Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 11 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 13)

BAB 13

“Weh.. Biha, aku teman je tau. Chaperon kau.” Sejak aku ambil Sabiha di kampus, sampailah dah selamat sampai di tingkat G pusat beli-belah Mid Valley ini, aku dah macam radio buruk mengulang ayat yang sama. Adalah nak dekat sepuluh kali.

“Ya.. aku tahulah. Kau cuma teman aku. Kau chaperone aku. Dah.. jangan cakap lagi.” Sabiha tayang muka menyampah.

“Kau dah beritahu Iwan ke belum? Karang tak pasal-pasal dia tembak aku dengan senapang dinasour sebab dah ajar tunang dia curang,” soal Sabiha pula.

Aku ketawa.

“Dah. Kesian dia. Hari ni pun kena kerja. Dia takkan jealous punya sebab dia tahu aku sayang dia je. Dia suruh aku enjoy dan ingat dia.” Aku ulang apa yang dikatakan oleh Iwan sewaktu aku memberitahunya tadi.

“Perasan betul mamat tu.” Sabiha menjulingkan matanya ke atas. Menyampah.

“Dia tahu ke kau nak ke Mid Valley?”

Aku geleng kepala. Sama ajelah di mana-mana pun. Si Hariz ni satu hal. Mula-mula cakap Pavilion. Alih-alih jumpa di Mid Valley. Nasib baiklah aku memandu kereta sendiri.

“Kau janji nak jumpa dia kat mana?” soalku. Sekelilingku dipandang. Mid Valley makin sesak. Maklumlah, hujung minggu. Penuh dengan anak-anak muda yang keluar berhibur.

“Kejap aku tanya.”

Aku cuma diam. Klise betul. Asal nak keluar dating, mesti di pusat beli-belah. Cuba jadi klasik sikit. Macam zaman P. Ramlee dulu. Bila nak dating, pergi taman bunga. Lepas tu, nyanyi-nyanyi. Nak Hindustan sikit, joget-joget.

Nak lain sikit, ke taman buaya. Buaya menjadi pencegah maksiat. Barulah rasa macam beringat-ingat sikit sebelum nak buat maksiat. Sebelum sempat berpegangan tangan, dah hilang kepala kena ngap dengan buaya. Tak gitu?

“Dorang tunggu di restoran Secret Recipe. Makan dulu.”

Aku cuma mengikut. Nasib baiklah restoran itu masih terletak di tingkat G. Tak adalah penat sangat mahu berjalan. Beberapa minit berjalan, akhirnya sampai juga. Kepala mula pusing ke kiri dan ke kanan untuk mencari susuk Hariz.

Jumpa. Dari jauh aku melihat Hariz yang segak dengan baju t-shirt hitam dan seluar jeans lusuhnya. Dia senyum apabila melihat kami. Perhatianku beralih pula pada teman Hariz. Sedang bercakap di telefon sambil membelakangi aku dan Sabiha. Hanya tangannya yang sedang memegang telefonnya yang kunampak.

Makin kaki mendekati, makin jelas susuk teman Hariz. Makin aku rasa familiar dengan gerak tubuh lelaki itu. Makin jelas juga aku nampak model jam tangan yang melekap gah pada tangan kiri yang memegang iPhonenya itu. Jaeger LeCoultre.

Macam pernah kulihat jam itu, tapi di mana ya?

“Ya, mummy. Insya-Allah. Nanti Man cuba cari. Waalaikumussalam.” Suara yang cukup kukenal!

Seakan-akan tahu aku dan Sabiha sedang berdiri di belakangnya, dia berpusing. Sah! Tak perlu kata apa-apa…

“Dr.?” Serentak aku dan Sabiha berkata. Sama-sama tak percaya. Sama-sama ternganga.

Gorilla Hijau dah bertukar jadi Alpha Male!

“Eh, kenal ke? Ni Hilman, abang saya.”

“Abang?” Sekali lagi aku dan Sabiha bersepakat suara.

Kemudian kami berdua bergilir-gilir memandang dua jejaka hangat yang berada di depan kami. Aku dan Sabiha berpandangan. Bagaikan telepati, aku tahu otak kami berkisar tentang perkara yang sama.

Orang yang wajah Hariz punya iras adalah Dr. Hilman, abangnya sendiri. Hari ini baru jumpa jawapannya. Bila duduk sebelah-menyebelah, baru nampak persamaannya. Bukan nak kata macam kembar atau banyak irasnya, tapi wajah mereka ada persamaan walaupun tak banyak. Sekilas pandang, orang dah tahu mesti adik-beradik punya.

Kan betul firasat pertama ketika aku langgar Hariz dulu. Dia ada iras-iras Dr. Hilman. Kedua-duanya ada aura tersendiri. Tapi bagi aku, aku rasa Dr. Hilman lebih menonjol. Mungkin wajahnya yang lebih matang buatkan dia tampil berkarisma berbanding dengan Hariz.

“Ya.. abang saya. Satu ayah, tapi lain-lain mak,” kata Hariz.

“Dr. Hilman ni pensyarah kami,” tutur Sabiha pula. Tiba-tiba rasa kejanggalan mula menebal.

Hariz tepuk dahi. Seakan-akan baru sedar sesuatu.

Oh, God. How silly of me. Abang Man is a Math lecturer and both of you are math students. Adoi.. macam mana boleh tak perasan ni?” Hariz tergelak sendiri.

Aku dan Sabiha pula tak tahu nak buat apa. Mahu gelak atau mahu menangisi nasib hidup? Keluar dating dengan pensyarah sendiri weh. Kau ada?

“Duduklah, Biha, Hazel. Abang Man tak makan orang. Jangan risau,” pelawa Hariz. Cuba menghapuskan kecanggungan antara kami.

Abang dia memang tak makan orang. Tapi abang dia tu suka baham orang. Kalau dah baham orang mana nak pandang kiri kanan. Risau aku!

Aku dan Sabiha terus ambil tempat duduk. Kami sama-sama berebutkan kerusi yang bertentangan dengan Hariz. Rela menghadap Hariz daripada menghadap Dr. Hilman. Rasa macam sedang dipantau oleh guru disiplin. Tegak segala bulu roma.

Sabiha menang. Akhirnya aku mengalah sebelum berlalu ke kerusi sebelah Sabiha dengan berat hati. Telan liur dulu sebelum melabuhkan punggung betul-betul bertentangan dengan Dr. Hilman. Ini yang aku rasa nak sujud atas meja ni! Tunduk je kepala aku ni.

Senyap.

OMG. This is so awkward. Abang Man la ni.” Hariz tak puas hati. Dr. Hilman dimarahnya.

“Eh, abang pulak! Siapa semalam yang merayu-rayu mintak abang temankan?” balas Dr. Hilman balik. Sebelah keningnya diangkat seakan-akan mencabar.

Hariz tarik muncung. Rasa macam kelakar bila tengok lelaki merajuk. Merajuk dengan abang sendiri. Comel la pulak. Kalau homo sapiens selain Dr. Hilman yang duduk bertentangan denganku, pasti aku akan tersenyum lucu.

Kedengaran Dr. Hilman mengeluh.

“Macam ni la. Hazel and you.. Sabiha,” Dr. Hilman dah bersuara.

Aku dan Sabiha terus angkat kepala. Telan liur. Suara dia bagaikan meminta kami berdua menadah telinga. Sumpah rasa macam tengah menghadap dia di dalam kelas.

For the sake of my dearest baby brother’s perfect romance life..” Suara penuh sarkastik kenakan adiknya. Hariz dijeling sekilas.

“…Just consider this is our first meet. And I’m not your lecturer today. You may call me Hilman,” sambungnya lagi.

Aku dan Sabiha berpandangan. Anggap ini kali pertama kami jumpa dia? Mampukah aku? Panggil dia Hilman? Tersekat di kerongkong semua suara.

Kami semua senyap. Menunggu oder sampai. Ya Allah.. sumpah rasa sesak nafas sekarang ini.

Writing projek saya dah mula dah?” Dr. Hilman bersuara.

Soalannya buatkan aku hampir jatuh kerusi. Mana perginya, ‘I’m not your lecturer today’ dia tu? Dia ungkit pula pasal kerja dia tengah-tengah Secret Recipe ni. Dahlah sepatah haram aku belum mula menulis lagi.

Aku pandang Sabiha. Muka macam lepas tertelan cicak. Kalau aku belum mula, Sabiha pasti dua kali lima denganku. Apatah lagi Sabiha sedang sibuk dengan segala macam proposalnya.

“Abang ni, ada ke tanya pasal kerja rumah orang? Tadi cakap anggap ni kali pertama jumpa.” Hariz seolah-olah dapat membaca fikiran kami bersuara. Nasib baik ada Hariz.

Okay.. fine. Dah semua senyap, apa lagi abang nak tanya? Abang manalah tahu apa-apa pasal budak berdua ni.”

“Tanyalah pasal nama ke, umur ke. Inikan date. Takkan abang tak pernah keluar dating kut?” bahas si adik.

“Ni date kau, bukan abang, tahu? Abang teman je. Kau la yang tanya semua-semua tu. Abang taknak tahu,” bidas si abang pula.

Hariz mendengus. Kalah.

Seronok tengok dua beradik ni bertikam lidah. Tak payahlah aku dan Sabiha bersuara.

“Hari ni cuaca panas, kan?” soal Hariz.

Nasib baik air dah lepas tekak. Kalau tak, mahu bermocha-kiss aku dengan Dr. Hilman, gara-gara air tersembur dari mulutku directly proportional ke muka muka Dr. Hilman. Aku gigit bibir bawah, menahan tawa yang hampir terburai. Tak tahu kenapa rasa kelakar. Kalau orang luar tengok kami semua yang kononnya sedang ‘dating’ ni, mesti orang cakap huru-hara.

Si Hariz ni pula satu hal. Tak pernah keluar dengan perempuan ke? Tiba-tiba tanya pasal cuaca? Tolong ingatkan aku untuk ingatkan Sabiha supaya semak ramalan cuaca sebelum keluar dengan Hariz untuk masa yang akan datang.

Sabiha pandang aku. Mata minta tolong daripadaku.

“Eh, ni date kau, bukan aku. Aku teman je. Kaulah yang jawab soalan tu. Aku taknak tahu,” jawabku. Tiru ayat Dr. Hilman.

Dari hujung mata aku melihat Dr. Hilman sedang menahan senyum. Sabiha pula aku nampak macam nak digigitnya aku hidup-hidup sebab dah belot dengannya. Tak pasal-pasal aku dah segeng dengan Dr. Hilman.

“Anggap kami tak wujud.”

 “Just ignore us.” Aku dan Dr. Hilman berkata serentak. Sama tapi tak serupa.

Kami berpandangan sebelum aku larikan mataku. Bersepakat pula kami hari ini. Dahlah baju sama-sama warna putih.

Kami berdua senyap. Sama-sama rasa telefon pintarlah yang paling menarik tika ini.

“Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya hari ni, Biha.” Hariz berkata. Lupakan cuaca.

“Sama-sama. Terima kasih juga sebab ajak. Saya memang takde buat apa-apa pun hujung minggu ni,” balas Sabiha.

Mereka mula berbual mesra. Sudah mula bergelak ketawa. Amboi.. ni memang betul-betul anggap aku dan Dr. Hilman halimunan ni!

Hmm… awak berdua tak kisah ke kalau lepas ni kita semua pergi tengok wayang?” soal Hariz.

Sabiha pandang aku. Aku lagi seronok. Kalau ke pusat beli-belah tak masuk panggung, tak sah. Aku memang kaki panggung. Sabiha pun sama.

“Nak tengok cerita apa?” soal Sabiha pula.

“Kita tengok je la nanti. Rasa macam banyak cerita best baru keluar. Abang Man tak kisahkan?”

Semua beralih ke arah Dr. Hilman.

Horror/thriller?”

No!” bangkangku cepat. Memang taklah nak ajak aku tengok cerita seram. Aku paling benci dengan cerita seram. Sebab itulah aku ni penakut nak mati.

Why? Why not? Best apa?” Dr. Hilman tak puas hati.

Best apa kebendanya kalau tiga suku cerita tu dok asyik menyorok belakang kerusi orang. Membazirlah tiket nanti,” jawabku.

“Habis tu cerita apa? Romance?” Dr. Hilman mengejek di hujung ayat.

No!” Sekali lagi aku membangkang.

Why? Perempuankan suka cerita geli-geli macam tu,” ejeknya lagi.

“Lebih menggelikan kalau tengok dengan lelaki. Yew!” balasku tanpa beselindung. Dr. Hilman dipandang dari atas ke bawah beberapa kali. Biar dia tahu, dia pun termasuk dalam kategori lelaki yang ‘Yew’ itu. Peduli apa kalau dia pensyarah aku pun.

Bunyi orang berdehem buatkan aku tersedar yang kami bukan berdua. Kami sama-sama berpaling ke arah si tukang berdehem itu. Hariz. Kelip-kelip dia dan Sabiha pandang kami berdua berdebat.

What say you guys?” Dr. Hilman bertanya.

“Macam ni ya, Encik Pencadang dan Cik Pembangkang. Apa kata kita tengok dulu movie apa yang tengah hot sekarang ni. Lepas tu kita sama-sama sebulat suara putuskan yang mana yang kita nak tengok. Setuju?” Hariz bergilir-gilir memandangku dan Hilman.

“Okey.” Itu jawapan Hilman.

Manakala aku pula cuma mengangguk setuju.

   ------------------

Tiket wayang adalah pada pukul 12.30 tengah hari. Ada lebih kurang empat puluh minit lagi. Kami berempat cuma berlegar-legar di dalam pusat beli-belah itu untuk menghabiskan masa.

Kami masuk ke dalam kedai Harvey Norman. Hariz katanya mahu mencari aksesori untuk komputer ribanya. Sabiha pula turut lesap bersama Hariz. Khusyuk memberi cadangan kepada Hariz untuk dipilih nanti.

Aku memberi isyarat kepada Sabiha mengatakan aku mahu berlalu ke tandas. Sabiha cuma angguk. Selepas keluar dari tandas, hampir sahaja aku terlanggar seseorang. Mujur kaki sempat dibrek sebelum aku terjun ke dalam pelukan orang di depanku.

Angkat muka. Niat untuk meminta maaf dimatikan apabila wajah kacak Dr. Hilman yang menghiasi mata.

“Eh, Dr.?” Aku senyum kaku. Bagaikan berjanji pula. Kami sama-sama keluar dari tandas.

Aku segera berundur setapak sebelum mula berjalan. Dia turut mengekoriku. Berjalan di sebelahku. Aku buat tak kisah. Lagipun destinasi kami sama. Kami sama-sama senyap.

Beberapa langkah berjalan, mataku menala ke satu arah. Kaki terus terpegun. Buatkan Dr. Hilman di sebelahku turut mati langkahnya. Dari hujung mata, aku nampak dahinya berlapis. Aku dengar dia bertanya, tapi aku cuma abaikannya.

Akal sekarang ini lebih cenderung untuk mengesahkan apa yang aku lihat sebentar tadi. Laju kepala ditoleh ke arah kiri dan kanan. Dan laju lagi mata mencari dua susuk yang cukup kukenali.

Jumpa.

Kaki mula melangkah, tapi terus mati bila terasa tangan kananku digenggam. Bagaikan terkena renjatan eletrik, terus kutarik. Dr. Hilman ditenung bagaikan mahu tembus. Berani dia pegang tangan aku?

“Nak pergi mana?” Dia tanpa rasa gentar dengan mata pedangku bertanya.

Sekali lagi mata memandang ke arah dua manusia tadi. Takut hilang jejak. Mereka masih dalam pemerhatianku.

“Dr. jalanlah dulu. Saya ada hal kejap.” Aku cipta alasan. Niat untuk memarahinya langsung hilang. Aku punya misi yang lebih penting sekarang ini.

Tanpa menunggu jawapannya, aku terus berjalan ke arah mereka. Masih agak jauh daripada mereka. Dalam hati berdoa semoga ini semua permainan mataku.

Mereka turun eskelator untuk ke tingkat satu. Aku masih mengekori. Bagaikan stalker pula aku rasa. Aku masih menanti mereka berdua memusingkan sedikit wajah mereka kerana aku mahu melihat siapa mereka. Agar hati aku tenang. Agar aku dah tidak syak wasangka.

Bagaikan dimakbulkan pula doaku. Sebaik sahaja tiba di hujung eskelator, mereka berpusing untuk berjalan ke arah yang membelakangi eskelator. Bergelak ketawa bagai Mid Valley ini mereka yang punya. Langsung tak peduli dengan pandangan orang lain yang menyaksikan kebahagian mereka, termasuk aku.

Dan ketika itulah aku rasa kebahagianku bagaikan diragut. Jelas. Nyata. Lelaki yang sedang berpimpin tangan dengan perempuan itu adalah tak lain dan tak bukan… Iwan. Tunangku. Dan perempuan itu? Safura. Sepupuku.

Aku bagaikan tak percaya dengan mataku. Tunang aku dan sepupu aku. Apa hubungan mereka? Kawan? Kawan tak akan berpegang tangan ketika berjalan. Kawan tak akan lentok kepala ketika berjalan. Kawan juga tak akan usap-usap rambut orang dengan penuh kasih sayang ketika berjalan.

Hati perit untuk mengakui kenyataan itu. Mereka… bercinta ke? Habis.. aku ni macam mana?

Tekak tiba-tiba rasa macam ada pasir. Kesat. Anehnya, kaki masih lagi gagah untuk mengikut mereka. Masih lagi dalam peringkat menerima kenyataan. Kemudian terfikir, kalaulah aku jerit panggil Iwan, apa akan jadi? Berbalas tamparan antara aku dan Safura? Atau wujud gelanggang WWE antara aku dan Iwan?

Tak lama kemudian, aku melihat mereka berdua masuk ke dalam kedai barang kemas Wah Chan. Aku dah tak mampu untuk mengikut mereka lagi. Hanya kaku berdiri. Iwan dan Safura. Sejak bila lagi? Kenapa Iwan sanggup buat aku macam ni?

Umi. Abi. Majlis kahwin. Maruah keluarga.

Aku mula fikirkan semuanya. Mungkin takkan ada majlis perkahwinan antara aku dan Iwan. Apa aku nak cakap pada umi dan abi? Saudara mara aku? Apa persepsi masyarakat nanti kalau tahu tunang aku buat perangai dengan sepupu aku? Apa akan jadi dengan hubungan keluargaku dan keluarga Safura?

Kepala tiba-tiba rasa berpusing. Terasa bagaikan darah enggan mengalir ke otak. Aku pegang dahi. Cuba menstabilkan diri yang tiba-tiba terasa mahu rebah.

Belum pun dapat menstabilkan diri, tiba-tiba bahuku dirempuh. Aku bagaikan berada dalam dunia sendiri. Hampir tumbang kalau bukan ada tangan yang menahan bahuku dari belakang.

Hey.. watch where you are going.” Suara amarah tapi protective yang cukup kukenali dari orang di belakangku.

Sorry.. miss. Sorry.. I nak cepat. Tak perasankan you.” Itu pula jawapan dari orang yang melanggarku sebelum dia berlalu.

Aku cuma diam.

“Hazel! Are you okay?”

“Saya.. saya okey,” jawabku apabila terasa kembali normal.

Perlahan-lahan aku tolak tangannya yang mendarat di atas bahuku itu. Aku menoleh ke arahnya. Bila masa Dr. Hilman ada di sini? Dia ikut aku ke?

“Awak yakin? Muka awak pucat. Jom.. duduk dulu,” ujarnya. Wajahnya berkerut. Dia.. risau?

Aku cuma mengikut dia ke arah salah satu bangku kosong berdekatan. Dia turut melabuhkan punggung di sebelahku. Diam. Aku lega dia membiarkan aku bersendirian tanpa banyak soal.

So, what happened?” soal Dr. Hilman setelah dua minit berlalu.

“Takde apa-apa. Saya penat sangat agaknya jalan-jalan dalam mall yang luas ni. Tiba-tiba hypotension agaknya,” autaku. Kira normallah rasa nak pengsan bila tertangkap tunang yang paling aku percaya curang. Dengan sepupu sendiri pulak tu! Nasib baik tak kena serangan jantung.

“Tak payah nak berbohong. Itu tunang awak, kan?” tuduh Dr. Hilman.

“Macam mana Dr. tahu?” Aku agak terkejut.

I’m a genius. I can recognize his face very well. Sekali jumpa, dengan jenama-jenama kasut yang dia pakai hari tu saya boleh ingat.”

“Ya.. dia tunang saya.” Aku mengaku akhirnya. Tiada guna menafikannya kalau Dr. Hilman sendiri dah tahu.

Aku mengeluh. Mata dipejam rapat. Mahu mengusir bayangan tadi. Tiba-tiba terasa hati bagaikan dicengkam kasar. Kenapa? Persoalan yang sedari tadi berlegar dalam kepala. Kenapa Iwan curang?

You should do something. Teach him some lessons. Smack him in the face.” Cukup bersahaja Dr. Hilman berkata.

“Apa? Ingat saya ni drama queen ke? Buat apa saya nak rendahkan martabat saya sebagai seorang wanita? Baik bawa bincang di tempat lebih tertutup.” Ya… masa tu, jangan cakap penampar, memang penendang, penyepak, penumbuk.. semua aku kasi kat muka Iwan tu!

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar untuk sejukkan hati sendiri. Taknak ikutkan emosi. Kalau aku turutkan emosiku, sekarang ini juga aku pergi berperang di dalam kedai Wah Chan itu.

“Kita tak tahu, mungkin mereka sebenarnya tak ada apa-apa. Saya taknak fitnah mereka.” Perlahan suaraku. Aku tak tahulah kata-kataku itu mahu meyakinkan Dr. Hilman ataupun diri sendiri.

 “Awak taknak tahu ke apa yang mereka buat dalam kedai emas tu? Supaya awak dapat bukti yang sahih? Supaya awak tahu semuanya bukan fitnah?”

“Saya taknak menghadap dorang. Saya belum kuat. Saya taknak dorang tahu yang saya tahu.” Aku tundukkan wajah.

Damn.. I’m so pathetic!

Well.. easy. They don’t have to know then.”

Dr. Hilman bangun. Lacoste aviator yang sedari tadi setia tersangkut pada leher baju t-shirt putihnya ditarik sebelum dipakai dengan penuh gaya. Mataku membulat. Apa dia nak buat ni? Manusia normal mana yang pakai cermin mata hitam di tengah-tengah pusat beli-belah?

“Duduk kat sini. Jangan pergi mana-mana.” Itu arahannya sebelum dia berlalu.

Atau lebih spesifik, berlalu ke kedai Wah Chan. 

15 comments:

  1. 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah dia org adik beradik.
    Boleh pulak kantoi tunang Hazel curang time2 dgn Dr Alpha male...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Makin menarik....next entry pls....😍

    ReplyDelete
  4. Tq anjell x sabar nak pegang novel ni

    ReplyDelete
  5. Lepas ni Hazel pilih Hilman ajela. I think... Hariz msti tanye2 pasal Hazel dkat Biha. N yg langgar bahu Hazel tu msti stalker hari tu. Next entry pleasee ♡♡

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak peluk buku 📖📖📖📖😍😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Semakin menarik....tertanya tanya....hmmm...next k.anjell...very courious right now😕

    ReplyDelete
  8. Bile nk wat novel.. Tak sabarr

    ReplyDelete
  9. omggggg hilman is so damn protective . Love it <3

    ReplyDelete
  10. Wah lama xbaca cereta Anjel... ni skali harung baca Dr.Alpha Male... mmg tbaik...
    Dr.Hilman mmg suka Hazel... see how protective him for Hazel...
    Mau diajar Iwan tu... bg sebijik ja Hazel.. ;)

    ReplyDelete
  11. uish...dr nak berlakon ngorat safura ke? please don't use your fist dr.

    ReplyDelete
  12. Dating berempat ni paling funnyyyyy! 😂😂Lagi-lagi part hazel & sabiha berebut kerusi!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )