Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 9 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 11)

BAB 11

Hari Khamis. Huh.. mengeluh! Mahu ponteng lagi? Tidak sama sekali. Kalau aku kena strok pun aku memang akan seret badanku ke kelas Dr. Hilman. Taknak ulang salah yang sama. Trauma dowh!

Takde semangat langsung bila aku masuk ke kuliah Research and Statistics. Aku duduk di tempat biasa. Semestinya dengan Sabiha. Dewan kuliah macam biasalah kalau tiada pensyarah. Mengalahkan pasar bisingnya.

“Dah settle ke?” soal Sabiha.

Aku cuma angguk. Hujung minggu aku berhempas-pulas siapkan slide pembentangan untuk minggu ini. Aku yang gabungkan kesemuanya. Memang banyak kerja aku. Tapi aku memang rela hati kerana mahu menebus segala kesilapanku. Harus berikan yang terbaik kerana kumpulan kami agak ketinggalan.

Beberapa minit kemudian, hiruk-pikuk dewan kuliah makin mereda sebelum berhenti sepenuhnya. Maksudnya cuma satu. Dr. Hilman dah tunjuk remos dia.

Afternoon, class,” sapa Dr. Hilman. Mata melilau sekeliling dewan kuliah. Dia ada kuasa magis ke? Atau mata kuasa CCTV? Dapat kesan siapa tak datang kelas dia dengan sekali imbas?

Okay, class! We proceed to our today’s topic,” kata Dr. Hilman sambil menukar slaid pembentangannya.

Semua mata tertumpu pada skrin besar di tengah-tengah dewan. Semua khusyuk mendengar. Aku juga turut keluarkan buku nota untuk menyalin isi-isi penting syarahan Dr. Hilman.

   ----------------

“Kalau tiada sebarang persoalan, bolehlah kita mulakan pembentangan. Kumpulan siapa dulu?” Mata Dr. Hilman pandang sekeliling dewan kuliah.

Sunyi.

Dr. Hilman capai satu kertas.

“Okey.. disebabkan tiada yang rela hati, saya mudahkan kerja awak semua. Presentation bermula mengikut nama ketua kumpulan. Alphabetical order. So, first group, please come forward. Ainan Sumayyah binti Habib. Others, please lend them your ears or do your works quietly,” seru Dr. Hilman selamba.

Dr. Hilman berjalan dan duduk di kerusi pelajar yang paling depan. Terkocoh-kocoh aku nampak satu kumpulan yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berlalu ke depan dewan kuliah. Kumpulan pertama yang dipanggil Dr. Hilman.

Kemudian baru perasan sesuatu. Kumpulan pembentangan ikut nama ketua kumpulan. Ketua kumpulanku adalah aku. Namaku bermula dengan huruf T. Aku dapat rasakan kumpulanku bakal menjadi kumpulan terakhir.

Aku mendengus perlahan. Sabiha pandang aku. Sebelum dia tanya, aku terus bersuara.

“Nama aku T. Berjanggutlah kita nak tunggu kumpulan kita.” Dahlah minggu lepas tak bentang. Minggu ni pula bentang di penghujung waktu. Sabar je la.

“Nak buat macam mana. Dah Dr. Hilman tanya siapa nak volunteer, takde yang nak. Dia ikutlah kepala sendiri,” bahas Sabiha.

Aku mengeluh. Semua orang gerun untuk menjadi kumpulan pertama. Tapi, semua memang taknak jadi kumpulan terakhir. Jenuh nak menunggu. Apa nak buat? Bila aku pandang sekeliling, semua dah buat kerja masing-masing.

Sabiha sibuk dengan telefon pintarnya. Tengah sibuk dengan tugas presidennya la tu. Adira dan Anas pun turut lakukan kerja sendiri. Akhirnya aku turut buka komputer riba, sambung baca jurnal. Hanya itu yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Sedar tak sedar, lagi lima minit jam menunjukkan pukul lima petang. Kelas dah nak habis. Aku tak tahulah berapa banyak lagi kumpulan yang belum bentang. Bentang cuma lima minit. Kurang tak apa, tapi jangan lebih. Nanti kena potong markah.

“Kelas dah nak habis. Kumpulan yang dah siap tu, bolehlah balik dulu. But please keep quiet. Do not disturb your friends here. Masih ada dua kumpulan yang belum present. Kumpulan Syarifah Fazira binti Syed Hamidi dan kumpulan Tristin Hazel binti Tahir.”

Mendengar je kata-kata Dr. Hilman itu, semua mula bangun dan meninggalkan dewan dengan kadar bunyi yang paling minima. Cuma kumpulan aku dan kumpulan Syarifah Fazira tu la yang tinggal. Macam yang aku agak, kumpulan aku memang yang terakhir.

“Lain kali, jangan letak aku jadi ketua. Letak nama kau, Dira. Nur Adira. Tengah-tengah,” kataku.

Sungguh aku dengki tengok semua yang dah angkat kaki meninggalkan dewan kuliah besar ini.

Selepas sepuluh minit menunggu, akhirnya tiba giliran kami membentang. Ini yang aku malas kalau jadi kumpulan terakhir. Semangat nak bentang dah ke laut. Dalam kepala cuma ingat rumah.

Hmm… ni group yang absence minggu lepas, kan?” selamba Dr. Hilman bertanya. Kami berempat dipandangnya.

Mataku melaser ke arahnya. Dah tahu, lagi nak tanya! Sengaja nak aku rasa bersalah.

“Tak nak start ke? You guys have a lot of things to convince me, don’t you?”

Ahli-ahli kumpulanku saling berpandangan sesama sendiri. Semua tayang muka sama. Blur.

“Saya rasa seronok habiskan hujung minggu saya. Fikiran saya jadi tenang. Dan hati saya pun jadi makin lembut. Dan terima kasih pada kegigihan seseorang, saya akhirnya bersetuju untuk memberikan awak semua peluang lagi sekali,” kata Dr. Hilman.

Dia pandang aku. Buatkan aku turut menjadi tumpuan kawan-kawanku. Automatik mulutku sengih.

But! This is your last chance.  Jadikan pengajaran. Sebab ini kali pertama, saya maafkan awak semua. Lain kali, saya memang bagi kosong terus. I told you before. Kelas saya jangan buat main-main. Understood?” katanya tegas.

Kami semua bersungguh-sungguh angguk.

Plus.. I’m not a barbarian.” Sempat dijelingnya aku sekilas. Hanya kami berdua yang faham.

Muka aku terus macam kena panggang. Panas. Teringat balik kejadian seminggu yang lepas. Malunya!

“Terima kasih, Dr. Kami bersyukur sangat-sangat. Kami janji kami takkan ulanginya lagi.” Sabiha mewakilkan kami semua untuk berterima kasih.

You’re welcome. Don’t waste any time. Please proceed. I want to see your title,” arahnya.

Tanpa melengahkan masa, aku membuka power point untuk pembentangan minggu lepas. Nasib baik aku terbuka hati untuk menyimpannya. Kawan-kawanku semua berputus asa dan buang slide pembentangan itu. Mahu melupakan benda yang mustahil untuk terjadi. Kalau tak memang bentang pakai kertas je la.

Kami memulakan pembentangan. Tiba-tiba rasa bersemangat pula untuk membentangkan projek separuh jalan kami itu.

The interaction between mathematical rules and physic rules.” Dr. Hilman baca tajuk projek kami.

“Tajuk awak general and simple. Good. Tapi, saya rasa lagi proper kalau awak buang perkataan rules tu.

 Kami mengikut arahannya. Kami terus membentang. Dr. Hilman pula turut mendengar sambil mata membaca slaid. Lima minit berlalu, tamat pembentangan pertama kami. Kami menunggu komen Dr. Hilman.

Okay.. good. Proceed to second presentation,” arah Dr. Hilman. Tanpa melengahkan masa, aku terus membuka power point pembentangan yang kedua. Dr. Hilman cuma mendengar dan sesekali menegur apabila kami membuat kesilapan.

Tamat pembentangan kedua. Dr. Hilman diam dulu.

“Tajuk, dah okey. Jurnal pun, takde masalah. Kiranya awak dah bentang enam jurnal dan masih ada empat lagi. Untuk hari ni, jurnal banyak pasal matematik daripada fizik. Saya harap empat jurnal lagi tu lebih menunjukkan fizik daripada matematik. Jangan risau kalau ada clash of theories, itulah gunanya literature review. Fahamkan maksud saya?”

Kami berempat angguk.

“Macam Laplace’s Equation. Awak boleh describe apa tu Laplace’s equation. Laplace’s equation is a partial differention equation. It is a heat equation. It also corresponds to finding fluid equiblirium. Kalau jumpa jurnal yang boleh prove macam mana terbentuknya Laplace’s equation tu lagi bagus,” terangnya. Kami tekun mendengar dan menyalin apa yang patut.

“Haa.. saya siap dah bagi contoh untuk awak. Lucky you. So, any questions so far?”

Kami geleng kepala.

Okay, good job, ladies. That’s all for today. Sorry for keeping you late. You may go now.”

“Terima kasih, Dr.,” ucap kami serentak. Dr. Hilman cuma angguk sebelum dia pun turut berkemas.

Seorang demi seorang kawanku meninggalkan dewan kuliah, akhirnya aku tinggal berdua dengan Dr. Hilman. Aku merapatinya.

“Saya nak ucapkan terima kasih pada Dr. sebab sudi beri peluang sekali lagi kepada kumpulan kami,” kataku. Lebar-lebar aku sengih.

Bibir Dr. Hilman mahu menguntum senyum sebelum dimatikan dengan segera. Muka selamba ditayang.

I told you before. I’m easily melted with espresso.”

Membuatkan aku terus teringat pada peristiwa hari Jumaat yang lepas. Selepas rasa bersalah kerana meninggikan suara dengan Dr. Hilman, aku gigih mencari Starbucks semasa rehat solat Jumaat. Niatnya cuma satu. Mahu membeli espresso sebagai tanda kemaafan.

Dan bila aku menghantarkan espresso itu kepadanya, dengan sebelah kening terangkat dia mempersoalkan kehadiranku yang tidak diundang itu. Aku cuma meletakkan cawan espresso yang tertampal satu sticky note yang tertulis ‘Sorry’ itu di atas mejanya. Sebelum sempat dia bertanya apa-apa, terus aku cabut lari. Sebab aku masih marahkannya lagi! Pelikkan cara aku?

“Oo.. itu ke?” Kembali ke alam nyata.

Aku mula memintal-mintal hujung tudung bawalku. Awkward… Aku ingat dia takkan bangkitkan hal itu. Maklumlah.. masa di kampung hari tu pun dia tak pernah cakap apa-apa. Malulah pula. Kalau aku tahu sesenang itu hatinya cair dengan espresso, pasti sepuluh cawan espresso aku beli untuknya. Kalau perlu, memang aku belajar cara-cara nak bancuh espresso. Khas untuknya.

“Apa-apapun, terima kasih sekali lagi,” kataku lagi.

“Sama-sama.”

Dr. Hilman siap berkemas. Mula melangkah pergi. Seakan-akan baru teringat sesuatu, Dr. Hilman berhenti dan berpusing untuk menghadapku.

“Oh, anyway.. saya bagi peluang kedua bukan sebab awak. Tapi sebab saya taknak kawan-kawan awak gagal sebab awak. So, jangan rasa special sangat la ya?”

Aku melihat dia menapak pergi sesudah habis berkata. Back to jerk self!

Tapi aku cuma senyum. Sungguh tak sangka baik juga Dr. Hilman ya? Aku rasa aku kena balas jasa Dr. Hilman. Telefon pintar dikeluarkan sebelum ikon WhatsApp ditekan. Skrol ke bawah mencari chat yang agak lama. Bila keluar nama Dr. Alpha Male, aku terus tekan untuk membukanya. Chat terakhir adalah lebih kurang tiga minggu yang lepas.

Thanks again, Dr.

Kalau Dr. mahukan pertolongan apa-apa, saya sedia menolong Dr.

Tiga emoji sengih aku letak sebelum butang send ditekan. Tunggu sesaat, hanya ada satu tick. Maksudnya dia masih offline. Aku turut matikan mobile data sebelum simpan balik telefonku ke dalam beg.

Sebaik saja keluar dewan, kawan-kawanku masih menunggu.

“Hazel, terima kasih sangat-sangat sebab kau dah berjaya pujuk Dr. Hilman untuk bagi kita peluang kedua.” Itu daripada Adira.

“Betul tu. Tak sangka Dr. Hilman akan bagi peluang kat kita. Aku ingat dah bye bye dah pada presentation minggu lepas. Nasib baik kau simpan slide tu.” Itu pula daripada Anas.

“Alah.. tak payah berterima kasih la. Bersyukurlah sebab Allah dah lembutkan hati Dr. Hilman tu. Lagipun memang salah aku semua ni jadi. So, memang aku la yang kena usaha lebih untuk betulkan segalanya,” kataku.

 “Bersyukur gila aku rasa. Weh.. kami berdua balik dululah.” Adira minta diri.

Adira dan Anas berlalu, meninggalkan aku dan Sabiha berdua. Memang rutin aku jadi pak supir kepada mem besar kat sebelah ni kalau dia malas nak jalan balik kolej kediaman. Aku dan Sabiha berjalan beriringan ke tempat letak kereta.

“Minggu lepas Dr. Hilman balik kampung kau ke?” soal Sabiha. Aku angguk.

Mummy dia buat majlis tahlil. Sebab tu dia balik kut.”

“Kau cakap dengan aku. Apa yang kau dah buat kat dia sampai-sampai dia rasa seronok duduk kampung, fikiran jadi tenang dan hati dia lembut?” Sabiha pandang aku lain macam.

“Kenapa tanya aku pula? Manalah aku tahu. Dah dia balik jumpa mak dia, mestilah dia seronok,” jawabku. Macamlah semuanya ada kena-mengena denganku.

“Manalah tahu kut-kut kau ikat kontrak jadi hamba abdi dia semata-mata nak dia bagi peluang kedua kat kumpulan kita? Kalau tengok muka dia Khamis yang lepas, orang nak kencing pun tak jadi. Ngeri seh! Memang sah-sah nekad takkan beri peluang kedua.”

Aku ketawa.

“Daripada aku ikat kontrak jadi hamba abdi dia, baik aku pergi bomohkan dia. Bagi minyak senyonyong ke, biar dia ikut cakap aku.”

“Weh.. khurafat kau! Tak baik. Lecturer kau tu.”

Sekali lagi aku ketawa mendengar jawapan Sabiha.

“Takdelah. Hari jumaat hari tu, aku jumpa dia. Minta jasa baik dia untuk beri kumpulan kita satu lagi peluang. Aku minta maaf dengan dia sebab semuanya salah aku,” ceritaku serba ringkas. Tolak bahagian drama yang melibatkan aku menengkingnya dan aku berair mata.

“Dahlah. Yang penting, dia dah bagi peluang kat kita. Jom, kita balik,” ajakku. Malas nak memanjangkan tentang hal ini.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, terlintas di hati untuk hidupkan kembali mobile data. Automatik dengar pelbagai bunyi notifikasi. Lampu LED telefonku pun turut berkelip-kelip. Aku buka notifikasi WhatsApp.

Of course.

Everything has a price.

Just you wait.

Dari Dr. Alpha Male. Amboi.. ayat dia! Aku boleh bayang senyum trademarknya masa dia balas WhatsAppku itu. Dah nampak dah beberapa hari nanti aku bakal jadi hamba abdi Dr. Hilman. Tak pasal-pasal menjadi nyata pula apa yang dikatakan Sabiha tadi. Haha.


“Yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?” Suara Sabiha di sebelah menegur. Terlupa pula ada yang memerhati.

Aku tersedar. Eh, aku senyum ke? Dan.. kenapa pula aku senyum? Aku cepat-cepat tayang muka selamba.

“Baca WhatsApp la.” Cuma itu jawapanku sebelum telefon dimasukkan kembali ke dalam beg. Aku mula mengundurkan kereta.

“Dari Iwan la tu,” cebik Sabiha.

Aku tak beri apa-apa komen lagi.

13 comments:

  1. Keep it up kak anjell . Tak pernah tak best

    ReplyDelete
  2. Hohoho....everything has a price..
    Anjell...mmg best...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Best.. . Curious nk thu hazel putus tunang or tak... klu ptus mcm mne boleh putus... huhu... sbb klu x silap bace dlm hero seorg cndrella hazel n hilman mcm tgh dating tp gaduh2.. . ����

    ReplyDelete
  5. More k.anjell....terbaik lah...

    ReplyDelete
  6. More k.anjell....terbaik lah...

    ReplyDelete
  7. Dlm group hazel tu sume pompuan ke? Sbb dr.hilman sebut ladies... Anas tu pompuan eh?

    ReplyDelete
  8. Best..👍🏻👍🏻👍🏻😍😍😍

    ReplyDelete
  9. Best gilerrr! >^< berjanggut sy tunggu sis update alpha male....akhirnya! Omg rase sweet plk dorg ni ¥~¥....palli update tau tau tau ;)

    ReplyDelete
  10. Daripada yang saya baca dekat teaser HSC, mesti Iwan curang dengan Safura then Hilman dengan Hazel kene paksa kawin .

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )