Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 5 July 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 2)

BAB 2

Lepas makan malam, Tan Sri Mukhriz dan isteri seperti biasa, berehat di ruang tamu. Harraz juga turut sama menyertai mereka malam ni. Dah lama mereka sekeluarga tak berkumpul bersama sejak Harraz buat keputusan untuk tinggal sendiri. Malam ni pun, kalau bukan Puan Sri Rosell yang turun padang jemput anaknya pulang tadi, agaknya entah bila si Harraz tu nak jejak rumah. Special betul sampai kena berjemput dulu baru nak balik? Kalau tak, katanya nak balik hujung minggu ni. Boleh percaya ke tak?

Harraz ambil remote controller TV Plasma itu. Siaran sukan ditekan. Manalah tahu kot-kot ada perlawanan bola malam ni. Eh, sejak bila pulak dia ambil tahu pasal bola ni? Musim piala apa entah sekarang ni, dia pun tak tahu. Dia memang minat bola. Cuma sekarang dah jarang tengok. Tapi, kalau bola datang seiring dengan perempuan, mestilah perempuan yang dia pilih.

Harraz tengok jam. Huh.. baru pukul 9.15 malam. Mengantuk pun belum lagi. Macam mana nak mengantuk? Dia ni kan spesis vampire. Merayau cari mangsa malam-malam. Kalau kebiasaannya, masa-masa macam ni memang dia dah jadi pengunjung setia mana-mana kelab malam di ibu kota. Ditemani pulak dengan perempuan cantik-cantik yang selalu tersenyum sampai telinga kalau dia ajak keluar.

Cuma malam ni, terpaksalah dia mengekang masa. Ikat kaki ketat-ketat supaya duduk kat rumah diam-diam kalau taknak dengar mummy buka kuliah perdana. Mahu sejam mummy berceramah kalau dia keluar. Telefon bimbit pun memang sengaja ditinggalkan dalam bilik. Memang dia tahu akan memekak je malam ni kalau dibawa bersama. Bosannya. Tak betah rasanya dok rumah. Pintu keluar rumah tu bagaikan mengamit-gamit dan cakap, “Keluarlah, Harraz. Keluarlah..”

Haish.. tak boleh! Kena duduk rumah. Kalau tak mesti mummy bising. Cakap aku tak sayang dia sebab tu selalu nak keluar je. Malam ni je, Harraz. Malam ni je. Kau sabarlah.

Hmmcompany okay, Harraz?” Tan Sri Mukhriz memulakan perbualan dengan anaknya itu.

Okay,” jawab sepatah sambil mata tengok skrin TV. Tak pelik kalau daddynya tanya pasal syarikatnya. Daddynya memang selalu ambil peduli tentang perkembangan syarikat tu. Dia pun tak pernah segan berkongsi masalah dengan daddynya sebab kalau ada apa-apa masalah, daddynyalah orang pertama yang dirujuk. Sebab Harraz sedar pengalaman Tan Sri Mukhriz jauh lebih banyak daripadanya meskipun dalam business yang berbeza. Masih banyak lagi yang dia kena belajar.

“Oh, ya! Mummy cakap daddy ada benda nak cakap kat Harraz. Pasal apa?” Tiba-tiba Harraz ingat sebab dia kena seru balik malam ni. Tak sempat-menyempat nak tunggu hujung minggu ni padahal dia memang bercadang nak balik hujung minggu ni.

Oo.. pasal tu. Ada sorang anak kawan daddy ni. Dia tengah cari kerja sekarang ni. Daddy nak kamu ambik anak kawan daddy tu kerja dengan kamu. Jawatan arkitek.”

“Arkitek? Tapi, company Harraz takde pulak rasanya perlukan arkitek baru. Dah cukup dah. Bukannya tak boleh ambil baru. Tapi rasa macam membazir.”

“Bukan ke Encik Yaziz tu dah nak pencen ke? Carilah yang baru dari sekarang ni. Tak salahkan? Masa ni la nak train pekerja baru so that bila Encik Yaziz keluar, takdelah rasa kehilangan sangat nanti,” jawab Tan Sri  Mukhriz.

Sememangnya Tan Sri Mukhriz cekap. Terlalu teliti dengan perkembangan syarikat anaknya tu. Setiap seorang pekerja syarikat tu rasanya dia boleh kenal macam mana dia kenal setiap pekerja di syarikatnya sendiri.

Eh, mana daddy tahu ni? Aku memang tak boleh nak menipulah kalau bab syarikat dengan daddy ni. Harraz garu pelipisnya yang memang tak gatal. Memang kena berguru dengan daddynya lagi. Cekap betul daddynya. Dia sendiri pun tak ingat yang Encik Yaziz nak bersara nanti kalau bukan Tan Sri Mukhriz yang cakap.

“Alah.. tu kan lambat lagi. Nantilah Harraz cari lain. Banyak masa lagi, kan?” Harraz macam enggan untuk terima cadangan daddynya. Lain macam je bunyi permintaan Tan Sri Mukhriz kali ni? Permintaan ke sedangkan Harraz rasa kata-kata daddynya tu dah macam satu perintah. Makin musykil Harraz sebab mana pernah daddy masuk campur dalam pengambilan kakitangan syarikatnya. Pelik!

“Kamu ambiklah dia kerja, Harraz. Daddy dah janji dengan dia nak bagi jawatan tu kat dia.”

Harraz terkejut. Geram pun ada. Suka hati je nak tentukan siapa para pekerjanya. Ingat syarikat dia terima sesiapa je ke? Tak puas hati tapi tak mungkin Harraz lepaskan. Tapi, serius pelik sebab daddy tak pernah cakap macam ni kat dia. Macam hebat sangat je anak kawan daddy tu?

“Siapa dia tu? Berapa tahun dah pengalaman kerja? Kerja kat mana sebelum ni?” Harraz nak tahu.

“Dia baru je grad.”

“Baru je grad? Boleh harap ke budak tu?” Harraz kurang percaya. Kalau bayangkan budak baru lepas universiti, rasa macam tak boleh percaya je. Jawatan arkitek pulak tu. Mampu ke nak setanding senior-senior yang dah lama dalam bidang tu? Kalau pun dia nak cari arkitek baru, memang dia dah pasang niat nak cari yang dah berpengalaman kerja. Tak kisahlah kalau kena bayar mahal sekalipun. Sebab rasa berbaloi.

“Dia baru je nak belajar. Tak salahkan kalau kamu train dia? Entah-entah jadi lebih hebat daripada senior-senior kat company tu. Manalah kita nak tahu?” Tan Sri Mukhriz menangkan anak kawannya.

Wah, daddy bela budak tu! Macam  yakin je daddy ni. Hebat sangat ke budaknya.

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan.”

“Perempuan?” Hmm.. patutlah. Betul ke anak kawan ni? Musykil pulak Harraz rasa. Jangan cakap tu calon mak tiri aku dah la! Daddy ni pun bukannya boleh percaya sangat. Kalau tak, takkanlah daddy dan mummynya hampir-hampir nak bercerai masa tinggal di New York dulu. Betapa tertekannya Harraz tujuh tahun dulu. Sampai-sampai dia lari balik Malaysia kejap. Nasib baiklah jodoh mereka masih panjang.

“Ya.. perempuan. Kamukan suka perempuan.” Tan Sri Mukhriz sindir sedas. Tahu perangai anaknya yang sangat sukakan perempuan. Antara syarat nak kerja syarikat dia, kena cantik. Tak faham betul. Polisi syarikat manalah yang dia ikut? Pentingkan rupa paras?

“Cantik tak?”

“Cantik.” Yakin je Tan Sri Mukhriz menjawab. Perasan juga jelingan tajam isterinya yang sedari tadi menjadi pendengar setia.

“Seksi tak?”

Kali ni Tan Sri Mukhriz pulak yang bagi jelingan tajam. Nak kena budak ni! Ingat dia tengah rekomenkan model bikini ke apa? Dia tengah rekomenkan orang untuk jawatan arkitek, tahu?

“Kamu ingat seksi tu syarat wajib nak dapat jawatan tu ke?” soal Tan Sri Mukhriz geram. Harraz ni memang tak pernah serik. Rasa macam nak hempuk anaknya tu pun ada.

“Mestilah kalau kat syarikat Harraz.” Selamba pula Harraz menjawab dengan muka tak bersalah. Daddy ni buat-buat tak tahu pula.

Haish.. boleh sakit jantung kalau bercakap dengan Harraz ni! Tan Sri Mukhriz menggeleng kepala. Apa nak jadi dengan anak aku sorang ni? Adakah ini balasan Allah terhadapnya yang lalai sebelum ni?

Sebab tu la dia akan pastikan Nurin dapat jawatan kat syarikat tu. Makin bersemangat pulak dia nak pastikan Nurin bekerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya dia tahu juga yang Harraz punya kawan perempuan yang senonoh walaupun sorang.

Daddy tak kira. Pokoknya daddy nak kamu interview Nurin tu.”

Terangkat sebelah kening Harraz bila dengar Tan Sri Mukhriz cakap macam tu. So, budak tu nama Nurin. Nama yang sangat biasa. Harraz tiba-tiba dapat idea.

Okaylah kalau macam tu. Harraz akan interview dia. Nak tengok layak ke tak budak tu dapat jawatan tu. Nak jugak Harraz kenal sehebat mana budak tu sampai-sampai Tan Sri Mukhriz sendiri yang rekomenkan dia. Tapi, kalau Harraz rasa tak sesuai, tak payahlah terimakan?”

Harraz akhirnya bersetuju. Sebab dah malas nak berdebat dengan daddynya. Macam-macam dah dirancang dalam kepalanya. Yang pasti, memang dia takkan pernah terima budak tu. Melainkan memenuhi kriteria yang dikehendakinya. Kalau tak, memang say goodbye la. Yang penting sekarang ni, jalankan interview tu, lepas tu reject. So, daddy tak boleh cakap apa-apa sebab aku dah lakukan ikutkan procedure. Betul tak?

“Tapi, dengan syarat Harraz nak dia design satu pelan berkonsepkan Nature City sebab projek company Harraz yang seterusnya pasal Nature City. Kalau dia boleh puaskan hati Harraz dengan lukisan tu, Harraz akan terima dia.” Harraz kemukakan helahnya lagi.

   ------------

“Amboi, abang! Beria-ia nampaknya rekomenkan anak kawan abang tu dekat Harraz. Ada apa-apa ke abang ni?” Puan Sri Rosell bersuara lepas dia tinggal berdua dengan suaminya di ruang tamu. Curiga.

“Saja nak tolong anak kawan abang, tak boleh ke?”

“Saya bukannya apa. Tak pernah-pernah saya tengok abang masuk campur dalam syarikat Harraz tu. Kenapa kali ni tiba-tiba? Cantik sangat ke budak nama Nurin tu?” Puan Sri Rosell curiga lagi. Tak pernah-pernah dia dengar suaminya puji perempuan lain cantik. Siap bertekak dengan Harraz sebab nak bela budak nama Nurin tu lagi.

Kali ni Tan Sri Mukhriz ketawa. Ni dah kes cemburu. Haha.. isterinya cemburu la!

“Memanglah cantik. Cantik sangat. Sejuk hati kalau jadi isteri,” jawab Tan Sri Mukhriz. Sengaja nak kenakan isterinya.

Mencuka wajah Puan Sri Rosell. Sakit hati bila suaminya puji perempuan lain. Entah-entah Nurin tu calon madunya tak? Hai.. tak sayang nyawa la tu orang sebelah ni!

“Abang jangan nak pasang niat nak duakan saya lagi, ya? Abang jangan nak ulang kisah lama. Ingat saya nak duduk diam je?” Puan Sri Rosell dah mula keluarkan belang harimaunya. Marah betul kalau sejarah kembali berulang.

Tan Sri Mukhriz yang tengok sikit pun tak takut. Malah dia siap gelak lagi. Tahu.. mesti isterinya takkan duduk diam. Kalau tak dia yang masuk ICU, calon madunya yang masuk bawah tanah. Dapat isteri garang macam ni, suami pun takkan berani nak cari pasal. Tapi, garang-garang Puan Sri Rosell, dia tetap sayang dulu, kini dan selamanya.

“Apa awak ni? Takkanlah abang nak duakan awak pulak? Semua tu dah kisah lama. Janganlah awak ungkit lagi. Masa tu abang salah.” Tan Sri Mukhriz sedar kesalahannya dulu.

“Abang ni dah tua. Perempuan tengok pun dah tak selera.” Puan Sri Rosell mencebik.

Tak selera konon. Kalau tahu poket tebal, tu dah jadi ubat pembah selera. Perempuan zaman sekarang ni mana pernah kisah dah. Lelaki takde hidung pun sanggup dia sambar, janji ada wang. Harta lebih penting. Tambah pulak suaminya memang ada sejarah silam. Kalau dulu boleh buat, takkan sekarang ni tak boleh?

“Abang dah berubah la. Abang sayang awak je. Nurin tu cuma anak kawan abang. Awak kenalkan kawan abang, Pian? Nurin tu anak dia dengan Seha.”

“Oh, ya ke? Lamanya tak jumpa mereka. Nurin anak mereka rupanya.” Puan Sri Rosell tiba-tiba teringatkan kawan suaminya tu. Terus sejuk api kemarahannya.

“Kita tengok Nurin dulu kecik lagi. Sekarang ni dah besar panjang. Cantik. Sejuk hati abang bila tengok wajah tenangnya. Sebab tu abang cakap tadi sesiapa yang jadi suami Nurin, mesti rasa sejuk hati. Kalau jadi menantu abang, tak ke seronok?”

Puan Sri Rosell pandang suaminya bila dia cakap macam tu. Macam pasang niat nak jadikan menantu je? Menantu takpe. Jangan isteri sudah! Kalau jadi menantu tu, tak ke sama maksud dengan kahwinkan dengan Harraz? Sebab itu je satu-satunya anak yang mereka ada. Nak jodohkan Harraz dengan Nurin ke apa? Teringin pulak nak kenal dengan Nurin ni. Suatu hari nanti, dia mesti jumpa Nurin!

“Masalahnya, bang, nak ke budak Nurin tu dengan anak kita yang perangai macam tu?”

Tan Sri Mukhriz mengeluh. Faham maksud isterinya. Nak ke Nurin dengan anaknya? Dia pun rasanya boleh bagi jawapan lepas tahu perangai Harraz macam mana.

“Sebab tu la saya nak sangat Nurin kerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya ada probability untuk dia ubah Harraz. Abang teringin tengok Harraz berubah. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Paling tak pun, dia tinggalkan perangai kasanova dia tu.”

“Mampu ke, bang?” Puan Sri Rosell kurang yakin. Sedangkan mereka sebagai orang tua Harraz pun hanya mampu tengok je, inikan pulak orang luar? Harraz tu bukan macam orang lain. Ego tinggi melangit. Tegas dalam semua perkara. Punyai sifat yang tak terjangka. 

Boleh jadi paling kelakar, paling baik, paling hebat dan juga paling garang. Kalau dia tak suka, maka jangan harap nak jadi suka. Itulah Harraz, anak yang mereka bentuk. Huh! Mengeluh lagi.

Salah mereka juga Harraz jadi macam tu. Dari lahir sampai besar dibesarkan di negara orang, macam tu la jadinya. Mereka terlalu kejar harta dunia sampai lupa ilmu akhirat. Selalu mengajar Harraz tentang kemewahan sehingga anaknya tu tak tahu apa makna susah dan kecewa. Semua permintaan Harraz, mereka turutkan. Anak tunggal la katakan. Dan akhirnya, rebung dah jadi buluh. Itulah Harraz sekarang.

Sejak akhir-akhir ni je mereka baru insaf dan mendekatkan diri dengan Allah. Sedar harta dunia tak ke mana. Mungkin sebab mereka dah tua, rasa insaf itu datang dengan sendirinya. Tapi cuma Harraz je yang masih sama. Mungkin sebab merasakan diri masih muda dan masih ada banyak masa lagi nak bertaubat.

“Sebab tu la saya akan pastikan walau apa pun jadi, Harraz kena terima Nurin kerja kat syarikat dia tu.”

Ya… walau macam mana sekali pun!

  ----------

Nurin cuma memakai baju kurung hijau lembut bercorak dipadankan dengan kain sarung kosong, juga berwarna hijau. Selendang kosong berwarna hijau turut dipadankan di kepala. Wajahnya pula hanya disapu dengan bedak asas dan bibirnya pula cuma dicalitkan dengan lip gloss yang menyerlahkan warna asli bibirnya. Tak perlu berlebih-lebih kalau nak cantik. Jangan sampai hilang yang aslinya. Nurin pandang lagi imej di depannya. Cuba mencari kekurangan diri di depan cermin besar dalam biliknya.

Hari ni merupakan hari amat bermakna baginya. Tan Sri Mukhriz menelefonnya semalam dan membawa satu berita gembira. Kata Tan Sri Mukhriz, anaknya sudah bersetuju untuk jalankan satu sesi interview untuk mengambilnya kerja.

Alhamdulillah.. bersyukur rasanya bila dipanggil interview. Sekurang-kurangnya, peluangnya cerah untuk diterima kerja. Ya Allah, minta-mintalah dia dapat kerja kali ni!

Penampilan melambangkan keyakinan. Sebab tu la dia kena tampil tanpa sebarang kelemahan hari ni. Dia mahu bagi persepsi positif kepada orang atasan yang bakal interview dia nanti. Segala persediaan dah disiapkan. Terutama sekali design Nature City yang dimahukan oleh Harraz Naufal. Semalaman dia bersengkang mata semata-mata nak pastikan tiada kecacatan pada lukisan itu. Segala ideanya dicurahkan demi menghasilkan satu pelan yang sempurna.

Berdebar-debar rasanya. Diterima atau direject nanti? Tapi, dia cuba bertenang. Semoga semuanya lancar nanti. Serahkan semuanya kepada Allah.

“Umi.. Abah.. pergi dulu.” Nurin meminta diri. Juga restu daripada orang tuanya. Tangan orang tuanya disalam.

“Hati-hati drive, Ayong. Abah doakan semoga Ayong berjaya kali ni. Doa abah selalu bersama Ayong.” Encik Sufian memberi semangat kepada puteri sulungnya itu.

“Baca doa tenangkan hati. Jangan cepat melatah kalau kena marah nanti. Kita kalau datang tempat orang, kena pandai suaikan diri. Kuatkan pegangan. Biar kita yang ubah orang, jangan orang yang ubah kita nanti.” Panjang lebar pula uminya memberi nasihat.

“Yalah.. terima kasih, umi, abah sebab selalu bagi semangat kat Ayong.”

Lepas dengar kata-kata semangat serta sokongan daripada orang tuanya, terus naik semangat Nurin. Hilang separuh rasa gundahnya.

Ya Allah.. kuatkanlah semangatku! Nurin berdoa dalam hati.

     -------------
Rasanya dah tak salah. Kalau ikutkan alamat yang Tan Sri Mukhriz bagi, memang ni la yang bangunan yang dimaksudkannya. Kata Tan Sri Mukhriz, bangunan ni ada lapan belas tingkat. Tak sempat pulak Nurin nak kira berapa lapis syarikat ni memandangkan ni kali pertama dia datang.

Nurin menapak masuk ke dalam lobi syarikat tu. Tak salah lagi bila lihat terpampang besar tulisan Harraz Holdings di dinding belakang dua orang penyambut tetamu yang sedang berkerja di kaunter.

“Assalamualaikum, cik.” Nurin menyapa. Tak tahu pada siapa sebab sorang perempuan yang berambut sanggul tu, tengah menelefon orang dan sorang lagi perempuaan berambut panjang separas pinggang tu tengah gilap kuku.

Takde orang layan.

“Assalamualaikum, cik.” Kali ni Nurin kuatkan suara. Manalah tahu dua orang tu tak dengar. Tapi, kalau ikut logik, memang pekak tahap tak ingat la kalau tak dengar. Memang dah tahap kena pergi hospital, pergi sedut semua tahi telinga. Sekali pun tak dengar, Nurin rasa minah dua orang tu nampak dia yang tengah terpacak mengalahkan tiang bendera kat depan kaunter penyambut tetamu tu.

Nurin panas hati bila dia tak dilayan. Bila Nurin tekan loceng yang ada atas kaunter tu, baru perempuan yang tengah asah gilap kuku tu angkat muka. Ni la agaknya fungsi loceng ni!

“You.. nak apa?” soal perempuan tu dengan suara ikhlas tak ikhlas. Tu pun lepas satu round dok usha Nurin dari atas sampai bawah.

“Saya hari ni ada appointment dengan Encik Harraz. Saya kena pergi mana, ya?” Nurin masih cuba berhemah. Sabar.. sabar.. teringat kata-kata uminya. Kita kat tempat orang! Kita kat tempat orang!

“Tunngu kejap. I call PA dia.” Hanya tu je yang perempuan tu balas. Sempat Nurin usha nama perempuan kurang adab tu. Namanya Suzila.

Lepas tu Nurin hanya jadi pemerhati. Melihat Suzila menelefon seseorang dan bercakap-cakap tentang apa.

“Nama apa?” Dia tanya Nurin.

“Nurin Areesa bt Ahmad Sufian.”

Lepas tu Suzila sambung cakap balik. Tak sampai setengah minit, dia kembali pandang Nurin.

“You boleh naik tingkat 18 sekarang. Nanti you jumpa Cik Eves, PA Encik Harraz.”

Okay.. terima kasih.”

Nurin cepat-cepat berlalu ke depan lif. Apalah syarikat ni. Besar bukan main, tapi penyambut tetamu tak lepas tadika rupanya. Kalau lepas, takkanlah perangai macam tu. Rasanya dari tadika lagi dah ajar cara-cara hormatkan orang. Dahlah salam aku tak reti nak jawab! Adoi, sakit hati! Tak pasal-pasal dapat dosa pagi ni.

Ada beberapa staf lalu-lalang di depannya. Semua macam tengok pelik padanya seolah-olah dia tak berbaju. Nurin kurang senang, tapi dia cuma berlagak tenang. Dia tak kacau orang, jadi tolonglah jangan kacau dia! Mungkin sebab orang tak pernah tengok muka dia kut. Sebab tu semua orang tertanya-tanya. Sedapkan hati sendiri lagi.

Nurin pandang lif depannya. Lambat la pulak nak terbuka. Ada seorang lelaki muncul berdiri di sebelahnya. Turut sama menunggu lif. Nurin buat tak endah. Tapi, dari ekor matanya dia dapat rasa yang mata lelaki tu tengah pandang dia dari atas sampai bawah. Hai.. pelik sangat ke dia pakai sampai semua orang pandang macam tu. Rasanya dia dah pakai baju rasmi Malaysia. Semua orang kenal. Bukannya dia pakai daun kering ke apa. Nak je dia tanya lelaki tu, “Apa yang tak kena dengan saya sampai-sampai semua orang kat company ni tengok pelik kat saya?”

Nurin yakin dia bukannya syok sendiri. Okay.. kita tengok betul ke tak teori Nurin. Nurin pandang lelaki tu. Haa… kan dah cakap! Tepat matanya pandang anak mata lelaki tu. Macam yang Nurin agak, lelaki tu dah terkantoi mengusha Nurin. Lelaki tu senyum. Nak cover la tu sebab dah kantoi. Nurin cuma balas senyuman lelaki tu. Senyum tu sedekah. Nasib baiklah mamat sebelah ni bukan main handsome. Tinggi, putih pulak tu. Bila senyum, nampak lesung pipit kat pipi kanan dia. Tengok.. sampai lesung pipit Nurin sempat perasan.

Pintu lif terbuka. Dengan lagak gentleman, lelaki tu mempersilakan Nurin masuk dulu sebelum dia menerobos masuk. Kedua-duanya nak pergi tingkat 18. Satu je dalam kepala Nurin. Lelaki ni pun salah satu staf syarikat ni ke? Tapi kenapa pakaiannya santai macam nak pergi lepak dengan kawan je? Pakai t-shirt merah dan seluar geans lusuh je?

“Hai.. awak ni pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” tegur lelaki tu.

Nurin cuma senyum. “Tak. Hari ni saya ada interview kat syarikat ni.”

Lelaki tu mengangguk. Oo.. patutlah dia nampak kat tangan Nurin ada satu fail. Fail resume kut. Dan ada satu beg yang ada beberapa gulungan kertas.

“Arkitek?” teka lelaki tu lagi.

Nurin senyum lagi sebelum angguk. Dah boleh agak kalau tengok gayanya.

Yes.. saya betul. Sebab saya betul, bagitahu la saya nama awak.”

Ewah.. ni taktik baru lelaki nak mengorat ke apa? Sendiri bagi soalan, sendiri jawab? Lepas tu yang tukang bagi hadiah, perempuan? Amboi.. Entah apa-apa mamat ni. Makhluk dari planet mana entah. Takkanlah semudah tu dia nak bagitahu namanya. Bukannya nak sombong, tapi kalau rasa tak perlu tu, tak payahlah kut. Lagi pun dia tak kenal lelaki tu. Melainkan lelaki tu cakap apa jawatan dia dalam syarikat ni.

“Saya Farhan.” Lelaki tu memperkenalkan dirinya lepas Nurin buat tak layan dengannya. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Nurin.

Dalam hati Nurin, ada aku kesah kalau sekali pun kau tu Robert Pattinson? Tapi Nurin cuma senyum sambil menundukkan sedikit tubuhnya. Menunjukkan dia menghargai Farhan yang memberitahu namanya. Salam Farhan dibiarkan sepi sebab memang dia tak bersalam dengan lelaki.

Masa tu la pintu lif terbuka. Cepat-cepat Nurin menapak keluar. Farhan turut sama melajukan kakinya mengejar Nurin. Gadis tu dia rasa macam unik. Sampaikan boleh buatkan dia, Farhan Badriz bin Datuk Mohsin mengejar?

“Cik Arkitek. Tunggu!” panggil Farhan. Kaki Nurin berhenti betul depan pintu lut sinar kawasan pejabat untuk aras 18. Cik Arkitek dia panggil aku?

“Kita nak jumpa orang sama, Cik Arkitek. Harraz Naufal, am I right?” Farhan senyum. Daripada apa yang Nurin dengar, lelaki depannya sekarang ni macam rapat dengan Harraz. Adik ke abang? Tapi, kata umi Harraz anak tunggal. Kawan dia kut.

“Sebelum menapak masuk, saya cuma nak bagi pesanan penaja sikit. All the best and good luck. Kuatkan hati dan jiwa. Because you will be meeting a very charming guy. Harraz takkan lepaskan perempuan cantik macam awak ni. Jangan cair dengan si Harraz tu pulak. Nanti saya cemburu.” Farhan senyum lagi dan kenyit sebelah mata sebelum dia terlebih dulu menarik pintu lut sinar itu.

Nurin ternganga kejap. Kuatkan hati dan jiwa. Because you will be meeting a very charming guy? Handsome sangat ke mamat tu kalau sampai tahap kena kuatkan hati dan jiwa. Ingat iman aku ni senang nak luntur ke kalau menghadap lelaki sehandsome mana pun?

Jangan cair dengan si Harraz tu pulak. Nanti saya cemburu? Haa.. what the…?? Cemburu? Kalau aku cakap mamat tu gila pun rasanya ada logik jugak. Kenal seminit dalam lif pun dah mampu keluarkan ayat macam tu. Nampak bebenor kaki perempuan. Dasar Crocodylus niloticus punya spesis.

Lelaki tu memang pelik. Bukan.. syarikat ni memang pelik.

27 comments:

  1. haha... tak sabar nak tunggu next entry. ;)

    ReplyDelete
  2. hehe...betul tuh farhan,kite tengok lu sape yg cair...jgn u yg tergigit hati sendri dh....hehe

    ReplyDelete
  3. Haha jeng jeng jeng.... Mcmne ye keadaan ms intrvw.... Msti harraz tekezut... Anjel x sbrny nk bc next n3
    - sweetheart87-

    ReplyDelete
  4. U r the best dear!!!
    Seronok baca story ni...
    Next entry plz... #^_^

    ReplyDelete
  5. Cam Harraz jer yg akan tercair ngan Nurin

    ReplyDelete
  6. Aaaaaaa beeeesuto ! Next n3 cpt2 eh, pleaseee !!! :3

    ReplyDelete
  7. Satu fenomena akan tercipta. . .xx. sabar nk bacs next n3. . .

    ReplyDelete
  8. Best...nk...nk lgi...plz...

    ReplyDelete
  9. Next entry pleaseeeee....
    Best!!!
    -nuyrah-

    ReplyDelete
  10. Cpt smbg next n3..... tak sabar tau apa akn jdi...

    ReplyDelete
  11. terbaiklah ,,, tak sabar tunggu nurin jumpa harraz....

    -afzan sahahida-

    ReplyDelete
  12. Oh yes!!!!best2......nk lagi hhe

    ReplyDelete
  13. Ohhooo!!! Tak sbar next entry :D

    ReplyDelete
  14. Wah ! Tak sabar next entry :)

    ReplyDelete
  15. Bezzzz..xsabar tgu seterusny..raseny harraz yg yg akn cair

    ReplyDelete
  16. Best2.......nk lg...x sbr nk th epi strusnya.....

    ReplyDelete
  17. tak sabar nk tau tggu next n3..

    ReplyDelete
  18. best best...nak lagi cik writer!! :D

    ReplyDelete
  19. wah... tak sabar nak tahu reaksi harraz ni.... macam mana yea....

    ReplyDelete
  20. hndsome sgt kew harraz 2??hehe,tak sbar nk tggu next entry..

    ReplyDelete
  21. anjell...u re the bestttt


    shidahalim

    ReplyDelete
  22. best..
    Harraz..Harraz..mesti hensem kan?
    vampire? hahaha...
    selamba je dia ckp dgn bapa dia

    ReplyDelete
  23. Harap drama die gempak dan tak mengecewakan mcm novel ni!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )