Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 1 October 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 20)

BAB 20

Bosan terkurung di dalam rumah akhirnya dapat jugak aku keluar. Tercapai jugak niat aku nak jalan-jalan keliling rumah besar ni. Tak padan dengan kaki macam ni, aku masih nak jalan jugak. Aku pandang keliling rumah ni. Cantik semestinya. Ada satu kolam ikan koi. Air kolam sangat jernih sampai-sampai boleh nampak batu kecil kat dasar kolam. Berdepan dengan kolam tu pulak ada satu buaian kayu yang cantik. Aku duduk di atas buaian yang ada kat situ. Angin petang memang best je bertiup, buatkan anak-anak rambut yang bebas daripada ikatan ekor kudaku meliuk-lintuk.

     “Kat sini rupanya Sya. Puas abang cari Sya.”

     Aku terkejut bila ditegur oleh Izz. Nasib baik tak join ikan-ikan koi tu berenang dalam kolam. Dia cari aku? Aku cuma pandang dia yang berjalan ke arahku. Dia duduk di tepi aku, di atas buaian yang sama. Tapi masih ada ruang yang boleh seorang lagi duduk antara kami. Maknanya jarak aku dengan dia, takdelah rapat sangat.

     Kacau privasi aku betullah dia ni. Suka hati dia je nak duduk tepi aku. Tapi, memandangkan ni rumah dia, aku redha je la. Apa boleh buat? Akukan menumpang. Tapi.. bukanke Izz marah bila aku cakap aku menumpang? Apa-apalah.. bagi aku, aku rasa yang aku masih menumpang rumah dia dan Hafiy.

     “Awak cari saya?” Macam orang bodoh aku bertanya. Aku rasa dalam kepala Izz sekarang ni dia cakap, ‘Nak ulang ayat tadi ke, nak kena sepak minah ni?’

     “A’a.. abang cari Sya.” Dia jawab jugak soalan bodoh aku.

     “Kenapa? Takut saya lari rumah ke?” selamba aku tanya. Mana la tau kan. Aku ni bukannya boleh dipercayai sangat. Kut-kut dia tak percaya dengan janji aku semalam. Siapa tahu, kan?

     “Kalau Sya orangnya, memang tak mustahil.” Perlahan je suaranya tapi sempat masuk ke gegendang telingaku.

     “Apa dia?” Nak mengamuk jugak hati bila dengar.

      Dia geleng kepala. Aku angkat bahu. Aku pun malas nak panjangkan hal tak penting ni. Kaki sakit, tangan sakit, aku taknak sakitkan mulut dan hati pulak. Baik aku diam.

    Baru aku perasan kat tangan Izz ada satu beg kertas. Dia letak atas paha aku. Berkerut kening aku pandang beg kertas itu. Dalamnya macam ada isi kotak.

     “Apa dia ni?” Aku tanya pelik.

    “Kotak.” Nak kena lempang jugak mamat ni. Aku tahulah kotak kalau dah empat segi macam ni. Nasib baik jugak dia tak jawab beg kertas. Kalau tak, ada je yang nak masuk kolam ikan koi petang ni.

     “Tahulah kotak. Kotak apa?”

     “Bukalah.” Dia buat suspens.

     Aku keluarkan kotak itu. Kotak telefon Blackberry Torch 9800. Aku pegang kotak tu. Manalah tahu kot-kot kotak kosong. Tapi kotak tu berat. Tapi bangang jugak aku. Takkanlah orang nak tunjuk kotak kosong, kan? Aku buka kotak. Manalah tahukan, kotak kat luar Blackberry Torch. Tapi dalam benda lain, kan? Tapi, bila aku bukak kotak tu, isinya sama  macam kat depan kotak, ada telefon Blackberry Torch berwarna putih berserta dengan kad sim Celcom.

     “Siapa punya ni?” soalku blur. Aku pandang dia sekejap sebelum belek handphone canggih tu. Dia beli smartphone baru ke?

     “Sya punyalah. Handphone Sya hilang, kan? Sebab tu abang belikan yang baru. Siap dengan nombor sekali. Abang daftarkan atas nama abang. Tiap-tiap bulan bil, abang bayar. Sya tak payah bimbang.”

      Aku terlopong. Tak percaya. Tak sampai dua puluh empat jam handphone aku hilang, dah dapat yang baru. Blackberry Torch kau! Kau ada? Bila pulak dia beli ni? Dah tu siap dengan nombor sekali. Daftar atas nama dia? Tiap-tiap bulan dia yang bayar bil. Heaven giler. Kalau tak pokai aku tiap-tiap bulan nak kena top up.

     Tiba-tiba rasa segan. Dahlah menumpang. Dapat telefon baru pulak tu.

     “Hish… saya tak boleh terima la, Izz.”

     Aku tolak kotak itu kepada Izz. Kalau orang lain mungkin dah menari tarian agogo dah kalau dapat hadiah Blackberry Torch. Tapi, bukan aku. Apatah lagi kalau Izz yang bagi. Kalau abang Q yang bagi aku tak kisah. Aku pun tak tahu kenapa.

     Tapi, Izz buat bodoh. Langsung tak terima penolakanku.

     “Kenapa pulak?”

     “Entahlah… Tapi saya tak boleh terima la. Tak layak.” Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh terima. Rasa macam aku dah membebankannya.

     “Hadiah tu abang bagi Sya.”

     “Tapi saya tak boleh terima.”

     “Kenapa? Sebab Sya tak suka abang?” Kali ni ayatnya tegas. Tajam hujung matanya jeling aku.

     Terus terkelu aku tiga saat. Gerun wei kalau dia dah jeling macam tu dengan mata mengancam dia tu. Bukan tu la maksud aku! Touching pulak mamat ni.

    “Bukan tu maksud saya la!”

     “Habis tu, kenapa? Sebab hadiah ni datangnya daripada abang, sebab tu Sya tak boleh nak terima?” tembaknya lagi.

    Aku diam. Sebab kali ni memang betul pun andaiannya.

    “Abang ikhlas bagi telefon ni. Sya kenalah terima. Lagipun ni adalah tanggungjawab abang sebagai suami jugak untuk menyediakan segala keperluan Sya. Dan sekarang ni, Sya perlukan telefon sebab banyak benda yang Sya kena settlekan as a student. Am I right?”

     Ya.. dia betul. Aku perlukan telefon sebab nak hubungi kawan-kawanku. Dahlah aku ni special case sikit. Tinggal kat luar. Orang lain dok kat kolej kediaman. Kalau ajak jumpa nak bincang, semua on je. Tapi aku ni lain. Bimbang jugak termiss kapal terbang. Tak pasal-pasal  semua orang ingat aku tak bagi kerjasama pulak.

     Tapi, memang kena Blacberry Torch ke? Tahulah sekarang zaman BB, iPhone dan Samsung Galaxy. Tapi, tak payahlah hadiahkan aku benda tu. Setahu aku, Izz pun pakai Blacbery Torch jugak. Tapi warna hitam. Couple smartphone ke apa ni?

    “Sya?” Izz bersuara lagi bila aku masih diam.

     Aku pandang dia. Err.. sekarang ni, kena terima atau tak? Akhirnya aku ambil jugak. Izz senyum puas.

     “Biar abang masukkan sim.” Belum sempat keluar apa-apa dari mulut aku, dia dah  ambil telefon di tanganku. Dia masukkan kad sim. Sekejap je dah on. Aku hanya memerhati. Entah apa yang dia tekan pun aku ak tahu.

     “Dah.. abang dah savekan nombor abang.” Dia serahkan balik kepadaku. Macam biasa, senyuman tak lekang di bibir. Ala… sweetnya. Janganlah macam ni. Aku reti la nak pasang sendiri.

     “Thanks.” Hanya tu yang mampu aku cakap.

     ---------

“Hafiy mana?” Aku pecahkan rasa janggal antara kami.

      Tadi, masing-masing senyap. Masing-masing lebih selesa tengok ikan koi yang tengah berenang. Macam menarik sangat sampai-sampai kami tak bersuara. Buatkan aku rasa makin janggal. Janggal yang sama pernah aku rasa masa aku mula-mula kenal dia. Kenapa boleh rasa macam ni? Sebab status kami dah berubah ke?

     “Hafiy tidur. Baru je tidur tadi.”

     Oo.. Hafiy tidur. Lupa pulak. Masa-masa macam ni biasanya memang Hafiy akan tidur petang.

     Diam lagi. Dia ni takde cerita nak cerita kat aku ke? Awkward dowh! Kalau takde, masuklah rumah. Pergi tidur. Tidur petang ni memang seronok. Janganlah duduk sini. Nak berangan pun terbantut.

     “Mak Mah mana?” Aku tanya lagi.

     “Tengah temankan Hafiy tidur.”

    Oo.. Mak Mah tengah temankan Hafiy tidur rupanya. Lupa pulak. Kalau Hafiy tidur, memang Mak Mah akan temankan dia sebab bahaya kalau tinggalkan Hafiy sorang-sorang dalam bilik. Buatnya terjun tangga, siapa mahu bertanggungjawab?

     “Abang tengah ambil angin tepi Sya dan Sya pulak duduk tepi abang. Nak tanya saper lagi? Dalam  rumah ni cuma ada empat orang je.” Belum sempat aku bukak mulut, dia dah bidas.

     Aku mencebik. Nak menyindir aku la tu! Suka hati akulah. Dia tak tahu ke aku tanya banyak-banyak ni sebab aku canggung dengan dia? Nak diamlah macam ni. Anggap je satu batu kapur yang duduk sebelahku sekarang ni. Melampau ke kalau bandingkan Izz dengan batu kapur? Err.. tak kut kalau dia tak tahu. Heh!

     Angin bertiup agak kuat buatkan pokok buluh yang ditanam mengeluarkan bunyi bila dedaunnya bergeselan sesama sendiri. Nasib baik tengah siang. Kalau malam, mahu pecut seratus meter aku sebab takut. Tu kalau lari. Kalau tak lari, silap-silap hari bulan, boleh terpeluk orang sebelah. Involuntary reflex la katakan. Seram wei.

     “Ada daun kat rambut Sya.” Serentak dengan itu, tangan Izz naik ke atas kepalaku. Aku kaget. Terus laju jantung mengepam darah. Tak sangka dengan tindakan spontannya.

     “Kuat sangat agakya angin tadi sampai-sampai daun pun boleh terbang atas rambut Sya,” komennya sambil menguis-nguis rerambutku lembut.

     Aku cuma diam. Beberapa ketika kemudian, dia larikan tangannya.

     “Thanks.” Aku ucap sambil pandang daun bertuah yang singgah atas rambutku tadi. Haramlah aku nak tengok dia tengah-tengah emosi tak berapa nak stabil ni.

     Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

     “Err.. Izz! Kenapa awak cakap rumah ni rumah Hafiy?” soalku berlagak selamba. Cuba buang rasa segan dan malu tadi. Aku nak tahu daripada mulut Izz. Tak seronokla buat andaian sendiri ni.

     “Sebab ni rumah abang Long dengan Kak Long. Papa hadiahkan sempena perkahwinan mereka.”

      “Cantik dan unik.” Dari semalam aku dok puji rumah ni.

     “Mestilah. Rumah ni satu dalam dunia. Arwah Abang Long dulu seorang arkitek. Sebelum abang Long kahwin, dia selalu cakap nak design rumah sendiri untuk isteri dan anak-anak dia. Papa pun tahu. Sebab tu la papa hadiahkan rumah ni. Abang ingat lagi masa mula-mula abang Long dengan Kak Long bertunang. Beberapa malam abang Long tak cukup tidur semata-mata nak siapkan pelan rumah. Yang jadi mangsa, abanglah. Selalu je dia call buat teman tak bagi mengantuk. Nasib baiklah kat Cambridge masa tu siang. Kalau tak nak kena jugak abang Long masa tu.”

     Aku yang dengar pun rasa kagum. Seronoknya kalau suami hadiahkan rumah yang direka sendiri. Pastinya rumah tu jadi lebih bermakna. Untung betul Kak Long Haslinda. Tapi sayangnya.. aku tak sempat nak kenal mereka berdua.

     Muka Izz berubah sedih tiba-tiba.

     “Tapi, sayang. Kejap je mereka sempat duduk dalam rumah ni. Allah lebih sayangkan mereka. Lepas mereka meninggal, abang Long wasiatkan segala hartanya termasuk rumah ni atas nama Hafiy. Tapi abang yang jaga semuanya sampai Hafiy cukup dewasa untuk uruskan semuanya sendiri.”

     “Tapi, kenapa awak tak duduk sini sebelum ni?” tanyaku lagi.

     “I was only 22, Sya. Zaman remaja belum habis lagi. Macam mana nak jaga anak? Abang memang perlukan ibu untuk jaga Hafiy. Sebab tu abang bawak Hafiy tinggal rumah ibu. Abang tengah study masa tu. So, abang duduk rumah ni sebab sini lebih dekat dengan kampus. Hujung minggu abang balik rumah ibu sebab nak tengok Hafiy. Tapi, ada masanya Mak Mah akan datang sini dengan Hafiy sebab nak bagi Hafiy kenal rumah dia.”

     Aku baru perasan sesuatu. Umur Izz masa jadi daddy Hafiy sama dengan umur aku jadi mummy Hafiy. Wah, kebetulan sungguh!

     “Sekarang ni, macam tu jugak ke?”

     “Sekarang ni, abang memang menetap kat sini.”

     “Kenapa?”

     Dia pandang aku sekejap. Lepas tu raup rambut coklat perangnya yang jatuh ke dahi ke belakang bila angin bertiup lagi. Nampak lembut je rambut dia. Nak je aku pegang, rasa sendiri lembut ke tak. Arghh.. buat gila kau, Qisya!

     “Sebab, dah tiba masanya untuk abang hidup dengan keluarga sendiri. Sebab, sekarang ni abang dah ada isteri. Lagipun, rumah ni dekat dengan universiti Sya, kan?”

     Erk.. macam tu pulak? Pasal aku jugak ke? Tapi.. memang betul pun. Rumah ni dekat sikit dengan kampus aku. Nak je aku tanya dia, ‘Saya ni menyusahkan awak, kan?’

     “Emm… Aunty Fatmah dengan Uncle Manaf sihat?” soalku. Sejak krisis hari tu, tak pernah lagi aku jumpa mereka.  Bimbang jugak aku kalau-kalau diorang dah benci aku.

      Dia pandang aku. Lama. Macam aku buat salah je. Apa? Salah ke aku tanya? Ke marah sebab baru sekarang aku ingatkan mereka?

     “Ibu dengan papa sihat.”

     Bila dengar dia tekankan ibu dengan papa tu, aku rasa aku faham kenapa dia pandang aku macam tu. Lupa dowh yang Aunty Fatmah dan Uncle Manaf tu dah jadi mentua aku. Err.. sorry ya Izz. Serius tak ingat la.

    “Diorang marah dan benci dengan saya ke?”

     Takut aku bertanya. Manalah tahukan? Sebab peangai aku, aku akui memang teruk pun. Dahlah nak tendang anak teruna mereka depan mereka hari tu. Tak cukup dengan tu, tuduh anak diorang macam-macam. Lepas tu, siap lari daripada anak diorang lagi. Chantek sangat la perangai aku.

     “Ibu dan papa tak pernah marah dan benci Sya. Mereka faham keadaan Sya masa tu. Mereka nak sangat jumpa Sya.”

     Aku terdiam.

     “Mama dan papa pun nak sangat jumpa Sya.”
     Dia pandang aku. Aku terus tunduk. Rasa bersalah. Aku pun nak jumpa dengan mama dan papa. Tapi aku belum bersedia. Aku cuma diam.

    “Diorang rindu dengan Sya sangat-sangat. Sya tak rindu mama dengan papa ke? Abang Q?” Dia bersuara lagi.

     Makin aku menunduk. Muka aku dah suram. Mestilah aku rindu. Rindu sangat-sangat sampai-sampai aku pernah menangis sebab rindukan mama.

     “Saya nak jumpa mama, papa dengan abang Q. Tapi saya takut nak jumpa mereka.”

     “Kenapa nak takut?” Err.. aku takut ke sebenarnya?

     “Saya takut diorang marah saya sebab lari rumah. Saya belum bersedia lagi.”

     “Mana tahu belum bersedia, Qisya, selagi belum jumpa mereka. They are your parents, Sya. Mestilah diorang tak marahkan Sya.”

     Aku tak tahu nak cakap apa.

    “…Atau, sebenarnya Sya yang masih marahkan diorang sebab terpaksa kahwin dengan abang. Sya masih lagi tak boleh terima keputusan papa yang paksa Sya kahwin dengan abang? Sya masih tak boleh lupa pasal apa yang jadi kat hotel hari tu?”

     Tiba-tiba hati rasa panas.

     “Kan saya dah cakap jangan sebut pasal hotel tu kalau taknak saya lari rumah lagi sekali!” tegasku. Ada aura mengugut dalam ayat aku. Muka rasanya dah merah sebab tahan marah yang tiba-tiba muncul. Pantang aku sebut pasal hotel tu, nak mengamuk je rasanya.

      “Okay.. abang mintak maaf. Sya janganlah cakap macam tu.” Suara dia seakan-akan memujuk aku. Lembut.

     Aku jeling dia bila dia cakap macam tu. Muka cukup tenang buatkan hati yang marah pun terus sejuk. Okay.. kali ni aku maafkan dia. Tapi, lagi sekali keluarkan pasal isu hotel tu, memang hi-hi, bye-bye la dengan aku! On the spot jugak aku blah daripada rumah ni. Tak percaya, cubalah!

     “Abang cuma nak Sya fikir pasal mama dan papa. Selama ni mereka dah hormati keputusan Sya untuk tenangkan fikiran. Mereka tak cari Sya. Tak cukup ke dua minggu Sya cari ketenangan diri Sya?” lembut Izz bersuara lagi.

     Dua minggu. Bukan dua bulan. Kejap je la dua minggu tu. Tapi, kalau dua bulan, sanggup ke aku tahan rindu aku kepada keluarga aku?

     Semuanya Izz punya pasal. Ayat dia buatkan aku macam anak derhaka. Tapi, memang dah boleh kategorikan derhaka pun. Buat aku rasa sedih. Buat air mata aku rasa macam berlumba-lumba nak keluar. Tak pasal-pasal aku menangis. Kepala makin menunduk. Aku gigit bibir. Cuba menahan esakan daripada berbunyi. Nak je sekarang ni aku lari cari port yang paling sesuai untuk menangis. Tapi, kakiku enggan.

     Aku tak bermaksud pun nak jadi anak derhaka. Aku sayang mama. Sayang papa. Sayang abang Q. Rindunya!!

     “Sya… are you crying?”

     Soalannya buatkan aku makin kuat menangis. Daripada teresak-esak, terus jadi tangisan panjang. Alang-alang dia dah nampak, buat apa nak sorok lagi? Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Kenapa aku menangis ni? Apa yang pasti, aku sangat sedih!

     “Shhh.. please don’t cry.”

      Muka Izz dah cuak. Mesti tak sangka aku akan menangis macam ni. Tak pun dia terkejut sebab aku dah menangis mengalahkan Hafiy. Aku rasa malu aku padanya bagaikan hilang buat masa sekarang.

     Izz tak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia mengensot ke arahku. Teragak-agak tangannya cuba menyentuhku. Takut kena terajang sampai masuk kolam ikan koi agaknya. Akhirnya, aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku diam. Tak pulak keluar bunga-bunga tae kwon do aku bila dia peluk aku. Dan aku, boleh pulak aku tenang kena peluk padahal sebelum ni mana ada lelaki pernah peluk aku.

     “Abang tak tahu macam mana nak pujuk perempuan. Abang mungkin fail kalau nak pujuk Sya dengan ayat-ayat jiwang karat empat belas...” Apa punya ayat nak pujuk aku daa? Kalau yang nak merajuk, boleh terus tawar hati agaknya.

     “.. But, if you want to cry, my shoulder will always be the best place ever.”

     Kali ni aku terkelu. Terharu dengan ayat yang baru diungkapkan. Aku tak tahu mana dia kutip ayat tu, tapi buatkan hatiku rasa sesuatu. Terus aku lepaskan semua punca yang buatkan aku menangis ni walaupun aku sendiri tak tahu puncanya.

     “Saya rindu dengan mama, papa dan abang Q. Saya nak sangat jumpa mereka.” Serius aku rasa sangat-sangat rindu dengan keluarga aku.

     “Shh… you better don’t say anything. Just let everything out today.” Dia bagaikan memujukku. Menghalang aku memikirkan apa yang buatkan aku sedih. Mengharap air mata yang keluar dapat mencuci hati yang tengah berduka. Rasa tangannya mengusap lembut belakang tubuhku. Kemudian, diam antara kami. Lebih sepuluh minit kut aku nangis kat bahu dia.

     Tangisan aku dah makin surut. Rasa lega dadaku. Dia renggangkan jarak antara kami. Daguku ditolak menghadap mukanya. Dia senyum. Kedua-dua ibu jarinya mengusap air mataku.

     “Dah lega?” soalnya. Mata kami bertentang. Buatkan aku bagaikan tersedar. Err.. apa dah jadi tadi? Kami berpelukan?

     Tiba-tiba aku rasa malu. Panas muka sebab menangis dah hilang, berganti pulak dengan panas muka sebab malu. Terus aku jauhkan tubuhku daripadanya. Malunya! Aku pandang t-shirtnya. Dah lencun dengan air mataku. Agaknya hingus aku pun ada yang meleleh kat baju dia. Arghh… lantaklah! Kira halallah.

     “Mummy.. Daddy.. Here you are.”

     Aku dengar suara Hafiy. Aku dan Izz berpaling ke arah Hafiy serentak. Dia mengusap-usap matanya macam baru lepas bangun tidur. Kaki terus berlari ke arah kami. Hafiy duduk di antara kami. Ruang yang tadi ada, dah dipenuhi.

     “Hafiy dah bangun?” mesra aku bertanya kepada Hafiy. Jangan pulaklah dia nampak mata aku yang merah lepas nangis.

     “Dah. Puas Hafiy cari mummy ngan daddy tadi. Hafiy ingat mummy dah tinggalkan Hafiy lagi.”

      Aku cuma senyum. Hafiy datang pada masa yang tepat. Takdelah aku nak malu sangat pasal perkara tadi.

     “Mummykan dah janji dengan Hafiy. Takkanlah mummy nak tinggalkan Hafiy.” Aku legakan hati Hafiy.

     Hafiy tersengih lebar, menyerlahkan kecomelan asli miliknya. Kemudian, dia tepuk tangan.

     “Hoorey.. mummy takkan tinggalkan Hafiy. Mummy dengan daddy pun dah baik, sebab tu la daddy peluk mummy.” Hafiy bersorak riang.

     Terkejut jugak aku dengar. Hafiy nampak Izz peluk aku? Malunya! Aku rasa muka aku kembali panas, tapi aku buat selamba. Buat tak nampak dengan susuk tubuh Izz yang duduk sebelah Hafiy. Walaupun sekarang ni aku rasa dia tengah tenung aku.

     “Daddy.. kenapa baju daddy basah?” Mata Hafiy merenung ke arah kesan air mataku pada baju Izz. Aku diam. Dia tanya Izz, bukan aku, kan?

     “Oo.. tadi daddy ngan mummy main-main dengan ikan dalam kolam tu. Mummy ni la, nakal sangat macam Hafiy percikkan air kat baju daddy. Habis basah baju daddy.” Izz mengarang cerita. Bulat mata aku yang mendengarnya. Suka hati je nak karang cerita. Tapi, better daripada dia cakap aku menangis kat bahu dia. Aku lebih selesa diam.

     “Oh, mummy kacau Tod dengan Tompok Hafiy, ek?”

     Tod dengan Tompok? Apa kejadah pulak ni?

     “Tod dengan Tompok tu apa?”

     “Apa la mummy ni. Tod ngan Tompok pun tak kenal. Yang tu Tompok, yang tengah berenang tu, Tod,” kata Hafiy sambil tunjukkan ke arah kolam.

     Ooo.. Tod dan Tompok tu ikan ke? Aku pandang kolam ikan. Mana pulak la budak ni bagi nama? Dahlah ada berbelas-belas ekor. Macam mana la dia boleh bagi nama kat dua ekor ikan je? Sama je aku tengok.

     “Sama je mummy tengok.”

     “Tak sama la mummy. Tod ada oren kat kepala. Tompok ada banyak tompok.” Hafiy marah aku bila aku komen ikan-ikannya.

     Aku gelak. Kelakar.

     “Hafiy ada Tod ngan Tompok, ya? Mummy nak jugaklah kalau macam tu.”

     “Boleh.. boleh.. mummy ambik Lily dengan Rock.”

     Allah.. mana satu pulak Lily dengan Rock ni? Tak faham betul aku!

     “Kenapa bagi nama Lily dengan Rock?”

     “Sebab… Lily tu suka sangat dok bawah daun lily tu. Rock pulak sebab dia suka dok celah batu. Haa.. tengok. Kan Hafiy dah cakap.”

     Dia tunjukkan ke arah dua ekor ikan yang sedang berada di bwah daun teratai dan juga di celah batu. Aku tergelak. Kelakarnya Hafiy ni. Sedikit-sebanyak kehadiran Hafiy buatkan hati aku gembira. Aura budak-budak. Oh, my little angel!

     “Bincang pasal ikan dengan Hafiy ni, sampai besok pun ak habis. Hafiy.. Hafiy..” Izz yang dari tadi diam akhirnya bersuara. Bibir menguntum senyuman. Aku angguk. Setuju!

     “Hafiy, kalau esok kita balik rumah nenek mummy nak?” Izz berkata lagi buatkan aku rasa terkejut. Nenek mummy tu maksudnya rumah mamaku.

     Aku pandang Izz. Bila masa pulak dia buat keputusan ni? Muka Hafiy makin ceria.

     “Ya ke, daddy? Yey.. boleh main dengan Pak Long Q.” Hafiy bersorak lagi. Tubuhku terus dipeluknya. Aku hanya mampu senyum. Aku membalas pelukan Hafiy.

     “Daddy.. peluklah mummy macam tadi.” Selamba budak tu mengarah. Terkejut semestinya! Aku dah tak senang duduk.

     Aku pandang Izz, Izz pandang aku. Boleh tak mata aku nak bagi amaran, ‘Kalau rasa nak hidup lama, jangan cuba-cuba nak peluk aku.’? Tak boleh.. hakikatnya kalau dia peluk aku, takkanlah aku nak terajang dia depan Hafiy?

     “Daddy…” gesa Hafiy lagi.

     “Ya, sayang.”

     Akhirnya, tangan kekar Izz melingkar ke tubuhku. Aku pulak, nak taknak terpaksa tayang muka redha. Demi Hafiy. Aku ditarik makin rapat ke dadanya buatkan jantung aku turut berdegup pantas.

     “Hoorey.. sayang mummy. Sayang daddy.” Rasa tangan Hafiy makin kejap di pinggangku. Tangan Izz juga makin erat memelukku buatkan wajah aku betul-betul melekap pada dada bidangnya. Aku dapat dengar rentak jantung Izz. Tak stabil macam aku.

     “Daddy pun sangat sayangkan Hafiy, sayangkan mummy..” Dan aku dengar jantungnya berdegup makin laju.

     Err.. kenapa jantung dia berdegup sangat pantas?




*** SORRY FOR KEEPING YOU GUYS WAITING. GOMENNE..

94 comments:

  1. rase nk peluk Hafiy ketat2...
    pndainye Izz pujuk Sya...
    sweet sesangat...

    ara

    ReplyDelete
  2. worth waiting...
    don't worry cik writer :)

    ReplyDelete
  3. Betul2 sweet..

    ReplyDelete
  4. Penat bukak-tutup-bukak-tutup . And tadaaaa , dah ada . Sangat best .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sme la kte.. 3sept ke 14sept dan hr seterusnya.. Diakhiri dgn penantian yg memuaskan..

      Delete
    2. takkan lari gunong dkejar...haha

      Delete
  5. besh la anjell! :)sweet memang sweet.. bertambah la kencing manis ni:D

    ReplyDelete
  6. Great! I like this entry! Keep up your good world Angel!

    ReplyDelete
  7. Sb yg ni lmbt,nx n3 kene cpt plak ye..haha ..best...moga izz lebih cnfiden nk menunjukan aura romantisnya dlm memikat sha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,btul,btul.....

      Delete
    2. haha...kcepatan entry tu mmg xdpt djamin la sbab hdup dh buzy...jarang ad msa nk tlis nov la..hidup dh bbeza ngan bbrapa blan lpas.. : (

      Delete
  8. waaa syok ngat kne peluk ngan izz keke (muka gatal),.

    ReplyDelete
  9. Kamon izz...pikat sya abes abesan....caiyok! ;p

    ReplyDelete
  10. so sweet Sya dan Izz....
    pandai Izz pujuk si Sya...

    ReplyDelete
  11. alahai lama bonar menantinya
    tapi sweet le.. nak lagi

    ReplyDelete
  12. rindunye izz ngan sya..bestnye. happy family. sya jgnle majuk2 lg. Penat izz nak pujuk tau. tapi izz pandai memujuklah...hihihihi

    ReplyDelete
  13. hehe.. bahagianya family ni...

    ReplyDelete
  14. Bila ya rahsia hati Izz pada Sya akan terbongkar.... biar Sya tahu yang sebenarnya dalam hati Izz dari dahulu hanya ada Sya, bukan ada nama lainnn... mana adik ipar Sya yang baik hati tu... bagi dia dan abang Q yang buat kantoinya rahsia hati Izz ..... seronokkkk.... sebab Sya pun suka juga dengan Izz kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3... biar abg Q & adk izz tu story morry kat sya or secara kebetulan sya terdengar... then parents diaorg plan wedding besar2an & gilang gemilang.. hahaha..

      Delete
    2. mmg sy jdikan si q n kimi 2 sbg the bigest helpers dlm ni...selain hafiy yg comel of coz..haha..

      Delete
  15. Lamanyer takde entry utk suamiku paling sweet nie.. Dpt baca asyik tersenyum2 (tgh tulis comment nie pun still tersenyum2)... Pandai Izz pujuk Sya..Sila la sambung cik writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sy akn smbg bler ada msa free..jgn syum bnyk sgat.smpan snyum tok next entries..hehe

      Delete
  16. tiap2 hri dok intai2 blog ni.. & hari ni happy sesangat ada n3 baru yg sweet ala ala lolipop.. bestnye.... biar la sya tu tau cpt2 apa yg b'laku kat hotel tu... nak tau jugak ni rancangan abg Q ke or memang ada yg dengki kat sya.. next n3 pls..

    ReplyDelete
  17. huhuh berjanggut saya menunggu new entry ni akhirnya dpt juga baca. so next entry bila tahun pulak nak post? hehehehe jgn marah rrr!!!......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgok kalau ada kat blog, adala tu..n xmstahil update thn dpn jgak...hehe..

      Delete
  18. soooooooooo sweetttttttttt:) love it!

    ReplyDelete
  19. Haaaaaa nk abg izzz peluk gak.....sweet sangt22222

    ReplyDelete
  20. so sweet..lame sngt tnggu..khirnyer dpt jgak n3 bru..thanx

    ReplyDelete
  21. best...tk sabar nak tggu next n3...hehehe

    ReplyDelete
  22. alololo...sweetnyewwwwwwwwwwwww.....<3

    ReplyDelete
  23. love love love..knp jntung ni bertukar rentak jugak???

    >>k<<

    ReplyDelete
  24. Oh my!hafiy kena selalu suruh daddy peluk mummy. Hehe. Hafiy yg sporting! Cepat2 bg next entry ye. Can't wait!

    ReplyDelete
  25. OMG! novel ni sangat2 best. *thumbs up

    ReplyDelete
  26. Akhirnya!!! Penantian mmg satu pnyiksaan...

    ReplyDelete
  27. betul3. novel ni tersangatlah best! lama menanti smpai xingt cite. tp bila dh bca SPS 20 ni terus ingt balik dh. nak lagi please :)

    ReplyDelete
  28. Best..sweetnya. hafiy kena byk mainkn peranan satukn mummy dgn daddy...cepatle next entry..x sabor.

    ReplyDelete
  29. Oh my god!!!! Sweet ya amat oi!!!

    ReplyDelete
  30. sweet sgt².... next entry cepatka yer...

    ReplyDelete
  31. terubat rindu kat hafiy... alahaiii... sweetnyer izz dgn qisya... :)

    ReplyDelete
  32. thanks anjell sya anggap entry kali nie sebagai hadiah sempena hari lahir saya hari nie yg ke18 ..thanks anjell hadiah nie amt bermkna sbb dh lma tunggu =) nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke??sy trut gmbira tok anda WAHAI BDAY GURLZ...sy arap msih blum trlmba tok sy ucapkan HAPPY 18TH BIRTHDAY..MAY ALLAH BLESS YOU.. : )
      TQ..

      Delete
  33. weet nye....tod, tompok, lily and rock tgk je 3 beranak ni peluk2...hehe...

    ReplyDelete
  34. rindunya dengan izz, sya n haffiy.

    ReplyDelete
  35. Aura bhgia dh mai~alhamdulillah

    ReplyDelete
  36. amboi pjuk2 pn dpat pluk ag..suka la izz dpt mnja dgn sya kn..hati sya x bdegup mcm izz ke berdetak lebih kencang ke??

    ReplyDelete
  37. sweetnye..sebab hafiy,izz dapat peluk qisya buat kali kedua..smbunglh cpt,xsbr nie

    ReplyDelete
  38. haaaaaaaaaaaaaa....... comel >_< ble la sya nk sker dkt izz?? msti sweetkn?? tetiba rindu la plak dkt abg Q yg suka mngusik.... hihi best..... nk lgi aci x?? XD
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  39. akhirnya ada jgk entry baru. sgt sweet la izz. sya pulak punya la slamber giler. keep it up, writer. :D

    ReplyDelete
  40. ermm..terubat juga hati ni... sedikit sebanyak hafiy jd org tgh antara sya & izz. suka-suka!!!!!!!!senyum je ble baca n3 ni. teruskan usaha awk ye cik Anjell!!!

    ReplyDelete
  41. omg!!!!!!it would be heaven in the sky if i'm Sya......

    ReplyDelete
  42. Omaii..! this is so sweet! rasa nak cubit2 je pipi hafiy.. keep it up anjell

    ReplyDelete
  43. the best...Anjell bila exsperimen cinta publish?

    ReplyDelete
    Replies
    1. exp cinta publish maybe awal thndpan kut sbab sy blum pun anto manuskrip tu lg..sy mahu anto bln nov ni..

      Delete
  44. Akhirnya.... Suka izz x sbr nk tunggu bab yg sha bls cinta izz

    ReplyDelete
  45. tq angel...terubat rasa rindu di hati...

    ReplyDelete
  46. akhirnya setelah lama tunggu , thank anjell
    nak macam familly bahagia je diorang ni

    ReplyDelete
  47. salam cik anjell,

    cerita ni memang menarik. saya sgt tertarik dgn gaya penulisan awak dan penggunaan bahasa inggeris juga adalah baik. walau bagaimanapun, saya ada sedikit komen yang saya rasakan perlu untuk menambah baik jalan cerita dalam novel awak ni.

    untuk makluman cik anjell, post majistret adalah merupakan jawatan yang dipegang oleh pegawai undang-undang gred 41-48. bagi mengekalkan kelogikan cerita dan supaya pembaca tak rasa irritating dgn fakta yang kurang tepat berkenaan majistret, saya sarankan agar cik anjell menukar "majistret" kepada "hakim", untuk bagi lebih menarik mungkin boleh create watak papa sya sebagai hakim mahkamah tinggi. then, baru la sesuai jika beliau adalah seorang tan sri, kaya dan mempunyai driver.

    untuk makluman lanjut cik anjell, majistret adalah pegawai undang-undang dari kumpulan pengurusan dan profesional nak kesemuanya terdiri daripada pegawai-pegawai muda. majistret tak mungkin dapat gelaran tan sri dan tak mungkin kaya raya.

    jangan ambil hati dengan teguran saya ye. hal ini saya rasakan perlu dan penting terutamanya jika novel ini berjaya dibukukan. kita taknak pembaca dibekalkan dengan makluman yang tidak betul.

    terima kasih! harap cik anjell boleh ambil kira saranan saya ni ye...bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...first of all, tq for your comments. (i think you were the same person who dropped comment on BAB 10, n if youre not, then i apologize)..dont wory..sy xamek aty pon pasal komen2 mcm tu.but, ill try my bes to improve my writing style. n in fact,sy dh pernah dpt komen yg lg mencabar.that sort of comments are nothing to me, n ill take them as challenges.sy jg bterima ksih coz dgn komen sbegitu, sy tau mana yg sy perlu perbaiki n kkurangan sy dlm bidang pnulisan yg rasanya jagung pun lebih tua.

      sy nk mntak maaf kat smua pmbaca kalau dah bg salah info.sbab, sy mngaku yg sy ni xde la tau sgt pasal laws ni coz ,im not a law student.sy cma tau psal anatomy n physiology specifically for homo sapien species.everyday in my life is just for patients..for your information, i already changed Sya's papa's profession to Hakim after a friend of mine did mention the same like yours.tp,smuanya ad dlam sy pnya manuskrip yg sbenar-benarnya n sy cma mlas nk update at sini.people will notice the change when this novel is published (insyaAllah n tak tau taon bila..haha..)

      knapa sy xtukar kat sini?sbab sy malas nk update n update mengaupdate ni leceh.n also, i got a lot of things to do instead of updating this blog.one thing that i think all readers must know, when i did any correction or adding anything to my novels, i didnt change anything here bcoz all of you can read it in my printed novels.. (insyaAllah)..n i think some of you might not read twice on my karya n if i do any changes, perhaps nobody will notice.

      n again,thanx for the comment..to all my readers, im really really sorry for the doubt..n to those yg comment on my english stle, again i apologize because im used to use the same english when talking to my friends. maybe ad yg xikut grammar,as long s people understand, then for me it doesnt matter.or maybe its a serious matter if you guys TESL students read my novels.im sorry then.kpd yg mbaca komen ni, sy harap anda semua dah mklum.n maaf la...pnjg pulak komen kali ni.bkn nk marah or apa.cuma nak jelaskan apa yg patut, ketika sy ada masa ni. Harap maklum..tq..Assalamualaikum : )

      Delete
    2. Dear Anjell,
      writing a novel is not like you write a book. Novel boleh dibaca w/pun guna bahasa yg santai. So, don't worry coz as long reader understand the plot of the story then you already successfully. Mmg tak mudah nak puaskan hati semua pihak, tapi kita tulis apa yg kita suka dan biarlah pembaca nak komen apa-2 pun. Komen yg membina amatlah perlu, tp kalu komen yg menyakitkan terimalah seadanya. Wish you all the best..

      Delete
  48. suke sangat bace karya akak , sempoiii je .. btw , bile EC boley terbit ye ? tak sabar nk beli ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...:)..sy mmg ska yg smpoi2 pya.hehe..EC tu,klau xde aral melitntg,mmg insyaAllah sharp anta dlm bln november nanti.phak pnerbit ckp maybe publish awal thn dpn..

      Delete
  49. seronok membaca n tak sabar n3 baru hihih...

    ReplyDelete
  50. Mmg sesuai lah dgn tjuk novel ni suami aku paling sweet.mmg sweet!! Trasa melting jiwa I mmbacanya:p

    ReplyDelete
  51. memang best cerita ni... tk sabar nak baca next n3... kl dibukukan, saya mesti beli

    ReplyDelete
  52. bagi saya yang nie pown dah terbaikkk.....anjell layan harap novel nie ada dipasaran secepat yg mungkin...please.... daebak!!!!!!

    ReplyDelete
  53. anjell.. bila nak kasi n3 baru??? dah rindu gila kat hafiy & my sweet iz... pls anjell, up new bab soon..

    ReplyDelete
  54. lamenye nk update n3 baru tuk sps....uhuhu....cepat2 la hasilkan novel...xsabar nk beli ni

    ReplyDelete
  55. anjell bler nak hasilkan novel..cpt2 hasilkan novel..xsb nak beli..sweet sgt cter ni..huhu

    ReplyDelete
  56. Best dan sweet sangat ceriter ni. Tak pernah jemu. Di baca.Everytime baca,rasa tak puas.Kaeep it up Anjell.

    ReplyDelete
  57. asyu aka syuhaidah3 November 2012 at 11:02

    best sgt2.. saya terbukak je blog ni.. tapi penulis entri ni mmg berbakat...teruskn usaha anda...huhuhu chaiyok2 :)

    ReplyDelete
  58. Mujur ada hafiy klau x gaduh je

    ReplyDelete
  59. Izz sweet giler..
    yg last tu best..berdebar giler izz..
    anyway, crt ni best sgt2..terbaik lah..
    tp masih nak tahu crt sebenar dkt hotel tu..izz mesti x buat mcm tu..dia baik..baik sgt2

    ReplyDelete
  60. Salam Anjell. Ada tak novel terbaru dari Anjell selain Hero Seornag Cindrell. Terima kasih. Salam

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )