BAB
5
Aku
pandang sekeliling kawasan Starbucks itu. Kalau dibandingkan dengan pagi tadi,
kafe ini makin dibanjiri umat manusia. Mungkin kerana dah menginjak ke tengah
hari, sememangnya waktu puncak manusia-manusia keluar melahap. Macam mana aku
boleh tahu? Sebab sejak dari pagi lagi aku masih tak berganjak dari mejaku itu.
Ya.. meja yang sama ketika aku berjumpa Suria.
Kalau
pagi tadi aku dating dengan Suria,
sekarang ni aku punya urusan dengan orang lain pula. Ada hal penting yang harus
dibincangkan. Siapa lagi kalau bukan kekasih jadian aku yang kacak bergaya itu.
Audi.
Pantaskan aku buat kerja?
Sebaik
sahaja Suria angkat kaki, aku terus menghubungi Audi. Nasib baik dia masih
ingat aku. Bila aku cakap aku inginkan bantuan daripadanya, dia tanpa ragu
bersetuju untuk bertemu denganku. Kami bersepakat untuk bertemu di kafe ini
memandangkan dia pun berada di kawasan berdekatan. Ada mesyuarat katanya.
Tapi..
kalau dah mesyuarat itu, memang mesyuarat betul! Dah nak kebas punggung aku
sebab sedari tadi hanya duduk. Air pun dah bekas kedua. Mahu insomnia malam ni
gara-gara terlebih kafien.
Nasib
baiklah hari ini aku penyabar orangnya. Sanggup untuk menunggu. Cuba kalau
berjanji masa aku tengah datang bulan? Mahu aku bertukar jadi mak drakula kalau
lewat seminit.
Aku
capai bekas air di depanku. Dahaga. Masih tinggal tak sampai suku lagi. Bibir
dimuncungkan untuk menyedut straw itu. Dua kali sedut, dah bunyi slurp.. slurp.. slurp. Habis daa!
Tiba-tiba
aku rasa ada susuk berdiri di depan mejaku. Terus aku berhenti sedut straw.
Kepala dipanggung untuk melihat si empunya badan. Bukan seorang, tapi dua. Audi
yang sengih bersalah kepadaku. Dan juga Sera yang tengah melambai-lambai ke
arahku. Senyum lebar macam tengah iklan Colgate.
Audi
dan Sera tarik kerusi di depanku. Audi menghadapku. Bila mata kami
bertentangan, aku angkat sebelah kening. Bertanya.
Audi
berdehem sekali. Basahkan tekak.
“Hai,
sayang! Sorry I’m late,” ucap Audi
dengan nada penuh rasa bersalah.
Wah..
belum apa-apa lagi, Audi dah mulakan permainan?
“Sorry I tag along. Audi cakap dia nak
jumpa you. I terus excited sebab dah
lama kita tak jumpa, kan?” Dengan penuh kegembiraan, Sera bersuara.
Lama
tak lama, rasanya hampir seminggu sejak pertemuan pertama kami. Aku ingatkan
itu adalah pertemuan terakhir kami juga. Tapi nampaknya takdir mempunyai
perancangan lain.
Aku
hanya senyum.
“It’s okay. I tak kesah pun,” balasku.
Serius jujur. Sebab Sera ni jenis yang happy-go-lucky,
orang tak akan rasa menyampah dengan dia. Nak marah dia pun rasanya tak jadi.
Tapi..
dengan adanya Sera, tergendalalah perancangan aku seketika. Macam mana aku nak
berunding dengan Audi kalau dah ada Sera? Mungkin aku perlu tunggu masa lain.
Buat masa ini, aku hanya perlu bergembira dengan kehadiran mereka.
“You
sihat?” tanya Sera.
“Alhamdulillah,
sihat. You?” soalku balik.
“Alhamdulillah
sekarang dah sihat. Dua hari lepas I demam tau. Nasib baik dah hilang dah.
Tinggal batuk-batuk sikit aje sekarang ni.” Sera terlebih peramah bercerita. Aku
hanya mengangguk tanda mengerti.
Diam.
“I go order first. Sera..”
“No.. no.. no.. you duduk, Audi,” potong
Sera. Halang Audi yang baru nak bangun.
“Hari
ni I nak belanja you sebab you dah tolong I masa I demam. Biar I yang pergi
beratur. You nak apa? Macam biasa, kan?” Sera pula bangun.
Audi
cuma angguk. Macam biasa yang dimaksudkan Sera tu aku tak tahu la apa. Nasib
baik Sera tak tanya aku apa-apa pasal selera Audi. Buatnya dia bukak pop quiz tengah-tengah alam ini, memang sadakallahulazim la.
“You
jangan minum yang ais pula. You baru baik dari demam,” pesan Audi. Terselit
keperihatinan.
“Ala..
tapi I nak caramel frapuccino!” bantah Sera. Degil.
“Tekak
you tu tak elok lagi. Selsema pun baru hilang, kan? Nak demam balik? Jangan
mengadu dekat I lagi kalau demam lagi. Sebab you yang cari sakit sendiri,”
marah Audi. Nada suara masih lembut.
“Yalah..
yalah..” Sera akur. Tapi sempat tarik muncung tanda protes. Mungkin merajuk
dengan Audi.
Aku
hanya menjadi pemerhati. Kalau ada pop
corn di tangan, aku rasa mahu beku beberapa inci di depan mulut. Tak nak
konsentrasi terganggu gara-gara terlalu ralit dengan babak drama di depanku.
Lain
macam dia orang ini! Kalau aku ini kekasih sebenar Audi, rasanya mahu punggung
rasa macam dipanggang sebab rasa tergugat. Mahu dalam kepala dah fikirkan cara
untuk menghumban Sera ke dalam mana-mana kolam berdekatan. Cemburu.
“You,
Dara?” Dia pandang aku pula.
“Oh,
nothing! Thank you.” Aku senyum sekadar untuk berdiplomasi.
Kenyang.
Perut aku ni dah kembung wei dengan air. Nafsu makan aku dah terkatup rapat. Lagipun,
aku masih kenyang dengan sarapan tadi.
“Alright then. Gonna leave you two lovebirds
alone, okay?” balas Sera balik. Sempat kenyit mata
nakal ke arahku.
Aku
tahan rasa perutku yang bagaikan digeletek itu. Kalaulah dia tahu…
Sera
berlalu untuk beratur. Agak panjang juga sebab memang sekarang adalah waktu
puncak. Ramai pula hari ini. Mungkin sebab ada buat promosi. Audi sempat
menghantar susuk Sera dengan matanya sebelum kembali pusing menghadap aku.
“Err..
sorry sebab Sera, kita tak boleh nak
bincang apa-apa. And sorry for dragging
you into this mess. Again.” Audi
minta maaf.
“It’s
okay. Consider you owe me twice now.” Aku senyum penuh makna. Mungkin
kehadiran Sera ada gunanya. Akanku gunakan kesempatan ini untuk laksanakan
misiku. Aku akan pastikan Audi nak tak nak kena bersetuju denganku.
Audi
telan liur. Seram agaknya tengok senyum aku. Dia berdehem kecil sebelum
tegakkan duduknya. Sekali kepala pusing ke arah Sera. Bila melihat Sera masih panjang
beratur, Audi kembali bersuara.
“Sementara
Sera tak ada ni, apa yang awak nak saya tolong?”
“Saya
nak minta tolong awak untuk menyamar jadi boyfriend
saya.” Tanpa berdolak-dalih, aku jujur dengannya.
“Boleh
saya tahu kenapa tiba-tiba nak saya menyamar jadi boyfriend awak?” Kening tebal Audi sedikit berkerut.
“Wait! Awak memang tak ada boyfriend ke?” soalnya lagi.
“Nope.” Aku geleng kepala. Jujur.
Audi
pandang aku atas bawah, atas bawah. Analisis.
“Kenapa?
Susah sangat ke nak percaya?” Aku tahan rasa. Annoying tiba-tiba walaupun Audi tak berkata apa-apa. Aku bagaikan
dapat mengagak apa dalam kepala lelaki itu. Prejudis. Mesti dia ingat aku
menipu.
“Kind of.”
“Kenapa?”
“Because you’re beautiful. Orang cantik
mustahil tiada kekasih,” jawab Audi.
Aku
mencebik.
“What about you? Awak handsome, tapi kekasih pula dari
keturunan bunian,” sinisku.
“Okay.. point taken.”
“Saya
nanti ada reunion sekolah. Let’s just say yang saya ada hutang
untuk dibayar. Payback. Saya perlukan
seorang lelaki yang kacak, kaya dan tinggi untuk ditayang nanti,” kataku jujur.
Pedulilah kalau dia cakap aku terdesak atau mata duitan pun. Bukannya betul.
“Let me guess. Kisah cinta monyet tak kesampaian?”
Audi tahan gelak.
Aku
angkat sebelah bahu.
“Lebih
kuranglah,” jujurku lagi. Nak malu apa?
“I need show them that I found someone better.
More handsome. Richer. More mouth watering.”
“So, you’re going to flaunt me in front of
your friends?”
“Iyup. Sebab awak kacak, kaya dan tinggi.
Hanya awak yang penuhi kriteria yang saya cari.”
“Wow.. should I be proud to be chosen?
Bila ni? Senang saya nak clearkan
jadual saya nanti.”
“Nanti
saya hantarkan kad undangan melalui whatsApps.
Lupa nak cakap. Reunion ni nanti atas
cruise.”
Mata
Audi terbeliak sekejap.
“Cruise?”
Aku
angguk.
“Four days, three nights.”
“Four days, three nights?”
Dia ulang lagi apa yang aku cakap.
“Err.. kalau cruise saya tak bolehlah! Saya mabuk laut.”
Eh,
macam kukenal alasan itu!
“Sekarang
banyak jenis ubat. Tu bukan alasan.” Aku bidas balik menggunakan kata-kata
Suria.
“Boleh
ke tak?” soalku lagi. Sedikit mendesak bila aku nampak muka Audi ikhlas tak
ikhlas.
“Apa yang boleh ke tak?” Belum sempat Audi
memberi jawapan, kedengaran suara Sera menyampuk.
Kepala
kami tertoleh ke arah suara itu. Sera dah muncul dengan menu yang dipesannya. Setelah
duduk, Caramel Machiatto dan Smoked Chicken & Cheese Pie diletakkan di
depan Audi. Untuknya sendiri pula adalah Chamomile Blend Tea dan Chicken &
Salad. Nampaknya dia dengar cakap Audi supaya tidak membeli minuman berais.
Bergilir-gilir
aku dan Audi dipandang apabila kami berdua masih senyap.
“Apa
yang boleh ke tak?” ulang Sera lagi sambil membuka plastik pembalut makanannya.
“Tak
ada apa-apa pun. I cuma ajak Audi temankan I pergi majlis reunion sekolah I dulu. Kalau dia tak nak pergi, I cakap I akan
merajuk teruk sampai menyesal dia nanti.” Aku menjawab soalan Sera dengan
selamba. Sambil mata tak lepas pandang Audi. Bagi isyarat. Haraplah dulu dia
lulus bab komsas Bahasa Melayu. Baru faham yang aku tengah berkias dengannya.
Maksud
tersirat aku adalah, kalau dia tak nak pergi, memang aku bongkarkan semuanya
kepada Sera nanti. Kan aku dah cakap tadi. Kehadiran Sera kali ini akanku
gunakan sebaik mungkin untuk laksanakan misiku.
Bila
nampak halkum Audi bergerak sekali, aku tahu dia faham. Terus aku sengih
kepadanya.
“You
patut pergi, Audi. It’s going to haunt
you if you mess with your girl,” balas Sera. Ayat keduanya itu dalam bentuk
bisikan tapi telinga lintahku sempat tangkap.
Sekali
lagi Audi teguk liur. Dan sekali lagi, aku senyum sinis.
Terima
kasih, Sera.
Aku
bongkokkan sedikit tubuhku ke depan. Kedua-dua siku ditongkatkan di atas meja
dan daguku pula ditompang oleh kedua-dua tapak tanganku.
“So, sayang? Awak boleh pergi ke tak?”
Dengan senyuman paling manis aku bertanya. Kelip-kelip pandang Audi.
“Err..
okey. Sure, sayang.”
Dan
aku terus senyum lebar.
“Oh,
thank you, sayang!”
-----
Setelah
makan tengah hari bersama Audi dan Sera, aku terus berkejar ke kedai kucing
Along. Macam biasalah, kontrak tugas budak penghantar air kopi Starbucks belum
tamat lagi. Hari ini merupakan hari terakhir.
Dan gara-gara punya janji dengan Audi, hari ini aku hantar lambat
sedikit. Kebiasaannya memang awal pagi.
Terkocoh-kocoh
aku berlari ke dalam kedai. Pertama, sebab cuaca memang panas terik.
Panas-panas macam ni, kulit aku memang dahagakan kawasan berhawa dingin atau
berkipas. Kedua, sebab aku belum solat lagi. Dan setelah solat, aku harus
berkejar ke universitiku pula. Aku ada kelas pukul lima petang nanti.
Aku
disapa oleh Yat, salah seorang pekerja Along sebaik sahaja aku melangkah masuk.
“Along
mana?” soalku.
“Ada
kat tingkat atas. Tengah tengok dia orang siapkan cat room,” jawab Yat.
Cat room?
Oh, lupa! Along pernah cakap. Tapi aku tak pernah nak ambil tahu. Tak berminat
pun. Dah siap nanti, ditambah pula rimau-rimau kecik itu dilepaskan untuk
bermain di situ memang haramlah kaki aku nak jejak sana.
“Ni
kopi Along. Yat tolong bagi ya? Dara nak solat zohor dululah. Belum solat
lagi,” ujarku.
Yat
cuma angguk. Aku terus berlalu ke tingkat atas untuk ke surau kecil yang
disediakan di sebelah klinik Kak Long Siti. Cepat-cepat laksanakan
tanggungjawab besar setiap muslim itu. Usai solat, baru rasa lega. Badan pun
rasa sedikit segar. Patutlah orang cakap solat itu merupakan cara untuk
mengecas semula tenaga.
Setelah
mengenakan lipstik dan memastikan tudung bawalku cantik terbentuk, aku
melangkah keluar. Kedengaran bunyi pelbagai jenis mesin, menandakan memang ada
kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. Kaki melangkah ke arah bunyi itu.
Terlintas di hati untuk melihat rumah kucing
yang sedang dibina itu. Sementara kawasan itu masih bebas daripada segala
spesis rimau kecik.
Cari
Along. Lepas itu bertolak pergi universiti. Kemudian..
“Adoi!”
Padah berkhayal, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu yang keras. Aku hampir melayang
ke belakang kalau bukan ada tangan kasar yang mendarat di kedua-dua belah
pinggangku. Menstabilkanku.
Phew..
nasib baik! Kalau tak aku dah cium tanah.
Bila
mata pandang depan, hanya warna putih menghiasi pandangan. Bila nampak kesan
lipstikku cantik dicap di situ, wajahku bertukar seram.
Gulp!
No… not again!
Sebaik
sahaja aku angkat kepala untuk melihat gerangannya siapa, rasa macam nak
pengsan terus.
Automatik
aku menapak ke belakang dua langkah, membuatkan tangannya yang mendarat di
pinggangku itu jatuh ke sisinya. Mata tepat memandang kesan yang aku tinggalkan
di dadanya itu. Baru lepas pakai lipstik, terang dia faham-faham sendirilah. Nasib
baik tak 3D aje!
Telan
liur. Oh, lantai belah, lantai bertakup! Silalah telan aku hidup-hidup.
“Memang
bucket list kau tahun ni ke, cium
dada lelaki sebanyak mungkin?” Suara garau itu menjengah telinga. Seperti mana
aku ingat padanya, nampaknya dia juga ingat padaku.
Of course..
lidah seorang Eskandar mana pernah tak tajam!
Terus
membahang rasa wajah. Malu. Macam mana perkara sama boleh berulang? Dengan
lelaki yang sama pula tu. Aku rasa lepas ini aku dah kena tukar lipstik kut
sebab lipstik ini dah kena sumpahan.
“Ma..
mana ada. Saya tak sengajalah!” Tetapku menjawab walau rasa malu tak
tertanggung. Gagap pun gagaplah.
Aku
memberanikan diri untuk angkat kepala. Berlagak selamba walaupun sekarang ini
macam nak sumpah diri jadi kura-kura. Biar boleh sorok kepala dalam cengkerang.
Sebulan pun tak apa.
Mata
hitamku berlaga dengan anak mata coklat cairnya. Nampak dingin dan kepenatan.
Terus aku pandang dia dari atas sampai bawah. Kali ini dia turut memakai baju-t
putih. Tapi putihnya kali ini betul-betul putih bersih macam lepas iklan sabun
basuh. Buatkan kesan bibirku jelas melekap di dadanya. Nampaklah kat situ
betapa pendeknya aku.
Aku
kembali pandang wajahnya. Wajahnya jelas kepenatan. Ada kantung di bawah matanya.
Jambangnya juga sedikit tebal berbanding minggu lepas. Rambut pula dibiarkan
lepas. Macam baru lepas sesat dalam hutan sebulan.
Betullah
cakap aku dulu. Rambut coklat tua dia separas bahu. Nampak beralun lembut. Rasa
macam geram pula nak larikan jari dicelahnya.
Astaghfirullahalazim!
Apa kau mengarut ni, Dara? Cepat-cepat aku tersedar bila pemikiran nakal itu
muncul. Entah kenapa boleh fikir macam itu!
“Kau
buat apa kat sini? Bukan kau takut kucing ke?” soalnya pelik.
“Ni
kedai abang saya. Awak tu pula buat apa kat sini?” Aku pula yang bertanya. Juga
pelik.
Belum
sempat dia menjawab, aku dengar nama Eskandar dipanggil. Buatkan si tuan badan
terus berpaling. Tanpa membuang masa, dia terus meninggalkanku bagaikan aku tak
wujud.
Bila
mereka saling menghadap, aku nampak mata lelaki itu tertancap pada dada
Eskandar beberapa saat sebelum beralih pandang ke arahku. Bergilir-gilir aku
dan Eskandar dipandang. Aku tahu sel-sel otak dia tengah berhubung sekarang ini.
Faham apa yang jadi. Sekali lagi mukaku rasa berbahang.
Kemudian
nampak bibir lelaki itu naik, bagaikan cuba mengusik. Namun, bagaikan tahu apa
yang bakal dihamburkan oleh lelaki itu, Eskandar terlebih dahulu membuka
langkah menuju ke arah rumah kucing itu. Buatkan lelaki itu terus mengekorinya.
Tanpa
sedar, kakiku juga mengikut mereka. Makin aku mendekat, makin kuat bunyi tukul
ketuk paku dan bunyi mesin gerudi dinding. Kawasan itu bersepah dengan segala
macam perkakas dan papan bermacam saiz.
Aku
nampak ada dua orang lelaki sedang bertungkus-lumus bekerja. Nampaknya mereka
semua ini orang yang diupah Along. Aku nampak Eskandar berbincang sesuatu
dengan lelaki yang memanggilnya tadi. Kepala angguk-angguk sebelum lelaki di
depan Eskandar menyambung kerjanya.
Eskandar
berlalu ke arah sebuah meja. Aku mendekatinya. Rasa ingin tahu apa yang sedang
dilakukannya itu. Aku nampak ada beberapa helai kertas bersaiz A4 yang
terbentang di atas meja itu. Aku nampak juga tangan Eskandar yang memegang
pensil itu mencatat sesuatu.
“Kau
tak patut ada kat sini.” Suara itu buatkan langkah kakiku mati.
Susuk
Eskandar masih tegak menghadap meja itu. Tangan pun masih bekerja. Buatkan aku
jadi musykil sendiri. Suara yang aku dengar tadi, bukan imaginasi aku, kan?
Macam
mana dia boleh tahu aku ada di belakangnya sedangkan ruangan itu bising dengan
macam-macam bunyi? Dia ni ada sensor
macam pintu automatik ke? Boleh rasa aura ataupun cas positif negatif yang
dikeluarkan tubuh manusia? Seram!
Aku
tanpa mempedulikannya, teruskan berjalan. Berdiri di sisinya untuk melihat
hasil kerjanya.
“Kau
tak patut ada kat sini,” ulang Eskandar. Memang betullah suaranya tadi.
Aku
silang tangan di dada.
“Eh,
kenapa pula? Bukannya susahkan awak pun. Ni kedai Along saya, suka hati
sayalah,” jawabku sedikit bengang.
Suka
hati nenek dia aje nak halau aku. Adik tauke ni, okey? Haa.. kan dah berlagak
dah aku!
“Sini
banyak habuk. Free aje dapat
pneumonia nanti. Along kau juga yang susah,” balasnya mendatar. Masih konsentrasinya
pada kertas-kertas itu.
Buatkan
aku malu sendiri. Rasa nak tampar muka sendiri sampai kepala pusing tiga ratus
enam puluh darjah. Malu sebab dah salah tafsir maksud kata-kata Eskandar itu. Terkunci
habis segala tatabahasaku.
Sudahnya
aku diam.
Perhatianku
kini beralih kepada kertas-kertas di atas meja itu. Mula fokus pada isi kertas
itu. Aku tak berapa faham. Tapi apa yang aku nampak, bagaikan pelan tempat ini.
Bagaimana idea rumah kucing yang diinginkan oleh Alongku.
“Hmm.. awak tak jawab soalan saya tadi.
Awak pulak buat apa kat sini?” Aku ulang soalan yang ketika kami berlanggar
tadi.
Kali
ini pensil kayu di tangannya diletakkan di tepi. Eskandar tegakkan tubuh
sebelum pandang aku. Bibirnya menguntum senyum senget.
“Aku
tukang kayu.”
alaaa...bestla Anjell. sambung lagi please.
ReplyDeletealamak dh hbis bab 5 . addicted dh nii xsabar tggu bab 6 😁😁
ReplyDeleteWatak eskandar ni mcm digambar kn pelakon turki Can Yaman!!!
ReplyDeleteAik dah hbs...tak sedar...����bc sembil bibir tersengeh sengeh,tak sedar dah hbs bab5..
ReplyDeleteala.. refresh page hari2 nak tengok bab 6.. hahah
ReplyDeletebetul2 kahwin dgn tukang kayu
ReplyDelete