Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 8 April 2017

Dr. Alpha Male (TEASER)

TEASER

Pagi itu, aku menyimpan segala barangku ke dalam kereta untuk dibawa balik ke rumah sewaku. Hampir seminggu aku habiskan masa di kampung, berfikir tanpa gangguan. Sekarang tengah cuti semester. Tapi cuti kali ini aku tak boleh nak bercuti sangat. Aku punya Mathematical Project yang perlu disiapkan. Itu adalah untuk subjek semester depan. Tapi memang semua bertungkus-lumus bermula dari semester lima lagi.

“Kakak..” Aku nampak umi di muka pintu. Kemudian berlari-lari anak turun anak tangga menuju ke arahku. Riak wajahnya agak cemas. Sebenarnya, aku sudah jangkakan reaksi umi itu. Tapi aku cuma berdiam diri.

Umi merapatiku yang berdiri di bahagian bonet kereta. Ada satu kotak kecil jernih dalam genggaman umi. Terbuka dan menunjukkan isinya yang kosong.

“Kenapa, umi?” soalku.

“Kakak, cincin Hilman hilang. Kotak..” Kata-kata umi tergantung di situ sebaik sahaja matanya menangkap kilauan pada jari manisku. Matanya sedikit meluas sebelum senyum menjadi lebar. Hilang segala rasa cemasnya tadi.

“Ya, umi. Cincin yang umi cari tu ada pada jari kakak,” kataku sebelum umi buka mulut. Aku tunjukkan jari manisku yang tersarung cincin Hilman. Senyap-senyap aku seludup masuk bilik umi. Saja nak bikin havoc, curi cincin tunang sendiri. Haha.

“Kakak terima Hilman?” soal umi teruja. Masih tak percaya agaknya.

Aku cuma angguk seraya senyum kecil.

“Alhamdulillah. Umi dah agak dah. Kakak pasti akan terima Hilman. Umi gembira sangat-sangat.”

Tubuhku terus dipeluk erat-erat. Umi betul-betul gembira nampaknya. Masa aku bertunang dengan Iwan pun, senyuman umi tak selebar ini. Mungkin kerana tercapai juga hasratnya mahu bermenantukan Hilman dan berbesan dengan kawan baiknya itu.

Umi rungkaikan pelukannya.

“Kakak yakin?” Umi minta kepastian. Mungkin dia takut aku akan menyesal. Hakikatnya aku sendiri takut aku akan menyesal. Jauhkanlah syaitan yang berbisik segala keraguan ke dalam hatiku. Aku berdoa.

“ Insya-Allah yakin,” jawabku. Pasrah.

Aku tunduk pandang cincin emas itu. Sangat ringkas. Cincin yang menggantikan cincin Iwan yang dulu. Betul-betul muat dengan jari runcingku. Tertanya-tanya juga aku macam mana Hilman boleh tahu saiz jariku?

Sekali lagi aku bergelar tunangan orang. Aku harap inilah kali terakhir.

“Umi yakin Hilman adalah yang terbaik untuk kakak dan boleh bahagiakan kakak. Tak sabarnya nak beritahu Lyn.” Umi teruja lagi.

“Umi, tolong jangan bagi tahu Hilman. Kakak sendiri nak cakap kat dia,” pintaku kepada umi. Salah satu sebab aku mahu pulang awal ke kampus adalah kerana Hilman. Kali terakhir kami berhubung adalah ketika di pantai dulu. Setelah itu, dia betul-betul beri masa kepadaku untuk berfikir. Dia hormatkan permintaanku.

Dan untuk itu, aku rasa selayaknya aku sendiri yang mengkhabarkan berita ini. Sekurang-kurangnya semuanya berbaloi dengan usaha dan penantiannya.

“Okey. Umi takkan cakap pada Hilman. Nanti umi suruh Lyn rahsiakan daripada Hilman.” Dengan senyuman lebar yang tak hilang-hilang lagi, umi menjawab.

“Kakak dah nak balik ke?” soal umi lagi apabila menjenguk ke dalam bonet kereta yang terisi beg komputer ribaku.

Aku angguk. Bonet kereta terus ditutup rapat. Dah tiada barang untuk diangkut lagi.

“Haah umi. Kakak balik dulu. Kalau kakak tak ada apa-apa, lusa kakak balik sini.”

Aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan umi. Terasa malas sebenarnya nak balik ke rumah sewaku. Tapi demi projek tahun akhirku, terpaksalah aku berkorban.

“Hati-hati drive. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.” Pesanan wajib umi setiap kali aku mahu pulang ke rumah sewaku.

    -----------

Jari telunjuk mengetuk-ngetuk bekas plastik berlambangkan Starbucks itu. Espresso. Kalau dah namanya espresso, tentu sajalah bukan untukku. Aku memang tak suka kopi. Pahit! Ini adalah untuk Hilman. Patutkah aku cakap, tunangku?

Tunang. Rasa janggal pula rasanya. Padahal hampir setahun aku memegang status itu kerana Iwan. Dan apabila bertukar orang, rasa semacam la pulak. Entahlah. Aku cuba tepis jauh-jauh perasaan itu. Mungkin lama-kelamaan aku akan biasa.

Setelah hampir dua minit menunggu, pintu lif terbuka. Ruangan lobi bangunan pejabat pensyarah itu agak sepi. Cuma aku seorang yang berada di dalam kotak besi itu. Aku ke sini pun sebenarnya bukan mahu berjumpa Hilman semata. Aku mahu bertemu Dr. Rina untuk berbincang tentang projek tahun akhirku.

Alang-alang satu aras dengan Hilman, aku membuat keputusan untuk bertemu Hilman dahulu. Mahu bertanya khabar. Seminggu lebih terputus hubungan dengannya, jujur aku rasa rindu untuk dengar suaranya. Kalau aku dah bersedia, mungkin juga aku akan mengkhabarkan tentang berita itu.

Dada rasa rancak berdetak sebaik kaki makin menghampiri bilik Hilman. Lama tak berjumpa dia, entah kenapa boleh rasa nervous pulak. Tapi aku cuba bertenang. Berlagak selamba. Tayang muka selamba.

Beberapa meter sebelum aku tiba di depan bilik Hilman, aku nampak pintu biliknya sedikit terkuak. Apa yang aku nampak buatkan aku rasa nak baling espresso masuk tong sampah. Oh, silap! Buatkan aku rasa nak simbah ke muka Hilman. Dan Nayla.

Ya.. sekarang ni, Hilman sedang duduk berdua dengan si salmonella tu! Aku tak dengar apa yang mereka bualkan dan aku tak lalu nak dengar. Entah kenapa juga aku rasa macam ada sesuatu yang mencengkam dadaku kuat-kuat. Sakit.

Kemudian tersedar sesuatu. Bodoh kau, Hazel! Aku tahu yang semuanya terlalu sempurna untuk menjadi satu kenyataan. Hilman tipu aku! Dia cakap dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nayla, tapi sekarang ni apa? Dasar lelaki!

Dengan wajah yang masam, aku tarik cincin di jari manisku dengan kasar. Berbirat juga rasa. Tapi tak sesakit hatiku sekarang ni. Aku pandang cincin itu lama-lama. Menyesal aku setuju. Kalau ikutkan hati marahku, memang aku buang terus. Tapi aku ada niat lagi murni. Aku nak jual. Nanti dapat duit. Barulah rasa puas hati sikit!

Lagi lama aku berdiri, lagi rasa darah mendidih. Malas aku nak sakit hati sendiri, aku mula mengatur langkah untuk ke bilik Dr. Rina. Huh.. rosak mood baik aku hari ni. Ikutkan hati, nak terus balik rumah. Tapi, aku dah janji dengan Dr. Rina.

Ketika aku berjalan ke bilik Dr. Rina, tiba-tiba aku bertembung dengan seorang lelaki. Aku pernah nampak dia ketika aku temankan Sabiha ke mesyuarat persatuan. Dia adalah pelajar diploma. Kalau tak salah, Naim namanya. Timbalan presiden aka orang kanan Sabiha.

Lalu kusekat langkahnya. Aku rasa aku tahu tujuannya ke aras ini.

“Naimkan?” tegurku.

“Ya, saya. Kak Hazel?” tekanya. Aku angguk.

“Nak pergi mana?”

“Nak jumpa Dr. Hilman. Nak minta dia signkan surat penting.” Macam yang aku agak, mesti nak jumpa Dr. Hilman. Sebab sekarang Dr. Hilman dah dilantik menjadi penasihat persatuan yang baru.

Bagus sangatlah kalau si Naim ni nak jumpa Hilman.

Good. Ni.. bagi ni kat Dr. Hilman. Kalau dia tanya siapa bagi, jangan cakap akak yang bagi. Cakap jatuh dari langit,” kataku dengan suara ditahan-tahan.

Naim pandang aku macam aku ni makhluk Zuhal yang baru menjelma jadi manusia. Aku buat tak tahu.

“Terima kasih,” kataku sebelum buka langkah.

  ------------

Hampir sejam aku bertemu dengan Dr. Rina, akhirnya supervisorku itu melepaskanku pulang. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku selepas perkataan keramat itu keluar dari mulutnya. Dengan mood yang merudum gara-gara Hilman tadi, tambah pulak sejam bersengkang mata di depan jurnal hard copies milik Dr. Rina, serius aku rasa nak cari katil sekarang ni. Tak pun cari askrim Magnum Almond. Nak turunkan kadar stres.

Aku simpan komputer riba di dalam beg galasku terlebih dahulu. Kemudian aku bersalam dan berterima kasih kepada Dr. Rina. Pertemuan kami sudah tentu diakhiri dengan set tarikh temu janji untuk sesi seterusnya.

Aku capai telefon pintar dari poket seluar jeansku. Mahu melihat jam. Tepat-tepat pukul tiga petang. Aku mengeluh kecil. Malas-malas aku mengatur langkah ke tengah-tengah aras di mana terletaknya lif. Cuma aku sendirian yang menunggu di tingkat sepuluh itu. Bangunan pejabat pensyarah memang sunyi. Apatah lagi sekarang ni pelajar ijazah sedang bercuti semester. Sememangnya pelajar ijazah lebih ramai daripada pelajar diploma.

Ting! Bunyi lif terbuka. Cepat pula lif sampai kali ini. Terus aku mengatur langkah untuk masuk ke dalam lif. Punat bulat yang tertera huruf G ditekan. Menunggu pintu lif untuk terkatup. Kepala disandar pada dinding lif. Penat.

Hold the elevator!” Aku dengar ada suara dari luar. Terus tegak tubuhku. Tangan automatik tekan butang buka supaya orang di luar sempat untuk masuk ke dalam lif ini.

Namun apabila pemilik suara itu menerobos masuk, rasa menyesal tak sudah-sudah! Menyumpah tangan sendiri yang gatal menekan butang buka tadi. Juga geram sebab tak cam awal-awal suara machonya. Tak pasal-pasal aku terperangkap berdua dengannya.

“Helo, Hazel! Terima kasih sebab tolong tahan lif tadi.” Suara yang aku rindui. Tapi aku juga masih marah. Buat tak endah dengan kehadirannya. Cepatlah sampai ke tingkat G.

Dia berdiri di sebelahku. Kakiku automatik berundur beberapa langkah menjauhinya. Enggan dekat dengannya.

Sabarlah, Hazel. Kejap aje. Tak sampai seminit nanti, sampailah ke tingkat G. Aku cuba memujuk diri sendiri.

Namun apa yang aku impikan itu terbang ke laut semuanya bila jari Hilman dengan rasa tak bersalahnya menekan butang 9 8 7 6 5 4 3 2 1. Hampir terkeluar mataku melihatnya. Aku mendengus kecil. Jenuhlah aku nak tunggu kalau dah tiap-tiap aras lif nak berhenti!

“Kenapa tekan semua tu?” marahku geram. Dahlah masuk tanpa diundang. Apa motif dia tekan semua punat tu?

Dia cuma mengangkat sebelah bahu. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack hitamnya.

“Saya nak duduk lama-lama dengan awak dalam ni,” jawabnya.

Sekali lagi aku mendengus. Lebih kuat. Sihat ke tak mamat ni?

“Nak apa?” soalku malas. Tawar hati dengan Hilman.

Ting! Tingkat tujuh. Aku berdoa semoga ada sesiapa yang masuk. Malah.. tiap kali lif berhenti pada setiap aras, aku berdoa supaya ada orang masuk. Tapi hampa bila pintu kembali tertutup.

Hilman cuma diam. Matanya merayap pada tanganku. Terusku berpeluk tubuh.

“Mana cincin saya?” Soalannya hampir buatkan aku rebah. Macam mana dia tahu?

Wajah selamba ditayang.

“Entah. Manalah saya tahu. Tengah bergimrama dalam tasik agaknya. Awak nak apa ni?” soalku sekali lagi.

“Nak jumpa tunang saya.”

Aku mendengus lagi. Tunang? Malasnya aku nak layan.

Ting! Tingkat empat. Tak adalah penat sangat kalau aku turun ke tingkat G pakai tangga. Baik aku cepat-cepat keluar sebelum pintu lif kembali tertutup.

Namun Hilman lebih bijak membacaku. Belum sempat aku nak lari keluar, dia tegak berdiri di depanku. Kedua-dua kening diangkat untuk mencabarku supaya melepasinya. Aku telan liur. Sudahnya, pintu lif kembali terkatup.

“Siapa nak jadi tunang awak? Bila masa saya setuju?” Aku agak marah. Marah sebab dia berjaya buatkan aku tunduk dengan kemahuannya.

“Awak datang nak jumpa saya. Mesti awak nak cakap yang awak terima lamaran saya.”

Aku hamburkan ketawa. Dibuat-buat. Kenapa senang sangat dia baca aku?

That confident, huh?”

Of course!”

Aku pulak yang sakit hati mendengar keyakinan Hilman itu.

Ting! Tingkat G. Alhamdulillah. Akhirnya! Berkobar-kobar semangat aku nak keluar dari tempat sempit ni. Sesak nafas aku terperangkap dengan Hilman ni. Baru sahaja aku mahu keluar, sekali lagi Hilman bertindak lebih cepat. Tegak dia berdiri di depan pintu lif, lalu butang tutup lif ditekan beberapa kali. Dan bila pintu lif kembali rapat, punat 18 ditekan. Tingkat paling atas.

Sekali lagi aku ternganga bila terasa lif mula kembali naik.

“Hilman! Saya nak balik. Awak ni kenapa? Dah tak ada kerja ke main naik turun lif ni? Dah nak tukar profesyen jadi lift boy pulak ke?” marahku kegeraman. Nak main, main sorang-sorang. Tak payah ajak aku!

Answer me, Hazel. Awak nak jumpa saya, tapi kenapa awak tak datang jumpa saya?” Suaranya penuh authority, mahukan jawapan. Bersandar pada dinding lif sambil tepat memandangku.

“Bila masa saya nak jumpa awak? Awak ada bukti?” cabarku pula.

“Ada orang hantar espresso kepada saya.”

So, kalau awak dapat espresso, sayalah orangnya? Manalah tahu, entah-entah espresso tu sebenarnya jatuh dari langit.” Marah! Sepatutnya aku letak salmonella sesudu dalam espresso tu dulu, barulah penat dia nak bermaraton ke tandas.

Hilman senyum lucu. “Well.. that was what Naim said. Jatuh dari langit. So, it was really you.”

Aku gigit bibir bawah. Dalam hati rasa nak lempang muka sendiri yang tak berapa cerdik bila berhujah dengan Hilman. Kantoi tak pasal-pasal.

“Lagipun sweetheart, hanya seorang saja yang saya pernah bagi tahu yang saya suka espresso. Dan orang itu adalah tunang kesayangan saya, Hazel.”

“Iya? Bukan salmonella?”

Niat asal nak menyindir. Tapi sudahnya sekali lagi aku rasa nak lempang muka sendiri. Apatah lagi melihat senyuman nakal yang memekar di bibir Hilman. Sekali lagi kantoi.

You saw it.” Bukan satu soalan tapi satu kenyataan.

Aku angkat kedua-dua bahu. Kononnya tak kisah. “Well.. benda free nak tonton, siapa tak nak tengok?”

Are you jealous, Hazel?” usik Hilman.

Tapi aku rasa marah. Mukaku menjeruk.

I’m not jealous. I’m rethinking. Mata saya tiba-tiba terbuka,” ujarku serius. Wajah juga serius.

Dan dengan itu, luntur terus segala senyuman Hilman. Puas hati juga aku melihatnya. Apatah lagi matanya terbias sesuatu. Takut. Namun cepat saja semuanya dikaburi dengan muka berkeyakinannya. Dia memang pakar kalau bab-bab menyorok rahsia hati.

Diam.

Ting! Tingkat lapan belas. Apabila pintu kembali rapat, sekali lagi Hilman tekan semua butang bermula dari 17 hingga ke G. Aku julingkan mata ke atas. Betul ke pensyarahku yang berstatus doktor falsafah berdiri di depanku ni? Macam budak-budak!

“Dia datang jumpa saya hari ni. Dia mahu sambung hubungan kami. She was so persistent. But I said no. Saya cakap saya dah bertunang,” cerita Hilman.

Aku pandang dalam-dalam anak matanya. Mahu mengesan kalau dia menipu. Tapi dia nampak yakin dan jujur.

So?” Acuh tak acuh soalanku.

So, I’m telling you the truth. I don’t want her. I want you.” Jantung terus berdetak laju gara-gara Hilman terlajak jujur. Hampir saja aku tersengih sebab gembira. Nasib baik aku cepat kawal.

“Macam mana saya nak tahu awak tak tipu saya?”

“Saya takkan menipu orang yang penting dalam hidup saya. Pernah ke saya menipu awak?” soalnya balik.

Terdiam. Kalau ikutkan, memang tak pernah. Dia selalu jujur denganku. Itulah orang kata, berkata benarlah walaupun pahit. Pahit sangat sampaikan kadang-kadang kejujurannya buatkan aku mahu layang penampar sebiji.

“Jadi, betullah awak datang jumpa saya sebab awak dah terima saya?” Dia bertanya lagi bila aku senyap.

Jujur aje la, Hazel!

Muka tiba-tiba rasa macam dipanggang. Entah kenapa rasa segan pula. Kemudian, lambat-lambat kepala diangguk. Tak berani aku nak bersuara. Takut tergagap, bikin malu aje.

Dari hujung mata, aku nampak Hilman tersenyum lebar. Melihat dia gembira, entah kenapa hatiku turut berasa senang.

“Mana cincinnya? Saya nak tengok awak pakai cincin tu.”

Aku seluk poket seluar sebelah kiri. Nasib baiklah aku tak baling betul-betul masuk tong sampah tadi. Aku tarik balik keputusanku. Tak jadi nak jual. Pakai di jariku, lagi cantik rasanya. Terus aku sarungkan pada jari manisku.

“Puas hati?” sindirku seraya tayang jemariku di depannya.

Dengan Iwan dulu, bukan main ikut adat. Rombongan mengalahkan nak kahwin. Barang hantaran berbalas-balas. Baju siap ditempah. Pelamin dah macam akad nikah. Bergambar berkeping-keping semasa mama Iwan sarungkan cincin. Last-last putus juga.

Dengan Hilman kali ini, aku sarung sendiri. Dalam lif pulak tu. Tiada saksi melainkan pak guard agaknya sebab di dalam lif ini ada CCTV. Tak perlu membazir banyak-banyak. Ringkas. Mudah. Dan aku dah tak kisah.

“Awak dah jadi tunang saya. And one day, you’ll be mine completely.”

Teguk liur aku mendengarnya. Bagaikan satu janji yang bakal dilaksanakan. Bakal menjadi nyata dalam lebih kurang empat bulan lagi. Itu adalah pelan asalku dan Iwan.

OMG! Empat bulan aje lagi kami bakal berkahwin. Tiba-tiba rasa berdebar.

“Awak gembira?” soalku pelik. Lagaknya macam lepas duit sepuluh juta jatuh gedebuk atas muka.

Senyum Hilman makin lebar.

Of course I’m happy. I’m engaged now.” Itu jawapannya.

Aku geleng-geleng kepala. Tak faham kenapa dia gembira sangat.

“Jangan nak gembira dulu. Apa-apa boleh jadi lepas ni.” Aku ingatkan dia. Takut sejarah kembali berulang.

“Saya bukan Iwan. Apa-apa pun yang terjadi pada awak, saya takkan berundur. Itu janji saya. Unless death does us apart.” Suaranya nekad.

Dan aku percaya.

“Iwan-Hazel. Haa.. kan tak sedap tu. Tulis dalam kad kahwin pun tak cantik. Cuba Hilman-Hazel. Baru sebut huruf pertama pun orang dah rasa macam pinang dibelah dua. Sangat serasi.”

“Iya? Kalau Hilman-Salmonella jadi apa? Macam pinang kene gelek kereta kebal?” sinisku balik. Sakit hati lagi dengan kemunculan Nayla.

Hilman ketawa mendengarnya. Dibiarkan bersepi tanpa jawapan.

“Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak cinta.”

Oh, don’t worry, sweetheart! Four months are more than enough to charm you. I’m good at charming women.” Dia kenyit mata. “Dan  bila kita dah nikah, jangan terkejut pulak kalau hanya saya aje dalam kepala awak,” sambungnya lagi.

“Mana aci. Kalau saya sorang yang gila bayang tapi awak tak pun, kesian la saya nanti.” Suara tak puas hati.

Hilman senyum senget. Tegakkan tubuhnya dan melangkah setapak ke arahku. Automatik kakiku berundur. Pap! Beg galasku kena dinding besi itu. Dah tak boleh lari.

Haa.. nak buat apa ni! Aku paling tak suka kalau dia dah senyum spesis cenggitu. Dada mula berdebar. Nafas mula tersekat.

Well.. I told you before. It’s your job to make me fall in love with you.” Hilman tundukkan kepala sehingga bibirnya berada beberapa inci dari telinga kananku.

Seduce me,” bisiknya.

Ting! Hilman terus tegakkan tubuhnya dan berundur beberapa langkah. Berjaga-jaga andai ada orang lain yang sedia menunggu di luar pintu lif. Aku juga turut menghela nafas panjang-panjang. Lega.

Pintu lif mula melebar. Kosong. Tapi dah sampai tingkat G. Akhirnya! Dah boleh bernafas dengan normal. Dah tak payah senaman jantung depan Hilman. Aku mula mengatur langkah untuk keluar. Kali ini Hilman tak lagi menghalangku.

Be careful, sweetheart!” Aku dengar dia melaung dari dalam lif.

Aku geleng kepala. Cakap tak pandang-pandang. Nasib baik tak ada orang. Tapi kalau ada orang dengar pun, anggap aje la Hilman cakap dengan telefon!

84 comments:

  1. Rindu nya ngn karya anjell.. still waiting

    ReplyDelete
  2. Love..love..love..������

    ReplyDelete
  3. Like. Buat penghilang rindu kt dr alpha.. tq sis. Mmg akan ada dlm list perlu di beli masa pbkl

    ReplyDelete
  4. Tq anjell..suka sangat..x sabar nk sambar DAM kat PBAKL nnt..

    ReplyDelete
  5. so sweet....rindu..benci..dendam..Hazel n Hilman tetap meletop.

    ReplyDelete
  6. Bla nk kluar nvl ni... X sbar nk bli n bca smpai ksdhanye🤗🤗

    ReplyDelete
  7. Xsabarnya nak tggu novel nie di publised kan and harap novel nie xkn jd mngsa adaptasi drama benci betul sbb apa yg dlam drma la yg melingkupkan scene yg best dlm novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy setuju! Semua yg di adaptasi semua x best...jalan cerita semua berterabur n dh x ikut novel sgt T^T

      Delete
    2. Kan.... lpas dah la pelakon dia mcm xkena dgn watak dlm pelakon novel...

      Delete
    3. Kan.... lpas dah la pelakon dia mcm xkena dgn watak dlm pelakon novel...

      Delete
    4. Kan.... lpas dah la pelakon dia mcm xkena dgn watak dlm pelakon novel...

      Delete
  8. Anjell you are the best novelist. I adore you sm. Hoping for more teasers.

    ReplyDelete
  9. Today is my birthday. And today i smiled because of double H. Sweetnya . Tak sabaq nak peluk. ☺
    Memang suka anjell

    ReplyDelete
  10. Wah tak sabarnya nak tggu pbakl.. Nak peluk DAM

    ReplyDelete
  11. Anjell you are the best novelist. I adore you sm. Hoping for more teasers.

    ReplyDelete
  12. Aaaaa...!!! Rindunya dgn Hilman and Hazel. Nak beli DAM jgk masa pbkl tapi xleh pergi sana....hwaaaa!! Macam mana ni? Btw, kak anjell blanja lah cover DAM tu mcm mana. Mesti cantik kan. X sabarnya nak beli!!!!!

    ReplyDelete
  13. Novel mesti beli tahun ini. Koleksi novel anjell dalam rak kaca berkunci. Tak nak pinjamkan sama org lain takut ilang ato rosak. Biarlah org kata kedekut pun.

    ReplyDelete
  14. This is really make me want to go to pbakl soon😍😍😍

    ReplyDelete
  15. keluar masa pbkl ke?? alaaaa... lambat lah pulak sampai ke pasaran kelantan... :(

    ReplyDelete
  16. tqanjell for the teaser.. this really makes my day... love byk2....

    ReplyDelete
  17. Tq anjeli....taksabar tunggu keluar novel...hari ni senyum sampai malam la jawabnya....

    ReplyDelete
  18. Kalau kluar wktu pbakl x kluar srentak di pasaran ke?Mksudnya di kdai2 buku..Siapa prnah ade experience??

    ReplyDelete
  19. Uhhhh..x sabar nak peluk novel ni..best..

    ReplyDelete
  20. Hilman memang seorang lelaki yg cukup konfiden dan tahu apa yg dia mahukan... pbakl nnt novel nni dah ada kan anjell

    ReplyDelete
  21. Ala lmbt lg ke nk kluar novelnya...

    ReplyDelete
  22. I am loving it Hilman n Hazel...

    ReplyDelete
  23. Tak sabar nak baca dalam versi full novel. suka sangat2!

    ReplyDelete
  24. akhirnya dpat juga hilang penantian DAM. Harap dapat beli kat pbkl

    ReplyDelete
  25. Tq anjell.x sabar nk beli novel ni..i'm too excited...😍😍

    ReplyDelete
  26. Ya Allah kurniakan aku kesabaran... Xdpt hilman dpt baca novel pun dh kira ok...sis yg baik hati nnti rasa pemurah bagi chance kami2 ni baca teaser ke2 ke...manalah tau

    ReplyDelete
  27. Sis...please buat teaser yg part diorg kt cafe plak... Time yg Medina & Ian ada kt cafe 2 skali... Kali ni Hazel & Hilman pnya part plak.. Haha...msti gempak...

    ReplyDelete
  28. ahhhhhhh.sapa kata x sweet.oh myyyy.terlebih gula niiii.ahhhhh,sweeeeeettttt sangatttt

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Got it! Dekat teaser 2 hero seorang cinderella awal2 lagi anjell dah temukan ian, medina, hazel & hilman! Macam mana boleh tak perasan ni huhuhu

    ReplyDelete
  31. sis wat lh plk teaser part dorang dh kahwin ker,time dorang honeymoon..x pun part hazel majuk dgn Dr.hilman ker..nk tau gak mcm mne Dr.hilman pujuk Hazel..hihihi mesti sweet kan!XD

    ReplyDelete
  32. Bestttt sgttt i'm really fall in love with hilman😍😍 hoping for more teaser pleasee can't wait for pbakl

    ReplyDelete
  33. Sis x kan x leh chance teaser 2.... Sy ni jauh ddk dr bandar... mne thu x de chance nk bce dr. Alpha male nii... dh hbis... best seller nii...

    ReplyDelete
  34. Nak teaser lagi Anjell.. please.

    ReplyDelete
  35. novel DAM dah kuar ke...xsabar nk g beli ni...adoiii...tetiba terjebak bace novel ssemula

    ReplyDelete
  36. exciteddddnyaa anjell.. Tak sabar nk peluk DAM . 😍😍

    ReplyDelete
  37. I dah tengok cover DAM so cantik la anjell 😍😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  38. Bestttt! Tak sabar nya nak beli nak khatamkan niii. PBAKL ada tak?

    ReplyDelete
  39. Anjell..dah beli DAM..tak sabarnye nak baca...������

    ReplyDelete
  40. anjell!! saya da grab buku DAM masa kt pbakl. tapi takde rezeki nak jmpe anjell. kiciwa 😣

    ReplyDelete
  41. Blm beli x sempat pegi pbakl 😭😭😭

    ReplyDelete
  42. Laku keras ye anjell 😍😍 asyik tak dpt jeeee

    ReplyDelete
  43. Sedang menunggu DAM sampai ke Kundasang Sabah.. tak sabar dah.

    ReplyDelete
  44. Sedang menunggu DAM sampai ke Kundasang Sabah.. tak sabar dah.

    ReplyDelete
  45. Sis boleh x, nk tahu sdikit kesudahan drpd novel ni psl muiz lps scene mase hazel baru klr drpd exam hall tu...nk tahu if muiz ni pn akan jd stalker hazel or something sbb ayt dia kt scene tu dh pefect tp x tau ape effect ayt dia tu...adkah dia tu cousin zaquan or something...and iwan..ape kesudahan dia n safura??bahagia or cerai??

    ReplyDelete
  46. Ah lupa nk ckp sy dh habis baca alpha male..just nk tau kesudahan iwan and muix tu...adakah muiz akn jd hila ke or anything else lah..

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. as expected good job anjell. hope to see the next novel which leads by Dheo Han and nurrisa maybe

    ReplyDelete
  49. masih tunggu online seller post buku, dia kata this week tapi now baru dapat update buku delay maybe this weekend baru nak dapat, lambatnya.

    ReplyDelete
  50. Bila mula jual di bookstore?

    ReplyDelete
  51. Bila mula jual di bookstore?

    ReplyDelete
  52. Bila mula jual di bookstore?

    ReplyDelete
  53. As salam. Kak anjell, sy dah beli novel 'Dr Alpha male '. Best sgt!!! Ade watak Dheo's... X sabar nak beli novel Dheo's lak. Nak tau smbgn nyer... Hehe

    ReplyDelete
  54. Tak sabar nak pi cari novel DAM ni..

    Tahniah Anjel.. Hero Seorang Cinderella dh diadaptasi ke drama.. 👍💞😘

    ReplyDelete
  55. OMG...senyum sorang2 depan pc..this novel is in my list. cant wait

    ReplyDelete
  56. best sgt novel ni..byk kali baca...xjemu...harap anjell tambah sikit...bab persandingan...n org kg tau hal yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  57. Dah beli dah novel ni. Best gilaaa baca. Hopefully tak dijadikan drama sebab sy kurang gemar bila novel dijadikan drama. Memang tak tengok. Rasa macam "kesucian" novel tu dah tercemar. Hahaha. Over nau ayat kite hewhewhew. Tapi tengok anjell's previous novel semua diadaptasikan ke drama TT_TT plss noooo.

    ReplyDelete
  58. salu tunggu kalau2 anjell update blog. takpe kitorng sentiasa tunggu 😊

    ReplyDelete
  59. Dah beli novel....beshnya so melting...

    ReplyDelete
  60. dah abis baca.. tak leh nak move on dengan dr. hilman ukasyah sehingga ke hari ini..

    ReplyDelete
  61. Sy pun dh hbs baca novel. Mmg best!!!

    ReplyDelete
  62. Sampai hari ini, tahun ini. Gatau lagi udah berapa puluh kali baca. Gak pernah bosan. Walaupun penasaran. Wanna buy this book :( I always look for this in Jkt. Never find :(

    ReplyDelete
  63. the best novel...mcm x sabar nak habiskan bacaan. snggup tidur lewat mlm garax2 terlebih jatuh cinta pd novel Mr.Alpha Male. Kalaulah...novel nie di adapatasikan k drama. pilihlah hero & heroin yg terbaik memainkan watak Hilman & Hazel & semua watak-watak dlm Mr.Alpha Male harus cari pelakon pndai memainkan watak yg betul ikut pd novel. supaya peminatx2 novel nie x rasa x puas hati bilanya telah di adapatasikan kpd drama. stakat nie saya tngok nabila huda melakon b'mcm watak. semuanya menjadi. hero boleh zul arifin @ jehan miskin...hehehehehe (juz sukax2 jer).:-)

    ReplyDelete
  64. Anjell x try buat hariz + shahiba

    ReplyDelete
  65. Omg i love this novel so much!i am a fan of you anjell.i love how you make the story!will always support you anjell tq so much for making me smile❤

    ReplyDelete
  66. The best ever novel! Saya bagi 10 bintang sebab boleh buat saya terus terpaku baca tanpa henti selepas 10 muka surat. Lama dah tak baca novel nie sebab selalu bila baca sekerat novel dah bosan. But this Hilman and Hazel buat I baca hingga tak tido malam..haaa. Yes please buat la sambungan sebab tak puas baca dan saya boleh re-read the book lagi dan lagi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )