BAB
18
Ruang
tamu itu bingit dengan jeritan dan sorakan kanak-kanak. Sedang bermain-main
riang. Baru sebentar tadi, mengalahkan pasukan koir kebangsaan, semuanya
menyanyikan lagu Happy Birthday
kepada Yusof sebelum berebut mahukan kek Boboiboy yang menggiurkan itu.
Hari
ini merupakan hari jadi Yusof yang ketujuh. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti
umum. Jadi S & S couple
bersepakat untuk mengadakan majlis hari jadi untuk hero kesayangan mereka itu.
Hanya
rakan-rakan sebaya Yusof dan kenalan rapat yang diajak. Majlis makan yang
cumalah biasa-biasa. Dan sebab itulah dari pagi lagi aku dan Kak Ainin menjadi
penolong tak bergaji, menolong Kak Long memasak apa-apa yang perlu.
Aku
sedang membancuh air koktail buah untuk ditambah kepada tetamu. Air laku keras
untuk hari ini. Atas arahan Kak Ainin tentunya. Pesannya lagi, letak sekali
susu lemak manis supaya rasa manis susu tak hilang.
Aku
masukkan semua bahan-bahan sebelum kacau menggunakan senduk. Nampak putih,
sebati, kira dah siaplah, kan?
“Dah
siap dah?” Kak Ainin bertanya sebaik sahaja dia muncul dari depan. Tak cukup
tangan kakakku itu.
Belum
sempat aku menjawab, dia merampas senduk di tanganku. Dicedok sedikit sebelum
disua ke mulut. Belum pun lepas tekak, nampak tersembur sedikit sebelum
cepat-cepat dia capai tisu untuk mengelap mulutnya.
Cekak
pinggang.
Maka..
bersedialah kau, wahai telinga!
“Kau
ni, nak bagi semua kencing manis ke apa? Manis skala tumpah lori gula. Buat air
pun tak reti. Inikan pula memasak,” bebel Kak Ainin.
Kemudian
dia jalankan misi selamatkan air koktail itu daripada dituang ke dalam singki.
Cepat tangannya menambah itu dan ini supaya rasa koktail itu tak hilang.
“Apalah
nak jadi dengan adik bertuah aku ni? Tak guna ada master, hantaran 15K kalau hari-hari kerjanya bunuh orang secara
senyap. Belajar masak dulu.” Sambil mengacau, sambil membebel.
Aku
mencebik. Rileks sudah! Benda boleh belajar kut. Nak kahwin nanti, aku
belajarlah. Tak pun aku kahwin ajelah dengan lelaki pandai masak. Bijak tak?
Yang pasal hantaran itu, bila masa aku kenakan 15K? Mentang-mentang tengah tular,
aku yang tak bersalah ini pula yang kena.
“Shhh..
Tak payah membebel banyak, kak! Tak pasal-pasal penuh amylase kau dalam air ni,” kataku sebelum disambut dengan jelingan
maut kekanda kesayanganku itu.
Tapi
sekurang-kurangnya berkesan. Dia diam setelah itu. Risaulah tu tertumpah air
liur sendiri di dalam air itu. Haha.
Kak
Ainin lagi sekali sua senduk ke bibirnya. Merasa. Kemudian dia angguk-angguk
tanda puas hati kerana berjaya menjadi superhero
yang menyelamatkan berpuluh-puluh manusia daripada terjebak dengan diabetis.
“Dah,
bawa ni ke depan! Lepas tu top up
apa-apa yang kurang,” arah Kak Ainin lagi.
“Alaa,
banyak lagi ke, kak! Lapar ni. Pengsan karang, mana nak cari prince charming yang nak kiss kasi sedar balik?”
Buat
muka kesian. Ralit membuat kerja, perut sendiri yang diseksa. Sampai dah
berkonsert teruk. Dari balada dah sampai jadi rock dah.
“Kesian
adik aku ni. Lapar sampai gila jadinya. Kau setelkan semuanya, lepas tu
pergilah makan,” balas kakakku pula.
Aku
cuma patuh. Tapi memandangkan bekas air itu terlalu berat untuk insan yang
lemah dan belum makan macam aku ini, sudahnya Kak Ainin memanggil abang iparku
untuk mengangkatnya. Manakala aku pula membawa dua pinggan yang berisi hirisan
ayam untuk kuah soto dan bihun sup. Untuk ditambah.
Beberapa
meter sebelum aku tiba di meja yang menghidangkan segala jenis menu itu,
tiba-tiba ada dua kanak-kanak berkejaran melintas di depan aku. Terkejut beruk
aku. Dah ala-ala bayblade Yusof aku
berpusing sebelum cuba kembali mengimbangi badanku.
“Hey, careful, sunshine!” Ketika pinggan-pinggan
di tangan hampir terlepas, ketika itulah ada suara mencelah. Bersama itu,
terasa ada tangan asing cuba menyelamatkan pinggan-pinggan itu daripada bercium
dengan lantai.
“Are you okay?” Penuh prihatin, Eskandar
bertanya.
Terus
angkat wajah pandang Eskandar. Jelas terpancar kerisauan di balik anak mata
dinginnya itu.
“Hmm.. okey!” jawabku dengan senyum
manis.
Nampak
Eskandar, segala rasa nak cekik budak dua ekor tadi terus hilang.
Eskandar
mencapai kedua-dua pinggan dari tanganku itu sebelum berjalan ke arah meja
besar itu. Diletakkan di ruang kosong. Gayanya bagaikan dialah tuan rumah.
“Terima
kasih sebab dah selamatkan dua budak daripada jadi arwah,” ucapku.
Bibir
Eskandar naik sedikit. Tahan lucu agaknya.
“They’re just kids, Dara.”
Aku
julingkan mata ke atas. Enggan memberi komen lagi. Kalau tak, lebih menampakkan
lagi perangai aku lebih budak sebenarnya. Inilah sebabnya aku dengan budak tak
berapa ngam. Budak-budak yang aku suka cumalah anak-anak saudaraku. Itu pun
sebab sayang.
Haila..
macam manalah aku nak jadi mak orang nanti?
“Awak
dah lama sampai?” soalku. Sebab baru sekarang aku nampak Eskandar. Dia segak dengan
jeans biru gelapnya dan berbaju-t lengan pendek berwarna maroon.
“Baru aje.”
Aku
memang tahu Eskandar dan kawan-kawannya turut dijemput ke majlis ini. Nasib
baik aku tak melompat ketika along memberitahu dia turut menjemput pasukan yang
dah berjasa dengan kedai kucingnya itu.
Nampaklah
miangnya aku kat situ! Haha.
“Oh,
awak mesti belum makan, kan? Jemputlah makan.” Sebagai adik tuan rumah yang
budiman, aku mempelawanya.
“Kau
dah makan ke?”
Macam
biasa, perut aku ini agaknya segedik tuannya bila di depan Eskandar terus
lancarkan mogok. Aku hanya sengih.
“Dia
jawab belum,” kata Eskandar. Angguk-angguk kepala, bersetuju dengan jawapan
sendiri.
Aku
ketawa kecil mendengarnya. Entah kenapa rasa kelakar.
“Jomlah
makan sekali. Itupun kalau kau dah tak sibuk,” ajak Eskandar pula.
Pucuk
dicita, bukan setakat ulam tapi dengan sambal-sambal belacan yang mendatang.
Memang aku pun ingin makan. Kira tuah akulah dapat makan dengan Eskandar. Rindu
aku nak berborak kosong dengannya.
“Eleh..
padahal memang awak nak saya temankan awak makan, kan? Kan?” usikku.
“Jangan
sampai aku tarik balik,” balasnya dengan muka tak berperasaan.
“Yalah..
yalah.. Saya pun memang nak makan sebenarnya.”
Kemudian
mencebik.
“Nak
gurau sikit pun tak boleh. Serius aje. Tak fun
langsung,” bebelku perlahan. Perlahan tak perlahan aku rasa, berbulu juga
telinga Eskandar yang mendengarnya.
Tapi..
ada aku kesah?
Diam
antara kami ketika kami mengambil makanan. Hanya dua menu yang disediakan. Soto
atau bihun sup dan juga nasi tomato. Memandangkan tekak rasa mahu melahap nasi,
aku memilih untuk makan nasi tomato.
Eskandar
pula mengambil bihun sup. Aku nampak dia ambil dua biji limau kasturi, lalu
diperah ke dalam kuahnya.
“Awak
memang suka masam ke?” tanyaku. Sebenarnya dah lama aku perasan. Sejak di
Phuket lagi. Eskandar memang gemar benda-benda yang masam. Buah mangga dimakan
macam kunyah coco crunch. Aku yang melihatnya pula yang rasa ngilu kedua-dua
rahang.
“Haah.”
“Patutlah
payah nak senyum,” komenku selamba. Bila dia jeling, aku hanya sengih.
Aku
mengajak Eskandar makan di kerusi tembaga yang terletak di hadapan taman mini
rumah along memandangkan ruang tamu rumah sudah dipenuhi oleh tetamu lain. Tempat
itu tak adalah sunyi sangat. Masih ada beberapa kanak-kanak yang sedang bermain
di halaman rumah.
“Awak
dari mana?” tanyaku sekadar berbasa basi. Tak nak sunyi-sepi ketika kami makan.
“Dari
studio aku. Ada kerja sikit.”
“Mesti
menarikkan studio awak? Mesti ada macam-macam design and prototype, kan?” Aku ingin tahu. Cuba membayangkan rupa
tempat Eskandar sering bertukang. Memang perangai aku, aku senang teruja dengan
benda-benda yang aku tak tahu.
“Apanya
yang menarik? Habuk aje penuh.” Eskandar kurang bersetuju.
“Kalau
kau tengok aku rasa cukup hanya sekali. Lepas tu menyesal, tak nak datang lagi,”
tambahnya lagi.
“Saya
boleh datang tengok ke?” Tiba-tiba teruja dengan idea itu walaupun Eskandar
sudah jelas menyatakan tiada apa yang menarik tentang studionya itu.
“Kau
nak tengok? Buat apa? Sanggup ke kau nak masuk tempat yang kotor macam tu?”
Suaranya seakan mengejek.
“If I love a product, why would I not love
the process of making it? It’s the beauty of arts, isn’t it? The struggles
behind matter the most,” hujahku serius. Kalau sukakan sesuatu harus suka
dari A hingga Z.
Eskandar
terdiam seketika.
Tiba-tiba
skrin telefon yang terletak di sebelah pinggan polisterin aku itu menyala
berserta dengan gegaran. Menandakan masuknya mesej WhatsApp baru. Tertera nama
Audi, buatkan kedua-dua keningku bertaut sedikit.
Apa
dia nak?
Ternyata
mata Eskandar juga turut tertarik ke arah skrin itu sesaat sebelum dia kembali
fokus makan. Tak mahu kacau privasi aku agaknya.
Aku
capai telefonku itu. Baru saja jari mahu menaip passwords, spontan mata melirik ke arah Eskandar. Paranoid! Bejaga-jaga.
Sedangkan member sebelah khusyuk makan tanpa sedikit pun menghiraukanku.
Aku
bukan apa. Sejak dia memberitahukan jawapan tentang bagaimana dia boleh
mengagak passwords telefonku itu, aku
sering berjaga-jaga. Malas aku nak cerita tentang teori panjang lebar dia
meneka passwords aku berdasarkan
personalitiku yang dia nampak. Salah satunya, aku tak suka benda yang leceh. Pendek
cerita, dia cuba nasib dengan tarikh lahirku yang dilihatnya pada passport.
Dan
setelah itu, jenuh kepala menghafal kombinasi nombor baru. Takut dia dapat
meneka lagi. Kalau dia boleh teka, tak mustahil orang lain boleh teka juga.
Audi
hantar WhatsApp bertanyakan tentang majlis ulangtahun syarikatnya itu. Buatkan
terus terlepas satu keluhan berat dari bibirku. Turut mengundang tumpuan jejaka
di sebelah.
Telefon
diletakkan kembali di atas meja setelah membalas mesej WhatsApp Audi itu.
“Kenapa
kau mengeluh?”
“Audi.”
“Kenapa
dengan dia? Dia buat apa kat kau? Dia nak apa?” Aku disembur oleh
soalan-soalannya.
“Eh,
tak ada apa-apa pun! Cuma Audi nak bawa saya cuba baju di butik.”
“Cuba
baju di butik?”
“Haah.
Dia ajak saya kahwin.” Niat ingin bergurau.
Uhuk!
Aku dengar Eskandar tersedak. Tersembur keluar hirisan ayam dari mulutnya, cun
aje mendarat di hadapan pingganku. Terkedu aku melihatnya.
“Apa
awak ni? Hati-hatilah makan.” Suara sedikit marah. Laju tanganku menyua air
kepadanya bila melihat batuknya tak hilang-hilang. Sampai merah muka.
Laju
Eskandar meneguk airnya. Aku pula kutip sisa ayam yang berada di depan
pingganku itu menggunakan tisu. Nasib baik tak mendarat di dalam pinggan aku!
“Kau
cakap apa? Kahwin?” tanya Eskandar meski dengan perit tekak yang cuba ditahan.
Wajahnya masih merah.
“Saya
gurau aje la. Hujung minggu ni ada majlis anniversary
syarikat dia. Saya terpaksa ikut dia sebab tu dia suruh saya pergi cuba baju,”
ceritaku serba-sedikit. Masih berat hati sebenarnya. Nasib baik dah kena rasuah
dengan baju baru. Dari butik ekslusif pula tu. Haha.
Oh,
sebelum ada yang menuduh aku kaki kikis atau pisau cukur cap Gilette, ini bukan
aku yang nak ya. Audi yang beria-ia. Sebagai tanda terima kasih sebab aku masih
menolongnya. Kononnya la.
“Kau
dengan dia ada apa-apa ke?” Suaranya seakan curigakan sesuatu.
“Mana
ada apa-apa pun. Dia tolong saya jadi boyfriend
saya, saya tolong dia jadi girlfriend
dia. Kami kawan.”
Kemudian
mengeluh lagi.
“Tapi,
kali ni saya berat hati. Sebab nanti kemungkinan besar jumpa orang tua Audi.
Saya tak nak nanti makin melarat-larat. Silap-silap kena kahwin terus dengan
dia,” luahku.
“Habis
tu, kenapa kau setuju?”
Aku
diam. Hanya jongket sebelah bahu. Soalan yang bagus. Kenapa aku setuju?
“Saya
dah pelan dengan Audi. Lepas majlis tu nanti, kita orang akan ‘break up’,” ceritaku lagi.
Tiba-tiba
teringatkan sesuatu.
“Awak
ni selalu cakap pasal Audi. Awak kenal dia ke tak sebenarnya? Kenapa dia tak
kenal awak?” Mod Sherlock Holmes kini kembali. Dah lama terkubur.
Sebelah
kening Eskandar terangkat sedikit.
“Dia
cakap dia tak kenal aku?”
Aku
angguk. Eyakan aje. Kali terakhir bercakap tentang Eskandar, ekspresi Audi
blur-blur biawak. Jadi, tak kenallah, kan?
“So, dia tak kenal aku.” Mudah sungguh
jawapan Eskandar.
“Dia
cakap apa lagi?” tanya Eskandar lagi. Dia sambung makan.
“Audi
cerita yang Haidar tu abang sepupu dia. Kat atas kapal dulu sepatutnya dia yang
gantikan Audi. Tapi kenapa awak yang muncul?”
“Jawapan
dia mudah. Aku kenal Haidar. Haidar minta tolong aku. Sebab dia tahu aku lagi handsome.”
Kenapa
aku rasa nak tergelak dengan jawapan masuk bakul angkat sendiri dia tu?
“Confident much, huh?”
“Well.. every man has eyes on himself,”
jawabnya selamba.
Juling
mata ke atas.
“Aku
tak tahu Audi ada cerita ke tak, tapi Haidar tu tunang orang. Cari pasal pergi
berlakon jadi boyfriend orang. Jadi,
sebagai hamba Allah yang prihatin, aku jadi penyelamat. Dapat pula access masuk kapal secara percuma. Siapa
tak nak?” sambungnya lagi.
Aku
angguk-angguk sendiri. Masuk akal jawapannya. Dan sekarang segala persoalanku
dah terjawab.
Konklusi
dia, Audi minta tolong abang sepupunya, Haidar memandangkan memang Haidar
kebetulan ada di dalam kapal itu. Haidar pula meminta tolong Eskandar. Kalau
melihat interaksi antara mereka di atas kapal dulu, aku kira hubungan mereka
kelihatan rapat. Mungkin kawan baik.
Tapi,
kenapa masih rasa bagaikan ada lompong-lompong yang masih belum terjawab dalam
cerita ini?
mcm pelik je
ReplyDeleteHmmm bukan beshe" eskandar ni....❤❤❤
ReplyDeleteBila novel nie ada kat sabah ? Dha cari tpi tak jumpaa. 💔
ReplyDeleteeskandar is too cool
ReplyDelete