BAB
12
“Lepas
ni, ikut saya!” arahan dari Dheo ketika aku pergi kemaskan rumahnya. Aku rasa,
dalam sebulan lebih aku dah kerja di sini, boleh dikatakan hari-hari Dheo tidur
di sini. Sampai aku dah musykil, betul ke dia punya rumah lain?
“Kenapa,
encik?” soalku ingin tahu. Ikut dia pergi mana?
“Ikut
aje la.”
Aku
hanya angguk.
“Nanti
tukar baju dulu.”
Angguk
lagi. Nak ke mana pulak dah kalau dah sampai kena tukar baju? Tapi tak pula aku
pertikaikannya.
“Tunggu
di waiting room.”
Macam
yang diarahkan oleh Dheo, sebaik sahaja aku habis dengan kerjaku, aku turun ke
bilik persalinan. Ada Arin dan Mazni yang sedang berehat. Mungkin mereka pun
baru habis kerja. Kedua-duanya sedang makan. Nampak ada bekal berisi sandwich. Baru
nak sarapan agaknya.
Bila
nampak aku, mereka mempelawa untuk makan bersama. Tapi dengan sopannya aku
menolak. Bila nampak aku dah tukar baju, mereka naik hairan.
“Rissa
dah habis kerja ke? Dah nak balik ke?” Arin bertanya.
“Eh,
tak adalah! Belum nak balik lagi.”
“Habis
nak pergi mana?”
“Encik
Han suruh Rissa ikut dia.”
Suapan
kedua-duanya terhenti. Kemudian mereka saling berpandangan.
“Ikut
Encik Han?”
Aku
angguk.
Mereka
ternganga pula.
“Pergi
mana?”
“Tak
tahu.”
“Kenapa
Rissa kena ikut Encik Han?”
“Hmm.. tak tahu?” Aku pun tak tahu nak
jawab apa. Ulang jawapan yang sama.
Aku
nampak kedua-duanya pun dah mula buat persepsi sendiri. Habislah.. aku haraplah
tak jadi gosip nanti!
“Rissa
rasa mungkin Encik Han nak suruh Rissa kemaskan sesuatu tempat. Rissakan personal housekeeper dia.” Aku buat
andaian sendiri. Mungkin betul juga.
Ketukan
di pintu menyelamatkanku daripada digasak dengan pelbagai andaian. Aku kira,
itu mungkin Lucca. Haraplah Lucca.
“Rissa
pergi dulu. Kalau Puan Rasyidah tanya, cakap Encik Han suruh Rissa ikut dia,
ya?”
Mereka
cuma angguk.
Aku
pula capai beg sandangku sebelum mula melangkah ke arah pintu. Nasib baik betul
andaianku. Memang Lucca. Macam biasa, dia senyum segaris bila nampak aku.
“Jom.”
--------
Sepanjang
perjalanan, masing-masing lebih selesa diam. Lucca di depan beri konsentrasi
penuh pada pemanduan. Dheo di sebelahku pula tak lepas pandang tablet di
tangan. Letak tablet, telefon pula berbunyi. Habis panggilan telefon, bunyi
notifikasi pada tablet pula.
Macam
ni la kalau orang sibuk! Aku pula yang krik-krik,
tiada orang untuk diajak berbual. Lebih selesa pandang ke luar tingkap. Masa ni
la nak rasa segala bangunan pencakar langit di Bandaraya Kuala Lumpur ni dah
ala-ala New York City.
Senyap.
Dheo pun nampak dah tiada kerja.
“Kita
nak ke mana, Encik?” Apa lagi? Sesuai sangatlah aku bertanya.
“Curious again?” Soalan dia macam nak kenakan aku. Tapi tiada nada marah
atau amaran. Hanya biasa-biasa saja.
Ya..
ya.. aku curious! Nak buat macam
mana? Aku ni memang tinggi sifat rasa ingin tahu. Dah tahu aku macam tu, mohon
jawab soalan aku.
“We’re going to The Mines. Ada Art Exhibition.”
Dengar
aje Art Exhibition, terus bersinar
mataku.
“Ya
ke?” tanyaku teruja. Tak boleh nak kawal.
“Tapi..
kenapa bawak saya? Kenapa Cik Nancy tak ikut?” Aku bertanya lagi.
Bila
dia suruh aku ikut dia, aku ingatkan Nancy ikut sama. Almaklumlah… PA kan.
Tapi, bila masuk kereta, aku tengok cuma ada Dheo, aku tahu yang PA dia tu dah
kena tinggal. Pelik juga bila Dheo bergerak tanpa PA dia. Tapi, siapalah aku
nak pertikaikannya, kan?
“Ni
bukan pasal kerja, so kenapa dia nak
kena ikut?” Mudah jawapan Dheo.
Kalau
bukan pasal kerja, kenapa saya pula yang kena ikut? Soalan yang sama terlintas,
tapi tak terluah.
“Lucca told me that you fancy artworks.”
Terus
aku pandang Lucca. Macam mana Lucca tahu? Oh, baru teringat! Kejadian aku
terceroboh masuk galeri peribadi Dheo. Macam mana aku boleh lupa?
Tiba-tiba
aku telan liur. Aku haraplah cuma itu yang Lucca cerita. Lucca seakan-akan tahu
gundah di hatiku memandangku melalui cermin pandang belakang. Senyuman
dihadiahkan. Dan aku tahu yang rahsia masih selamat dalam kocek. Yang aku dan
dia masih partner in crime sejati.
Lega
sikit hati aku.
“Haah..
saya suka melukis,” jelasku. Cakap pasal melukis, aku baru sedar aku dah lama
tak melukis. Tangan aku dah lama tak dicemari dengan warna-warna cat. Buku
lukisanku entah-entah dah berhabuk. Tiba-tiba rasa rindu yang amat.
“Encik
pun sukakan seni ke?” Giliran aku mengorek. Teringat balik galerinya dulu.
Lukisan yang ada bukan sekeping dua. Pelbagai jenis. Pelbagai seniman. Dan yang
paling banyak adalah…
J.H.
Nak
aje aku tanya siapa J.H? Tapi kalau aku tanya, aku yakin Dheo akan syak
sesuatu. Elok-elok rahsia tersimpan, semuanya pecah. Kerana apa? Kerana mulut
tempayanku yang tak reti nak tutup.
“Ya.. I love arts.”
“Encik
pun pandai melukis?”
Aku
nampak dia sedikit terkedu. Kemudian dia pandang aku sekali. Aku nampak dia
angguk sekali.
“Wah..
encik pun pandai melukis?” Sekali lagi aku teruja. Bila kita jumpa geng, siapa
aje tak gembira? Lagi.. aku sungguh tak sangka mamat wajah beku macam dia pun
berjiwa seni.
Dalam
kepala, entah kenapa aku bayangkan Dheo yang sedang melukis. Pakaiannya kotor
dengan warna cat. Tangan besarnya pegang berus cat. Dengan muka seriusnya,
tangannya menzahirkan apa yang berada dalam fikirannya.
Ada
masanya, boleh bergurau senda. Kacau orang sedang melukis pun seronok. Dan
sebab itulah, senyap-senyap aku calitkan cat di tanganku. Perlahan-lahan serang
hendap. Bila tiba masa yang sesuai, aku calitkan warna di hidung mancungnya.
Wajah
dia terkejut. Muka nak marah. Tapi sudahnya, dia gelak. Gelak yang sangat
bahagia. Wajahnya bercahaya. Dia cuba kejar aku, tapi aku lari. Akhirnya, kami
gelak bersama.
Kami?
Terkedu
aku dengan bayangan itu. Telan liur! Bukan main tinggi imaginasiku.
Sampai-sampai boleh rasakan dah macam realiti. Dah kenapa aku nak fikir pasal
dia? Aku malu sendiri.
“But.. I’ve stopped painting.”
“Kenapa?”
Aku kecewa mendengarnya.
Sesuatu
bakat, kalau dikuburkan aku rasa sangat rugi. Sebab tak semua orang ada bakat
itu. Dan bila orang berbakat cuba lupakan bakatnya, hidup akan rasa tak
lengkap. Rasa macam orang buta tanpa tongkat. Ada sebab Allah bagi dia bakat
itu.
Dheo
cuma angkat bahu.
“Busy. Banyak komitmen lain,” jawabnya
mudah. Muka tak kisah.
Tapi
kenapa aku rasa bukan itu sebabnya?
Bila
dia cakap dia berhenti melukis, entah kenapa aku pula yang sedih. Rasa sayang
yang amat.
“Suatu
hari nanti, Encik mesti rindu nak melukis.”
“Mungkin.”
“Bila
saat tu muncul, Encik akan melukis balik?”
“Mungkin.”
Dan
aku nampak jauh Dheo berfikir. Mungkin dia pun dah rindu melukis, tapi
gara-gara kesuntukan masa, dia terpaksa lupakan semua tu.
----------
“Are you that excited, principessa?”
tegur Lucca. Ketika itu kami sedang berjalan menuju ke dewan pameran.
“Alamak..
nampak sangat ke?” Aku berbisik kepada Lucca. Malulah pulak kalau nampak aku
yang melebih-lebih. Silap-silap Dheo cakap aku lebih sudu dari kuah.
Aku
jeling Dheo di sebelah. Reaksi muka hanya selamba. Tapi sesi kutuk-mengutuk
dalam hati, tak siapa yang tahu, kan?
“No, principessa. Nothing obvious. You look like a kid. Innocent,” komen Lucca.
“Saya
rasa seronok. Dah lama saya tak tengok pameran lukisan.”
“Saya
tak tahu apa yang seronok. Membosankan tengok lukisan-lukisan tak bergerak
macam tu.” Lucca mencebik.
“Mana
ada! Setiap seni itu kalau dilihat secara halus, mesti dapat rasakan perasaan
pelukisnya. Pasti dapat nilai apa yang ingin disampaikan secara tersiratnya.”
Aku kurang setuju dengan Lucca. Rasa nak sekeh kepala dia sebab dah kutuk karya
seni.
Inilah
bezanya kalau orang berjiwa seni dan berjiwa bukan seni.
“Mi dispiasce, principessa. Sorry. Have mercy on me.” Lucca minta maaf.
Tapi gayanya lebih dramatik. Buatkan aku terus lepaskan tawaku. Nak marah pun
tak jadi. Bila aku ketawa, Lucca turut ketawa.
Ketawaku
mati bila rasa tangan tiba-tiba kena sentap. Terkejut bukan kepalang. Aku lihat
pergelangan tangan kananku dah berada dalam tangan Dheo. Aku pandang dia.
Rahangnya diketap agak kuat.
Gulp!
Niat nak marah dia sebab dah pegang tangan aku terus tak jadi. Suara pun segan
nak lalu tekak. Alamak.. lupalah ada orang lain dengan kami!
“Walk with me.” Dia tarik tanganku supaya
berjalan dengannya. Sempat aku tengok dia jeling Lucca sedas. Tajam sampai
telan liur juga Lucca sebelum sengih bersalah.
Bila
aku dah ada di sebelahnya, terus dia lepaskan tanganku. Lega! Kaki mula
berjalan beriringan dengannya. Tapi mulut selesa diam. Rasa canggung entah
kenapa. Takutlah nak bersuara. Muka dahlah ketat semacam. Dia marah aku dan
Lucca ke?
Beberapa
minit berjalan, kami tiba di dewan pameran itu. Orang ramai sudah membanjiri
kawasan itu tapi tempat tu belum sesak. Ramai yang masih beratur menunggu
giliran. Maklumlah… nak masuk kena bertiket. Berapalah agaknya tiket nak masuk
pameran ni?
Dheo
pandang aku. Nak pastikan aku berjalan di sebelahnya agaknya. Lucca pula masih
berada di belakang kami. Bila tiba di depan pintu masuk, penyambut tetamu
tempat itu terus senyum, mengalu-alukan kedatangan kami.
“Encik
Han.”
Dia
cuma angguk sekali. Dan cukup dengan itu, kami diberi laluan masuk. Akses tanpa
tiket. Wow!
The perks of being Dheo Han.
Kami
mula masuk. Kawasan agak sunyi. Biasalah.. pemeran lukisan selalunya ala-ala
masuk muzium negara. Semua biasanya khusyuk melihat dan membaca hasil seni yang
ada di situ. Kalau yang lebih meriah, biasanya ada juruacara majlis. Tak pun
ada pertandingan ataupun cabutan bertuah.
Kami
mula berjalan perlahan-lahan. Satu demi satu lukisan dilihat dan dinilai.
Mataku bersinar. Mata Dheo penuh kagum. Mata Lucca? Penuh kebosanan. Dia tak
bergurau bila dia cakap tempat ni membosankan dia. Kesian dia kena ikut. Haha.
Bermacam-macam
jenis lukisan dipamer. Dari pelbagai jenis negara. Spray painting, brush painting, sand painting dan macam-macam lagi,
semuanya ada. Dan yang pasti semuanya cantik-cantik. Ada lukisan yang hanya
sekadar pameran dan ada juga lukisan untuk dijual.
Kami
berhenti di depan satu lukisan. Lukisan yang mungkin termahal dalam dewan ini.
Siap ada pengawal yang menjaganya. Dan untuk melihatnya, hanya dari jarak dua
meter yang dibenarkan.
“Tahu
ni lukisan apa?” Dheo bersuara.
“The
Persistence of Memory, Salvador Dali.” Aku menjawab.
Kagum.
Lukisan itu merupakan salah satu lukisan terkenal di dunia. Setahu aku, lukisan
ini dipamerkan di muzium di New York. Museum of Modern Art tak salah aku. Dan
bila lukisan ni tiba di sini khas untuk pameran, aku sangat kagum.
“Time is the theme. Melting clocks showed
that whatever happened, time passed. Dulu, kini dan selamanya. Ada yang interpret lukisan itu tentang mimpi.
Betapa bila kita mimpikan sesuatu, tapi bila kita sedar, kita akan rasa, damn.. it’s just a dream. Kadang-kadang
kita mimpikan sesuatu yang kita nak sangat jadi realiti.” Dheo bermadah. Mata
tepat memandang lukisan itu. Eksperesinya sama. Macam tak berperasaan.
“Dan
kadang-kadang realiti pahit yang kita lalui, betapa kita harapkan semuanya
adalah mimpi. Tapi itulah dunia. Dalam dunia ni, tak semua kita dapat apa yang
kita nak, kan? Kadang-kadang pula apa yang kita nak dah di depan mata. Tapi itu
pun kita tak mampu nak capai. Dekat tapi jauh,” sambung Dheo lagi.
Aku
membisu. Hati terkesan dengan kata-katanya.
“Rose,
kalau awak boleh ulang masa, apa yang awak nak lakukan?”
Kalau
aku boleh ulang masa? Aku diam sekejap. Berfikir. Kalau aku boleh ulang masa,
banyak sangat benda aku nak buat.
“Saya
nak kembali ke masa sebelum saya kemalangan. Saya nak tahu apa yang dah jadi.
Saya akan elak supaya tiada kemalangan berlaku dan saya tak hilang ingatan,”
jawabku jujur.
Dia
diam.
“Awak
memang langsung tak ingat apa-apa sebelum awak kemalangan?”
Aku
geleng. Tapi beransur sikit demi sikit. Kadang-kadang ada bayangan silam
walaupun samar-samar. Dan selalu juga muncul dalam bentuk mimpi. Walaupun mimpi
yang tak jelas.
Mia bella! Kalaulah
aku boleh undur masa, aku juga mahu tahu siapakah lelaki di dalam mimpiku itu.
Adakah dia seseorang yang istimewa? Atau mungkin sebenarnya dia turut terlibat
dan terkorban dalam kemalangan dulu? Wallahualam.
“Mia bella!” sebutku.
Aku
lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.
“Lepas
saya kemalangan, saya selalu dapat mimpi. Dalam mimpi saya ada seorang lelaki
dan selalu sebut Mia bella.”
“You remember him?”
“Saya
tahu dia wujud, tapi saya tak tahu dia siapa.” Suaraku bertukar sedih.
Terkilan.
“Suara
dia samar-samar. Wajah dia tak pernah muncul,” sambungku lagi.
“Kalau
diberi pilihan, awak nak tahu dia siapa?”
Aku
angguk.
“Pernah
tak awak terfikir yang semuanya sebenanya tak yang macam yang awak fikir? Awak
hilang ingatan. Awak tak ingat dia siapa. Kalaulah dia muncul, macam mana kalau
dia jahat? He can harm you.”
“Bayangan
yang awak nampak belum tentu betul. Your
mind can trick you. What you have now is just a piece of your memories. It guarantees nothing.” Panjang lebar
Dheo berhujah.
“You’re just naïve, Rose. Everything in this
world is not as beautiful as you think. The
world is cruel. Tak semua orang baik. Suatu hari nanti, tak mustahil ada
orang muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah kawan awak. Padahal
sebenarnya dia adalah musuh awak. You
just don’t know. Don’t let people play with your memories.”
Terdiam
aku dibuatnya. Langsung tak pernah terfikir macam dia. Aku rasa hidupku
hanyalah biasa-biasa. Hidup dengan gembira. Bagaikan tiada masalah. Masalah
ekonomi pun tak kacau aku. Okey.. adalah sikit. Contohnya, kalau minyak naik
dua puluh sen, adalah juga rasa nak memaki. Tapi selain itu, hidupku sangat
biasa. Just plain Nurissa Rose bt Noriman.
“Just giving you my honest opinion, Tesoro.
Be careful with the world around you.
Stoicism is the best façade. People don’t know the darkness lies beneath.”
Telan
liur. Tak payah tengok orang lain. Contoh terbaik, tengok aje yang bercakap
tadi. Dia becakap tentang diri sendiri.
“All you have to do is remember everything,
Rose. Everything. Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu
dengan setiap status yang keluar dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak
sebelum ni.”
Kalaulah
semudah yang dia cakap. Kalaulah memori aku dapat datang semudah petik jari,
tentu dah lama memori aku kembali.
best..
ReplyDeleteBESTTTTT!!!
ReplyDeleteBest sngat kak anjell....nanti update lagi yeeee.... Tqvm kak anjell
ReplyDeleteSiapa mia bella?...makin curious nak tau siapa dheo pd rissa
ReplyDeleteAduiii...x sabar nak tunggu Dheo dlm bentuk novel
ReplyDeleteBestt sgt������
ReplyDeletetq utk bab 12 anjell.. penasaran pula nak tahu cerita nurissa n dheo before kemalangan tu.. cepat lahh buku keluar.. dah tak sabar nak tahu jalan cerita sebenar..
ReplyDeleteMelting da ni kak anjell.. Xbole da nk move on
ReplyDeleteMelting da ni kak anjell.. Xbole da nk move on
ReplyDeletewohooo...!!! best lileee.... mia bella... dheo... rose.... i love how you make readers feel curious n want more, more n more... keep it up k anjell
ReplyDeletethis story is getting more and more interesting! tak sabarnya nak tunggu novel ni publish! curiousnyaaa
ReplyDeleteI honestly love lucca so much, ,his character is very cute, 😂 but ofc our hero dheo is very attractive . He likes art,, what can be better 💕💕
ReplyDeletehari2 saya check kalau ada update bab baru dari kak anjell 😍 kak anjell tak pernah mengecewakan 😱 daebak 💪
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice la 😍😍😍
ReplyDeleteAnother chapter in a row. Should I be hopeful for a constant update? Hehehhe... Dheo Han is in this chapter 😍
ReplyDelete😆😆😍😍😍😍😍Thanks kak Anjell!! Best sesangat.. Sambung lah lagiiiiiiiii
ReplyDeleteCant wait for the next chapter..aslo cant wait for the book..������������..bila novel nak kluar.?
ReplyDeleteMore😭😭😭😘😘
ReplyDeletek anjell... apa kte k anjell smbung spin-off novel untk HSC n DAM lepas dh habis buat DHEO'S ni...???😅maaf la demand plak...
ReplyDeleteI can't wait for your novel k anjell. Really interesting
ReplyDeleteterbaikkkk...x sabar tgu novel nie....
ReplyDeletenak lagi...bila novel nak keluar ni..x sabar
ReplyDeleteBest baca, bila nak keluar ni Anjell. Semua novel lain dah beli & baca banyak kali. Best sangat! ������
ReplyDeleteAsyik tertunggu- tunggu novel Anjell ni. :)
ReplyDeleteTak suka baca dheo sbb eksaited nk baca next chap utk setiap chap.. tapi dh lama tunggu dheo kluar x mmenyempat nk biar smpai kluar novel.. 😭
ReplyDeleteHAhahah terhibur part minyak naik tuh 😂
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم