BAB
14
Bunyi
nada dering telefon pintarku itu membingitkan telinga. Menyedarkan aku dari
lena yang baru bertamu. Dalam kegelapan, tangan meraba-raba. Nampak telefonku
bercahaya. Baru nak tengok siapa pemanggil, panggilan itu mati. Tak sempat nak
jawab.
Beberapa
saat kemudian, telefonku kembali berdering. Aku melihat nama si pemanggil.
Lucca?
Ada apa dia telefon aku malam-malam macam ni? Bukan malam dah ni. Dah pagi. Jam
satu pagi. Janganlah dia cakap Dheo buat kerja gila suruh aku pergi kemas rumah
dia. Maklumlah.. perjanjianku dan Dheo menyatakan kerjaku merangkumi housekeeping whatever, whenever and wherever dia nak.
Walaupun
bermacam soalan menggasak kepala, ikon hijau tetap kugesek. Telefon dilekapkan
di telinga.
“Helo.
Salam satu pagi.” Dalam mamai, aku masih menyapa. Sempat juga aku kenakan
Lucca. Mohon dia sedar dan tengok jam berapa dia telefon aku ni.
“Signora, please open the door.” Suara
Lucca bagaikan tergesa-gesa. Macam tengah semput pun ada.
“Open the door? Door mana? Rumah saya?” soalku. Mataku dah luas. Alert. Dah hilang segala rasa ngantukku
tadi.
“Si, signora. Open the door. We are outside.”
Dan
talian diputuskan. Aku tenung telefonku.
We?
Siapa lagi yang ada bersama Lucca? Yang penting, kenapa datang rumah aku awal
pagi macam ni?
Tanpa
menghiraukan soalan yang tak berjawab, aku tetap menggeliat bangun. Capai kardigan
hitam dan selendang hitam untuk menutup auratku. Lepas siap, aku menapak turun
ke bawah.
Tangan
capai segugus kunci yang tersangkut di tepi tangga. Aku mencari-cari kunci
pintu utama rumah. Bila dah jumpa, aku masukkan ke lubang kunci sebelum tombol
pintu rumah ditarik. Daun pintu aku kuak perlahan.
Hampir
terbeliak mataku bila melihat Lucca dan Dheo yang berada di depan rumahku.
Bukan itu yang buatkan aku terkejut. Tapi keadaan mereka berdua. Peluh jelas
merinik di dahi masing-masing. Rambut kedua-duanya macam baru lepas bergaduh.
Berserabai. Dahi Lucca pun aku nampak sedikit berdarah.
Lucca
sedang memapah Dheo. Dan bila mataku melorot pada tubuh Dheo, tangan Lucca yang
mendarat di situ jelas kemerahan. Apa tu? Darah? Rasa macam nak putus nyawa aku
melihatnya. Reaksi spontanku, aku mahu menjerit.
“Don’t scream.” Amaran keras dari Dheo.
Dia bagaikan tahu apa yang aku mahu lakukan.
Terus
aku tekup mulut dengan tapak tangan. Cuba kawal nafas yang dah mula tak
teratur. Ya lah.. kita tak selalunya terima tetamu yang berlumuran darah. Pukul
satu pagi pulak tu.
Wajah
Dheo berkerut kesakitan. Dheo sakit! Tapi aku masih kaku. Tak tahu nak buat
apa.
“Please help me.” Kata-kata Lucca itu
buatkan aku tersedar dari fasa pegunku. Laju aku angguk.
Daun
pintu aku kuak makin luas. Memberi ruang kepada mereka berdua untuk masuk.
Lucca memapah tubuh tinggi Dheo ke sofa. Bila tiba di sofa, perlahan-lahan Dheo
didudukkan. Wajah Dheo sesekali berkerut kesakitan.
“Apa
jadi?”
Lucca
tidak mempedulikan pertanyaanku. Dia hanya fokus kepada Dheo. Bagaikan aku tak
wujud. Aku tengok Lucca pantas bertindak. Baju kameja Dheo yang dah tak nampak
warna itu dikoyak dengan rakus, mendedahkan kawasan tepi perut Dheo.
Sekali
lagi aku tekup tangan ke mulut. Mata melihat darah merah masih mengalir keluar
dari tempat itu. Lucca pula tekap tempat itu dengan baju Dheo. Menghalang Dheo
dari hilang darah.
Nak
pengsan!
“Dia
kena tembak!” kataku.
“Correct.
You get ten mark, Tesoro.” Dalam kesakitannya, sempat lagi Dheo
menyindirku.
“Dia
harus segera dirawat. Kita kena hantar dia ke hospital.”
“No, signora! Kalau luka tembakan nanti
akan jadi kes polis,” bantah Lucca.
Tak
nak jadi kes polis? Tak nak libatkan polis? Ya Allah.. apalah yang mereka dah
lakukan ni?
“Habis,
macam mana nak rawat Encik Han?” soalku berbaur risau.
Tolak
tepi semua cerita, keselematan Dheo harus diutamakan. Aku harap dia akan baik.
Aku tak suka tengok wajahnya berkerut kesakitan itu. Hati rasa macam
ditarik-tarik. Rasa macam nak usap-usap aje wajahnya sebagai sokongan. Supaya
hilang kerutan di wajahnya. Supaya dia tahu aku ada di sampingnya.
“Kalau
jadi apa-apa, macam mana?” Kali ini aku rasa nak menangis. Cemas. Sebab aku
terlalu risaukan Dheo. Tak boleh bayang kalau Dheo tak dapat diselamatkan.
“I’ve been shot, Tesoro. Not dying. Don’t
cry, please.” Perlahan suara Dheo. Bagaikan tahu-tahu air mataku hanya
tunggu masa untuk keluar.
Kami
berbalas pandangan. Renungannya kali ini lembut. Bagaikan sedang memujukku.
Bagaikan sedang menenangkanku.
“Nanti
Doktor Arrazi, doktor peribadi Dheo sampai. Saya dah call dia,” kata Lucca, langsung mengalihkan pandanganku daripada
Dheo.
Aku
haraplah cepat Doktor Arrazi tu sampai. Sebab masa berdetik. Setiap masa yang
berlalu, nyawa Dheo mungkin dalam bahaya. Tak sanggup aku bayangkan apa-apa
yang buruk terjadi pada Dheo.
Bagaikan
doaku dimakbulkan, kedengaran loceng rumah kedengaran. Aku terus berlari untuk
membuka pagar automatik. Tak beberapa lama lepas tu, muncul seorang lelaki
tinggi melangkah masuk. Ada satu beg sederhana besar di tangannya. Pasti ini
Doktor Arrazi.
Doktor
Arrazi terus menghampiri Dheo. Begnya dibuka. Kemudian dia mengambil sepasang
sarung tangan getah sebelum disarungkan ke kedua-dua tangannya. Diperiksa
keadaan Dheo dulu.
“Ya
Allah.. Apa pulak yang kau dah buat kali ni, Dheo?” Sambil memeriksa, aku
dengar Doktor Arrazi membebel. Suara dia macam dah kalis. Macam ni bukan kali
pertama Dheo seperti itu.
Doktor
Arrazi menekan kawasan luka di perut Dheo. Terus Dheo menjerit kesakitan.
Kemudian aku nampak Dheo menggigit bibirnya. Jelas kesakitan. Apatah lagi
dahinya yang dah lencun dengan peluh.
“Nasib
baik peluru ni tak kena organ penting, tahu tak? Kau memang nasib baik, Dheo.
Kalau teruk, memang tak ada pilihan lain. Major
operation. Kena hantar hospital.” Doktor Arrazi geleng kepala.
“Tapi
luka kali ni agak teruk juga. I need
assistance. I cannot do it alone.”
“Aku
dah call Arrayan. Kejap lagi Arrayan
sampai.” Lucca bersuara. Siapa pula Arrayan? Yang pasti aku tak kenal.
“Hmm.. membantunya Arrayan tu!” Suara
sarkastik dari Doktor Arrazi. Kemudian wajahnya serius berkerut. Melakukan
tugasnya untuk menyelamatkan Dheo.
Belum
sempat Lucca membalas, aku dengar pintu rumah diketuk lagi. Laju saja kaki
menapak ke pintu. Bila aku buka pintu, seorang lelaki meluru masuk bersama
seorang perempuan cantik.
“Bos!”
Lelaki itu menyapa Dheo.
Dheo
cuma angguk sekali. Tengah-tengah bertarung nyawa, sempat lagikan nak berbalas
sapa?
“Abang,
Dheo macam mana?” Perhatian diberikan kepada Doktor Arrazi. Walaupun wajahnya
nampak serius, tapi suaranya tetap bersalut kerisauan. Dia kesahkan Dheo.
“Trying to take out the bullet. I need an assistant.” Kepala Doktor
Arrazi menoleh ke sekelilingnya.
“Ada
sesiapa yang ada medical experience?”
Empat orang di situ ditanya. Termasuklah aku. Semua saling berpandangan.
Ketika
ini betapa aku harapkan aku adalah seseorang yang pakar dalam bidang perubatan.
Aku nak tolong Dheo tapi aku tak mampu.
“Lucca
cakap kau boleh tolong, Ryan?” Pandangan Doktor Arrazi kini tertumpu kepada
lelaki yang baru muncul tadi. Oh, dialah Arrayan!
Tiba-tiba
Arrayan tarik lengan perempuan yang datang bersama dengannya tadi. Melihat muka
berkerut perempuan itu dan gaya ingin melepaskan dirinya, aku rasa dia dan
Arrayan macam tengah bergaduh. Not in
good terms. Tapi cukup Arrayan jeling sekali, terus telan liur perempuan
tu.
Entah
kenapa situasi mereka mengingatkan tentang aku dan lelaki yang tengah berkerut
menahan kesakitan itu. Sama tapi tak serupa.
“Aku
tak boleh tolong. Tapi dia boleh.” Ditolak perlahan perempuan itu ke hadapan.
Perempuan
itu jeling tajam ke arah Arrayan. Takut-takut pun, masih ada taringnya. Mulut
diam. Tapi berbicara melalui bahasa mata. Tapi wajah Arrayan pula macam tak
berperasaan. Tak peduli.
“Paramedik?
Nurse? Doktor?” soal Doktor Arrazi
kepada perempuan itu.
Aku
nampak perempuan itu telan liur sekali sebelum menjawab.
“Doktor.”
“HO?”
“Baru
aje habis final exam. Belum posting lagi.”
Kali
ini Doktor Arrazi berpaling kepada Arrayan.
“Kau
culik student, Ryan?” Suara dia macam
marah Arrayan. Kemudian geleng kepala. Wajah Arrayan pula sama macam tadi. Tak
berperasaan.
Aku
yang dengar rasa macam nak terkecik. Culik? Perempuan tu berada di sini tanpa
keinginannya? Adakah aku sekarang ni dikira bersubahat?
Bagaikan
tahu-tahu dah terlalu banyak masa yang dibazirkan, wajah Doktor Arrazi kembali
serius. Perempuan itu dipandang tepat.
“I need you to assist me. Pernah assist surgeon?”
Perempuan
itu angguk. Nampak teragak-agak tapi dia cuba yakin.
“Good.”
Kemudian
aku nampak mereka mula bekerja. Entah apa yang mereka lakukan, aku pun tak
tahu. Sesekali wajah Dheo merah menahan kesakitan. Sampai timbul urat di
dahinya. Doktor Arrazi cekap melakukan kerjanya. Perempuan itu juga turut
pantas walaupun bekerja di bawah arahan Doktor Arrazi.
Aku
pula hanya mampu berdoa semoga Dheo selamat.
----------
Entah
berapa lama masa diambil, akhirnya peluru berjaya dikeluarkan. Gara-gara
peralatan yang terhad, Doktor Arrazi kena pantas berfikir. Alhamdulillah, Dheo
selamat. Walaupun aku tak tahu apakah punca dia ditembak.
Jam
di dinding menunjukkan pukul empat pagi. Terkejut juga aku melihatnya. Mata
terbuka luas tapi badan penat. Itulah tandanya kita tak cukup tidur. Bila aku
melihat sekeliling, ternyata semua orang pun sama. Masing-masing penat.
“Pergilah
tidur. Semua mesti penat, kan?” Aku berkata kepada mereka. Apa-apa persoalan,
boleh tunggu besok.
Aku
menyiapkan bilik untuk mereka. Nasib baiklah dalam rumah ni ada lima bilik.
Tolak bilik tidurku, bilik kerja arwah ayah dan bilik yang sedang didiami Dheo,
tinggal lagi dua bilik. Perempuan yang kuketahui namanya Nafisha boleh tidur di
dalam bilikku. Selebihnya, pandai-pandailah bawa diri.
Aku
membawa Nafisha ke bilik. Dia lebih banyak berdiam diri. Mungkin tak biasa lagi
denganku. Bila tiba di bilikku, aku memberikan dia pakaian untuk ditukar. Kalau
dia nak. Walaupun aku lebih tinggi darinya, bolehlah kalau setakat nak pakai
untuk tidur.
“Fisha
nak mandi ke? Kalau nak mandi, ni tualanya,” kataku lagi. Dia dah bermain
darah. Aku kira mesti dia nak bersihkan dirinya dulu.
“Terima
kasih.” Dia senyum kepadaku meskipun wajahnya jelas kepenatan.
Nafisha
pandang sekeliling.
“Rissa
pun tawanan di sini ke?” Soalannya itu buatkan aku sedikit terkejut. Tawanan?
“Eh,
mana ada! Rissa tinggal di sini.”
“Rissa
memang tinggal seorang ke dalam rumah ni? Beraninya.”
Aku
senyum tawar. Hanya angguk. Dia tak tahu yang aku baru aje tinggal sendirian.
Tak pernah rasa gerun bila tinggal sendirian di sini. Entahlah, ini rumahku.
Aku hanya mampu tawakal kepada Allah kalau ada apa-apa berlaku.
“Ingatkan
Rissa pun tawanan mereka. Sebab mereka datang di rumah Rissa. Rissa kenal
mereka?”
Aku
angguk. Dheo dan Lucca aje la.
“Berkawan
dengan gangster macam dia orang?” Dia pula terkejut.
“Gangster?”
Aku blur. Mereka semua gangster ke?
“Rissa
tak tahu?”
“Tahu
apa?”
“Fisha
tak tahu yang lain macam mana, tapi Arrayan tu.. Fisha rasa dia ketua kongsi
gelap.”
Rasa
nak tercekik air liur aku dengar.
“What? Mana tahu? Pernah nampak dia buat
jahat ke?” soalku. Aku tak suka kalau tuduh orang sesuka hati. Baik siasat
betul-betul. Sahkan fakta.
“Fisha
rasa aje. Sebab perahsia sangat. Pastu semua orang macam tunduk hormat kat
dia.”
“Tak
baik cakap macam tu. Entah-entah Arrayan tu baik.” Aku menjawab. Aku rasa tak
adil kalau Arrayan diadili secara membabi buta.
Macam
Dheo. Aku tahu Dheo bukan sembarangan orang. Firasat menyatakannya walaupun aku
tak tahu dia sebenarnya siapa. Aku nampak kekasaran yang Dheo lakukan. Tapi aku
tak tahu puncanya. Siapa tahu semuanya atas alasan yang baik? Pendek kata,
selagi belum ada bukti, jangan menuduh. Apa yang kita nampak, belum tentu itu
yang jadi. Kadang-kadang pasti ada cerita di sebaliknya.
“Kalau
tak, kenapa dia tak lepaskan Fisha lagi? Dahlah tak kenang diuntung. Rissa tahu
tak yang sebelum ni Fisha dah pernah selamatkan nyawa dia. Tiba-tiba muncul
depan rumah Fisha, penuh darah.”
Err…
Kenapa cerita dia tu lebih kurang apa yang aku lalui tadi?
“Tapi,
tengok apa yang dia balas? Dia culik Fisha. Geram aje rasa. Bila tanya,
bukannya reti nak jawab.” Nafisha tiba-tiba pula jadi banyak cakap.
“Mungkin
sebab Arrayan fikir semuanya tak ada kaitan dengan Fisha. Ataupun something confidential. Ada dia dera Fisha? Tak
bagi makan kat Fisha?”
Kali
ini nampak dia macam berfikir. Mungkin dia fikirkan perkara yang sama.
“Bukannya
Rissa nak bela Arrayan. Cuma tak nak judge
dia. Buruk-buruk dia, pasti ada sisi dia yang baik, kan? Kalau kita dah tak
suka, mesti yang buruk aje kita nampak. Apa kata kalau kita jadikan yang buruk
dia tu sebagai kelemahan dia dan kita cuba terima?” nasihatku.
Rasa
macam nasihatkan diri sendiri. Teringatkan Dheo. Aku tahu dia punya sisi gelap
yang dirahsiakan dari mata umum. Tapi dia tak pernah layan aku teruk. Malah
semua staf dia dilayan dengan baik.
“Nanti Fisha tidurlah ya. Anggaplah macam bilik
sendiri. Rissa nak pergi bawah kejap,” ujarku lagi.
Nafisha
cuma angguk.
yeayyyy........i love it...thank you sis...
ReplyDeleteHmmmm... Nafisha & arrayan ni... hero & heroin next novel eh?😁
ReplyDeleteMmg mengujakan.. Penuh rasa ingin tahu.. Next Anjell dear...
ReplyDelete😍😍😍 jap jgn ckp fisha & rayan next hero & heroin hahaha . Thank you for update kak 😘
ReplyDeleteahhh tak sabar tunggu dheo's publish💕💕😶
ReplyDeleteTerujam.....x sabar nak genggam hard copy
ReplyDeleteWowses....kak anjel
ReplyDeleteSpeechless..thats the word
Rasa mcm nak meletup letup..as long as saya x tahu citer sebenar...i'm dying here kak...pls..i want more😭😭😭😭😭😭😭
Huhuhu, makin senak perut ni menanti apalah sebenarnya yang berlaku...huhuhu...
ReplyDeleteYeayyy!! New chapter~
ReplyDeleteHmm.. wonder what happened to Dheo and who ia Arrayyan.
- Ain Qyara
Sentiasa penuh kejutan
ReplyDeleteI'm craving for next chap!!
ReplyDeleteThanks anjell, makin menarik!!! Suka sangat 😘
ReplyDeletearrrgggg we want more.. tak sabarnya nak tahu cerita sebenar.
ReplyDeletekalau dah kluar ni 4 - 5 round baca balik..😂😂
ReplyDeleteOhhhh man.... you got me hooked on this story so much. Kena tunggu dengan penuh kesabaran waiting for this novel to come out. Do you have any possible estimation when would the novel come out? Takpe lah kena belajar besabar.
ReplyDeleteMesti novel ni akn keluar masa Pesta Buku Antarabangsa 2018 kan?
ReplyDeleteBestnyaa..Bila novel ni nak publish..xsbr nk beli dh ni :3
ReplyDeleteTenkiu Anjell....smakin menarik dan mendebarkan...luv uuuu
ReplyDeleteNanti mesti ada cerita pasal arrayan dengan fisha oh my god tak sabar
ReplyDeleteSumpah tak sabar tunggu novel. Buat tertanya2. Nak novellll😭😭
ReplyDeleteBab 15...
ReplyDeleteHuarghh..bile nak update kak anjell?? I miss dheo so much.😭😘
ReplyDeleteCpt2 next l...
ReplyDeleteKenape rs mcm familiar arrayan dgn nafisha ni.prnh mntion me drg dlm novel2 anjell? Plis.i'm so curious
DeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
Salam. Dah baca sinopsisnya. Tunggu novel dapat di tangan. Terima kasih ya cik puan Anjell. :)
ReplyDelete