BAB
10
Thailand
memang terkenal dengan penggunaan gajah sebagai daya tarikan perlancongan.
Tapi, malangnya ramai yang mengeksploitasi gajah untuk kepentingan sendiri,
membuatkan makhluk itu kian teraniaya dan terancam. Terutama sekali apabila
melihat gajah yang mengikut arahan manusia seperti bermain bola dan melukis.
Kita
yang menonton akan berasa seronok. Merasakan binatang itu adalah bijak dan
mendengar arahan. Tapi hakikatnya, gajah-gajah menjadi seperti itu adalah
kerana semangatnya yang hilang. Gajah-gajah tersebut kebiasaannya telah melalui
proses yang dipanggil Phajaan.
Phajaan
merupakan satu teknik untuk menjinakkan gajah liar. Lebih dikenali dengan elephant crushing. Anak gajah
kebiasaannya ditangkap, diikat, dikurung dan diseksa untuk beberapa hari.
Seksaan yang berterusan akan menyebabkan gajah hilang semangat dan akhirnya mendengar
arahan manusia.
Sangat
meruntun hati kalau melihat video tersebut. Salah satu usaha untuk menunjukkan
kita tidak setuju dengan pengeksploitasian gajah adalah dengan tidak memberi
sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang menyekat kebebasan gajah. Jangan naik
gajah dan jangan tengok pertunjukan gajah.
Elephant sanctuary
juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong. Tapi bezanya, tempat ini
adalah khas untuk memelihara gajah dengan penjagaan yang betul dan membiarkan
gajah kekal di habitat semulajadinya tanpa menyekat kebebasannya. Kebiasaanya
aktiviti yang dilakukan di elephant
sanctuary adalah untuk mengeratkan hubungan antara manusia dan gajah.
Aku
dah melakukan survey sebelum ini. Ada
beberapa tempat perlindungan gajah yang berada di Phuket dan aku memilih untuk
ke Elephant Jungle Sanctuary yang terletak di bukit berdekatan dengan Pantai
Naithon. Tempat ini merupakan yang paling murah walaupun agak jauh. Kalau ikutkan,
perjalanan ke sana adalah dalam lebih kurang sejam.
Memandangkan
kami dari pelabuhan, kami perlu pergi sendiri ke tempat berkumpul yang
ditetapkan iaitu sekolah Ban Nai Thon. Dan dari situ, van mini disediakan oleh
pihak pengurusan untuk ke tempat perlindungan gajah itu.
Disebabkan
kapal berlabuh agak lewat, kami mengambil pakej untuk sesi tengah hari. Nasib
baik cuaca agak redup ketika kami tiba di tempat berkumpul itu. Haraplah kekal
sebegitu. Kelihatan beberapa orang lain yang turut menunggu. Kebanyakan adalah
mat saleh.
“Dara?”
Aku berpaling sebaik sahaja mendengar namaku diseru.
Sedikit
terkejut sebaik sahaja melihat Hasbi dan Fariha yang turut menunggu di situ.
Melihatkan mereka, aku rasa mereka terlebih dahulu tiba di sini.
“Oh,
hai!” Aku tegur mereka. Senyum manis dihulurkan. Tak sangka bertemu mereka di
sini.
Eskandar
dan Hasbi bersalam.
“Tak
sangka kita jumpa kat sini.”
Aku
cuma sengih. Sama macam yang aku fikir.
“Saja
nak tengok gajah. Macam seronok,” jawabku.
“Kan!”
Fariha penuh rasa teruja dengan suara girlynya
itu.
Hasbi
yang melihat hanya menjulingkan mata ke atas. Bagaikan dah lali dengan perangai
tunangnya itu. Eskandar pula sempat kutangkap bibirnya yang bagaikan ingin
tersenyum.
Seketika
kemudian, kenderaan yang ditunggu telah tiba. Semua berpusu-pusu untuk berebut.
Aku dan Eskandar juga berjalan beriringan ke arah van mini itu.
“Aku
ingat kau seorang aje yang pelik, cari gajah dulu bila datang Phuket. Ada lagi
rupanya,” bisik Eskandar sambil menahan lucu. Aku tahu dia bercakap tentang
Fariha.
“Bukan
pelik. Tapi soft-hearted. Perempuan
berhati mulia macam kami ni, satu dalam sejuta. Untung awak, boyfriend,” bidasku balik sebelum
melajukan langkah.
Sempat
kutangkap ketawa perlahan Eskandar.
----
Sebaik
sahaja tiba di tempat itu, Eskandar mengajak aku solat terlebih dahulu
memandangkan zohor di Phuket memang awal. Pukul 12.30 tengah hari dah zohor.
Aku hanya mengikut. Maklumlah, benda yang baik usah dilengahkan. Lepas ini, nak
buat apa-apa pun bebas tanpa perlu risaukan solat terlepas. Nasib baik di sini
ada tempat lapang yang disediakan dan boleh digunapakai untuk solat.
Setelah
itu, kami mengikut serta pengunjung-pengunjung lain. Mungkin terlepas beberapa
minit pertama. Ketika itu, penjaga gajah yang dikenali dengan Mahout Pim itu memberikan taklimat
kepada semua pelancong. Menceritakan serba-sedikit tentang sejarah tempat itu
dan juga tentang gajah-gajah yang mereka telah selamatkan itu. Walaupun bahasa
inggerisnya agak pekat dengan pelat siamnya, tapi aku tetap faham.
Setelah
tamat taklimat itu, semua bersurai untuk memulakan aktiviti dengan gajah. Semua
orang bebas berjalan untuk meneroka kawasan itu. Dapat kulihat beberapa ekor
gajah yang sedang bebas berjalan. Teruja. Kebiasaannya aku melihat gajah yang
terkurung di dalam zoo. Aku dapat rasakan betapa gembiranya gajah-gajah itu
dengan kebebasan mereka.
Kemudian,
kami dibawa untuk menyediakan makanan gajah. Kami diberikan satu baldi untuk
mengisi buah pisang dan tembikai. Para pelancong dibenarkan untuk memberi makan
kepada gajah nanti.
Apabila
semuanya selesai, kami bergerak menuju ke tempat gajah makan. Baru beberapa
langkah aku berjalan, tiba-tiba rasa kepala kena hempap sesuatu. Terdongak aku
dibuatnya untuk melihat apa. Eskandar dengan muka tak bersalahnya memakaikan
aku topi jerami berwarna merah jambu ke atas kepalaku. Mana entah dia rembat.
“Dah
makin panas. Nanti kau hitam. Buruk.” Menusuk kalbu sungguh alasannya.
“Ee..
racist!” cebikku.
“Bila
masa aku racist? Aku cakap benda
betul. Kau tahu tak yang radiasi UVA/UVB tu boleh rosakkan kulit? Perbezaan wavelength menyebabkan kulit kau tu
terkesan dari dalam sampai luar. Radikal-radikal bebas nanti boleh buatkan kau
jadi tua. Hitam sebab cahaya matahari tak sama dengan hitam semulajadi,”
hujahnya. Tu dia.. dia hampir-hampir bukak kelas fizik-kimia dengan aku wei!
“Kalau
kau tak nak, bagi balik,” kata Eskandar lagi. Cuba menarik topiku namun aku
sempat menjarakkan diri.
“Ee..
buruk siku! Yalah, terima kasih, boyfriend!”
kataku. Tangan pegang kemas topi di atas kepalaku itu. Sempat sengih atas
keprihatinannya itu.
Sambung
berjalan. Masing-masing selesa diam. Aku pula merakam menggunakan telefon
pintarku. Untuk mencipta memori. Kelihatan wajah-wajah ceria pelancong asing
yang tak kukenali menghiasi videoku. Ada yang begitu peramah, tersenyum dan
melambai-lambai ke arah videoku sambil berkata ‘Hello’ atau ‘Hye’.
Aku
halakan pula kamera ke arah Eskandar yang berjalan di sebelahku. Kepalanya tersarung
cap dan tangannya membawa baldi
buah-buahan tadi. Dari sisi, terserlah betapa mancung hidungnya itu. Tetap
kacak walaupun tanpa emosi.
“Boyfriend,” panggilku.
Dia
menoleh ke arahku.
“Say cheeeeese!”
Terus
ditolaknya telefonku daripada merakam wajahnya. Muka bertukar cemberut. Tanda
dia tak suka.
“Tak
sportinglah awak ni,” cebikku. Walaupun
aku dah agak dengan reaksinya itu.
Aku
tamatkan rakamanku itu. Mahu menjimatkan bateri untuk aktiviti lain lagi. Kaki
merapati seekor gajah yang sedang diberi makan itu. Ada sepasang lelaki dan
perempuan turut memberi makan kepada gajah itu. Eskandar menghulurkan baldi itu
kepadaku.
Bukan
main teruja aku ketika menghulurkan beberapa biji pisang kepada gajah. Seronok
melihat dia menggulungkan makanan itu menggunakan belalainya lalu dimasukkan ke
dalam mulut. Bila berkesempatan, aku sempat mengusap-usap gajah itu. Gajah itu
sangat baik. Mesra dengan pelancong.
“Kau
ni peliklah. Kucing yang kecik, kau takut. Ni gajah yang besar, bukan main kau
usap-usap,” kata Eskandar.
Ketika
itu dia berdiri di sebelahku. Aku sedang memberi makan dan tangannya pula turut
membelai kepala gajah itu. Aku dapat rasakan Eskandar juga sukakan haiwan.
“Entahlah.
Yang saya tahu, saya takut tengok kuku kucing yang tajam tu. Kepala mesti
bayangkan macam mana kalau dia terkam dan cakar saya? Hih.. seriau!” ceritaku. Tak
pernah tak tegak bulu roma kalau berbicara tentang kucing dan kukunya.
“Tapi
saya tak benci kucing, tahu? Cuma takut nak dekat,” tegasku lagi. Dua benda itu
adalah berbeza sama sekali. Aku tetap rasa kucing itu comel walaupun hanya
melihat dari jauh. Cuma bila dia mendekat, mulalah bakat terpendam silatku
terserlah.
“Habis
kalau kau kahwin dengan lelaki sukakan kucing, macam mana?” Eskandar bertanya
lagi.
Terhenti
seketika perbuatanku. Tak pernah terfikirlah pula. Haahlah. Kalau aku mendapat
jodoh dengan lelaki yang sukakan kucing, macam mana ya? Tapi.. bukan semua
lelaki sukakan kucing, kan?
Aku
pandang Eskandar.
“Awak
suka kucing ke?” soalku ingin tahu.
Nampak
mulut Eskandar naik sedikit.
“Kenapa?
Kau nak kahwin dengan aku ke?” Sexy
smirk.
Membahang
wajahku seketika. Tak kena masalah pula aku bertanyakan soalan itu.
“Mana
ada. Saya tanya aje,” jawabku, cuba menahan malu.
Aku
sambung memberi makanan kepada gajah itu. Masih berbaki suku lagi buah-buahan
di dalam baldi sederhana besar itu.
“Yalah..
aku tahu. Siapalah aku ni, kan? Perempuan hanya pandang lelaki macam Audi,”
sinisnya.
“Hei..
tak semua perempuan macam tu, okey!” Aku bela diri. Tak setuju!
Bibir
Eskandar menyinis lagi.
“Kalau
tak, kenapa kau cari lelaki macam Audi untuk menyamar jadi kekasih kau?”
Aku
pandang sekeliling. Takut perbualan kami didengari oleh Hasbi dan Fariha yang
hampir kulupa turut menyertai aktiviti ini. Tapi lega bila tak nampak bayang
mereka.
“Awak
pun tahu kenapa. Dan awak pun nampak macam mana Raina semalam. Dia tu musuh
lama saya. Saya cuma nak mengajar dia aje,” kataku.
“Habis,
kalau dapat lelaki macam aku ni, kau tak kesah?” duganya lagi.
“Lelaki
macam awak? Kenapa? Apa masalahnya?”
“Aku
tukang kayu.”
Tukang
kayu yang misteri. Belum lagi masuk bab dia bercakap English.
Aku
angkat sebelah bahu.
“Kalau
dah jodoh,” jawabku mudah.
Eskandar
ketawa perlahan.
“Jangan
sampai masa aku pinang kau nanti, kau tolak aku pulak!” ejeknya.
“Suka
hati awaklah, boyfriend.” Aku malas
nak layan. Aku tahu dia bukannya serius. Niatnya cuma ingin melihat sama ada
aku berpegang pada kata ataupun tidak.
Apa
daa! Bercakap pasal kahwin di sini. Bersaksikan gajah dan beberapa pelancong
asing yang tak faham bahasa melayu. Tak romantik langsung!
Seketika
kemudian, baldi yang penuh dengan buah-buahan tadi akhirnya kosong. Sempat
bergambar beberapa kali sebelum tiba sesi untuk gajah-gajah di situ dibawa ke
kolam lumpur untuk mandi.
Disebabkan
aktiviti ini adalah termasuk dalam bayaran yang dikenakan, aku dan Eskandar
tetap jua mengikut. Walaupun aku tiada niat pun untuk berendam dengan gajah di
dalam lumpur. Mungkin sekadar melihat dari tepi.
Ramai
pelancong asing yang menyertainya. Yang lelaki dengan swim trunk dan yang perempuan pula hanya berbikini. Apa boleh buat
kalau dah orang barat? Masuk berendam bersama gajah-gajah itu. Teruja untuk
mandikan gajah. Seronok pula melihat mereka bermandi-manda dengan gajah itu.
Dari
tepi kolam, mataku menangkap Hasbi dan Fariha turut sama berendam di dalam
kolam itu. Aku melihat wajah Fariha yang seronok menyapu-nyapu lumpur pada
gajah dan wajah Hasbi yang terpaksa. Siapa aje yang suka main lumpur? Apatah
lagi budak bandar macam Hasbi itu. Ini mesti angkara Fariha yang memaksa.
Melihatkan
mereka berdua, tiba-tiba aku ketawa kecil. Lucu.
“Kenapa
kau tiba-tiba ketawa?” tegur Eskandar.
“Tengok
Hasbi dan Fariha. Saya boleh nampak betapa sayangnya Hasbi pada Fariha tu
sampai dia sanggup terjun lumpur,” jawabku. Geleng kepala beberapa kali menahan
lucu.
Cinta.
Itulah kuasanya. Manusia sanggup melanggar prinsip sendiri demi melihat orang
yang dicintainya bahagia. Untung Fariha dapat Hasbi. Tiba-tiba rasa cemburu.
Akan wujudkan lelaki seperti itu nanti dalam hidupku? Yang sanggup melakukan
apa sahaja demi kebahagiaanku?
Entahlah..
dunia ini bukannya kisah dongeng!
“Itu
namanya toleransi. Kedua-duanya perlu memberi, kedua-duanya perlu menerima,”
komen Eskandar. Suara mendatar sampai aku tak boleh baca apa perasaannya.
“Awak
dah ada kekasih?” soalku tiba-tiba.
Aku
nampak tubuhnya sedikit mengeras. Kepalanya menoleh ke arahku sekali sebelum
kembali membuang pandang ke arah tengah kolam itu. Wajah tiba-tiba dingin.
Dadaku
pula tiba-tiba berdebar laju. Mengira detik untuk mendengar jawapannya. Entah kenapa.
“Tak
ada. Kalau dah ada, tak adanya aku gila nak setuju dengan Audi,” jawab Eskandar.
Masih mendatar.
Aku
hela nafas yang tanpa kusedari ditahan tadi. Kenapa aku rasa lega?
Oh,
mungkin sebab aku tak nak dicap perampas agaknya! Walaupun semua ini hanyalah
lakonan dan sementara. Sedapkan hati sendiri.
Tapi,
belum tentu dia jujur denganku. Lelaki sekarang bukan boleh percaya.
“Dara,
tak join sekali ke?” laung Fariha
dari tengah kolam. Buatkan aku kembali ke alam nyata.
Aku
geleng kepala.
“Tak
bawak baju.” Alasan kukuh daripadaku.
Kemudian
pandang sebelah.
“Awak
tak join ke? Awak bawak baju lebih,
kan?” soalku.
“Malas.”
“Awak
mesti takut kotor, kan? Tak nak main lumpur. Penakut,” ejekku. Saja nak
api-apikan dia. Sebab dalam ramai-ramai pengunjung lelaki, hanya Eskandar yang
tak bermain lumpur.
“Oh,
saya tahu! Awak takut hitam. Maklumlah.. radiasi berbeza wavelength UVA dan UVB kan akan merosakkan kulit. Ditambah pula
radikal-radikal bebas mempercepatkan proses penuaan.” Seronok aku kenakannya.
Eskandar
jeling ke arahku.
“Kau
cabar aku?”
Aku
hanya diam. Angkat sebelah kening sebagai jawapan.
Bibirnya
senyum sinis.
“Challenge accepted. Watch me, sunshine!”
Eskandar
tarik topi dari kepalanya lalu dicampakkannya kepadaku. Nasib baik aku sempat
tangkap. Kemudian dia dengan selambanya menarik baju-t hitam dari tubuh
tegapnya itu di depanku. Hampir terbeliak mataku melihatnya.
Lalu
dicampakkan juga baju itu ke mukaku. Hampir terlepas aku gara-gara rasa
terkejut yang tak hilang-hilang lagi. Apabila mataku mula naik ke arah tubuhnya
yang elok itu, terus aku larikan pandangan. Rasa malu tiba-tiba. Padahal
semalam aku dah nampak susuk tubuh tegapnya di balik baju kamejanya yang basah.
Tapi itu masih berlapik.
Dapatku
rasakan ada mata yang memerhati. Terus kuperhatikan sekeliling. Betul
andaianku. Beberapa orang minah saleh sedang sibuk mengusyar tubuh Eskandar.
Kemudian mereka berbisik sesama sendiri dan ada juga yang ketawa miang. Pasti
mengagumi tubuh Eskandar yang memang dikategori sebagai tubuh idaman setiap
lelaki dan wanita itu.
Cari
pasal, Dara! Yang kau cabar dia kenapa?
“Kalau
aku masuk ke dalam lumpur ni, kau kena ikut aku pula lepas ni.” Aku dengar
Eskandar berkata.
Aku
angkat kepala. Ketika itu, dia hanya tinggal seluar pendek separas bawah
lututnya. Sandalnya pun dah ditanggalkan.
“Kau
dengar tak?” tekan Eskandar.
“Okey.”
Dari
tempatku berdiri, aku melihat Eskandar melangkah masuk ke dalam kolam berlumpur
itu. Mengikut serta kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang lelaki lain. Bermain
lumpur sambil memandikan gajah. Ada kala didekati oleh beberapa wanita warga
asing itu. Mahu berkenalan kononnya.
Tapi
aku hanya mendengar Eskandar membalas, “Me.
English. No.”
Haha.
Tergelak terus aku mendengarnya. Cara mudah untuk mengelak.
Suka sgt2!! Sambung lagi!
ReplyDeleteBestnyaaaay
ReplyDeleteTak sabar nak tau sambungannya..bc punyc bc tak sedar dah hbs smpi bab10..ðŸ˜ðŸ˜nak lagi..
ReplyDeleteSambung lagiiiiii bestnyaaa
ReplyDeleteNak lg Anjell
ReplyDeletekyaa!!! bestnya x sabar nk tunggu bab baru......novel kak anjell mmg y terbaik
ReplyDeleteTak sabar nk baca sambungannnn. Cepat la update! Eheheh
ReplyDelete❤❤❤❤
Delete