BAB
19
Degupan
jantung yang bagaikan nak gila ini cuba ditahan. Wajah tenang tetap ditayang.
Namun hanya Allah yang tahu betapa aku nak lari balik sekarang ini. Rasa setiap
langkah bagaikan penuh dengan onak berduri.
Bila
difikir-fikirkan balik, macam manalah aku boleh terjebak sekali? Argh!! Rasanya
masih belum terlambat untuk aku bermarathon keluar dari grand ball room hotel lima bintang ini, kan?
“Dara!”
Segala
niatku terus terbantut sebaik sahaja mendengar suara itu. Nampak Audi yang
segak dengan tuksedo hitamnya berjalan gah mengalahkan model ke arahku. Sangat
tepatlah masa dia muncul!
“Audi..
saya nak balik!” Suara macam nak menangis. Terasa kaki tangan mula sejuk. Kalau
halal, nak aje aku genggam tangan Audi. Bukan setakat pegang tangan, memang aku
peluk terus untuk hilangkan segala gundah ini.
“Kenapa
ni, Dara? Awak rileks aje la.” Suara berbaur pujukan dari Audi. Tapi tetap tak
mampu menghilangkan gundah-gulana di hati ini.
“Saya..
saya takutlah. Saya tak biasa.” Kiri kanan kupandang. Tahap keyakinan merudum
ke angka sifar. Aku dapat rasakan betapa berbezanya suasana majlis ini dengan
majlis-majlis lain yang aku pernah hadir sepanjang hidupku.
Rasa
macam rusa masuk disko. Lip-lap lip-lap sana sini. Bukan daripada lampu. Tapi
daripada kilauan barang kemas yang dipakai oleh wanita sekeliling. Dari jauh
lagi dah rasa silaunya. Harganya yang dah tentu boleh beli kondominium sebuah.
Lagi
sekali.. kenapa aku boleh setuju ke sini? Agaknya inilah balasan Allah kepadaku
sebab selalu menipu. Tersepit, terseksa jiwa dan raga.
“Awak
jangan risau, Dara. Sayakan ada,” pujuk Audi lagi.
Aku
kini diam. Nak tak nak, kaki dah terlanjur menapak masuk ke sini. Penat aje melawa
dengan dres berharga empat angka ini kalau hanya sekadar separuh jalan. Harus
bertahan sehingga majlis tamat.
Dalam-dalam
nafas ditarik untuk menormalkan balik tachycardia
jantungku tadi. Tak nak nanti majlis gah ini bertukar tragedi gara-gara ada
tetamu yang arwah sebab terkena cardiac
arrest.
Tarik.
Lepas. Tarik. Lepas.
Setelah
agak tenang, aku kembali pandang Audi yang setia menanti di sisi. Mata cerun.
Tangan disilang ke dada.
“You owe me big, Audi. Saya nak hadiah
mahal-mahal lepas ni!” Sejak berkawan dengan Audi ni, aku dah jadi mata duitan.
Audi
ketawa kuat mendengarnya.
“Glad old Dara is now back. Of course,
girlfriend.”
“Future ex-girlfriend.” Lepas majlis ni!
Dia
gelak lagi.
“Yalah, future ex-girlfriend,” balasnya
berbaur gurauan.
“Dahlah. Jom kita ke seat kita. Semua dah ambil tempat,” ajak Audi pula.
Automatik
liur lalu tekak. Pandang sekeliling yang dipenuhi dengan meja dan kerusi yang
cantik dihias. Kaki sekali lagi macam kena sampuk paraplegia.
“Awak
jangan risau. Kita tak duduk sekali dengan parents
saya. Meja kita tiga meja belakang mereka,” kata Audi sambil menunjukkan ke
arah satu meja.
Aku
tarik nafas lega bila dia cakap macam tu. Aku kalau boleh tak nak bersua muka
dengan bakal mentua jadian aku itu. Bukan sombong, tapi untuk mengelakkan
sebarang komplikasi pada masa hadapan.
“Kenapa
awak tak duduk sekali dengan mereka?” tanyaku pelik. Memang rasa bersyukur
sebab aku tak payah nak control ayu
di depan mereka, tapi masih tertanya-tanya. Bukankah kebiasannya ahli keluarga
duduk bersama? Apatah lagi Audi merupakan anak lelaki pemilik Infinite Group.
“Oh,
sebab papa Chairman, jadi mereka
duduk di meja khas untuk Board of
Directors Infinite Group. Tiga meja pertama khas untuk BOD,” cerita Audi
lagi.
Kepala
pandang ke arah meja-meja itu. Meja paling depan. Paling VVIP. Patutlah boleh
dikatakan ramai yang golongan senior yang duduk di meja itu. Yang muda belia
mungkin ahli keluarga yang lain.
“Tapi
saya pilih untuk duduk dengan staf IG Lenzz Furniture. I’m one of the executives. Lagipun saya tahu awak tak selesa. Saya
pun kalau boleh tak nak parents saya
tanya awak macam-macam.”
Aww..
terharu aku mendengarnya! Terima kasih, Audi. Sedikit-sebanyak bersyukur.
Dapatlah aku makan dengan tenang tanpa rasa macam banduan yang diawasi dari
kanan dan kiri.
------------
Aku
hanya duduk di atas kerusi yang berbalut kemas itu sambil menunggu majlis
bermula. Sempat juga beramah-mesra dengan orang lain yang duduk di meja bulat
yang menempatkan sepuluh orang itu. Yang paling aku kenal sudah tentulah Sera.
Cakap
pasal Sera, automatik leher pandang ke sebelah kananku. Mencuri pandang ke arah
Audi yang dari tadi tenung iPhonenya. Tangan ketik itu ini, gesek sana sini. Tapi
aku tahu tiada apa pun yang menarik minatnya sebenarnya. Itu semua hanyalah
helah untuk tidak menumpukan perhatian kepada pasangan di sebelah kami.
Siapa
lagi kalau bukan Sera dan bae nya.
Hari ini baru dapatku lihat jejaka pujaan Sera itu. Mukhlis namanya. Bukan nak
berat sebelah atau pilih kasih, tapi jujurlah aku cakap yang Audi lebih dari
segala-galanya.
Lebih
kacak. Lebih kaya. Dan yang paling penting, lebih beradab dan gentleman. Aku tak tahulah apa yang Sera
nampak pada lelaki itu sampai dia buta untuk melihat cinta dari lelaki
sesempurna Audi.
Rasanya
itulah kuasa cinta. Cinta itu buta. Kesian Audi.
Aku
mengeluh lemah.
“Kenapa,
Dara? Awak tak selesa ke?” Lembut Audi bertanya. Cepat sahaja perhatiannya
beralih kepadaku.
See..
macam aku cakap, Audi ini lebih dari segala sudut. Cakap pun lemah-lembut.
Aku
pusingkan sedikit tubuh ke arah Audi. Sebelah tangan diletakkan di atas meja,
lalu kepalaku ditompangkan pada tanganku itu. Tatap wajah kacak Audi.
“Kenapa
pandang saya macam tu?”
“Saja.
Lepas ni dah tak dapat tenung dah wajah kacak awak. Kan dah nak jadi ex,” jawabku perlahan. Hanya untuk
telinga kami berdua.
Terlepas
ketawa Audi mendengarnya. Turut mengundang beberapa kepala lain. Tapi kami buat
tak peduli.
Audi
rapatkan wajahnya ke arahku.
“Future ex-girlfriend, kalau awak nak
jadi ex saya lepas ni, awak tak boleh
buat macam ni. Sekarang ni orang nampak macam kita macam tengah hangat
bercinta. Kita kena tunjuk yang kita tengah gaduh.” Audi berbisik ke arahku.
“Alah..
gaduh tu, nantilah kita fikir. Benda senang aje. Setakat nak cari gaduh, saya
tuang air ke muka awak pun dah cukup,” jawabku selamba. Kenapa nak sesakkan
kepala untuk berfikir?
Bila
Audi pandang aku, aku cuma sengih.
“Tak
payahlah cakap pasal benda ni. Kita cakap pasal benda lain. Macam, yang mana
satu orang tua awak?” soalku kepada Audi. Saja nak mengisi masa. Mata kini
tertumpu ke arah meja nombor satu.
Saja
aku bertanya kepada Audi. Senang nak u-turn
kalau terserempak nanti. Haha.
Bukannya
aku sombong atau biadap, tapi aku cuma tak sanggup untuk menipu insan-insan
yang mungkin seusia orang tuaku sendiri kalau mereka masih hidup. Tak tergamak.
Jadi, lebih baik mengelak selagi boleh, kan?
“Yang
pakai dress berwarna pic tu mama saya
dan yang sebelah kanan dia tu adalah papa saya,” jawab Audi.
Mata
terus melekap pada susuk-susuk yang diceritakan Audi itu. Walaupun agak jauh,
tapi masih jelas wajah mereka. Kalau jumpa tengah jalan tu, rasanya masih dapat
aku cam lagi.
Walaupun
orang tua Audi sudah berusia, tapi masih punya gaya dan aura tersendiri. Orang
kaya, biasalah. Papa Audi nampak sangat segak untuk orang seusianya. Dan
mamanya pula masih cantik. Kelihatan awet muda. Kalau cakap kakak Audi pun
rasanya orang percaya.
Mata
melirik ke sebelah kiri mama Audi. Ada seorang anak gadis yang cantik. Usianya
tak dapat kuagak. Mungkin sebayaku atau lebih muda. Tak dapat nak agak
gara-gara gaya mekapnya yang mungkin buatkan dia nampak lebih matang.
“Yang
sebelah kiri mama awak tu siapa pula?”
“Oh,
itu adik bongsu saya, Emelda!”
“Cantik.
Tapi kesian.”
“Kesian?
Kenapa?” Audi pelik. Turut membuang pandang ke arah adik perempuannya itu.
“Nampak
sangat dia bosan,” jawabku jujur. Memang itu yang terpancar pada wajah Emelda.
Mungkin sebab dikelilingi oleh orang-orang yang dua kali ganda usianya. Tiada
teman untuk berborak.
Secara
teknikalnya, siapa aje yang suka ke majlis korporat. Acara yang paling seronok
cumalah satu.
Makan.
“I can feel her. Dia macam, helo.. mana
perginya semua golongan belia populasi bumi ni?” Aku angguk-angguk sendiri.
Audi
gelak lagi.
“Future ex-boyfriend, kalau nak kita
putus, awak janganlah selalu gelak. Nanti orang ingat kita bahagia. Saya dah
tak sabar nak jadi ex awak ni.”
Ingatkan Audi balik.
Audi
berdehem. Pandang sekeliling dulu sebelum mengubah ekspresi wajahnya. Cuba
serius.
“Alright. Anything for you, future ex-girlfriend,” jawab Audi. Sempat lagi
nak bergurau.
Entah
kenapa, kata-katanya itu buatkan aku teringat pada Eskandar.
Anything for you.
“Eskandar?”
Terus
tegak dudukku sebaik sahaja mendengar sebaris nama itu. Telinga terlebih peka. Kepala
pula automatik berpusing ke arah punca suara itu. Sedang berdiri di belakang
kami.
“Betullah
kau, Eskandar! Ingat aku lagi tak? Dah lama tak nampak kau. Tak sangka jumpa
malam ni,” tegur lelaki itu.
Audi
lekas berdiri.
“Zuki?
Lama tak jumpa kau. Buat apa kat sini?”Aku dengar pula suara teruja Audi
membalasnya.
Dan
aku pula hanya kelip-kelip pandang interaksi di antara mereka berdua. Setelah
itu, segala jenis perbualan di antara mereka dah tak masuk kepalaku. Hanya satu
yang aku fikir.
Kenapa
dia panggil Audi dengan nama Eskandar?
Entah
berapa lama otak aku bekerja, sehinggalah aku mendengar mereka berdua bertukar
nombor telefon dan ber-bro hug
sebelum lelaki bernama Zuki itu berlalu.
Audi
kembali mengambil tempatnya.
“Sorry. Kawan sekolah rendah saya dulu.
Tak sangka boleh jumpa kat sini. Dah lama loss
contact,” cerita Audi serba-sedikit.
Mata masih melihat susuk temannya menghilang sebelum pandangannya kembali
terarah padaku.
“Kenapa
dia panggil awak Eskandar?” soalku.
“Laa..
Dah nama saya Eskandar.” Dia pandang aku macam aku ni alien berkepala sepuluh.
Aku
tayang muka blur. Kemudian dia bagaikan tersedar sesuatu.
“Oh,
saya tak pernah cakap ya nama penuh saya? Nama penuh saya Eskandar Audi Shah
bin Emran Adlishah,” ujar Audi perlahan. Bimbang Sera mendengarnya. Kantoi
nanti.
Eskandar
Audi Shah. Oh, itukah nama penuh dia?
Kemudian
rasa macam manusia paling bodoh. Kenapa aku tak pernah ambil tahu siapa nama
sebenar Audi walaupun kami dah kenal agak lama? Itulah agaknya kalau tiap kali
berjumpa asyik cipta pelan untuk menipu. Tak pernah nak kenal betul-betul.
Tapi,
bila mendengar namanya, kenapa kepala terbayangkan seorang lagi Eskandar?
Eskandar
Arasyah.
Nama
pun seakan-akan serupa. Jangan cakap..
“Kawan-kawan sekolah saya dulu selalu panggil
saya Eskandar. Tapi saya lebih dikenali dengan nama Audi sebab abang saya pun
nama Eskandar juga.” Audi sambung cerita tanpa mengetahui gelora dalam hatiku
ini.
“What can I do? First born claimed it first.
So, Audi is fine.” Audi buat-buat
mengeluh. Mengeluh reda.
Walaupun
aku tak pernah kenal dengan abang Audi, tapi entah kenapa firasat mengatakan
mereka adalah Eskandar yang sama.
“Abang?
Awak ada abang? Dia ada kat sini?” Dada berdebar ketika bertanya. Kalau betul
Eskandar adalah abang Audi, sudah tentu dia turut hadir ke majlis ini. Betul
tak?
Riak
wajah Audi berubah sedikit keruh. Cuba dikawalnya namun mataku masih cekap
menangkap.
Kenapa?
“Abang
tak datang,” jawab Audi mudah.
Firasat
menyatakan ada cerita di sebaliknya, tapi siapalah aku untuk sibuk?
“Tapi,
awak dah kenal dengan abang saya, kan? Awak pernah cerita dia gantikan abang
Haidar masa cruise dulu.” Audi
mengimbau balik zaman jepun punya cerita.
Dan
aku rasa nak tepuk dahi. Bukan dahi aku, tapi dahi si Audi. Baru sekarang dia
bercerita dengan tanpa rasa bersalahnya.
Bila
fikir balik, memang bukan salahnya bila aku sendiri pun tak pernah bangkitkan
balik tentang kemunculan Eskandar dulu.
Aku sendiri yang terlebih pandai, mengikut firasat yang tak berapa betul dan
menganggap Audi tak pernah kenal Eskandar.
“Oh,
Eskandar yang tu ke? Haah. Kenal,” jawabku mudah.
Banyak
lagi yang aku mahu bertanya kepada Audi. Namun terasa bagaikan ada sesuatu yang
menghalang bibirku dari meluahkannya. Sebab Audi sendiri tak pernah tahu sejauh
mana aku kenal abang dia itu.
Dan
Audi juga bercerita seolah-olah Eskandar itu hanyalah orang asing kepadaku. Seolah-olah
Eskandar yang muncul di atas kapal dulu hanyalah untuk menjalankan tugasnya sebagai
‘boyfriend’ aku semata dan setelah
itu kami tak pernah berhubungan lagi. Meskipun berada di atas kapal yang sama.
Buatkan
aku yakin yang Eskandar juga tak pernah bercerita apa-apa tentang hubungan kami
kepada Audi. Walaupun hakikatnya sekarang ini kami cumalah berkawan. Itupun
baru.
“Tapi,
kenapa abang awak tak datang malam ni?”
Walaupun
aku tahu siapalah aku untuk sibuk, aku tetap nak sibuk juga.
Well.. Dara Nailufar, ladies and
gentlemen!
Audi
angkat sebelah bahu.
“Ada
hal.”
“Nothing extraordinary. He never joins
company parties.” Aku kira soalan terbaruku tadi lebih kuat daripada
perbualan dalam kelambu kami tadi. Sebab kali ini Sera pula yang menyampuk.
Audi
memberi isyarat mata kepada Sera. Jelas bawa maksud, ‘Shut up!’
“What? Betul apa? Abang Es tak pernah
datang. No matter what we do, how we
persuade him, he never shows his face. He’s
the youngest director of BOD though.”
“Sera!”
Audi sedikit marah. Wajahnya pun agak serius. Mungkin itu adalah isu personal
keluarganya yang tak boleh diketahui oleh orang asing sepertiku.
Sera
diam setelah itu. Audi juga turut diam.
Aku?
Dah yang kiri dan kanan mogok diam, tak adalah gila aku nak bercakap
seorang-seorang. Hanya duduk di atas kerusiku sambil mendengar suara dua
pengerusi majlis yang ingin memulakan majlis.
Maka
bermulalah malam yang membosankanku.
nape eskandar tak dtg
ReplyDeleteDah agak dah eskandar ni bukan kaleng" mesti related ngan audi😎
ReplyDeleteakak saya nk beli buku ni boleh tak kak? saya tak sempat preorder hritu....
ReplyDeleteOMG!!!... buku dah keluar ke?... Nak jugak!!!!
ReplyDeleteDan saya pun confiusss aihhh eskandar ni beria nak tutup identiti dia tapi nampak cool ðŸ˜❤️
ReplyDelete