BAB
15
Perlahan-lahan
aku tolak pintu bilik tetamu itu. Penuh hati-hati supaya bunyi yang terhasil
adalah kadar paling minima. Tak nak Dheo yang sedang berehat itu terganggu. Aku
melangkah ke arah katil.
Kemudian
aku duduk di atas kerusi di sebelah Dheo. Dheo sedang terbaring kaku di atas
katil besar itu. Tidak berbaju. Jelas kelihatan balutan putih yang agak besar
di bahagian perutnya. Mungkin kesan ubat tahan sakit yang diberi tadi, Dheo
hanyut dibuai mimpi.
Wajah
kacaknya ditenung. Dengan mata tertutup macam ni, Dheo nampak tenang. Tiada
wajah seriusnya. Tiada mata dinginnya. Macam bayi yang tak tahu apa-apa. Dadanya
turun naik dengan perlahan.
Lega.
Aku rasa sangat lega bila Dheo selamat. Apa yang jadi malam tadi, pasti sesuatu
yang sangat serius. Kalau tak, masakan Dheo ditembak? Tapi siapa yang menembak
Dheo? Dan kenapa?
Aduh..
terlalu banyak persoalan yang mengasak kepala! Tapi satu pun aku tak tahu
jawapannya.
“Principessa, you should be sleeping.”
Suara itu perlahan, tapi mampu memeranjatkanku.
Aku
pegang dada. Berpaling ke arah Lucca. Lucca pun, ada satu balutan di kepalanya.
Bila dia muncul? Langsung aku tak dengar bunyi pintu.
“Saya
nak tengok Encik Han dulu. Lepas tu baru saya boleh tidur,” kataku jujur. Wajah
Dheo kutenung lagi. Selagi aku tak tahu keadaan Dheo, selagi itulah hatiku tak
tenang.
Lucca
diam. Hanya memerhati interaksiku dan Dheo. Bagaikan sedang meneliti. Aku terus
berdehem. Betulkan duduk dulu. Aku tak nak Lucca syak aku ada hati pada Dheo.
Teruk padahnya nanti.
“Don’t worry. He’s Dheo Han.”
Aku
berpaling ke arah Lucca.
“He’s strong. He used to it.”
Used to it?
Dah biasa cedera macam ni? Kenapa dia nak bahayakan nyawa dia macam ni? Dia tak
sayangkan dirinya ke? Hatiku rasa macam direntap. Susah hati. Sedih.
Lucca
renung wajah Dheo. Aku nampak ada kasih sayang yang jelas terpancar di wajah
Lucca. Dan aku tahu Dheo bukanlah hanya sekadar bos untuk Lucca. Hubungan
mereka erat. Mungkin dah macam adik-beradik.
Lucca
kesahkan Dheo. Bila kepalanya sendiri perlukan rawatan, tapi dia memilih untuk
menolong Dheo dulu. Sehingga kering darah di kepalanya tadi. Dia risaukan Dheo
sehingga diri sendiri pun diletakkan di tempat kedua.
“Awak
dah lama kenal Dheo?” soalku ingin tahu.
“Years. My loyalty lies with him. Dulu,
kini dan selamanya. Tanpa dia, saya mungkin tak bernafas sekarang ni. He took me when everyone casted me aside,
when I was just a trash to society.” Lucca bercerita.
“I am a bastard. The product of rape. Ibu saya dirogol secara bergilir-gilir. Ayah
saya? I don’t even know whom. Ibu saya
meninggal sebab depression. Suicide. Keluarga tak nak saya. To them, I was just a disgrace. Suatu
hari, saya ditinggalkan di tepi jalan. I
was just eight.”
Hatiku
bagaikan ditarik-tarik ketika mendengar cerita Lucca. Wajahnya tegang, cuba
mengawal pelbagai emosi. Lucca sedang menceritakan kepadaku kisah peritnya.
Zaman kanak-kanak yang tak indah untuk dikenang.
Dibuang
ketika umur lapan tahun? Apalah sangat yang budak umur lapan tahun tahu masa
tu? Kanak-kanak seusia itu sepatutnya baru belajar tentang kehidupan.
Bermain-main. Bergembira dengan kawan-kawan. Tapi Lucca?
Tanpa
sedar, air mataku bertakung. Hati sebak mendengarnya.
“Don’t cry for me, principessa. It was one of
the best thing happened to me. Lepas tu saya kenal Dheo. Walaupun usia dia muda
setahun dari saya ketika itu, tapi Dheo kutip saya. Dia berkawan dengan saya.
Mungkin juga sebab kisah kami lebih kurang. Because
of him, I was taken into D’Ambrusio family. I was trained to be one of them. My loyalty stands with Dheo.”
Dheo
juga punya kisah seperti Lucca? Kisah lebih kurang Lucca. Lucca juga pernah
cakap yang kisah zaman kanak-kanak Dheo juga tak seindah orang lain. Ini entah
kali ke berapa aku mendengarnya. D’Ambrusio. Apa kisah keluarga D’Ambrusio ni? Dan
aku tahu kalau aku tanya Lucca, jawapan aku dapat mesti sama.
It is not my story to tell.
Nak tanya tuan punya badan? Hmm..
janggut aku dah tumbuh pun belum tentu dia bercerita.
Aku
tarik nafas dalam-dalam.
“Apa
dah jadi malam ni? Kenapa dia kena tembak? Kenapa kepala awak berbalut?”
korekku lagi.
“I can’t tell you. If you want to know, you
have to ask Dheo yourself.” Jawapan yang aku dah agak.
“Was it something illegal?” Dadaku
berdebar ingin tahu. Kalaulah Lucca angguk, aku tak tahu apa yang aku akan
rasakan. Hatiku mungkin hancur walaupun aku tak tahu kenapa.
“Jangan
risau. Dheo takkan lakukan sesuatu yang illegal
sekarang. It’s against his principle.”
Aku
tarik nafas lega lepas Lucca cakap macam tu. Maksudnya apa yang jadi malam ini
bukan disebabkan sesuatu yang haram. Mungkin sesuatu yang berisiko dan bahaya. Atau
mereka sebenarnya mangsa keadaan?
Tapi
apa dia? Mereka ni ajen perisikan ke apa? Pening kepala aku nak fikir.
“Go to sleep, pricipessa. Dah lewat ni.
Maaflah sebab kami redah rumah awak. Because
it is the closest.”
“It’s okay. Lagipun, ni rumah Dheo,”
jawabku. Kenyataan. Dheo tuan rumah ni. Apalah kuasa aku pada rumah ini
berbanding dengan Dheo?
“Awak
tu pun kena rehat, Lucca. Awak tu pun cedera,” nasihatku pula.
Aku
menguap sekali. Baru rasa mengantuk. Hati pun dah tenang bila dah tengok Dheo. Aku
bangun dari dudukku. Melangkah keluar. Sempat kepala berpaling sekali lagi
untuk melihat Dheo.
-----------
Awal-awal
pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan sarapan. Sarapan yang ringkas. Aku
hanya sediakan pancake dan roti
bakar. Aku masakkan juga satu mangkuk bubur untuk Dheo. Tipikal makanan orang
sakit. Satu teko air teh O panas turut disediakan. Rumah masih sunyi. Mungkin
semuanya masih penat.
Fikiranku
melayang pada Dheo. Sebaik sahaja aku buka mata, memang Dheo yang pertama aku
ingat. Dia macam mana hari ni? Dah bangun ke? Adakah dah okey sikit?
Lepas
aku letak apa yang aku masak di atas meja di ruang makan, kaki diorak ke bilik
tidur Dheo. Ingin melihat keadaan Dheo. Sebaik sahaja aku mendekati pintu bilik
Dheo yang sedikit terbuka itu, dapat kudengar suara bagaikan orang bertikam
lidah.
Tekap
telinga di pintu. Nak curi dengarlah kononnya! Sekali dengar per favore, preoccupata dan entah apa lagi yang telinga tak sempat tangkap. Dia
orang cakap Itali daa! Tekap telinga subuh besok pun aku takkan faham.
Note
pada diri sendiri. Mohon belajar Bahasa Itali nanti.
“Morning.” Aku memunculkan diri. Sapa pun
sekadar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kewujudanku. Supaya mereka
berdua kalau nak bertegang leher pun, sila pandang kiri kanan.
Diam.
Masing-masing berpaling ke arahku. Dheo dah buka mata tapi masih berada di atas
katil. Dan Lucca berdiri di sebelah katil Dheo.
“Morning, principessa.” Hanya Lucca yang
sapa aku.
Dheo
pula hanya serius di atas katilnya.
“Apa
dah jadi? Kenapa awak berdua bergaduh?” soalku ingin tahu.
“Oh,
tak ada apa-apa! Cuma bos kita ni degil nak bersiap pergi kerja.”
“What? Are you kidding me?” Suaraku
sedikit kuat.
Jeling
Dheo. Duduk pun tak betul ada hati nak pergi pejabat? Dia tak sedar ke yang dia
tu baru lepas kena tembak, bukannya lepas kena cucuk jarum.
“Awak
tu sakit. Kena banyak berehat. Tak boleh banyak bergerak.” Aku marah Dheo.
Dheo
mendengus kecil. Tapi masih diam. Belum membalas kata-kataku.
Wow..
aku marah Dheo? Aku marah Encik Bos. Tak sangka aku berani marah dia. Dan yang
lagi buatkan aku rasa bersalah adalah aku tak rasa bersalah pun sebab dah marah
dia. Sebab aku marah demi kebaikan dia.
“Good, principessa. Scold him.” Lucca
mengapi-apikan keadaan. Nampak bibir Lucca senyum sinis ke arah Dheo. Seronok
bila ada orang sekapal dengannya.
“It’s nothing, Tesoro. I used to it. I’m
good,” jawab Dheo.
Dheo
cuba bangun. Baru separuh, aku meluru ke tepinya. Tubuhnya aku tolak supaya
kembali baring. Mata Dheo meluas. Pasti tak menduga dengan tindakanku.
Jangankan dia, aku pun sama.
Lepas
aje kedua-dua tapak tangan mendarat di dada bidangnya, terus aku tarik
tanganku. Rasa bagaikan kena renjatan. Sebab Dheo masih tak berbaju dan aku dan
terpegang dia tanpa sengaja. Berani pula aku pergi pegang dia? Tapi aku tak
sengaja. Hanya nak dia duduk diam-diam atas katil.
Aku
berdehem. Cuba menghilangkan suasana yang rasa dah berubah canggung. Berlagak
biasa. Muka serius ditayang.
“You mister, are not allowed to step out of
this bed.” Aku berkata tegas. Jari telunjuk di tunjukkan ke arahnya. Gaya
macam mak marah anak.
“I’m a busy man, Rose. I have to go.” Suara protes dari Dheo.
“No!”
“I’m your boss.”
Kali
ini aku bercekak pinggang.
“Well.. you’re living under my roof. So my words, my commands. Understood?”
Dheo
ternganga mendengarnya. Mulut mahu membalas, tapi tiada apa yang keluar. Dua
kali dia macam tu. Dan kemudian, nampak dia senyap. Mungkin dah tak tahu nak
balas apa.
“Understood?” tekanku lagi.
Lama
dia tenung aku. Aku pun serius tenung dia. Aku tak bergurau.
“Yes. Yes. Understood.” Suara Dheo
bagaikan sedang tahan rasa marah. Muka pun tegang. Tak puas hati, tapi tak
boleh nak lepas. Comel!
“Good.” Aku puas hati.
Kini
aku beralih kepada Lucca. Nampak Lucca sedang berpeluk tubuh. Nampak seronok
betul dia tonton drama swasta aku dan Dheo. Kalau ada popcorn, pasti lengkap! Tiap kali aku dan Dheo berbalas kata, satu popcorn masuk mulut.
“Make sure dia tak pergi kerja.”
“Si, capa!” Lucca tabik hormat. Mulut
tahan senyum.
Aku
ingin berlalu keluar. Nak bersiap pergi kerja. Hari ni kerja shif pagi. Berat
hati nak tinggalkan Dheo. Risau kalau dia ada apa-apa berlaku. Mesti kepalaku
asyik teringatkan dia aje nanti.
“Where do you think you are going, Tesoro?”
Dheo berbunyi.
Aku
berhenti. Pusing balik menghadap dia.
“Bersiap.
Nak pergi kerja.”
“Wow.. awak boleh pergi kerja tapi saya
terkurung dalam rumah ni?” Dheo mengungkit.
“Well.. saya tak ada kelas hari ni, jadi
saya kena pergi kerja.”
“That’s what you are wrong, dolce cuore. If I
absent, so are you.”
“Eh,
kenapa pulak?” Tak puas hati. Yang sakit dia, kenapa aku yang kena ponteng
kerja.
“
Since I’m under your roof, so I’m your
responsibility. And as your boss and the owner of the house, I command you to
stay. You have to take care of me.”
Dheo guna kuasa veto dia. Mengarah. Suaranya tiada kompromi.
Giliran
aku pula ternganga. Macam Dheo tadi. Nak bersuara, tapi tak terkeluar. Sudahnya
aku diam. Pertama, dia betul. Kedua, jauh di sudut hatiku, aku memang mahu jaga
Dheo. Tapi gara-gara aku sedar status diriku dan aku punya komitmen lain,
perasaan itu harus ditolak ke tepi.
Sebab
aku bukan siapa-siapa pada Dheo.
“Understood?”
“Understood.”
Aku masih menjawab.
“Good.” Dheo senyum sinis. Macam
pulangkan paku buah keras.
Aku
mengetap gigi. Geram! Kami tak lepas dari berpandangan. Seakan-akan sedang
saling mencabar. Tapi aku tak tahu tentang apa. Yang pasti aku tak nak kalah.
Dan Dheo pun sama.
Dan
tak lama lepas tu, kedengaran Lucca ketawa kuat. Terus kami berdua pandang
Lucca. Dah kenapa dia ni tiba-tiba ketawa? Sepanjang-panjang perbualan aku dan
Dheo, aku rasa tiada sepatah pun yang lawak.
Kami
berdua tak lepas pandang Lucca. Tunggu dia habis ketawa. Tak lama lepas tu,
ketawa mula mereda. Lucca lap hujung mata. Tiap kali dia ketawa, mesti sampai
berair mata. Tanpa aku tahu apakah yang lawaknya? Terhibur sungguh!
Tak
faham!
“Oh, my God! I miss this.”
Miss this? Miss
apa? Aku blur. Tak faham kuasa dua.
Bila
aku pandang Dheo balik, Dheo palingkan wajahnya ke arah lain. Nampak dia tarik
nafas dalam-dalam. Tapi, sempat aku nampak mata Dheo yang sarat dengan perasaan
walaupun sekilas.
---------
Sekali
lagi aku mengatur langkah ke bilik Dheo. Kali ini bersama satu dulang yang
berisi sarapan khas untuk Dheo. Dheo perlu bersarapan sebelum makan ubat tahan
sakit. Ketika aku tiba, Lucca dah tiada. Hanya Dheo yang sedang duduk berlunjur
di atas katil. Bila aku cakap dia tak dibenarkan untuk jejak kaki keluar dari
katil, tak sangka pulak dia dengar cakap. Bagus!
Gara-gara
bunyi yang terhasil, perhatian Dheo teralih kepadaku. Aku senyum segaris bila
mata kami bersabung. Reaksi wajahnya selamba sambil memandang apa yang berada
di tanganku.
Aku
berjalan ke tepi katil. Letak dulang di atas meja kecil di sebelah katil. Lalu
aku labuhkan punggung di atas kerusi di situ.
“Saya
bawakan breakfast untuk Encik,”
kataku walaupun aku dah tahu dia nampak.
Aku
nampak dia tenung mangkuk bubur itu. Diam.
“Encik
nak saya suapkan ke?” soalku.
Wajahnya
nampak sedikit terkejut.
Erk..
kenapa aku rasa macam tak kena aje dengan soalanku itu? Rasa macam aku pulak
yang terhegeh-hegeh. Serius aku cuma nak tolong dia. Atas dasar kemanusiaan. Tak
ada niat lain. Sebab kami kini berdua. Kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi?
“Err.. maksud saya, saya tahu tangan encik
masih okey. Tapi kalau encik rasa susah nak makan, saya boleh tolong suapkan
untuk encik. Err.. macam nurse.
Tolong pesakit. Profesional,” kataku sebelum dia salah faham.
Yang
ni pun kiranya termasuk skop yang dia cakap ‘You have to take care of me’ la kan? Serius tak rasa nak acah-acah
perempuan melayu terakhir, nak pikat atau goda dia.
Dia
hanya diam. Tenung aku lagi.
“Lucca
mana?” Itu yang ditanyanya.
“Oh,
encik nak saya panggilkan Lucca ke?”
“No, just asking!” Cepat dia jawab
sebelum aku berdiri.
“Saya
pun tak pasti. Mungkin dia bersihkan diri,” jawabku.
Dia
cuma angguk faham. Kemudian dia pandang lagi sekali bubur itu.
“Encik
nak saya suapkan?” soalku lagi.
Sekali
lagi dia hanya angguk.
Kerusi
ditarik rapat sikit ke arah Dheo. Senang sikit nak suap dia. Aku mengambil
mangkuk berisi bubur itu. Dah kurang panas. Memang aku dah pastikan bubur tak
panas sangat sebelum aku masukkan ke dalam mangkuk. Supaya Dheo senang makan.
Aku
ingatkan senang rupanya nak tolong suap orang sakit makan. Tapi, bila tanganku
yang sedang memegang sudu itu naik ke mulut Dheo, nampak sedikit menggigil.
Tangan menggigil, dada berdebar. Tak tahu kenapa!
Dheo
sendiri dapat melihat tanganku yang dah macam kena mild Parkinson tu. Tapi dia hanya biarkan. Tak berkata apa-apa.
Buatkan aku sedikit lega. Mulutnya hanya ternganga sedikit untuk menerima sudu
berisi bubur itu.
Satu
suap masuk mulut Dheo. Sekali kunyah, dia berhenti. Pegun.
“Kenapa
encik? Tak sedap ke?” Laju aku bertanya. Buatnya dia muntah hijau gara-gara
masakanku, apa aku nak jawab kat ahli lembaga pengarah syarikat dia?
“No. Sedap,” katanya perlahan.
Teragak-agak
aku nak terima kata-katanya itu. Takut itu cuma ayat penyedap hati.
“It’s just.. it reminds me of something.”
Aku
terdiam. Aku harap bukan sesuatu yang buruk atau sesuatu yang dia mahu lupakan.
“Hopefully something good.”
“The best,” katanya.
Aku
sempat tangkap sesuatu di matanya sebelumnya semuanya hilang. Wajahnya berubah
menjadi dingin. Stoic. Macam biasa.
Ini
bukan kali pertama matanya seperti itu. Di balik wajah sejuk bekunya itu, aku
tahu dia punya perasaan. Perasaan yang cuba dilindungi daripada mata umum.
Sesuatu atau seseorang yang agung yang mampu membuatkan hati Dheo Han yang
dingin itu hangat dengan perasaan.
Dan
aku cemburu. Tapi pada masa yang sama aku rasa sedih. Sedih sebab Dheo jadi
dingin. Sesuatu mesti telah terjadi di masa lalunya. Kenapa? Adakah dia pernah
terluka? Atau pernah kehilangan seseorang yang dia sayang?
If only he could open up!
Aku
menyambung balik menyuapnya. Kami lebih banyak diam. Tapi diam yang selesa. Hanya
tanganku yang bergerak. Dan Dheo pula sesekali aku melihat dia berfikir jauh. Beberapa
minit kemudian, licin mangkuk itu. Puas hati bila Dheo berjaya habiskan makanan
tipikal orang sakit itu.
Aku
letak mangkuk kosong di atas meja kecil itu. Air masak pula diambil dan
diberikan kepada Dheo. Dihirupnya dengan perlahan. Dan lepas tu, aku bagi dia
makan dua biji ubat tahan sakit.
Aku
kemas-kemas sikit sebelum bangun. Membiarkan Dheo berehat.
“Saya
keluar dulu, Encik. Ada apa-apa nanti, encik boleh panggil saya.”
Aku
berjalan keluar bersama bekas kotor di tangan.
“Rose,”
panggilnya. Kakiku terhenti seketika. Berpusing menghadapnya.
“No one must know about this.” Suaranya
cuma biasa, tapi aku dapat rasakan amaran terselit.
Aku
angguk. Lagipun bukan jenis aku yang suka jaja cerita pada orang. Bergosip
bukan minatku. Nak dengar, tumpang gelak untuk hilangkan bosan tu bolehlah.
“Ada
apa-apa lagi ke, encik?” soalku lagi. Sebab aku nampak bibirnya bagaikan ingin
berkata sesuatu.
Aku
mengunggu.
“Nothing.” Akhirnya dia geleng kepala.
Aku
kembali pusing. Sambung berjalan. Beberapa langkah menghampiri pintu, aku
mendengar Dheo berkata sesuatu. Sangat perlahan. Dan aku tak pasti betulkah yang
aku dengar.
“Thank you, mia bella.”
Tapi..
macam aku cakap tadi, aku tak pasti adakah itu yang aku dengar.
wowwww...
ReplyDeleteHaiyarkkkkkkkkkkkkkk.....oh dheo...go go....fighting kak anjel💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
ReplyDeleteala skit nye..misteri sgt
ReplyDelete😍😍😍😍😍
ReplyDeletex sbar tnggu publish
ReplyDeleteSis bila nak keluar novel nie?? Xsabar dah nie..
ReplyDeleteMia bella????
ReplyDeletesukanyaaaaaa :)
ReplyDeleteWah, mia bella gitu! Sesuatu sgt������
ReplyDeleteKiiiaaaa... Nak lagi...😚😚
ReplyDeleteMia bella mean my beautiful.. rasanya dheo n rose ada masa lalu bersama.. aoouushh cant waitt fir next capter 😘😘😘😘
ReplyDeleteBila cakap encik bos...teringat sebutan adudu kt encik bos dlm boboboi..😂😂😂
ReplyDeleteOhh rasa macam ke awan 🌸🌸😂
ReplyDeletesuperppppppp..trbaik aaa..more plzzz sis.love uuu...
ReplyDeleteadakah Dheo ini akan keluar utk PBKL
ReplyDeleteWoo dheos dah kasi hint tuuu . Rose tak pasti pulak apa yg dia dengar 😲
ReplyDeleteBuku ni dilancarkan masa pbakl ke? Kalau ada, nk masuk dalam list to buy huhu 😆
ReplyDeleteThanks Anjell, the best bab ever, hilang terus Monday blues 😬
ReplyDeleteTheir yet untold history is killing my brain cell. Their cute moment together make me giddy. Heheheh
ReplyDeleteSo.. good. cant wait for more Anjell
ReplyDeleteOMG!!!! i cant wait!!!
ReplyDeleteAlways wait... Sabo..sabo..
ReplyDeleteaduss...berdebor2 plk. pegang dada sendrik. ahhaha
ReplyDeleteX sabar tunggu novel nie keluar...
ReplyDeleteSuperbbbb....thanks anjell
ReplyDeleteAlhamdulillah, tunggu punya tunggu akhirnya ada jugak...hati limpa hempedu akak semuanya dah stabil la ni . Hoping dheo will get along with rose happily ever lah . Keep it up anjell.
ReplyDeleteBila nak kuar versi novel.. x sabar la plak.. 😉😉
ReplyDeleteMaigaddd . So excited for the next chapter !! Keep it up sis !!!!!
ReplyDeleteNak bukukan ke kak anjell? Kalau ya saya tak sabar nk beli!!
ReplyDeleteBerdebar baca...misteri nusantara rasa huhu but I like it no I love it! Go sis go
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم