulah pula rasanya. Aku ingat dia dah pergi. Tapi aku cuma berlagak selamba sebelum mula melangkah ke kafe.

“Tak pasal-pasal terbang Magnum aku. Dulu, sebab Alpha Male. Sekarang, Gorilla Kuning.” Tak habis-habis aku membebel. Sebaik tiba di tempat dudukku, punggung dihempas kuat ke kerusi. Nasib baik tak terbalik.

“Kau kenapa?” Berkerut dahi Sabiha pandang aku. Mukaku masam mengalahkan segala jenis asid. Letak kertas litmus biru di pipi, mahu bertukar ke warna merah.

“Mana Magnum kau?” Sabiha bertanya lagi. Buatkan kerutan seribu di wajahku menjadi sejuta.

“Tak sempat nak makan. Jatuh. Ada Gorilla Kuning langgar aku. Geram betul aku. Dua kali dah jadi benda sama, tahu tak?” Aku tak puas hati.

Ketawa Sabiha meledak. Aku panas hati, dia boleh ketawa? Bertuah punya kawan.

“Lelaki?”

“Lelaki la. Kalau perempuan, aku dah panggil Gorillalina.”

Ketawa Sabiha makin kuat.

“Gorilla Kuning mana pulak kau ni? Tak tahu pulak U ni terima gorilla masuk belajar.” Sabiha tak habis-habis ketawa.

“Dah aku tak tahu nama dia, aku panggil la dia Gorilla Kuning. Dah tu siapa suruh langgar aku macam gorilla keluar bandar? Lepas tu suka hati dia je panggil aku Smurf,” aduku tak puas hati. Wajah kian cemberut.

Ketawa Sabiha yang belum mereda kembali bergema. Sampai-sampai aku dah musykil. Ni kawan aku ke, Pontianak?

“Smurf. Haha. Tapi.. memang betul pun, kan?” usik Sabiha. Cis!

“Biha.. kau jangan sampai aku hempuk kepala kau dengan buku Fundamental of Numerical Analysis ni. Pendek leher kau lima inci, memang kau pulak yang jadi Smurf nombor dua.” Aku pegang buku berkulit keras setebal separuh kamus dewan itu.

“Okey, ampun, buk! Saya minta maaf, buk!” Sabiha cuba mengawal tawa. Sengih masih bersisa.

“Kelakar?” soalku sinis. Dia sengih makin lebar.

 “Kelakar la weh. Terhibur aku ada kawan macam kau ni, Hazel. Terbang segala masalah masa meeting tadi.” Dia geleng-geleng kepala pula.

“Terima kasih atas komen tersebut. Akukan penghibur jalanan. Lepas tak nak masuk Maharaja Lawak Mega tahun depan? Berapa HA nak bagi?” sinisku. Tak patutlah dia bergembira atas keperitan aku.

“Kau kenal ke gorilla kuning tu? Pernah nampak dia sebelum ni? Budak apa? Satu fakulti dengan kita ke?” soal Sabiha lagi.

Aku geleng kepala.

“Sekarang ni, aku tak puas hati. Kenapa tiap kali aku nak makan Magnum, mesti ada orang langgar aku? Dahlah mahal aiskrim tu!”

“Bukan rezeki kau la tu. Sekurang-kurangnya dapat kenal gorilla kuning. Mana gorilla kuning kau tu? Teringin juga aku nak tengok.”

“Gorilla kuning ada di sini.” Suara baru yang mencelah itu hampir-hampir membuatkan aku melompat kijang. Terus pegang dada sebelum kepala menoleh ke belakang. Siapa yang tiba-tiba muncul di belakangku? Ada dua lelaki sedang berdiri.

Gorilla Kuning dan… kawan Gorilla Kuning.

“Nak apa?” soalku pelik.

Dia tak terus menjawab. Sebaliknya dia meletakkan sesuatu di depanku. Aiskrim Magnum.

“Saya nak minta maaf. I’m a gentleman. Saya nak ganti balik aiskrim awak yang dah jatuh tadi,” katanya.

Anyway, I’m Hariz. IB student. Ni kawan saya, Fendi.” Dia memperkenalkan dirinya dan kawannya.

Fendi, si kawan dia cuma senyum ikhlas. Nampak pendiam dan baik.

Aku cuma diam. Takde hati nak berhari orientasi dengan dia. Taktik nak mengurat la tu! Tak nampak cincin di jariku ini? Dah lama dicup orang.

“Nama dia Hazel.” Suara Sabiha. Laju kepala pandang Sabiha. Serius rasa nak cekik minah tu. Yang muka dia bak bulan purnama penuh ni, kenapa? Kening aku mula berkerut, tertanya-tanya. Tahulah Gorilla Kuning ni memang kacak. Aku yang gadis normal ini pun memang mengakuinya. Tapi tak payahlah tayang muka teruja macam melihat makhluk Tuhan paling seksi buat grand entrance.

No wonder. Beautiful name suits a beautiful lady with beautiful eyes.” Mulut manis rupanya mamat ni!

Hariz pandang pula Sabiha di sebelah. Senyuman pembunuh pembuluh darah diberikan.

And the name of this gorgeous lady is?” Dia tunggu Sabiha sambung.

Kali ini mulutku automatik mendengus. Bukan nak menyampah bila dia cakap Sabiha gorgeous. Itu memang kenyataannya. Sabiha memang cantik. Tapi aku mendengus sebab menyampah dengan mulut dia yang mintak kena suntik insulin itu. Manis sangat.

“Sabiha.” Malu-malu Sabiha memperkenalkan diri.

Buatkan aku pandang Sabiha dengan pandangan menakutkan. Siapa yang duduk sebelah aku ni? Sejak bila kawan baik aku tu reti nak bermalu-maluan dengan lelaki? Maksud aku, ini kali pertama aku melihat Sabiha seakan-akan pakai blusher apabila memperkenalkan diri kepada lelaki.

Hmm.. Sabiha,” sebut Hariz. Seperti sedang menguji bagaimana bunyinya kalau nama itu keluar dari bibirnya.

Aku pandang pula Hariz. Dia senyum puas hati. Matanya juga bercahaya seakan-akan baru mendapat sesuatu kemenangan.

Mendengar namanya keluar dari bibir Hariz, pipi Sabiha makin merah. Buatkan aku bergilir-gilir memandang mereka berdua.

Something is really.. really.. fishy here! Ada apa-apa ke dua orang ni?

Got to go, ladies. See you again, Sabiha and… Smurf,” katanya. Sempat dihadiahkan senyuman paling macho kepada kami sebelum dia dan Fendi berlalu pergi.

Whatever, Gorilla Kuning!” jawabku kuat.

Setelah susuk tubuh mereka berdua hilang dari pandangan, aku menoleh ke arah Sabiha. Belum sempat bertanya, Sabiha dah menjerit kecil.

“Bila kau cakap gorilla, aku ingat adalah bulu dada tebal mengalahkan hutan Amazon. Asal kau tak cakap Gorilla Kuning kau tu handsome nak mati macam tu?” serang Sabiha.

Belum sempat aku menjawab, dia kembali menyambung kata.

“Kalau kau nak tahu, Gorilla Kuning kau tu la kapten bola sepak yang aku cakap tadi. Encik Candy Crush aku!”

Kali ini aku ternganga.

“Hariz. Lawa nama dia.” Punyalah lebar sengih Sabiha lepas tu. Kalau tadi setakat nampak gigi depan, sekarang dah siap boleh kira tiga puluh dua batang giginya.

Aku mencebik. Kalau hati dah suka, kalau nama mamat tu Jebon pun aku rasa Sabiha cakap lawa.

“Nasib baik kau terlanggar gorilla kuning tu. Dapat juga aku kenal dia. Kau memang sahabat sejati aku la,” sambung Sabiha lagi.

Aku cuma diam. Kebetulan yang membawa kepada perkenalan baru di antara Sabiha dan Hariz. Tapi, kenapa aku rasa macam Hariz pun sebenarnya memang berminat untuk berkenalan dengan Sabiha? Apatah lagi apabila melihat betapa bersinarnya mata Hariz selepas mendapat tahu nama Sabiha.

Aku tunduk pandang Magnum yang diberikan oleh Hariz itu. Ada makna rupanya bagi aiskrim kat aku. Memang taktik nak mengurat pun. Tapi nak mengurat kawan aku. Apa-apalah. Janji dapat makan Magnum. Haha.

So, dah tak payahlah aku nak lompat ala-ala Apek tepis sepakan penalti depan dia, kan?” kata Sabiha lagi.

Aku ketawa. Mungkin kedua-dua orang itu memang ditakdirkan untuk berkenalan. Walaupun cuma kerana aku. Kalau dua orang tu menjadi, macam menarik juga. Sila berterima kasih kepadaku. Haha.

“Tapikan, aku rasa aku macam pernah nampaklah muka dia.” Sabiha bersuara. Kemudian nampak macam sedang berfikir.
Ah, sudah! Janganlah cakap seorang lagi mamat dalam majalah Maskulin dia tu. Alpha Male 2.0!

6 comments:

  1. interesting....i wait kak anjell....admire you

    ReplyDelete
  2. Hariz ni macam adik beradik si alpha male tu je.. gaya membunuh gitu kan.. kuikui

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,kak Anjell..saya nak tanya,novel suamiku paling sweet,tundukkan Playboy itu,eksperimen cinta dan lain lain tu kak Anjell tulis macam mana?Ajak tulis dalam apa sampai karya akak jadi sebuah novel karyaseni?Bukan apa,saya pun teringin nk jadi macam kak Anjell..boleh jadi penulis novel yang terkenal.Sungguh,saya sangat suka novel akak.Kalau boleh,saya pun nak ada novel sendiri.Kalau akal free,akak bagitahulah saya tips karya akak dibukukan ya?Saya sentiasa suka karya akak sampai bila bila..tq kak,harap akak tak rasa komen saya ni suatu yang menyampah.Akak ada buku novel sedap,saya ada?(aku ada mata biru-hijau,kau ada?)Bye kakak..assalam😀😀😄😀😘😀

    ReplyDelete
  4. nice betul kak , update la lagi sampai habis 🥺 saya budak yg tak dapat nak beli novel 😭

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )