Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 19 March 2018

Dheo's (BAB 12)


BAB 12

“Lepas ni, ikut saya!” arahan dari Dheo ketika aku pergi kemaskan rumahnya. Aku rasa, dalam sebulan lebih aku dah kerja di sini, boleh dikatakan hari-hari Dheo tidur di sini. Sampai aku dah musykil, betul ke dia punya rumah lain?

“Kenapa, encik?” soalku ingin tahu. Ikut dia pergi mana?

“Ikut aje la.”

Aku hanya angguk.

“Nanti tukar baju dulu.”

Angguk lagi. Nak ke mana pulak dah kalau dah sampai kena tukar baju? Tapi tak pula aku pertikaikannya.

“Tunggu di waiting room.”

Macam yang diarahkan oleh Dheo, sebaik sahaja aku habis dengan kerjaku, aku turun ke bilik persalinan. Ada Arin dan Mazni yang sedang berehat. Mungkin mereka pun baru habis kerja. Kedua-duanya sedang makan. Nampak ada bekal berisi sandwich. Baru nak sarapan agaknya.

Bila nampak aku, mereka mempelawa untuk makan bersama. Tapi dengan sopannya aku menolak. Bila nampak aku dah tukar baju, mereka naik hairan.

“Rissa dah habis kerja ke? Dah nak balik ke?” Arin bertanya.

“Eh, tak adalah! Belum nak balik lagi.”

“Habis nak pergi mana?”

“Encik Han suruh Rissa ikut dia.”

Suapan kedua-duanya terhenti. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Ikut Encik Han?”

Aku angguk.

Mereka ternganga pula.

“Pergi mana?”

“Tak tahu.”

“Kenapa Rissa kena ikut Encik Han?”

Hmm.. tak tahu?” Aku pun tak tahu nak jawab apa. Ulang jawapan yang sama.

Aku nampak kedua-duanya pun dah mula buat persepsi sendiri. Habislah.. aku haraplah tak jadi gosip nanti!

“Rissa rasa mungkin Encik Han nak suruh Rissa kemaskan sesuatu tempat. Rissakan personal housekeeper dia.” Aku buat andaian sendiri. Mungkin betul juga.

Ketukan di pintu menyelamatkanku daripada digasak dengan pelbagai andaian. Aku kira, itu mungkin Lucca. Haraplah Lucca.

“Rissa pergi dulu. Kalau Puan Rasyidah tanya, cakap Encik Han suruh Rissa ikut dia, ya?”

Mereka cuma angguk.

Aku pula capai beg sandangku sebelum mula melangkah ke arah pintu. Nasib baik betul andaianku. Memang Lucca. Macam biasa, dia senyum segaris bila nampak aku.

Jom.”
   --------

Sepanjang perjalanan, masing-masing lebih selesa diam. Lucca di depan beri konsentrasi penuh pada pemanduan. Dheo di sebelahku pula tak lepas pandang tablet di tangan. Letak tablet, telefon pula berbunyi. Habis panggilan telefon, bunyi notifikasi pada tablet pula.

Macam ni la kalau orang sibuk! Aku pula yang krik-krik, tiada orang untuk diajak berbual. Lebih selesa pandang ke luar tingkap. Masa ni la nak rasa segala bangunan pencakar langit di Bandaraya Kuala Lumpur ni dah ala-ala New York City.

Senyap. Dheo pun nampak dah tiada kerja.

“Kita nak ke mana, Encik?” Apa lagi? Sesuai sangatlah aku bertanya.

Curious again?” Soalan dia macam nak kenakan aku. Tapi tiada nada marah atau amaran. Hanya biasa-biasa saja.

Ya.. ya.. aku curious! Nak buat macam mana? Aku ni memang tinggi sifat rasa ingin tahu. Dah tahu aku macam tu, mohon jawab soalan aku.

We’re going to The Mines. Ada Art Exhibition.”

Dengar aje Art Exhibition, terus bersinar mataku.

“Ya ke?” tanyaku teruja. Tak boleh nak kawal.

“Tapi.. kenapa bawak saya? Kenapa Cik Nancy tak ikut?” Aku bertanya lagi.

Bila dia suruh aku ikut dia, aku ingatkan Nancy ikut sama. Almaklumlah… PA kan. Tapi, bila masuk kereta, aku tengok cuma ada Dheo, aku tahu yang PA dia tu dah kena tinggal. Pelik juga bila Dheo bergerak tanpa PA dia. Tapi, siapalah aku nak pertikaikannya, kan?

“Ni bukan pasal kerja, so kenapa dia nak kena ikut?” Mudah jawapan Dheo.

Kalau bukan pasal kerja, kenapa saya pula yang kena ikut? Soalan yang sama terlintas, tapi tak terluah.

Lucca told me that you fancy artworks.”

Terus aku pandang Lucca. Macam mana Lucca tahu? Oh, baru teringat! Kejadian aku terceroboh masuk galeri peribadi Dheo. Macam mana aku boleh lupa?

Tiba-tiba aku telan liur. Aku haraplah cuma itu yang Lucca cerita. Lucca seakan-akan tahu gundah di hatiku memandangku melalui cermin pandang belakang. Senyuman dihadiahkan. Dan aku tahu yang rahsia masih selamat dalam kocek. Yang aku dan dia masih partner in crime sejati.

Lega sikit hati aku.

“Haah.. saya suka melukis,” jelasku. Cakap pasal melukis, aku baru sedar aku dah lama tak melukis. Tangan aku dah lama tak dicemari dengan warna-warna cat. Buku lukisanku entah-entah dah berhabuk. Tiba-tiba rasa rindu yang amat.

“Encik pun sukakan seni ke?” Giliran aku mengorek. Teringat balik galerinya dulu. Lukisan yang ada bukan sekeping dua. Pelbagai jenis. Pelbagai seniman. Dan yang paling banyak adalah…

J.H.

Nak aje aku tanya siapa J.H? Tapi kalau aku tanya, aku yakin Dheo akan syak sesuatu. Elok-elok rahsia tersimpan, semuanya pecah. Kerana apa? Kerana mulut tempayanku yang tak reti nak tutup.

“Ya.. I love arts.”

“Encik pun pandai melukis?”

Aku nampak dia sedikit terkedu. Kemudian dia pandang aku sekali. Aku nampak dia angguk sekali.

“Wah.. encik pun pandai melukis?” Sekali lagi aku teruja. Bila kita jumpa geng, siapa aje tak gembira? Lagi.. aku sungguh tak sangka mamat wajah beku macam dia pun berjiwa seni.

Dalam kepala, entah kenapa aku bayangkan Dheo yang sedang melukis. Pakaiannya kotor dengan warna cat. Tangan besarnya pegang berus cat. Dengan muka seriusnya, tangannya menzahirkan apa yang berada dalam fikirannya.

Ada masanya, boleh bergurau senda. Kacau orang sedang melukis pun seronok. Dan sebab itulah, senyap-senyap aku calitkan cat di tanganku. Perlahan-lahan serang hendap. Bila tiba masa yang sesuai, aku calitkan warna di hidung mancungnya.

Wajah dia terkejut. Muka nak marah. Tapi sudahnya, dia gelak. Gelak yang sangat bahagia. Wajahnya bercahaya. Dia cuba kejar aku, tapi aku lari. Akhirnya, kami gelak bersama.

Kami?

Terkedu aku dengan bayangan itu. Telan liur! Bukan main tinggi imaginasiku. Sampai-sampai boleh rasakan dah macam realiti. Dah kenapa aku nak fikir pasal dia? Aku malu sendiri.

But.. I’ve stopped painting.”

“Kenapa?” Aku kecewa mendengarnya.

Sesuatu bakat, kalau dikuburkan aku rasa sangat rugi. Sebab tak semua orang ada bakat itu. Dan bila orang berbakat cuba lupakan bakatnya, hidup akan rasa tak lengkap. Rasa macam orang buta tanpa tongkat. Ada sebab Allah bagi dia bakat itu.

Dheo cuma angkat bahu.

Busy. Banyak komitmen lain,” jawabnya mudah. Muka tak kisah.

Tapi kenapa aku rasa bukan itu sebabnya?

Bila dia cakap dia berhenti melukis, entah kenapa aku pula yang sedih. Rasa sayang yang amat.

“Suatu hari nanti, Encik mesti rindu nak melukis.”

“Mungkin.”

“Bila saat tu muncul, Encik akan melukis balik?”

“Mungkin.”

Dan aku nampak jauh Dheo berfikir. Mungkin dia pun dah rindu melukis, tapi gara-gara kesuntukan masa, dia terpaksa lupakan semua tu.

    ----------

Are you that excited, principessa?” tegur Lucca. Ketika itu kami sedang berjalan menuju ke dewan pameran.

“Alamak.. nampak sangat ke?” Aku berbisik kepada Lucca. Malulah pulak kalau nampak aku yang melebih-lebih. Silap-silap Dheo cakap aku lebih sudu dari kuah.

Aku jeling Dheo di sebelah. Reaksi muka hanya selamba. Tapi sesi kutuk-mengutuk dalam hati, tak siapa yang tahu, kan?

No, principessa. Nothing obvious. You look like a kid. Innocent,” komen  Lucca.

“Saya rasa seronok. Dah lama saya tak tengok pameran lukisan.”

“Saya tak tahu apa yang seronok. Membosankan tengok lukisan-lukisan tak bergerak macam tu.” Lucca mencebik.

“Mana ada! Setiap seni itu kalau dilihat secara halus, mesti dapat rasakan perasaan pelukisnya. Pasti dapat nilai apa yang ingin disampaikan secara tersiratnya.” Aku kurang setuju dengan Lucca. Rasa nak sekeh kepala dia sebab dah kutuk karya seni.

Inilah bezanya kalau orang berjiwa seni dan berjiwa bukan seni.

Mi dispiasce, principessa. Sorry. Have mercy on me.” Lucca minta maaf. Tapi gayanya lebih dramatik. Buatkan aku terus lepaskan tawaku. Nak marah pun tak jadi. Bila aku ketawa, Lucca turut ketawa.

Ketawaku mati bila rasa tangan tiba-tiba kena sentap. Terkejut bukan kepalang. Aku lihat pergelangan tangan kananku dah berada dalam tangan Dheo. Aku pandang dia. Rahangnya diketap agak kuat.

Gulp! Niat nak marah dia sebab dah pegang tangan aku terus tak jadi. Suara pun segan nak lalu tekak. Alamak.. lupalah ada orang lain dengan kami!

Walk with me.” Dia tarik tanganku supaya berjalan dengannya. Sempat aku tengok dia jeling Lucca sedas. Tajam sampai telan liur juga Lucca sebelum sengih bersalah.

Bila aku dah ada di sebelahnya, terus dia lepaskan tanganku. Lega! Kaki mula berjalan beriringan dengannya. Tapi mulut selesa diam. Rasa canggung entah kenapa. Takutlah nak bersuara. Muka dahlah ketat semacam. Dia marah aku dan Lucca ke?

Beberapa minit berjalan, kami tiba di dewan pameran itu. Orang ramai sudah membanjiri kawasan itu tapi tempat tu belum sesak. Ramai yang masih beratur menunggu giliran. Maklumlah… nak masuk kena bertiket. Berapalah agaknya tiket nak masuk pameran ni?

Dheo pandang aku. Nak pastikan aku berjalan di sebelahnya agaknya. Lucca pula masih berada di belakang kami. Bila tiba di depan pintu masuk, penyambut tetamu tempat itu terus senyum, mengalu-alukan kedatangan kami.

“Encik Han.”

Dia cuma angguk sekali. Dan cukup dengan itu, kami diberi laluan masuk. Akses tanpa tiket. Wow!

The perks of being Dheo Han.

Kami mula masuk. Kawasan agak sunyi. Biasalah.. pemeran lukisan selalunya ala-ala masuk muzium negara. Semua biasanya khusyuk melihat dan membaca hasil seni yang ada di situ. Kalau yang lebih meriah, biasanya ada juruacara majlis. Tak pun ada pertandingan ataupun cabutan bertuah.

Kami mula berjalan perlahan-lahan. Satu demi satu lukisan dilihat dan dinilai. Mataku bersinar. Mata Dheo penuh kagum. Mata Lucca? Penuh kebosanan. Dia tak bergurau bila dia cakap tempat ni membosankan dia. Kesian dia kena ikut. Haha.

Bermacam-macam jenis lukisan dipamer. Dari pelbagai jenis negara. Spray painting, brush painting, sand painting dan macam-macam lagi, semuanya ada. Dan yang pasti semuanya cantik-cantik. Ada lukisan yang hanya sekadar pameran dan ada juga lukisan untuk dijual.

Kami berhenti di depan satu lukisan. Lukisan yang mungkin termahal dalam dewan ini. Siap ada pengawal yang menjaganya. Dan untuk melihatnya, hanya dari jarak dua meter yang dibenarkan.

“Tahu ni lukisan apa?” Dheo bersuara.

“The Persistence of Memory, Salvador Dali.” Aku menjawab.

Kagum. Lukisan itu merupakan salah satu lukisan terkenal di dunia. Setahu aku, lukisan ini dipamerkan di muzium di New York. Museum of Modern Art tak salah aku. Dan bila lukisan ni tiba di sini khas untuk pameran, aku sangat kagum.

Time is the theme. Melting clocks showed that whatever happened, time passed. Dulu, kini dan selamanya. Ada yang interpret lukisan itu tentang mimpi. Betapa bila kita mimpikan sesuatu, tapi bila kita sedar, kita akan rasa, damn.. it’s just a dream. Kadang-kadang kita mimpikan sesuatu yang kita nak sangat jadi realiti.” Dheo bermadah. Mata tepat memandang lukisan itu. Eksperesinya sama. Macam tak berperasaan.

“Dan kadang-kadang realiti pahit yang kita lalui, betapa kita harapkan semuanya adalah mimpi. Tapi itulah dunia. Dalam dunia ni, tak semua kita dapat apa yang kita nak, kan? Kadang-kadang pula apa yang kita nak dah di depan mata. Tapi itu pun kita tak mampu nak capai. Dekat tapi jauh,” sambung Dheo lagi.

Aku membisu. Hati terkesan dengan kata-katanya.

“Rose, kalau awak boleh ulang masa, apa yang awak nak lakukan?”

Kalau aku boleh ulang masa? Aku diam sekejap. Berfikir. Kalau aku boleh ulang masa, banyak sangat benda aku nak buat.

“Saya nak kembali ke masa sebelum saya kemalangan. Saya nak tahu apa yang dah jadi. Saya akan elak supaya tiada kemalangan berlaku dan saya tak hilang ingatan,” jawabku jujur.

Dia diam.

“Awak memang langsung tak ingat apa-apa sebelum awak kemalangan?”

Aku geleng. Tapi beransur sikit demi sikit. Kadang-kadang ada bayangan silam walaupun samar-samar. Dan selalu juga muncul dalam bentuk mimpi. Walaupun mimpi yang tak jelas.

Mia bella! Kalaulah aku boleh undur masa, aku juga mahu tahu siapakah lelaki di dalam mimpiku itu. Adakah dia seseorang yang istimewa? Atau mungkin sebenarnya dia turut terlibat dan terkorban dalam kemalangan dulu? Wallahualam.

Mia bella!” sebutku.

Aku lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.

“Lepas saya kemalangan, saya selalu dapat mimpi. Dalam mimpi saya ada seorang lelaki dan selalu sebut Mia bella.”

You remember him?”

“Saya tahu dia wujud, tapi saya tak tahu dia siapa.” Suaraku bertukar sedih. Terkilan.

“Suara dia samar-samar. Wajah dia tak pernah muncul,” sambungku lagi.

“Kalau diberi pilihan, awak nak tahu dia siapa?”

Aku angguk.

“Pernah tak awak terfikir yang semuanya sebenanya tak yang macam yang awak fikir? Awak hilang ingatan. Awak tak ingat dia siapa. Kalaulah dia muncul, macam mana kalau dia jahat? He can harm you.”

“Bayangan yang awak nampak belum tentu betul. Your mind can trick you. What you have now is just a piece of your memories. It guarantees nothing.” Panjang lebar Dheo berhujah.

You’re just naïve, Rose. Everything in this world is not as beautiful as you think. The world is cruel. Tak semua orang baik. Suatu hari nanti, tak mustahil ada orang muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah kawan awak. Padahal sebenarnya dia adalah musuh awak. You just don’t know. Don’t let people play with your memories.”

Terdiam aku dibuatnya. Langsung tak pernah terfikir macam dia. Aku rasa hidupku hanyalah biasa-biasa. Hidup dengan gembira. Bagaikan tiada masalah. Masalah ekonomi pun tak kacau aku. Okey.. adalah sikit. Contohnya, kalau minyak naik dua puluh sen, adalah juga rasa nak memaki. Tapi selain itu, hidupku sangat biasa.  Just plain Nurissa Rose bt Noriman.

Just giving you my honest opinion, Tesoro. Be careful with the world around you. Stoicism is the best façade. People don’t know the darkness lies beneath.”

Telan liur. Tak payah tengok orang lain. Contoh terbaik, tengok aje yang bercakap tadi. Dia becakap tentang diri sendiri.

All you have to do is remember everything, Rose. Everything. Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu dengan setiap status yang keluar dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”

Kalaulah semudah yang dia cakap. Kalaulah memori aku dapat datang semudah petik jari, tentu dah lama memori aku kembali.

29 comments:

  1. Best sngat kak anjell....nanti update lagi yeeee.... Tqvm kak anjell

    ReplyDelete
  2. Siapa mia bella?...makin curious nak tau siapa dheo pd rissa

    ReplyDelete
  3. Dheo.. Mia Bella..
    apa kaitannya? bukan jak Rose yg curious skrg.. sya pun dah curious semacam..hehe

    ReplyDelete
  4. Aduiii...x sabar nak tunggu Dheo dlm bentuk novel

    ReplyDelete
  5. Bestt sgt������

    ReplyDelete
  6. tq utk bab 12 anjell.. penasaran pula nak tahu cerita nurissa n dheo before kemalangan tu.. cepat lahh buku keluar.. dah tak sabar nak tahu jalan cerita sebenar..

    ReplyDelete
  7. Melting da ni kak anjell.. Xbole da nk move on

    ReplyDelete
  8. Melting da ni kak anjell.. Xbole da nk move on

    ReplyDelete
  9. wohooo...!!! best lileee.... mia bella... dheo... rose.... i love how you make readers feel curious n want more, more n more... keep it up k anjell

    ReplyDelete
  10. this story is getting more and more interesting! tak sabarnya nak tunggu novel ni publish! curiousnyaaa

    ReplyDelete
  11. I honestly love lucca so much, ,his character is very cute, 😂 but ofc our hero dheo is very attractive . He likes art,, what can be better 💕💕

    ReplyDelete
  12. hari2 saya check kalau ada update bab baru dari kak anjell 😍 kak anjell tak pernah mengecewakan 😱 daebak 💪

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Another chapter in a row. Should I be hopeful for a constant update? Hehehhe... Dheo Han is in this chapter 😍

    ReplyDelete
  15. 😆😆😍😍😍😍😍Thanks kak Anjell!! Best sesangat.. Sambung lah lagiiiiiiiii

    ReplyDelete
  16. Cant wait for the next chapter..aslo cant wait for the book..������������..bila novel nak kluar.?

    ReplyDelete
  17. k anjell... apa kte k anjell smbung spin-off novel untk HSC n DAM lepas dh habis buat DHEO'S ni...???😅maaf la demand plak...

    ReplyDelete
  18. I can't wait for your novel k anjell. Really interesting

    ReplyDelete
  19. terbaikkkk...x sabar tgu novel nie....

    ReplyDelete
  20. nak lagi...bila novel nak keluar ni..x sabar

    ReplyDelete
  21. Best baca, bila nak keluar ni Anjell. Semua novel lain dah beli & baca banyak kali. Best sangat! ������

    ReplyDelete
  22. Asyik tertunggu- tunggu novel Anjell ni. :)

    ReplyDelete
  23. Tak suka baca dheo sbb eksaited nk baca next chap utk setiap chap.. tapi dh lama tunggu dheo kluar x mmenyempat nk biar smpai kluar novel.. 😭

    ReplyDelete
  24. HAhahah terhibur part minyak naik tuh 😂

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )