BAB
3
Aku
terpaku di tempatku berdiri. Dada berdebar hebat melihatnya. Sedangkan kami
bukan saling berdepan. Masih jarak kami dalam tiga meter. Dari tempatnya itu,
aku nampak kedua-dua mata birunya merenungku.
Jantung..
behave, jantung! Jangan berdetak
laju-laju sangat. Arwah nanti! Tak kahwin lagi ni!
Aku
telan liur. Kaki melangkah ke belakang setapak. Aku harap sangat dia terus pegun
di tempatnya itu. Atau hanya mengabaikan aku yang tak penting ini. Tapi,
melihat aku bergerak, dia turut bergerak. Mara ke arahku dengan gaya modelnya.
Aku
mula cemas. Kiri kanan aku pandang.
“Meoww!” Dia bunyi pula dah.
Aku
terus menjerit kecil.
“Stop!” arahku kuat sambil mengarahkan
telunjuk kanan ke arahnya.
Dia
bagaikan mengerti terus berhenti. Ada lebih kurang tiga langkah lagi di
depanku. Duduk dengan kedua-dua kaki depannya lurus. Kepala berbulunya itu
dongak ke arahku. Gaya kucing meminta makanan.
“Meoww!” Dia mengiau lagi. Ekor lebatnya
yang panjang itu digerakkan ke kiri dan kanan.
Aku
pandang lagi kucing itu. Memang tak dapat dinafikan kucing itu sememangnya
comel. Berwarna putih kecoklatan. Muka, ekor dan hujung kedua-dua telinga berwarna
coklat. Keempat-empat hujung kakinya juga berwarna coklat kehitaman. Seolah-olah
memakai kasut but. Spesis Ragdoll atau aku panggil kucing cantik. Kalau beli
mahu beribu harganya walaupun anak kucing. Aku tahulah sebab abang aku pun jual
kucing.
Comel,
tak comel! Cantik tak cantik! Kalau dah kucing tu, kucinglah juga. Ngeri seh kalau tiba-tiba dia melompat ke
arahku. Membayangkannya pun dah bikin bulu romaku sembilan puluh darjah.
Aku
pandang sekelilingku pula. Tiada ke sesiapa yang datang mencari kucing dia yang
hilang? Tak tahu ke kalau orang culik dan jual kucing dia ni, dah boleh bayar
duit pendahuluan kereta? Nasib baik aku ini fobia dengan kucing. Kalau tak?
Aku
mengundur setapak. Kedengaran bunyi loceng yang terikat pada reben merah jambu
di lehernya itu. Menandakan dia turut berdiri.
“Shuh..
shuh.. pergi balik kat tuan kau.” Aku halau dia.
Aku
jumpa tuan kucing ini, memang aku buka kitab, bagi ceramah percuma kat dia. Ada
ke patut bawa kucing ke tempat macam ini? Tak faham aku!
Undur
setapak lagi. Dia mula mengikutku. Tanpa membuang masa, terus aku buka langkah.
Dan kedengaran locengnya semakin laju berdering menandakan dia mula mengejarku.
Kenapa dia kejar aku?
Aku
pun tak nak kalah. Makin melajukan larianku. Aku memang macam ini. Bukan
seorang atlet. Nak joging sebulan sekali pun susah. Nak joging pun semput,
apatah lagi kalau berlari. Tapi letak aje kucing di depanku, Usain Bolt pun
boleh menangis tengok aku pecut.
Aku
berlari tanpa pandang kiri dan kanan. Hanya misi mahu selamatkan diri yang ada
dalam kepala. Mencari pintu masuk. Mahu berlari ke dalam bangunan. Laluan yang
lapang dan tiada halangan itu memudahkan kerjaku.
Tiba-tiba,
dari kejauhan, aku dapat melihat beberapa orang lelaki sedang mengangkat sebuah
almari kayu besar. Perlahan-lahan bekerja keras untuk mengusung perabot itu
masuk ke dalam bangunan itu.
Ehh…
mana datang?! Mataku terus meluas bila aku makin mendekat ke arah mereka. Aku
menjerit kecil. Terus brek kakiku. Mohon jangan aplikasi konsep inertia di
sini.
Tapi.. no.. no.. no..
Aku
terus pejam mata dan…
Dumm!
Accident!
Ini
bukan inertia dah. Ini dah elastic collision.
Mukaku berlaga dengan sesuatu sebelum aku jatuh terduduk. Kedua-dua tangan
ditahan supaya aku tak terlentang. Pijar seketika rasa mukaku. Nasib baik tak
patah hidung comel aku.
Aku
rasa aku dah langgar almari kayu itu. Berdengung sekejap kepalaku. Kedengaran
sedikit kekecohan. Tapi aku tak mempedulikannya. Sebab dunia sendiri pun dah
rasa tak betul sekarang ini.
Aku
angkat kepala. Cahaya matahari yang makin beransur ke tengah hari membuatkan
pandanganku menjadi silau. Terus tangan kiri diangkat untuk menghalangnya. Tapi
tetap mataku sepet ketika cuba melihatnya. Tetap tak jelas. Hanya dapat melihat
satu susuk hitam tubuh manusia yang sedang berdiri.
Kemudian
dia bergerak ke sisi, berdiri betul-betul tegak di depanku. Menghalang cahaya
matahari tadi daripada terus tumpah ke wajahku. Buatkan pandanganku sedikit
demi sedikit menjadi jelas. Dapatku lihat seorang lelaki berbadan tegap dan
tinggi. Berju-t putih yang lusuh dan berseluar jeans juga lusuh. Wajah sedikit
berjambang dengan rambut panjangnya diikat ke belakang. Kalau dilepaskan,
separas bahu mungkin. Macam Mat Rock.
Bila
mataku beralih pada anak matanya.. Gulp!
Tajamnya! Serius maut wajahnya dengan sebelah keningnya terangkat.
Alamak..
Mat Rock macam nak bertukar jadi The Rock la!
“Cik…
cik okey ke?” Aku mengalih pandang ke arah suara itu. Datang dari seorang
lelaki yang berdiri sedikit membongkok di sisiku. Wajahnya sedikit risau.
Buatkan aku terus teringatkan posisi aku sekarang ini dan apa yang dah jadi.
Terus
aku melompat bangun, berdiri di depan Mat Rock. Jatuh saham aku. Buat malu aje jatuh
di depan lelaki. Enam orang pula tu.
“Kenapa
cik lari? Ada orang jahat kejar ke?” soalnya lagi. Prihatin sesama sejagat.
“Tak..
ada rimau kecik kejar!”
Sekali
lagi aku dengar suasana kecoh. Terkejut. Pastinya tertanya-tanya mana datangnya
harimau di tengah-tengah kawasan bandar ini. Belum sempat aku nak betulkan
salah-sangka itu, tiba-tiba…
“Meoww!”
“Arghh!” Refleks yang aku rasa satu hari
nanti akan memakan tuan. Terus aku melompat ke belakang Mat Rock. Tarik-tarik
baju dia biar dia jadi penghadang di antara aku dan rimau kecik itu. Serius aku
dah tak peduli apa-apa dah.
“Meoww!”
Diam.
Semua tertumpu pada kucing itu. Yang duduk bertenggek sedari tadi. Libas-libas
ekornya lagi menunjukkan betapa seronoknya dia tengok aku berdrama.
“Ni
rimau kau yang buat kau lari tak cukup tanah?” Mat Rock itu bersuara. Wajahnya
serius tapi kata-kata penuh sinis.
“Yalah..
Kucing ni kalau bukan dalam sangkar, nama dia bukan lagi kucing. Tapi harimau!”
Lidahku membidas.
Tiba-tiba
aku dengar ada orang ketawa. Bila Mat Rock jeling, semua buat-buat batuk.
Rimau
kecik itu mula bergerak.
“Hii..
bawak dia jauh-jauh! Pleaseee saya
takut,” rayuku. Merengek yang mungkin bila ada orang dengar rasa nak bagi kaki.
Aku
masih menyorok di belakang Mat Rock. Fobia manusia jangan dibuat main. Kalau
kucing itu datang dekat lagi, jangan salahkan aku kalau kali ini aku panjat Mat
Rock ini pula.
Aku
nampak ada seorang lelaki berjalan ke depan, mengambil kucing itu lalu dibawa
menjauhi kami semua. Ke mana, aku pun tak tahu. Lega aku melihatnya.
Bila
nampak suasana dah tak tegang, aku menapak menjauhi Mat Rock. Okey.. dah mula
rasa canggung.
“Nasib baik tak jadi apa-apa kat almari ni.
Kalau tak, kau nak jawab apa dengan Tan Sri?” Mat Rock bersuara lagi.
Mataku
terus meluas. Perabot-perabot yang penting untuk majlis hari ini. Pasti mereka
semua ini adalah pekerja yang bertanggungjawab untuk mengangkat semua perabot
itu. Kalau rosak angkara aku, apa aku nak jawab nanti?
“Maaf
sebab saya langgar almari ni.” Aku tunduk minta maaf. Sedar dengan kesalahan
diri. Sekarang rasa macam kena marah dengan pengetua pula.
“Kalau
kau langgar almari ni, muka kau tu dah jadi padang jarak padang terkukur,
tahu?”
Sekali
lagi aku dengar ketawa pecah.
Aku
sedikit bingung sambil pandang Mat Rock. Tak faham. Apa maksud dia? Aku tak
langgar almari itu ke? Kalau aku tak langgar almari, habis aku langgar apa?
Masih
cuba menghadam kata-katanya sehinggalah mataku melurut ke dada bidangnya.
Walaupun baju putihnya itu agak lusuh dan mempunyai beberapa tampalan cat, tapi
aku dapat melihat dengan jelas ada bentuk bibir terbentuk cantik. Betul-betul
di bahagian dada kiri lelaki itu. Warna maroon.
Terus
aku angkat muka. Telan liur. Tak perlu banyak tanya siapa punya angkara. Aku
langgar dia? Tak boleh bayang bagaimana bibirku boleh melekap di situ. Rasa
wajahku mula berbahang. Waa.. malunya!
Tapi..
apa bezanya dada dia dengan almari tu? Sama-sama keras kut! Aku ingat dinding
dah tadi. Nasib baik tak concussion
aku dibuatnya.
“Eskandar,
kami bawak masuk dulu!” Aku dengar salah seorang daripada mereka berkata.
Mat
Rock hanya angguk. Mereka semua meneruskan lagi kerja mengangkat. Tinggal aku
kejung berdua dengan lelaki bernama Eskandar itu.
“Kenapa
kau boleh ada kat sini?” soalnya.
Aku
pandang dia. Bila tengok secara dekat, baru perasan anak matanya berwarna
coklat cair dan rambutnya juga berwarna coklat. Dahinya juga berpeluh. Mungkin
daripada kerja-kerja mengangkatnya. Ditambah pula dengan berjemur di bawah cahaya
matahari ini.
“Err.. saya dari pihak florist!”
“Dah
tu kenapa kat sini? Datang petik bunga ke?” sindirnya lagi.
Aku
ketap bibir. Sarkatikusnya satu level up daripada aku nampaknya!
Tercabar aku.
Kenapa?
Kalau aku jawab ya, dia nak cakap apa? Atau aku perlu cakap yang aku kat sini bukan
setakat petik bunga tapi siap berkebun sekali? Huh! Suka hati akulah nak ada kat mana. Geram aku nak bidas balik.
Tapi aku tahan lidahku ini.
Alkisahnya
dah bosan merayau di dalam bangunan lalu aku merayau-rayau pula di bahagian
luar. Lagipun dekorasi sekeliling kawasan itu memang lawa. Maklumlah.. tempat
masih baru lagi. Itulah kisahnya sebelum aku terjumpa rimau kecik tadi. Aku
harap sekarang ini dia dah berjumpa dengan tuannya.
“Kawasan
ni masih baru. Sunyi lagi. Security
pun belum ketat lagi. Kau tak patut merayau seorang-seorang. Hari ni nasib baik
kucing kejar kau. Kalau perompak atau perogol, macam mana?” Dia membebel.
“Saya
tahulah jaga diri saya,” jawabku sedikit berang. Bebelan itu buatkan aku rasa
macam aku ini budak sekolah. Aku dah tua kut!
Tapi..
entah kenapa rasa macam kelakar bila dia cakap kucing kejar aku. Kucing wei!
Kalau cakap anjing yang kejar ada logiknya juga.
“Baguslah.
Aku harap lepas ni dah tak ada kucing melintas,” balasnya. Entah kenapa aku
rasa ada sindiran dalam ayatnya itu.
Kemudian
aku nampak dia berlalu pergi. Mengikut arah kawan-kawannya tadi. Sambung kerja
dia agaknya.
Aku
juga turut berlalu ke arah pintu masuk bangunan itu. Mahu mencari Kak Ainin.
Dah lama dah aku merayap, kerja-kerja Kak Ainin juga pasti dah habis. Aku
mencari eskalator untuk ke tingkat atas. Ketika itu, aku melihat lelaki-lelaki
tadi sedang menyusun balik beberapa perabot mengikut arahan seorang lelaki
berkemeja kemas. Manager kut!
Dan
kemudian aku nampak Eskandar duduk berlutut dengan sebelah kaki sambil mengukur
saiz meja makan kayu dengan pita pengukur besinya itu. Lepas itu ambil pensel
yang diselitkan di telinga kanannya untuk mencatat di dalam buku kecil di
sebelahnya. Gaya dia macam tukang kayu.
Mungkin
rasa ada mata yang memerhatikannya, laju kepala Eskandar berpusing ke belakang.
Dari jauh, mata kami bertentang seketika sebelum dia hilang dari pandangan. Eskalator
yang aku naik sudah sampai di tingkat atas.
--------
“Auchh!” Aku mendesis kesakitan.
Automatik tangan yang berada di bawah air singki itu ditarik. Pedih.
Terusku
pandang tapak tangan kananku yang menjadi punca aku berasa pedih itu. Ada kesan
calar dari dasar tapak tangan sehingga ke pergelangan. Pasti aku terluka semasa
aku menongkat ketika jatuh tadi. Kenapalah aku tak perasan?
Perlahan-lahan
aku kembali membasuh kawasan luka itu. Walaupun pedih, tapi aku tahankan juga. Tak
nak nanti kena jangkitan walaupun luka tak besar. Darah yang dah kering
digosok-gosok perlahan dengan jari supaya luntur.
Selepas
aku rasa dah cuci, aku menarik sekeping tisu tandas itu. Perlahan-lahan
keringkan kawasan itu. Dan apabila semuanya selesai, aku keluar dari tandas
wanita itu dan menuju ke arah dewan yang baru berlangsungnya majlis perasmian
itu. Kak Ainin dah ajak pulang. Maksudnya khidmatnya dah tak diperlukan lagi.
“Cik..
Cik..” Aku dengar ada suara memanggil. Reaksi spontan, terus aku berhenti
melangkah sebelum pusing badan menghadapnya.
Aku
nampak ada seorang lelaki sedang berlari-lari anak ke arahku. Aku cuba
mengecam. Oh, aku tahu dia siapa! Dialah yang ambil kucing tadi. Tapi.. kenapa
dia panggil aku?
“Ya,
ada apa?” soalku bila dia dah berdiri di depanku.
“Kucing
hilang lagi ke?” sambungku ingin tahu. Mohon jangan cakap kucing itu merayau
lagi! Kali ini, kalau aku jumpa dia memang aku upah orang tangkap, bagi Along
jual. Nak sangat bertuan barukan.
Lelaki
itu ketawa kecil seraya menggeleng kepala.
“Tak.
Bukan pasal kucing. Nak bagi ni. Nah.”
Dia
hulurkan satu plastik kecil. Berkerut keningku melihatnya. Teragak-agak aku
membukanya. Tapi isinya buatkan aku sedikit ternganga. Ada plaster, gauze, bandage, pencuci antiseptik dan juga
ubat sapu.
Aku
pandang dia.
“Buat
sapu luka di tangan Cik,” ujarnya seolah-olah mengerti.
“Oh..
terima kasih,” ucapku segan. Macam mana aku tak segan bila tiba-tiba ada lelaki
bagi aku alat first aid? Lelaki yang
aku tak kenal pula tu.
Lelaki
itu senyum dulu.
“Bukan
kat saya, cik. Tapi kat Abang Es. Dia
suruh saya sampaikan aje.”
Erk..
kali ni aku lagi terkedu! Es tu pendek untuk Eskandar ke? Tapi.. kenapa dia
bagi ni? Dan yang lebih penting, macam mana dia tahu tanganku luka?
Aneh.
“Err..
kalau macam tu, cakap terima kasih kat dia ya. Buat susah-susah pula,” kataku
lagi sekadar berbahasa. Macam apa yang selalu orang kata, orang berbudi kita
berbahasa.
Lelaki
itu cuma angguk sebelum dia kembali berlari-lari anak ke tingkat bawah. Dan aku
pula menyambung jalan untuk mencari Kak Ainin. Kak Ainin berada di luar dewan
bersama beberapa pekerjanya. Sedang mengemas-ngemas segala peralatan. Aku turut
membantu.
Dari
luar dewan, sayup-sayup aku mendengar suara manusia yang bergema melalui
mikrofon. Entah apa yang diucapnya sebelum kedengaran tepukan gemuruh dari
semua tetamu. Aku membawa satu plastik sederhana besar dengan tangan elokku
sebelum mengikut Kak Ainin and the geng
yang mula beredar itu.
Bila
turun eskalator, kepala automatik pandang ke arah tempat Eskandar tadi. Mata
melilau mencari susuk tingginya. Niat di hati ingin berterima kasih secara peribadi.
Tapi agak hampa apa yang aku cari tiada. Semua lelaki yang aku jumpa tadi
sedang melakukan kerja mereka. Kecuali dia.
besttt
ReplyDeletekeep it up anjell
ReplyDeleteOkey skrg wonder, either audi ot eskandar is the hero hahahahaha
ReplyDelete