BAB
17
Gara-gara
tugasku yang habis sedikit lambat hari ni, aku terpaksa turun lambat. Tergesa-gesa aku melangkah ke
Pantri 3. Nasib baiklah masih belum pukul dua belas. Aku rasa majlis pun belum
bermula lagi.
Tepat
sangkaanku. Ketika aku tiba, masih ada yang belum turun lagi. Mungkin semua dah
boleh agak. Majlis akan bermula lambat sikit.
“Rissa,
ajak tak Encik Han?” Itu soalan pertama yang Arin tanya sebaik sahaja dia
nampak muka aku.
Soalan
itu menarik minat semua staf di situ. Semua macam ternanti-nanti jawapanku.
“Dah
ajak. Tapi.. tak tahulah dia datang ke tak. Kenalah faham, dia sibuk,” jawabku
jujur. Tak nak bagi harapan tinggi sangat. Karang mengharap lebih, kecewa pula
kalau tiba-tiba yang turun si chopstick
bergerak. Tapi.. aku dah bagitahu Dheo supaya jangan hantar PA dia kalau rasa
dia tak nak datang.
As if he listens to you, Nurissa!
Suara hati menyindir. Betul juga. Siapalah aku nak dia dengar cakap aku? Aku
cakap suruh rehat pun dia degil. Mana ada nak ikut!
Mengingatkan
hal itu, hati kembali gundah. Risaukan Dheo walaupun dia tiada di depan mata.
Macam mana agaknya luka dia? Dah makan ubat tahan sakit ke? Aku harap dia jaga
diri.
Majlis
dah bermula. Bila tengok jam dah lepas 12.15 tengah hari, aku putuskan yang
Dheo tak datang. Tak apalah.. mungkin dia sibuk. Lagipun dia tak janji dia akan
datang.
Tapi
entah kenapa hati rasa sedih juga. Rasa macam ditolak. Sebab yang mengajaknya
aku.
Macam-macam
makanan yang dibawa masing-masing. Masakan Kak Fizah memang tip top. Aku rasa dia salah pilih
profesyen ni. Patutnya dia ni kena hantar masuk dapur hotel. Jadi chef.
Bukannya jadi housekeeper.
Aku
suka tengok suasana macam ni. Damai. Harmoni. Eratkan ukhwah. Barulah gembira
nak datang kerja. Birthday boy pun
aku nampak gembira. Suka bila dapat hadiah. Nantilah.. ada masa, aku cari
hadiah untuk dia. Sebab dia baik. Selalu juga beri tunjuk ajar untukku. Jadi
tak salah kalau aku hadiahkan dia sesuatu.
Semua
bersembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Aku pula hanya selesa mendengar.
Biasalah aku. Bab gosip hanya mampu pinjamkan telinga. Sesekali ketawa bila ada
cerita yang menggeletek hati.
Tiba-tiba
suasana bising itu berubah sepi. Mengalahkan malaikat lalu. Macam tanah
perkuburan. Apatah lagi sepi yang secara mendadak. Pelik.
Kepala
mencari-mencari. Nak tahu punca. Baru tahu kenapa bila Dheo tiba-tiba buat grand entrancenya tengah-tengah majlis.
Ada Lucca di belakangnya. Mana tak terkejut semua orang? Semua pasti tak sangka
yang Dheo turun padang.
Jangankan
mereka. Aku sendiri pun terkejut. Hanya tengok dia menapak dengan yakinnya
mendekati kami semua. Aura Dheo Han. Tak pelik kalau semua rasa gerun.
“Kenapa
semua macam tengok hantu? Saya tak dialu-alukan ke? Atau saya dah terlambat?”
Dheo membuka bicara. Nada suaranya lantang, melontarkan keyakinan dirinya.
Semua
bagaikan tersedar dari rasa pegun.
“Eh,
mana ada, Encik Han! Kami cuma terkejut. Itu saja. Dah lama Encik Han tak join kita orang.” Puan Rasyidah mewakili
kami semua.
“Saya
datang sebab ada orang tu nak saya datang,” kata Dheo selamba.
Bagaikan
tahu-tahu, semua kepala menoleh ke arahku. Semua! Terus aku rasa macam nak lari,
lompat kijang masuk peti ais. Malu. Tak tahu kenapa rasa malu. Padahal kalau
ikutkan tiada apa-apa yang perlu dimalukan. Dheo pun tak ada sebut nama aku pun
walaupun semua dah boleh agak.
Bila
semua pandang aku, baru Dheo pandang aku. Bila mata kami berpandangan, nampak
dia senyum seulas. Hanya untuk 0.5 saat sebelum wajah kembali ke seperti asal.
Tapi tu dah cukup buat jantung dupdapp
dupdapp dua kali ganda. Cair!
“Siapa
birthday boy?” soal Dheo.
Aku
lega sebab dia dah berjaya mengalihkan pandangan semua orang daripadaku.
“Saya.”
Teragak-agak Ahmad mengaku.
“Happy birthday. Ni hadiah, ikhlas dari
saya,” kata Dheo. Hadiah besar yang berada di tangan Lucca diambil. Lalu
diserahkan kepada Ahmad.
Nampak
dia angkat hadiah besar itu, keningku terus berkerut risau. Dia tu cedera!
Angkat benda berat memang cari nahas. Tak kiralah muka dan gaya tu tak macam
orang cedera, tapi kenyataannya di sebelah perutnya itu ada luka tembakan.
Bibir
laju nak marah dia, tapi aku tahan. Nasib baiklah hadiah dah disambut Ahmad. Ahmad
pula aku tengok muka dia macam percaya dan tak percaya. Mungkin tak sangka
dapat hadiah daripada bos besar hotel ini.
“Terima
kasih, encik.”
Dheo
angguk sekali. “Sama-sama.”
“Encik
Han makanlah. Ada kek. Fizah pun ada masak sikit-sikit. Pastu ada yang beli.
Encik Han makanlah. Lucca pun, sila makan sekali.” Aku tak pasti siapa yang
mempelawa.
Sekali
lagi Dheo cuma angguk. Kemudian berlalu ke meja yang terisi makanan itu. Ambil
sepotong kek. Itu pun dibagi dua dengan Lucca. Mungkin Dheo hanya mahu
berbahasa. Sekadar menjamah makanan yang ada. Nak jaga hati tuan punya majlis.
Buatkan
aku kagum dengan Dheo. Dia nampak biasa dengan anak-anak buahnya. Tak kekok.
Tak berlagak. Apa yang aku putuskan, Dheo seorang ketua yang baik dan disenangi
semua staf. Bangga Dheo bukan seorang bos yang bongkak dan meninggi diri.
Merasakan bergaul dengan staf itu adalah satu penghinaan.
“Kami
betul-betul tak sangka encik datang. Kami ingat nanti, Cik Nancy yang datang. Kita
orang dah prepare salad.” Seseorang
berkata.
Jurang
yang luas tadi rasa dah makin sempit. Semua mula selesa dengan Dheo. Dheo yang
tak sombong juga memudahkan keadaan.
“Ada
orang tu cakap, kalau saya tak nak datang, tak payah ganti dengan Nancy. Baik
jangan hantar Nancy terus.”
Nak
tercekik aku dengar. Tapi Arin yang dengar terus tersedak. Sebab tahu itu ayat
dia sebelum digubah olehku pula.
Terbatuk-batuk Arin. Dia pandang aku seolah-olah tak percaya aku cakap
pada Dheo.
Kenapa?
Bukan dia sendiri yang cakap ke? Lagipun, aku cakap secara baik kepada Dheo.
Bukannya mengadu yang bukan-bukan tentang Nancy. Kutuk Nancy pun tak ada.
Kedengaran
Kak Fizah ketawa. Tapi jelas kedengaran ketawa yang dibuat-buat.
“Pandai
betul orang tu bergurau ya? Eh, makanlah. Jangan malu-malu,” kata Kak Fizah.
Kemudian
kami sambung makan. Berbual-bual macam tadi. Sesekali mata gatal menjeling ke
arah Dheo. Sikit-sikit jeling. Sikit-sikit tengok. Serius rasa macam nak tengok
dia aje. Rasa macam ada magnet. Nasib baik tak ada orang perasan.
“Rissa,
cubalah ni. Resepi baru Kak Fizah. Nanti komenlah, sedap ke tak.” Kak Fizah
mempelawa.
Aku
pandang makanan yang diletakkan di atas pingganku itu. Nak kata cekodok, bukan
cekodok. Nak kata kuih, bukan kuih. Berwarna kuning keemasan.
“Cubalah,
Rissa. Sedap,” puji Arin. Nampak dia masukkan satu ke dalam mulut.
Aku
turut potong dengan sudu plastik sikit lalu disumbatkan ke dalam mulut. Kunyah
perlahan-lahan. Sedap. Apa bahan-bahannya ya?
Baru
aje nak bertanya resepi makanan itu, tiba-tiba aku rasa tekakku macam gatal.
Sebelum tiba-tiba rasa macam sempit. Lalu aku terbatuk-batuk kuat. Kulit tangan
mula rasa tebal. Pinggan yang dipegangku jatuh. Tangan memegang leher yang aku
rasa makin sempit.
“Rissa,
kenapa ni?” Suara Arin cemas.
Aku
tak dapat menjawabnya gara-gara batuk yang berterusan. Disebabkan itu, aku mula
menjadi tumpuan semua orang. Ramai yang mengerumuniku.
“Lucca, get the doctor! She’s having anaphylaxis.” Entah bila
Dheo muncul di sebelahku. Wajahnya serius.
Lucca
patuh.
“Dia
alergik dengan udang. Kenapa bagi dia makan benda yang ada udang?” Aku dengar
suara Dheo marah. Entah kepada siapa. Semua terdiam.
“Sa..
Saya tak tahu dia alergik udang, Encik Han.” Aku dengar suara Kak Fizah dah
macam nak menangis.
Kesian
dia aku tengok. Bukan salah dia. Salah aku sendiri yang cuai. Aku patut tanya
isi kandungannya dulu sebelum makan.
----
Tak
pasal-pasal aku ditahan di bilik infirmary
La Prince untuk pantauan dua puluh empat jam. Tak pasal-pasal juga aku kena
menginap di sini malam ni. Sebaik sahaja doktor tiba tadi, aku terus dibawa ke
bilik infirmary.
Aku
pandang sekeliling bilik itu. Kalau tak sakit, aku takkan tahu kewujudan bilik
itu. Tak besar sangat. Maklumlah, bukan setiap hari orang akan sakit. Tapi
bilik ni tak adalah kecil sangat. Hanya ada dua katil pesakit. Selesa.
Bunyi
pintu terbuka buatkan perhatianku teralih ke arah pintu. Dheo yang hanya
berkemeja seperti pagi tadi. Bezanya, kot dan tali lehernya dah dicampak entah
ke mana. Lengan kedua-duanya juga dilipat ke siku. Gaya santai.
Dheo
melangkah ke arahku.
“Are you okay?” Kalau telinga tak salah
dengar, bersama soalannya yang dingin itu, ada terselit rasa risau.
Dheo
risaukan aku?
“Alhamdulillah,
okey. Terima kasih, encik,” ucapku.
Tanpa
dia yang bertindak cepat, nyawaku mungkin melayang tadi. Bila doktor tiba tadi,
dia bertindak sangat pantas. Datang-datang aje, aku terus dicucuk. Doktor itu
bagaikan dah tahu dengan keadaanku. Pasti Dheo sudah menceritakan semua.
Buatkan
aku tertanya-tanya.
“Macam
mana encik tahu saya alergik dengan udang?” soalku.
Tubuhnya
sedikit mengeras sebelum kembali relaks. Wajahnya tak bereaksi. Mata juga
terpancar keyakinan.
“I could taste shrimp in that food. What else
people might have allergies to?” jawabnya.
Pendek
kata, dia sebenarnya teka aku alergik dengan udang disebabkan oleh kepakaran
lidahnya yang tajam mengalahkan chef dunia? Tapi.. boleh jadi aku alergik
dengan tepung? Gula? Telur?
Separuh
hatiku tak percaya dengan kata-katanya itu. Tapi tak pula aku pertikaikannya.
Boleh jadi dia dah siasat latar belakangku. Bak kata Lucca, ‘He’s Dheo Han. Everything is on his
fingertips.’
“You were having anaphylaxis. Tahu tak severity
anaphylasis ni boleh bawa maut? Macam mana kalau allergic reaction awak teruk tadi?” Dia marah aku pula.
Nampak
rahangnya diketap kuat. Aku dijeling tajam. Telan liur juga aku dibuatnya.
“Sorry.. saya tak tahu pun makanan tu ada
udang.” Aku pun tak tahu kenapa aku minta maaf.
“Tapi
encik tak payahlah marahkan Kak Fizah. Dia tak salah. Dia tak tahu pun yang
saya alergik udang. Saya yang cuai,” sambungku lagi. Aku tahu Kak Fizah rasa
bersalah. Aku lagilah rasa bersalah. Gara-gara aku, rosak majlis hari ni.
Dheo
diam.
“Awak
perlu rehat sekarang ni.”
“Bukan
saya aje, encik. Encik tu pun perlukan rehat.” Aku ingatkan dia balik. Pandang
pada tubuhnya.
Dia
cuma angguk. Lebih kepada nak sedapkan hatiku. Aku tak percaya pun dia akan
rehat. Tapi aku cuma diam.
“Rehatlah.
Jangan risaukan benda lain. I’ll be sending someone to accompany you.
Nanti dia akan bawakan segala keperluan yang awak perlukan. Bila ada room service, make sure makan. Doktor
akan periksa awak sekali lagi sebelum dia balik nanti.” Suara Dheo berubah
lembut. Terharu aku dengan layanannya. Dheo sangat baik.
Dheo
mula melangkah pergi. Entah kenapa, rasa berat hati. Gila ke aku cakap kalau
aku nak dia temankan aku malam ni? Memang gila pun, Nurissa! Kau dengan dia tu
bukan mahram. Lagi teruk, dia tu bukan Islam. Ada jurang sangat besar.
Aku
pun tak tahu kenapa boleh fikir macam tu. Sudahnya, aku hanya mampu melihat
Dheo berlalu. Tapi aku tetap tak faham kenapa aku dilayan sebegini. Pantauannya
macam aku ni kena sakit jantung, bukannya sebab anaphylaxis.
As if he’s protective over me!
“Kenapa
encik lakukan semua ni?” Laju lidahku bertanya. Tika itu, kakinya betul-betul
berada dia depan pintu. Tangan pun dah pegang tombol pintu.
Nampak
dia kaku. Tapi badan masih menghadap pintu.
Diam.
“Because I’m worried of you.” Perlahan
jawapannya sebelum aku mendengar pintu terkatup.
Hilang
sudah susuk Dheo. Tapi aku masih terpegun di tengah-tengah katil. Tak sangka
jawapan jujurnya itu.
Pegang
dada sendiri. Dup dap-dup dap!
Oh,
hati! Janganlah teruja sangat!
---------
Aku
mendengar pintu diketuk sebelum dibuka dari luar. Arin. Tengah senyum lebar,
berjalan ke arahku. Pakaiannya dah bertukar. Jam di dinding dikerling. Dah
pukul 5.00 petang. Maksudnya, shif Arin dah habis. Patutlah.
Aku
senyum ke arah Arin. Dia pula ambil tempat di atas kerusi sebelah katilku.
“Rissa
dah okey?” soalnya.
“Alhamdulillah
dah okey. Cuma kulit gatal sikit,” jawabku. Beberapa tempat di badanku masih
ada kesan-kesan merah.
“Lega
sikit Arin dengar. Kita orang risaukan Rissa tadi. Nasib baik Rissa okey.”
Rasa
bersalah.
“Sorry.. sebab Rissa, majlis dah
terganggu. Mesti semua marahkan Rissa, kan?”
“Mana
ada. Semua orang risaukan Rissa. Jangan risaulah.” Arin cuba tenangkan aku.
Kemudian
nampak dia macam baru teringat sesuatu.
“Oh,
ya! Ni.. barang-barang keperluan yang Rissa perlukan. Encik Han suruh bagi.”
Dia serahkan satu beg kertas yang agak besar kepadaku.
Aku
belek isinya. Lengkap untuk keperluan diri. Keperluan untuk mandi, keperluan
untuk pakaiaan. Semuanya masih bau kedai. Maksudnya, dia baru beli. Bila aku
cakap isinya lengkap, maksudnya memang lengkap habis. Siap dengan pakaian
dalam. Belek saiz, memang betul. Macam mana dia tahu saiz aku?
Merah
mukaku, entah kenapa. Aku haraplah dia suruh perempuan yang belikan. Aku rasa
Dheo tak serajin itu nak pergi beli. Kerja dia, petik jari. Lepas tu, orang
lain yang uruskan. Aku rasa mesti Cik Nancy yang tolong belikan.
Lega
sikit bila fikir macam tu.
“Terima
kasih,” ucapku.
Note
kepada diri sendiri. Lepas ni, jumpa Dheo, ucap terima kasih!
“Arin
dah nak balik ke?” soalku. Pasti dia singgah kejap sebelum balik.
“Arin
teman Rissa malam ni.”
Oh..
seseorang yang dimaksudkan Dheo tadi adalah Arin.
“Tak
menyusahkan Arin ke?” soalku. Serba-salah juga. Aku tak suka susahkan orang.
“Eh,
tak adalah! Arin lagi suka boleh tolong Rissa. Lagipun, bila lagi nak rasmi infirmary ni? Dah lama kerja pun, tak
pernah jejak masuk,” kata Arin berbaur gurauan.
Kemudian
pandang sekeliling.
“Selesa
juga bilik ni. Ada TV lagi. Nanti dapat makanan percuma. Memang dah macam duduk
kat hotel. Rasa untung kerja kat hotel ni.”
Aku
ketawa mendengarnya. Dalam hati, mengiakan. Hotel ini sangat menjaga kebajikan
pekerja dan tetamunya. Doktor pelawat dari klinik berdekatan bertugas on call dua puluh empat jam untuk hotel
ni. Bilik infirmary pun lengkap
dengan semua keperluan sebagai persedian untuk apa-apa kecemasan. Bukan sekadar
first aid kit.
“Rissa
pun tak tahulah kenapa kena stay kat
sini. Bukan teruk pun. Boleh aje kalau Rissa balik rumah.” Aku mengeluh. Tang
tu aku masih lagi tak faham. Aku alergik aje, bukan sakit jantung, bukan juga
strok!
Arin
diam. Aku ingat dia tak dengar. Tapi bila aku pandang dia, dia dah pandang aku.
Macam cari apa cacat-cela kat muka aku ni.
“Rissa
dengan Encik Han ada apa-apa ke?”
Nasib
baik aku tak minum air. Kalau tak, grenti tersembur. Kenapa Arin boleh tanya
macam tu?
“Eh,
mana ada apa-apa! Kenapa tanya macam tu?” Aku ingin tahu.
“Encik
Han peduli pasal Rissa. Tadi nampak dia betul-betul marah bila Rissa jadi macam
tu. Nampak dia cemas.”
Because I’m worried of you.
Masa
ni la nak terngiang-ngiang balik apa yang Dheo cakap tadi. Eh, dia risau
sebagai seorang bos kepada stafnya.
“Sayakan
staf dia. Mestilah dia risau. Kalau jadi kat orang lain pun, dia mesti buat
benda sama.” Aku menepis andaian Arin.
Dheo
risaukan aku sebagai bos risaukan stafnya.
“Ya
ke? Sebenarnya, dah lama Arin perasan dan perhatikan. Encik Han nampak lain
bila dengan Rissa. Bukan Arin aje perasan. Orang lain pun perasan. Mula-mula
sebab dia ada personal housekeeper. Kemudian boleh dikatakan
hari-hari dia duduk di penthouse
dia.” Arin berkata. Sambil mengurut dagunya. Sambil tenung aku.
Aku
telan liur.
“Lepas
tu, hari ni, sekali aje Rissa ajak dia datang majlis, terus dia datang. Apakah
maksudnya? Sebab tu semua syak Encik Han dan Rissa ada apa-apa,” telah Arin
lagi.
Aku
kering liur dah. Tak tahu nak cakap apa.
“Entah-entah,
Encik Han suka Rissa tak?”
“Haish.. takkanlah! Mana ada.” Aku menafi
lagi.
Arin
tepuk tangan. Buatkan aku terkejut.
“Arin
suka. Arin suka.” Lebar dia sengih.
“Sebab
Rissa dengan Encik Han memang sangat sesuai. Dia nampak macam batu. Handsome tapi serius. Like a beast. Rissa pula lembut. Cantik
dan innocent. Like an angel. Memang complement
to each other.”
“Boleh
jadi fairytales. Bagi tajuk, The Beast And The Angel. Tak pun, The Angel’s Beast,” kata Arin lagi.
Tayang muka dreamy siap.
Aku
cuma diam, tak kata apa-apa. Seronok dengar dia reka cerita. Nak tergelak pun
ada.
Kemudian
nampak wajah Arin macam tersedar sesuatu. Lepas tu dia senyum misteri. Seram
pulak aku tengok dia senyum macam tu.
“Maksudnya,
Encik Han tak gay! Yay!”
Kali
ni aku serius tergelak.
Arin..
Arin..
Best..
ReplyDelete"Bcs im worried of u"🙈
ReplyDeleteAlaaa... Seronok laa... Tashabar nak tunggu dheo's dibukukan. Apa agaknya cover dia ekk?? Tertanya pula.. Hehe
ReplyDeletemaybe... lukisan yg rissa lukis n lukisan yg ada kt la prince tu? ada gmbr tngn lelaki n perempuan berlatarkn menara eifel? hahaha... maybe bukan jgak...
DeleteCair....
ReplyDeleteDheo is the best hero among your novel sisss... really like his character 😍😍
ReplyDeleteAuch....congrates kak anjel...dheo ni bahaya sikitt...terlalu manisssss😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆
ReplyDeleteMelting akak tau
ReplyDeleteAuch..bunga sakura dah mula berguguran.. 😍😍😍😍
ReplyDeleteEh arin pulak yg happy dheo tak gay hahaha . How cute .
ReplyDeleteBest laaa...meltingggg.😍😍
ReplyDeleteI like it this part.. the caring of Dheo. Ada lg?
ReplyDeleteyeah..the angel's beast...
ReplyDeleteCan’t wait for both of them to stop denying their feeling.
ReplyDeleteMesti banyak semut nanti. Hehehe...
Best... x sabar versi novel..😍😉😗
ReplyDeletehahaha ...yg last tu .. he's not gay. ..yeay ..
ReplyDeleteArin ni baik la
DeleteX sabar nk grab kat PBAKL
ReplyDeleteX sabar sangat...
ReplyDeletekan betul.. dheo ni masa silam si mia bella yang dia tidak ingat.. tidak sabar nak baca yang versi novel..
ReplyDeletebila lagi ada Pesta Buku dalam masa terdekat ni?
ReplyDeleteFalling in love with dheo..😍
ReplyDeleteBaru nak layan balik novel lps lame da tinggal xbaca novel. Hrp ny novel2 best cmni xperlu ade adaptasi sbb mcacatkan imaginasi kite hahaha
ReplyDelete