BAB
2
Kereta
produa Axiaku diparkir di dalam satu kawasan petak kuning. Betul-betul di depan
kedai yang terpampang S&S Cat House itu. Mungkin sebab masih awal pagi,
suasana sekeliling kawasan itu masih lengang. Yalah.. baru pukul tujuh setengah
pagi kut! Kedai-kedai ni kalau bukan gila keuntungan biasanya buka pada pukul
sembilan atau sepuluh pagi.
Dan
aku pun kalau bukan sebab kena paksa dengan Kak Ainin, takde maknanya aku nak
muncul di depan kedai kucing ni. Baik aku cium bau bunga kedai dia, daripada
aku cium bau najis-najis mutawassitah segala keturunan kucing di dalam kedai ni.
Aku
keluar dari perut kereta. Tak dilupakan cawan Starbucks yang berisikan
Cappucino panas itu. Juga kotak sederhana besar yang berisi beberapa jenis kek
cawan yang dibuat Kak Ainin semalam. Lepas tiada apa yang tertinggal dan mengunci
kereta, aku melangkah ke arah kedai kucing yang roller shutter besinya
baru dibuka separuh itu.
Aku
tolak pintu kaca lut sinar yang masih tertulis ‘Close’ itu. Oh, ya! Sebelum ada
yang tuduh aku tak reti membaca atau cakap adab letak kat punggung, aku lupa
nak bagitahu yang kedai ini merupakan kedai Along aku. Abang kandung seibu,
seayah, dua nenek, dua datuk dan sama keturunan-keturunan yang lain.
Kenapa
aku boleh sesat ke sini? Oh, harusnya angkara kakanda perempuan kesayangan aku
itu! Sebabnya kakanda perempuan aku itu mahu meminjam Velfire kakanda jantanku
ini. Katanya senang nak angkut banyak barang untuk digunakan untuk majlis Encik
Audi. Yang penting, sedap naik. Daripada sewa van kedua dengan orang lain, baik
rembat harta abang kandung sendiri. Jimat. Itu adalah mazhab yang kakak aku
selalu pakai. Dan aku pula adalah salah satu pengikutnya. Haha.
Si
kakak nak pinjam kereta dengan abang. Si abang pula kenakan syarat. Boleh
pinjam asalkan dapat kopi Starbucks percuma selama seminggu. Si kakak dan abang
bersetuju dengan rundingan mereka. Dan cuba teka siapa yang jadi kuli batak
mereka? Ya.. haruslah aku! Akulah yang bertanggungjawab menculik Velfire untuk
kakakku itu dan aku jugalah tukang beli Starbucks untuk kakanda jantanku ini.
Hai,
nasib badan! Inilah nasib anak bongsu. Kena tendang-tendang je kerjanya. Nasib
baik berbaloi. Sebab apa-apa yang aku nak, semua mereka bagi. Maklumlah.. anak
bongsu. Haha.
“Along!”
panggilku kuat. Mencari-cari susuk abang sulungku itu.
Kosong.
Pekerja-pekerja abangku itu pun tiada. Haruslah.. kedai buka pukul sepuluh
pagi. Yang aku nampak sekarang ni hanyalah sangkar-sangkar kucing. Dan bila
dengar suara aku melalak itu, spesis rimau-rimau kecik itu tenung aku
tajam-tajam. Tak puas hati dengan aku la tu.
Grr..
seram! Nasib baiklah kau semua kena kurung. Kalau tak mahu melompat aku sebab
aku tak suka kucing. Fobia.
“Along!”
ulangku sekali lagi.
Tiba-tiba
Along muncul. Tengah dukung anak keduanya yang baru berusia lima bulan. Qaseh
namanya. Dan bila dia nampak aku, Qaseh diletakkan di dalam baby strollernya.
“Assalamualaikum,
Along.” Aku salam tangan Along sebelum tunduk cium pipi gebu Qaseh.
Along
jawab salam.
“Nah,
Capuccino!” Aku hulurkan cawan kertas yang masih panas itu. Gigih aku guna
khidmat abangda google semata-mata
mahu mencari kafe Starbucks yang beroperasi di awal pagi ni.
“Ni
Kak Ainin bagi cup cakes. Favourite Kak Long.” Aku letakkan pula
kotak berisi kek cawan itu di atas meja.
“Terima
kasih, adindaku. Kak Long mesti melompat suka ni,” jawab Along. Tangan
mengusik-usik kotak di dalam plastik itu. Tapi tak dibukanya.
Cakap
pasal kakak iparku yang seorang tu, takde nampaklah pulak.
“Mana
Kak Long Siti?” soalku.
“Awal-awal
lagi dah pergi berjuang. Tu yang Along kena jaga Qaseh ni,” cerita Along.
“Kali
ni berjuang kat mana?”
“Kandang
lembu.”
Aku
angguk-angguk sendiri. Kedengaran agak kelakar tapi itulah hakikatnya. Sebab
Kak Long Siti merupakan seorang doktor haiwan. Malah dia punya klinik haiwan
sendiri yang terletak di tingkat atas kedai haiwan ini dengan nama S&S
Veterinary Clinic. Masih lagi bertatih-tatih tapi tetap mendapat sambutan. Padanlah
dua orang ni berjodoh. Sama-sama cintakan haiwan.
“Patutlah
Baby Piana ni duduk dengan papa dia. Shiyan
dia kena tinggal. Nasib baik Baby Piana ni baik, kan?” Aku mengagah-agah Qaseh.
Sambil cubit-cubit pipinya. Tersengih-sengih dia. Geram aku nak gigit pipi
tembamnya itu.
Aku
selalu panggil Qaseh, Baby Piana. Bila aku tengok Qaseh, aku teringatkan video Baby
Pian dan si Anjing Riki. Selalu aku tengok bila layan Instagram. Kelakar.
Bolehlah buat gelak. Kalau Baby Pian ada sembilan helai rambut, Qaseh pulak
rambut jarang-jarang. Sebab tu aku panggil Qaseh, Baby Piana. Bunyi macam
perempuan sikit.
Apatah
lagi nama abang aku Sufian Dawood. Memang kenalah. Baby Piana binti Baby Pian.
Masa kali pertama aku cakap pasal ni kat Along, dia cakap dia nak lempang aku
sampai bertukar jadi Anjing Riki. Haha.
Nampak
Along hirup cappucinonya dengan penuh gaya. Macam tengah penggambaran iklan.
Aduh.. sedap pulak nampak dia teguk benda alah tu! Aku patut beli untukku satu.
Dan abang bertuahku itu memang abang yang baik. Sikit pun dia tak tawarkan
kepadaku. Cis!
“Hmm.. sedap! Esok yang sama ya, dik.”
Along sengih. Amboi.. seronok dia mengoder dengan aku! Maklumlah.. dapat kopi
percuma selama seminggu.
Along
letak cawan kertas itu di atas meja. Lalu diraba-rabanya satu bekas kecil yang
berada di hujung meja itu.
“Nah,
kunci!” Along menyerahkan kunci Velfire kepadaku.
Buatkan
aku terus teringat tujuan asalku ke sini. Terus aku menoleh ke arah jam di
tangan. Pukul lapan pagi.
“Alamak..
dah lambat dah! Nanti Kak Ainin membebel.” Penat aku nak tadah telinga nanti.
“Jaga
kereta Along elok-elok. Jadi apa-apa, Along suruh Kak Long kau angkut kau
sekali esok. Jual kau terus.” Along siap bagi amaran.
“Kat
siapa?”
“Bapak
ayam.”
Aku
terus gelak. Sengal Along aku. Kalau dah ikut Kak Long aku, memang bapak ayam
yang dimaksudkan itu adalah bapak kepada spesis ayam yang sebenar-benarnya. Itu
maksudnya kakak iparku esok pergi berjuang dalam reban ayam pula.
“Ni
rasa nak langgar tiang ni.” Aku sengih.
“Kau
jangan derhaka dengan aku, dik! Aku ni wali kau. Tak kahwin kau nanti,” ugut
Along lagi.
Aku
gelak lagi. Lucu. Tak habis-habis dengan ugutan jadi wali aku tu.
“Haha..
ya lah! Sebab nak kahwin punya pasal, adik jaga Velfire along tu elok-elok. Adik
pergi dulu. Kirim salam XOXO kat Kak Long dan Yusof.” Aku pamitan. Tangan Along
disalam sekali lagi.
“Babai
Baby Piana. Cik Su pergi dulu. Mmuahh!”
----------
Hampir
dua jam bertungkus-lumus, akhirnya segala jenis gubahan yang dilakukan oleh Kak
Ainin dan beberapa pekerjanya akhirnya hampir siap. Hanya perlukan beberapa
sentuhan terakhir. Patutlah gubahan tangan kakakku itu mendapat permintaan
tinggi. Sebab memang nampak kemas dan elegan. Dan mampu disiapkan dalam masa
yang cepat.
Tugas
aku pula hanyalah sekadar membantu. Tukang hulur bunga. Tukang hulur gunting. Walaupun
aku dan Kak Ainin berkongsi darah yang sama, tapi memang aku tak berbakat
langsung dalam bab gubahan-gubahan bunga ni. Sebab itulah kali ini aku lebih
selesa duduk di tepi. Sesekali menjadi jurugambar tak bertauliah. Ambil
beberapa keping gambar yang cantik-cantik untuk tujuan promosi di Facebook dan
Instagram nanti.
Aku
pandang Kak Ainin. Sedang berbincang dengan Cik Yanie, Ketua Pengurusan Majlis
tempat ini. Katanya ada majlis perasmian sempena tempat ini baru dibuka. Nampak
tangan Kak Ainin bergerak-gerak ke udara. Dan Cik Yanie pula angguk-angguk
setuju. Tengah sibuk lagi Kak Ainin. Malas nak kacau.
Lalu
aku keluar dari tempat itu gara-gara bosan yang melampau. Mahu merayau-rayau.
Teringin juga melihat seluruh kawasan yang agak luas itu sementara tempat ini
belum dibuka kepada orang ramai.
Bangunan
yang diberi nama Le’Fre ini berkonsepkan seperti IKEA, tapi takdelah sebesar
tempat itu. Semua jenis perabot dan alat kelengkapan rumah dah tersusun di
setiap ruangan. Serba-lengkap. Siap dengan tag harga lagi menandakan tempat itu
bersedia untuk beroperasi.
Aku
berlalu ke bahagian lampu. Kelihatan chandelier yang serba cantik tergantung di
atas kepala. Dekorasi dan sebagai display.
Semuanya dah disambungkan ke punca kuasa. Jadi semua lampu di situ bercahaya
cantik. Macam pesta lampu pulak aku rasa. Ambil gambar kat sini lawa juga!
“You
cakap I boleh jumpa dia hari ni. Mana dia? You tipu I lagi!” Aku dengar satu suara
nyaring yang macam nak ajak orang bergaduh.
Automatik
kepala menoleh ke arah punca suara itu. Yalah.. di tempat yang agak sunyi ini,
suara perempuan itu pasti kedengaran satu oktaf lebih tinggi.
“I..
I.. tak tipu.”
“Haa..
gagap! Tipu lagi!”
“Mana
ada..”
Aku
tengok je dua manusia tu bertukar serangan. Seorang lelaki dan seorang
perempuan. Lelaki kacak dan perempuannya cantik. Pasangan kekasih ke?
Mungkin
rasa drama sebabak mereka mendapat perhatian penonton luar, ketika itulah kepala
lelaki itu menoleh ke arahku. Aku nampak muka dia agak berserabut. Lama dia
tenung aku. Kemudian dia senyum manis. Berkerut kedua-dua keningku. Senyum kat
aku ke?
Oh,
mungkin dia senyum kat orang belakang aku kut!
“Sayang..
itu pun awak.” Belum sempat aku nak pusing untuk tengok belakang aku, lelaki
itu muncul di depanku.
Sah
dia cakap dengan aku!
“Help me, please!” katanya perlahan. Cuma
aku yang dengar. Dia buat muka kesian. Muka penuh merayu-rayu supaya aku tolong
dia.
Tolong
apa?
Baru
je aku nak bukak mulut bertanya, kedengaran suara perempuan itu pula.
“Oh, really?” Penuh keterujaan.
Tiba-tiba
dia turut muncul di depanku. Terkejut aku. Dua orang ni keturunan Edward Cullen
ke? Atau bekas raja dan ratu pecut? Laju betul! Tiba-tiba dah muncul di depan
aku.
“Tell me.. tell me.. Audi, ni girlfriend you, kan? OMG, she’s beautiful!” Suara perempuan
itu penuh ceria sambil pandang aku dari atas sampai bawah. Wajahnya juga
sebegitu. Seriang kanak-kanak ribena.
Audi.
Oh, inilah lelaki yang bercakap denganku hari tu. COO syarikat IG Lenz Furniture? Dan melihat
gayanya yang bersut kemas itu, aku rasa aku dah tak salah orang. Patutlah Kak
Ainin boleh bertukar miang buluh bila bercakap pasal Audi. Memang dia handsome kut.
Kami
bertentang mata. Sekali lagi Audi memberi isyarat supaya aku menolongnya tanpa
pengetahuan perempuan itu. Kesian pulak aku tengok mamat ni.
Aku
senyum kepada perempuan yang aku tak tahu nama itu.
One.. two.. three.. Action!
“Haah.
I’m his girlfriend, Dara.” Aku
perekenalkan diri sambil hulurkan tangan kepada perempuan itu.
Nampak
Audi macam baru dapat sedut oksigen. Penuh kelegaan mukanya.
“I’m Sera. His best friend.” Sera tepis
tangan aku. Terus dia peluk aku erat-erat macam kami dah berkawan dari zaman
pakai pampers lagi. Barat sangat!
“Ya..
I tahu. Audi selalu cerita pasal you. Dia cakap you dengan dia memang rapat,”
autaku penuh yakin. Bakat lakonan aku ni dah layak jadi heroin Akasia aku rasa.
Haha.
“Really. Tapi Audi tak selalu cerita
pasal you dekat I. Selalu dia mengelak bila I tanya pasal you. I pun tak tahu
kenapa dia sorok you, taknak bagi jumpa I.” Sera tarik muncung. Tak puas hati
sambil jeling lelaki di sebelahnya.
Aku
ketawa dibuat-buat. Nak cerita apa kalau dah memang tak wujud.
“Mungkin
dia takut kita jadi BFF dan lupakan dia. Dara
and Sera, Rara square. You know.. girl’s power. Kacip Fatimah
bergabung, tongkat ali pun kalah.”
“Hahaha..
Your girlfriend is funny, Audi. I like Rara square.” Giliran Sera ketawa
mendengarnya. Terhibur.
Aku
nampak Audi dah raup muka. Risau agaknya dengan skrip tak bertulis aku ni.
Takut memakan diri.
Itulah..
aku ni sekali menipu, memang sampai ke sudah aku menipu! Haha.
“Err..
Sera! You bukan nak jumpa abang you ke?” celah Audi tiba-tiba.
Sera
seakan-akan teringatkan sesuatu.
“OMG!
He’s going to kill me. Got to go! And
Audi.. I approve her!” Sera pandang Audi dan kenyit sebelah mata.
Aku
nampak wajah Audi sedikit memerah sebelum dia sengih bersalah. Telan liur.
Sera
kembali pandang aku. Senyum lebar.
“See you again, Dara.”
Yeah.. In your dream.
Sebab
aku tahu tak mungkin akan ada pertemuan kedua antara kami. Tapi aku cuma
senyum. Melambai-lambai sedikit sehingga dia menjauh dari pandangan. Bila dah
nampak keadaan selamat, aku tumpukan perhatian kepada lelaki di depanku itu.
Tapi
tumpuan lelaki itu masih berada pada susuk kawan baiknya yang sedang menjauh
itu. Lama juga sebelum dia mengalihkan matanya. Bila mata kami berlaga, dia
berdehem.
Awkward..
“So, boyfriend
saya! Ada apa-apa nak cakap?” soalku sambil berpeluk tubuh. Sebelah kening
diangkat. Sabdu cukup-cukup masa sebut ‘boyfriend
saya’ tu.
“Err.. thank you. Best friend saya tu.. dia weird
sikit!”
Bukan
weird, tapi terlebih gula! Namun aku
diamkan je. Hanya tunggu dia sambung.
“Dia
selalu cakap saya sorok kekasih sebab jarang luangkan masa dengan dia. Makin
lama dia push, akhirnya saya
termengaku yang saya memang dah ada girlfriend.
Dia betul-betul teruja bila tahu saya dah ada girlfriend. Bila dia tanya lagi, maka wujudlah girlfriend bunian saya itu. Dia selalu nak jumpa, tapi saya cipta
macam-macam alasan untuk mengelak. Until
now,” ceritanya sambil menggosok-gosok belakang lehernya.
Aku
dapat rasakan dia tak selesa bercerita dengan orang yang baru dikenalinya itu.
Tapi sebab dia dah seret aku sekali, jadi menjadi tanggungjawabnya untuk bercerita
pokok pangkalnya.
Aku
diam.
“You have feelings for her. Don’t you?”
tebakku.
“Mana
ada!” sangkalnya keras.
“Mengaku
je la. Saya tahu awak ada perasaan kat dia.”
“Well.. no concern of yours.”
“Okay.. since it’s no concern of mine, I can
go and tell her the truth then,” ugutku. Buat gaya acah-acah nak berlalu.
“No! Yes.. I love her!” Suara Audi cemas.
Main mengaku je janji aku tak bocorkan rahsianya. Kemudian pandang kiri kanan.
Nasib baik takde orang.
“Damn it. I hide it from everyone for almost
ten years but I reveal it to you in only ten minutes.” Aku dengar dia
membebel perlahan. Marah diri sendiri.
Aku
pula senyum sedikit. Well.. let’s call it
the perks of being Dara Nailufar! Haha.
“Don’t worry. Your secret is safe with me.”
Aku buat gaya zip mulut. Percayalah.. sebangang-bangang aku ni, kalau bab-bab
menjaga rahsia orang, aku memang amanah.
“Kalau
awak suka dia, kenapa awak tak bersama dengan dia?” korekku. Di bawah
lampu-lampu cantik ni la aku nak berlagak jadi kaunselor cinta kan?
“Dia
dah ada orang lain.” Kedengaran agak perit suara Audi.
Tiba-tiba
memori silam datang lagi. Hati rasa sesuatu. Namun aku cepat-cepat tepis. Semua
dah jadi sejarah!
“Dia
tak tahu awak suka dia, kan?” tekaku lagi.
“Her happiness is more important. Saya
takkan ganggu relationship orang
lain. Kalau kami ada jodoh, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana? Maybe I’ll be her forever best friend.”
Entah
kenapa rasa sedih dengan ayat itu. Kata-kata itu buatkan aku yakin Audi ni
merupakan orang yang baik sebenarnya. Aku doakan semoga mereka berdua
berjodohan. Mungkin Sera belum nampak cinta Audi. Dan aku rasa mereka berdua
sebenarnya serasi bersama.
Tapi..
sayanglah aku rasa! Sebab Audi ni punyalah Mr. Perfect. Kacak tak payah cakap.
Punya kerjaya yang stabil. Kaya pulak tu. Lagi bonus kalau dia baik. Idaman
setiap wanita tu. Mana nak cari yang macam tu sekarang ni? Rugilah Sera kalau
tak nampak cinta Audi padanya.
“Enough with this sappy love story. Awak
buat apa kat sini?” Audi ubah topik.
“Oh,
saya dengan kakak saya, Kak Ainin! Saffi Florist,” jawabku.
“Hmm..
Cik BMW?”
Erk!
Merah mukaku mendengarnya. Dia ingat pulak dah! Rasa Audi macam sindir aku.
Juga rasa malu sebab dah permainkan nama dia. Padan muka kau, Dara.
Aku
sengih bersalah. Tak angguk. Tak jugak geleng. Faham-faham sendirilah.
“Saya
suka gubahan kakak awak. Tiap kali syarikat saya adakan majlis atau perlukan
gubahan bunga, saya selalu tempah dengan kakak awak. Dan selalu juga saya
rekomenkan kepada kawan-kawan saya yang lain.”
Kembang
juga hidung aku bila Encik COO ni puji-puji kakak aku. Rasa bangga gila ada
kakak yang berbakat macam tu.
“Kak
Ainin memang berbakat. Dia dapat dari arwah mak saya,” balasku pendek.
“Dan
awak? Mesti pandai gubah-gubah jugak, kan?”
“Sayangnya
saya tak warisi kelebihan tu. Kalau Kak Ainin gubah, jadi taman bunga. Tapi
kalau saya gubah, jadi kawasan perkuburan.” Aku nyatakan fakta.
Audi
ketawa mendengarnya. Dia ni memang dengan aku memang selalu terhibur ya?
“Majlis
perasmian dah nak mula. Saya kena masuk dewan sekarang ni. Terima kasih sebab
bantu saya hari ni.”
Audi
keluarkan sesuatu dari dompetnya.
“My business card. Ring me if you need any favor.
I owe you a big one,” katanya sambil menghulurkan sekeping kad kecil
berwarna hitam.
Aku
menyambutnya sebelum Audi meminta diri untuk berlalu. Aku hanya memandang sepi
kad kecil itu. Walaupun aku rasa aku takkan jumpa dia lagi, tapi aku tetap
masukkan kad itu ke dalam poket kecil beg galasku itu.
Ayuh
kita sambung misi Dara The Explorer!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewoahh,thumbs up sis.. akhirnya dapt jadi the first commenter.#banggakejap
ReplyDeleteOmg! bestt!! Tak sabar untuk bab seterusnya!
ReplyDeleteSis update cepat2 tau. X sabar !! :)
ReplyDeleteBila novel ni nak terbit
ReplyDeleteOMG x larat nk gelak dah... Sis bila nk kluar novel ni???? Nk baca bgi abis terus..
ReplyDeleteSinopsis xde ke????? Sape hero dia??? I don't think it's Audi kn??? Ke org yg Dara cuba nk elakkan diri tu???????? Sinopsis pleaseeeee
srs lah part kawasan perkuburan tu lawak gila! best sis! tak sabar nk bca lagi lps exam hikhik klu terbitkan confirm meletup! wish u all the best! update plishh~~~
ReplyDeletebest best best .. update bab seterusnya pls ...
ReplyDeletedaebak!!!
ReplyDeleteDara and pot pet dia cute lh!
ReplyDeleteJalan cerita dari Anjel x pernah x best.. Semua cerita ada gayanya tersendiri.. I have 4 novels from your writing. Keep writing, and we readers love it.
ReplyDeleteserius best sangat!!! tak sabar nak tunggu next bab
ReplyDeletestress,, ni la akibat baca x boleh nak stop dah... bila nak update... seriously best sangat...
ReplyDeletewahhhh anjellll miss u alottttt....
ReplyDeleteš¤©š¤©ayuh dara, teruskan misi....tak sabar ni
ReplyDeleteTerdetik nak buka blog ni harini, tak sangka dapat baca new-upcoming novel! Omg sis! Cepat2 keluarkan tau and Welcome back :)
ReplyDeleteKak anjel cepat2 lah post lagiiii and lebih baik cepat2 publish kannyee!
ReplyDeleteNext bab?? Tak sabar dah ni.
ReplyDeleteCepat2 la novel keluar.
Bila nak sambung next chap... its been months š
ReplyDeleteNext chapter please,
ReplyDeleteBest la..nk smbungan dia please..novel anjell always the best x prnh mengecewakan..
ReplyDeleteSis anjel.. Plss upload chapter baru!!!.i hari2 bkk sis anjrl pye blog, tpi takde ponš¢
ReplyDeleteKak,akak ni mmg pelawak sejati la AHAHAHHAHA kennot stop baca cerita ni hahaha,I'm your fan ooo lagi lagi novel suamiku paling sweet ammo kenoot kennot dahla sejenis takleh Ada hero sweet semachiam tambah oulak Ada watak baby/anak dalam novel suamiku paling sweet Tu lagilah takley tido mlm AHAHHHA.loves your writing so mache cabiscus it made my day laaaaaa lap lap you kak Anjell XOXO-monaisyah
ReplyDeletetuzla mitsubishi klima servisi
ReplyDeletemaltepe mitsubishi klima servisi
kadıkƶy mitsubishi klima servisi
kartal vestel klima servisi
kartal arƧelik klima servisi
Ć¼mraniye arƧelik klima servisi
beykoz samsung klima servisi
Ć¼skĆ¼dar samsung klima servisi
beykoz mitsubishi klima servisi