BAB
8
Satu
malam aku tak tidur. Satu malam aku berfikir tentang cara-cara untuk mengatasi
masalah ini. Anas dan Adira turut menghubungiku semalam. Aku cuma tadah telinga
apabila dibebel. Aku tahu mereka marah denganku. Dan sebab itulah aku berjanji
akan cuba merayu dengan Dr. Hilman.
Maka, terpacaklah aku di depan pintu bilik berwarna
coklat itu pada keesokan harinya. Lima minit aku berdiri, tulisan terukir pada
pintu itu tak berubah-ubah. Tetap juga tertulis DR. HILMAN UKASYAH. Rasa tangan
seakan lumpuh untuk dilayangkan ke pintu kayu itu.
Ya Allah… lembutkanlah hati Dr. Hilman hari ini. Semoga
semalam dia mimpi indah dan hari ini hatinya berbunga-bunga. Aku berdoa. Kuatkan
semangat sendiri dulu. Sempat dibaca-baca ayat penenang hati sebelum aku
menggigihkan hati untuk mengetuk pintu itu.
Tiga kali ketuk, akhirnya suara penuh authority dari dalam menyahut.
“Masuk.”
Telan liur
dulu. Masuk je suara macho di ke telingaku, tiba-tiba kaki terus menjadi jelli.
Tiba-tiba keberanian yang aku kumpul tadi runtuh. Tiba-tiba juga kakiku rasa ringan
nak lari.
Haish..
jangan nak buat hal, Hazel! Aku tarik nafas dalam-dalam. Tepis segala setan
yang menghasut sebelum tombol pintu dipulas.
Maka.. tegak berdirilah aku di dalam bilik Dr.
Hilman, berhadapan dengan mejanya. Dr. Hilman hari ini segak dengan baju Melayu
berwarna maroon, sedang duduk di atas kerusi empuknya. Ada beberapa helai
kertas bertaburan di atas meja kerjanya itu. Seketika kemudian, dia angkat
wajah.
“Yes, Hazel!
What can I help you with?” soalnya. Wajahnya tak senyum, tak juga marah.
Menanti kata daripadaku.
Haa.. apa aku nak cakap kat dia ni? Semalam bukan
main menghafal karangan. Menghadap je mata coklat tua dia pagi ni, subjek ke laut,
predikat ke darat. Hilang semuanya.
Aku berdehem dulu. Dia masih senyap.
“Saya nak jumpa Dr.,” jelasku.
“Obviously.
Sebab awak bukan berdiri dalam bilik dekan fakulti.” Sindirannya memang kelas
satu.
“Saya.. saya
nak minta maaf sebab tak datang kelas Dr. semalam.” Aku memberanikan diri untuk
bersuara.
“Oh, awak ke yang tak datang kelas saya semalam?” Dia
menyindir lagi.
Aku cuma
telan sajalah sindirannya itu.
“Saya minta
maaf sebab tak datang semalam. Saya nak minta jasa baik Dr. untuk beri peluang
kedua kepada kumpulan saya.” Aku memberanikan diri untuk berkata.
“So, mana
MC?” pintanya.
“Hah?” Aku tercengang.
“Surat sakit yang mengatakan kenapa awak tak datang
kelas saya semalam. Atau surat lain yang bertandatangan Encik Faizul?” Sekali
lagi dia meminta.
Aku terdiam. Semalam sibuk tulis karangan. Tak
sempat nak tulis surat. Kalau aku tulis surat, nak auta apa? Saya tak datang ke
kelas Dr. kerana saya sibuk keluar dating dengan tunang saya? Huh.. silap-silap
dia gumpal kertas tu, lancar masuk kerongkong aku.
“Takde surat? So,
no second chance,” jawabnya mudah.
“Tapi..”
“Told you
before, don’t mess with me.” Suaranya keras semacam. Aku tunduk. Tak
sanggup nak tenung mata tajamnya itu. Seram.
Seketika kemudian aku dengar dia mengeluh. Kemudian
dia bersandar ke kerusinya sambil merenung wajahku.
“Let’s hear
your excuse. Where were you yesterday?” soalnya.
Soalan itu sayangnya tak membantu langsung. Rasa
makin terjerut leherku. Nak bagi jawapan jujur atau tak? Aku teguk liur lagi.
Aku rasa hari ni aku dah tak payah makan tengah hari sebab kenyang dengan air
liur sendiri.
“Saya keluar dengan…” Berat hati aku nak mengaku.
“Tunang?” potongnya. Aku angkat muka. Agak terkejut.
Dia tahu?
Haruslah tahu. Jariku bercincin. Dia pun pernah
beberapa kali tertenung cincinku walaupun dia tak pernah bertanya. Lagipun,
mungkin juga dia tahu daripada Mak Cik Lyn.
“A’aa.. saya keluar dengan tunang saya semalam.”
“Ada emergency
ke? Atau ada hal penting yang tak dapat dielakkan?” siasatnya lagi.
Aku geleng kepala sebelum tunduk pandang lantai.
Malu. Malu sebab aku ponteng kelas dia semata-mata nak keluar berseronok dengan
tunang dan dia tahu. Kalaulah dia cakap pada umi aku, tak tahulah macam mana aku
nanti. Mesti kena marah dengan umi pula. Haraplah perihal ini didiamkannya
saja.
“Now you tell
me one strong reason why should I give you a second chance? You bunked off my
class for your fiancee. You chosed it. It means, you were willingly taking the
risks, including gaining zero marks in this week presentation,” katanya
mendatar.
“Saya tak tahu Dr. nak adakan presentation semalam.”
“It was your
badluck of the day then. Awak datang ke, tak datang ke, presentation tetap jalan.” Senang dia
jawab.
“Apa.. ingat awak tu special sangat sampai saya kena tunggu awak datang baru boleh buat presentation?” Pedas berapi sindirannya.
Aku hanya mampu pandang lantai.
“Awak ada tiga jam semalam. Bersamaan dengan seratus
lapan puluh minit. Bersamaan dengan sepuluh ribu lapan ratus saat. Melainkan
awak keluar dating di Singapura,
rasanya awak punya banyak masa untuk pulang ke kampus.” Ditekannya perkataan dating itu macam itulah perkataan yang
paling dibenci di dalam dunia ini.
“But, three
hours had passed, where were you? Absence and unreachable. Saya yakin
kawan-kawan awak mesti hubungi awak semalam. But, you were just being irresponsible and ignorant. Saya taknak la
tanya apa yang awak buat semalam sampai-sampai awak tak dapat dijejaki
sepanjang tiga jam tu. Because it was your
personal affair and none of my business.”
Aku jadi malu sendiri. Aku seolah-olah memberi
gambaran buruk kepadanya. Seolah-olah aku lupa segala-galanya bila encik tunang
di depan mata. Seolah-olah aku adalah seorang yang sedang mabuk dilamun cinta
yang mungkin akan lakukan apa-apa saja demi cinta. Padahal hakikatnya aku
adalah sebaliknya.
“Sebenarnya peluang
kedua dah diberikan,” kata Dr. Hilman. Aku tunggu dia meneruskan bicara.
“Semalam. Peluang pertama adalah ketika kelas
bermula, saya mengumumkan untuk adakan presentation.
Peluang kedua adalah sepanjang tiga jam tersebut. If only you presented despite being late or even five minutes before
the class ended, I would forgive you and allow you to participate in the presentation.
Unfortunately, you blew your chance off,” katanya lagi.
“Ya.. saya tahu semua salah saya. Tapi,
sekurang-kurangnya maafkanlah kawan-kawan saya. Dr. patut bagi peluang kepada
kawan-kawan saya untuk present
semalam. Saya tak kisah saya dapat kosong untuk semalam, tapi jangan
kawan-kawan saya.” Suara aku menahan rasa. Serius rasa nak menangis sekarang
ini.
“Not my
problem. Yes.. it’s your fault. You should know better how teamwork works. You
work on everything together. Because of you, your friends will probably have small
chances to get A in this subject. You’re
selfish, Hazel. Reckless.”
Mendengar kata-katanya itu, mata terus menjadi
kabur. Air mata mula bertakung. Kepala terus tunduk. Aku rasa sedih setelah
mendengar tuduhannya itu. Dia buatkan aku rasa sangat bersalah kerana dah
menjadi buah busuk dalam kumpulan aku. Menyesal tak sudah-sudah. Sumpah aku
takkan ponteng kelas dia lagi.
“I told you
before. Saya sangat strict dengan
kehadiran. Kalau bab belajar, saya tak suka orang main-main. But you were not taking my warning seriously.
Mentang-mentang kelas ni bukan core
subject, awak ambil mudah. Ponteng kelas sebab nak keluar dating. Entah-entah awak memang selalu
buat sebelum ni. Semalam pun kantoi sebab ada presentation.” Bidasnya padu.
Aku mahu menjelaskan bahawa itu kali pertama aku memonteng
kelasnya. Tapi, apa gunanya? Diam lebih baik.
“Seriously,
Hazel? Bunking class for pleasure? How old are you? Fifteen?” Nampak
rahangnya diketap kuat. Dia betul-betul marah.
“Saya tahu semua salah saya. Tak payahlah Dr. nak
tekankan banyak kali betapa tak bertanggungjawabnya saya semalam. Saya buat
salah. Saya minta maaf, okey?” Suara mula bergetar. Masih tak faham kenapa dia
memperbesarkan hal ini. Dia seolah-olah hukum aku seperti aku baru lepas bunuh
orang. Aku ponteng sekali je kut!
“Saya tak minta Dr. naikkan markah saya. Saya cuma
mohon supaya kawan-kawan saya tak dihukum kerana saya. Saya tak sanggup
tanggung rasa bersalah disebabkan tindakan saya.” Aku mula menangis. Dah tak
segan silu membiarkan air mata menuruni pipi.
Dr. Hilman pandang aku. Wajahnya tergamam sesaat
sebelum dia kembali tayang muka tak beremosinya itu. Tapi mata sempat melihat
kedua-dua tangan yang berada di atas mejanya. Erat menggenggam penumbuk sehingga
timbul urat-uratnya.
Kenapa? Marah sangat denganku sampai nak tumbuk aku
ke?
“Dr. adalah pensyarah paling kejam yang pernah saya
jumpa. Huh.. dasar Alpha Male! Barbarian!”
marahku. Bagaikan tak percaya aku berkata macam itu kepadanya. Luas matanya
seketika menunjukkan dia pun turut terkejut dengan amarahku. Jangankan dia, aku
sendiri pun turut terkejut.
“Maaf sebab
dah ganggu Dr.” Tiba-tiba rasa bilik ini makin sempit. Apatah lagi berada di
bawah renungan tajam Dr. Hilman, rasa macam tiba-tiba sesak nafas. Aku perlukan
udara. Terus aku pusing belakang, tarik tombol pintu dan berlalu keluar.
Cepat-cepat air mata dilap. Takut pula ada orang
nampak. Tak pasal-pasal orang ingat aku menangis sebab Dr. Hilman tolak cinta
aku. Bukan tak tahu peminat lelaki itu memang berduyun-duyun.
Bodoh kau, Hazel. Yang nak banjir depan mamat tu
kenapa? Kau ingat dengan air mata kau tu, hati mamat Alpha Male tu boleh lembut
la? Aku tempelak diri sendiri. Menyesal pula apabila dia menjadi saksi jatuhnya
air mataku. Malu pun ada.
Iwan cakap apalah sangat Dr. Hilman boleh buat kalau
aku ponteng? Dia salah. Hakikatnya Dr. Hilman ada banyak perkara yang boleh dilakukannya.
Dia adalah lelaki yang berpegang pada kata-katanya. It’s hell if you mess with me. Ya.. memang itulah yang terjadi.
Misi hari ni gagal. Aku tak berjaya memujuk Dr.
Hilman untuk berikan peluang kedua kepada kumpulanku. Lebih menakutkan. Apa aku
nak cakap kepada kawan-kawanku nanti? Aku mengeluh berat. Sakit jiwa aku rasa.
Nasib baik dah Jumaat. Besok dah cuti. Boleh lari dari masalah ni sekejap.
Tak pasal-pasal aku marahkan Dr. Hilman tadi. Rasa
bersalah pula sebab dah derhaka. Buruk-buruk dia pun, dia pensyarahku. Kalau
dia tak halalkan ilmu yang dia ajar, tak berkat hidup aku. Aku mesti minta maaf
dengannya.
Aku belajar sesuatu. Jangan ponteng kelas. Apatah
lagi kalau pensyarah tak terduga macam Dr. Hilman itu. Satu perkara yang aku
akan ingat sampai aku tamat belajar. Sumpah aku takkan cari pasal dengan Dr.
Hilman lagi!
Ala...x puas baca la...nak lg..addicted dah
ReplyDeleteWant more. One more. Dr. Hilman plz bg hazel 2nd chance.
ReplyDeleteAlahai... baru semangat dok baca dah habis. anyway, thanks update. :))
ReplyDelete*extra large smile*
Goshhh... so excited. Dr. Hilman getting jealous. Ngaku ajelaaa. Muahahah. X sbarnye nk tggu novel ni release
ReplyDeleteExcited nk tunggu novel keluaqqq . Tq for update kak anjell .
ReplyDeleteSince second chance dah lepas...dr hilman wajin bagi third chance...kan..hehehehehe
ReplyDeleteTak puas baca..update lagi pleaseeeeee
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDelete<3
ReplyDeleteAduh sis..tak puaslah baca..update lagi sis..plsss..🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻
ReplyDeleteBest...x sabar nak tggu novel ni keluar...
ReplyDeletecerita yang menarik. harap dr hilman x kejam sangat dgn hazel nut
ReplyDelete